Rejab bin Ismail atau Rejab F.I. dilahirkan pada 12 September 1941, di Kampung Bongkok, Padang Lati, Perlis. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Santan, Sekolah Melayu Paya dan Sekolah Melayu Kangar (Lelaki). Beliau kemudiannya mengambil inisiatif belajar secara persendirian sehingga lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Sijil Pelajaran Persekutuan (SPP) dan Sijil Tinggi Pelajaran (STP). Kemudian, melanjutkan pengajian ke Universiti Sains Malaysia (USM) dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan.
Maklumat lanjut boleh didapati di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara
Anugerah Penulis Asia Tenggara atau S.E.A. Write Award merupakan anugerah yang diberikan setiap tahun sejak tahun 1979 kepada pemuisi dan penulis di Asia Tenggara. Anugerah ini diwujudkan oleh kerajaan Thailand bagi mengiktiraf para penulis dan pemuisi terkemuka di negara anggota ASEAN, iaitu Malaysia, Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam. Setiap penerima anugerah dipilih oleh panel penilai di negara masing-masing berdasarkan hasil karya yang telah terbit mengikut genre yang ditetapkan oleh pihak penganjur di Bangkok, Thailand. Anugerah berprestij ini merupakan apresiasi yang sangat besar kepada bidang sastera negara serantau. Tanggal 25 November 2019 di Hotel Mandarin Oriental Bangkok telah berlangsungnya majlis pengurniaan S.E.A Write Award yang ke-41 dan salah satu anugerah tersebut telah dikurniakan kepada Rejab Ismail atau lebih dikenali dengan nama Rejab F.I.
Search
Read the Text Version
- 1 - 5
Pages: