Bil. 10 September - Oktober 2019 Anugerah Keterampilan Pelajar BAH. PEMB Sahsiah Warisan Cenderawasih UPSI Cemerlang di UUM PUSAT KEBUDAYAAN Majlis Ikrar Pelajar Ambilan September 2019
Sidang Editor Dari Meja Ketua Editor PENASIHAT Prof. Madya Dr. Mohd Izwan Shahril Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera Prof. Madya Dr. Md Amin Md Taff Pada bulan ini sekali lagi bumi Muallim akan dibanjiri oleh keluarga dan pelajar dari serata KETUA EDITOR tempat untuk mendaftar bagi pengambilan september 2019. Lebih daripada 3000 pelajar telah Dr. Mohd Izwan Shahril berjaya terpilih dari puluhan ribuan perrmohonan yang diterima. Oleh itu, anda yang terpilih TIMBALAN KETUA EDITOR merupakan insan yang bertuah untuk menuntut ilmu di UPSI, universiti diRaja. Maka gunakanlah En. Helmi Zaifura Abdul Rahman peluang ini untuk menimba ilmu dan membanggakan keluarga apabila menamatkan EDITOR pelajaran nanti. Semangat yang dibawa oleh ahli keluarga untuk menghantar pelajar sehinggakan En. Ramli Mosmin ada yang terpaksa tidur di masjid kerana tidak En. Haryzal Mohd Zan dapat menempah penginapan atas faktor En. Anizan Md Noor permintaan yang tinggi adalah sangat menyentuh Cik Nur Farahzatul Izzarah binti Rosli hati. Begitulah semangat dan harapan yang tinggi oleh ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka PENYELARAS BERITA berjaya dalam pelajaran untuk membina masa hadapan yang lebih baik buat keluarga En. Mohd Syahdan Mohamad Saleh masing-masing. Pn. Marlina Manja Che Baharum Dalam masa yang sama, pihak JHEPA telah Cik Jamaliah Jalil menganjurkan beberapa program yang berimpak En. Mohd Raizol Ramli tinggi seperti Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Cik Che Noor Hawa Che Ismail (PABM) dan lain-lain lagi. Harapan saya semoga Pn. Nurr Zam Seeni Mohamed kakitangan dan pelajar secara konsisten menjaga Cik Aliaa Husna Zainuddin nama baik universiti apabila bumi Muallim bakal En. Mohd Fahmi Mohd Yunus menerima kunjungan tetamu luar dalam bilangan En. Wan Hairil Asri Wan Hassan yang ramai atas penganjuran program-program ini. Pn. Nor Azlina Aladdin Akhir kata selamat membaca. Sekian. BERITA ONLINE Cik Syamimah Abdul Hamid JURUFOTO En. Mohd Reduan Ibrahim REKA LETAK DAN SUSUN ATUR En. Ramli Mosmin REKA BENTUK GRAFIK En. Khairul Aizat Abdul Rauf
Amanat TNC (HEPA) Kandungan Profesor Dr. Md Amin Md Taff 4 Pem. Sahsiah UPSI cemerlang dalam Assalamualaikum dan Salam Sejahtera penganjuran Pidato Tahniah buat seluruh warga JHEPA kerana kita Antarabangsa Bahasa sekali lagi mengharumkan nama UPSI dengan Melayu 2019 berjaya menjadi tuan rumah Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu dan menganjurkannya 10 Pem. Sahsiah dengan jaya dan gilang gemilang. Majlis yang dihadiri oleh Yang Berbahagia Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee JHEPA meraikan Malik telah mendapat pujian dan maklum balas yang petugas POP dan positif daripada banyak pihak. Kita bukan sahaja gah PABM 2019 daripada aspek penganjuran tetapi kita juga hebat 15 EDGE dalam melahirkan juar, yang salah satu kategori telah dimenangi oleh pelajar UPSI yang berasal daripada Program negara Uzbekistan. Pembangunan Potensi Tidak dilupakan, saya dan warga JHEPA mengucapkan Kerjaya Mahasiswa selamat datang kepada lebih kurang 3100 orang OKU tahun 2019 di pelajar baharu ambilan September 2019. Gunalah Scholar’s Suites peluang untuk mencari ilmu dan kemahiran di luar bidang pengkhususan sebagai nilai tambah apabila 18 Pusat Kebudayaaan bersaing dalam pasaran kerja di dunia pekerjaan nanti. Kami di JHEPA mengaggap semua pelajar Warisan Cenderawasih merupakan sebahagian daripada keluarga besar UPSI beraksi kami dan sekiranya menghadapi sebarang masalah cemerlang di bumi adalah amat dialu-alukan untuk ke Kompleks Pelajar Jelapang Padi bagi mendapatkan sebarang bantuan. Akhir kalam, selamat membaca dan kongsilah maklumat yang 31 Pusat Alumni diperoleh di dalam buletin ini kepada rakan-rakan lain. Program pengumpulan Sekian, jumpa lagi. data dan penubuhan jawatankuasa Alumni negeri Kelantan. 32 Kolej Za’ba Program mencungkil bakat- bakat kepimpinan pelajar. 36 Pusat Kaunseling Memfokuskan kejayaan tetamu jemputan dalam kemahiran interpersonal. 38 Pem. Sahsiah Majlis Penghargaan sumbangan kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan program PABM.
4 Bahagian Hal Ehwal Pelajar Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2019 UPSI - UPSI merupakan tuan rumah bagi Marlina Manja Che Baharum pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2019 kali Penolong Pendaftar Kanan, BPS ke-13. Penganjuran PABM 2019 merupakan [email protected] kesinambungan kepada penganjuran PABM edisi terdahulu dengan objektif untuk memperkukuh kedudukan dan martabat bahasa Melayu di persada dunia. Penganjuran PABM 2019 dengan kerjasama UPSI pada tahun ini membuktikan kebersamaan keluarga besar KPM dalam menganjurkan program bertaraf antarabangsa. PABM 2019 ini menjadi gelanggang wacana ilmiah bagi menyatukan generasi muda dalam kalangan peserta pelbagai latar belakang negara, budaya dan agama. Usaha serta keupayaan peserta menguasai bahasa Melayu dengan baik harus dipuji. Mereka bukan sahaja dinilai daripada segi kemahiran berbahasa Melayu tetapi juga melalui penyaluran idea dan pemikiran kritis mengikut tema yang diberikan. Pertandingan PABM tahun ini dan mendatang akan terus menjadi kebanggaan Malaysia dengan sokongan padu daripada semua pihak sebagai salah satu usaha memartabatkan bahasa Melayu di peringkat global. Seramai 50 orang peserta yang terlibat dengan PABM 2019 Tiga kategori telah dipertandingkan dalam PABM iaitu Kategori Alam Melayu, Kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia dan Kategori Antarabangsa. Bagi Kategori Alam Melayu ia dimenangi Amirul Iqmal Razlan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), manakala juara Kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia ialah Moustapha Koutoub Sano penuntut UIAM dari Guinea, sementara Qurbanov Ozad Nurmuhammad Ugli dari Uzbekistan State University of World Languages dinobatkan sebagai pemenang Kategori Antarabangsa. Semua hadiah telah disampaikan oleh YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan yang turut merasmikan Malam Kemuncak Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2019 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak. Turut hadir, YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan.
5 Bahagian Hal Ehwal Pelajar
6 Bahagian Hal Ehwal Pelajar Larian Patriotik UPSI 2019 UPSI - Inisiatif menanam semangat perpaduan Marlina Manja Che Baharum menerusi platform sukan antara inisiatif JHEPA dengan menganjurkan Larian Patiotik UPSI Penolong Pendaftar Kanan, BPS 2019. Menyasarkan golongan peserta yang [email protected] terdiri daripada warga UPSI, larian ini berjaya mengumpulkan hampir 3500 warga UPSI. langsung, dalam kalangan peserta acara larian Program ini hanya melibatkan larian sejauh ini turut menyuburkan semangat patriotik. 5 kilometer sahaja dan 20 pelari terpantas menerima hamper. Program tersebut bukan sahaja kempen buat warga UPSI mengenai gaya hidup sihat malah Larian ini utama setiap tahun bermula pada memberi penekanan mengenai kesedaran tahun 2017 lagi. Tahun ini lebih bermakna semangat perpaduan serta patriotisme. Ini kerana dianjurkan bersempena meraikan bulan merupakan peranan JHEPA selaku medium kemerdekaan dan sebanyak 3000 unit jalur untuk menggerakkan pelajar untuk menyumbang gemilang diedarkan kepada peserta untuk kembali kepada masyarakat dan negara. dibawa bersama-sama dan dikibarkan semasa larian. Selain meraikan peminat sukan larian, JHEPA juga mahu menanam semangat perpaduan dengan penyertaan peserta daripada pelbagai latar belakang umur, agama serta bangsa disatukan menerusi acara ini. Secara tidak
7 Bahagian Hal Ehwal Pelajar
8 Bahagian Hal Ehwal Pelajar Program Orientasi Pelajar Ambilan September 2019/2020 Marlina Manja Che Baharum POP dan kali ini dilaksanakan melalui kaedah pembentangan yang lebih menarik dengan Penolong Pendaftar Kanan, BPS pelbagai inovasi dalam penyampaian makluman. [email protected] Usaha ini mendapat maklum balas yang baik daripada pelajar baharu. Taklimat turut diberi UPSI - Seramai 3130 orang pelajar baharu bagi memudahkan urusan pelajar sepanjang Ijazah Sarjana Muda ambilan September Sesi pengajian di UPSI. 2019/2020 telah mendaftar di Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI. Program Orientasi Pelajar POP kali ini juga diteruskan dengan slot Malam (POP) anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar yang Kebudayaan. Melalui aktiviti ini, secara tidak diadakan selama lima hari ini bertujuan untuk langsung bakat-bakat seni dapat dicungkil memberikan pendedahan tentang UPSI kepada dan dikenal pasti untuk pelajar bersama-sama semua pelajar baharu bagi menempuh fasa pihak JHEPA meningkatkan potensi diri serta sebagai seorang mahasiswa. mewakili universiti ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pelajar sentiasa disokong Bagi memastikan keselesaan dan pengurusan untuk terus aktif terlibat dengan aktiviti-aktiviti pendaftaran yang sistematik, pihak JHEPA hanya di luar kelas sebagai satu keperluan dalam membuat pendaftaran kolej kediaman sahaja pembangunan sahsiah pelajar. kepada pelajar baharu. Hal ini demikian kerana, kebanyakan dokumen pelajar baharu bagi tujuan pendaftaran telah dimuat naik ke dalam talian Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA), UPSI. Pelaksanaan POP pada kali ini dilaksanakan di Dewan Tuanku Canselor dengan pengisisan slot-slot yang memperkenalkan pusat-pusat tanggungjawab di UPSI untuk memastikan pelajar baharu mengetahui fungsi dan lokasi pejabat pentadbiran yang berkaitan. Ini merupakan perkara penting dalam setiap pelaksanaan
9 Bahagian Hal Ehwal Pelajar Malam Kebudayaan Patriotik Marlina Manja Che Baharum Penolong Pendaftar Kanan, BPS [email protected] UPSI - Malam Kebudayaan Patriotik telah diadakan sempena minggu Program Orentasi Pelajar Ijazah Sarjana Muda ambilan September 2019/2020. Persembahan kebudayaan yang bertemakan patriotik telah menampilkan sepuluh persembahan yang diwakili oleh kolej-kolej kediaman pelajar ijazah di KSAS. Melalui penganjuran program ini, bakat nyanyian, lakonan, tarian dan pemuzik dapat dicungkil seterusnya memberi peluang kepada pelajar untuk membuat persembahan. Selain daripada persembahan, pelajar terus disemai dengan semangat cinta akan negara melalui lagu-lagu patriotik. Semangat patriotik sangat penting dalam menjamin keharmonian negara yang mempunyai pelbagai kaum.
10 Bahagian Hal Ehwal Pelajar Majlis Penghargaan Petugas POP dan PABM 2019 Marlina Manja Che Baharum Penolong Pendaftar Kanan, BPS [email protected] UPSI - Para petugas atau lebih dikenali sebagai sukarelawan sempena Program Orientasi Pelajar (POP) dan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2019 telah diraikan dalam satu majlis penghargaan. Para sukarelawan menerima sijil penghargaan bagi komitmen yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung. Ini merupakan sumbangan pelajar dalam membantu pengurusan universiti dalam penganjuran program universiti yang berskala besar serta berimpak tinggi. Secara tidak langsung, pelajar yang terlibat turut menimba ilmu dan pengalaman dalam penganjuran majlis. Penyampaian sijil penghargaan telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).
11 Bahagian Hal Ehwal Pelajar
12 Bahagian Hal Ehwal Pelajar Anugerah Keterampilan Pelajar 2019 Ipoh - Pada 25 Oktober 2019 telah diadakan Marlina Manja Che Baharum Majlis Anugerah Keterampilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk kali ke-14 Penolong Pendaftar Kanan, BPS bertempat di Hotel Casuarina @Meru, Ipoh Perak. [email protected] Penganjuran majlis ini merupakan kali ketiga yang mengikuti format Anugerah Tokoh Siswa, program anugerah yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi. Pelaksanaan acara berprestij seperti Majlis Anugerah Keterampilan Pelajar di UPSI merupakan sebahagian daripada suntikan dan rangsangan yang berkesan kepada para mahasiswa untuk menggilap bakat dan menyerlahkan potensi mereka dalam pelbagai lapangan yang konstruktif, positif dan menambah nilai untuk dicontohi oleh rakan sebaya mereka. Anugerah kepada pemenang pada majlis kali ini disempurnakan oleh Yang Berhormat Dr. Abdul Aziz bin Bari, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak. Bersempena penganjuran Majlis Anugerah Keterampilan Pelajar 2019 UPSI ini, beliau turut merakamkan ucapan setinggi- tinggi penghargaan kepada semua pihak di Jabatan Hal Ehwal Pelajar yang telah berganding bahu dengan daya sinergi yang tinggi bagi merealisasikan pelaksanaan program yang berprestij ini. Program yang berimpak besar turut dirangka untuk memberikan pengalaman yang bermanfaat kepada mahasiswa dan komuniti yang terlibat. Anugerah Tokoh Siswa UPSI 2019 telah dianugerahkan kepada saudara Mohd Aliff Ikmal bin Mohd Anuar yang turut mendapat Anugerah Pemimpin Kolej Kediaman. Manakala saudari Nuramalina binti Samar telah memenangi dua anugerah iaitu Anugerah Pemimpin Fakulti dan Anugerah Pemimpin Program Wacana Intelek seterusnya memberikan kemenangan kepada Persatuan Psikologi dari Fakulti Pembangunan Manusia untuk menerima geran aktiviti bernilai RM2000. Kepada para finalis dan pemenang pelbagai kategori anugerah bagi edisi kali ini, syabas dan tahniah diucapkan. Semoga pencapaian cemerlang anda akan menghasilkan lebih banyak lagi kisah kejayaan yang terbilang dalam kalangan para mahasiswa seluruh Malaysia pada masa akan datang.
13 EDGE KPM-CELCOM Siswapreneur @ Google Bootcamp 2019 Kuala Lumpur - Pada 28 dan 29hb September Norzalida binti Bahtiar 2019, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Celcom Axiata Berhad dengan kerjasama Google SPKU 19, EDGE Malaysia telah menganjurkan program KPM- [email protected] Celcom Siswapreneur @ Google Bootcamp 2019. Program ini selaras dengan aspirasi kerajaan untuk melahirkan usahawan dalam kalangan graduan serta memiliki ciri-ciri usahawan digital yang kompetitif dan berjaya. Program ini telah dilaksanakan di Residensi UTMKL dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (EDGE) telah menghantar tujuh orang pelajar untuk menyertai program ini. Pelaksanaan program ini adalah bertujuan untuk memberi para peserta pendedahan tentang ilmu keusahawanan digital secara langsung dari pihak Google secara percuma dan memberi pengetahuan kepada para peserta dalam bidang keusahawanan digital. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dr Maszlee bin Malik, Menteri Pendidikan Malaysia. Pengisian program sepanjang dua hari tersebut merangkumi pelbagai modul seperti Kickstarting Your Own Business, Basics of a Digital Marketing Plan, Market Research with Powerfull Free Tools dan Social Media Strategy for Business. Selain itu, para peserta juga perlu mempersiapakan diri dengan pelbagai aktiviti atau kuiz yang disediakan sepanjang program bagi menguji kefahaman peserta melalui pengisian program yang telah dilakukan. Pasukan pelajar yang mewakili UPSI telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan kuiz tersebut dan berpeluang makan tengah hari bersama CEO Buraqqil dan berpeluang mengunjungi pejabat Google Malaysia. Program ini dilihat sebagai satu medium yang amat baik untuk memberi peluang kepada pelajar supaya lebih lebih berdaya saing dalam merancang sesuatu perkara pada masa hadapan kelak
14 EDGE Edge Program Sijil Profesional Mutawwif dan Mutawwifah 2.0 Aliaa Husna binti Zainuddin kepada mahasiswa daripada seluruh universiti awam (UA). Program ini terbahagi kepada dua SPKU 29, EDGE fasa. Fasa pertama merupakan kursus selama [email protected] enam hari (di UPSI, UMS dan UNIMAS) dan fasa kedua, penempatan selama satu bulan setengah Tanjong Malim - Program Sijil Profesional (travel agensi seluruh Malaysia). Selain diberikan Mutawwif & Mutawwifah 2.0 di Sabah dan kursus berkaitan haji dan umrah, peserta juga Sarawak merupakan kesinambungan daripada didedahkan tentang kerjaya dan kebolehpasaran kertas kerja Program Sijil Professional Mutawwif graduan bagi meningkatkan peratus dan Mutawwifah 2.0. Program ini merupakan kebolehpasaran graduan UA. Diharapkan, inisiatif inisiatif daripada Pusat Pembangunan ini dapat menjadi pemangkin bagi mahasiswa Keusahawanan & Kebolehpasaran Graduan UA untuk menimba sebanyak mungkin informasi (EDGE), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan ilmu pengetahuan yang boleh diambil untuk dengan kerjasama: Kementerian Pendidikan prospek kerjaya sebagai seorang mutawwif dan Malaysia (KPM), Persatuan Pengguna Islam mutawwifah. Malaysia (PPIM), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Malaysia (MOTAC), agensi- agensi pelancongan yang menjalankan pakej umrah, ziarah dan haji. Pada tahun ini, program ini akan dikembangkan ke Sabah dan Sarawak dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) & Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Seramai 50 orang pelajar telah diperuntukkan kepada UMS dan UNIMAS. Syarat menyertai program masih lagi dikekalkan iaitu berfokuskan kepada pelajar tahun akhir bagi tujuan memberi pendedahan
15 EDGE Program Pembangunan Potensi Kerjaya Mahasiswa Orang Kurang Upaya (OKU) Tahun 2019 UPSI - Pada 20 hingga 22hb September 2019, Hafiza binti Rejab Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (EDGE) dengan Pembantu Tadbir (P/O), EDGE kerjasama Jabatan Pembangunan Orang Kurang [email protected] Upaya (JPOKU), Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menganjurkan Program Pembangunan Potensi Kerjaya Mahasiswa OKU Tahun 2019 di Scholar’s Suites, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Seramai 36 orang pelajar daripada 11 universiti awam, politeknik dan kolej komuniti telah menyertai bengkel ini. Bengkel ini merupakan salah satu inisiatif yang dilakukan oleh JPOKU dan EDGE, UPSI untuk memperkasakan pembangunan kerjaya pelajar daripada golongan orang kurang upaya. Pelaksanaan bengkel ini dapat memberikan persediaan awal dalam merancang kerjaya yang bersesuaian dengan minat, potensi dan kemampuan yang dimiliki oleh golongan mahasiswa OKU tersebut. Perkongsian ilmu, kepakaran dan pendedahan telah diberikan oleh penceramah yang dijemput daripada pelbagai agensi seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), Jobs Malaysia, Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) dan Pertubuhan Orang Kerdil Malaysia (PKOKM). Bengkel ini dapat dilihat sebagai satu medium yang amat baik dalam memberi peluang kepada pelajar OKU untuk mendapatkan informasi tentang peluang kerjaya yang ditawarkan oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta, di samping mengenali personaliti diri dan pekerjaan yang bersesuaian, mendapat pendedahan tentang tips-tips persediaan menghadiri temu duga serta menjadi mahasiswa yang cemerlang dan seterusnya menjadi graduan yang dapat berkhidmat kepada komuniti dan tidak gentar terhadap cabaran dunia luar.
16 Pusat Kebudayaan The T3 Tawan Pentas Convex Mohd Fahmi Mohd Yunus Pegawai Kebudayaan, Pusat Kebudayaan [email protected] Pulau Pinang – 29hb September lalu, Pusat Kebudayaan telah menghantar penyertaan pelajar ke Pertandingan Akustika Convex yang berlangsung di Pentas Utama Tapak Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia kampus induk. Pertandingan yang berkonsepkan akustik ini telah menyaksikan persembahan yang mantap daripada tujuh kumpulan yang menyertai. Penyertaan seramai enam orang daripada kumpulan The T3 ini mempertaruhkan lagu “Saya Anak Malaysia” dan “Standing in The Eyes of The World” yang telah digubah serta diberi nafas baharu mengikut konsep dan syarat pertandingan. The T3 berjaya menawan hati juri dengan gubahan lagu yang menurut mereka sebuah gubahan serta persembahan yang cukup kemas dan bersahaja. Mereka berjaya merebut gelaran Johan serta dinobatkan Anugerah Persembahan Terbaik dan Anugerah Vokal Terbaik yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM 1200 untuk Johan manakala RM 200 untuk Anugerah Persembahan Terbaik manakala Anugerah Vokal Terbaik membawa pulang ‘plague’.
17 Pusat Kebudayaan The T3 Johan Rentak Bitara MAKUM 2019 Batu Pahat – Kemas. Satu perkataan yang tepat Mohd Fahmi Mohd Yunus untuk menggambarkan kualiti yang dimiliki The Pegawai Kebudayaan, Pusat Kebudayaan T3. 5 Oktober lalu berlangsungnya Rentak Bitara MAKUM 2019 di Pentas Utama FEStKUM 2019, [email protected] Universiti Tun Hussein Onn. Pertandingan ‘Battle of The Band’ itu menyaksikan pertembungan antara 17 kumpulan daripada universiti awam yangbertandingbagimerebutgelaranjohan.Tema pertandingan ialah medley Tribute to Pakngah dan genre etnik kreatif. The T3 membawakan lagu yang berjudul “Melawan Arus,Kurik Kundi dan Pohpaleh” dengan gubahan baharu. Selaku jurulatih dan pegawai pengiring kumpulan tersebut En. Anuar Borhan, Ahli Muzik di Pusat Kebudayaan mengulas, “ Kami telah membuat persiapan yang rapi untuk pertandingan ini daripada segi gubahan lagu dan gaya persembahan. Walaupun ahli kumpulan terdiri daripada pelajar FMSP, kami menggunakan kaedah gubahan tradisional iaitu bincang dan ulang bahagian lagu tersebut seterusnya cantumkan hingga menjadi sebuah lagu yang lengkap. Pada pendapat saya, kaedah sebegini lebih efektif untuk membina kemahiran muzikaliti mereka dan sebagai persediaan untuk menempuh industri yang memerlukan cara kerja yang lebih pantas selain menggunakan notasi.” The T3 berjaya mendapat Johan dan turut merangkul tiga anugerah iaitu Pemain Drum Terbaik, Anugerah Vokalis Terbaik dan Anugerah Instrumentalis Terbaik.
18 Pusat Kebudayaan Warisan Cenderawasih UPSI Cemerlang di Bumi Jelapang Padi Mohd Fahmi Mohd Yunus Sintok, Kedah – Dengan tema “Seni dan Pegawai Kebudayaan, Pusat Kebudayaan Budaya Pembangunan Insaniah”, telah [email protected] berlangsungnya Pertandingan Dikir Barat MAKUM 2019 pada 22hb September 2019 di Pentas Utama Dataran Budaya, Universiti Utara Malaysia, Kedah. Sebanyak lapan kumpulan menyertai pertandingan tersebut. Mereka perlu membawakan enam buah lagu dikir iaitu Karut Yen Ki (Yenki pendek atau Yenki panjang), Karut Cepat (Karut Kelantan), Karut Pathani, Karut Matang/ Bebas/ Kreatif dan Lagu Wau Bulan atau lagu penyudah mengikut tema yang diberikan. Pertandingan anjuran Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangungan Siswa (JKPS), INASIS Tradewinds dengan kerjasama Pusat Budaya dan Seni UUM ini menampilkan juri-juri profesional dalam seni muzik Dikir Barat iaitu Cikgu Sulizi Che Awang (IPG Terengganu) selaku ketua juri dan dibantu oleh dua lagi juri dari Istana Budaya iaitu Mohd Azli Othman dan Mohd Shahril Akla. Warisan Cenderawasih UPSI beraksi cemerlang di bumi Jelapang Padi berkat usaha daripada 25 ahli kumpulan yang hanya menjalani latihan dalam masa seminggu setelah segala persiapan rapi untuk lagu dan gaya awak-awak dirancang sebelum latihan dijalankan. Mereka berjaya meraih gelaran Johan yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM 3000 berserta trofi. Selain itu mereka juga mendapat pengiktirafan dalam anugerah khas Tok Juara Terbaik dan Tukang Karut Terbaik yang membawa pulang wang tunai RM 100 berserta trofi untuk setiap anugerah.
19 KHAR 40 Mahasiswa Sertai Program Amal Muhamad Hafiz bin Abd Manap Pembantu Tadbir, KHAR [email protected] Kuala Kubu Bharu – 28hb September 2019, seramai 40 peserta terdiri daripada Majlis Mahasiswa Kolej, AJK Blok Kediaman dan penghuni Kolej Harun Aminurrashid telah terlibat dalam Program Amal Kasih Siswa (PROAKSIS) yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Program anjuran Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan itu, diketuai oleh Puan Marzaida Badaruddin selaku Felo Penasihat yang telah merancang dan memastikan program tersebut berjalan dengan lancar. Menurut saudara Wan Mohd Ramzi (Pengarah Program), program seawal jam 8.00 pagi itu dimulakan dengan sesi taklimat oleh guru dan penasihat program diikuti dengan aktiviti melukis dan mengecat mural di sekolah berkenaan. Peserta terlibat juga sempat membina taman mini di kawasan sekolah berkenaan sebagai tanda ingatan mereka terhadap pihak sekolah.
20 KHAR AVSAHA ’19 Pupuk Minat Berniaga Pada Pelajar Muhamad Hafiz bin Abd Manap Pembantu Tadbir, KHAR [email protected] UPSI – Sempena minggu orientasi dan hari pendaftaran pelajar baharu sesi September 2019, Exco Ekonomi dan Keusahawanan, MMK KHAR telah membuka jualan barangan keperluan kepada para pelajar baharu. Bermula dari 2 hingga 8 September, jualan yang dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga tengah malam itu mendapat sambutan hangat para pelajar baharu untuk mendapatkan barangan keperluan harian mereka. Menurut Pengarah Program, saudari Munirah Saari, Aviasi Sales of Harun Aminurrashid 2019 atau AVSAHA ’19 yang dianjurkan pada kali ini amat memberangsangkan kerana mendapat sambutan menggalakkan daripada penghuni kolej selain memupuk minat para pelajar untuk menjalankan aktiviti keusahawanan sepanjang berada di universiti, katanya. AVSAHA ’19 juga dilaksanakan bagi menyahut usaha kerajaan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Negara yang menitikberatkan mahasiswa untuk menceburi bidang keusahawanan dan kesukarelawan bagi mengimbangi bidang akademik yang dipelajari. Exco tersebut turut menerima tempahan t-shirt kolej pada jualan AVSAHA tersebut.
21 KHAR MISWA ’19 Sambut Mahasiswa Baharu UPSI – Bertempat di Dewan Kolej Harun Muhamad Hafiz bin Abd Manap Aminurrashid telah berlangsungnya Minggu Pembantu Tadbir, KHAR Interaksi Siswa 2019 (MISWA ’19) yang telah dianjurkan oleh MajlisTertinggi Majlis Mahasiswa [email protected] Kolej Harun Aminurrashid Sidang 2019/2020. Program yang dilaksanakan selama tiga hari bermula 7 hingga 9hb September itu melibatkan seramai 1048 pelajar baharu ambilan September 2019 daripada pelbagai kursus dan fakulti. Dengan kekuatan ahli jawatankuasa pelaksana seramai 120 orang, program yang dijalankan ini telah mencapai objektif dan matlamatnya yang pengisian program ini antaranya adalah untuk memperkenalkan barisan pentadbiran kolej, Felo, MMK dan AJK Blok Kediaman kepada penghuni selain daripada aktiviti- aktiviti LDK yang dilaksanakan. Melalui program yang dilaksanakan ini, diharapkan hubungan baik dalam kalangan penghuni dapat dipupuk dan pada masa yang sama mencungkil bakat mahasiswa melalui aktiviti yang dijalankan serta pendedahan kepada peraturan dan undang- undang kolej kediaman, kata pengetuanya Dr. Che Anuar Che Abdullah dalam majlis perasmian penutupan program itu pada hari Isnin.
22 Kolej Aminudin Baki Program Demonstrasi Latihan Kecemasan dan Keselamatan Kebakaran 2019 Wan Hairil Asri Wan Hassan Pembantu Tadbir (P/O),KAB [email protected] MRSM Sabak Bernam – Pada 10hb Oktober 2019 yang lalu, Majlis Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki (KAB) telah mengadakan Program Demonstrasi Latihan Kecemasan dan Keselamatan Kebakaran bertempat di Gelanggang Kolej Aminuddin Baki. Program Demonstrasi Latihan Kecemasan dan Keselamatan Kebakaran ini dijalankan untuk memberi pendedahan awal kepada penghuni Kolej Aminuddin Baki tentang persediaan menghadapi sebarang bencana atau kecemasan yang berlaku. Di samping itu, diharapkan penghuni semakin peka dan prihatin terhadap keadaan sekeliling. Program Demonstrasi Latihan Kecemasan dan Keselamatan Kebakaran ini diadakan selama 1 malam yang melibatkan 850 orang penghuni, 29 orang Majlis Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki, sembilan orang pegawai bomba Tanjung Malim dan Barisan Felo Kolej Aminuddin Baki. Program ini telah menunjukkan dua demonstrasi kebakaran menggunakan tong gas dan tong besi separuh yang berisi air. Wakil dari Pihak Bomba dan Menyelamat Tanjung Malim, Tuan Ibrahim mengucapkan tahniah di atas kerjasama yang baik daripada penghuni Kolej Aminuddin Baki yang turut sama menjayakan program ini. Beliau berkata demonstrasi ini sangat penting kepada warga Kolej Aminuddin Baki kerana dapat mempersiapkan diri dengan kebakaran atau kecemasan yang berlaku tanpa mengira masa dan tempat. Program ini memberikan impak yang positif kepada semua warga Kolej Aminuddin Baki khususnya penghuni Blok Bravo, Charlie, Delta dan Echo. Hal ini demikian kerana, mereka telah diajar tentang kemahiran mengendalikan alat pemadam api dan mempunyai refleksi diri yang baik semasa berlaku kecemasan. Setelah program ini tamat, penghuni kolej boleh mengambil iktibar dan mengaplikasikan demonstrasi latihan kecemasan yang telah dilakukan.
23 KAB Kolej Aminuddin Baki, Anjur Program Street Market. Wan Hairil Asri Wan Hassan Pembantu Tadbir (P/O),KAB [email protected] UPSI – Pada 4 Oktober 2019 yang lalu, mahasiswa Kolej Aminuddin Baki (KAB) telah mengadakan Program Street Market bertempat di Pusat Aktiviti Pelajar KAB. Program Street Market ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada mahasiswa untuk menjalankan perniagaan mereka, Program ini merupakan salah satu platform yang disediakan kepada para usahawan muda di peringkat universiti untuk mengembangkan perniagaan mereka. Program Street Market ini diadakan secara berkala iaitu pada setiap hari Jumaat bermula 4 Oktober, 18 Oktober dan 15 November. Program Street Market ini juga menyelitkan beberapa aktiviti sampingan seperti Wayang Pacak dan Mini Funfair yang bertujuan untuk menarik lebih ramai pengunjung untuk mengunjungi program Street Market ini sekali gus mendatangkan pendapatan kepada peniaga yang menyertai Street Market ini. Felo-felo di Kolej Aminuddin Baki sememangnya menyokong dan memberikan reaksi positif terhadap program Street Market ini kerana ianya bertepatan dengan prinsip program yang mesra pelajar. Program ini memberikan impak yang positif kepada semua pelajar kerana menjadi salah satu tempat untuk pelajar melepaskan tekanan setelah penat menghadiri kuliah dan sebagainya. Program Street Market yang seterusnya akan menyelitkan beberapa pembaharuan aktiviti untuk memberikan variasi pengalaman kepada pelajar yang hadir ke program tersebut. Seterusnya, program ini diharapkan dapat memberi sedikit gambaran tentang keprihatinan Majlis Mahasiswa Kolej Kolej Aminuddin Baki dalam memberikan yang terbaik kepada pelajar.
24 KAB Program Raudhatul Mawaddah Siri 1 2019 UPSI - Pada 27hb September 2019 yang lalu, Wan Hairil Asri Wan Hassan Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah di bawah Majlis Mahasiswa Kolej, Kolej Aminuddin Pembantu Tadbir (P/O),KAB Baki sidang 2019/2020 telah mengadakan [email protected] Program Raudhatul Mawaddah Siri 1 bagi mahasiswi UPSI khususnya penghuni Kolej Aminuddin Baki sendiri. Program ini berlangsung selama dua jam bertempat di Surau Al-Falah KAB. Program ini merupakan program bersiri yang dijalankan setiap hari Jumaat ketika solat Jumaat berlangsung. Program ini dianjurkan bagi memenuhi keperluan golongan mahasiswi yang memerlukan ilmu berkaitan kewanitaan merangkumi aspek akidah, ibadah dan akhlak secara amnya. Bertemakan ‘Sebaik-baik Hiasan Dunia’, program ini memfokuskan pembentukan identiti muslimah atau wanita sejati dalam diri mahasiswi agar mereka menyedari bahawa nilai seorang wanita itu amat berharga dan perlu dipelihara dengan sebaiknya. Dengan menggunakan pendekatan diskusi santai, peserta boleh bersoal jawab untuk memastikan ilmu yang diperoleh dapat difahami sebaiknya. Selari dengan amanat Naib Canselor UPSI, Profesor Dato’ Dr. Mohammad Shatar bin Sabran yang menginginkan pelajarnya cemerlang 2A iaitu cemerlang akhlak dan akademik, program ini dijangka akan dilanjutkan sehingga enam kali bagi semester 1 2019/2020 bagi memastikan mahasiswi UPSI tidak hanya tertumpu kepada akademik, malah akhlak mereka turut terjaga. Bagi siri 1 ini, Raudhatul Mawaddah membawakan tajuk “Keseimbangan Kehidupan: Bagaimana Menggapai Bahagia?” yang disampaikan oleh Dr Sakinah binti Salleh daripada Fakulti Sains Kemanusiaan. Seramai 240 orang peserta hadir bagi memeriahkan majlis. Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat diamalkan dan dipraktikkan oleh para peserta dalam kehidupan seharian mereka.
25 KAB Program Malam Bersama Felo Semester 1 Sesi 2019/2020 Wan Hairil Asri Wan Hassan Pembantu Tadbir (P/O),KAB [email protected] UPSI – Pada 18 dan 19hb September 2019 yang lalu, Majlis Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki (KAB) telah mengadakan Program Malam Bersama Felo iaitu program berkala yang diadakan setiap semester. Malam Bersama Felo ini dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai kolej serta mengingatkan pelajar mengenai peraturan kolej. Melalui program ini juga para pelajar dapat mengeratkan silatur rahim dengan pihak pentadbiran kolej, pengetua, felo-felo dan juga Majlis Mahasiswa Kolej. Selain itu, Malam Bersama Felo diadakan selama dua hari iaitu pada 18 dan 19hb September 2019. Penghuni yang terlibat pada 18 hari bulan ialah penghuni dari blok B dan C manakala pada 19 hari bulan pula merupakan penghuni blok D dan E. Program ini dijalankan di Pusat Aktiviti Pelajar Kolej Aminuddin Baki bermula jam 8.30 malam sehingga 10.30 malam. Malam Bersama Felo ini dimulakan dengan ucapan daripada Pengetua Kolej Aminuddin Baki, Prof. Madya Dr. Hj. Syed Sofian bin Hj. Syed Salim diikuti dengan ucapan daripada Felo Blok dan diteruskan dengan taklimat denggi daripada Pusat Kesihatan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Program ini memberi impak yang positif kepada para penghuni kerana program ini dapat memahamkan penghuni tentang selok-belok dan peraturan kolej.
26 KAB Program Lailatul Barakah - 1 2019 Wan Hairil Asri Wan Hassan Pembantu Tadbir (P/O),KAB [email protected] UPSI – Pada 3hb Oktober 2019, mahasiswa Kolej Aminuddin Baki (KAB) telah mengadakan Program Lailatul Barakah kepada semua pelajar UPSI khususnya penghuni KAB yang bertempat di Surau Al-Falah, KAB. Antara pengisian program ini ialah solat Maghrib dan solat Isyak berjemaah, tazkirah maghrib dan bacaan yasin bersama-sama. Solat jemaah ini dilakukan bertujuan untuk mengeratkan kasih sayang dan persaudaraan diantara umat Islam. Di samping itu, ianya juga dapat menambah amalan kebaikan dengan mendapat pahala sebanyak 27 kali ganda. Solat juga membentuk akhlak mulia dan mengajar umat untuk berdisiplin. Seterusnya, mahasiswa dapat mengisi masa lapang serta menambah ilmu pengetahuan yang pelbagai dengan mendengar tazkirah. “Setiap surah di dalam Al-Quran mempunyai fadhilat yang tersendiri. Sebagai contoh, membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali diumpamakan membaca keseluruhan Al-Quran. Begitu juga Surah Yasin yang juga mempunyai keberkatan serta kebaikan jika selalu diamalkan oleh umat Islam terutama pada malam Jumaat. “Sesungguhnya bagi setiap perkara ada jantungnya sedangkan jantung Al-Quran adalah Yasin” merupakan kandungan tazkirah yang disampaikan oleh penceramah pada malam tersebut. Semoga setiap umat Islam sentiasa istiqamah dalam melakukan kebaikan dan diberi kekuatan untuk mencegah kemungkaran. “Bacalah Al- Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (HR Muslim).
27 KAB Perjumpaan Bulanan Buat Kali Pertama, Sesi 2019/2020 Wan Hairil Asri Wan Hassan pihak pentadbiran dan barisan felo dapat didengari dan dipatuhi oleh semua penghuni. Pembantu Tadbir (P/O),KAB Perjumpaan bulanan ini menjadi batu loncatan [email protected] kepada pihak pentadbir, barisan felo dan penghuni Kolej Aminuddin Baki dalam medium yang berkesan membentuk semangat untuk menaikkan nama Kolej Aminuddin Baki di Universiti Pendidikan Sultan Idris. UPSI – Pada 23hb September 2019 yang lalu, pihak pentadbiran dan barisan felo Kolej Aminuddin Baki (KAB) telah mengadakan perjumpaan bulanan buat kali pertama pada semester 1/2019. Perjumpaan bulanan ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengeratkan silatuhrahim antara pihak pentadbiran dan barisan felo dengan penghuni Kolej Aminuddin Baki serta memberi pendedahan mengenai kolej dan mengingatkan pelajar akan peraturan-peraturan kolej. Selain itu, pengetua Kolej Aminuddin Baki, Dr. Hj. Syed Sofian bin Hj. Syed Salim telah berpesan kepada semua penghuni bahawa sayangilah KAB seumpama sayangnya kepada rumah sendiri dengan menjaga kebersihan agar kes denggi tidak akan berlaku lagi di Kolej Aminuddin Baki. Datin Wan Nurul Hidayu, ketua felo Kolej Aminuddin Baki juga turut berpesan agar segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran perlu dipatuhi oleh semua penghuni Kolej Aminuddin Baki demi keselesaan dan kesejahteraan bersama. Perjumpaan bulanan ini akan diadakan pada setiap bulan kepada semua penghuni Kolej Aminuddin Baki agar segala makluman daripada
28 Kolej Aminudin Baki Quran Hour 2019 di Bawah Anjuran Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah. Wan Hairil Asri Wan Hassan celik Al-Quran serta membentuk sahsiah yang baik. Pembantu Tadbir (P/O),KAB [email protected] Seterusnya, program ini juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan memberi pendedahan tentang kepentingan Al-Quran kepada setiap insan. Semoga program kerohanian seperti ini akan terus mendapat tempat di hati mahasiswadan terus mendapat sambutan. UPSI - Pada 21hb September 2019 yang lalu, mahasiswa Kolej Aminuddin Baki (KAB) telah mengadakan Program Quran Hour untuk semua penghuni KAB serta mahasiswa dan mahasiswi UPSI bertempat di Surau Al – Falah, KAB. Terdapat tiga aktiviti yang dijalankan iaitu aktiviti memasak bubur As-Syuraa, membaca Al-Quran secara berjemaah dan Bicara Santai bertajuk “Mengapa Kita Perlu kepada Al-Quran?”. Aktiviti memasak dan mengagihkan bubur As- Syuraa kepada mahasiswa bertujuan untuk menanam sikap pemurah dan berkongsi kebahagiaan dalam diri mahasiswa/i. Program Quran Hour menampilkan jemputan khas dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), iaitu Ustazah Nazirah binti Abu Bakar dan Ustaz Mohd Hariri bin Mohamad Daud. Program ini juga dijalankan bertujuan untuk menanam rasa cinta dalam diri mahasiswa terhadap Al-Quran di samping, dapat memupuk amalan membaca Al-Quran dalam kehidupan seharian umat Islam. Lebih mengujakan lagi, dalam program tersebut mahasiswa berjaya mengkhatamkan 30 juzuk Al- Quran. Selain itu, ia juga membuka peluang kepada mahasiswa meluangkan masa dengan perkara yang bermanfaat dan meningkatkan amalan kebaikan dan melahirkan individu yang
29 Kolej Ungku Omar Kejohanan Catur Terbuka 2019 UPSI - 28hb September 2019, Majlis Mahasiswa Muhamad Nazri bin Umar Kolej Za’ba sesi 2019/2020 dengan kerjasama Pembantu Operasi Kanan,KOU Majlis Pengetua-pengetua Kolej dan Kelab Catur UPSI telah menganjurkan Pertandingan Catur [email protected] Terbuka pada 28 September 2019. Program ini telah diadakan di Perpustakaan Kompleks Pengarah program berkata, program ini Akademik Kampus Sultan Azlan Shah. bertujuan untuk mewujudkan hubungan dua hala dengan pelbagai badan organisasi catur di Program ini telah disertai oleh 68 orang peserta Malaysia dan membantu mahasiswa memupuk yang terdiri daripada pelajar bumiputera dan semangat persefahaman sesama mereka dengan antarabangsa UPSI, kakitangan UPSI, murid menanamkan sifat kepimpinan, keberanian sekolah sekitar Tanjong Malim serta mahasiswa dan bekerja sebagai satu pasukan. Bukan daripada IPTA dan IPTS seluruh Malaysia. itu sahaja, program ini juga menjadi platform Tambahan pula, seramai empat orang pemain untuk mencungkil bakat baharu individu yang catur Malaysia turut mengambil bahagian berpotensi dalam permainan catur ke peringkat dalam pertandingan tersebut. Program ini juga yang lebih tinggi sesuai dengan kebolehan yang mempunyai dua kategori, iaitu kategori terbuka dimiliki. dan kategori bawah 15 tahun. Pertandingan ini adalah bertaraf antarabangsa yang membolehkan Selain itu, program ini dirangka bagi memberi pemain catur dari luar negara datang ke Malaysia ruang kepada mahasiswa yang terlibat sepanjang untuk bersaing dengan pemain negara. program ini berlangsung untuk belajar mengenai pengurusan program dan menjalankan program yang melibatkan masyarakat luar khususnya pihak sekolah dan IPTA/IPTS. Kerjasama program ini telah dirangka oleh Majlis Pengetua- Pengetua Kolej Kediaman UPSI bersama Kelab Catur UPSI sejak bulan Julai yang lalu. Anjuran ini telah mendapat sambutan baik daripada pihak sekolah, IPTA/IPTS seluruh Malaysia termasuk Kementerian Belia dan Sukan. Semasa majlis penutupan program ini yang diadakan di Dewan Terbuka Perpustakaan Kompleks Akademik Kampus Sultan Azlan Shah, pengetua dari Kolej Ungku Omar iaitu Prof. Madya Dr. Nizam bin Nasrifan selaku Ketua Majlis Pengetua-Pengetua Kolej Kediaman berkata, program seumpama ini wajar diadakan lagi pada masa akan datang untuk memberi peluang kepada masyarakat mengasah bakat dalam permainan profesional seperti catur ini. Menurut pengarah program lagi, pertandingan seumpama ini diharapkan dapat dijalankan lagi pada masa akan datang dengan melibatkan lebih banyak sekolah-sekolah bukan sahaja di sekitar Tanjong Malim, malahan juga dari seluruh Malaysia seperti penglibatan mahasiswa IPTA/ IPTS dan pemain dari luar negara.
30 Pusat Alumni Penubuhan Jawatankuasa Negeri Perak (Kampar) Ramli Mosmin beberapa faedah kepada alumni antaranya berkaitan diskaun pembelian buku di Pejabat Pegawai Penerbitan Kanan, Pusat Alumni Karang Mengarang, diskaun penyewaan fasiliti [email protected] dan diskaun melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana. Pengeluaran kad debit Alumni yang Kampar - Pada 5hb Oktober 2019 telah bakal menjadi kad alumni yang boleh digunakan berlangsung Program Kembara Alumni. Pada sebagai kad bank juga merupakan tarikan kali ini majlis diadakan di Hotel Grand Kampar terbaru yang diusahakan untuk alumni AKSB. yang mengumpulkan alumni empat era Anak Majlis berakhir sekitar jam 6.00 petang dengan Kandung Suluh Budiman. Lebih kurang 20 sesi bergambar selepas pelantikan jawankuasa alumni telah meluangkan masa untuk menghadiri untuk membantu Pusat Alumni menjalankan program yang merupakan serampang dua mata. aktiviti di peringkat negeri Perak. Selain menubuhkan jawatankuasa, program ini juga merupakan salah satu usaha Pusat Alumni untuk mengumpul maklumat dan data Alumni yang boleh membantu menaikkan QS rangking universiti. Majlis dimulakan dengan penerangan berkaitan Pusat Alumni oleh Encik Anizan Md Noor yang merupakan Penolong Pendaftar Kanan bersama tiga lagi kakitangan Pusat Alumni. Alumni kelihatan sangat teruja dengan usaha Pusat Alumni yang berusaha untuk memberikan
Pusat Alumni 31 Kembara Alumni Negeri Kelantan Kota Bharu - Pusat Alumni meneruskan usaha Ramli Mosmin mengutip data alumni dengan mengadakan Kembara Alumni di negeri Kelantan. Program Pegawai Penerbitan Kanan, Pusat Alumni telah diadakan pada 11hb Oktober 2019 di [email protected] Restoran Anjung Rebana, Kota Bharu Kelantan. Majlis dimulakan pada pukul 4.00 petang dan berakhir pada jam 6.30 petang. En. Anizan Md Noor yang merupakan Penolong Pendaftar Kanan menyampaikan taklimat berkaitan Pusat Alumni yang didengari penuh minat oleh lebih kurang 20 alumni dari negeri Kelantan. Cikgu Zapri Mat Zain telah dipilih sebagai Presiden peringkat negeri Kelantan. Keesokannya, Pusat Alumni megunjungi Cikgu Shukri dan isteri yang merupakan Alumni UPSI di Tanah Merah. Mereka berdua sempat berkongsi pengalaman mereka menghadapi banjir paling buruk yang pernah melanda Kelantan pada tahun 2014 disaat mereka berdua baharu sahaja sampai selepas mengerjakan ibadah umrah. Mereka juga berkongsi pengalaman saat mereka melanjutkan pelajaran peringkat sarjana dengan berulang dari Kelantan ke Tanjong Malim setiap hujung minggu. Ketabahan dan semangat mereka ini seharusnya menjadi contoh dan ikutan kepada bakal-bakal alumni UPSI yang lain.
32 Kolej Za’ba Sekolah Kolaborasi Universiti (Sekolahku) 2.0: Cemerlang Akademik Sahsiah Hebat (C.A.S.H) nama baik Kolej Za’ba sepanjang mahasiswa berada di sini. Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak pengurusan Kolej Za’ba serta fasilitator yang telah menjayakan SEKOLAHKU 2.0 secara langsung atau tidak langsung pada kali ini. Mohd Shaiful Ridzuan & Aisyah Syahirah Pembantu Operasi,Kolej Za’ba [email protected] Sekolah Kebangsaan Batu 38, Selangor - 11 hingga 13hb Oktober 2019, telah berlangsung program Sekolah Kolaborasi Universiti 2.0 (SEKOLAHKU 2.0) anjuran Kolej Kediaman Za’ba dan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC). Seramai 46 orang fasilitator daripada Kelab Fasilitator telah membantu menjalankan program sepanjang tiga hari ini dengan jayanya. Program ini telah disertai oleh pelajar Sekolah Kebangsaan Batu 38 seramai 141 orang. Program ini turut melibatkan penduduk Kampung Batu 38 sebagai penggerak dan ibu bapa angkat dalam menjayakan program ini. Pengarah program berkata, program ini merupakan salah satu program yang efektif kepada para pelajar untuk mengeratkan silaturahim diantara satu sama lain terutama penduduk kampung yang berkerjasama dalam manjayakan program yang sangat menarik ini. Program ini juga mampu mencungkil bakat- bakat kepimpinan yang mampu menyumbang kepada masyarakat pada masa akan datang. Selain dapat mencungkil bakat kepimpinan, program ini juga dapat meningkatkan kemahiran insaniah dalam menjalankan kehidupan seharian memandangkan program ini melibatkan pelbagai institusi dan agensi yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Penglibatan mahasiswa dan mahasiswi menerusi program ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat malah hubungan sesama pelajar juga turut terjalin. Program peringkat antarabangsa ini turut membuka peluang kepada para mahasiswa untuk bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan. Kerjasama yang diberikan oleh pelbagai agensi dan institusi dalam mejayakan program ini perlu diteruskan supaya mahasiswa lebih bersedia dalam dunia pekerjaan yang lebih mencabar pada masa akan datang. Diharapkan dengan program yang dilaksanakan ini dapat memupuk semangat untuk mengharumkan
33 Kolokium Nusantara Warisan Serumpun Antarabangsa (KONWAS) 3.0 Mohd Shaiful Ridzuan & Aisyah Syahirah bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan Pembantu Operasi,Kolej Za’ba antara Majlis Mahasiswa Kolej dengan pelajar [email protected] malah hubungan sesama mahasiswa juga turut terjalin. Selain itu, kerjasama yang baik antara Kampung Kelawar - 20hb Oktober 2018, pada pihak Universitas Bina Darma dan Kolej Za’ba, tarikh tersebut telah berlangsungnya Program Universiti Pendidikan Sultan Idris juga merupakan Kolokium Nusantara Warisan Serumpun satu langkah permulaan ke arah kerjasama yang Antarabangsa (KONWAS) 3.0 yang dianjurkan berterusan pada masa akan datang. Tambahan oleh Majlis Mahasiswa Kolej Za’ba 2019/2020 pula, kemahiran dan ilmu yang telah dikongsi dengan kerjasama daripada Universitas Bina oleh kedua-dua insititusi juga sedikit sebanyak Darma, Palembang, Indonesia yang melibatkan dapat memberikan idea dan peluang kepada para 71 orang pelajar. Dr Nazre bin Abdul Rashid mahasiswa dan mahasiswi untuk menjalankan selaku Pengetua Kolej Za’ba dan barisan felo program seperti ini lagi padamasa akan datang. serta pentadbiran Kolej Za’ba turut terlibat sama dalam menjayakan program ini. Tidak Kesimpulannya, program ini telah memberikan ketinggalan juga, Prof. Dr. Md Amin bin Md Taff, impak kepada para mahasiswa dan mahasiswi Timbalan Naib Canselor, Jabatan Hal Ehwal yang menginginkan sesuatu ilmu dan Pelajar dan Alumni UPSI turut turun padang pengetahuan yang baharu. Selain itu, program dalam menjayakan program KONWAS 3.0 dan ini juga telah memberi peluang kepada para seterusnya merasmikan program ini. mahasiswa untuk bergiat aktif dengan aktiviti kolej. Respon yang positif juga diperolehi Tujuan program KONWAS 3.0 ini diadakan daripada para mahasiswa kedua-dua institusi adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara pendidikan yang menyertai program ini dan dua institusi pendidikan ini. Selain itu, melalui secara tidak langsung menunjukkan bahawa program ini, para mahasiswa dan mahasiswi program seperti ini diterima dengan baik oleh berpeluang untuk lebih mendalami warisan mereka. Program seperti ini juga diharap dapat seni yang ada pada kedua-dua buah negara dianjurkan pada masa akan datang berikutan yang terlibat. Hal ini demikian kerana dengan sambutan dan permintaan daripada para kunjungan mahasiswa daripada luar negara ianya mahasiswa yang menginginkan kelainan dalam dapat membuka mata mereka akan warisan yang penganjuran program. Kerjasama yang terjalin terdapat di negara Malaysia. Menerusi program antara pihak Universitas Bina Darma dan Kolej ini juga, mahasiswa daripada kedua-dua institusi Za’ba, Universiti Pendidikan Sultan Idris juga pendidikan ini dapat menimba pengalaman diharapkan dapat diteruskan untuk program dan peluang untuk menjalinkan kolaborasi yang akan datang. dalam menjalankan aktiviti sepanjang 3 hari 2 malam. Kerjasama sebegini merupakan salah satu inisiatif yang baik bagi kedua dua institusi pendidikan ini. Pengarah program berkata dalam ucapannya, program ini merupakan salah satu platform untuk para mahasiswa dan mahasiswi mempelajari sesuatu yang baharu walaupun program ini telah tiga kali dijalankan. Program ini juga membuka peluang kepada para mahasiswa untuk menambah ilmu mereka tentang nilai- nilai yang telah diterapkan. Penglibatan mahasiswa dan mahasiswi dalam program ini
34 Pusat Kaunseling Anzalna Nasir Meriahkan Program Pusat Kaunseling bahawa kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah dan ianya juga bukanlah merupakan sesuatu yang mustahil. Che Noor Hawa binti Che Ismail Pegawai Psikologi, Pusat Kaunseling [email protected] UPSI - Hari kedua program anjuran Pusat Kaunseling dalam “Jom UPSI Sihat, Selamat dan Sejahtera 2019 dimeriahkan lagi dengan kehadiran pelakon tanah air iaitu Anzalna Nasir atau nama sebenarnya Nur Anzalna binti Md Nasir. Pelakon wanita berusia awal 30-an ini dijemput untuk berkongsi pengalamannya dalam Slot Bicara Tokoh: Perkongsian Kejayaan di Usia Muda. Program ini telah berlangsung pada 23hb Oktober 2019 bertempat di Auditorium Utama UPSI. Pengendalian slot ini dilakukan secara temu bual, dan dikendalikan oleh Cik Nurhayati Nasir dari Pusat Sukan. Antara soalan yang diajukan adalah tentang latar belakang keluarga dan pendidikan, faktor dan halangan untuk berjaya, pengurusan emosi, rohani dan jasmani serta sokongan yang diterima setelah bergelar anak seni dan usahawan. Menurut pemilik diploma dari Perancis yang ramah ini lagi, untuk berjaya dalam sesuatu bidang, akademik perlu diutamakan dan ilmu dalam bidang yang diceburi perlulah sentiasa dicari dan dipertingkatkan bagi memastikan kita tidak ketinggalan dalam mengejar kejayaan. Melalui slot perkongsian pengalaman ini, warga UPSI dapat mengenali diri dan personaliti Anzalna lebih dekat lagi dan telah memberikan inspirasi serta motivasi kepada pelajar UPSI
35 Pusat Kaunseling Gabungan Pusat Kaunseling dan ROSH Meriahkan Program “Jom! UPSI Sihat, Selamat dan Sejahtera 2019” UPSI - Program yang terbuka kepada semua Che Noor Hawa binti Che Ismail warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Pegawai Psikologi, Pusat Kaunseling dan telah berlangsung selama tiga hari bermula pada 22 hingga 24 Oktober 2019 yang lalu. [email protected] Bahagian Pengurusan Risiko dan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (ROSH) telah menjemput menunjukkan sokongan dan hubungan yang beberapa Pusat Tanggungjawab (PTj) untuk baik di antara PTj di UPSI dalam menjayakan dan bekerjasama menjayakan program kesedaran mencapai Key Performance Indikator UPSI. keselamatan dan kesihatan pekerjaan di UPSI. Pusat Kaunseling merupakan PTj yang paling banyak menyumbang dan telah menguruskan tiga slot dalam program berkenaan. Pengisian setiap slot yang dianjurkan oleh Pusat Kaunseling adalah berbeza, iaitu fokusnya adalah kesihatan mental, bicara tokoh (perkongsian pengalaman) dan motivasi. Slot pertama iaitu Slot Isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di Malaysia telah berlangsung pada 22hb Oktober 2019 di Auditorium Utama dan penceramah jemputan adalah Tn. Hj. Hushim bin Hj Salleh dari Hushim Motivational and Counselling Consultancy, beliau merupakan pakar dalam bidang LGBT di Malaysia. Manakala slot kedua adalah pada 23 Okt 2019 jam 11 pagi juga bertempat di Auditorium Utama UPSI dan penceramah jemputannya adalah artis tanah air iaitu Anzalna Nasir. Beliau dijemput untuk berkongsi pengalaman kejayaan dalam bidang seni dan perniagaan yang diceburinya. Seterusnya slot ketiga adalah Slot Pertandingan Motivator: The Persuader 2019 yang merupakan pertandingan motivator yang disertai oleh pelajar UPSI yang dicalonkan oleh fakulti sendiri. Pertandingan ini telah berlangsung pada 24hb Oktober 2019 dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Dewan Sri Tanjong. Selain daripada pengisian dia atas, terdapat juga slot lain seperti Walkathon, Townhall- Kebajikan, Insurans & Exgratia, Gangguan Makhluk Halus, Ancaman Keselamatan Ragut & Jenayah serta Kesedaran Keselamatan di Air yang diuruskan oleh Ptj lain yang turut bekerjasama. Antara PTj yang turut bekerjasama adalah Bahagian Keselamatan, Pusat Kesihatan, Pusat Islam, Bahagian Sumber Manusia, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan. Secara keseluruhannya, penglibatan PTj lain dalam program-program besar universiti
36 Pusat Kaunseling SembangTokoh3:Let’sTalkwithTheProfessionals bersama Datuk Rosyam Nor dan Ahmad Fedtri Yahya Ahmad Shazwi bin Ahmad Shukri UPSI - Pada 5hb September 2019, Pusat Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris Peg Psikologi, Pusat Kaunseling (UPSI) telah menganjurkan sebuah program [email protected] Sembang Tokoh 3 bersama selebriti ternama negara Datuk Rosyam Nor dan Ahmad Fedtri Yahya. Sembang Tokoh merupakan sebuah program yang menampilkan tokoh dan selebriti dalam negara berkongsi tips kejayaan mereka dalam akademik dan kerjaya kepada pelajar dan kakitangan UPSI. Dalam usaha memberikan impak positif kepada warga UPSI dengan pendekatan yang lebih menarik, Pusat Kaunseling mengambil inisiatif untuk menganjurkan program Sembang Tokoh dengan menampilkan selebriti berbeza setiap tahun. Program yang berdurasi dua jam ini memfokuskan kepada kejayaan tokoh jemputan dalam kemahiran interpersonal dan kemahiran insaniah untuk dikongsikan kepada pelajar dan kakitangan UPSI. Lebih menarik, program Sembang Tokoh 3 telah diberikan peluang untuk dilaksanakan dalam Minggu Suai Kenal 2019. Program Sembang Tokoh 3 telah mendapat sambutan hangat daripada lebih 3400 orang pelajar UPSI. Program yang bercorak santai ini diisi dengan perkongsian kejayaan dan tips yang ampuh untuk mencapai kejayaan oleh Datuk Rosyam Nor dan Ahmad Fedtri Yahya. Pelbagai perkongsian telah diberikan oleh kedua-dua penceramah dalam usaha memberikan impak dan motivasi kepada pelajar UPSI. Pusat Kaunseling komited dalam memberikan tunjuk ajar kepada pelajar tentang prosedur pengurusan majlis yang cemerlang. Nantikan Program Sembang Tokoh 4 yang akan dijalankan pada bulan Oktober ini.
37 Pusat Kaunseling Kupasan Isu LGBT di Malaysia Bersama Warga UPSI UPSI - Warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berpeluang mendengar perkongsian Isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di Malaysia dari penceramah terkenal iaitu Tn. Hj. Hushim Bin Salleh, dari Hushim Motivational And Counselling Consultancy, yang merupakan Che Noor Hawa binti Che Ismail Pegawai Psikologi, Pusat Kaunseling [email protected] pakar dalam bidang LGBT di Malaysia. Beliau dijemput khas untuk mengupas isu ini. Manakala moderator khas yang dilantik adalah Encik Muhammad Hasbi bin Abdul Rahman, Penyelaras 1 Pusat Ulul Albab UPSI. Kupasan isu ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal tentang tanda-tanda gejala sosial berlaku serta cara untuk menghalangnya dari mempengaruhi diri, keluarga, rakan terdekat serta masyarakat. Menurut penceramah, isu ini merupakan isu yang sedang menular dalam masyarakat tanpa mengira status pendidikan, jawatan atau latar belakang seseorang. Terdapat aplikasi mudah alih yang dapat mengenal pasti individu yang terlibat dengan isu ini. Ianya mudah dimuat turun tanpa mengira masa secara percuma dan telah digunakan secara berleluasa oleh masyarakat di seluruh dunia termasuk Malaysia. Penceramah turut memberi beberapa tips untuk mendidik keluarga agar dapat mengurangi dan mencegah gejala ini menular dalam keluarga. Menurut beliau lagi, institusi kekeluargaan merupakan asas utama dalam membendung perkara ini. Pemerhatian dan pemantauan sepanjang masa daripada setiap ahli keluarga, serta didikan agama, moral, sivik dan kesihatan dalam perkara ini dapat membantu mencegah daripada keterlibatan seseorang individu. Keluarga yang bahagia menjaminkan insan yang lebih normal dalam masyarakat. Isu ini merupakan isu yang hangat dan menarik minat serta memberi kesedaran yang lebih kepada pendengar. Banyak soalan dan pandangan yang diajukan oleh warga UPSI kepada penceramah dan program yang dijangka habis pada jam 4.30 petang telah berakhir pada jam 5.30 petang. Secara keseluruhannya, program ini telah berlangsung dengan jayanya.
38 Bahagian Pembangunan Sahsiah Majlis Makan Malam Penghargaan PABM 2019 Suhaimi Zulkipli kakitangan dan pelajar UPSI yang lain untuk turut Pen. Pendaftar Kanan, BHEP menyumbang tenaga dan buah fikiran mereka. [email protected] Tidak dilupa, kerjasama dan hubungan dua hala yang kukuh di antara UPSI dan agensi-agensi luar UPSI - Universiti Pendidikan Sultan Idris telah juga perlu terus dijaga dan diperkukuhkan dalam diberi kepercayaan oleh pihak Kementerian setiap aktiviti ataupun program mendatang. Pendidikan Malaysia bagi menganjurkan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Akhir kalam, diharapkan agar penganjuran majlis Melayu 2019 (PABM 2019) pada 22 hingga 28 makan malam ini dapat meningkatkan motivasi Oktober 2019 lalu. Seramai 50 orang pelajar dan semangat semua kakitangan dan pelajar antarabangsa dari institusi pengajian tinggi yang telah terbabit dalam penganjuran program dalam dan luar negara telah menyertai program PABM 2019, untuk terus memberikan yang ini, di samping kehadiran jemputan kenamaan. terbaik serta konsisten dalam memartabatkan Kemuncak program ini adalah Majlis Perasmian nama universiti di peringkat antarabangsa. Penutupan pada 28 September 2019 yang telah disempurnakan YAB Menteri Pendidikan. Program gilang gemilang ini telah pun berlangsung dengan jayanya. UPSI amnya dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) khasnya, telah diberi ucapan tahniah dan pujian daripada pelbagai pihak atas kejayaan penganjuran ini. Justeru, bagi menghargai sumbangan yang telah dicurahkan oleh semua yang terlibat dalam menyakan program tersebut, suatu majlis makan malam khas telah diadakan pada 30 Oktober 2019 lalu, bertempat di Dewan Muallim, Scholar Suite UPSI. Majlis makan malam ini telah dihadiri oleh Naib Canselor UPSI, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Ketua Timbalan Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Pelajar, wakil daripada agensi-agensi luar yang terlibat, ketua-ketua PTj di bawah JHEPA, pegawai- pegawai di JHEPA dan semua petugas-petugas yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan PABM 2019. Majlis makan malam ini merupakan satu penghargaan dan luahan ucapan terima kasih yang tak terhingga daripada pihak Universiti kepada semua agensi-agensi luar serta petugas- petugas terbabit yang telah bertungkus lumus mengerah tenaga dan keringat demi menjayakan PABM 2019. Selain itu, pihak universiti berharap agar usaha murni ini dapat dijadikan contoh, ikutan dan pencetus semangat bagi semua
39 Jadual Ansuran Bulanan Pembiayaan Peribadi-i untuk Pelanggan Pakej Pembiayaan Peribadi-i KADAR (%) & TEMPOH PEMBIAYAAN (TAHUN) KADAR TERAPUNG KA* + 2.38 % KA* + 3.02% BERSAMAAN 3.36% 3.25% 3.64% 3.70% 3.77% 3.80% KADAR TETAP 1 3 5 7 9 10 AMAUN PEMBIAYAAN Kadar Asas (KA)* + 2.38% Kadar Terapung (Kadar Pembiayaan 861.35 304.90 197.02 149.90 124.00 115.03 dengan Perlindungan 1,722.71 609.80 394.05 299.80 248.00 230.06 3.25%bersamaan Kadar Tetap Takaful) 2,584.06 914.70 591.07 449.71 372.01 345.09 3,445.42 1,219.60 788.09 599.61 496.01 460.12 Untuk tempoh 3 tahun 10,000 4,306.77 1,524.50 985.11 749.51 620.01 575.15 20,000 5,168.12 1,829.40 1,182.14 899.41 744.01 690.17 Kami boleh membantu anda 30,000 6,029.48 2,134.30 1,379.16 1,049.32 868.01 805.20 40,000 6,890.83 2,439.20 1,576.18 1,199.22 992.01 920.23 Nikmati lebih penjimatan apabila anda menggabungkan semua komitmen 50,000 7,752.19 2,744.10 1,773.20 1,349.12 1,116.02 1,035.26 dengan Pembiayaan Peribadi-i Bank Islam. 60,000 8,613.54 3,048.99 1,970.23 1,499.02 1,240.02 1,150.29 70,000 9,474.89 3,353.89 2,167.25 1,648.93 1,364.02 1,265.32 • Jumlah pembiayaan sehingga RM200,000 Dokumen yang Diperlukan 80,000 10,336.25 3,658.79 2,364.27 1,798.83 1,488.02 1,380.35 • Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun 90,000 11,197.60 3,963.69 2,561.30 1,948.73 1,612.02 1,495.38 • Perlindungan Takaful (pilihan) • Salinan MyKad 100,000 12,058.95 4,268.59 2,758.32 2,098.63 1,736.02 1,610.41 • Salinan slip gaji 3 bulan terkini 110,000 12,920.31 4,573.49 2,955.34 2,248.53 1,860.03 1,725.44 • Penyata Bank (gaji) 3 bulan terkini 120,000 13,781.66 4,878.39 3,152.36 2,398.44 1,984.03 1,840.46 • Penyata terkini Cukai Pendapatan 130,000 14,643.02 5,183.29 3,349.39 2,548.34 2,108.03 1,955.49 140,000 15,504.37 5,488.19 3,546.41 2,698.24 2,232.03 2,070.52 atau KWSP 150,000 16,365.72 5,793.09 3,743.43 2,848.14 2,356.03 2,185.55 • Surat Pengesahan Majikan 160,000 17,227.08 6,097.99 3,940.45 2,998.05 2,480.03 2,300.58 • Salinan ID Staf (Untuk pakej majikan 170,000 180,000 terpilih sahaja) 190,000 200,000 * Kadar Asas (KA) semasa adalah 3.77% setahun. 1-3 tahun = KA +2.38% (Berkuat kuasa pada 10 Mei 2019). 4-10 tahun = KA +3.02% pEacoper Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03 26 900 900 Pelanggan dinasihati untuk membaca dan memahami terma dan syarat yang sedia ada melalui laman web kami atau kunjungi cawangan kami www.bankislam.com.my sebelum bersetuju untuk melanggan mana-mana produk atau perkhidmatan dan/atau berhampiran anda. mengambil bahagian dalam mana-mana kempen dan promosi kami.
40 JABATAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI KAMPUS SULTAN AZLAN SHAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 35900 TANJONG MALIM PERAK DARUL RIDZUAN TEL : 05 450 5327 FAKS : 05 458 3606
Search
Read the Text Version
- 1 - 40
Pages: