TUGASAN 1 Penghasilan Karya
GAMBAR 1 Tema/Tajuk: Expression of a Women
BUTIRAN TEKNIKAL (MAKLUMAT EXIF) Camera model : Sony Alpha 5100 F-stop : f/5.6 Exposure time : 1/320 sec. ISO speed : ISO-400 KONSEP KARYA: Framing Rule of Third PENERANGAN: Gambar di atas telah menggunakan daun-daun di hadapan subjek utama (wanita berpakaian merah) sebagai open frame. Hal ini secara tidak langsung telah menguatkan kesan dimensi dalam gambar tersebut kerana ia telah membentuk lapisan di antara bingkai dengan subjek utama supaya gambar kelihatan lebih menarik. Bukan itu sahaja, konsep rule of third juga boleh dilihat dalam gambar tersebut di mana komposisi subjek utama adalah antara titik tindihan garisan vertical dan horizontal. Hal ini telah menambahkan keseimbangan serta memberi kesan di mana dapat menimbulkan rasa ingin tahu dalam hati penonton gambar tentang apa yang sebenarnya wanita tersebut nampak yang menyebabkan dia menunjukkan expresi muka seperti dalam gambar di atas.
GAMBAR 2 Tema/Tajuk: Water Droplets
BUTIRAN TEKNIKAL (MAKLUMAT EXIF) Camera model : Sony Alpha 5100 F-stop : f/5.6 Exposure time : 1/2500 sec. ISO speed : ISO-400 KONSEP KARYA: Depth of Field PENERANGAN: Pembukaan aperture yang besar telah digunakan semasa mengambil gambar tersebut bagi mendapatkan kesan bokeh yang lembut seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Hal ini demikian supaya dapat memberi fokus yang lebih baik kepada titisan air iaitu subjek utama yang hendak diambil. Bukan itu sahaja, shutter speed yang agak tinggi telah digunakan semasa mengambil gambar tersebut supaya dapat menghasilkan gambar titisan air dalam bentuk yang lebih jelas dinampak.
GAMBAR 3 Tema/Tajuk: Leaf Ball
BUTIRAN TEKNIKAL (MAKLUMAT EXIF) Camera model : Sony Alpha 5100 F-stop : f/3.5 Exposure time : 1/20 sec. ISO speed : ISO-1000 KONSEP KARYA: Rule of Third Depth of Field PENERANGAN: Teknik komposisi yang telah diaplikasikan dalam gambar di atas adalah rule of third dan juga depth of field. Subjek utama iaitu bola daun dalam gambar tersebut telah diletakkan pada titik simpang garis di bahagian kanan dan bukan di tengah-tengah gambar supaya gambar dilihat lebih menarik dan tidak kaku serta bosan dinampak. Bukan itu sahaja, pembukaan aperture yang lebih besar telah digunakan bagi mendapatkan kesan bokeh supaya penonton gambar akan menfokuskan bola daun di bahagian hadapan.
GAMBAR 4 Tema/Tajuk: Chinese Traditional Clothes
BUTIRAN TEKNIKAL (MAKLUMAT EXIF) Camera model : ONEPLUS A6000 P3XL F-stop : f/1.7 Exposure time : 1/232 sec. ISO speed : ISO-127 KONSEP KARYA: Shape and Form PENERANGAN: Gambar di atas telah mengaplikasikan konsep bentuk iaitu cara objek terhubung antara satu sama lain bagi membentuk suatu bidang dua dimensi dan menjadi suatu bentuk yang dapat menarik mata untuk mengidentifikasi objek. Seperti yang ditunjukkan dalam gambar tersebut, muka ketiga-tiga orang model telah disusun dan membentuk sebuah segitiga. Hal ini demikian supaya dapat membentuk gambar yang lebih dinamis, seimbang dan menarik dan bukan gambar model yang kaku serta kurang enak dipandang.
GAMBAR 5 Tema/Tajuk: The Killer Eye
BUTIRAN TEKNIKAL (MAKLUMAT EXIF) Camera model : Sony Alpha 5100 F-stop : f/5.6 Exposure time : 1/160 sec. ISO speed : ISO-400 KONSEP KARYA: Extreme Close Up Depth of Field PENERANGAN: Gambar di atas telah mengaplikasikan teknik extreme close up iaitu jenis shot yang digunakan untuk memotret detail pada manusia seperti mata, telinga ataupun hidung. Mata model tersebut telah difokus dan dijadikan subjek utama dalam gambar ini. Hal ini berjaya membantu model tersebut menyampaikan expresinya hanya melalui matanya yang diambil tersebut. Selain itu, bahagian latar belakang model telah dikaburkan supaya penonton gambar tidak terganggu oleh elemen-elemen lain dalam gambar tersebut.
GAMBAR 6 Tema/Tajuk: Dinner at IKEA
BUTIRAN TEKNIKAL (MAKLUMAT EXIF) Camera model : Sony Alpha 5100 F-stop : f/4 Exposure time : 1/160 sec. ISO speed : ISO-500 KONSEP KARYA: Pattern and Texture Depth of Field PENERANGAN: Aspek komposisi utama yang terdapat dalam gambar ini adalah pattern dan texture dan juga depth of field. Dengan pembukaan aperture yang besar, fokus telah diberi kepada subjek utama dalam gambar tersebut manakala latar belakang gambar telah dikaburkan. Hal ini telah memberi kesan bokeh yang baik kepada gambar tersebut dan ia juga berjaya menunjukkan detail makanan tersebut dengan jelas di mana penonton gambar dapat merasakan texture makanan tersebut hanya melalui gambar.
GAMBAR 6 Tema/Tajuk: Happy Girl at Eco Spring
BUTIRAN TEKNIKAL (MAKLUMAT EXIF) Camera model : ONEPLUS A6000 P3XL F-stop : f/1.7 Exposure time : 1/1044 sec. ISO speed : ISO-100 KONSEP KARYA: Framing Depth of Field PENERANGAN: Konsep framing dan juga depth of field telah diaplikasikan semasa mengambil gambar di atas. Seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas, subjek utama telah diletak di tengah gambar supaya nampak dikelilingi oleh daun-daun di latar belakang tersebut. Dengan bantuan framing ini, mata penonton gambar akan lebih memberi fokus kepada subjek utama yang berada di tengah tersebut. Selain itu, jarak antara subjek utama dengan latar belakang adalah lebih jauh manakala jarak antara subjek utama dengan kamera adalah dekat. Hal ini demikian supaya dapat menghasilkan kesan bokeh yang lebih baik dalam gambar tersebut iaitu ketajaman subjek utama adalah lebih jelas berbanding dengan ketajaman latar belakang.
GAMBAR 7 Tema/Tajuk: The Road
BUTIRAN TEKNIKAL (MAKLUMAT EXIF) Camera model : ONEPLUS A6000 P3XL F-stop : f/1.7 Exposure time : 1/1044 sec. ISO speed : ISO-100 KONSEP KARYA: Leading line PENERANGAN: Teknik komposisi yang digunakan dalam gambar di atas adalah konsep leading line. Lengkuk C (C Curve) yang terdapat dalam gambar ini telah membentuk sebuah “garisan” yang dapat membawa mata penonton gambar dari depan hingga ke subjek utama di belakang. Secara tidak terasa, mata penonton akan mengikuti leading line sehinggalah menemu dengan subjek utama iaitu bangunan putih di bahagian belakang.
GAMBAR 8 Tema/Tajuk: Sleepy Tapir
BUTIRAN TEKNIKAL (MAKLUMAT EXIF) Camera model : Sony Alpha 5100 F-stop : f/5.6 Exposure time : 1/160 sec. ISO speed : ISO-640 KONSEP KARYA: Monochrome Rule of Third PENERANGAN: Monochrome merupakan gambar yang diambil atau dihasilkan dalam warna hitam putih seperti gambar di atas. Dalam gambar monochrome ini, mata penonton gambar tidak terganggu oleh warna dan hal ini dapat menyebabkan subjek utama iaitu tapir yang kelihatan mengantuk diberi perhatian yang lebih banyak. Seterusnya, konsep rule of third juga telah diaplikasikan di mana subjek utama diletakkan di titik simpang garis pada bahagian kiri dan ruang yang agak kosong pula di bahagian kanan gambar. Hal ini demikian supaya mata penonton gambar tidak terganggu oleh elemen lain dan dapat memberi tumpuan kepada subjek utama dalam gambar tersebut.
GAMBAR 9 Tema/Tajuk: Writing with Light
BUTIRAN TEKNIKAL (MAKLUMAT EXIF) Camera model : ONEPLUS A6000 P3XL F-stop : f/1.7 Exposure time : 1/1044 sec. ISO speed : ISO-100 KONSEP KARYA: Light Painting (BULB) PENERANGAN: Gambar di atas telah menunjukkan gambar tulisan yang dihasilkan dengan menggunakan torchlight dan teknik untuk menghasilkan gambar seperti ini dikenali sebagai BULB Fotografi ataupun Light Painting. Semasa mengambil gambar tersebut, tripod telah digunakan bagi mengelakkan goyangan yang boleh menyebabkan gambar menjadi blur. Seterusnya, tempat yang dipilih untuk mengambil gambar tersebut mestilah cukup gelap dan tidak diganggu oleh lampu liar bagi mendapat kesan BULB yang lebih baik.
GAMBAR 10 Tema/Tajuk: Lonely Ballet
BUTIRAN TEKNIKAL (MAKLUMAT EXIF) Camera model : ONEPLUS A6000 P3XL F-stop : f/1.7 Exposure time : 1/3155 sec. ISO speed : ISO-100 KONSEP KARYA: Focusing Point Leading Line PENERANGAN: Gambar di atas mengaplikasikan aspek komposisi rule of third dan juga leading line. Leading line yang digunakan dalam gambar tersebut adalah garisan melintang iaitu garisan pantai dan juga laut. Garisan tersebut dapat membawa mata penonton gambar dari latar belakang ke subjek utama iaitu wanita yang sedang berbalet di tepi pantai. Bukan itu sahaja, pemilihan latar belakang yang kosong atau “plain” telah menghasilkan gambar yang simple tetapi menarik di mana subjek utama dapat diberi fokus yang diingini.
MANIPULASI IMEJ Tajuk: The Deep Magic Rabbit Hole
PENERANGRAN KARYA KOMPOSISI: Gambar di atas merupakan karya komposisi yang dihasilkan dengan menggunakan perisian manipulasi photoshop. Gambar tersebut merangkumi pelbagai elemen yang berlainan dan setiap elemen tersebut merupakan satu layer dalam perisian manipulasi tersebut. Contoh layers yang terdapat dalam gambar tersebut adalah seperti kad poker, buku, jam dinding, bingkai gambar, teko, cawan dan lain-lain lagi. Idea utama penghasilan karya komposisi tersebut adalah daripada cerita “Alice in the Wonderland”, iaitu cerita tentang seorang perempuan yang bernama Alice mengembara di dunia dalam mimpinya. Pada permulaan cerita tersebut, Alice nampak seekor arnab putih berlari dengan cepat sambil membawa jam dan berkata: “Sayang! Oh sayang! Saya akan lambat!” Apabila nampak perkara ini berlaku, Alice terbakar dengan rasa ingin tahu malah dia terus berdiri lalu berlari mengikuti arnab tersebut sehingga dia melihat arnab tersebut lompat ke dalam sebuah lubang kelinci besar di bawah lindung nilai. Tiba-tiba, lubang kelinci tersebut menjadi lurus seperti sebuah terowong dan kemudian mendadak ke bawah, jadi Alice belum sempat menghentikan dirinya namum dia mendapati dirinya sudah jatuh ke dalam lubang tersebut. Gambar di atas menunjukkan adegan cerita seperti yang dinyatakan di atas di mana watak utama iaitu Alice terjatuh ke dalam lubang kelinci tersebut. Gambar lampu jalan yang diambil pada waktu malam telah digunakan sebagai latar belakang gambar iaitu lubang kelinci dan elemen-elemen lain yang terdapat dalam gambar tersebut pula adalah sebagai barang-barang yang berdekatan dengan lubang kelinci dan jatuh ke dalamnya bersama dengan Alice semasa lubang tersebut mendadak ke bawah.
Search
Read the Text Version
- 1 - 25
Pages: