Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore syarahan perpaduan

syarahan perpaduan

Published by Felicia Kuwie, 2022-09-13 16:37:29

Description: syarahan perpaduan

Search

Read the Text Version

TEKS SYARAHAN “Perpaduan ” 1.Yang mulia Tuan Pengerusi majlis, barisan panel hakim yang adil lagi bijaksana, penjaga masa yang setia dengan waktunya, guru-guru, rakan-rakan pidato, seterusnya warga dewan yang dihormati. Salam perpaduan, salam muhibbah, dan salam sejahtera saya ucapkan. “Perpaduan ” inilah tajuk syarahan saya pada hari ini. Hadirin yang dihormati, 2.Sebelum saya meneruskan bicara, moleklah saya memberi pengertian kepada maksud tajuk syarahan saya terlebih dahulu. Perpaduan merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang, agama, budaya, dan bahasa yang berbeza di bawah satu bentuk identiti nasional. Pengerusi majlis yang dihormati, “Perpaduan Menyatukan Kaum” 3.Perbezaan latar belakang antara kaum tidak menghalang pemupukan muhibbah demi perpaduan rakyat. Bak kata pepatah “bersatu teguh bercerai roboh”. Moto jata negara iaitu bersekutu bertambah mutu eloknya dihayati bersama. Kita harus belajar dari peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang pernah melanda negara ini agar pisang tidak berbuah dua kali. Sejak merdeka sehinggalah ke hari ini, pelbagai usaha telah dilaksanakan yang bertujuan mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Antaranya ialah pelaksanaan Hari Sukan Negara di semua peringkat institusi kerajaan dan swasta mampu menyemai semangat perpaduan kaum.

Pengerusi yang dihormati, “Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara” 5.Perpaduan bukan sahaja pemangkin untuk mengintegrasikan warga negara kita, malahan merupakan pemangkin kepada kecemerlangan negara. Kecemerlangan dan kejayaan negara pasti menjadi kemegahan kita semua. Justeru, dengan wujudnya perpaduan dalam negara yang aman damai, kita mampu mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang. Sudah banyak kejayaan yang dicapai Malaysia dalam pelbagai bidang. Hadirin yang dihormati, 6.Sebagai warganegara Malaysia yang tercinta, kita harus menjadikan perpaduan rakyat sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat di negara ini. Negara ini adalah tanggungjawab kita bersama. Sejarah telah membuktikan bahawa tanpa perpaduan negara akan menemui kehancuran. Maka itu, kita harus sentiasa bersatu-padu dan hidup dalam harmoni. Hadirin sekalian, 7.Perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan, apa lagi yang kita tunggu? Mari, marilah kita bersatu hidup dalam perpaduan dan muhibah demi keutuhan negara tercinta. Akhir kata, izinkan saya mengakhiri syarahan saya dengan serangkap pantun; Datang belayar kapal dari Arakan, Singgah berlabuh di tepi muara; Perpaduan dan muhibah mari amalkan, Rakyat bahagia negara sejahtera. Sekian terima kasih


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook