Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Full Ebook

Full Ebook

Published by mehsann77, 2017-12-21 05:38:22

Description: Full Ebook

Search

Read the Text Version

MANUSIA ATAU MESINlengkap kerana ayat yang tidak lengkap. Teremahan oelh Citcat pula mengalami kesilapantatabahasa kerana kata ganda tidak boleh digunakan selepas kata bilangan banyak. Namun darisegi penyampaian makna, terjemahan oleh Citcat ada pada tahap yang sama dengan terjemahanmanusia. Teks terjemahan manusia pula membuktikan bahawa tanda koma tidak semestinyadiperlukan untuk menghasilkan ayat terjemahan.TT: Bandar saya iaitu bandar Eugene adalah seperti bandar-bandar kecil yang lain mempunyaicerita seramnya yang tersendiri. Saya masih tinggal di sini.Namun begitu, unsur suspens tidak dapat dikekalkan. Oleh itu, kita dapat lihat bahawa kelancaranayat tidak semestinya dapat mengekalkan kesan teks sumber terhadap pembaca sasaran keranaterdapat perbezaan antara hukum tatabahasa yang berlainan.MaknaSesebuah terjemahan perlu menyampaikan mesej daripada teks sumbernya sama ada dengantujuan yang sama atau tidak. Namun, sesetengah terjemahan mesin tidak dapat menyampaikanmakna dengan tepat malah akan menimbulkan kejanggalan apabila ayat teks sumber menggunakanfrasa atau perkataan yang membawa makna tersirat. Hal ini kerana terjemahan mesin bersifatterlalu literal. Contohnya:ST: In nineteen eight-six, a young man, Shawn Ingamells, only seventeen, was found murderedjust out of town, by the the side of the road. He was placed there two days after his death, Policefound. 51

MANUSIA ATAU MESINDalam contoh ini, gaya Bahasa menjadi faktor utama terjemahan tidak dapat memberkan maknayang tepat. Perhatikan contoh terjemahan mesin yang berikutTT oleh Google Translate:Dalam sembilan belas lapan enam, seorang lelaki muda, Shawn Ingamells, hanya tujuh belas,didapati dibunuh di luar bandar, di tepi jalan. Dia diletakkan di sana dua hari selepas kematiannya,Polis dijumpai.TT oleh Bing Translator:Dalam sembilan belas lapan-enam, seorang lelaki muda, Shawn Ingamells, hanya tujuh belas, telahditemui mati dibunuh hanya keluar dari bandar, oleh itu di tepi jalan.Beliau telah ditempatkan disitu dua hari selepas kematiannya, polis mendapati.TT oleh CitCat:Dalam sembilan belas lapan enam, seorang pemuda, Shawn Ingamells, hanya tujuh belas, ditemuimati dibunuh hanya daripada bandar, oleh sebelah jalan. Dia telah diletakkan sana dua hari selepaskematiannya, Polis mendapati.Frasa ‘sembilan belas lapan enam’ dalam ketiga-tiga terjemahan mesin merujuk kepada tahun1986 tetapi telah diejakan dalam huruf. Gaya seperti ini adalah tidak sesuai bagi pembaca tempatankerana tanpa perkataan ‘tahun’ sebelum frasa tersebut, frasa tersebut tidak memberikan maksudyang jelas bahawa frasa tersebut merujuk kepada tahun dan bukan nombor alamat. 52

MANUSIA ATAU MESINTT: Pada tahun 1986, seorang lelaki muda, Shawn Ingamells yang berumur 17 tahun telah matidibunuh di luar bandar itu. Menurut kata polis, mayatnya diletakkan di tepi jalan dua hari selepasdia dibunuh.Terjemahan manusia pula tidak mengalami masalah yang sama dan telah menambahkan perkataan‘tahun’ untuk mengurangkan kekeliruan. ‘He’ dalam teks sumber merujuk kepada mayat mangsayang bernama Shawn Ingamells tetapi telah diterjemahkan kepada ‘dia’ sahaja manakala BingTranslator pula menggunakan padanan ‘beliau’. Dalam konteks ini, mayat merupakan padananyang lebih sesuai kerana bersifat lebih spesifik dan juga selari denan genre teks sumber yangseram. ‘Police found’ dalam teks sumber juga mengalami ketepatan makna selepas diterjemahkan.Hal ini kerana ‘police found’ ingin memberikan implikasi bahawa mayat lelaki dijumpai keranapihak polis berkata sedemikian. Google Translate mengalami kesilapan makna yang paling jelaskerana ‘police found’ dan ‘polis dijumpai’ adalah dua perkara yang sangat berbeza. Dalamkonteks ini, terjemahan yang dilakukan oleh penerjemah dapat mengubah struktur ayat danmenghasilkan terjemahan yang tidak dipengaruhi kesilapan tersebut. 53


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook