MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN                    TOPIK: PERISTIWA 13 MEI                              EFOLIO                                  DISEDIAKAN OLEH:                        SYAZWANA ALIA BINTI SADLI / 29DHF21F1039                WAN NUR ALYAA’ BINTI WAN ASYRAF / 29DHF21F1043                     NURAIN MAISARAH BINTI ALMIZAR / 29DHF21F1041
Pengenalan    Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik  ,ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang  berlakusecara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada  sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu  merupakansalah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan  penjajahInggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh  Inggeriscontohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.Dari sudut ekonomi  peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negetif terrhadap masyarakat Melayukhasnya dan golongan  bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan  ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British.Dasarekonomi baru yang  dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untukmengimbangi kembali kedudukan  ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia
Punca-puncaAaron Edward                   CEO & President
1. Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun  Pada zaman pendudukan Jepun.               Masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cinaumpamanya telah dilayan                   dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu.Keadaan ini berikutan Jepun                   yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan salingmendendami antara satu                   sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemaiperasaan permusuhan antara                   orang-orang Melayu dan Cina.    2. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris               Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yangberkesan dan                 telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan jugapolarisasi kaum.                 Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga dikawasan-kawasan                 lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalamekonomi masyarakat                 Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani ataunelayan kecil. Kaum India                 kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.1 Padahakikatnya kegiatan ekonomi orang-                 orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan inimenyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat                 bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan.Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam                 kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukansosio-ekonomi mereka tidak seimbang
3. Latar belakang pendidikan yang berbeza            Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada      94%meletusnyaperistiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum                merdekaterbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-              empataliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis,              membacadan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India              pulamasing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga              telahdibawa dari Negeri China dan India .4 Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik              yangtelah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal              dibandar-bandar sahaja.
4. PERTELINGKAHAN DALAM PARTI                 POLITIK    Dalam pilihan raya 1964 parti Tindakan rakyat (petir) atau PAP Singapura telah tutur serta dalam pilihan raya    .Walaupun sudah raya ada persetujuan antara Tunku danLee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak    akanmenyertai pilihan raya itu.Namun, apabila pilihan ray aitu itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai    Sembilan orang.Bgaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotan    MCA dalam perikatan,5 maka PAP yang gagaluntuk menyertai perikatan telah menukar corak kempennya dengan    menyerang UMNO dan orang-orang Melayu.Mereka muka membangkitkan kedudukan istimewa oranhg Melayu    ,soal bahasa ,malahan tarat bumiputra orang – orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa    tersinggung orang-orang Melayu.Sedangkan segala-galanya telah depersetujuinya sebelum ini.Setelah gagal dalam    pilihan raya,PAP menubuhkan Konvensyen perpaduan Malaysia(KPM) dengan disertai oleh parti progresif rakyat    dan parti rakyat Bersatu Sarawak .KPM juga telah menyebarkan cogan kata ‘Malaysia hak orang Malaysia’(Malaysia    Malaysia)dengan tujuan supaya hak istimewanya orang Melayu atay bumiputra dihapuskan.
5. PERASAAN TIDAK PUAS HATI TERHADAP HAK ISTIMEWA  ORANG MELAYU.                        PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa                          orang Melayu dalam perlembagaan .Oleh itu, menurut Jomo dalam bukunya “Pembangunan ekonomi dan                          kelas social di semenanjung Malaysia” isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak                          puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu.Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang                          melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina.    6. BAHASA MELAYU SEBAGAIBAHASA  RASMI MELAYU                                            Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan factor kepada peristiwa 13 Mei .Berikutnya                                             perisytihraan kemerdekaan Tanah Melayu 1957,sebuah perlembagaan persekutuan telah dibentuk yang antara                                             lainnya menyatakn dengan jelas tentang kedudukan bahasa melayu dan bahasa inggeris adalah sebagai bahasa                                             rasmi negara .Selepas 10 tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Melayu sahaja                                             diiktiraf sebagai bahasa rasmi .Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967kerajaan telah mengadakan pelbagai                                             kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu.Antara kempen yang dijalankan ialah Bahasa                                             Kebangsaan ,Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan .Pelaksanaan penggunaan Bahasa                                             Kebangsaan telah dilapori oleh Dewan Bahasa da Pustaka dengan dimpimpin oleh Syed Nasir bin Ismail.
KESIMPULAN                             “Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum                           yang menggariskansempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua                                  pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negarabangsa yang                            mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapapentingnya integrasi                          nasional. Andaikata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimenafaatkan sudahtentu                          cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi                                                                        bayangan sahaja”
                                
                                
                                Search
                            
                            Read the Text Version
- 1 - 8
Pages:
                                             
                    