Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore PEMBENTANGAN_KUMPULAN_SJH_1044

PEMBENTANGAN_KUMPULAN_SJH_1044

Published by sapihi, 2020-06-23 21:51:00

Description: PEMBENTANGAN_KUMPULAN_SJH_1044

Search

Read the Text Version

PEMBINAAN NEGARA BANGSA SJH 1044 NAMA PENSYARAH : DR SAPIHI DULAMIT OLEH : WAN NUR HAIFA’UL INSYIRAH BINTI WAN ISMAIL (010209110470) SITI NUR AINUR NASIHA BINTI SUHAIMI (010313110024) SITI NURLIYANA BINTI AB HALIM (010322030472)

FEDERALISME PERUNTUKAN DALAM • Pembahagian kuasa PERLEMBAGAAN Persekutuan dan kuasa Negeri • Kedudukan Yang di-Pertuan Agong • Kuasa bersama • Kuasa perundangan UNSUR-UNSUR TRADISI • Kebebasan asasi DALAM PERLEMBAGAAAN • Kebebasan beragama • Kewarganegaraan • Bahasa Melayu sebagai bahasa • Perlindungan khas- Sabah kebangsaan dan Sarawak • Kedudukan Raja-raja Melayu • Kedudukan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera • Kedudukan agama Islam

Perlembagaan Malaysia juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Malaysia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang dibentuk berasaskan kepada dua dokumen sebelumnya iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957. Perlembagaan Malaysia telah digubal berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuat kuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Apakah itu FEDERALISME Federalisme adalah merujuk kepada satu sistem pemerintahan di mana kedaulatan negara itu dan kuasa memerintah dikongsi bersama mengikut Perlembagaan antara sebuah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri atau wilayah wilayah tertentu.

Mengikut K.C.Wheare Ciri utama negara persekutuan (1953), sistem federalisme ialah pembahagian kuasa antara merupakan satu kaedah kerajaan persekutuan dan untuk membahagikan kerajaan negeri seperti yang kuasa antara 2 peringkat ditetapkan oleh perlembagaan kerajaan.

Pembahagian kuasa perundangan Kerajaan negeri berkuasa membuat undang-undang melalui Dewan Undangan Negeri Kerajaan Persekutuan berkuasa membuat undang-undang melalui Parlimen

Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan 1) Hal ehwal agama Islam berdasarkan Senarai Persekutuan 2) Tanah 3) Pertanian dan Perhutanan 1) Hal-ehwal luar negara: Kementerian Luar Negeri dan Wisma Putra. 4) Kerajaan Tempatan 2) Pertahanan negara: Kementerian Pertahanan 5) Jentera pentadbiran kerajaan negeri 3) Keselamatan dalam negeri: Jabatan Polis, Imigresen. 6) Kerja-kerja negeri dan kerja air. 4) Undang-undang dan kehakiman/keadilan: Mahkamah Awam Sivil dan 7) Hari kelepasan negeri Jenayah. 8) Penyu dan menangkap ikan di sungai. 5) Kewarganegaraan persekutuan: Jabatan Pendaftaran Negara. 9) Siasatan bagi maksud negeri 6) Jentera Kerajaan: Kementerian, jabatan dan agensi awam 10) Persekutuan, muzium serta rekod purbakala 7) Kewangan: Kementerian Kewangan, Bank Negara, Perbendaharaan dan sejarah. Negara. 8) Perdagangan dan perusahaan: MITI, MATRADE Pembahagian Kuasa 9) Perkapalan dan pelayaran; Perikanan: Kementerian Pengangkutan. Perundangan berasaskan 10) Perhubungan dan Pengangkutan: Kementerian Pengangkutan. 11) Kerja-kerja persekutuan: Kerja Raya dan Pembekalan utility. Senarai Negeri 12) Kerja penyelidikan/siasatan: Bancian , penyelidikan sains dan teknik 13) Pelajaran: Pelajaran Persekutuan. 14) Ubat dan kesihatan: Kementerian Kesihatan. 15) Buruh dan Keselamatan social: Kementerian Tenaga Manusia dan Jabatan Buruh. 16)Hari Pelepasan Persekutuan: Jabatan Perdana Menteri 17) Akhbar dan penapisan: Kementerian Keselamatan 18) Syarikat Kerjasama: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi 19) Pelancongan: Kementerian Pelancongan 20)Kebajikan orang asli: Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.

Pembahagian Kuasa perundangan berasaskan Senarai Bersama Kebajikan Biasiswa Pemulihan Pemulihan Kutu rayau dan Masyarakat Ternakan tanah tanah penjaja-penjaja perlombongan perlombongan beredar Perparitan dan Kesihatan awam, pengairan kebersihan dan Perlindungan Perancangan Kebudayaan mencegah binatang dan bandar dan dan sukan penyakit. burung liar kampung Perumahan

PERUNTUKAN DALAM PERLEMBAGAAN Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang terhasil sejak kemerdekaan masih mengekalkan peruntukan-peruntukan penting dalam perlembagaan bagi merealisasikan cita-cita mewujudkan sebuah negara yang demokrasi dan adil untuk semua pihak

1. Kedudukan Yang di-Pertuan Agong •Yang di-Pertuan Agong adalah sebagai Ketua Utama Negara Persekutuan •Malaysia mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan. •Yang di-Pertuan Agong memiliki kuasa yang luas tetapi masih tertakluk di bawah perlembagaan. • Perlembagaan telah menyatakan dengan jelas bahawa Kuasa Eksekutif secara teorinya berada di bawah kuasa utama kerajaan dan dilaksanakan dengan nasihat Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri.

Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa kuasa kepada Yang di- Pertuan Agong Memelihara kedudukan Menjaga kepentingan istimewa orang Melayu kaum lain dan bumiputera negeri- negeri Sabah dan Sarawak Berperanan sebagai Pemerintah Tertinggi Ketua Agama Islam Angkatan Tentera bagi negeri baginda Negara sendiri

Peranan penting Yang di-Pertuan Agong dalam kerajaan: Meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi tujuan membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran raja-raja

Terdapat 9 perkara berkenaan kebebasan asasi yang diperuntukkan dalam Persekutuan Malaysia Kebebasan Keabdian Perlindungan diri dan kerja daripada undang- undang jenayah (Perkara 5) paksa dilarang kuat kuasa ke (Perkara 6) belakang dan perbicaraan Hak 9 terhadap Perkara berulang. (Perkara 7) harta Kesamarataan (Perkara 8) Hak Kebebasan Larangan berkenaan bercakap, buang negeri berhimpun dengan dan pendidikan dan kebebasan berpersatuan bergerak Kebebasan beragama

Kebebasan 1. Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali diri mengikut undang-undang. (Perkara 5) 2. Jika pengaduan dibuat kepada Mahkamah Tinggi atau mana-mana hakim Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa seseorang sedang ditahan dengan menyalahi undang- undang, maka mahkamah itu hendaklah menyiasat pengaduan itu dan, melainkan jika mahkamah itu berpuas hati bahawa tahanan itu adalah sah, hendaklah memerintahkan supaya orang itu dibawa ke hadapan mahkamah itu dan melepaskannya. 3. Jika seseorang ditangkap maka dia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh alasan-alasan dia ditangkap dan dia hendaklah dibenarkan berunding dengan dan dibela oleh seorang pengamal undang-undang pilihanraya. 4. Jika seseorang ditangkap dan tidak dilepaskan, maka orang itu hendaklah tanpa kelengahan yang tidak munasabah, dan walau bagaimanapun dalam tempoh dua puluh empat jam (tidak termasuk masa apa-apa perjalanan yang perlu) dibawa ke hadapan majistret dan orang itu tidak boleh ditahan dalam jagaan selanjutnya tanpa kebenaran majistret itu:

b) Keabdian dan kerja paksa dilarang (Perkara 6) ➢ Tiada warganegara yang boleh ditahan sebagai abdi. ➢ Segala jenis kerja paksa dilarang tetapi Parlimen boleh dengan kuasa undang-undang membuat peruntukan bagi tujuan perkhidmatan kerahan tenaga bagi maksud negara. c) Perlindungan daripada undang-undang jenayah kuat kuasa ke belakang dan perbicaraan berulang. (Perkara 7) ➢ Tiada warganegara yang boleh dihukum kerana mereka ketinggalan di mana sebelum itu kesalahan itu tidak menjadi kesalahan di sisi undang-undang pada masa perbuatan atau ketinggalan itu dilakukan. ➢ Seseorang warganegara yang telah dibebaskan daripada satu-satu kesalahan atau disabitkan dengan sesuatu kesalahan tidak boleh dibicarakan semula kerana kesalahan yang sama. Kecuali sekiranya perintah pembebasan tersebut dibatalkan oleh mahkamah yang lebih tinggi daripada ia dibebaskan. f) Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan (Perkara 10) ➢ Setiap warganegara bebas bercakap dan mengeluarkan fikirannya, berhak untuk berhimpun dengan aman serta menubuhkan persatuan.

Perkara 11. Kebebasan beragama. (1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya. (2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri. (3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak-- (a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri; (b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan (c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang. (4) Undang-undang Negeri, dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam. (5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.

Perkara 161E. Perlindungan kedudukan dari segi perlembagaan mengenai Negeri Sabah dan Sarawak (1) Mulai dari lulusnya Akta Malaysia, tiada pindaan kepada Perlembagaan ini yang dibuat berkaitan dengan penerimaan masuk Negeri Sabah atau Sarawak ke dalam Persekutuan boleh dikecualikan daripada Fasal (3) Perkara 159 disebabkan Fasal (4) (bb) Perkara itu; dan juga tiada apa-apa ubah suaian yang dibuat tentang pemakaian Perlembagaan ini bagi Negeri Sabah atau Sarawak boleh dikecualikan sedemikian melainkan jika ubah suaian itu ialah ubah suaian yang akan menyamakan atau mengasimilasikan kedudukan Negeri itu di bawah Perlembagaan ini dengan kedudukan Negeri-Negeri Tanah Melayu. (2) Tiada pindaan boleh dibuat kepada Perlembagaan ini tanpa persetujuan Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri Sabah atau Sarawak atau tiap-tiap satu daripada Negeri Sabah dan Sarawak yang berkenaan itu, jika pindaan itu ialah yang akan menyentuh perjalanan kuat kuasa Perlembagaan ini berkenaan dengan mana-mana perkara berikut: (a) hak orang-orang yang lahir sebelum Hari Malaysia untuk menjadi warganegara oleh sebab perhubungan mereka dengan negeri itu, dan (kecuali setakat yang peruntukan yang berlainan dibuat oleh Perlembagaan ini sebagaimana yang berkuat kuasa pada Hari Malaysia) layanan sama rata, berkenaan dengan kewarganegaraan orang lain, bagi orang yang lahir atau bermastautin di Negeri itu dan bagi orang yang lahir atau bermastatutin di Negeri-Negeri Tanah Melayu; (b) keanggotaan dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak dan perlantikan, pemecatan dan penggantungan hakim-hakim mahkamah itu; (c) perkara yang mengenainya Badan Perundangan Negeri boleh (atau Parlimen tidak boleh) membuat undang-undang, dan kuasa eksekutif Negeri itu dalam perkara itu, dan (setakat yang berhubungan dengan perkara itu) perkiraan kewangan antara Persekutuan dengan Negeri itu; (d) agama di dalam negeri itu, penggunaan apa-apa bahasa di dalam Negeri itu atau di dalam Parlimen dan layanan istemewa bagi anak-anak negeri Negeri itu; (e) peruntukan bagi Negeri itu, di dalam mana-mana Parlimen yang dipanggil bermesyuarat sebelum akhir bulan Ogos 1970, suatu kuota ahli-ahli Dewan Rakyat yang tidak kurang, mengikut perkadaran jumlah yang diuntukkan bagi Negeri-Negeri lain yang menjadi anggota Persekutuan pada Hari Malaysia, daripada kuota yang diuntukkan bagi Negeri itu pada Hari Malaysia. (3) Tiada pindaan kepada Perlembagaan ini yang menyentuh perjalanan kuat kuasanya berkenaan dengan kuota ahli Dewan Rakyat yang diuntukkan bagi Negeri Sabah atau Sarawak boleh dikira bagi maksud Fasal (1) sebagai menyamakan atau mengasimilasikan kedudukan Negeri itu dengan kedudukan Negeri-Negeri Tanah Melayu. (4) Berhubung dengan apa-apa hak dan kuasa yang diberikan oleh undang-undang persekutuan kepada Kerajaan Negeri Sabah atau Sarawak berkenaan dengan kemasukan ke dalam Negeri itu dan kemastautinan di dalam Negeri itu dan perkara yang berkaitan dengannya (sama ada atau tidak undang-undang itu diluluskan sebelum Hari Malaysia), Fasal (2) hendaklah terpakai, kecuali setakat yang diperuntukkan sebaliknya oleh undang-undang itu, seolah-olah undang-undang itu telah termaktub dalam Perlembagaan ini dan hak dan kuasa itu telah dimasukkan antara perkara yang disebut dalam perenggan (a) hingga (e) Fasal itu. (5) Dalam Perkara ini \"pindaan\" termasuklah tambahan dan pemansuhan.

UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAAN • Perlembagaan Malaysia merupakan adunan unsur-unsur yang terdapat dalam pemerintahan Melayu lama dan penjajah Inggeris • Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentingnya Perlembagaan mengambil kira faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum 1975

Terdapat 4 unsur tradisi dalam perlembagaan

Bahasa Kebangsaan Perkara 152 iaitu kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka Rasional perkara 152 : Bahasa kebangsaan Menjadi Bahasa sebagai alat perpaduan lingua franca tanpa menggugat bahasa ibunda lain

Dalam Perlembagaan Malaysia, orang Agama Persekutuan Melayu didefinisikan sebagai orang yang (agama Islam) beragama Islam dan mengamalkan cara hidup dan budaya Melayu serta bertutur dalam Bahasa Melayu Walau bagaimanapun, sesuai dengan negara demokrasi, agama lain bebas untuk diamalkan tetapi dilarang untuk menyebarkannya kepada penganut agama Islam

Kedudukan Istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak • Orang Melayu merasa terancam apabila British membawa masuk pekerja dalam sektor getah dan bijih timah dengan jumlah yang ramai sebagai tenaga kerja • Hak keistimewaan orang Melayu telah diperkenalkan dalam perlembagaan supaya pembelaan dan bantuan dapat diberikan kepada orang Melayu sebagai pribumi

Pemerintahan beraja • Menurut sistem beraja, raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri • Institut beraja dikekalkan di bawah konsep raja berperlembagaan (selaras dengan system demokrasi yang diamalkan di Malaysia)

Peranan unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan

Peruntukan pemerolehan kewarganegaraan disenaraikan dalam bahagian 3, perkara 14 hingga perkara 22 perlembagaan persekutuan Malaysia. Kewarganegaraan diperoleh melalui empat cara iaitu Secara kuat kuasa undang- 1 2 Secara pendaftaran undang – terdapat dua 3 atau permohonan golongan 4 Kewarganegaraan Kewarganegaraan secara percantuman secara kemasukan wilayah

1 Secara kuat kuasa undang-undang – terdapat dua golongan a) Individu yang dilahirkan sebelum Hari Malaysia dan menjadi warganegara Persekutuan yang akan menjadi warganegara secara automatik. b) Individu yang dilahirkan pada atau selepas Hari Malaysia dan menjadi warganegara atas peruntukan kelayakan yang telah ditetapkan.

2 Secara pendaftaran atau permohonan a) Individu tersebut telah menetap di Persekutuan Malaysia 10 daripada 12 tahun sebelum tarikh permohonan. b) Berniat menjadi permastautin tetap Persekutuan Malaysia c) Tingkah laku baik d) Berpengetahuan dalam bahasa Melayu

3 Kewarganegaraan secara kemasukan a) Isteri dan anak warganegara b) Seseorang yang berumur kurang daripada 21 tahun c) Seseorang yang berumur 18 tahun atau lebih dan lahir di Persekutuan sebelum hari merdeka d) Seseorang yang berumur 18 tahun dan bermastautin di Sabah dan Sarawak pada Hari Malaysia

4 Kewarganegaraan secara percantuman wilayah Ini merupakan cara termudah untuk menjadi warganegara persekutuan. Contohnya, penduduk Singapura, sabah dan sarawak mendapat taraf kewarganegaraan apabila ketiga - tiga wilayah ini menganggotai persekutuan malaysia pada 16 september 1963.

RUJUKAN Unknown. (2003). Perlembagaan Persekutuan. Diakses pada 2 April 2020 dari http://www.jpapencen.gov.my/CAT289562/Published/Perlem bagaan%20Persekutuan-Ma.Html Unknown. (2016). Perlembagaan Persekutuan. Diakses pada 2 April 2020 dari http://www.agc.gov.my/agcportal/uploads/files/Publications /FC/PERLEMBAGAAN%20PERSEKUTUAN%20ULANG%20CETA K%202016.pdf

SEKIAN, TERIMA KASIH