Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Buletin BHEP : Edisi 1

Buletin BHEP : Edisi 1

Published by jhepa, 2022-12-15 08:11:47

Description: Buletin BHEP : Edisi 1

Search

Read the Text Version

1

ISI KANDUNGAN 1 2 1 Tinta Ketua Editor 2 Sorotan Aktiviti BHEP bulan Jun 2022 5 3 Sorotan Aktiviti BHEP bulan Julai 2022 9 4 Sorotan Aktiviti BHEP bulan Ogos 2022 17 5 Hobi Pilihan 21 6 Personaliti BHEP 23 7 Hadis Pilihan 8 Tahukah Anda 24 2

Tinta Ketua Editor Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera, Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi, kerana limpah kurnianya serta dengan izin-Nya, buat julung-julung kalinya Buletin Bahagaian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dapat diterbitkan. Sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua ahli pasukan Sidang Editorial Buletin BHEP yang telah bertungkus lumus dalam mendapat bahan dan juga menyiapkan Buletin BHEP ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan buletin ini. InsyaAllah dengan penerbitan buletin BHEP secara berkala, banyak maklumat dan manfaat yang akan diperolehi oleh semua warga JHEPA/UPSI. Akhir kata, saya mewakili BHEP sekali lagi mengucapkan tahniah kepada penerbitan sulung Buletin BHEP ini dan semoga terus maju jaya. 1

Aktiviti riadah Qulbu@Stadium 1 Jun - Bersempena setiap Rabu yang telah dipilih oleh pengurusan UPSI sebagai Hari Qalbu, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) telah mengambil inisiatif melaksanakan aktiviti riadah ke Stadium UPSI. Aktiviti dimulai dengan senaman ringkas dipimpin oleh Puan Nazatul Shima dan Puan Haizan di Dataran Cemerlang, Pusat Pelajar. Acara diteruskan dengan berjogging ke Stadi- um UPSI. Tiba di stadium, staf lelaki bermain bola sepak dan staf perempuan mengikuyi senamrobik. Program kali ini telah disertai seramai 25 orang kakitangan pelbagai Seksyen di BHEP. 2

SESI SEMAKAN DAN SERAHAN DOKUMEN PERJANJIAN PTPTN JUN 15 Jun – Seksyen Kebajikan dan Perkhidmatan Pelajar (SKPP) telah mengadakan Sesi Semakan dan Serahan Dokumen Perjanjian PTPTN Kelompok Pertama bagi pelajar Diploma Semester 3 Sesi 2021/2022 (Semester Khas) bertempat di Pejabat SKPP, Pusat Pelajar, dengan melibatkan seramai 11 orang pelajar. Seramai 4 orang kakitangan SKPP telah ditugaskan untuk membuat semakan dokumen yang dihantar oleh pelajar manakala seorang pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) bertugas sebagai pegawai pengesahan dokumen. Sebanyak 11 dokumen perjanjian telah diluluskan oleh pihak SKPP. Pesta Konvokesyen UPSI Ke-23 3

Pesta Konvokesyen UPSI ke-23 yang berlangsung pada 18 Jun 2022 kali ini dirasmikan oleh YB Dato’ Nolee Ashilin binti Mohammed Radzi Pengerusi JK Perumahan, Pelancongan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak. Pesta Konvokesyen yang berlangsung selama beberapa hari ini turut disajikan dengan pelbagai aktiviti dan beberapa persembahan daripada artis jemputan seperti Usop, Bunkface dan ramai lagi. PESKON ini dilaksanakan sempena Istiada Konvokesyen ke-23 UPSI 4

UPSI sertai Jelajah Aspirasi Malaysia di Litar Dato’ Sagor 3 Julai- Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia telah berlangsung pada 1-3 Julai 2022 di Litar Dato’ Sagor, Pasir Salak, Perak. Program ini adalah lanjutan dari Pelancaran Sambutan Hari keluarga Malaysia Peringkat Negeri Perak oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ismail Sabri di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Pelbagai aktiviti pameran dan jualan telah diadakan. Bbahagian Hal Ehwal Pe- lajar (BHEP) diberi kepercayaan menyelaras penyertaan Pusat-Pusat Tanggungjawab (PTj) daripada UPSI. Perpustakaan Tuanku Bainun telah mengambil inisiatif membangunkan mini perpustakaan di Tadika Kemas Pasir Salak, Fakulti Teknik dan Voka- sional UPSI telah mengadakan jualan Pau Sedili dan demonstrasi masakan, manakala Fakulti Muzik dan Persembahan telah menghantar pelajar untuk persembahan tarian Kebudayaan. Majlis Penutupan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Perak dirasmikan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ismail Sabri. 5

Bengkel Campus Election Organisation 4 Julai- Seksyen Pembangunan Sahsiah (SPS),Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) telah menganjurkan Bengkel Pengukuhan Pasukan Campus Election Organisation (CEO) bertempat di Teratak Riverview Resort pada 1 hingga 3 Julai 2022. Penganjuran Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Ahli CEO tentang tugas-tugas yang perlu dilaksanakan bagi melancarkan proses Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Sidang 2022/2023 yang akan datang. 6

HARI KELUARGA UPSI 6 Julai – Universiti Pendidikan Sultan Idris telah menganjurkan Hari Keluarga UPSI@Santai Sama-Sama bagi meraikan seluruh KELUARGA UPSI di Stadium dan Arena, Kampus Sultan Azlan Shah. Majlis ini dirasmikan oleh Naib Canselor UPSI, Profesor Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff. Istimewanya Hari Keluarga UPSI kali ini berlangsung semasa musim buah-buahan tempatan, pelbagai juadah buah-buahan tempatan terutamanya buah durian dihidangkan bagi menjamu selera seluruh Warga UPSI.Pelbagai acara sukan turut diadakan semasa program berlangsung bagi mengukuh- kan lagi hubungan baik sesama sahabat UPSI serta demi menghargai jasa dan pengorbanan semua. Kakitangan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) telah dinobatkan Johan keseluruhan dalam acara Lari berganti-ganti dalam kain pelikat. Warga UPSI telah dihiburkan dengan persembahan nyanyian dari Band Kakitangan UPSI. Penyanyi era 80an, Nizam Laksamana turut membuat penampilan istimewa menyanyikan lagu-lagu popularnya diiringi oleh band di bawah kelolaan Pusat Kebudayaan UPSI. 7

Warga Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni jalani Program Team Building dan Retreat JHEPA 2022 19 Julai - Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni telah melaksanakan Program Team Building dan Retreat JHEPA 2022 pada 15 hingga 18 Julai di Kem Bumi Jati, Shah Alam. Program ini merupakan program wajib dihadiri semua kakitangan JHEPA. Matlamat program ini bertujuan untuk memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan kakitangan JHEPA di samping merapatkan lagi ukhwah kakitangan. Program yang menjadi acara tahunan JHEPA ini adalah cetusan idea Naib Canselor UPSI, Prof Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff. Program ini telah menjadi program wajib Universiti yang perlu dihadiri semua kakitangan mengikut ketetapan yang telah dibuat oleh pihak Bahagian Sumber Manusia UPSI. 8

PELANCARAN MENU KELUARGA MALAYSIA UPSI 3 Ogos– Bahagian Hal Ehwal Pelajar(BHEP) telah mengadakan Majlis Pelancaran Menu Keluarga Malaysia UPSI dan telah dirasmikan oleh Profesor Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff, Naib Canselor UPSI, bertempat di Atrium Bangunan Pusat Pelajar. Inisiatif ini adalah cetusan idea Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dalam mewujudkan dasar menu Keluarga Malaysia sekaligus dapat mengurangkan beban kewangan mahasiswa dan mahasiswi di seluruh Malaysia. Sebanyak 17 daripada 23 kafetaria di UPSI telah bersetuju untuk menyediakan menu #KeluargaMalaysia yang berharga hanya RM3.50 bagi memastikan mahasiswa dan mahasiswi dapat menikmati hidangan yang enak dan berkhasiat dengan harga berpatutan. 9

Majlis Perpisahan Nurun Naziah 8 Ogos - Bahagian Hal Ehwal Pelajar(BHEP) telah menganjurkan majlis perpisahan untuk Puan Nurun Naziah Abdullah ,Penolong Akauntan W29 yang telah bertukar ke Bahagian Sumber Manusia pada 16 Julai 2022. Majlis tersebut diadakan bagi memberi penghormatan kepada beliau yang telah bertugas di Unit Pentadbiran, Kewangan dan Tatatertib Pelajar, Seksyen Pentadbiran, Kewangan Sistem Maklumat dan Tatatertib Pelajar bermula dari 1 Februari 2015 sehingga 15 Julai 2022. Majlis berkenaan bermula pada pukul 10 pagi dengan bacaan doa oleh En. Mohd Alif Ikmal Mohd Anuar dan diiringi ucapan oleh Timbalan Pendaftar Kanan, Puan Maskana Ahmad dan diikuti oleh Puan Nurun Naziah Abdullah. Sepanjang majlis berkenaan, Puan Nurun Naziah Abdullah berkongsi pengalaman beliau sepanjang berkhidmat di BHEP. Video montaj ditayangkan sewaktu majlis berkenaan berlangsung, memaparkan gambar-gambar beliau bersama kakitangan sepanjang bertugas di BHEP. Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Alumni, Dr. Siti Hartini Azmi. Majlis tamat pada pukul 12 tengahari. 10

Program Orientasi Pelajar Diploma Ambilan Ogos 2022 10 Ogos- Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) telah menganjurkan Program Orientasi Pelajar Diploma Ambilan Ogos 2022 (POP) selama 2 hari bermula 8 hingga 9 Ogos bertempat di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan. Program POP ini adalah bertujuan untuk memberikan pengenalan ringkas mengenai UPSI yang boleh dijadikan panduan serta rujukan untuk pelajar baharu bagi menempuh fasa sebagai pelajar universiti. Majlis Ikrar Pelajar Baharu menjadi acara kemuncak bagi prophgram orienta- si dan telah diadakan pada 9 Ogos 2022. Majlis ikrar ini turut dihadiri oleh Naib Canselor, Pengurusan Universiti, Dekan-dekan Fakulti dan Timbalan-timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Alumni. 11

Bengkel Sukarelawan SUKIPT 2022 11 Ogos- Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) telah menganjurkan Bengkel Sukarelawan Sukan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SUKIPT) bertempat di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah pada 9 dan 10 Ogos. Bengkel ini telah dihadiri seramai 700 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar Universiti Awam Malaysia. Bengkel Sukarelawan SUKIPT dimulai dengan taklimat daripada Naib Canselor UPSI, Prof Dato’ Dr. Md Amin Md Taff, diikuti dengan taklimat daripada Seksyen Sukan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Jawatankuasa Teknikal SUKIPT. Pembentukan Jawatankuasa Pelaksana telah dilakukan sebaik sahaja selesai taklimat. Sepanjang bengkel ini peserta diberikan latihan dalam kumpulan mengikut portfolio jawatankuasa masing-masing. 12

Program Pembangunan Siswa Keluarga Malaysia (Sulung) 14 Ogos – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melancarkan inisiatif terbaharu bagi membantu pelajar daripada golongan Keluarga B40 ke menara gading menerusi Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG). Pihak UPSI melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) telah menghantar 11 orang pegawai untuk mengenal pasti calon yang layak bagi Program SULUNG UPSI dari 9 hingga 13 Ogos 2022. Negeri yang menjadi lokasi adalah Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Terengganu, Johor dan Perak. Program SULUNG ini memberi fokus dalam usaha membantu pelajar B40 untuk menjadi individu pertama dalam keluarga menjejak kaki ke menara gading. Menjadi harapan agar Program SULUNG ini akan memberikan motivasi kepada keluarga, dan juga kepada komuniti setempat untuk menjejakkan kaki ke menara gading. 13

Gotong-royong hias Atrium Pelajar, Pusat Pelajar 24 Ogos- Seramai 30 kakitangan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Pusat Alumni dan Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar telah berganding bahu bergotong-royong menghiasi Atrium Pusat Pelajar. Peralatan dan bahan-bahan yang digunakan adalah bahan kitar semula. Gotong-royong ini dilaksanakan bertujuan untuk menyertai pertandingan menghias pejabat bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ sempena bulan kebangsaaan anjuran Bahagian Komunikasi Korporat dan juga sebagai pengisian aktiviti hari Rabu iaitu Hari Qalbu UPSI. 14

Bahagian Hal Ehwal Pelajar urus jenazah pelajar 17 Ogos – Seksyen Kebajikan dan Perkhidmatan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) telah menguruskan jenazah pelajar Jumaidi bin Herman, pelajar Ijazah Sarjana Muda Bimbingan dan Kaunseling, Fakulti Pembangunan Manusia yang telah meninggal dunia di Hospital Slim River pada 15 Ogos. Arwah berasal dari Sibu, Sarawak. Jenazah arwah telah disembahyangkan di Masjid Al-Mursyidin UPSI . Urusan penghantaran jenazah arwah ke Sarawak telah diuruskan oleh pihak syarikat pengurusan jenazah yang dilantik oelh UPSI. Wakil dari UPSI turut hadir sebagai pegawai pengiring. Jenazah arwah telah dikebumikan oleh keluarganya di kampung halaman di Kg. Sungai Sengan, Sibu. Kos pengurusan jenazah ditanggung oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan Pusat Waqaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS). Pihak BHEP mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. 15

Sambutan hari lahir En Ghani dan Cik Noorsuhaiza 22 Ogos- Warga Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) telah membuat kejutan dengan mengadakan majlis sambutan hari lahir En.Ghani dan Cik Noorsuhaiza yang lahir di bulan Ogos. Majlis Sambutan ini dibuat setelah selesai kerja-kerja menghias Atrium Pusat Pelajar sempena hari kemerdekaan. Ucapan daripada En. Ghani dan Cik Noor Suhaiza menceriakan lagi suasana sambutan apabila berkongsi pengalaman kerja sepanjang berada di BHEP. Majlis diserikan lagi dengan pemberian hadiah hari lahir. Semangat kekeluargaan turut dirasai apabila makanan dan minuman yang dihidang di bawa secara potluck. Semoga En. Ghani dan Cik Noorsuhaiza dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. Sesi Semakan dan Serahan Dokumen Perjanjian PTPTN Ogos 18 Ogos - Seksyen Kebajikan dan Perkhidmatan (SKPP) telah mengadakan Sesi Semakan dan Serahan Dokumen Perjanjian PTPTN Kelompok Pertama bagi pelajar Diploma Semester 1 Sesi 2022/2023 bertempat di Pejabat SKPP, Pusat Pelajar melibatkan seramai 75 orang pelajar. Seramai 4 orang kakitangan SKPP telah ditugaskan untuk membuat semakan dokumen yang dihantar oleh pelajar manakala seorang pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar bertugas sebagai Pegawai Pengesahan Dokumen. Sebanyak 75 dokumen perjanjian telah diluluskan oleh pihak SKPP. 16

Koleksi Model motosikal (scale model) Pada kali ini, kita dikongsikan dengan hobi yang agak menarik daripada En. Suhaimi bin Zulkipli, staf di Unit Pentadbiran, Kewangan dan Tatatertib Pelajar BHEP. Kunjungan wartawan kami ke rumah beliau di Bandar Behrang 2020 pada hari Sabtu baru-baru ini diiringi cuaca yang agak redup dan berawan, seakan mengalu-alukan kedatangan kami ke sana. Setibanya kami di rumah beliau, kami, disambut dengan riuh rendah celoteh anak-anak beliau dan dihidangkan dengan bihun goreng Singapore dan teh panas yang disediakan isteri beliau. Selepas makan kami di bawa ke sebuah bilik kecil yang terletak di aras bawah yang kebiasaannya dijadikan bilik rehat tetamu. Terdapat sebuah almari kabinet kaca jelas kelihatan yang di dalamnya tersusun kemas model-model motosikal koleksi beliau. Menurut beliau, setakat ini sudah ada 132 unit koleksi model motosikal beliau yang terdiri daripada pelbagai model dan jenama motosikal. Kami dimaklumkan bahawa model-model motosikal ini adalah dari model motosikal sebenar, tetapi dalam saiz yang lebih kecil. Terus terang, tiada di antara kami yang meminati hobi tersebut, apatah lagi meminati motosikal dalam saiz sebenar, tetapi pertama kali melihat koleksi beliau, “wah, cantik juga! “. Menurut beliau, idea atau penggerak hati untuk beliau berjinak-jinak dengan hobi mengumpul model-model motosikal ini bermula sejak tahun 2005 lagi, iaitu sewaktu beliau masih bujang. Dalam kalangan rakan-rakan, memang telah diketahui bahawa beliau memang merupakan peminat tegar dunia permotoran, terutama sekali motosikal. Namun, tidak ramai yang tahu tentang minat sampingan beliau ini. Idea dan pencetus kepada minat untuk mengumpul model motosikal ini bermula semasa beliau menghadiri Karnival MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang pada tahun 2005. Di booth Suzuki Malaysia yang beliau kunjungi, telah diadakan sesi pop kuiz yang menawarkan pelbagai hadiah kepada pengunjung. Beliau berjaya menjawab salah satu soalan dan mendapat hadiah sebuah model motosikal berskala 1:32, iaitu Suzuki GSX-R 1000 K5 versi perlumbaan, keluaran khas rasmi (Suzuki Official Merchandise) hasil kerjasama pihak Suzuki Jepun dan Maistro. Model motosikal ini pula sangat cantik, terperinci serta kemas pembuatannya. Apabila beliau membawa pulang model motosikal tersebut ke rumah, beliau meletakkan model tersebut di atas meja di dalam bilik, namun merasa ia agak janggal kerana hanya ada satu unit dan tidak berapa cantik sebagai hiasan. 17

Model pertama hasil menang kuiz: Team Yoshimura Suzuki Jomo GSX-R 1000 Maka bermula pada saat itu, setiap kali hari gaji, beliau akan membeli satu unit model motosikal. Sebulan hanya satu unit maksimum dan setiap kali membeli, beliau akan memastikan ia adalah model yang berlainan dari model yang telah dibeli sebelum ini. Pendek kata, setiap model motosikal yang ada dalam koleksi beliau ketika ini adalah model motosikal yang berlainan, tidak ada satu pun model yang sama. Itu adalah antara cabaran utama yang beliau perlu tempuhi. Sehinggalah pada satu tahap, beliau menghadapi kesukaran untuk mendapatkan model-model yang baharu untuk ditambah ke dalam koleksi beliau kerana kebanyakan model yang dijual di pasaraya atau dari atas talian telah pun beliau miliki. Hari demi hari, kekangan juga timbul atas faktor kewangan, kerana apabila telah berumahtangga dan mempunyai anak-anak, banyak keperluan dan tanggungjawab yang lebih perlu diberi keutamaan. Jadi sejak mempunyai anak-anak, beliau tidak lagi membeli setiap sebulan sekali, tetapi ikut gerak hati dan jika ada wang belanja yang lebih, terutama sekali apabila berjumpa dengan model-model yang masih belum ada dalam koleksi. Lagi mahal, lagi detail binaan dan kemasannya 18

Menjawab pertanyaan dari kami tentang kos yang beliau keluarkan untuk membeli model-model motosikal ini, beliau menjawab bahawa ianya bergantung kepada jenama, kualiti, keperincian buatan, saiz dan jenama model tersebut. Antara jenama-jenama model motosikal yang popular dan mampu milik di Malaysia ialah MiniChamps, Maisto, Makida, New-Ray, Tamiya, Welly, Aosima, Hasegawa dan TrueScale.. Beliau juga berkata harga bagi model-model motosikal ini telah naik dari semasa ke semasa, terutama sekali yang diimport dari Amerika Syarikat atau Jepun. Patung skala 1:18 Stig, pemandu kereta dalam siri televisyen UK, Top Gear ini dibeli melalui laman web e-bay dengan kos USD39.00 pada tahun 2007. Untuk yang belum mengetahui, model-model motosikal ini mempunyai beberapa saiz atau lebih senang disebut skala. Antara saiz yang popular adalah skala 1:64, 1:43, 1:32, 1:18, 1:12, 1:8,1:6 dan 1:4. Semakin besar saiz skala sesuatu model dan semakin kemas serta terperinci buatannya, maka semakin mahal harganya. Buat masa ini beliau mempunyai model-model bersaiz 1:12, 1:18 dan 1:32. Model 1:12 dan 1:18 adalah yang paling popular dalam kalangan penggemar model skala motosikal di Malaysia kerana saiznya yang mudah untuk disimpan kerana tidak memerlukan ruang yang besar serta harga yang masih mampu milik. Kini, dari semasa ke semasa beliau akan memastikan model-model motosikal koleksi beliau sentiasa dibersihkan dan dijaga dari kerosakan. Habuk dan sawang adalah musuh utama, selain kekuatan untuk memastikan anak-anak tidak bermain model-model tersebut sebagai mainan harian seperti mainan biasa. Jika tidak, ia berkemungkinan akan rosak atau patah. Itu antara sebab ianya diletakkan dalam almari kabinet hiasan sahaja dan hanya dikeluarkan apabila hendak dibersihkan. Menurut beliau lagi, setakat ini anak-anak faham dan memberi kerjasama. Untunglah !. 19

Perbandingan saiz antara model saiz 1:18 (Ducati) dan 1:12 (BMW) Akhir kata daripada beliau kepada kami sambil tersenyum, “Saya ni, nak buat koleksi motosikal atau kereta dengan skala 1:1 macam Sultan Johor atau Sultan Brunei, memang sah-sah tak mampu, jadi koleksi model skala (scale model) ini sajalah satu-satunya pilihan yang ada… haha”. Agak kelakar, namun memang itulah hakikatnya yang mesti diterima. Bak kata orang tua, ukur baju di badan sendiri. Kita sebagai rakyat marhaein kena bezakan antara kehendak dan keperluan. Masa amat mencemburui kami, sedar tak sedar, hari sudah mulai gelap dan jam telah pun menunjukkan jam 6.50 petang. Kami meminta diri dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan perkongsian hobi beliau bagi keluaran sulong Buletin BHEP kali ini. Semoga beliau terus maju dan istiqomah dalam hobi beliau ini. Terima kasih. 20

Kelibat beliau yang segak, kemas, tampan dan bergaya di Pusat Pelajar UPSI sememangnya telah menjadi buah mulut kakitangan dan pelajar UPSI saban hari. Manakan tidak, ditambah pula dengan kehebatan kereta Proton Waja merah menyala yang bernadikan enjin N/A Mitsubishi 4G18, mampu memecut 0-100 km/j dalam tempoh kurang dari 7 saat. Ia bukan lagi satu rahsia dalam kalangan ahli-ahli Group Whatsapp Kelab Waja Muallim. Penggunaan piston dome Uma Racing 63 dan jack 7, mungkin menjadi rahsia resepi kehebatan Waja beliau. Namun, itu cerita lain. Ia bukanlah apa yang kita nak kongsikan mengenai beliau pada keluaran ini! Ya, Hang Azmi !!, Dia bukan orang Kedah dan bukan juga keturunan Hang Kasturi. Namun, mungkin itulah gelaran yang selayaknya diberikan kepada beliau kerana di UPSI, tidak sah kalau nak bercerita tentang beliau kalau tak dikaitkan dengan Silat Cekak. Nama penuh beliau ialah Azmi bin Azri, kakitangan Seksyen Kebajikan dan Perkhidmatan Pelajar BHEP sejak tahun 2015, telah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Mengimbau masa lalu, minat mendalam beliau pada seni mempertahan diri, terutamanya dalam ilmu persilatan melayu sebenarnya sudah lama berputik, sejak di bangku sekolah lagi. Ketika itu, melihat kehebatan arwah seniman agung P. Ramlee bertarung dalam filem Semerah Padi, Pendekar Kundur, Keris Hitam Bersepuh Emas, Semutar Hitam dan Pendekar Kembar sudah cukup untuk menyemarakkan hati beliau untuk mendalami bunga, isi dan buah dalam dunia persilatan melayu. Sedikit demi sedikit, hobi awal beliau iaitu meminati aktiviti lasak yang beliau ceburi ketika Tahun 1, telah digantikan dengan minat dan jiwa persilatan melayu!. Bercerita tentang kecemerlangan beliau dalam dunia ilmu persilatan, Azmi mula berkecimpung dalam dunia persilatan melayu sejak Jun 2008 lagi. Kenapa tahun 2008? Entah, sebab dia yang beritahu macam tu. Ya, sewaktu ramai anak-anak muda lain sebaya beliau ketika itu masih lagi bermain batu seremban, PUBG atau Counter Strike, beliau sebaliknya memilih seni mempertahankan diri Silat sebagai tempat untuk mengisi masa lapang dan minat. Pendidikan formal beliau dalam bidang persilatan sebenarnya bermula agak lewat iaitu hanya bermula ketika beliau berumur 21 tahun semasa beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok. Walaupun agak lewat bermula, beliau langsung tidak berasa rendah diri atau bersedih, bak kata orang Kedah: “Better Late Than Never !”. Dalam hati beliau, darah pahlawan yang mengalir dalam tubuh beliau pasti tidak akan disia-siakan begitu sahaja. Azmi sudah tidak menoleh ke belakang lagi, beliau mula belajar silat iaitu Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) secara serius bermula daripada peringkat awal (Asas) dan meneruskannya sehingga tamat persilatan pada tahun 2010 di UUM. 21

Setelah menamatkan pengajian di UUM dalam tahun 2012, Azmi telah berhijrah ke bumi Muallim pada tahun 2012 setelah menerima tawaran bekerja di UPSI. Alhamdulillah, beliau terus aktif dalam dunia persilatan dengan dengan menjadi tenaga pengajar sambilan di kelas-kelas latihan silat cekak di UPSI dan sekitar Daerah Muallim. Untuk rekod, terdapat 3 Kelas Latihan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) yang aktif di Daerah Muallim iaitu Kelas Latihan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Kelas Latihan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) dan Kelas Latihan Kolej Vokasional Slim River (KVSR). Antara kenangan manis dan pencapaian tertinggi beliau sepanjang menceburi dunia persilatan adalah mendapat tahap Lulus Kepujian Ujian Sijil Rendah (USR), menjadi Tenaga Pengajar Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, Penasihat Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, UPSI, Anugerah Penasihat Badan Pelajar 2020 serta Anugerah Tokoh Cekak UPSI. Perghhh! Tahniah. Akhir kalam, pihak editorial mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau. All the best bro! 22

23

24

Sekian Terima Kasih Sidang Editor: Penanung: Puan Maskana binti Ahmad Ketua Editor: Encik Suhaimi bin Zulkipli Editor: Encik Mohd Reduan bin Ibrahim Penyelaras berita: Puan Nordiana binti Ramli, Encik Azmi Bin Azri, Puan Fadzliana binti Abdullah, Puan Nazatul Shima binti Wahid, Encik Megat Azril Izwan bin Megat Iberahim, Encik Mohamad Afif Ammar bin Kamsani Pereka Grafik: Encik Mohd Iqmal Bin Jaffri 25

26


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook