POLIS DIRAJA MALAYSIA EDISI MAC 2020
ISI KANDUNGAN Muhammad Amirul Bin Mohamad (268189) Perutusan Ketua Polis Negara Sempena Hari Polis Ke-213 Tahun Wan Fatiemah Binti 2020 Wan Zulahakimu Ucapan Khas (247542) COVID-19: Hari Polis ke-213 Hamiza Binti Ismail tidak disambut seperti biasa (267458) Hari Polis di saat pandemik Covid-19 Nurhisamuddin Bin Sepintas lalu Ibrahim (268205) Kempen pembayaran saman Mohamed Hanis B. secara talian (e-payment) Mohamed Nasir Sang Saka Biru di Puncak (257164) Gunung Kinabalu Nor Hidayah Binti Ruangan Khas Covid -19 Saharudin (268201) MySejahtera Muhammad Faidz Bin Haron (267242) Ruangan Kreatif Lensa Kalendar 2020 Ruangan Iklan
PERUTUSAN SEMPENA HARI POLIS KE-213 TAHUN 2020 Salam Sejahtera dan Salam Polis Diraja Malaysia. Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi, kerana dengan anugerah-Nya yang tiada terhingga, Polis Diraja Malaysia (PDRM), bakal menempuh usia yang ke-213 tahun, pada 25 Mac 2020. Buat pertama kalinya dalam sejarah PDRM, kita tidak dapat menyambut Peringatan Hari Polis sebagaimana yang lazimnya dilakukan setiap tahun, kerana berhadapan dengan ancaman wabak COVID- 19. Maka, kesemua program yang direncanakan sebagai pengisian sambutan Hari Polis 2020, tidak dapat dilaksanakan, demi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Kerajaan. Jika sebelum ini, 25 Mac dilihat sebagai tarikh keramat untuk mengenang jasa dan pengorbanan wira- wira terdahulu yang berjuang demi kedaulatan dan keamanan negara, maka pada tahun ini, kita turut meraikan pengorbanan warga PDRM, yang sanggup mengenepikan keselamatan diri sendiri, demi melindungi masyarakat daripada ancaman wabak maut COVID-19. Kesediaan kita meletakkan diri dalam situasi berisiko tinggi, yang boleh mendedahkan kita pada jangkitan wabak tersebut, adalah bukti nyata, tentang sejauh mana kita sanggup berkorban untuk masyarakat dan negara. Dalam situasi semasa, saya sangat berbangga dan menjunjung tinggi pengorbanan setiap warga PDRM, yang ikhlas menggalas tanggungjawab yang diamanahkan, meskipun terpaksa berhadapan dengan risiko yang boleh mengancam nyawa sendiri. Walaupun badai datang melanda, bercerai jasad dan nyawa, kita sanggup melakukan apa sahaja demi kesejahteraan dan kepentingan masyarakat seluruhnya. Bersempena Ulang Tahun Peringatan Hari Polis kali ini, saya mengajak seluruh warga Pasukan untuk mempasakkan tekad dan membulatkan iltizam, dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, agar rantaian penularan Covid-19 dapat diputuskan. Tindakan ini amatlah penting bagi mengelakkan berlakunya gelombang ketiga, yang berupaya membawa implikasi yang lebih serius kepada kesejahteraan rakyat Malaysia. Sesungguhnya inilah jihad kita, demi agama, bangsa dan negara. Kepada ahli masyarakat, kami amat berterima kasih atas segala sokongan dan kerjasama yang telah diberikan kepada PDRM selama ini, lebih-lebih lagi dalam keadaan semasa di mana kerjasama rakyat Malaysia, amat diperlukan untuk mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan, dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19. Bantulah kami, untuk membantu anda, dan sama-samalah kita berdoa kepada Yang Maha Esa, semoga dugaan yang kita hadapi ketika ini, akan segera berakhir dan kita dapat kembali menjalani kehidupan harian seperti biasa. SELAMAT HARI POLIS KE-213 ‘Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada’ (TAN SRI DATO’ SERI ABDUL HAMID BIN BADOR) IG Ketua Polis Negara Polis Diraja Malaysia
Ucapan Khas Ucapan YAB Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia sempena Hari Polis ke-213. Ucapan YB Dato' Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Kementerian Dalam Negeri sempena Hari Polis ke 213
COVID-19: Hari Polis ke-213 tidak disambut seperti biasa Sambutan peringatan Hari Polis ke-213 yang sepatutnya diadakan pada 25 Mac (Rabu) dibatalkan berikutan negara kini di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 31 Mac ini. Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin walaupun tiada sambutan diadakan bagi menghargai jasa dan pengorbanan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) beliau berharap agar warga PDRM terus kental dan bersemangat memberi khidmat kepada rakyat. “Saya amat berharap anggota PDRM akan terus memberikan khidmat terbaik kepada negara sebagai petugas barisan hadapan yang diamanahkan untuk menguatkuasakan PKP ini. “Saya berdoa semoga usaha Kerajaan dan kita semua dapat membendung penularan COVID-19 dengan jayanya. Insya-Allah,” katanya dalam satu kenyataan pada petang Selasa. Tugasan polis ini bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi apabila berhadapan dengan situasi dan cabaran keselamatan negara yang semakin kompleks. Tambah Zainuddin beliau akan memastikan kebajikan anggota dan keluarga mereka yang terdedah kepada wabak COVID19 terbela. “Dalam waktu yang getir ini, saya berdoa agar mereka diberikan kekuatan dalam menghadapi cabaran ini dan kembali sembuh secepat mungkin. Kementerian Dalam Negeri akan memastikan kebajikan mereka dan ahli keluarga terbela,” katanya lagi. PDRM bukan sahaja berhadapan dengan jenayah konvensional, ancaman pengganas yang adakalanya amat luar biasa, bahkan ianya lebih kompleks dalam dunia digital sekarang ini. \"Yakinlah, ia satu khidmat yang mulia dan diberkati, Allah s.w.t. akan merahmati,\" katanya.
Hari Polis di saat pandemik Covid-19 25 Mac 2020. Ia merupakan tarikh keramat bagi memperingati Hari Polis ke-213. Namun sayang sekali bagi pegawai- pegawai berbaju biru ini kerana tiada sambutan peringatan untuk mereka, tidak seperti tahun-tahun lalu, berikutan perintah kawalan pergerakan (PKP). Hari Polis ke-213 yang bertemakan ‘polis dan masyarakat berpisah tiada’ adalah sangat relevan di saat negara kita dan seluruh dunia sedang memerangi wabak Covid-19. Mungkin masih ada dalam kalangan masyarakat kita yang tidak sedar akan peranan, tanggungjawab dan pengorbanan oleh anggota polis. Bidang dan skop tugas polis adalah sangat luas sehingga boleh dikatakan bahawa kebanyakan undang- undang yang berada di antara bumi dan langit adalah ditadbir oleh pasukan ini. Begitulah halnya apabila Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan PKP yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020, dan kini dilanjutkan lagi sehingga 14 April. PDRM yang diberi mandat untuk menguatkuasakan perintah tersebut di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) juga perlu melanjutkan aktiviti sekatan jalan dan rondaan bagi mengawasi pematuhan masyarakat terhadap arahan kerajaan. Sangat besar pengorbanan oleh mereka. Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador telah mengerahkan semua anggota di ibu pejabat Polis Bukit Aman, di negeri dan daerah, untuk menumpukan penguatkuasaan PKP dalam usaha untuk memutuskan rangkaian virus Covid-19. Pada masa sama tugas harian mereka, antaranya mengawal keamanan sempadan, mencegah jenayah, kawalan lalu lintas, berjalan seperti biasa. Seramai 46,000 anggota polis terlibat untuk meronda, membuat hebahan kepada masyarakat, menjalankan pemeriksaan ke pusat yang menjadi tumpuan ramai, mengadakan sekatan jalan raya secara berterusan selama tempoh PKP dikuatkuasakan. Ini dilakukan siang dan malam, tidak kira hujan dan panas. Tanpa kita sedari dan mungkin juga tanpa dipeduli, petugas barisan hadapan, antaranya kakitangan Kementerian Kesihatan, PDRM, Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Imigresen, setiap hari mendedahkan diri mereka kepada risiko jangkitan demi keselamatan masyarakat. Biarpun dengan risiko itu, PDRM terus teguh berdiri dalam melaksanakan tugas dan amanah agar orang ramai mematuhi PKP. Pengorbanan besar mereka ini perlu dibalas dengan kerjasama masyarakat untuk mengehadkan pergerakan dan sebaiknya tidak meninggalkan rumah sepanjang tempoh penguatkuasaan perintah itu. Kepada semua warga PDRM, Selamat Menyambut Hari Polis ke-213, semoga sentiasa di bawah lembayung rahmat-Nya. Segala pengorbanan dan jasa baik warga PDRM akan sentiasa terpahat di hati rakyat Malaysia. Selamat menjalankan tugas, wira yang tidak didendang.
Sepintas lalu Sambutan Hari Polis yang Ke-212 pada tahun lalu telah diadakan di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) pada 25 Mac 2019 yang telah dihadiri oleh Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. Turut hadir Bersama Ketika itu adalah Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador. Majlis dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan dengan menaiki kenderaan istiadat diikuti dengan lintas hormat panji dan perbarisan semua unit Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sambutan ini mengekalkan tema sebelumnya iaitu ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’. Di dalam ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PDRM atas khidmat dan pengorbanan yang telah ditawarkan semasa menjalankan tugas. Bagi anggota polis yang telah gugur sebagai wira-wira negara, beliau mendoakan semoga roh mereka sentiasa dicucuri rahmat. Seterusnya beliau mengucapkan tahniah atas penurunan indeks jenayah negarabagi tahun 2018 iaitu sebanyak 88,662 kes berbanding nilai ambang atau threshold sebanyak 100,611 kes iaitu penurunan sebanyak 11.9%. Beliau mengatakan bahawa kerajaan berpuas hati dengan tahap profesionalisme dan keupayaan yang telah dipamerkan oleh PDRM. Beliau menyeru untuk setiap lapisan masyarakat untuk terus memberikan Kerjasama yang baik bagi membantu anggota PDRM dalam menangani jenayah dan membanteras Tindakan anasir-anasir yang ingin memporak-perandakan kedaulatan negara sesuai dengan slogan memerangi jenayah tanggungjawab bersama.Beliau mengakhiri ucapan bliau dengan harapan agar setiap anggota PDRM akan terus bersemangat menawarkan khidmat mereka demi menjaga kedaulatan, keselamatan, kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia.
Kempen pembayaran saman secara talian (e-payment) Orang ramai boleh menikmati diskaun saman sehingga 50 peratus apabila polis melancarkan kempen pembayaran saman secara dalam talian (e-Payment) selama lima hari bermula Rabu ini. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Azisman Alias berkata kempen itu dilaksanakan sempena Hari Polis ke- 213 dan diskaun diberikan untuk saman-saman tertentu sahaja. “Kempen ini bertujuan menggalakkan orang ramai membayar saman secara e-Payment berikutan penutupan kaunter bayaran saman di Ibu Pejabat Polis seluruh negara sejak 18 Mac lepas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata ini juga merupakan langkah JSPT bagi mengalakkan orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan untuk mengekang penularan wabak Covid-19. “Ini juga sebagai langkah meringankan beban yang ditanggung oleh masyarakat,” katanya. Pembayaran saman boleh dilakukan menerusi portal www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my. -Bernama
Sang Saka Biru di Puncak Gunung Kinabalu Laporan/foto: Zuraidah Ahmad/Marusin Minuddin/IPDKK (Kota Kinabalu) KOTA KINABALU, 16 Jul (Malaysiaaktif) - Bendera Sang Saka Biru berjaya dikibar warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di puncak tertinggi Asia Tenggara, Gunung Kinabalu pada pukul 5.15 pagi Sabtu lalu. Kumpulan pendaki seramai 37 orang itu mula bergerak dari penginapan Panalaban kira-kira pukul 3 pagi dikoordinasi Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Majinji. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah, berkata aktiviti mendaki gunung bukan sahaja mencabar ketahanan fizikal dan mental, tetapi juga berupaya menjalin kerjasama erat dalam meningkatkan imej serta kecemerlangan pasukan. \"Kepayahan menuju ke puncak adalah simbolik untuk membina momentum kecemerlangan PDRM menerusi semangat kerjasama berpasukan ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing,\" ujarnya ketika ditemui baru-baru ini. Turut dikibarkan bendera sekolah menengah antara yang tertua di Sabah, Maktab Sabah oleh pendaki termuda, Haiqa Nafsiah Habibi yang merupakan pelajar tingkatan satu sekolah tersebut. Selain pegawai dan anggota dari IPD Kota Kinabalu, kumpulan pendaki berkenaan juga terdiri daripada para pegawai dari IPD Tuaran, IPD Wilayah Persekutuan Labuan, Pasukan Gerakan Am Batalion 17 Lahad Datu, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah serta Bukit Aman. -SH
Ruangan Khas Covid -19
MySejahtera MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaann Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.
Ada yang kita lepas Mana boleh berserah 2x Ada yang kita simpan Mana boleh mengalah Ku menuju ke depan Menuju dengan lekas Musuh dalam selimut selak kain mereka hilang Waktu mereka singkat setiap detik mereka pinjam Bertenang Sinar lampu biru buat masa depan hitam Kalau ku diseru Kejar-kejar tekan minyak macam lumba dekat litar Pasti datang Sang saka biru Sepintar-pintar mana pun tupai yang melompat Kami akan menang Kan jatuh ke tanah jua lambat atau cepat Sepandai ikan berenang masuk bubu kan tersekat Mana boleh berserah 2x Dulu otak cair sekarang semua jadi pekat Mana boleh mengalah We setting it of aku mulakan dengan zoom dalam Uhhh kerah semua unit sniperscope Rendezvous bertemu di markas sulit Finger on the trigger tarik lembut target muncul Kita senangkan semua kes rumit dekat crosshair itu Bukak fail baru yang dah tutup tak yah nak ungkit Untuk ibu pertiwi semuanya ku buat untuk negaraku Semboyan telah berbunyi akan ku maju ke mana Aman kami mengalir dari atas bukit arah pun Hati sama merah jangan tengok warna kulit Kalau baru nak insaf sorry bruh it is too late ASAP undercover dengar lagu dalam Maybach Budak nakal baru nak nangis lepas kena cubit Laid back gaya kaya boss di tingkat paling apex Kami sebab anak bangsa tidur nyenyak Di Thailand ku di Thonglor London carik ku di Tidur kami pula tak lena tak kerap mayfair Merata di bumi yang dulu mereka kata leper Garuda gerak senyap harimau jalan tegak Ada yang kita lepas Tiap hari semua keluar berentap Ada yang kita simpan Ku menuju ke depan Nak buat onar jangan malu jangan sipu Menuju dengan lekas Simpang jalan ada kanan kiri jangan keliru Masuk bilik itu mana ada pintu Bertenang Setahun sekali jamah lemang bersama yang dirindu Kalau ku diseru Pasti datang Ada yang kita lepas Sang saka biru Ada yang kita simpan Kami akan menang Ku menuju ke depan Menuju dengan lekas Mana boleh berserah Mana boleh mengalah Bertenang 2x Kalau ku diseru Pasti datang Mana boleh berserah 2x Sang saka biru Mana boleh mengalah Kami akan menang
Lensa
Lensa
KALENDAR
Ruangan Iklan
Search
Read the Text Version
- 1 - 17
Pages: