Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Buku Skrap Digital Sejarah Pahlawan Mat Kilau

Buku Skrap Digital Sejarah Pahlawan Mat Kilau

Published by ezrida83, 2024-08-24 05:43:40

Description: Buku Skrap Digital Sejarah Pahlawan Mat Kilau

Search

Read the Text Version

["Pahlawan Terbilang Melayu Pahang \nSEJARAH PAHLAWAN MAT KILAU \nNur Aisyah Zahraa binti Mohammad Ezri \n6 Zamrud \nSK Bandar Putra, Segamat \nDisediakan oleh: \nBUKU SKRAP DIGITAL","1 \n2 \n3 \n4 \nISI \nKANDUNGAN \nPenghargaan \nBiodata \nLatar Belakang \nPerjuangan Mat Kilau \n8 \n7 Amalan Mat Kilau \n5 \nKronologi Penentangan \n9 \nPesanan Mat kilau \n10 \nRujukan \n6 \nLaungan Merdeka Mat Kilau \n7 \n12 Tahun Isyhtihar Diri","PENGHARGAAN \nAssalamualaikum\u2026 \n Alhamdullilah, segala puji-pujian bagi ALLAH tuhan sekalian alam. Syukur ke atasNYA dengan \nlimpahan kurnia rahmat serta nikmat kesihatan dan tenaga dapatlah saya menyiapkan Buku Skrap \nDigital - Sejarah Pahlawan Mat Kilau ini dengan jayanya. Tujuan utama buku digital ini \ndihasilkan adalah sebagai menghargai jasa pengorbanan tokoh pahlawan yang telah memberi \nsumbangan besar kepada kemerdekaan Negara. Untuk makluman semua, kisah yang dipaparkan di ini \nadalah berdasarkan fakta-fakta sejarah yang dipetik dari sumber-sumber seperti internet dan \njuga buku-buku rujukan sejarah. \n Perhargaan dan jutaan terima kasih saya rakamkan khusus buat cikgu Diana binti Ismail, Guru \nSubjek Sejarah SK Bandar Putra, Segamat, yang telah banyak mencurahkan ilmu dan juga tunjuk ajar \ntanpa rasa jemu. Berkat tunjuk ajar serta bimbingan daripada beliau, maka dapatlah saya \nmenyempurnakan penghasilan buku digital ini. \n Tidak lupa juga, ucapan terima kasih buat ibu bapa yang tidak jemu membantu memberi pandangan \ndan tunjuk ajar mencari maklumat, juga rakan-rakan sekelas yang terlibat secara langsung \nmahupun tidak langsung memberi teguran dan buah fikiran yang bernas demi menyiapkan buku \ndigital ini. \n Akhir kalam, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf andai kata terdapat salah dan silap \nyang telah saya lakukan selama ini. Yang baik itu dari ALLAH dan yang buruk itu dari kelemahan \nsaya sendiri. \nSekian Wassalam\u2026","Email me \nBIODATA \nNama: \nTarikh Lahir: \nUmur: \nTempat Lahir: \nAdik-beradik: \nNama Adik-beradik: \nNama Ayah: \nNama Ibu: \nHobi: \nMakanan Kegemaran: \nCita-cita \nNur Aisyah Zahraa binti \nMohammad Ezri \n6 Zamrud \nNur Aisyah Zahraa binti Mohammad Ezri \n20 Ogos 2012 \n12 Tahun \nHospital Segamat, Johor \n8 Orang \nNur Syifa Irdina, Muhammad Alif HAfiz, \nMohammad Firas Iman Al Hafiz, Muhammad \nArasy Iman Al Hafiz, Nur Shafiyyah Ardini, \nMuhammad Khalish Iman Al Hafiz dan \nMuhammad Hafidh Fadwa \nMohammad Ezri bin Musa \nSahirda binti Ithhnain \nMelukis dan Melancong \nNasi Lemak, Mee Char kuey teow, Spagheti, \nNasi Ayam dan Karipap. \nPensyarah Animasi\/ Seni","Mat Kilau atau nama sebenarnya Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah sebelum \nmenukar namanya kepada Mohamed bin Ibrahim merupakan seorang pahlawan \nMelayu yang berjuang menentang penjajah British di Pahang. Ayahnya \nmerupakan Imam Rasu atau Tok Gajah yang merupakan seorang pahlawan \nmelayu yang turut menentang penjajah Inggeris di Pahang. Ibu beliau ialah \nTeh Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir \ndalam kira-kira tahun 1865\u20131867 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, \nPahang. \nLATAR BELAKANG \nZAMAN KANAK-KANAK \nMat Kilau dijaga dan dibesarkan seperti kanak-kanak lain di kampungnya. \nMat Kilau diserah mengaji al Quran dengan beberapa kanak-kanak lain dan \nbeliau mengaji dengan tekun hinggakan dia pandai membaca Quran dengan \nberbagai lagu. Apabila khatam al Quran, Mat Kilau belajar berzanji dan \ndiikuti dengan berdikir Maulud. Setelah pandai berzanji dan berdikir \nMaulud, barulah Mat Kilau belajar berdikir rebana yang lebih terkenal \nsebagai \u2018Dikir Pahang\u2019. Oleh kerana suaranya merdu, maka jadilah Mat Kilau \nsebagai seorang pendikir yang terkenal di Pulau Tawar. \nMat Kilau bin Imam Rasu @ \n Mohammed bin Ibrahim \n@Mat Siam \n(1866-1970)","Pada usia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang \ngadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud yang berasal dari Kampung \nKedondong. Imam Daud ialah seorang guru agama yang disegani di daerah \nPulau Tawar, Jerantut, Pahang dan juga merupakan guru mengaji kepada \nMat Kilau dan rakan-rakannya. \nHasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. \nSetelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu \nkebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana \nsahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan \nmenggunakan senjata seperti keris dan parang. \nMat Kilau banyak menuntut ilmu batin dan kepahlawanan hinggakan boleh \nmenghilangkan diri. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada \nayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak \ndituntutnya daripada Haji Uthman bin Senik yang dikenali juga sebagai \nHaji Montok merupakan Mufti Pahang sebelum dia berpindah ke Pekan. \nPERKAHWINAN \nMat Kilau bin Imam Rasu @ \n Mohammed bin Ibrahim \n@Mat Siam \n(1866-1970)","SIFAT PERIBADI \nMat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang \nmatang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan \ndihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada bulan \nOktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang \nke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford \nmempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap \nlapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas \npandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau \nadalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan \namat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai, \ntetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong, Teh Ibrahim (Adik-beradik \nMat Kilau) , Mat Kelubi, Mat Ali (khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir. Mereka \nini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau. \nMat Kilau bin Imam Rasu @ \n Mohammed bin Ibrahim \n@Mat Siam \n(1866-1970)","Mengimbau sejarah tanah air, saya tertarik dengan perjuangan seorang \npahlawan melayu yang berasal dari Pulau Tawar, Jerantut, Pahang iaitu \nMat Kilau Bin Imam Rasu @ Tok Gajah. \nMat Kilau merupakan salah seorang pahlawan Melayu yang kuat menentang \npenjajahan Inggeris di negeri Pahang pada akhir abad ke-19. Bersama \nayahnya, Tok Gajah (Imam Rasu) dan pahlawan-pahlawan Pahang yang lain \nseperti Dato\u2019 Bahaman dan Mat Kelubi. \nAntara sebab utama mereka menentang penjajahan Inggeris di Pahang ialah \ncampurtangan pihak Inggeris dalam pemerintahan negeri Pahang. Mat \nKilau tidak hanya berjuang menentang penjajah di negeri kelahirannya, \nPahang malah turut sama menyemarakkan semangat perjuangan bagi menebus \nmaruah bangsa dan agama di negeri jiran iaitu Terengganu dan Kelantan. \nPERJUANGAN MAT KILAU","Sekitar 1890-an, berlaku pemberontakan rakyat di Pahang yang marah dengan \ntindakan British mengambil alih tugas memungut cukai dan hasil daripada \npembesar negeri yang dilantik. Antara yang menerima akibat daripada campur \ntangan pentadbiran British di Pahang adalah pembesar negeri iaitu Tok Gajah \ndan Datuk Bahaman. \nKesan daripada itu, bermula siri pemberontakan di kalangan pembesar negeri \nhingga mengakibatkan mereka diburu British kerana menentang penjajah. \nRentetan daripada peristiwa itu, British mengisytiharkan perang terhadap \nbeberapa pembesar Pahang dan mengarahkan mereka ditangkap serta dihukum. \nBagaimanapun, Mat Kilau dan beberapa pembesar lain berjaya melarikan diri \ndan menyebarkan semangat perjuangan menentang penjajahan di negeri jiran \niaitu Kelantan dan Terengganu. \nPenentangan Mat Kilau yang berterusan terhadap British menyebabkan dia \nmenjadi orang buruan yang paling dikehendaki dan dicop sebagai penderhaka \noleh Inggeris menyebabkan beliau mengasingkan diri dan hidup berpindah \nrandah dari satu tempat ke satu tempat. \nPERJUANGAN MAT KILAU","Mat Kilau menceritakan kisahnya setelah \npulang ke Kampung Pulau Tawar, Jerantut. \nMat Kilau ditemu ramah oleh wartawan. \nBerita kematian Mat Kilau di aKhbar \nSahabat Mat Kilau \nKhabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar \nInggeris yang diterbitkan di Singapura. \nThe Straits Times dan The Free Press menyatakan \"Ketua Pendehaka, iaitu Dato' \nBahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober, 1895. \nThe Free Press keluaran 22 Oktober 1895 pula memberitahu bahawa \"Mat Kilau \ntelah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di \nmuka dan di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di \ndalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah\". \nDengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press, \nmaka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau. \nAkan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa \norang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok \nDemali, Raja Ibrahim Tan Kechik (Pak Yim), Mek Munah binti Salleh (Tok Renek), \nMat Saman Sulaiman atau nama panggilannya Mat Kelantan dan beberapa orang \nlain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris, maka \nterpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke \nsatu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang. \nSemenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali \ndan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.","Dalam bulan Disember 1969, Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada \nitu memegang kad pengenalan diri K\/P 2044778 dan bernama Mohamad bin \nIbrahim, memperkenalkan dirinya yang sebenar. Untuk mengelakkan dirinya dari \nmenjadi tumpuan ramai, maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di \nkampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau, maka Mat Kilau \ndibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut. Pada \nhari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid \nuntuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran \ndan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengistiharan ini \ntelah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah \njawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. \nBeberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah \nMat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis, 6 Ogos \n1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. \nSetelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, \nMat Kilau meninggal dunia kerana keuzuran. Mat Kilau dilaporkan meninggal \ndunia pada usia 105 tahun ketika 10 Ogos 1970 kerana jatuh sakit. Beliau tidak \nsempat menceritakan kisah-kisah perjuangannya kepada kita dengan lebih \nlanjut.","Mat Kilau diiktiraf sebagai salah seorang pahlawan Melayu yang berani \nmenentang penjajahan British di Pahang pada akhir abad ke-19.","Kisah hidup Mat Kilau telah difilemkan pada April 2018 dan diterbitkan oleh Studio Kembara, ia \ndiarahkan oleh pelakon-pengarah pemenang anugerah Syamsul Yusof, dibintangi oleh Ady Putra sebagai \nMat Kilau. Biopik Mat Kilau turut dijayakan oleh Fattah Amin, Beto Kusyairy, Johan As'ari, Farid Amirul, \nA. Galak, Nadiya Nisaa, pelakon Indonesia Yayan Ruhian dan bintang baru, Ali Karimie. \nPERJUANGAN MAT KILAU \nMat Kilau [2022] \n(Full Movie)","Mat Kilau & Tok Gajah di Kampung Budu, Raub untuk menyerang tentera Hugh \nClifford di Kuala Lipis. \nKRONOLOGI PENENTANGAN \nMat Kilau tidak sempat berperang dengan Inggeris dan beliau dibawa Haji \nMuhammad Nur ke Bukit Bentang bertemu Datuk Maharaja Perba Jelai. \nInggeris mara ke kampung Budu tempat Mat Kilau berkampung dan selepas \nmengetahuinya beliau melarikan diri ke hutan dan bersatu dengan Datuk \nBahaman di Kampung Hulu Cempaka bagi meneruskan perjuangan menentang \nInggeris. \nAwal 1892 \n9 April 1892 \nMei 1892","13 Jun 1892 \n22 Ogos 1892 \nOktober 1892 \nMat Kilau dan adiknya Awang Nong membawa pasukannya menyerang Inggeris di Kuala Atuk (tepi sungai \nTembeling) yang diketuai oleh R W Duff dan Panglima Garang Yusoh. Dua pengakap Inggeris terbunuh. Mat \nKilau dan Awang Nong berundur membawa pengikut mereka ke Kuala Tembeling. \nKRONOLOGI PENENTANGAN \nSultan Ahmad mengikut nasihat Sultan Abu Bakar (Johor) dan Inggeris mengisytiharkan pengampunan \nberamai-ramai rakyat Pahang yang dicop penderhaka kecuali Datuk Bahaman dan Tok Gajah. Tok Gajah \nbersama kedua anaknya dan pengikutnya berundur ke hulu Sungai Tembeling dan menyeberangi sempadan \nPahang serta Kelantan hingga sampai di Kuala Tenggeling di Hulu Lebing Hulu Kelantan. \nPasukan Pengakap (Pasukan Walker dan Clifford) berkhemah di Lechau dekat kampung Budu diserang kumpulan \nMat Kilau dan Datuk Bahaman berhampiran Batu Berapit. Mereka kemudiannya berundur meninggalkan kawasan \nitu. Mat Kilau dengan Tok Gajah di Pasir Atas ( Tepi sungai Tembeling)","Tok Gajah, Datuk Bahaman dan Mat Kilau berpindah dari Hulu Kelantan ke Kuala Terengganu dan tinggal di \nkampung Seberang Engku Ngah. Ketika di Kampung seberang Engku Ngah, Tok Gajah, Datu Bahaman dan Mat \nKilau selalu berulang alik ke Kampung Paloh dan berjumpa Tok Engku Sayyaid yang dianggap keramat. \nKRONOLOGI PENENTANGAN \nMereka kembali ke Hulu Kelantan. \nTok Gajah, Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Mat Kelubi dari Hulu Kelantan membawa 100 pengikut pergi ke Hulu \nPahang menghilir Sungai Tembeling. \nOrang Melayu Pahang di bawah pimpinan Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau yang menentang Inggeris di \nPahang diusir keluar ke Hulu Kelantan. \nAkhir tahun 1892 \nMei 1894 \nPertengahan Mei 1894 \nJun 1894","Hugh Clifford sampai di Pasir Nering, Kuala Berang kerana percaya Mat Kilau bersembunyi di sana. \nKRONOLOGI PENENTANGAN \nMat Kilau ditangkap askar Siam dan dibawanya ke Kota Bharu, Kelantan. Dalam perjalanan ke sana Mat Kilau \ndipercayai melawan dan askar Siam dikatakan memukul kepala Mat Kilau hingga tidak sedarkan diri dan \ndianggap mati. \nMereka menyerang Inggeris di Kuala Tembeling. Tok Gajah, Datuk Bahaman dan Mat Kilau ke Pulau Tawar \nberjumpa Panglima Garang Yusoh dan Maharaja Perba Jelai. Kembali ke Sungai Tembeling mendirikan kubu di \nJeram Ampai (berhampiran Kuala Tembeling) Tok Gajah, Datuk Bahaman dan Mat Kilau serta pengikut menghilir \nSungai Kelantan sampai ke Kemuning (berhampiran Taman Merah). \n14 Jun 1894 \n6 Jun 1895 \nOktober 1895 \n\u2018Mayat\u2019 Mat Kilau diserahkan kepada Sultan Kelantan dan dia didapati masih hidup. Sultan Kelantan \nkemudian menyuruh Mat Kilau melarikan diri dan upacara gimik mengebumikan Mat Kilau dilakukan di Bunut \nPayung dekat Kota Bharu menggunakan batang pisang","LAUNGAN MERDEKA MAT KILAU \nMat Kilau melaungkan MERDEKA Pada 31 Ogos 1957. Daripada ramai pahlawan Melayu Pahang yang bangkit \nmenentang penjajahan Inggeris pada 1880-an, hanya seorang daripada mereka yang sempat menyaksikan \nsendiri detik kemerdekaan negara. Dia ialah Mat Kilau, anak kepada pembesar Imam Perang Rasu (Tok Gajah), \nyang bangkit menentang kedatangan Inggeris ke Pahang pada sekitar 1880-an dan 1890-an. Lebih daripada \nitu, Mat Kilau juga berpeluang melaungkan ungkapan keramat \u201cMerdeka!\u201d pada 31 Ogos 1957, sesuatu yang \ntidak dapat dilakukan oleh rakan-rakan perjuangan seangkatan dengannya seperti Datuk Bahaman, Tok \nGajah, Haji Abdul Rahman Limbong dan Tok Janggut atau yang lebih awal seperti Datuk Maharaja Lela dan \nDol Said. \nNamun, pada hari berkenaan tiada seorangpun daripada puluhan ribu manusia yang berkumpul di Padang \nMasjid Negeri di Kuantan mengetahui bahawa orang tua yang dianggarkan berusia lebih 100 tahun di \nkalangan mereka adalah Mat Kilau. Ini kerana pahlawan Melayu yang digeruni pada satu ketika dahulu \nmenghilangkan diri selama lebih separuh abad selepas pihak British memburunya dan mendakwa beliau \nmenderhaka terhadap sultan. Nama Mat Kilau dan Datuk Bahaman terukir dalam sejarah negara kerana \nmereka mengetuai 'Perang Lubuk Terua' dimana mereka menyerang sebuah pos polis menyebabkan dua anggota \npolis British terbunuh. ","12 TAHUN ISYTIHAR DIRI \nAnak angkat Mat KIlau yang kemudian menjadi menantunya, Abu Bakar Awang, 80, berkata sebelum \nmengisytiharkan dirinya yang sebenar, Mat Kilau sentiasa berdalih setiap kali ditanya tentang asal-usul \ndirinya, mungkin kerana khuatir beliau belum lagi diampunkan oleh sultan. Semasa kebangkitan itu, Pahang \nberada di bawah pemerintahanSultan Ahmad Al-Muazam Shah. \u201cBeliau juga mengambil masa hampir 12 tahun \nselepas merdeka sebelum tampil mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau kerana khuatir sultan belum \nmengampunkan dirinya yang dianggap sebagai penderhaka,\u201d katanya. \nSalah seorang anak Mat Kilau, Aminah, 80, yang ditemui di rumahnya di Kampung Batu 5,Jalan Gambang Kuantan \nmengesahkan bahawa sebelum perisytiharan tentang identitiya, beliau dan anak-anak lain tidak pernah \nmenyangka bahawa manusia yang bergelar Mat Siam itu adalah pahlawan yang digeruni Inggeris. Aminah adalah \nantara empat daripada lima orang anak Mat Kilau yang masih hidup dan tinggal di sekitar Kuantan. Yang lain \nialah Sabariah, Abdul Rahman, Salamah dan Razali, manakala anak bongsunya, Zaleha, yang berkahwin dengan Abu \nBakar meninggal dunia pada 1978. \nMeneruskan ceritanya, Abu Bakar berkata beliau adalah antara orang yang paling gembira apabila mengingat \nkembali keghairahan luar biasa Mat Kilau menunggu saat-saat perisytiharan kemerdekaan. \u201cHari itu (31 Ogos \n1957) awal-awal pagi lagi dia sudah bangun dan lepas sembahyang subuh dia terus bersiap untuk ke bandar \nKuantan apabila mendapat tahu upacara sambutan juga akan diadakan di peringkat negeri, selain daripada \nStadium Merdeka di Kuala Lumpur. \u201cSaya agak hairan melihat dia beria-ia benar hendak ke Padang Masjid \nNegeri. Walaupun sudah berusia lebih 100 tahun, saya lihat dia begitu bersemangat sekali untuk turut \nmenyambut hari bersejarah itu,\u201d katanya.","Mat Kilau bin Imam Rasu @ \n Mohammed bin Ibrahim \n@Mat Siam \n(1866-1970) \nSeperti yang diceritakan oleh cucu Mat Kilau, setiap pagi Mat Kilau akan \nberjalan-jalan di sekeliling rumahnya melihat keadaan pokok-pokok dan \ntanaman yang ada. Selepas itu beliau akan mengaup air embun yang ada di \ndedauanan pokok untuk membasahkan wajah, tangan dan tubuhnya. \nMandi embun dimaksudkan adalah sekadar membasahkan tubuh atau anggota \ntubuh menggunakan air embun yang ada di daun-daun pokok. \n7 AMALAN MAT KILAU \nMat Kilau gemar berjalan untuk membayar cukai, ke masjid dan ke manapun. \nMenurut Sulong bin Ibrahim, ke bandar sejauh 5 batu (lebih kurang 8km), \nMat Kilau akan berjalan kaki. Menurut Sulong \u201c Sukar melihat Mat Kilau \nmenaiki kenderaan meskipun basikal. Kalau dia datang ke rumahnya, biasa \ndia akan berjalan kaki. Tidak mahu dihantar pulang menaiki basikal.\u201d \nMANDI EMBUN \nBERJALAN KAKI","Mat Kilau bin Imam Rasu @ \n Mohammed bin Ibrahim \n@Mat Siam \n(1866-1970) \nMat Kilau adalah seorang yang pendiam dan tegas. Mat Kilau kurang \nbercakap dengan orang yang tidak dikenalinya ataupun kurang rapat. \nNamun, menurut cucunya (Sulong), Mat Kiau tidaklah begitu. Mat Kikau \nsanggup bersengkakng mata sehingga lewat malam hanya untuk bercerita \ndengan anak cucunya. \nMat Kilau bukan jenis yang memilih makanan. Menurut Sulong, atoknya \ntidak akan minum air selagi makanan belum dihabiskan. \nBATAS PERBUALAN \nTIDAK MINUM SEBELUM SELESAI MAKAN \nMat Kilau handal bersilat dan berlawan juga sebagai guru silat dan \npastinya memiliki badan yang \u2018fit\u2019, lincah dan lasak. Mat Kilau gemar \nbermain sepak raga dan bermain gasing. Gasing yang dimainkan adalah \ngasing tradisional sebesar tapak tangan lelaki. \nSUKA BERSUKAN","Mat Kilau bin Imam Rasu @ \n Mohammed bin Ibrahim \n@Mat Siam \n(1866-1970) \nMat Kilau sangat alim dan wara\u2019. Mat Kilau sangat menjaga solat dan selalu \nmengingatkan ahli keluarganya untuk menunaikan solat. Menurut Tok \nNgoh Taib bin Musa iaitu sahabat Mat Kilau, \u201cMat Kilau sangat alim. \nSembahyang tak pernah tinggal, suka meratib (zikir) dan sentiasa berdoa \nsebelum melalukan sesuatu. \nMat Kilau sangat pantang dan tidak suka gambarnya diambil oleh pihak \nmedia. Namun setelah dipujuk oleh ahli keluarganya untuk merekodkan \nperistiwa sejarah untuk kebaikan anak cucnya barulah dia bersetuju. \nMENJAGA SOLAT DAN SENTIASA BERZIKIR \nTIDAK SUKA GAMBARNYA DIAMBIL","PESANAN MAT KILAU \n\u201cJAGA AGAMA\u2026JAGA \nBANGSA\u2026JAGA NEGARA\u201d \n\u201cJANGAN SAMPAI BANGSAKU \nTIADA NEGARA\u201d \n\u201cBERPANTANG MENYERAH SEBELUM AJAL\u201d \nAmanat terakhirnya kepada kaum keluarganya ialah \n\u201cJagalah nama baik bangsa dan negara.\u201d","RUJUKAN \n1 \nSejarah Mat Kilau \n2 \nMat Kilau \n3 \nMat Kilau: Kisah Seorang Pejuang \n& Bangsawan Yang Hampir Bergelar \nTan Sari \n4 \n7 Amalan Mat Kilau \n5 \nMat Kilau, Pahlawan Melayu \nPahang Dicop Sebagai \u2018Penderhaka"," "]


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook