Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore 6.EDARAN PINDAAN PERLEMBAGAAN PINDAAN 2019 (2)

6.EDARAN PINDAAN PERLEMBAGAAN PINDAAN 2019 (2)

Published by sham kamal, 2021-11-27 03:54:58

Description: 6.EDARAN PINDAAN PERLEMBAGAAN PINDAAN 2019 (2)

Search

Read the Text Version

KANDUNGAN MUKA SURAT 1-1 BIL 1 FASAL 1 : NAMA 1-1 2 FASAL 2 : ALAMAT TEMPAT URUSAN 1-3 1-1 3 FASAL 3 : LOGO, BENDERA, MOTO DAN FALSAFAH 1-2 3.1 : Logo 2-2 (1) Reka Bentuk Logo 2-2 (2) Pengertian Logo 2-2 (3) Pengertian Warna Logo 2-2 3.2 : Bendera Rasmi 3-3 (1) Reka Bentuk 3-3 (2) Pengertian Bentuk dan Warna Bendera 3-3 3.3 : Moto 3.4 : Falsafah 3-4 4 FASAL 4 : MATLAMAT 4-5 4-4 5 FASAL 5 : KEAHLIAN 5-5 a. Ahli Biasa 5-5 b. Ahli Remaja 5-5 c. Ahli Kehormat/ Bersekutu d. Ahli Seumur Hidup 5-6 5-5 6 FASAL 6 : BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN 6-6 a. Ahli Biasa 6-6 b. Ahli Remaja 6-6 c. Ahli Kehormat/ Bersekutu d. Ahli Seumur Hidup 6-7 7 FASAL 7 : PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI 7-10 8 FASAL 8 : MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 10-12 9 FASAL 9 : JAWATANKUASA PUSAT 12-13 10 FASAL 10 : KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI 13-14 11 FASAL 11 : KEWANGAN 14-14 12 FASAL 12 : JURU AUDIT 15-15 13 FASAL 13 : PEMEGANG AMANAH 15-15 14 FASAL 14 : PEMBUBARAN 15-19 15 FASAL 15 : PENUBUHAN DAN PEMBUBARAN CAWANGAN

BIL MUKA SURAT 16 FASAL 16 : MESYUARAT AGUNG CAWANGAN (NEGERI) 19-20 17 FASAL 17 : JAWATANKUASA CAWANGAN (NEGERI) 21-21 18 FASAL 18 : KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI CAWANGAN 21-22 (NEGERI) 19 FASAL 19 : KEWANGAN CAWANGAN (NEGERI), DAERAH, 22-24 CAWANGAN DAN UNIT 20 FASAL 20 : PERUNTUKAN UMUM MENGENAI CAWANGAN 24-24 21 FASAL 21 : PINDAAN PERLEMBAGAAN 24-24 22 FASAL 22 : TAFSIRAN UNDANG-UNDANG 24-25 23 FASAL 23 : PENASIHAT/ PENAUNG 25-25 24 FASAL 24 : LARANGAN 25-25 25 FASAL 25 : PENTADBIRAN PREMIS 25-26 LAMPIRAN A : FASAL 3 (LOGO, BENDERA, MOTO DAN FALSAFAH) 27-30 3.1. Bentuk Logo 27-28 LAMPIRAN B : 29-30 3.2. Bendera Rasmi 29-30

PERLEMBAGAAN BRIGED BAKTI MALAYSIA FASAL 1 NAMA (1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama BRIGED BAKTI MALAYSIA. Nama atau sebutan ringkasnya “BRIGED BAKTI “. Selepas ini disebut “PERTUBUHAN ” FASAL 2 ALAMAT TEMPAT URUSAN (2) Alamat berdaftar dan tempat urusan Pertubuhan ialah: Lot 2864-A, Wisma Al Hikmah, Tanjung Mas, Jln. Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim atau di tempat-tempat lain yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. FASAL 3 LOGO, BENDERA, MOTO DAN FALSAFAH 3.1. Logo (seperti dalam Lampiran A) (1) Reka Bentuk Logo: a. Bentuk asas berupa pentagon ( lima bucu ) berwarna hitam b. Warna latar logo hijau tua c. Lingkaran bunga tanjung (10 kuntum) di bahagian dalam pentagon berwarna kuning emas d. Daun bunga tanjung 2 helai di puncak dan 4 helai di bahagian bawah berwarna kuning emas e. Bulan Sabit berada di bahagian dalam lingkaran bunga tanjung berwarna merah. f. Bintang 14 bucu di bahagian atas di antara pucuk daun bunga tanjung dan tanduk bulan sabit berwarna merah. g. Dua tangan berjabat erat di tengah-tengah bulan sabit berwarna kuning emas. h. Riben berwarna kuning emas di bahagian bawah / tapak logo bertulisan Briged Bakti huruf besar berwarna hitam 1

i. Tahun ‘1991’pada ruang tengah di antara tangan sedang berjabat dengan bulan sabit merah. (2) Pengertian Logo: a. Bucu Lima (pentagon) berwarna hitam bermaksud: Kepatuhan dan penghayatan kepada 5 prinsip teras Briged Bakti iaitu: Ketuhanan, Kesetiaan, Persaudaraan, Kebaktian, dan Keikhlasan. b. Lingkaran Bunga Tanjung berwarna kuning bermaksud: Pengorbanan, Kemanfaatan, dan Ketrampilan. c. Daun Bunga Tanjung berwarna kuning bermaksud: Sedia membantu dan memberi khidmat bakti. d. Bulan Sabit berwarna merah bermaksud: Keprihatinan dan Pertolongan Cemas. e. Bintang 14 Bucu berwarna merah bermaksud: Kesejagatan dan 14 buah negeri di Malaysia. f. Tangan Berjabat Erat berwarna kuning bermaksud: Persahabatan, Perpaduan, dan Kerjasama. g. Riben Bertulisan Briged Bakti bermaksud: Paksi Kesukarelaan dan Kesukarelawanan. h. Tahun 1991 berwarna hitam bermaksud: Tahun rasmi penubuhan BBM. (3) Pengertian Warna Logo: a. Hijau Tua: Berrmaksud Kesabaran Dan Ketenangan. b. Merah : Bermaksud Keberanian Dan Ketangkasan. c. Kuning : Bermaksud Kewibawaan, Kecemerlangan Dan Proaktif. d. Hitam : Bermaksud Sentiasa Bersiap Sedia, Berdisiplin Dan Komited. 3.2. Bendera Rasmi (seperti dalam lampiran B) (1) Reka Bentuk: a. Bendera Pertubuhan berbentuk segi empat tepat bersaiz: 162 sm x 86 sm b. Tiga jalur berwarna merah, hijau tua dan kuning bersaiz: 10 sm lebar dijahit memanjang dari penjuru atas kiri ke bahagian penjuru bawah kanan. c. Logo Briged Bakti terletak pada bahagian tengah jalur berwarna berkedudukan satu pertiga daripada saiz bendera di sebelah kiri. d. Warna latar (tanah) bendera ialah hijau muda (pucuk pisang). 2

(2) Pengertian Bentuk dan Warna Bendera: a. Tiga Jalur Berwarna Merah, Hijau Tua dan Kuning Melintang Dari Penjuru Atas Kiri Ke Penjuru Bawah Kanan bermaksud perpaduan, keharmonian dan toleransi tiga komposisi kaum terbesar rakyat Malaysia serta lain-lain etnik pribumi bersatu demi mencapai wawasan negara. b. Logo Briged Bakti Terletak Di Atas Jalur Berwarna Merah, Hijau Tua dan Kuning bermaksud Briged Bakti menjadi rakan kongsi dalam pembangunan modal insan dan negara dan mendukung wawasan negara. c. Jalur Warna Merah bermaksud Semangat juang, jati diri,iltizam serta semangat sukarelawan yang dinamik dan progresif. d. Jalur Warna Hijau Tua bermaksud Penghayatan agama yang menjadi paksi kepada kesejahteraan dan kedamaian kehidupan serta kesedaran sejagat yang tinggi. e. Jalur Warna Kuning bermaksud Kesetiaan kepada kedaulatan raja, perlembagaan dan undang-undang negara. f. Warna Latar Hijau Muda bermaksud Asas persekitaran kehidupan rakyat berbilang kaum dan agama yang toleran, harmoni dan berprinsip yang dapat melahirkan kemakmuran, keharmonian dan perpaduan sejagat. 3.3. Moto “SEDIA BERBAKTI” 3.4. Falsafah “SEBAIK-BAIK MANUSIA IALAH YANG PALING BERMANFAAT KEPADA ORANG LAIN” FASAL 4 MATLAMAT (1) Membangun potensi modal insan yang berjiwa patriotik, berwawasan, berilmu, berkemahiran dan berpengalaman secara holistik. (2) Menjalankan latihan kemahiran dan ketrampilan diri dalam pelbagai bidang untuk pembangunan diri dan masyarakat serta melaksanakan tanggungjawab sosial kepada keluarga, masyarakat, negara dan umat sejagat. 3

(3) Menjana dan menggembleng tenaga golongan remaja, belia dan masyarakat seluruhnya untuk bekerjasama dalam aktiviti kesukarelaan dan kesukarelawanan untuk melaksanakan tanggungjawab dan peranan dalam semua lapangan secara bersepadu dan komprehensif. (4) Mengukuh dan meningkatkan perpaduan, kerjasama, dan hubungan baik dengan mana-mana organisasi yang mempunyai matlamat yang selaras dengan prinsip gerak kerja Briged Bakti Malaysia bagi mewujudkan rasa persahabatan dan setia kawan yang kukuh di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang merentas kaum, bangsa, agama dan fahaman politik. (5) Menubuh pasukan dan melaksanakan program pasukan beruniform Briged Bakti Malaysia secara khusus untuk golongan remaja di institusi pendidikan kerajaan dan swasta serta menubuhkan kelab BBM dalam kalangan masyarakat di luar sekolah. (6) Untuk memungut derma daripada orang awam setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Pendaftaran Pertubuhan dan pihak berkuasa yang berkaitan. (7) Untuk memiliki harta alih dan tidak alih bagi tujuan-tujuan pertubuhan. (8) Untuk menjalankan kegiatan perniagaan atau tabung untuk kepentingan pertubuhan. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh pertubuhan ini hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan pertubuhan ini, dan tidak sebahagian pun daripada wang keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada ahli pertubuhan. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik,untuk membayar gaji atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja pertubuhan ini. FASAL 5 KEAHLIAN (1) Keahlian adalah terbuka kepada semua Warganegara Malaysia tanpa mengira jantina, agama, bangsa dan keturunan yang yang tinggal di seluruh Malaysia. Bilangan ahli tidak terhad. Terdapat empat (4) jenis ahli. a. Ahli Biasa: Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan tinggal di Malaysia . 4

b. Ahli Remaja : Terbuka kepada remaja warganegara Malaysia berusia 10 tahun ke atas dan di bawah 18 tahun dengan syarat mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa / penjaga mereka. Mereka tidak layak mengundi dan memegang sebarang jawatan dalam pertubuhan c. Ahli Kehormat / Bersekutu : Ahli yang dipilih oleh Ahli Jawatankuasa Pertubuhan dan mestilah warganegara Malaysia d. Ahli Seumur Hidup : Terdiri daripada individu yang mengasaskan Pertubuhan ini, mantan Ahli Jawatankuasa Pertubuhan dan mereka yang membayar yuran keahlian RM 100.00 ( Ringgit Malaysia: Satu Ratus ) secara sekali gus. (2) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh 2 orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha Cawangan tempatan yang hendaklah mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa Cawangan boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab- sebabnya. Permohonan menjadi ahli bagi tempat di mana cawangan belum diluluskan, hendaklah diuruskan mengikut kaedah itu juga oleh Setiausaha Agung dan Jawatankuasa Pusat. (3) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah, setelah membayar bayaran masuk yuran tahunan pertama seperti yang ditetapkan, diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli. (4) Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan FASAL 6 BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN (1) Bayaran yuran yang perlu dibayar adalah seperti berikut: a. Ahli Biasa: Yuran Masuk : RM 5.00 ( Ringgit Malaysia Lima ) Yuran Tahunan : RM 5 .00 ( Ringgit Malaysia Lima ) 5

b. Ahli Remaja: : RM 2.00 ( Ringgit Malaysia Dua ) Yuran Masuk : RM 2.00 ( Ringgit Malaysia Dua ) Yuran Tahunan c. Ahli Kehormat / Bersekutu : Tidak dikenakan sebarang yuran d. Ahli Seumur Hidup : RM 100.00 ( Ringgit Malaysia Satu Ratus ) sekali gus (2) Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu dalam tempoh tiga bulan dari awal tiap-tiap tahun. Jika cawangan belum ditubuhkan, pembayaran hendaklah disampaikan kepada Bendahari Agung atau Setiausaha Agung. (3) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih dari tiga bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh atau wakil Setiausaha Agung atau Setiausaha Cawangan dan hilanglah hak-hak istimewanya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan. (4) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari tiga tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa Pusat boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuas hati yang ahli itu telah menerima kenyataan hutangnya terlebih dahulu. (5) Jawatankuasa Pusat mempunyai kuasa menetapkan bayaran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahlian terlucut disebabkan hutang. (6) Yuran-yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dijalankan dengan persetujuan Mesyuarat Agung perwakilan Pertubuhan. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam masa yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan. FASAL 7 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI (1) Ahli yang hendak berhenti deripada menjadi ahli Pertubuhan, hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha Cawangan dan menjelaskan segala hutangnya. 6

(2) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Cawangan. Sebelum Jawatankuasa Cawangan memecat atau menggantungkan keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung Cawangan menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut. FASAL 8 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (1) Bagi undang-undang ini, `ahli terus’ maknanya ialah seorang ahli pertubuhan yang tidak menjadi ahli cawangan dan seorang `wakil ahli’ maknanya ialah seorang wakil yang dilantik oleh ahli-ahli terus. (2) Pentadbiran Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat perwakilan yang mengandungi wakil-wakil cawangan dan wakil-wakil ahli dan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat. Sebarang ahli Pertubuhan, boleh hadir dalam mesyuarat perwakilan dengan kebenaran Pengerusi tetapi beliau tidak boleh bercakap dan mengundi. (3) Wakil-wakil cawangan hendaklah dipilih tiap-tiap tahun oleh cawangan masing- masing dan mereka boleh dipilih semula. Sesuatu cawangan berhak memilih 10 (sepuluh) wakil bagi 50 orang ahli yang pertama atau sebahagian daripada jumlah itu dan 15 wakil bagi bagi tiap-tiap 100 ahli, dengan syarat jumlah wakil bagi sesuatu cawangan tidak lebih daripada 200 orang. (4) Ahli Jawatankuasa Pusat tidak boleh dipilih menjadi wakil cawangan atau wakil ahli-ahli. Ahli Jawatankuasa Pusat dan wakil-wakil yang hadir berkuasa mengundi dalam mesyuarat perwakilan. (5) Korum untuk mesyuarat perwakilan dianggap cukup jika wakil-wakil yang hadir, tidak kira jumlahnya berjumlah lebih daripada jumlah wakil bagi setengah (1/2) bilangan cawangan-cawangan dan lebih daripada setengah (1/2) jumlah wakil ahli-ahli terus Pertubuhan . 7

(6) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mseyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pusat; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah wakii-wakil yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidak berkuasa meminda undang-undang Pertubuhan dan membuat keputusan- keputusan yang melibatkan semua ahli. (7) Mesyuarat Tahunan Perwakilan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada bulan April pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pusat. Kerja-kerja Mesyuarat Tahunan Perwakilan ialah : a. Menerima laporan Jawatankuasa Pusat berkenaan perjalanan Pertubuhan dalam tahun yang lalu ; b. Menerima laporan Bendahari Agung dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu; c. Memilih ahli-ahli Jawatankuasa Pusat dan Pemeriksa Kira-Kira untuk tiga tahun sekali. d. Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan dalam mesyuarat itu. (8) Pengumuman awal mengenai mesyuarat Tahunan Perwakilan yang menyatakan tarikh, waktu dan tempat, dan panggilan mengemukakan cadangan untuk perbincangan, cadangan untuk meminda undang-undang dan pencalonan untuk pemilihan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat, hendaklah dikirimkan oleh Setiausaha Agung kepada tiap-tiap Setiausaha Cawangan tidak lewat daripada 60 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat, dan pengumuman ini hendaklah di tunjukkan supaya jelas kelihatan di tempat urusan Pertubuhan yang telah didaftarkan. Tiap-tiap Setiausaha Cawangan hendaklah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan tidak lewat daripada 30 hari setelah menerima pengumuman awal itu. (9) Nama-nama wakil, pencalonan untuk pemilihan pegawai-pegawai dan cadangan untuk dibincangkan dalam mesyuarat hendaklah dihantar oleh Setiausaha Cawangan atau ahli-ahli secara individu supaya sampai kepada 8

Setiausaha Agung tidak lewat daripada 40 hari selepas penerimaan pengumuman awal mesyuarat. (10) Pengerusi dan Setiausaha Cawangan (Negeri-negeri) secara auntomatik terpilih mewakili negeri masing-masing ke Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan (peringkat kebangsaan). (11) Setiausaha Agung, jika boleh, hendaklah mengadakan mesyuarat ahli-ahli terus tidak kurang daripada 30 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk Mesyuarat Perwakilan, untuk melantik wakil-wakil ahli dengan syarat jika keadaan tempat yang berjauhan tidak sesuai bagi mengadakan mesyuarat, maka cara melantik wakil-wakil hendaklah diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat. (12) Setiausaha Agung hendaklah menghantar kepada Setiausaha Cawangan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum Mesyuarat Perwakilan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan cadangan dan pencalonan untuk pemilihan pegawai-pegawai beserta penyata kira-kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah diberikan kepada tiap-tiap wakil cawangan dan wakil ahli dan salinan surat itu boleh diperolehi untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan atau di pejabat-pejabat cawangan. (13) Mesyuarat Khas Perwakilan bagi Pertubuhan ini boleh diadakan : a. Apabila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Pusat; atau b. Atas permintaan dengan bertulis oleh ahli-ahli jawatankuasa bagi dua cawangan atau lebih atau oleh tidak kurang daripada 20 orang ahli-ahli terus dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. (14) Mesyuarat Khas Perwakilan yang diminta oleh cawangan-cawangan atau ahli terus hendaklah diadakan pada satu tarikh dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu. (15) Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Khas Perwakilan itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha Agung; sekurang-kurangnya 15 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat. 9

(16) Fasal 8 (5) dan 8 (6) dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Tahunan Perwakilan boleh digunakan untuk Mesyuarat Khas Perwakilan, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Khas Perwakilan atas permintaan cawangan-cawangan maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Khas Perwakilan atas permintaan dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan. FASAL 9 JAWATANKUASA PUSAT (1) a) Satu Jawatankuasa Pusat seperti berikut yang dinamakan Pegawai Persatuan hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan setiap tiga tahun sekali: Seorang Presiden Seorang Timbalan Presiden Lima orang Naib Presiden Seorang Setiausaha Agung (Dilantik oleh Presiden) Seorang Penolong Setiausaha Agung Seorang Bendahari Agung (Dilantik oleh Presiden) Seorang Penolong Bendahari Agung 7 orang Ahli Jawatankuasa Biasa (2 daripada AJK Biasa dilantik oleh Presiden) b) Semua ahli yang berkhidmat dalam Jawatankuasa Pusat dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia. (2) Nama untuk jawatan di Fasal 9(1) di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihannya dijalankan dengan cara mengundi oleh wakil-wakil cawangan / ahli-ahli dalam Mesyuarat Tahunan Perwakilan. Semua pegawai, kecuali Bendahari Agung dan Penolong Bendahari Agung boleh dilantik semula tiap-tiap tiga tahun sekali. (3) Fungsi Jawatankuasa Pusat ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Perwakilan. Jawatankuasa Pusat seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Perwakilan dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa Pusat mestilah 10

sentiasa mematuhi keputusan Mesyuarat Perwakilan. Jawatankuasa Pusat hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Tahunan Perwakilan. (4) Jawatankuasa Pusat hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali di dalam tempoh tiga (3) bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 30 hari terlebih dahulu. Presiden dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang Ahli Jawatankuasa Pusat bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat pada bila- bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada Ahli Jawatankuasa Pusat hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat. (5) Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa Pusat dan Mesyuarat tidak dapat diadakan maka Setiausaha Agung bolehlah mendapatkan kelulusan Ahli-Ahli Jawatankuasa Pusat secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa Pusat boleh dianggap sebagai telah diterima: a) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap Ahli Jawatankuasa Pusat ; b) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan Ahli Jawatankuasa Pusat mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu ; dan c) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. d) Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha Agung kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pusat berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat. (6) Ahli Jawatankuasa Pusat yang mungkir menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pusat tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa Pusat. (7) Jika seseorang Ahli Jawatankuasa Pusat meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa Pusat melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga pemilihan dalam Mesyuarat Tahunan Perwakilan diadakan. 11

(8) Jawatankuasa Pusat boleh memberi arahan kepada Setiausaha Agung dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantung atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, ingkar menjalankan keputusan Jawatankuasa Pusat, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan. FASAL 10 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI (1) (a) Presiden dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi kepada semua Mesyuarat Perwakilan dan semua Mesyuarat Jawatankuasa Pusat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan mesyuarat apabila telah diluluskan. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Setiausaha Agung dan Bendahari Agung. (b) Presiden diberi kuasa untuk melantik Pengerusi Negeri, Setiausaha Negeri, dan Bendahari Negeri dengan persetujuan pihak BBM Cawangan Negeri sekiranya berlaku kekosongan jawatan-jawatan tersebut yang disebabkan oleh pemegang jawatan semasa tersebut meletakkan jawatan atas sebab pertukaran tempat bekerja atau atas sebab-sebab kesihatan atau gagal menjalankan tugas atau tidak layak lagi memegang jawatan tersebut pada pandangan Presiden. (2) Timbalan Presiden akan memangku jawatan Presiden dan menjalankan tugas- tugas Presiden semasa ketiadaannya. (3) Naib-Naib Presiden akan membantu Presiden dalam menjalankan tugas- tugasnya serta menjalankan tugas-tugas khas yang diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat . (4) Setiausaha Agung hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah Mesyuarat Perwakilan dan Jawatankuasa Pusat. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat-menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Presiden dan Bendahari Agung. 12

(5) Penolong Setiausaha Agung hendaklah menjalankan tugas-tugas Setiausaha Agung dan memangku jawatan tersebut semasa ketiadaannya. (6) Bendahari Agung adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Presidensaan dan Setiausaha Agung. (7) Penolong Bendahari Agung hendaklah menjalankan tugas Bendahari Agung dan memangku jawatan semasa ketiadaannya. (8) Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa Pusat dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya. FASAL 11 KEWANGAN (1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuk belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun, wang itu tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah. (2) Bendahari Agung dibenarkan menyimpan wang runcit tidak melebihi RM 5000 (Ringgit Malaysia Lima Ribu ) pada satu-satu masa. (3) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh dua (2) daripada empat (4) penama berikut sama ada Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung atau Bendahari Agung. (4) Pertubuhan dibenarkan membuka akaun-akaun tambahan bagi kepentingan pertubuhan atas persetujuan Ahli Jawatankuasa Pusat pertubuhan dengan melantik 4 (empat) orang penama yang terdiri daripada pemegang jawatan kanan pertubuhan iaitu Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung dan Bendahari Agung. Manakala segala pengeluaran cek dan kenyataan pengeluaran wang dari akaun-akaun tambahan pertubuhan tersebut 13

hendaklah ditandatangani oleh 2 (dua) daripada 4 (empat) penama yang berkenaan. (5) Jumlah perbelanjaan bermula RM 1 hingga RM 10,000 (Ringgit Malaysia: Satu hingga Sepuluh Ribu) boleh diluluskan oleh sama ada oleh Presiden atau Setiausaha Agung atau Bendahari Agung. Jumlah perbelanjaan yang melebihi RM 10,000 hingga RM 50,000 (Ringgit Malaysia: Sepuluh Ribu hingga Lima Puluh Ribu) hendaklah diluluskan bersama oleh Presiden, Setiausaha Agung dan Bendahari Agung. Jumlah perbelanjaan dari RM 50,001 hingga RM 500,000 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Ribu Satu hingga Lima Ratus Ribu) pada satu- satu masa hendaklah mendapat kelulusan Ahli Jawatankuasa Pusat manakala perbelanjaan yang melebihi dari RM 500,000 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Ribu) pada satu-satu masa hendaklah mendapat kelulusan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan terlebih dahulu. (6) Penyata perihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari Agung dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira yang dilantik di bawah Fasal 12 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan oleh Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan yang berdaftar dan dari pejabat tiap-tiap Cawangan. (7) Tahun kewangan Persatuan ini bermula dari 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember tiap-tiap tahun. FASAL 12 JURU AUDIT (1) Dua orang yang bukannya Pegawai Pertubuhan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Tahunan Perwakilan sebagai Pemeriksa Kira-Kira. Mereka akan memegang jawatan selama tiga tahun dan tidak boleh dilantik semula. (2) Pemeriksa Kira-Kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Pertubuhan dan Cawangan-Cawangan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat AgungTahunan Cawangan. Mereka harus juga jika dikehendaki pada bila-bila masa oleh Presiden mengaudit kira-kira Pertubuhan atau Cawangan-Cawangan pada bila-bila masa dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa Pusat. 14

FASAL 13 PEMEGANG AMANAH (1) Tiga orang Pemegang Amanah yang berusia lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik dalam Mesyurat Tahunan Perwakilan dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Pertubuhan. Semua harta tak alih yang dipunyai oleh Pertubuhan akan diamanahkan kepada mereka dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust). (2) Mereka tidak boleh menjual, menarik balik dan menukarkan harta kepunyaan Pertubuhan dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Perwakilan. (3) Seorang pegawai yang diperakukan boleh dilucutkan daripada jawatan oleh Mesyuarat Perwakilan oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada dalam negeri atau kerana sebab-sebab lain yang menyebabkan ia tidak dapat menjalankan tugasnya atau pekerjaannya tidak memuaskan. Jika berlaku kematian, letak jawatan atau pembuangan bagi seorang pegawai yang diperakukan maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan dengan pemilihan yang dibuat dalam Mesyuarat Perwakilan dengan secepat mungkin. FASAL 14 PEMBUBARAN (1) Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada 3/5 (tiga perlima) jumlah semua wakil cawangan / ahli yang hadir dalam suatu Mesyuarat Perwakilan yang diadakan khas kerananya. (2) Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut undang- undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Perwakilan yang berkenaan. (3) Kenyataan mengenai pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari daripada tarikh pembubaran itu. FASAL 15 PENUBUHAN DAN PEMBUBARAN CAWANGAN (1) Jawatankuasa Pusat boleh membenarkan penubuhan cawangan di kawasan yang mempunyai sekurang-kurangnya 30 ahli Pertubuhan. Penubuhan Cawangan hendaklah dibenarkan secara bertulis oleh Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. 15

(2) Jawatankuasa Pusat boleh membubarkan cawangan: (a) Jika bilangan ahli-ahli dalam tempoh enam bulan berturut-turut kurang daripada 30; atau (b) Jika cawangan tidak mematuhi undang-undang Pertubuhan atau keputusan Mesyuarat Perwakilan atau Jawatankuasa Pusat mendapatinya bersalah kerana perbuatannya mencemarkan Pertubuhan. (3) Keputusan membubarkan Cawangan hendaklah dengan undi terbanyak dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat, dengan syarat sebelum diambil keputusan membubarkan Cawangan atas sebab yang disebutkan di dalam fasal 15(2)(b), cawangan yang berkenaan hendaklah diberi suatu notis selama 30 hari terlebih dahulu dan diberi peluang untuk menjawab tuduhan-tuduhan tersebut. (4) Perintah pembubaran hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha Agung. Cawangan tidak boleh bergerak mulai dari tarikh penerimaan perintah tersebut kecuali untuk urusan penyelesaian. Sebarang Cawangan yang musykil atas perintah pembubaran boleh, dengan kenyataan bertulis kepada Setiausaha Agung dalam tempoh 30 hari daripada tarikh penerimaan perintah tersebut membuat rayuan kepada Mesyuarat Perwakilan. Walaupun rayuan telah dibuat namun perintah pembubaran masih berkuat kuasa sehingga dibatalkan tetapi dalam keadaan yang sedemikian Jawatankuasa Pusat boleh melantik satu Jawatankuasa penaja daripada ahli-ahli untuk menguruskan hal ehwal Cawangan itu sementara rayuan tersebut dipertimbangkan. (5) Jika sesuatu Cawangan ditutup kerana sebab yang disebutkan dalam fasa 15(2)(a) di atas, maka Jawatankuasa Pusat hendaklah memindahkan ahli-ahli yang ada kepada cawangan yang hampir sekali, dan jika cawangan ditutup kerana sebab dalam peraturan 15(b) di atas maka ahli-ahli akan terhenti menjadi ahli Pertubuhan. (6) Adalah menjadi kewajipan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Cawangan itu untuk menyerahkan kepada Setiausa Agung segala buku, rekod, wang dan harta-harta lainnya yang dimiliki oleh cawangan berserta dengan penyata kira- kira cawangan itu daripada tarikh akhir pengemukaan penyata kira-kira itu dibentangkan sehingga tarikh perintah pembubaran. 16

(7) Jika ahli-ahli sesuatu Cawangan memutuskan hendak keluar daripada Pertubuhan, maka pegawai-pegawai Cawangan itu dengan serta merta mestilah menyerahkan kepada Setiausaha Agung segala buku, rekod, wang dan harta-harta lain Pertubuhan dan seterusnya menyedia dan menyerahkan penyata kira-kira kepada Setiausaha Agung seperti di dalam Fasal 15(6) di atas. (8) Penubuhan Briged Bakti Malaysia Daerah (BBM Daerah) Dan Briged Bakti Malaysia Cawangan (BBM Cawangan) Dan Briged Bakti Malaysia Unit (BBM Unit) (a) BBM DAERAH membawa maksud cawangan BBM yang ditubuh dan didaftarkan di peringkat Daerah atau Jajahan atau Bahagian atau kawasan Parlimen mengikut istilah yang diguna pakai di peringkat negeri sama ada di negeri-negeri Semenanjung atau Sabah dan Sarawak. Selepas ini akan digunakan istilah Daerah bagi maksud- maksud Jajahan, Bahagian dan Parlimen dalam perenggan-perenggan seterusnya. (b) BBM CAWANGAN membawa maksud cawangan BBM yang ditubuh dan didaftarkan mengikut kawasan geografi dalam sesebuah Daerah seperti bandar, kampung, taman perumahan, masjid kariah dan seumpamanya. (c) BBM UNIT membawa maksud cawangan BBM yang ditubuh dan didaftarkan di peringkat institusi, dalam lokasi-lokasi yang sesuai di sesuatu Daerah atau Cawangan bagi menjalankan program dan aktitviti BBM. Selepas ini akan digunakan istilah Unit sahaja bagi maksud institusi dan lokasi-lokasi lain dalam perenggan-perenggan seterusnya. (d) Jawatankuasa BBM Pusat boleh membenarkan pihak Briged Bakti Malaysia Cawangan Negeri (BBMCN) untuk menubuhkan BBM Daerah, BBM Cawangan dan BBM Unit dengan tujuan-tujuan berikut: i. Bagi membantu menjalankan aktiviti-aktiviti BBM dan BBMCN di peringkat Daerah, Cawangan dan Unit mengikut bidang dan keutamaan yang sesuai dan selaras dengan program-program utama BBM dan BBMCN sama ada dalam bidang kemasyarakatan, kesukarelawanan dan pasukan beruniform. 17

ii. BBM Daerah, BBM Cawangan dan BBM Unit yang ditubuhkan itu tidak tertakluk atau terlibat dalam menjalankan mesyuarat agung tahunan ahli di peringkat Daerah, Cawangan dan Unit bagi memilih pemimpin di peringkat masing-masing. iii. BBM Daerah boleh menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan BBM di peringkat negeri dan pusat mengikut terma dan syarat yang akan ditentukan oleh pihak BBM. iv. Pemimpin yang mengetuai peringkat Daerah dipanggil Pengerusi manakala di peringkat Cawangan dan Unit dipanggil Ketua. v. Pelantikan pimpinan utama iaitu Pengerusi/Ketua, Setiausaha dan Bendahari BBM Daerah, Cawangan dan Unit akan dilantik atau ditentukan oleh Yang Dipertua BBMCN manakala pelantikan Ahli Jawatankuasa yang lain diserahkan kepada budi bicara BBM Daerah, Cawangan dan Unit mengikut keperluan masing-masing dengan jumlah minimun ahli jawatankuasa berkenaan seramai 7 orang. vi. Tanggungjawab dan fungsi Jawatankuasa BBM Daerah, Cawangan dan Unit akan mengikut ketetapan yang sedia pada BBM termasuk kaedah pelaksanaan program dan aktiviti . vii. Pihak BBM Daerah, Cawangan dan Unit dibenarkan untuk membuka akaun kewangan sendiri jika perlu dengan kebenaran pihak BBMCN dan pihak BBMCN berhak menyelia dan memantau pengurusan akaun tersebut. viii. Pihak BBM Daerah, Cawangan dan Unit juga perlu menghantar laporan program, aktiviti dan kewangan pada setiap akhir tahun atau apabila diminta untuk tujuan semakan dan rekod BBMCN. ix. Pihak BBMCN boleh membubar atau merombak BBM Daerah, Cawangan dan Unit serta kepimpinannya dengan pengesahan pihak BBM Pusat sekiranya BBM Daerah, 18

Cawangan dan Unit tidak mematuhi undang-undang pertubuhan atau dasar-dasar BBM dan BBMCN manakala dokumen-dokumen dan akaun kewangan BBM Daerah, Cawangan dan Unit perlu diserahkan kepada pihak BBMCN untuk disimpan atau ditutup. FASAL 16 MESYUARAT AGUNG CAWANGAN (NEGERI) (1) Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan akan diadakan tidak lewat daripada 30 hari selepas menerima pemberitahu awal mengenai Mesyuarat Tahunan Perwakilan, supaya pemberitahuan mengenai masa, tarikh dan tempat Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan akan dikeluarkan dengan sewajarnya. (2) Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan ialah untuk : a. Menerima laporan Bendahari Cawangan dan Kira-kira Cawangan yang telah diaudit bagi tahun lepas. b. Memilih wakil-wakil Mesyuarat Perwakilan untuk tahun hadapan. c. Memilih Jawatankuasa Cawangan dan Juruaudit Cawangan untuk tahun hadapan. d. Membincangkan perkara-perkara lain yang akan dibentangkan. (3) Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang- kurangnya 21 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan pemberitahu awal yang menyatakan tarikh, waktu dan tempat mesyuarat, panggilan mengemukakan cadangan untuk perbincangan dan pencalonan untuk pemilihan pegawai cawangan. (4) Pencalonan untuk pemilihan pegawai-pegawai dan cadangan untuk perbincangan dalam mesyuarat tersebut hendaklah disampaikan kepada Setiausaha Cawangan tidak lewat daripada 7 hari selepas penerimaan pemberitahu awal mesyuarat. (5) Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang- kurangnya 7 hari sebelum diadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan, satu agenda (acara mesyuarat) termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan beserta dengan penyata kira-kira Cawangan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga boleh diperolehi untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan cawangan. 19

(6) Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli-ahli cawangan berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli Jawatankuasa Cawangan, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat. (7) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepda suatu tarikh (tidak lebih daripada 7 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Cawangan, dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka ahli-ahli berkuasa menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli. (8) Suatu Mesyuarat Agung Khas Cawangan hendaklah diadakan: a. Atas arahan Jawantankuasa Pusat; atau b. Apabila Jawatankuasa Cawangan memikirkannya mustahak; c. Atas permintaan bertulis tidak kurang daripada 20 ahli Cawangan dengan menyatakan tujuan dan sebab untuk mengadakan mesyuarat itu. (9) Mesyuarat Agung Khas Cawangan atas permintaan ahli-ahli hendakah diadakan dalam tempoh 15 hari dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat tersebut. (10) Fasal 16 (6) dan 16 (7) dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas Cawangan, tetapi dengan syarat jika kuorum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas Cawangan atas permintaan ahli-ahli tersebut, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh ini Mesyuarat Agung Khas Cawangan atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan. (11) Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli dan Setiausaha Agung satu salinan draf catatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Cawangan dengan seberapa segera yang boleh setelah selesai mesyuarat itu. 20

FASAL 17 JAWATANKUASA CAWANGAN (NEGERI) (1) (a) Sesuatu Jawatankuasa Cawangan seperti berikut yang akan dikenali sebagai pemegang jawatan Cawangan, akan dipilih 2 tahun sekali dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan : Seorang Yang Dipertua Cawangan(dilantik oleh Presiden) Dua orang Timbalan Yang Dipertua Cawangan Seorang Setiausaha Cawangan (dilantik oleh Presiden) Seorang Penolong Setiausaha Cawangan Seorang Bendahari Cawangan (dilantik oleh Presiden) 5 orang Ahli Jawatankuasa Biasa (b) Semua ahli yang berkhidmat dalam Jawatankuasa Cawangan dan tiap-tiap pegawai lain yang menjalankan tugas-tugas eksekutif dalam cawangan hendaklah Warganegara Malaysia. (2) Nama-nama untuk jawatan yang di atas (kecuali calon Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari yang dicadangkan oleh pihak Presiden) hendaklah dicadang dan disokong; dan pemilihan hendaklah dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan. Semua pegawai kecuali Bendahari dan Setiausaha Cawangan boleh dilantik semula tiap-tiap 2 tahun sekali. (3) Tugas Jawatankuasa Cawangan ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Cawangan mengikut undang-undang Persatuan dan arahan-arahan Jawatankuasa Pusat dan Mesyuarat Perwakilan. Jawatankuasa Cawangan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 bulan dan cukup korum jika hadir satu perdua (1/2) daripada ahli-ahlinya. Setiausaha Cawangan akan memberi satu salinan peringatan tiap-tiap mesyuarat kepada Setiausaha Agung tidak lewat daripada14 hari selepas mesyuarat itu diadakan. FASAL 18 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI CAWANGAN (NEGERI) (1) Pengerusi Cawangan dalam tempoh memegang jawatannya akan menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Agung Cawangan serta bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan akan menandatangani peringatan-peringatan mesyuarat setelah diluluskan. Ia 21

hendaklah menandatangani semua cek cawangan bersam-sama dengan Setiausaha Cawangan dan Bendahari Cawangan. (2) Timbalan-Timbalan Pengerusi Cawangan mengikut keutamaan akan memangku jawatan Pengerusi Cawangan semasa ketiadaannya. (3) Setiausaha Cawangan hendaklah menjalankan kerja-kerja cawangan mengikut undang-undang dan ia hendaklah menjalankan perintah-perintah Mesyuarat Agung Cawangan dan Jawatankuasa Cawangan. Ia bertanggungjawab menguruskan hal-hal surat mesyuarat dan menyimpan semua buku, surat dan hadir di dalam semua mesyuarat cawangan dan membuat catatan. (4) Penolong Setiausaha Cawangan hendaklah membantu Setiausaha Cawangan menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu dalam masa ketiadaannya. (5) Bendahari Cawangan adalah bertanggungjawab berkenaan dengan semua hal kewangan Cawangan. Ia hendaklah mengurus dan menyimpan kira-kira mengenai urusan kewangan Cawangan dan bertanggungjawab atas ketepatannya. (6) Ahli Jawatankuasa Biasa Cawangan hendaklah membantu Jawatankuasa Cawangan menjalankan sebarang tugas yang diarahkan olehnya. FASAL 19 KEWANGAN CAWANGAN (NEGERI), DAERAH, CAWANGAN DAN UNIT (1) Semua Wang dikutip di Pusat (Ibu Pejabat) dan Cawangan Pertubuhan akan menjadi aset bersama Pertubuhan. (2) Mesyuarat Tahunan Perwakilan akan menentukan dari semasa ke semasa peratusan kadar yuran yang akan disimpan di Cawangan dan akan menetapkan jenis-jenis perbelanjaan yang akan menggunakan wang Cawangan. (3) Tiap-tiap Bendahari Cawangan akan juga menyampaikan kepada Bendahari Agung sebelum 15 hb. tiap-tiap bulan yuran-yuran yang diterima oleh Cawangan setelah ditolak peratusan yang disimpan sebagai kumpulan wang Cawangan. 22

(4) Bendahari Cawangan akan juga menyampaikan kepada Bendahari Agung sebelum 15 hb. tiap-tiap bulan suatu penyata pendapatan dan perbelanjaan Cawangan bagi bulan lepas. (5) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira pertubuhan cawangan hendaklah ditandatangani oleh 2 (dua) daripada 3 (tiga) penama berikut: sama ada Pengerusi Cawangan, Setiausaha Cawangan atau Bendahari Cawangan. Jika jumlah pengeluaran kurang daripada RM10,000 (Ringgit Malaysia: Sepuluh Ribu), cek atau kenyataan pengeluaran wang hendaklah ditandatangi oleh 2 daripada 3 penama yang berkenaan manakala pengeluaran wang yang melebihi RM 10,001 (Ringgit Malaysia: Sepuluh Ribu Satu) hendaklah ditandatangani oleh ketiga-tiga (3) penama yang berkenaan. (6) (a) Semua wang Cawangan (Negeri)/Daerah/Cawangan/Unit hendaklah disimpan atas nama Cawangan (Negeri)/Daerah/Cawangan/Unit dalam bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Cawangan (Negeri)/Daerah/Cawangan/Unit dan akaun wang itu akan dikelolakan oleh Yang Dipertua/Pengerusi/Ketua, Bendahari dan Setiausaha bagi Negeri/Daerah/Cawangan/Unit. Bagi perbelanjaan/pengeluaran sehingga RM 5,000 (Ringgit Malaysia: Lima Ribu) pada satu-satu masa boleh diluluskan oleh Yang Dipertua Cawangan (Negeri)/Pengerusi/Ketua; bersama-sama Bendahari dan Setiausaha Negeri/Daerah/Cawangan/Unit. Bagi perbelanjaan/pengeluaran yang melebihi RM 5,000 hingga RM 50,000 (Ringgit Malaysia: Lima Ribu hingga Lima Puluh Ribu) pada satu-satu masa mestilah mendapat kebenaran Ahli Jawatankuasa Cawangan (Negeri). Manakala perbelanjaan/pengeluaran dengan jumlah yang sama oleh Daerah/Cawangan/Unit mestilah mendapat kelulusan pihak Cawangan (Negeri) terlebih dahulu. (b) Bendahari Cawangan (Negeri) dibenarkan menyimpan wang di tangan (wang panjar) tidak lebih dari RM 3,000 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu) pada satu-satu masa. (c) Bendahari Daerah/Cawangan/Unit dibenarkan menyimpan wang di tangan (wang panjar) tidak melebihi RM 1,000 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu) pada satu-satu masa. 23

(d) Bagi semua pengeluaran wang Cawangan (Negeri)/Daerah/Cawangan/Unit mestilah ditandatangani oleh 2 daripada 3 penanda tangan yang terdiri daripada sama ada Yang Dipertua/Pengerusi/Ketua; Bendahari atau Setiausaha Cawangan (Negeri)/Daerah/Cawangan/Unit. (7) Semua wang, buku dan harta-harta lain Persatuan yang dipegang oleh mana- mana Cawangan yang telah dibubarkan hendaklah dihantarkan dengan segera oleh Setiausaha Cawangan kepada Setiausaha Agung, bersama-sama dengan penyata kira-kira sebagaimana dinyatakan pada fasal 15(6) dan 15(7). FASAL 20 PERUNTUKAN UMUM MENGENAI CAWANGAN (1) Di mana peruntukan khas tiada disebut dalam undang-undang ini bagi perkara- perkara berhubung dengan pentadbiran Cawangan-cawangan Pertubuhan, undang-undang yang berkenaan mengenai pentadbiran Pusat (Ibu Pejabat) Pertubuhan akan diikuti sejauh mana yang sesuai. (2) Mesyuarat Perwakilan dan Jawatankuasa Pusat akan memberi arahan kepada Mesyuarat Agung atau Jawatankuasa Cawangan mengenai pentadbirannya. FASAL 21 PINDAAN PERLEMBAGAAN (1) Perlembagaan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Perwakilan. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada perlembagaan hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh keputusan Mesyuarat Perwakilan meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh berkuatkuasa mulai daripada tarikh perubahan-perubahan dan pindaan-pindaan itu dibenarkan oleh Pendaftar Pertubuhan. FASAL 22 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG (1) Di antara berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan, Jawatankuasa Pusat boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung dalam undang-undang ini. 24

(2) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam Mesyuarat Perwakilan, keputusan Jawatankuasa Pusat terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Perwakilan. FASAL 23 PENASIHAT / PENAUNG Jawatankuasa Pusat / Negeri boleh , jika difikirkan perlu , melantik orang-orang yang layak menjadi Pensihat / Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis. Mereka mestilah warganegara Malaysia. FASAL 24 LARANGAN (1) Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Pertubuhan : Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkas, Pau Kau, Tau Ngau, tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker’s game, permainan video dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib. (2) Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan dalam gerakan Kesatuan Sekerja seperti definisi dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959. (3) Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli- ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan. (4) “Faedah” seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Persatuan kepada mana-mana ahlinya. FASAL 25 PENTADBIRAN PREMIS (1) Mempamerkan Sijil Pendaftaran Pertubuhan yang asal di dalam premis pada tempat yang mudah dilihat. (2) Membuat papan tanda nama serta mempamerkannya pada bahagian luar premis dengan nombor pendaftaran dicatatkan bersama (bagi pertubuhan / kelab yang mempunyai premis sendiri atau premis yang disewa). 25

(3) Mempamerkan kenyataan (di tempat yang bersesuaian) bahawa segala peralatan / kemudahan pertubuhan/kelab adalah untuk kegunaan ahli-ahli sahaja. (4) Hanya dibenarkan menjalankan kegiatan/aktiviti di dalam premis sehingga jam 12.00 tengah malam kecuali diputuskan sebaliknya oleh pihak pengurusan yang dilantik. (5) Menentukan keadaan premis sentiasa bersih, tersusun dengan memuaskan. ……………………....…………………… …..........………………………………… (Presiden) (Setiausaha Agung) Nama : DATO’ DR. HJ ABDUL RAZAK B. HAJI KECHIK Nama: RADZUAN B. MOHAMED TAHIR 26

LAMPIRAN A FASAL 3 LOGO, BENDERA, MOTO DAN FALSAFAH 3.1. Bentuk Logo (1) Reka Bentuk Logo: a. Bentuk asas berupa pentagon ( lima bucu ) berwarna hitam b. Warna latar logo hijau tua c. Lingkaran bunga tanjung (10 kuntum) di bahagian dalam pentagon berwarna kuning emas d. Daun bunga tanjung 2 helai di puncak dan 4 helai di bahagian bawah berwarna kuning emas e. Bulan Sabit berada di bahagian dalam lingkaran bunga tanjung berwarna merah. f. Bintang 14 bucu di bahagian atas di antara pucuk daun bunga tanjung dan tanduk bulan sabit berwarna merah. g. Dua tangan berjabat erat di tengah-tengah bulan sabit berwarna kuning emas. h. Riben berwarna kuning emas di bahagian bawah / tapak logo bertulisan Briged Bakti huru besar berwarna hitam i. Tahun ‘1991’ berwarna hitam. ii. Pengertian Logo: a. Bucu Lima (pentagon) berwarna hitam bermaksud: b. Kepatuhan dan penghayatan kepada 5 prinsip teras Briged Bakti iaitu: Ketuhanan, Kesetiaan, Persaudaraan, Kebaktian, dan Keikhlasan. c. Lingkaran Bunga Tanjung berwarna kuning bermaksud: Pengorbanan, Kemanfaatan, dan Ketrampilan. d. Daun Bunga Tanjung berwarna kuning bermaksud: Sedia membantu dan memberi khidmat bakti. 27

e. Bulan Sabit berwarna merah bermaksud: Keprihatinan dan Pertolongan Cemas. f. Bintang 14 Bucu berwarna merah bermaksud: Kesejagatan dan 14 buah negeri di Malaysia. g. Tangan Berjabat Erat berwarna kuning bermaksud: Persahabatan, Perpaduan, dan Kerjasama. h. Riben Bertulisan Briged Bakti bermaksud: Paksi Kesukarelaan dan Kesukarelawanan. i. Tahun 1991 berwarna hitam bermaksud: Tahun rasmi penubuhan BBM. (1) Pengertian Warna Logo: a. Hijau Tua: Berrmaksud Kesabaran Dan Ketenangan. b. Merah : Bermaksud Keberanian Dan Ketangkasan. c. Kuning : Bermaksud Kewibawaan, Kecemerlangan Dan Proaktif. d. Hitam : Bermaksud Sentiasa Bersiap Sedia, Berdisiplin Dan Komited. Tamat/LampiranA 28

LAMPIRAN B 3.2. Bendera Rasmi (1) Reka Bentuk: a. Bendera Pertubuhan berbentuk segi empat tepat bersaiz: 162 sm x 86 sm b. Tiga jalur berwarna merah, hijau tua dan kuning bersaiz: 10 sm lebar dijahit memanjang dari penjuru atas kiri ke bahagian penjuru bawah kanan. c. Logo Briged Bakti terletak pada bahagian tengah jalur berwarna berkedudukan satu pertiga daripada saiz bendera di sebelah kiri. d. Warna latar (tanah) bendera ialah hijau muda (pucuk pisang). (2) Pengertian Bentuk dan Warna Bendera: a. Tiga Jalur Berwarna Merah, Hijau Tua dan Kuning Melintang Dari Penjuru Atas Kiri Ke Penjuru Bawah Kanan bermaksud perpaduan, keharmonian dan toleransi tiga komposisi kaum terbesar rakyat Malaysia serta lain-lain etnik pribumi bersatu demi mencapai wawasan negara. b. Logo Briged Bakti Terletak Di Atas Jalur Berwarna Merah, Hijau Tua dan Kuning bermaksud Briged Bakti menjadi rakan kongsi dalam pembangunan modal insan dan negara dan mendukung wawasan negara. c. Jalur Warna Merah bermaksud Semangat juang, jati diri,iltizam serta semangat sukarelawan yang dinamik dan progresif. d. Jalur Warna Hijau Tua bermaksud Penghayatan agama yang menjadi paksi kepada kesejahteraan dan kedamaian kehidupan serta kesedaran sejagat yang tinggi. 29

e. Jalur Warna Kuning bermaksud Kesetiaan kepada kedaulatan raja, perlembagaan dan undang-undang negara. f. Warna Latar Hijau Muda bermaksud Asas persekitaran kehidupan rakyat berbilang kaum dan agama yang toleran, harmoni dan berprinsip yang dapat melahirkan kemakmuran, keharmonian dan perpaduan sejagat. Tamat/LampiranB Dikemaskini09Mei2019 30


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook