Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 2022

BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 2022

Published by ezrida83, 2022-04-20 00:40:26

Description: BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 2022

Search

Read the Text Version

51 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 8.4 Pengurusan Pertukaran Program Pelajar Telah Berdaftar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi

52 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 8.5 Pengurusan Pertukaran Kolej Pelajar Berdaftar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi

53 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 8.6Pengurusan Tangguh Pengajian Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi

54 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT KELAB DAN PERSATUAN

55 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT KELAB DAN PERSATUAN7.1JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR Seksyen 7 Bahagian III, Akta 174 Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 memperuntukkan bahawa sesuatu institusi hendaklah mempunyai suatu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang diwakili oleh sebilangan pelajar yang ditentukan oleh Ketua Eksekutif. 7. 1.1 Objektif a.Menjadi platform dalam mengasah serta memperkembangkan bakat kepimpinan dan sahsiah diri pelajar ke arah pelapis pemimpin masa depan yang berkaliber, berakhlak serta berkebolehan. b.Memperkukuhkan semangat muhibah, perpaduan dan integrasi nasional selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan selari dengan penerapan jasmani, emosi, rohani dan intelek. c.Menjadi perantara di antara pihak pelajar dan pihak pengurusan Kolej Komuniti dalam memastikan masalah dan pandangan pelajar dapat disalurkan dan diambil tindakan yang sewajarnya. 7.1.2 Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Terbuka kepada semua pelajar yang berdaftar di Kolej Komuniti KECUALI: a.Pelajar yang belum pernah menduduki peperiksaan pertama di Kolej Komuniti. b.Pelajar yang HPNMnya kurang daripada 2.75. c.Pelajar yang pernah mengulang semester. d.Pelajar yang sedang menunggu keputusan perbicaraan tatatertib. e.Pelajar yang pernah dikenakan tindakan tatatertib.

56 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT f.Pengecualian di atas adalah terbatal dengan kebenaran Ketua Eksekutif kecuali perkara ‘a’ dan ‘b’.7.1.3 Perlantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP). a. Bilangan minima ahli JPP adalah seramai 10 orang. b. Perlantikan AJK JPP i.Dilantik pada awal sesi pengajian sebelum atau pada dua minggu selepas tarikh pendaftaran pelajar senior. ii.Tempoh pegangan jawatan bagi EXCO Tertinggi (Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua, Setiausaha dan Bendahari) dan ahli EXCO lain ialah setahun atau suatu tempoh yang ditetapkan oleh Ketua Eksekutif. c. Kekosongan Jawatan JPP : Sekiranya berlaku kekosongan jawatan dalam sesuatu sesi pengajian, perlantikan baru boleh dilakukan mengikut keperluan semasa. d. Pemilihan JPP dijalankan sepertimana yang termaktub dibawah Akta 174 iaitu kaedah undian (pilihanraya). Pilihanraya yang dibuat diuruskan oleh satu Suruhanjaya Pilihanraya Pelajar (SPP) yang dilantik serta dipengerusikan oleh Pegawai Pembangunan Pelajar.

57 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT CARTA ALIR KAEDAH PEMILIHAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SECARA PILIHANRAYA LANTIKAN JAWATANKUASA (J/K) SPPMESYUARAT J/K SPPPENAMAAN CALONPENGUMUMAN CALON MENANG TANPA BERTANDINGKEMPEN PILIHANRAYAPROSES PILIHANRAYAPENGUMUMAN CALON YANG MENANGPEMBENTUKAN JPPMAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAHMENGHADIRI PROGRAM TERAS-Surat lantikan Jawatankuasa (J/K Suruhanjaya Pilihanraya Pelajar (SPP) Penetapan Bilangan Kerusi, tarikh penamaan calon, tarikh berkempen, tarikh pilihanraya, tarikh kira undian, tarikh pengumuman rasmi - Borang Pencalonan - Borang Penamaan Calon - Poster Umum, Poster Calon - Kertas Undian - Surat Lantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar - Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan

58 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT PENUBUHAN KELAB DAN PERSATUAN7.1. Bidang Kelab/PersatuanSetiap pelajar hendaklah mengikuti aktiviti pelajar di Kolej Komuniti melalui Kelab/Persatuan yang diwujudkan. Setiap pelajar diwajibkan menganggotai Sekretariat Rukun Negara dan sekurang-kurangnya satu (1) Kelab/Persatuan pilihan. Kelab/Persatuan di klasifikasi seperti berikut: BIL BIDANG KELAB 1 Kelab Persatuan Sukan & Rekreasi Kelab Futsal, Kelab Bola Sepak, Kelab Boling, Kelab Basikal, Kelab Badminton, Kelab Sepak Takraw, Kelab Petanque, Kelab Bola Jaring, Kelab Ping Pong, Kelab Kebudayaan 2 Unit Beruniform PISPA, BriSK 3 Akademik Kelab Sistem Komputer dan Rangkaian Kelab Teknologi Elektrik Kelab Penyelenggaraan Bangunan Kelab Teknologi Pembuatan Kelab Animasi 4 Wajib Sekretariat Rukun Negara (dianggotai oleh semua pelajar Kolej Komuniti).

59 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 7.2. PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN AKTIVITI PELAJAR1. Segala perkhidmatan dan kemudahan bagi aktiviti pelajar adalah bergantung kepada perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Kolej Komuniti Segamat. 2. Permohonan perkhidmatan dan kemudahan boleh dibuat dengan menggunakan borang yang sedia ada di Kolej Komuniti Segamat. 3 . Peraturan penggunaan kemudahan Bilik Gerakan JPP atau bilik kuliah adalah seperti berikut: i. Pelajar-pelajar hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Penyelaras JPP atau Penasihat Kelab/Persatuan untuk menggunakan Bilik Gerakan JPP. ii. Pelajar-pelajar hendaklah mendapatkan kebenaran daripada TP(A) untuk menggunakan bilik kuliah. iii. Pelajar-pelajar hendaklah menggunakan kemudahan di dalam Bilik Gerakan JPP atau bilik kuliah secara berhemah. iv. Pelajar-pelajar hendaklah mematuhi peraturan Bilik Gerakan JPP atau bilik kuliah. v. Sebarang kerosakan atau kehilangan peralatan dan kemudahan hendaklah dilaporkan kepada Unit Pembangunan Pelajar. vii. Pihak kolej berhak mengambil tindakan ke atas pelajar yang didapati melanggar peraturan yang telah ditetapkan. 4. Peraturan penggunaan kemudahan padang atau gelanggang sukan. i. Sebarang aktiviti sukan yang menggunakan kemudahan padang atau gelanggang sukan hendaklah dimaklumkan kepada Penyelaras JPP atau Penasihat Kelab/Persatuan. ii. Tempahan penggunaan padang atau gelanggang sukan di dalam kampus adalah mengikut syarat-syarat Kolej Komuniti Segamat.

60 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT iii. Tempahan penggunaan padang atau gelanggang sukan di luar kampus diuruskan melalui Penyelaras JPP atau Penasihat Kelab/Persatuan. iv. Pelajar bertanggungjawab menjaga keselamatan harta benda serta mematuhi peraturan penggunaan padang/gelanggang yang telah ditetapkan. Gambar-gambar Aktiviti Kelab dan Persatuan Pelajar

61 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT KEBAJIKAN PELAJAR

62 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT KEBAJIKAN PELAJAR8.1 BANTUAN KEWANGAN 8.1.1Pinjaman/Elaun i.Pinjaman/elaun hanya diberi kepada pelajar yang memenuhi syarat dan layak sahaja. ii.Pelajar boleh mendapatkan bantuan kewangan daripada pihak penaja atau pembiaya yang lain seperti bantuan zakat, Baitulmal, Yayasan Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan sebagainya. Ianya tertakluk kepada syarat dan peraturan penaja atau badan berkenaan. iii.Bantuan Kewangan JAKOA hanya ditawarkan kepada pelajar orang asli sahaja. iv.Elaun Khas OKU hanya ditawarkan kepada pelajar OKU yang memenuhi syarat permohonan. 8.1.2Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) Bantuan kewangan diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti yang kurang berkemampuan iaitu pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,849.00 sebulan tanpa mengira bilangan tanggungan isi rumah . Syarat-syarat:. a.Pemohon hendaklah warganegara Malaysia; b.BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil); c.Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM4,849.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;

63 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT d.Menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin); e.Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga; dan f.Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program. 8.2INSURANS Seseorang pelajar hendaklah mendapatkan skim perlindungan insurans berkelompok. Perlindungan insurans ini bertujuan untuk menyediakan manfaat dalam bentuk bantuan kewangan jika pelajar yang dilindungi meninggal dunia atau menderita keilatan kekal anggota badan sama ada akibat kemalangan atau penyakit dan kecederaan yang disebabkan oleh kemalangan. 8.2.1 Tuntutan Jika berlaku apa-apa kejadian yang dilindungi sebagaimana yang dijelaskan dalam sijil insurans yang diambil, tuntutan boleh dikemukakan kepada syarikat melalui Kolej Komuniti bagi mendapatkan manfaat berkenaan. Makluman kepada syarikat perlu dibuat dengan notis secara bertulis dengan seberapa segera sebagaimana yang telah ditetapkan. Tuntutan dibuat dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut: I. Kematian i.Borang Tuntutan yang lengkap diisi (diisi oleh waris pelajar) ii.Salinan Sijil Kematian iii. Salinan Sijil Penguburan iv. Salinan Laporan polis v.Salinan kad pengenalan pelajar/kad pelajar

64 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT vi. Salinan kad pengenalan waris vii. Laporan perubatan/post mortem dari doktor yang bertauliah, dokumen-dokumen lain yang dikehendaki oleh syarikat II.Kecederaan i.Borang Tuntutan yang lengkap diisi (diisi oleh pelajar) ii. Salinan kad pengenalan pelajar/kad pelajar iii. Salinan Laporan Polis iv. Laporan perubatan dari doktor yang bertauliah v. Bil-bil perubatan asal, dokumen-dokumen lain yang dikehendaki oleh syarikat 8.3 KEBAJIKAN AM 8.3.1Kemalangan dan kematian pelajar Bagi kes kemalangan dan kematian, pelajar atau waris perlu memaklumkan kepada pihak Kolej Komuniti. 8.3.2Rawatan Pelajar Pegawai Hal Ehwal Pelajar akan mengeluarkan Surat Akuan/Surat Pengesahan Pelajar untuk rawatan pelajar jika diperlukan. 8.3.3Penginapan Pelajar a. Asrama tidak disediakan di Kolej Komuniti Segamat b. Unit Pembangunan Pelajar hanya membantu menyediakan maklumat penginapan luar kampus kepada pelajar. c. Urusan di antara pemilik penginapan luar kampus dengan pelajar adalah tanggungjawab pelajar sendiri.

65 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 8.4DISIPLIN Panduan dan Peraturan Am Pelajar Kolej Komuniti ini disediakan sebagai satu garis panduan dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh pelajar sepanjang pengajian di Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Peraturan ini dikuatkuasakan kepada semua pelajar Kolej Komuniti KPT tanpa pengecualian. Semua pelajar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi adalah juga tertakluk kepada Undang-undang Malaysia iaitu Akta Pelajaran 1961 dan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 - (Akta 174) serta pindaan-pindaannya. Tindakan tatatertib akan dikenakan ke atas mana-mana pelajar yang melanggar peraturan-peraturan tersebut mengikut Jadual Kedua, Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976 - Bahagian II (Tatatertib Am) Kaedah 26A, Bahagian IV (Tatatertib Lalulintas Jalan) Kaedah 47 dan Bahagian V (Acara Tatatertib) Kaedah 48. 8.5UNIT PSIKOLOGI DAN KERJAYA 8.5.1Pengenalan Unit psikologi, kaunseling dan kerjaya Kolej Komuniti Segamat berperanan memberi perkhidmatan berbentuk psikologi kepada pegawai, kakitangan dan pelajar serta termasuk anggota komuniti setempat dan juga bertanggungjawab melaksanakan program mengikut perancangan takwim tahunan. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang diberikan dapat membantu meningkatkan potensi yang sedia ada dalam diri mereka.

66 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 8.5.2Objektif Kaunseling a. Memberi inspirasi kepada klien bagi menilai, membuat, menerima dan mengambil tindakan terhadap pilihan atau keputusan yang dibuatnya b. Menolong klien mempelajari proses membuat keputusan tanpa sentiasa mengharapkan bantuan orang lain. c. Membantu perkembangan bakat klien. 8.5.3Fungsi Unit Psikologi Dan Kerjaya Unit Psikologi dan Kerjaya Kolej Komuniti Segamat menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pelajar di kolej. Antaranya ialah: a.Perkhidmatan Sesi Kaunseling Individu dan Sesi Kaunseling Kelompok. b.Menyediakan Pengujian Psikologi Unit Kaunseling Kolej Komuniti Segamat ada menyediakan pelbagai ujian Psikologi seperti Ujian Personaliti, Ujian Minat Kerjaya, Ujian Psikometrik, Ujian Motivasi dan lain lain lagi. c.Program dan Rundingan Kerjaya •Unit Psikologi dan Kerjaya Kolej Komuniti Segamat menyediakan khidmat Kaunseling Kerjaya dan menyediakan latihan dan Bimbingan Kerjaya seperti laluan kerjaya seperti Penulisan Resume, Tips Menghadiri Temuduga dan Mock Interview . ‘’•Menyediakan program berkaitan pendekatan psikologi dalam mempertingkatkan kualiti dan produktiviti pelajar dalam pembelajaran. d.Program Motivasi Pelajar •Program intervensi dan pembangunan diri. •Penyelarasan program kelab Pembimbing Rakan Inspirasi Siswa SIswi (PRISS). e.Melaksanakan perkhidmatan psikologi dan Kaunseling di Kolej Komuniti Segamat.

67 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT f.Melaksanakan Program Bimbingan Kerjaya kepada semua pelajar supaya mereka dapat membuat persediaan untuk melangkah ke dunia perkerjaan dan bersiap sedia menghadapi temuduga dengan industri. 8.5.4Tatacara Rujukan Perkhidmatan Kaunseling a.Dirujuk oleh Pensyarah. b.Dirujuk oleh Rakan-rakan/Ahli kelab Pembimbing Rakan Inspirasi Siswa Siswi (PRISS) c.Dirujuk oleh Ahli Keluarga. d.Sukarela. 8.5.5Kaedah Rujukan Perkhidmatan Kaunseling a.Surat Rujukan/Memo Rujuk Klien oleh Pensyarah atau Unit. b.Telefon/Whatsapp. c.E-mel. d.Pemohonan Sukarela secara Walk-In/Temujanji e.Melalui pihak ke-3 atau hadir bersama ahli keluarga dan sebagainya. 8.5.6Waktu Operasi Waktu operasi adalah seperti berikut: HARI MASA Ahad hingga Khamis 8.00 pagi-12.30 tengah hari 2.30 petang- 5.00 petang Jumaat dan Sabtu/ Cuti Umum Tutup

68 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT AKTIVITI PELAJAR

69 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT AKTIVITI PELAJAR 9.1 Sukan 9.1.1Pengenalan Peranan Unit Sukan adalah sebagai satu unit yang menguruskan segala aktiviti berkaitan sukan di Kolej Komuniti Segamat. Unit ini ditubuhkan untuk menggalakkan pelajar dan kakitangan sentiasa aktif dengan aktiviti bersukan selepas tamat waktu pembelajaran dan pengajaran khususnya. Selain itu, unit ini turut dijadikan sebagai medium bagi membantu Majlis Sukan Kolej Komuniti Malaysia yang berperanan sebagai sebuah badan induk menguruskan aktiviti sukan Kolej Komuniti di seluruh negara dalam mendapatkan maklumat penglibatan sukan pelajar seterusnya menyokong dari segi penyertaan sukan yang dianjurkan. Dalam memastikan para pelajar dan kakitangan mempunyai ruang untuk mengasah bakat mereka dan sentiasa berada di dalam prestasi yang optimum, unit sukan ditugaskan untuk merancang aktiviti-aktiviti sukan di peringkat dalaman kolej mahupun di dalam penyediaan pasukan untuk kejohanan-kejohanan anjuran luar di peringkat institusi, kebangsaan dan juga antarabangsa. Impak dari penubuhan unit ini sekaligus dapat membantu menaikkan nama institusi dan mengurangkan masalah sosial di kalangan pelajar. 9.1.2Objektif Objektif Unit Sukan Kolej Komuniti Segamat ialah: a.Menguruskan aktiviti sukan kolej dengan terancang dan sistematik. b.Menyelaras aktiviti yang dirancang mengikut Takwim Tahunan Kolej Komuniti Segamat dan Majlis Sukan Kolej Komuniti (MASKOM). c.Pembudayaan dan pembangunan sukan di Kolej Komuniti yang melibatkan seluruh warga kolej komuniti dengan masyarakat setempat.

70 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 9.1.3Fungsi Unit Sukan Kolej Komuniti Segamat adalah unit yang bertanggungjawab menguruskan aktiviti sukan dan riadah pelajar serta kakitangan kolej dengan: a.Menyediakan Takwim Tahunan dan Anggaran Belanja Mengurus program sukan yang dirancang. b.Menganjurkan aktiviti di peringkat kolej ke arah mencari bakat-bakat pelajar yang boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. c.Menyelaras latihan dan penyertaan pasukan untuk bertanding di kejohanan-kejohanan luar peringkat institusi, kebangsaan dan antarabangsa. d.Memastikan warga kolej dapat memanfaatkan fasiliti dan kemudahan sukan kolej yang sentiasa berada di dalam keadaan yang kondusif dan selamat untuk digunakan. e.Menguruskan fasiliti dan kemudahan sukan di komuniti setempat bagi memastikan segala program sukan yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. f.Menyalurkan maklumat penglibatan sukan kepada MASKOM untuk rekod dan penyelarasan penyediaan pasukan. 9.1.4Ahli Jawatankuasa NAMA PEGAWAI / PENSYARAH PENGURUS SUKAN Mohamad Hanif bin Md Ghazalli Pegawai Belia dan Sukan Nor Mohd. Zahir bin Sadi Bola Sepak Khairul Anuar bin Selamat Badminton Normah binti Auyob Bola Jaring Mohd Nor Adzmie bin Ismail Futsal Masrizal bin Mahmood Sepak Takraw Rashidah binti Abdul Rahman Petanque

71 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 9.1.5Fasiliti & Kemudahan Sukan Kolej Komuniti Segamat Gelanggang Futsal: Gelanggang Petanque Futsal/Bola Jaring/Dodgeball Ping Pong Multistation Gym/Stationary Bike Karom/Dart/Catur Basikal/Frisbee

72 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 9.1.6Program & Aktiviti Sukan Kolej Komuniti Segamat (Aktiviti Sukan Menggunakan Fasiliti & Kemudahan Sukan Berhampiran) Badminton Sepak Takraw Bola Sepak Boling

73 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 9.2 1 Get 1 9.2.1Pengenalan Projek Inovasi Pengambilan Pelajar “1 GET 1” telah dilancarkan pada tahun 2019 bagi membantu meningkatkan enrolmen pengambilan pelajar di Kolej Komuniti Segamat. Rentetan daripada pencapaian enrolmen pelajar baharu Kolej Komuniti Segamat yang kurang memberangsangkan pada sesi Jun 2018, suatu inisiatif telah diambil untuk mencapai norma pengambilan pelajar untuk sesi pengambilan seterusnya. Projek “1 GET 1” secara rasionalnya dilancarkan untuk menjadikan pelajar semasa di Kolej Komuniti Segamat sebagai agen/duta dalam mempromosikan kolej kepada rakan-rakan lepasan SPM yang belum mendapat tempat di mana-mana institusi pengajian tinggi. 9.2.2Kaedah Penyertaan Satu e-borang boleh diakses oleh pelajar dengan hanya mengimbas kod QR yang tersedia pada poster program “1 GET 1”.Pelajar tersebut (PERUJUK) perlu memperkenalkan seorang rakan (PROSPEK) dalam kalangan lepasan SPM untuk menyambung pengajian di Kolej Komuniti Segamat.

74 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT a.Maklumat penting seperti: i. Nama ii. No. kad pengenalan iii. Alamat iv. No telefon PROSPEK perlu diisi oleh PERUJUK. b.Infografik berkaitan program yang ditawarkan, maklumat yuran, hostel dan lain-lain juga boleh diakses dengan mudah. c.Klik butang 1GET1 yang disediakan untuk pendaftaran.

75 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT PERATURAN PELAJAR

76 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT PANDUAN DAN PERATURAN PELAJAR10.1 Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) 10.1.1 Pengenalan Amalan EKSA Amalan EKSA bermatlamat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal. Pelaksanaan Amalan EKSA yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja. Selain memberi keutamaan kepada aspek kebersihan, kekemasan dan keselamatan di tempat kerja. Amalan EKSA berupaya memperkukuhkan lagi Sistem Pengurusan Jabatan, khususnya dalam memenuhi keperluan klausa Pengurusan Sumber berkaitan Persekitaran Kerja. Pelaksanaan Amalan EKSA yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah kepada imej korporat Jabatan/Agensi secara keseluruhan. 10.1.2 Tujuan Amalan EKSA Buku panduan pelaksanaan Amalan EKSA Kolej Komuniti Segamat merupakan dokumen yang menerangkan tentang konsep Amalan EKSA secara umum dan bertujuan digunapakai untuk memberikan kefahaman kepada seluruh warga Kolej Komuniti Segamat. Manual ini juga menjadi panduan asas pelaksanaan dan kaedah pengauditan dalam Amalan EKSA yang dapat merealisasikan misi dan visi kolej di samping dapat membantu warga kolej memahami dan membudayakan Amalan EKSA dan menggalakkan budaya kerja yang kreatif dan inovatif. 10.1.3 Visi Mencapai budaya kerja dan persekitaran berkualiti menerusi Amalan EKSA selaras dengan imej Kolej Komuniti Segamat sebagai peneraju Latihan Kemahiran Komuniti.

77 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 10.1.4 Misi Membudayakan Amalan EKSA secara bersepadu dan berdisiplin berteraskan kualiti kerja dan persekitaran yang kondusif menerusi Amalan EKSA yang berterusan dengan mengutamakan kebersihan, keselesaan dan menerapkan nilai go green sebagai amalan harian. ‘’10.1.5 Objektif Amalan Eksa Memastikan pengurusan Amalan EKSA yang cekap dan berkesan bagi mencapai ciri-ciri kualiti seperti berikut: a.Meningkatkan kualiti perkhidmatan dan penyampaian yang berkesan dan cekap. b.Meningkatkan keselesaan di persekitaran tempat kerja. c.Meningkatkan kecekapan penggunaan sumber. d.Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyelenggaraan. e.Meningkatkan semangat kerjasama dan kerja berpasukan. f.Meningkatkan imej Institusi/Organisasi. 10.1.6 Polisi Amalan EKSA Kolej Komuniti Segamat bertujuan membentuk budaya persekitaran berkualiti, dengan mengutamakan kebersihan, keselesaan dan menerapkan nilai go green ‘’sebagai amalan harian seterusnya sesuai dengan peranan Kolej Komuniti Segamat sebagai peneraju Latihan Kemahiran Komuniti. 10.1.7 Moto Tekad Jayakan EKSA KKS 10.1.8 Logo

78 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 10.1.9 Carta Organisasi Pemandu Jawatankuasa EKSA 10.2RUPA DIRI PELAJAR“Pakaian” ditakrifkan sebagai apa jua benda zahir yang dipakai atau ditambah pada mana-mana bahagian anggota pelajar yang menampakkan rupa diri di dalam kawasan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi seperti pakaian, alat perhiasan dan solekan. Pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih dan sopan. Adalah menjadi kewajipan pelajar Islam memakai pakaian yang menutup aurat. 10.2.1RUPA DIRI PELAJAR LELAKI Pakaian ke kelas/bengkel/makmal a.Baju bengkel atau baju ’T’ yang dibekalkan oleh pihak Kolej Komuniti. b.Baju kemeja berlengan panjang atau pendek. Baju ’T’ berkolar sahaja dibenarkan dan tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif, lucah atau menggambarkan mana-mana parti politik. Baju ’T’ tidak berkolar ‘round neck’ TIDAK dibenarkan kecuali untuk aktiviti sukan. c.Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar ‘tuck in dan dikenakan butang dengan sempurna. ’

79 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT d.Pemakaian baju kebangsaan (baju melayu) dibenarkan tetapi hendaklah lengkap bersampin, berkasut dan bersongkok hitam. e.Semua jenis pakaian TIDAK dibenarkan bertampal atau bertampung dalam apa jua bentuk sekali pun. f.Berseluar slack sahaja dibenarkan. Pemakaian seluar ‘’jeans biru, seluar lusuh, seluar ketat, dan seluar half cut‘’TIDAK dibenarkan. g.Memakai tali pinggang yang bersesuaian. h.Berkasut dan berstokin. i.Memakai selipar, terompah, sandal, capal atau berkaki ayam TIDAK dibenarkan. j.Kasut yang berladam logam yang berbunyi bising TIDAK dibenarkan. k.Sebarang bentuk perhiasan TIDAK dibenarkan. l.Pakaian khas bengkel/studio/makmal yang ditetapkan oleh pihak Kolej Komuniti. Rambut a. Rambut hendaklah sentiasa pendek dan kemas. Paras belakang tidak melebihi paras kolar baju, paras tepi tidak melebihi paras atas telinga dan paras depan tidak melebihi garisan tengah dahi. b. Rambut berfesyen seperti afro, punk, berekor atau diwarnakan adalah TIDAK dibenarkan. Perhiasan a. Memakai sebarang bentuk perhiasan seperti rantai, gelang tangan dan subang atau apa-apa perhiasan diri yang membawa maksud negatif TIDAK dibenarkan.

80 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 10.2.2RUPA DIRI PELAJAR PEREMPUAN Pakaian ke kelas/bengkel/makmal a.Pakaian yang menjolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, singkat, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan TIDAK dibenarkan. b.Pelajar TIDAK dibenarkan memakai baju yang labuhnya di atas paras pinggang. c.Pelajar TIDAK dibenarkan memakai skirt di atas paras ‘’lutut. d.Baju ’T’ berkolar yang mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik. Baju ’T’ tidakberkolar round neck ‘’TIDAK dibenarkan kecuali untuk aktiviti sukan. Berseluar ketat, singkatatau menampakkan susuk badan TIDAK dibenarkan. e.Berseluar slack sahaja dibenarkan. Pemakaian seluar ‘’jeans biru, seluar banyak poket, corduroy , seluar half ‘’‘cut ’TIDAK dibenarkan. f.Memakai pakaian yang dibutang dan dizipkan dengan sempurna. g.Memakai selipar, terompah, sandal, capal atau berkaki ayam TIDAK dibenarkan. Memakai pakaian khas bengkel/studio/makmal yang ditetapkan oleh pihak Kolej Komuniti. Rambut a.Rambut hendaklah disikat kemas. b.Rambut berfesyen seperti berekor atau diwarnakan TIDAK dibenarkan. c.Adalah menjadi kewajipan pelajar Islam menutup aurat (bertudung). Perhiasan a.Memakai barang kemas TIDAK digalakkan. b.Memakai perhiasan diri bukan pada tempat sepatutnya TIDAK dibenarkan. c.Bersolek secara berlebihan TIDAK dibenarkan.

81 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 10.2.3KAD PELAJAR a.Setiap pelajar mestilah mempunyai kad pelajar rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Kolej Komuniti.b.Kad pelajar mestilah sentiasa dipakai semasa berada di dalam premis/kampus Kolej Komuniti.c.Kad pelajar hendaklah dipakai pada baju/jaket/blazer pada paras dada supaya dapat dilihat dengan jelas.d.Kad pelajar tidak boleh diconteng, ditampal, ditukar butiran/gambar atau diubahsuai.e.Pelajar TIDAK dibenarkan memakai atau menggunakan kad pelajar lain.f.Sebarang kehilangan kad pelajar hendaklah dilaporkan kepada Unit Pengambilan Pelajar.g.Kad pelajar yang hilang, rosak atau tamat tempoh perlu digantikan dengan kad yang baru dengan bayaran kos gantian yang ditetapkan oleh pihak Kolej Komuniti.10.2.4MENGHADIRI KULIAH/BENGKEL/TUTORIAL Pelajar dikehendaki menghadiri semua kuliah/bengkel/ tutorial atau lain-lain aktiviti pengajaran berhubung dengan program pendidikannya dan MESTILAH :a.Kehadirannya tidak kurang 80 %. b.Berada di dalam bilik kuliah/bengkel/tutorial mengikut jadual yang ditetapkan. c.Mendapatkan kebenaran pensyarah untuk meninggalkan kuliah/bengkel/tutorial. d.Mendapat kebenaran bertulis daripada TP(A) untuk tidak hadir. e.Memberi alasan bertulis yang munasabah kepada TP(A) untuk mendapat pengesahan/kelulusan di atas ketidakhadiran sekiranya perkara 3.4 tidak diperolehi terlebih dahulu. 10.2.5MENJAGA KEBERSIHAN DAN KEMUDAHAN a.Setiap pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan premis/kampus Kolej Komuniti. b.Mendapatkan kebenaran pihak berkuasa kampus untuk menampal sebarang notis atau iklan.

82 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT c.Segala kemudahan yang disediakan oleh Kolej Komuniti hendaklah digunakan dengan penuh tanggungjawab, cermat dan selamat tanpa sebarang pembaziran kuasa elektrik, bekalan air dan bahan-bahan lain yang digunakan. d.Pelajar dipertanggungjawabkan untuk menentukan serta memastikan semua suis lampu/kipas/penyaman udara/komputer/mesin dimatikan sebelum meninggalkan kelas/bengkel/makmal/dewan kuliah. 10.2.6MENJAGA HARTA BENDA a.Perbuatan merosakkan harta benda Kolej Komuniti seperti perabot, peralatan dalam bilik/makmal/ bengkel, kenderaan rasmi Kolej Komuniti atau menconteng dinding/notis rasmi/pekeliling rasmi atau merosakkan tanaman di dalam premis/kampus adalah menjadi satu kesalahan tatatertib. b.Pelajar hendaklah menjaga atau memelihara segala kemudahan dan peralatan yang terdapat di Kolej Komuniti supaya kepentingan pelajar lain terpelihara. 10.2.7PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/BADAN/PERTUBUHAN/KUMPULAN DAN PARTI POLITIK a.Pelajar TIDAK dibenarkan menjadi ahli mana-mana parti politik, kesatuan sekerja atau mana-mana pertubuhan kecuali terlebih dahulu mendapat kebenaran secara bertulis daripada menteri atau wakil kuasanya. b.Pelajar TIDAK dibenar menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan yang diharamkan. c.Semua aktiviti yang hendak dijalankan di dalam dan di luar premis/kampus hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Pengarah Kolej Komuniti. d.Penerbitan dan pengedaran sebarang dokumen atau risalah di dalam atau di luar premis/kampus hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Pengarah Kolej Komuniti.

83 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 10.2.8MEMILIKI BAHAN-BAHAN TERLARANG a.Pelajar TIDAK dibenarkan memiliki atau ada di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa bahan lucah, dadah, racun atau minuman keras. b.Pelajar TIDAK dibenarkan melihat atau mendengar secara sengaja apa-apa bahan lucah di dalam atau di luar premis/kampus. c.Pelajar TIDAK dibenarkan mengedar, membahagi-bahagikan atau mempamerkan apa-apa bahan lucah untuk tujuan mendapat/tanpa bayaran atau apa-apa balasan lain. d.Pelajar TIDAK dibenarkan memiliki atau ada di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa perkakas, alat, radas atau barang yang pada pendapat pihak berkuasa tatatertib adalah bertujuan untuk digunakan bagi memakan atau meminum atau menghisap atau menyedut atau memasukkan ke dalam badannya dengan cara suntikan atau dengan apa-apa jua cara lain apa-apa dadah atau racun. e.Pelajar TIDAK dibenarkan meminum minuman yang memabukkan atau didapati dalam keadaan mabuk di dalam atau di luar premis/kampus. f.Pelajar TIDAK dibenarkan mengurus, menganjur, menjalankan atau menyertai apa-apa aktiviti perjudian, pertaruhan atau loteri sama ada di dalam atau di luar premis/kampus. 10.2.9GANGGUAN KETENTERAMAN a.Pelajar TIDAK dibenarkan membuat bising atau menyebabkan bunyi bising atau bercakap secara kurang sopan sama ada di bilik kuliah/dewan kuliah/bengkel /makmal/perpustakaan/pejabat pentadbiran atau berhampiran dengannya. b.Pelajar TIDAK dibenar menimbulkan suasana kacau-bilau, huru-hara atau menghasut pelajar lain menentang pihak berkuasa Kolej Komuniti. c.Pelajar boleh menyuarakan segala rasa tidak puas hati melalui saluran tertentu seperti Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)/membuat aduan bertulis/‘QR Code’.

84 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 10.2.10PENCERAMAH LUAR a.Pelajar mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Kolej Komuniti sebelum menjemput pihak luar untuk memberi ceramah/perbincangan kepada pelajar di dalam atau di luar Kolej Komuniti. Kebenaran ini tertakluk kepada had dan syarat yang ditetapkan. 10.2.11KESALAHAN KESALAHAN –YANG BOLEH MENGAKIBATKANPENGGANTUNGAN ATAU PEMBERHENTIAN PENGAJIAN a.Mencemar nama baik Kolej Komuniti, kakitangan atau pelajarnya sama ada di dalam atau di luar premis/kampus Kolej Komuniti dengan kelakuan, kata-kata atau tulisan menerusi apa jua bentuk media cetak mahupun elektronik. b.Mengganggu atau menghalang aktiviti pembelajaran dan pengajaran di Kolej Komuniti. c.Merosak, mencacat (vandalisme) harta benda milik Kolej Komuniti, kerajaan, awam atau orang perseorangan. d.Menggangu atau menghalang kakitangan atau pelajar Kolej Komuniti daripada menjalankan tugasnya yang sah. e.Membuat, mengguna, mempamer, menampal dan memiliki panji-panji, poster, lambang dan lain-lain untuk tujuan menghasut pelajar lain melanggar tatatertib di dalam atau di luar premis/kampus. f.Menerbit atau mengedar dokumen-dokumen di dalam atau di luar premis/kampus dengan tujuan untuk menghasut atau memburuk-burukan nama baik Kolej Komuniti atau pihak lain. g.Menjalankan perniagaan/perkhidmatan, kedai atau gerai di dalam premis/kampus tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Kolej Komuniti. h.Membuat kenyataan dalam bentuk lisan atau bertulis kepada pihak luar mengenai Kolej Komuniti, kakitangan atau pelajarnya. i.Membuat bantahan secara lisan atau bertulis mengenai sebarang keputusan pihak Kolej Komuniti tanpa melalui saluran yang ditetapkan.

85 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT j.Menglibatkan diri dengan sebarang bentuk perjudian, pertaruhan atau loteri. k.Meminum, mengedar, menyimpan, menyorok atau membuat minuman keras/bahan kimia yang memabukkan/mengkhayalkan. l.Berkeadaan mabuk kerana minuman atau sesuatu bahan yang diambil untuk memabukkan/mengkhayalkan. m. Menonton, memiliki, mendengar, menampal, mengedar, menyorok atau terlibat dengan pertunjukan bahan-bahan lucah (porno). n.Memberi atau menyebarkan maklumat palsu. o.Mengengkari arahan sah pihak berkuasa tatatertib, pensyarah, pegawai atau kakitangan Kolej Komuniti yang diberi kuasa. p.Memalsukan tandatangan atau cop rasmi pihak berkuasa Kolej Komuniti atau pihak lain yang terlibat dengan Kolej Komuniti. q.Melakukan ugutan atau buli ragging terhadap mana-‘’mana kakitangan atau pelajar Kolej Komuniti atau pihak lain pada bila-bila masa sama ada di dalam atau di luar premis/kampus. r.Berkelakuan biadap dan angkuh terhadap mana-mana kakitangan atau pelajar Kolej Komuniti atau pihak lain dengan kelakuan, lisan atau tulisan. s.Bergaduh, terlibat atau bersubahat dengan pergaduhan sama ada di dalam atau di luar premis/kampus. t.Berkelakuan sumbang atau tidak sopan seperti bercumbu-cumbuan atau berkhalwat dan membuat sebarang perilaku atau isyarat lucah sama ada di dalam atau di luar premis/kampus. u.Melibatkan diri dengan kegiatan pelacuran atau aktiviti seks yang dilarang. v.Melakukan penyambungan elektrik atau talian telefon secara haram di mana-mana kawasan premis/kampus.

86 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT w. Melibatkan diri dengan kegiatan mencuri, merompak, menyamun, memeras ugut dan menculik. x.Memiliki, menyorok, menyimpan, mengedar, menjual dan mempamer senjata berbahaya seperti senjata api, senjata tajam, buku lima, kerambit dan lain-lain. y.Dituduh oleh mahkamah terbabit atau disyaki melakukan kesalahan jenayah sivil atau jenayah syariah. z.Terlibat dengan najis dadah seperti mengambil, mengedar, menyorok, menyimpan atau menjual. aa. Terlibat dengan pemboikotan/pemulauan aktiviti sah Kolej Komuniti. bb. Terlibat dengan demonstrasi yang tidak dibenarkan di dalam atau di luar premis/kampus Kolej Komuniti. cc. Menimbul/menghasut isu perkauman, integrasi nasional untuk tujuan mewujudkan suasana tegang, perpecahan atau permusuhan. dd. Memungut atau cuba memungut wang dengan cara persendirian, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar. ee. Menganggotai atau memberi sokongan kepada kumpulan, badan atau pertubuhan yang diharamkan oleh Kolej Komuniti atau kerajaan. 10.2.12LARANGAN MEROKOK a.Pelajar DILARANG merokok di mana-mana kawasan premis/kampus Kolej Komuniti. 10.2.13KENDERAAN PELAJAR DAN PERATURAN LALU LINTAS a.Pelajar yang hendak menggunakan kenderaan bermotor persendirian di dalam kawasan kampus mestilah didaftarkan atau mendapat kelulusan bertulis dari pihak Kolej Komuniti. b.Semua kenderaan bermotor yang digunakan di dalam kawasan kampus mestilah mempamerkan pelekat kenderaan yang sah yang dikeluarkan oleh pihak Kolej Komuniti.

87 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT c.Pihak kolej tidak bertanggungjawab ke atas kenderaan bermotor (termasuk topi keledar) yang rosak atau hilang di dalam kawasan kampus. d.Semua kenderaan yang digunakan mestilah berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk digunakan. e.Pelajar yang menggunakan kenderaan bemotor di dalam kawasan kampus perlu mematuhi peraturan berikut; i.Mempunyai lesan memandu, cukai jalan dan insurans yang sah. ii.Mematuhi had laju yang telah ditetapkan oleh pihak Kolej Komuniti. iii. Menggunakan kenderaan bermotor yang tidak mengeluarkan bunyi bising yang kuat atau yang telah diubahsuai. iv. Memakai topi keledar semasa menunggang dan membonceng motosikal. v.Memakai tali pinggang keledar semasa memandu atau menumpang kenderaan. vi. Tidak dibenarkan membawa lebih daripada seorang pembonceng motosikal. vii. Meletakkan kenderaan bermotor di tempat yang telah diperuntukkan untuk pelajar. f.Pelajar lelaki TIDAKdibenarkan membawa pembonceng pelajar perempuan dan begitu juga sebaliknya. g.TIDAK dibenarkan menunggang atau memandu kenderaan di atas koridor/beranda/kaki lima/ halaman berkepung atau dalam bangunan. h.Pelajar hendaklah mematuhi semua arahan dan tanda lalulintas yang terdapat di dalam kawasan kampus. i.Pelajar hendaklah mematuhi semua peraturan dan undang-undang bertulis keselamatan jalan raya seperti yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis.

88 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 10.3 HAL-HAL LAIN 10.3.1 Pelajar TIDAK digalakkan terlibat dalam apa-apa pekerjaan, perniagaan, perdagangan atau aktiviti lain, sama ada sepenuh atau separuh masa, yang pada pendapat Pengarah Kolej Komuniti boleh menjejaskan pengajiannya. 10.3.2 Pelajar Kolej Komuniti dikehendaki sentiasa menjaga nama baik dan imej Kolej Komuniti sama ada di dalam atau di luar premis/kampus. 10.3.3 Pelajar digalakkan menggunakan ‘QR Code’ yang disediakan untuk memberikan apa-apa cadangan atau maklumbalas mengenai kolej. 10.3.4 Pelajar juga tertakluk kepada peraturan-peraturan khas peperiksaan, bengkel, makmal, perpustakaan dan lain-lain yang telah dan akan dikeluarkan oleh Kolej Komuniti dari semasa ke semasa. 10.3.5 Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menjaga barang berharga peribadi seperti motosikal, beg duit, telefon bimbit dan sebagainya. Pihak Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab di atas kerosakan atau kehilangan barang-barang tersebut. 10.3.6 Adalah menjadi tanggungjawab pelajar yang tinggal di rumah sewa berkelakuan baik, berhemah tinggi dan sentiasa memelihara suasana harmoni dan ketenteraman awam. 10.3.7 Pelajar yang tinggal di rumah sewa juga tertakluk kepada peraturan dan undang-undang pihak berkuasa tempatan/awam. 10.3.8 Pengarah Kolej Komuniti atau wakil kuasanya boleh dari semasa ke semasa membatal atau menambah mana-mana bahagian atau keseluruhan peraturan ini. 10.4 PELANGGARAN PERATURAN 10.4.1 Mana-mana pelajar yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan ini boleh dikenakan tindakan berikut: 10.4.1.1 Tindakan secara pentadbiran sebagaimana yang ditentukan oleh Kolej Komuniti.

89 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 10.4.1.2 Hukuman Tatatertib ”Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan mana-mana satu daripada hukuman-hukuman yang berikut atau mana-mana dua atau lebih hukuman-hukuman itu disatukan sekali. a.Amaran, b.Denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit (RM 500.00), c.Penggantungan daripada menggunakan apa-apa atau kesemua kemudahan-kemudahan institusi selama tempoh yang ditentukan, d.Penggantungan daripada mengikuti kursus pengajian di institusi selama tempoh yang ditentukan, e.Penghalangan daripada menduduki sebahagian atau keseluruhan peperiksaan di institusi, f.Penyingkiran daripada mana-mana bahagian institusi selama tempoh yang ditentukan, g.Pembuangan daripada institusi, oleh pihak berkuasa tatatertib”.[Kaedah 48, Akta 174] 10.4.1.3 Hukuman Tatatertib Terus “Pihak berkuasa tatatertib boleh, pada budi bicaranya, sebagai ganti mengambil tindakan tatatertib di bawah Bahagian V (Acara Tatatertib), mengenakan hukuman tatatertib terus, dengan amaran atau denda tidak melebihi lima puluh ringgit ke atas mana-mana pelajar yang melakukan kesalahan tatatertib di bawah perenggan 3(i), kaedah-kaedah 6, 21, 22, 23 dan 25 dengan kehadiran atau pendapat pihak berkuasa tatatertib.”[Kaedah 26A (1), Akta 174]

90 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT “Pihak berkuasa tatatertib boleh, menurut budibicaranya, sebagai ganti mengambil mengambil tindakan tatatertib di bawah Bahagian V, mengenakan hukuman tatatertib terus, iaitu amaran atau denda, tidak lebih daripada satu ratus ringgit ke atas mana-mana pelajar yang melakukan suatu kesalahan tatatertib di bawah Bahagian ini di hadapan atau dalam penglibatan pihak berkuasa tatatertib.” [Kaedah 47 (1), Akta 174

91 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT KEMUDAHAN DAN FASILITI INSTITUSI

92 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT KEMUDAHAN INSTITUSI11.1Bagi memastikan warga Kolej mempunyai sesi PdP yang baik, kemudahan yang disediakan kepada mereka tidak kurang pentingnya. Bagi mencapai maksud demikian pelbagai kemudahan yang telah disediakan seperti berikut mengikut sektor: 11.1.2 Kemudahan Akademik i. Perpustakaan ii. Bengkel Kimpalan iii. Bengkel Bata iv. Bengkel Bahan Binaan v. Bengkel Mesin Kayu vi. Bengkel Paip vii. Bengkel Elektrik viii. Bengkel Air Cond ix. Bengkel Pemasangan Elektrik x. Bengkel Pemesinan Am xi. Bengkel Pneumatik & Hidraulik xii. Bengkel CAD Cam xiii. Makmal CNC xiv. Mahkmal Bahasa xv. Makmal Sains dan Matematik xvi. Makmal Digital Animasi xvii. Studio Pra Produksi xviii. Bilik Video xix. Bilik Audio xx. Studio Produksi Animasi xxi. Studio Visual Digital xxii. Studio Rekabentuk Props xxiii. Studio Pasca Produksi xxiv. Makmal Teknologi Elektrik xxv. Makmal Pemasangan Elektrik xxvi. Makmal Elektrik dan Elektronik xxvii. Makmal Aplikasi Komputer xxviii. Makmal Teknologi Keselamatan xxix. Makmal Baik Pulih Komputer xxx. Makmal Rangkaian Komputer xxxi. Dewan Kuliah

93 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 11.1.3 Kemudahan Aktiviti Pelajar i. Bilik Mesyuarat ii. Bilik Perbincangan iii. Bilik Masakan iv. Bilik Jahitan v. Bilik Kuliah vi. Bilik Jawatankuasa Perwakilan Pelajar vii. Koperasi viii. Surau 11.1.4 Kemudahan Sukan i. Gelanggang Futsal ii. Padang Petanque iii. Gimnasium iv. Basikal 11.1.5 Penginapan Pelajar i. Rumah Sewa

94 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 11.2 Gambar Kemudahan & Fasiliti PENGANGKUTAN DEWAN KULIAH PERPUSTAKAAN SURAU GIMNASIUM GELANGGANG FUTSAL

95 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT Gambar Kemudahan & Fasiliti BILIK KULIAHMAKMAL KOMPUTER STUDIO ANIMASI MAKMAL CISCO MAKMAL PEMASANGAN ELEKTRIK MAKMAL CNC

96 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT SENARAI DAN DIREKTORI KAKITANGAN

97 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT SENARAI DAN DIREKTORI PEGAWAIPENGURUSAN TERTINGGI BIL. NAMA GRED JAWATAN NO. TELEFON 1 ZAHID BIN DAIM DH 52 PENGARAH 07-9431633 2 NAZILA BINTI MASDOR DH 48 TIMBALAN PENGARAH (AKADEMIK) 07-9431633 3 Ts. MOHD AZAHARUDDIN BIN MOHD NADZRI DH 48 TIMBALAN PENGARAH (PENGURUSAN) 07-9431633 PEGAWAI SOKONGAN BIL. NAMA GRED JAWATAN NO. TELEFON 4SALLEH BIN MOHD YUSOFS41PEG. PENERANGAN07-9437105 5MOHAMAD HANIF BIN MD GHAZALLIS41PEG. SUKAN07-9437067 6TION SOOK LENGS41 PEG. PSIKOLOGI07-9437102 7NORASHIKIN BINTI AZMANN29PEN. PEG. TADBIR 07-9437046 8SITI SAIDATUL AKHMAL BINTI MOHDS29PEN. PUSTAKAWAN07-9437080 9NURSYABIHAN BINTI KAMISF29PEN. PEG. IT07-9431633 10MOHD NORHISYAM BIN MOHD RAHIMIF29PEN. JT KOMPUTER07-9431633 11ZAINAL ABIDIN BIN SAIDJA29PEN. JT MEKANIKAL07-9431633 12JUMARI BIN HAJI PARJOJA29PEN. JT ELEKTRIK07-9431633 13HIDAYAH BINTI ELIASN22PEG.KHIDMAT PELANGGAN07-9431633 14ROZAINI BINTI ABD RAZAKN19PEM. TADBIR07-9431633 15NORWANI BINTI MAT YUSOFF W22 PEM. AKAUNTAN 07-9437034 16NOOR AZIANIEZA BINTI SAKLANIW22PT. KEWANGAN07-9437034 17NORAINI BINTI RAZALIS22PEM. PUSTAKAWAN07-9437080 18SITI HAWA BINTI MUSTAPAN19PEM. TADBIR07-9431633 19HARYANTI BINTI MOHD HAIRUDDINN19PEM. TADBIR07-9431633 20NOR FAEZAH BINTI MOHAMMEDN11PEMBANTU OPERASI07-9431633 21HISSHAMUDDIN BIN IBRAHIMN11PEMBANTU OPERASI07-9431633 22ROSLAN BIN M. OMMARN11PEMBANTU OPERASI07-9431633 23MOHD ALI BIN ARISH11PEMANDU KENDERAAN07-9431633 24 ABD. JALIL BIN DAUDH11PEMANDU KENDERAAN07-9431633

98 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI BIL. NAMA GRED JAWATAN NO. TELEFON PEGAWAI 25HALIM BIN PAIMUN44PEG. PEMBANGUNAN PELAJAR 07-9437111 26SYED ARIES AMEER BIN SYED ABDUL KADIR 44 PEG. PERHUBUNGAN INDUSTRI DAN ALUMNI 07-9437105 27 NOR RASIDA BINTI ABD RAHMAN42PEG. PEPERIKSAAN07-9437117 28RASHIDAH BINTI ABDUL RAHMAN42PEG. PENGAMBILAN PELAJAR 07-9437067 DST 29 FIRDAUS BIN BACHOK @ EMBOK WALANG44PPPT07-9437063 PENGAJIAN AM 30MOHD SANI BIN AZIZAN 52 PPPT 07-9437052 31NORA BINTI MOHD48PPPT07-9437052 32 NORMALINI BINTI MOHD. YASIN48PPPT07-9437052 33SITI NAZURA BINTI SENAN 48 PPPT 07-9437052 34 RUSNANI BINTI YAHYA44PPPT07-9437052 35 YOKANA A/P VELIAPANDIAN41PPPT07-9437052 SIJIL ANIMASI 2D 36NORSHARIZAN BINTI ABD WAHAB 48 PPPT 07-9437063 37HAIRUL FAHMI BIN MD. MUSLIM 48 PPPT 07-9437063 38 IBRAHIM BIN MOHD ARIF44PPPT07-9437063 39 SAHIRDA BINTI ITHNAIN44PPPT07-9437063 40 NIK FATIN NADIRAH BINTI NIK MOHAMAD SABERI41PPPT07-9437063 41 MUHAMMAD SYAFIQ BIN SAIFUL BAHRI 41 PPPT07-9437063 SIJIL SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN 42 LILINA BINTI MOHD48PPPT07-9437063 43 MOHD ZUHAIDIR BIN ZAINI48PPPT07-9437063 44FARA ELLINA BINTI KHAIDZIR 44 PPPT 07-9437036 45ANITA A/P SUPRAMANIAM 44 PPPT 07-9437063 46MUHAMMAD AZAM BIN JAMALUDIN 44 PPPT 07-9437063 47NORDZIAKON BIN HUSNAN41PPPT07-9437063 48 MOHD AZAR BIN MOHAMAD34PPPT07-9437063

99 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI BIL. NAMA GRED JAWATAN NO. TELEFON SIJIL TEKNOLOGI PEMBUATAN 49 MOHD HISHAM BIN SIDI AHMAD 44 PPPT 07-9437052 50 Ts MUHAMMAD ZUHAIRY BIN ZULKIFLI 44 PPPT 07-9437052 51 MOHD SHAH BIN MOHAMAD RAWI 44 PPPT 07-9437052 52 Ts ZULFADLI BIN GHANI 42 PPPT 07-9437052 53KHALID BIN TAMAT 34 PPPT 07-9437052 54 MASRIZAL BIN MAHMOOD 34 PPPT 07-9437052 55 NOOR HAZNIZA BINTI SUKRI 34 PPPT 07-9437052 SIJIL PENYELENGGARAAN BANGUNAN 56 AYUBKHAN BIN ABDUL KADIR 48 PPPT 07-9437052 57 IBARIHIM BIN HAMZAH 44 PPPT 07-9437052 58 NORHAMIZAH BINTI RUSLI 42 PPPT 07-9437052 59 KHAIRUDIN BIN TAIB 40 PPPT 07-9437052 60 MOHD NOR ADZMIE BIN ISMAIL 34 PPPT 07-9437117 61 SUHAIMI BIN MOHD KHALID 34 PPPT 07-9437052 62 MOHD RAZIF BIN SULAIMAN 34 PPPT 07-9437063 63 MOHD EZZEDDIN BIN NORDIN 32 PPPT 07-9437052 SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK 64 MASRIA BINTI AHMAD SAYUTI 48 PPPT 07-9437063 65 KHAIRUL ANUAR BIN SELAMAT 44 PPPT 07-9437063 66ABDUL FATAH BIN MAT SAID 44 PPPT 07-9437063 67 NORMAH BINTI AUYOB 44 PPPT 07-9437063 68NURAZRINA BINTI MOHAMMAD FAUDZI 44 PPPT 07-9437036 69 SITI NORZEKHAN BINTI CHE AZIZ 41 PPPT 07-9437117 70 MUHIDA BINTI MAHMOOD 34 PPPT 07-9437063 71 NOR MOHD. ZAHIR BIN SADI 34 PPPT 07-9437063 UNIT PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT 72 NORELES BINTI ALI 48 PPPT 07-9437198 73 SALASIAH BINTI AMIN 42 PPPT 07-9437198

100 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI, No. 24-34, Jalan Putra 1/1, Bandar IOI, 85000, Segamat, Johor Tel : 07-9431633/ Fax : 07-9436075HP: 018-7602024 kksegamat.mypolycc.edu.my


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook