Tradisi & Budaya Malaysia Terokai Malaysia Satu Fakta Pada Satu Masa Malaysia Asia Sebenar SBLM 1023
Kita sebagai generasi baru haruslah sentiasa memelihara adat dan tradisi yang terdapat pada kesemua kaum. kepelbagaian kaum dan etnik di Malaysia telah menjadikan negara kita kaya dengan pelbagai jenis pakaian mengikut kaum.Kepelbagaian ini telah menjadikan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik.Namun,pengaruh pemakaian barat mula menghakis adat pakaian tradisional kita.Oleh itu,sebagai seorang rakyat Malaysia,kita perlu bertanggungjawab penuh untuk mempertahankan keunikan adat pakaian di negara kita yang telah diwarisi sejak turun temurun lagi.
Malaysia mempunyai kain dan pakaian tradisional dalam berbagai bentuk dan warna, dari tengkolok bulu burung dan jaket kulit hingga kain Songket DiRaja. Pada zaman dahulu, penduduk tempatan memakai pakaian yang dihiasi dengan kulit pokok dan manik. Ketika tamadun kuno muncul, menenun dan batik Melayu dipakai oleh golongan bangsawan dan keluarga diraja. Dengan munculnya pedagang asing, negara ini diperkenalkan dengan pakaian dan kain seperti sutera Cina, Pelicat dan jubah Arab. Pada masa kini, pakaian tradisional seperti kebaya Melayu, sari India dan cheongsam Cina masih banyak digunakan.
Baju Melayu Mudik sungai berakit-rakit Rakit bersama si Awang Budiman Baju Melayu berkain songket Warisan bangsa zaman berzaman
Baju Melayu Teluk Belanga Baju Melayu merupakan pakaian tradisional dan kebangsaan lelaki Melayu. Baju ini biasanya dipakai sebagai pakaian harian terutama sekali untuk aktiviti keagaamaan, ke pejabat, majlis rasmi dan juga sebagai pakaian adat. Selain itu, baju Melayu juga merupakan pakaian rasmi Malaysia.Terdapat dua jenis baju Melayu yang menjadi kebanggaan kaum Melayu iaitu baju Melayu Teluk Belanga dan baju Melayu Cekak Musang. Kedua-dua jenis baju ini adalah berbeza dari jenis garisan leher baju tersebut. Baju Melayu Teluk Belanga juga dikenali dengan nama baju Melayu Johor kerana baju ini diperkenalkan di Singapura pada tahun 1862 ketika Temenggung Abu Bakar dilantik menjadi Temenggung Johor menggantikan ayahandanya. Nama Teluk Belanga diambil sempena nama daerah kawasan kediaman Temenggung Johor iaitu Teluk Belanga. Potongan leher baju ini dijahit secara sulaman seperti mata lalat, tulang belut dan insang pari. Selain itu, cara pemakaian sampin untuk baju ini adalah di sebelah dalam baju.
Baju Melayu Cekak Musang Berbeza dengan baju Melayu Teluk Belanga yang terkenal di selatan Malaysia, baju Melayu Cekak Musang lebih terkenal di kawasan utara dan tengah Malaysia. Potongan cekak musang iaitu bahagian penutup atau rumah butangnya adalah bertindihan. Baju Melayu Cekak Musang mempunyai hiasan lima atau tiga butir butang mengikut tempat. Cara pemakaian sampin untuk baju ini adalah di sebelah luar baju.
Baju Kurung Baju kurung merupakan pakaian tradisional untuk wanita Melayu dan sesuai dipakai oleh semua golongan masyarakat tanpa mengira usia. Baju kurung secara amnya dipakai untuk semua majlis termasuklah majlis perkahwinan, keagamaan dan juga majlis rasmi. Selain itu, pemakaian baju kurung ini juga merupakan pakaian rasmi pelajar sekolah rendah dan menengah. Baju kurung ini dapat dibezakan melalui reka bentuk dan potongan yang berbeza mengikut negeri. Baju Kurung Kedah Baju Kurung Kedah berbeza denga baju kurung negeri lain kerana dipercayai berasal dari selatan Thai. Baju ini menyerupai blaus pendek singkat sampai ke paras punggung. Baju kurung Kedah ini merupakan baju yang longgar dan dibuat daripada kain kapas yang berbunga kecil. Selain itu, penggunaan kain kasa tebal atau nipis yang jarang juga menjadi identiti baju kurung ini berserta potongan leher bujur sireh. Baju Kurung Kedah digunakan sebagai pakaian basahan atau pakaian seharian kerana dipadankan dengan pemakaian kain sarung. Walaupun begitu, kebanyakan leher baju kurung ini telah diindahkan dengan perhiasan kalung papan di dada.
Baju Kurung Melaka Baju Kurung Pahang Wanita Melayu Melaka Baju kurung ini juga dikenali lebih selesa mengenakan dengan nama Baju Belah atau Baju baju kurung teluk belanga Kebaya Turki selain turut dikenali yang dihiasi hiasan dada jenis sebagai Baju Kurung Riau Pahang. sibar layang dari baldu yang Perbezaan ketara baju kurung Pahang bertekad dengan manik dan ini dengan baju kurung lain adalah labuci. Reka bentuk dan bahagian tepinya yang berpesak potongan adalah lebih kurang kembang dan disambungkan kekek sama dengan baju kurung gantung. Selain itu, baju ini juga Kedah. mempunyai kolar dan dipakai dengan tujuh atau sembilan butir butang.
'Pakai pakaian tradisional bangsa lain tanda hormat‘ PENYANYI Nourul Wahab menyifatkan pemakaian tradisional berbilang bangsa sebagai tanda hormat terhadap bangsa tersebut kerana rakyat di negara ini hidup dalam sebuah masyarakat majmuk.Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, penyanyi lagu Kerana Terluka ini memberitahu, memakai pakaian tradisional kaum lain bukanlah mempermainkan budaya sesuatu kaum sebaliknya ia satu kebanggaan.
Memakai pakaian tradisional kaum lain dibolehkan – Zulkifli Memakai pakaian tradisional kaum-kaum lain tidak menjadi satu kesalahan bagi umat Islam dengan syarat menutup aurat. Begitulah yang ditegaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau berkata, jika memakai pakaian tradisional lain hanya satu amalan budaya, ia tidak menjadi kesalahan. “Kalau dalam Islam, mesti menutup aurat. Ia kena ada terma-terma pakaian yang diizinkan. “Yang penting, pakaian itu tidak menyerupai dalam bentuk keagamaan yang berlainan dengan agama Islam,” katanya
Samfoo Patah hati apakah daya Hilang kasih cari gantinya Berkilau Samfu tampak bergaya Bergaya lagi jejaka dalamnya
Samfoo Membawa maksud 'baju dan seluar' dalam bahasa dialek Kantonis. Samfoo dipakai oleh lelaki berketurunan Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar. Pakaian tradisional ini bukan pakaian tradisional kaum Cina. Ia diperkenalkan sewaktu Dinasti Ching. Ia adalah pakaian tradisional kepada Orang Manchu.
Hanfu Masyarakat orang Cina yang merupakan Suku kaum Han merupakan tuan punya pakaian jenis Hanfu.Hanfu merupakan pakaian tradisional sebenar kaum Cina. Gambar yang ditunjukkan ialah pakaian tradisional kaum lelaki.
Cheongsam Bermain sama bebudak sekawan Hilai tertawa ternampak bangkai Berkilau sinar Cheongsam menawan Alah membeli menang memakai
Cheongsam Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagai pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa bersama adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan. Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan kesesuaian. Jubah Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan Samfoo kekal dipakai di dalam majlis dan upacara.
Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina. Baju ini asalnya labuh tetapi lama- kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut. Cheongsam dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya.
Kurta Kuntuman mewarna tumbuh melata Susun bersama biar berganding Tegap teruna memakai kurta Memikat mata tiada berbanding
Kurta Kurta pula adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki India di majlis rasmi. Ia merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau linen.
Dhoti Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut. Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik- manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti.
Salwar Kameez Pakaian Salwar kameez pada asalnya adalah milik wanita Punjabi. Lama kelamaan, diminati oleh golongan Indo-Aryan yang lain, dan secara beransur-ansur menjadi terkenal ke seluruh masyarakat India. Pakaian salwar kameez atau baju Punjabi, yang juga popular di kalangan wanita di utara India, terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai warnanya. Wanita India juga gemar memakai dupatta di bahu mereka ketika memakai salwar kameez.
Sari Bertenggek punai di pohon jati Bersiul galak tiada hentinya Sari dipakai menambat hati Apakah saudari sudah berpunya?
Sari Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut. Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat. Kemudian sati dililit dari pinggan dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai.
Sari merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di seluruh dunia. Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut, serta choli yang berwarna sama atau setentang dengannya. Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atasbahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah.
SariDari segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang dipakai berwarna gelap seperti merah, biru, hijau dan ungu. Warna- warna ini lebih menarik untuk sari yang dipakai pada musim perayaan. Pemilihan corak pula adalah mengikut si pemakai. Ada yang lebih suka bercorak tumbuha-tumbuhan dan ada juga yang lebih suka bercorak haiwan. Untuk menjadikan si pemakai kelihatan menarik, kebanyakan mereka memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat. Ini akan menyerlahkan lagi kecantikan si pemakainnya. Wala apapun pemilihan warna biasanya dipadankan dengan corak yang menarik dan sesuai dengan si pemakai.
Kaum Baba dan Nyonya merupakan sebahagian daripada keturunan kaum China yang sangat unik dalam kumpulan etniknya yang lebih dikenali sebagai kumpulan etnik peranakan yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan lebih tertumpu di Negeri-negeri Selat khususnya di negeri Melaka dan Pulau Pinang.Namun demikian sebahagian daripada enggan mengaku adalah dari orang China tetapi sebaliknya medakwa mereka adalah dari golongan rakyat British. Selain itu ada juga sumber yang mengatakan yang Peranakan adalah hasil daripada perkahwinan campur dengan rakyat tempatan itu dengan orang Melayu. Oleh yang demikian pakaian Baba dan Nyonya hamper sama dan serupa dengan pakaian tradisi masyarakat Melayu. Baba dan Nyonya terkenal dengan baju kebaya iaitu baju Panjang yang bersulam dengan pelbagai corak yang dipadankan dengan batik sarung selain ditambah dengan aksesori keronsang pada baju kebaya itu sendiri.
BAJU KEBAYA Cantik dara cantik teruna Duduk bersama di tepi jeti Molek sekali si bunga cina Kebaya merah menawan hati
BAJU KEBAYA Kebaya merupakan baju yang terhasil daripada kain atau benang yang dihasilkan daripada sulaman tangan yang sangat halus dan terperinci hasil tangannnya.Kebaya daripada kaum Baba dan Nyonya adalah berbeza dengan Kaum Melayu kerana kebaya Baba dan Nyonya digayakan dengan 3 kerongsang bagi melengkapkan pemakaian baju kebaya Baba Nyonya itu sendiri. Manakala bagi Kaum Melayu baju kebaya mereka tidak memerlukan pemakaian butang atau kerongsang.
Kain Sarung Pelengkap kepada pemakaian baju kebaya bagi kaum Baba dan Nyonya itu ialah kain sarung yang kebiasaanya daripada kain batik yang terdiri daripada pelbagai motif flora dan fauna seperti daun- daun,bunga-bungaan dan motif haiwan mahupun binatang.
Kasut Manik Selain itu pelengkap kepada pemakain baju kebaya bagi kaum Baba dan Nyonya itu adalah kasut manik.Kasut manik merupakan salah satu ciri-ciri kebudayaan dalam Baba dan Nyonya yang lain dari yang lain dan sangat unik.Kebanyakan kasut manik adalah bermotifkan flora dan fauna seperti bunga mawar,bunga teluki,dan bagi motif fauna seperti ayam ,naga , singa dan lain-lain lagi .
EDITOR Our Team PUNITHEN A/L THENDAYUTHAPANI PENULIS 267358 SHALENE A/P SELVA SEGAR 269278 JURUGAMBAR EKSEKUTIF SITI NUR AISYAH BINTI PENGIKLANAN MOHAMAD ANIFAH HAZWANI BINTI 269286 ZAINODIN 269026
Search
Read the Text Version
- 1 - 30
Pages: