Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore LAPORAN PROGRAM “TRANSFER KNOWLEDGE AND ADAPT AN EXPERIENCE” RUMAH KOMUNITI 2016

LAPORAN PROGRAM “TRANSFER KNOWLEDGE AND ADAPT AN EXPERIENCE” RUMAH KOMUNITI 2016

Published by ezrida83, 2020-11-24 16:43:32

Description: LAPORAN PROGRAM “TRANSFER KNOWLEDGE AND ADAPT AN EXPERIENCE” RUMAH KOMUNITI 2016

Search

Read the Text Version

LAPORAN PROGRAM2016\" Transfer Knowledge “And Adapt An Experience ”Rumah Komuniti\"PASIR AKAR, BESUT TERENGGANUKOLEJ KOMUNITI SEGAMATJABATAN PENDIDIKAN KOLEJ KOMUNITI, KPTNo. 24-34, Jalan Putra 1/1, Bandar IOI, 85000 Segamat, JohorTel : 07-9431633 Fax : 07-9436075KOLEJ KOMUNITISEGAMA T



Cetakan Pertama 2020Diterbitkan oleh :KOLEJ KOMUNITI SEGAMATKEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGINO. 24-34, JALAN PUTRA 1/1BANDAR IOI, 85000 SEGAMAT, JOHORTEL : 607-94301633Faks : 607-943 6075@2016 Kementerian Pendidikan TinggiHak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Kolej Komuniti SegamatKementerian Pendidikan TinggiPerpustakaan Negara MalaysiaLaporan Program “Transfer Knowledge And Adapt An Experience” Rumah Komuniti 2016Kementerian Pendidikan Tinggi

KANDUNGAN 2Kata Alu-Aluan ........................................ 3Pengenalan .............................................. 4Matlamat .................................................. 5Objektif ..................................................... 6Impak ........................................................ 7Jawatankuasa Pelaksana ....................... 8Aktiviti Program ........................................ 9Senarai Pensyarah Dan Staf Terlibat ..... 10Senarai Pelajar Terlibat ............................ 11Laporan Aktiviti ......................................... 12-18Penutup ...................................................... 19Jawatankuasa Buku Laporan .................. 20

3KATA ALU-ALUANAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam SejahteraAlhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT dengan limpah kurnia dan izinNya, Laporan Program “Transfer Knowledge And Adapt An Experience” Rumah Komuniti telah berjaya dihasilkan. Laporan ini merupakan salah satu bukti usaha dan komitmen semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh pihak pengurusan tertinggi dalam merealisasikan matlamat bagi mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran yang ada di samping mendapatkan pengalaman dalam membina rumah komuniti selaras dengan hasrat murni Kementerian Pendidikan Tinggi oleh YB Dato' Seri Idris Bin Jusoh.Laporan ini juga merupakan salah satu pencapaian bagi Kolej Komuniti Segamat dalam memberi sumbangan kepakaran dan kemahiran kepada masyarakat di samping menjadi latihan lapangan kepada pelajar yang mana merupakan sebahagian daripada kurikulum pembelajaran. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak menjayakan usaha murni ini. Semoga dengan komitmen dan kerjasama semua ukhwah dan sillaturrahim dalam menjalankan amanah Allah diberkati dan sentiasa dipermudahkan.ZAZALLI BIN LAZINPengarah,Kolej Komuniti Segamat, JohorKementerian Pendidikan Tinggi

4PENGENALANSelaras dengan hasrat murni Kementerian Pendidikan Tinggi oleh YB Dato' Seri Idris Bin Jusoh serta pengurusan tertinggi di peringkat JPKK, maka Kolej Komuniti Segamat (KKS) telah berjaya melaksanakan rumah komuniti di kawasan Parlimen Besut, Terengganu dengan menjadikannya sebagai “Transfer Knowledge And Adapt An Experience”. Projek ini telah mengambil masa selama 20 hari pembinaan bermula 04 September 2016 dengan kekuatan seramai 10 orang pensyarah dan 14 orang pelajar dari Kolej Komuniti Segamat di bawah Program Penyelenggaraan Bangunan dan dibantu oleh Program Pemasangan Elektrik. Perasmian telah dilaksanakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Idris Bin Jusoh pada 16 Oktober 2016.Program ini juga merupakan satu program penting dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi pengaplikasian ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pembinaan rumah komuniti di bawah Parlimen Besut, Terengganu. Bertemakan “Transfer Knowledge And Adapt An Experience” membawa maksud program pemindahan ilmu pengetahuan dan mengadaptasi pengalaman, di mana para pensyarah dan pelajar KKS telah dapat mengaplikasikan pengetahuan yang ada dan seterusnya memperolehi pengalaman baru dalam pembinaan rumah pasang siap menggunakan sistem IBS yang kenali sebagai Light Gauge Steel Frame System. Projek rumah komuniti ini merupakan salah satu PdP pelajar di tapak kerja sebenar secara realiti. Berkonsepkan pemindahan serta mengadaptasi ilmu pengetahuan serta kemahiran, pelajar dan pensyarah kolej komuniti bergabung tenaga memberi sumbangan kepakaran dan kemahiran masing-masing kepada masyarakat di samping menjadi latihan lapangan kepada pelajar yang mana merupakan sebahagian daripada kurikulum pembelajaran. Pembinaan rumah komuniti ini yang menggunakan sistem IBS telah dapat menyediakan sebuah kediaman yang selesa untuk didiami oleh komuniti yang kurang berkemampuan. Sehubungan itu, program ini juga telah dapat memberi impak yang berguna kepada pelajar dan pensyarah, dan secara tidak langsung dapat memberi sumbangan yang efektif kepada masyarakat di samping ianya merupakan satu sistem PdP di luar biliik darjah yang sangat berguna untuk dilaksanakan.

5MATLAMATProgram ini dirancang untuk pengaplikasian sistem pdp dalam memberi peluang kepada pensyarah serta pelajar bagi mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiranyangadadisampingmendapatkan pengalaman dalam membina rumah komuniti. Malah ia juga dapat mendedahkan pensyarah dan pelajar kepada mengenalpasti keperluan masyarakat setempat dalam membantu menyediakan sebuah kediaman yang murah dan selesa disamping memupuk kerjasama dan membuat penyelasaian masalah secara kreatif peserta program dalam menghadapi cabaran kos dan teknikal.

6OBJEKTIFMelalui program ini ;Peserta dapat pendedahan melaksanakan sistem PdP di tapak kerja sebenar.Peserta dapat mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang ada dan memperolehi pengalaman yang baru dengan pengaplikasian sistem IBS.Peserta program dapat memberi sumbangan dalam menyediakan sebuah kediaman yang murah, selesa dan selamat untuk didiami oleh komuniti.Peserta program dapat menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran tambahan daripada pengkongsian ilmu dengan industri luar yang mana menumpukan kepada teknologi pembinaan yang terkini.Peserta program dapat menjalinkan hubungan kerjasama bersama industri dan komuniti setempat.Peserta program dapat menerapkan budaya kesukarelawanan di dalam diri masing-masing. Mewujudkan daya kreativiti serta inovasi dalam kalangan pensyarah dan pelajar.

7IMPAKImpak kepada peserta programi. Menambah ilmu pengetahuan serta ke mahiran peserta program selaras dengan kurikulum bagi pdp pelajar dalam bidang pembinaan menggunakan sistem IBS.ii. Menambah keyakinan dan semangat kerjasama dalam kalangan peserta program.iii. Memberi peluang kepada peserta program mengalami pengalaman dalam melakukan kerja-kerja sebenar pembinaan rumah pasang siap. Impak kepada Jabatani. Meningkatkan imej dan fungsi peranan Kolej Komuniti terutamanya dalam bidang Penyelenggaraan Bangunan dalam industri pembinaan kepada komuniti setempat.ii. Membantu mempromosikan Kolej Komuniti sebagai institusi yang mampu melahirkan modal insan berkemahiran setanding dengan institusi-institusi lain.

8JAWATANKUASA PELAKSANA PENGERUSI :En. Zazalli Bin Lazin Pengarah Kolej Komuniti Segamat TIMB. PENGERUSI I :Pn. Aslinda Binti Mohd NoorTimbalan Pengarah AkademikKolej Komuniti Segamat TIMB. PENGERUSI II :Pn. Masria Binti Ahmad Sayuti Timbalan Pengarah Pengurusan Kolej Komuniti Segamat PENGARAH PROGRAM :Dr. Mohd Isa Bin Jaffar PEN. PENGARAH PROGRAM : Pn. Nazila Binti Masdor SETIAUSAHA :Pn. Kartini Binti Kamarulzaman BENDAHARI :Pn. Norhamizah Binti Rusli Bil.Jawatankuasa 1. Perancangan kos dan bahan 1.1 Kerja struktur keluli/Welding Khalid Bin Tamat (K) Nazila Binti Masdor1.2 Pendawaian elektrik Nor Mohd Zahir Bin Sadi (K) Suhaimi Bin Mohd Khalid1.3 Sistem Sanitari Mohd Ezzeddin Bin Nordin (K) Dr. Mohd Isa Bin Jaffar1.4 Sistem paip air Mohd Nor Adzmie Bin Ismail (K) Kartini Binti Kamarulzaman1.5 Kerja-kerja Konkrit/ Dinding Panel CemboardKhairudin BinTaib (K) Norhamizah Binti Rusli 1.6 Lukisan dan Rekabentuk StrukturRashidah Binti Abdul Rahman2. Pengurusan Teknikal5.1 Civil & Structural WorksKhairudin BinTaib Norhamizah Binti Rusli Nazila Binti Masdor 5.2 Mechanical & Electrical (M&E) WorksKhalid Bin Tamat Rashidah Binti Abdul Rahman Nor Mohd Zahir Bin Sadi Suhaimi Bin Mohd Khalid5.3 Piping & SanitationMohd Ezzeddin Bin Nordin Dr. Mohd Isa Bin Jaffar Mohd Nor Adzmie Bin Ismail Kartini Binti Kamarulzaman3. Pembelian BahanNazila Binti Masdor 4. PeralatanSuhaimi Bin Mohd Khalid 5. Penginapan dan makan/minumKartini Binti Kamarulzaman 6. Publisiti dan Media Rashidah Binti Abdul Rahman 7. Rakaman, Fotografi, Multimedia dan DokumentasiNorhamizah Binti Rusli 8. Pengangkutan & LogistikMohd Nor Adzmie Bin Ismail 9. Persijilan Mohd Ezzeddin Bin Nordin 10. Urusan pelajarRashidah Binti Abdul Rahman Khalid Bin Tamat

PESERTA9AKTIVITI PROGRAMBIL.AKTIVITI1. Pemasangan framedinding 04 – 09 September 2016 Pensyarah SPB / dan pelajar SPB 2. Pemasangan frame bumbung dan pemasangan atap metal deck. Perpaipan dan sanitari 13 – 19 September 2016 Pensyarah dan pelajar SPB3. Bolt dan nut pada frame tapak Pemasangan board pada dinding Mengecat (undercoat) Pendawaian elektrik 19 – 24 September 2016 Pensyarah dan pelajar SPB / SPE4. Kerja-kerja pemasangan elektrik Kemasan dinding / mengecat luar dan dalam 26 – 30 September 2016 Pensyarah dan pelajar SPB / SPE TARIKHPENGLIBATAN PESERTA

10SENARAI NAMA PENSYARAH DAN STAF BILNAMA PEGAWAIJAWATAN1 ZAZALLI BIN LAZIN PENGARAH 2 ASLINDA BINTI MOHD NOORTPA 3 MASRIA BINTI AHMAD SAYUTI TPP 4 DR. MOHD ISA BIN JAFFAR PPPT 5 KHALID BIN TAMAT PPPT 6 NOR MOHD ZAHIR BIN SADI PPPT 7 NAZILA BINTI MASDOR PPPT 8 KARTINI BINTI KAMARULZAMAN PPPT 9 NORHAMIZAH BINTI RUSLI PPPT 10 RASHIDAH BINTI ABDUL RAHMAN PPPT 11 MOHD EZZEDDIN BIN NORDIN PPPT 12 SUHAIMI BIN MOHD KHALID PPPT 13 KHAIRUDIN BIN TAIB PPPT 14 MOHD NOR ADZMIE BIN ISMAIL PPPT 15 JUMARI BIN PARJO PENOLONG JURUTERA

11SENARAI NAMA PELAJARBILNAMA PELAJARNO. PENDAFTARAN1 MUHAMMAD FARID BIN NASARUDDIN J01SPB15F010 2 ARUVIL A/L SELVARAJA J01SPB15F004 3 MUHAMAD ZARUL BIN NORMAN J01SPB15F006 4 AMIR FARIQ BIN MUHAMAD SHUKRI J01SPB15F005 5 MUHAMAD NOR NAJMIE BIN SAMSUDDIN J01SPB15F001 6 MUHAMMAD ZUL FAHMI AFIQ BIN PAING J01SPB15F002 7 MUHAMMAD HAZIM NAIM BIN MUHAMAD HAIRANI J01SPB15F003 8 MOHD NUR SAFWAN BIN ALIZAPUTRA J01SPB15F603 9 MOHD REDHZUAN BIN MUSTAFAL KAMAL J01SPB16F805 10 RAHMAT BIN AZMAN J01SPB16F804 11 MOHD ZULHELMI BIN SHAHRUDIN J01SPB16F803 12 MOHAMAD SYAZMI BIN MAHAMAD SAKRI J01SPB16F009 13 MUHAMMAD AKMAL BIN KHAIRUL J01SPE15F016 14 SAUFIDANIEL BIN SAPUAN J01SPE15F030

12LAPORAN AKTIVITIProjek ini telah mengambil masa selama 20 hari pembinaan dengan kekuatan seramai 10 orang pensyarah dan 14 orang pelajar dari Kolej Komuniti Segamat di bawah Program Penyelenggaraan Bangunan (SPB) dan dibantu oleh Program Pemasangan Elektrik (SPE). Proses pembinaan rumah pasang siap ini melibatkan 4 fasa. FASA ITarikh : 04 – 09 September 2016Jumlah Pensyarah : 3 Orang pensyarahJumlah Pelajar: 5 (Pelajar SPB)Jumlah Hari : 5 hariKemajuan Kerja :1. Kerja-kerja konkrit untuk lantai rumah komuniti dibuat oleh pihak kontraktor.2. Memasang paip 4 inci dan 2 inci untuk sistem sanitari pada bahagian bilik air.3. Pemasangan light gauge frame mengikut pelan ‘Wall Panel Layout Pelan’ yang telah dibuat oleh Syarikat Amcan Sdn Bhd.4.‘Frame’ akan dipasang menggunakan skru membentuk panel-panel mewakili dinding rumah komuniti.5. Mendirikan kesemua frame yang telah dipasang membentuk dinding.6. Ikatan antara panel frame juga menggunakan skru yang telah dibekalkan.7. Bahagian bawah panel frame akan di skru pada tapak lantai konkrit.

13

14FASA IITarikh : 13 – 19 September 2016Jumlah Pensyarah : 6 Orang pensyarahJumlah Pelajar: 5 (Pelajar SPB)Jumlah Hari : 6 hariKemajuan Kerja :1. Memasang frame bumbung dan atap ‘metal deck’ untuk rumah komuniti.2. Pemasangan atap ‘metal deck’ menggunakan skru yang khas untuk bumbung.3. Memasang frame tingkap nako dan frame pintu.4. Memasang cement board dengan ketebalan 6 mm untuk keseluruhan dinding rumah komuniti.

15FASA IIITarikh : 19 – 24 September 2016Jumlah Pensyarah : 3 Orang pensyarahJumlah Pelajar: 5 (Pelajar SPB) & 2 (Pelajar SPE)Jumlah Hari : 5 hariKemajuan Kerja :1. Melakukan sistem pendawaian elektrik untuk lampu, kipas dan plug.2. Memasang sistem sanitari meliputi tandas cangkung dan sinki dapur berserta perangkap sanitari.3. Memasang sistem paip bekalan air bersih untuk bilik air dan dapur.4. Melakukan kerja-kerja kemasan iaitu mengisi fillerpada bahagian sambungan dinding cement board.5. Pihak kontraktor melakukan kerja-kerja kemasan lantai‘cement render’6. Memasang daun pintu kayu serta tombol pintu bagi pintu utama, dapur dan bilik tidur.

16FASA IVTarikh : 26 – 30 September 2016Jumlah Pensyarah : 3 Orang pensyarahJumlah Pelajar: 5 (Pelajar SPB) & 2 (Pelajar SPE)Jumlah Hari : 4 hariKemajuan Kerja :1. Melakukan kerja-kerja mengecat bagi cat alas untuk dinding serta daun pintu.2. Melakukan kerja-kerja mengecat bagi lapisan kemasan pada dinding dan daun pintu.3. Memasang cermin tingkap nako.4. Kerja-kerja pemasangan lampu bahagian ruang tamu, dapur, bilik tidur dan bahagian luar hadapan rumah.

17Rumah komuniti yang telah siap dibina menggunakan sistem IBS “Light Gauge Steel Frame”

18

19Program ini telah memberikan impak yang positif kepada pensyarah dan pelajar dalam sistem PdP masing-masing, serta dapat menonjolkan daya kreativiti dan inovasi dalam kalangan pensyarah dan pelajar di sektor industri pembinaan. Ianya juga telah memberikan kesan yang besar dalam penambahan ilmu pengetahuan serta kemahiran peserta program selaras dengan kurikulum bagi PdP pelajar dalam bidang pembinaan menggunakan sistem IBS. Di samping itu juga ianya dapat menambah keyakinan dan semangat kerjasama dalam kalangan peserta program serta memberi peluang kepada peserta program mengalami pengalaman dalam melakukan kerja-kerja sebenar pembinaan rumah pasang siap. Malah, ianya juga memberikan impak yang besar dalam meningkatkan imej dan fungsi peranan Kolej Komuniti terutamanya dalam bidang Penyelenggaraan Bangunan serta dapat mempromosikan Kolej Komuniti sebagai institusi yang mampu melahirkan modal insan berkemahiran setanding dengan institusi-institusi lain. PENUTUP

20JAWATANKUASA BUKU LAPORANEDITOR DAN KAWALAN MUTUZAZALLI BIN LAZINPengarah Kolej Komuniti SegamatEDITOR DAN PENYEDIAAN LAPORANKARTINI BINTI KAMARULZAMANASLINDA BINTI MOHD NOOREDITOR, REKABENTUK, SUSUNAN DAN CETAKANSAHIRDA BINTI ITHNAIN




Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook