Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore MAT Kali 12 BBMSgr

MAT Kali 12 BBMSgr

Published by sham kamal, 2021-11-27 03:06:18

Description: MAT Kali 12 BBMSgr

Search

Read the Text Version

AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) Briged Bakti Malaysia Cawangan Negeri Selangor (BBMSgr) ke-12, 2021 Kolej Dar Al Hikmah (KDH), Sg. Ramal Dalam, Kajang 27 November 2021 1. Kata-kata Aluan YBhg. Dr Nordin Abdul Rahman, Mantan Yang Dipertua (YDP), BBMSgr 2. Ucapan Perasmian YBhg. Dato’ Dr Abdul Razak Kechik, Presiden BBM 3. Melantik Pengerusi dan Pencatat Minit Sidang MAT BBMSgr ke-12. 4. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke- 11, 2020. 5. Membentang, Membahas dan Menerima Laporan Tahunan BBMSgr Kali ke- 11, 2020. 6. Membentang, Membahas dan Menerima Laporan Kewangan BBMSgr kali ke-11, 2020. 7. Pembubaran AJK BBMSgr Sesi 2018-2020. 8. Perlantikan Jawatankuasa BBMSgr Sesi 2020-2022. 9. Pembentangan Usul 10. Hal-hal Lain 11. Ucapan Penangguhan i

BRIGED BAKTI MALAYSIA CAWANGAN NEGERI SELANGOR (BBMSgr) MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) KALI-11 TAHUN 2020 Tarikh : 15 Februari 2020 Masa : 2.00 petang – 5.00 petang Tempat : Dewan Seminar UNIKEB, Bangi Gateway, Bangi, Selangor Pengerusi : Tuan Hj. Zulkafli bin Daud Kehadiran (Bilangan) : (Rujuk Lampiran A) Turut Hadir (Pemerhati) : Tuan Radzuan bin Hj. Mohamed Tahir (Setiausaha Agung BBM Pusat) 1.0 UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA BBMSgr 1.1 Yang DiPertua (YDP) BBMSgr merakamkan ucapan terima kasih kepada hadirin yang hadir ke MAT BBMSgr kali ke-11 tahun 2020. YDP juga memohon maaf di atas sebarang kekurangan yang ada selama beliau menjadi YDP khususnya sejak kebelakangan ini, keadaan kesihatan beliau yang kurang memuaskan. Tuan Haji Zulkafli Daud telah dicadangkan bagi menggantikan YDP BBMSgr untuk mempengerusikan mesyuarat. Dicadang oleh : Tuan Muhammad Fikree bin Rosli Disokong oleh : Tuan Muhamad Faiz Akmal bin Amran Untuk Makluman 2.0 PENCATAT MINIT 2.1 Pengerusi Mesyuarat meminta supaya sidang mesyuarat mencadangkan dua orang pencatat minit bagi merekod segala intipati mesyuarat kali ini. Dicadang oleh : Puan Dalila bt. Fathee Pencatat Minit 1 : Puan Tengku Nur Amni bt. Tengku Shah Buddin Dicadang oleh : Tuan Haji Shirajuddin bin Sirat Pencatat Minit 2 : Tuan Muhammad Fikree Bin Rosli Cadangan-cadangan tersebut disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat. Untuk Makluman 1

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 3.1 Minit MAT BBMSgr 2019 bertarikh 14 Julai 2019 telah dibentangkan dan dipaparkan kepada sidang mesyuarat dan Pengerusi Mesyuarat memohon pengesahan minit tersebut. Pengesahan telah dibuat sebagaimana berikut:- Dicadang oleh : Puan Noor Hafizah bt. M Hussein Disokong oleh : Puan Tengku Nur Amni Bt. Tengku Shah Buddin Untuk Makluman 4.0 PEMBENTANGAN LAPORAN TAHUNAN BBMSgr 2019 4.1 Laporan Tahunan BBMSgr tidak dapat dibentangkan oleh Setiausaha BBMSgr iaitu Tuan Mohd Juraij bin Othman (Tidak Hadir Bersebab) dan digantikan oleh Yang DiPertua BBMSgr Tuan Dr. Nordin bin Abdul Rahman. 4.2 Laporan telah diulas dengan jelas kepada sidang mesyuarat dan salinan laporan telah dipaparkan serta diberikan kepada semua ahli. 4.3 Pengesahan Laporan Tahunan BBMSgr telah dibuat sebagaimana berikut:- Dicadang oleh : Tuan Habibullah bin Bakhtiar Disokong oleh : Tuan Che Abdul Fatah bin Che Mohd Nor Untuk Makluman 5.0 PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN BBMSGR 2019 5.1 Laporan kewangan BBMSgr yang telah dibentangkan oleh Yang DiPertua BBMSgr Tuan Dr. Nordin bin Abdul Rahman. 5.2 Laporan telah dibentangkan dengan teliti kepada sidang mesyuarat dan salinan laporan telah dipaparkan serta diberikan kepada semua ahli. 5.3 Cadangan pengesahan Laporan Tahunan BBMSgr telah dibuat sebagaimana berikut:- Dicadang oleh : Tuan Dr. Rahmatullah Khan bin Abdul Wahab Khan Disokong oleh : Tuan Suhayl Azmin bin ZL Abidin Untuk Makluman 6.0 PEMBUBARAN JAWATANKUASA EXCO BBMSgr 2018-2020 6.1 Yang DiPertua mewakili barisan Ahli Jawatankuasa 2018-2020 memohon maaf jika ada sebarang kesilapan, tersalah tutur bicara dan sekaligus membubarkan jawatankuasa tersebut. Untuk Makluman 2

7.0 PEMILIHAN JAWATANKUASA EXCO BBMSgr 2020-2022 7.1 Pengerusi Mesyuarat telah membuka cadangan pemilihan Ahli Jawatankuasa BBMSgr 2020-2022 pada sidang mesyuarat. 7.2 Cadangan barisan Ahli Jawatankuasa BBMSgr 2020-2022 telah dibentang secara menyeluruh seperti dalam Lampiran B. Dicadang oleh : Tuan Muhamad Faiz Akmal bin Amran Disokong oleh : Tuan Muhammad Khairul Fikri bin Abdul Rahman 7.3 Cadangan barisan Ahli Jawatankuasa 2020-2022 telah ditutup. Dicadang oleh : Cik Nur Syarmimi binti Ad Osmera Disokong oleh : Cik Nur Najihah binti Redzuan Tindakan Setiausaha 8.0 LANTIKAN JURUAUDIT 8.1 Pengerusi Mesyuarat memohon supaya dua juruaudit dilantik oleh sidang mesyuarat bagi sesi kali ini. Dicadang oleh : Tuan Habibullah bin Bakhtiar Juruaudit 1 : Tuan Mohd Fadlulhilmi bin Shuhaimi Juruaudit 2 : Tuan Bukhari bin Othman Sokongan : Semua Ahli Mesyuarat Tindakan Setiausaha - Bahagian ini sengaja dikosongkan. Sila lihat helaian seterusnya. – 3

9.0 PEMBENTANGAN USUL 9.1 Tuan Haji Zulkafli bin Daud mengusulkan Pindaan Fasal 17 Perlembagaan BBM mengenai pemilihan jawatankuasa. Percanggahan tersebut adalah seperti berikut:- Tindakan Setiausaha 9.2 Dr. Nordin bin Abdul Rahman mengusulkan supaya pihak pimpinan merangka satu sistem pemusatan ahli remaja yang menyambung pelajaran ke peringkat IPT dalam negeri Selangor dan ahli dewasa lama yang menetap dalam negeri Selangor. Tindakan AJK Berkaitan 4

9.3 Cik Nur Syarmimi binti Ad Osmera mengusulkan permasalahan pengurusan dan pergerakan Kelab Briged Bakti Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) yang kurang mendapat pemerhatian dari pihak pimpinan negeri. Penambaikan juga diusulkan sebagaimana berikut: (a) Mengadakan kolaborasi dengan Kelab BBM IPT lain di negeri Selangor. (b) Bantuan dana dari pihak negeri bagi menjalankan aktiviti kelab. (c) Bantuan nasihat/cadangan aktiviti dan latihan kemahiran dari pihak negeri. (d) Mengadakan kolaborasi dengan BBM Negeri Selangor dalam aktiviti tahunan/bulanan. (i) Dr.Nordin bin Abdul Rahman dan Tuan Haji Zulkafli bin Daud mencadangkan supaya satu kolaborasi Program AgroFood dilaksanakan bersama ahli-ahli Kelab BBM KUIS sebagai langkah merealisasikan usul 9.3(d). Tindakan AJK IPT Negeri 9.4 Tuan Hj. Zulkafli bin Daud mengusulkan supaya jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dimansuhkan atas sebab jawatan tersebut telah menimbulkan pelbagai masalah, kesulitan dan keraguan dalam pengurusan pusat dan juga negeri serta menyebabkan pertindihan kuasa/arahan dalam organisasi. Antara cadangan penambahbaikan adalah seperti berikut:- (i) Bagi melancarkan pelaksanaan tugasan dan aliran sistem serta prosedur, beliau juga mengusulkan supaya Setiausaha Agung akan mengambil alih tugas-tugas CEO tersebut secara tetap dan setara. (ii) Aliran kewangan untuk kegunaan negeri juga perlu disalurkan terus kepada pihak negeri-negeri bagi mengelakkan ketidaktelusan atau ketidakpastian dalam fasa aliran tersebut. (iii) Semakan semula ke atas jumlah pendapatan bulanan CEO yang terkini perlu dilaksanakan. Ini adalah kerana jumlah tersebut tidak munasabah dalam organisasi NGO di mana jumlah pendapatan tersebut hampir menyamai dan mungkin melebihi jumlah dana pengurusan yang disalurkan pada dua buah negeri. Tindakan Setiausaha 5

10.0 PENUTUP 10.1 Ucapan penangguhan telah disampaikan oleh wakil barisan pimpinan baru, Tuan Dr. Rahmatullah Khan dan wakil ahli mesyuarat, Cik Nor Syarmimi. Penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya akan dimaklumkan kemudian dan dibuat dalam tempoh yang terdekat. 10.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang. Disediakan oleh, Disemak oleh, Habibakhtiar RomlIshak (TUAN HABIBULLAH BIN BAKHTIAR ) (DATUK ROMLI ISHAK ) Setiausaha BBMSgr 2020-2022 YDP BBMSgr 2020-2022 Tarikh: 10 Mac 2020 Tarikh: 10 Mac 2020 6

LAMPIRAN (A) SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI-11 TAHUN 2020 BRIGED BAKTI MALAYSIA CAWANGAN NEGERI SELANGOR (BBMNSR) Kehadiran : 1. Dr. Nordin bin Abdul Rahman Yang Di Pertua 2. En. Haji Shirajuddin bin Hj Sirat Timb. Yang Di Pertua 1 3. En. Habibullah bin Bakhtiar Timb. Yang Di Pertua 2 4. Dr. Hasan bin Jamil Bendahari 5. En. Sheikh Saiful Rizal bin Sheikh Zainuddin 6. En. Haji Zulkafli bin Daud 7. Dr. Rahmatullah Khan bin Abdul Wahab Khan 8. En. Bukhari bin Othman 9. En. Mohd Fadlulhilmi bin Shuhaimi 10. En Suhayl Azmin bin ZL Abidin 11. En. Muhammad Fikree bin Rosli 12. Pn. Tengku Nur Amni binti Tengku Shah Buddin 13. En. Che Abdul Fatah bin Che Mohd Nor 14. Pn. Dalila binti Fathee 15. En. Shikh Saiful Rizal bin Shikh Zainuddin 16. En. Muhamad Faiz Akmal bin Amran 17. En. Muhammad Khairul Fikri bin Abdul Rahman 18. Pn. Noor Hafizah binti M Hussein 19. Cik Nur Syarmimi binti Ad Osmera 20. Cik Solihatul Fasihah binti Mat Isa 21. Cik Nur Najihah binti Redzuan 22. Cik Nurul Izati binti Amir Faisol 23. Cik Maizatul Adriena binti Zulkarnain 24. Cik Hanim Aisyah binti Ahmad 25. Cik Alya Mashitah binti Zainuddin 26. Cik Aliah Maryam binti Zainuddin 27. Cik Nur Alia Anida binti Mohamad 28. Cik Siti Ai’esah binti Mat Salleh 29. Cik Nur Risya Zulaikha binti Zulpakri 30. En. Moslim bin Jaapar 31. En. Mohd Hanif 32. En. Farid bin Azizan 33. Dato’ Hadzir bin Md Zain 34. En. Muhd Hanis Naqiuddin bin Mohd Pauzi 35. En. Muhammad Wazier bin Md Aripin 36. Cik Yamnie binti Alias 7

37. En. Muhammad Hazirul Afiq bin Hairul Anuar 38. Pn. Raja Saadiah binti Raja Shaarif 39. En. Syed Mazri Bin Syed Jaafar 40. En. Wan Mohamad Wasif bin Wan Mohamad Tidak Hadir Bersebab : 1. En. Mohd Juraij bin Othman Setiausaha - Urusan Hospital : Isteri Dimasukkan ke Wad 2. Suhaila Penolong Setiausaha - Kerja dan tidak mendapat kelulusan dari majikan Tidak Hadir : - TIADA - 8

LAMPIRAN (B) BARISAN AJK BBM SELANGOR 2020-22 Yang Dipertua : Dato’ Hj. Romli bin Ishak Timbalan Yang Dipertua I : Prof. Dr. Rahmatullah Khan bin A Wahab Khan Timbalan Yang Dipertua II : Dr. Mohamad Hussin bin Mohamad Yusof Setiausaha : Habibullah bin Bahtiar Penolong Setiausaha : Muhammad Fikree bin Rosli Bendahari : Shirajuddin bin Sirat Ahli Jawatankuasa 1 : Dato’ Hadzir bin Md Zain Ahli Jawatankuasa 2 : Dr. Nordin bin A Rahman Ahli Jawatankuasa 3 : Hj. Mohd Musleh bin Yunos Ahli Jawatankuasa 4 : Tengku Nur Amni bt. Tengku Shah Buddin Ahli Jawatankuasa 5 : Dalila bt. Fathee 9

BRIGED BAKTI MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR LAPORAN KEWANGAN TAHUNAN BERAKHIR 31 HB DISEMBER 2019 PENERIMAAN RM - Yuran Keahlian 300.00 - Sumbangan / Derma /Yuran kursus 92,500.00 - Lebihan 2018 bawa ke hadapan 700.00 JUMLAH RM 93,500.00 PEMBAYARAN DAN PERBELANJAAN - Alatan Pejabat 2,000.00 - Perbelanjaan Pengurusan / Pentadbiran 2,500.00 - Kos Pegendalian Program / Karnival 69,500.00 - Elaun Petugas 6,000.00 - Pengangkutan 2,500.00 - Komunikasi 2,000.00 - Sewaan kemudahan / Utiliti 3,500.00 JUMLAH PERBELANJAAN RM 88,000.00 BAKI TUNAI DI BANK DAN DI TANGAN RM 5,500.00 JUMLAH RM 93,500.00 Disediakan Oleh ------------------------------ HASAN BIN JAMIL Bendahari, Briged Bakti Malaysia Cawangan Negeri Selangor Disahkan oleh -------------------------------------------- 15 Februari 2020 SUHAYL AZMIN BIN ZAINAL ABIDIN Juruaudit BBM Selangor 10


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook