Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Pendidikan_Jasmani_dan_Pendidikan_Kesihatan_Tahun_4_SK

Pendidikan_Jasmani_dan_Pendidikan_Kesihatan_Tahun_4_SK

Published by g-20023247, 2021-01-17 13:02:10

Description: Pendidikan_Jasmani_dan_Pendidikan_Kesihatan_Tahun_4_SK

Search

Read the Text Version

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4 SEKOLAH KEBANGSAAN PENULIS AFIZUDIN BIN IDRUS GANANATHAN A/L M.NADARAJAH EDITOR HAMIDAH BINTI AHMAD PEREKA BENTUK SURIANTI BINTI HASAN ILUSTRATOR ROSLAN BIN IBRAHIM Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2019

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA No. Siri Buku: 0008 PENGHARGAAN KK 613-221-0102011-49-2478-20101 Penghasilan buku ini melibatkan kerjasama ISBN 978-983-49-2478-2 banyak pihak. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada semua Cetakan Pertama 2019 pihak yang terlibat seperti yang berikut: © Kementerian Pendidikan Malaysia 2019 • Jawatankuasa Penyemakan Naskhah Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan Sedia Kamera, Bahagian Sumber dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan dan Teknologi Pendidikan, semula, disimpan dalam cara yang boleh Kementerian Pendidikan Malaysia. dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik • Pegawai-pegawai Bahagian Sumber dengan cara bahan elektronik, mekanik, dan Teknologi Pendidikan dan Bahagian penggambaran semula mahupun dengan Pembangunan Kurikulum, cara perakaman tanpa kebenaran terlebih Kementerian Pendidikan Malaysia. dahulu daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Jawatankuasa Peningkatan Mutu, Perundingan tertakluk kepada perkiraan Dewan Bahasa dan Pustaka. royalti atau honorarium. • Jawatankuasa Pembaca Luar, Diterbitkan untuk Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka, • IPG Kampus Ilmu Khas, Jalan Dewan Bahasa, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. 50460 Kuala Lumpur. No. Telefon: 03-21479000 (8 talian) • Sekolah Kebangsaan Kampung Daching, No. Faksimile: 03-21479643 Lenggeng, Negeri Sembilan. Laman Web: http://www.dbp.gov.my • Sekolah Kebangsaan Taman Midah (1), Reka Letak dan Atur Huruf: Cheras, Kuala Lumpur. MPH Printing Sdn. Bhd. • Sekolah Kebangsaan Haji Dorani, Muka Taip Teks: Azim Sungai Besar, Selangor. Saiz Muka Taip Teks: 14 poin • Sekolah Kebangsaan Putrajaya, Dicetak oleh: Presint 14, Putrajaya. Aslita Sdn. Bhd., Lot 20, Jalan 4/10b, • Sekolah Kebangsaan Dato’ Shahbandar Springcrest Industrial Park, Abu Bakar, Labu Hilir, Labu, Batu Caves, Negeri Sembilan. 68100 Kuala Lumpur.

KANDUNGAN PENDAHULUAN iv 1 UNIT 1 GERAK GIMNAS 11 15 UNIT 2 GERAK KREATIF BERTEMA 21 29 UNIT 3 JOHAN KATEGORI SERANGAN 35 49 UNIT 4 SEDIA BERTARUNG 55 61 UNIT 5 PEMUKUL HEBAT PEMADANG CEKAP 65 75 UNIT 6 MENGEJAR JUARA 95 99 UNIT 7 KESELAMATAN DIUTAMAKAN UNIT 8 REKREASI BERILMU UNIT 9 KECERGASAN DIRI UNIT 10 EMPAT “K” DAN SATU “D” UNIT 11 SAYANGI DIRI UNIT 12 PEMAKANAN SIHAT UNIT 13 BUKAN KUPINTA

PENDAHULUAN Buku teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 4 Sekolah Kebangsaan ini ditulis berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) Tahun 4 (Semakan 2017). Buku ini diterbitkan sejajar dengan matlamat DSKP PJPK Tahun 4 Sekolah Kebangsaan (Semakan 2017), iaitu untuk membina murid menjadi individu yang cergas, sihat, berkemahiran, berpengetahuan dan mengamalkan nilai murni. Semua ini diperoleh melalui aktiviti fizikal dalam pergerakan asas, permainan, pergerakan berirama dan bersukan. Di samping itu, murid dapat mengamalkan penjagaan kesihatan diri, hubungan kekeluargaan, kemasyarakatan dan persekitaran. Semua ini dapat dicapai menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat panjang yang berkualiti. Kandungan buku teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 4 Sekolah Kebangsaan ini dibahagikan kepada dua komponen, iaitu komponen Pendidikan Jasmani dan komponen Pendidikan Kesihatan. iv

Komponen Pendidikan Jasmani yang terdapat dalam Unit 1 hingga Unit 8 terdiri daripada bidang kemahiran yang mengandungi Kemahiran Gimnastik Asas, Pergerakan Berirama, Kemahiran Asas Permainan Mengikut Kategori, Olahraga Asas, Akuatik Asas serta Rekreasi dan Kesenggangan. Unit 9 hingga Unit 10 pula terdiri daripada bidang kecergasan, iaitu Konsep Kecergasan dan Kecergasan Fizikal Berdasarkan Kesihatan. Semua kemahiran ini disusun mengikut domain psikomotor, kognitif dan afektif. Komponen Pendidikan Kesihatan yang terdapat dalam Unit 11 hingga Unit 13 terdiri daripada tiga elemen, iaitu Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS), Pemakanan dan Pertolongan Cemas. Kandungan buku teks ini dipersembahkan dalam pelbagai bentuk persembahan teks berserta ilustrasi atau foto bagi menarik perhatian murid mempelajari sesuatu kemahiran dan mengaplikasikannya dalam kehidupan harian. Terdapat juga informasi tambahan dan informasi aspek keselamatan agar murid lebih memahami konsep yang disampaikan tanpa mengabaikan keselamatan ketika beraktiviti. Bagi mencambahkan pemikiran murid, elemen merentas kurikulum, seperti kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan keusahawanan diterapkan. Bagi merangsang pemikiran murid, elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) disediakan bagi menguji keupayaan murid mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta sesuatu berdasarkan topik yang dipelajari. v

Buku teks ini juga disertakan dengan ikon yang dapat membantu murid mengenal pasti aspek yang dinyatakan. Ikon tersebut adalah seperti yang berikut: PENGUKUHAN Soalan atau aktiviti yang lebih mencabar. Soalan untuk mengukuhkan pemahaman murid. PERINGATAN Maklumat tambahan. TENTANG ASPEK KESELAMATAN Soalan Kemahiran Berfikir Soalan Menguji atau Aras Tinggi (KBAT) untuk berkaitan mencabar merangsang pemikiran murid. dengan topik yang kreativiti murid. IMBAS SAYA dipelajari. Bahan tambahan dalam bentuk Mengandungi pautan laman multimedia. web atau kata kunci untuk mencari maklumat. NOTA Maklumat tambahan atau cadangan GURU melaksanakan pengajaran dan pemudahcaraan untuk guru. Persembahan buku teks ini juga diceriakan dengan beberapa karakter yang berfungsi menyampaikan tip atau panduan penting berkaitan dengan kemahiran yang dipelajari. Penghasilan dan penerbitan buku teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 4 Sekolah Kebangsaan ini dapat membantu murid menguasai kemahiran yang dihasratkan serta mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang hayat. vi

1UNIT GERAK GIMNAS Sofia, Mei Lin dan Shanti berkunjung ke sebuah pusat beli-belah. Di situ, mereka tertarik untuk bertanyakan tentang program khas pencarian bakat muda sukan gimnastik. Setelah mendapatkan penerangan, mereka berasa sangat teruja untuk menyertai program tersebut. UNTBUPAEKKNACTASMRIEAUMNDAUA Mengapakah kamu hendak menyertai program ini? Program ini dapat membantu saya mencapai cita-cita untuk menjadi gimnas negara. Nanti, saya dapat mengharumkan nama negara. 1

RIANG BERGERAK Kelab Gimnastik Muda Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga sedang bermain permainan toe-tug walk secara individu dan pergerakan lipan secara berkumpulan. Kedua-dua aktiviti ini memerlukan keseimbangan tubuh badan untuk bergerak lancar. TOE-TUG WALK 3KUMPULAN 2KUMPULAN TAMAT MULA 1KUMPULAN Saya yakin boleh melakukan aktiviti ini. IMBAS SAYA Faktor yang mempengaruhi imbangan tubuh badan ialah luas tapak sokongan, bilangan Pergerakan tapak sokongan dan kedudukan pusat graviti. Toe-Tug Walk Sumber: Kinesiology, Scientific Basis of Human Motion, Eight Edition (1992) hlm. 417-418. 2 1.1.1 2.1.1 5.2.2

Kamu boleh mengekalkan keseimbangan tubuh badan dengan cara meluaskan tapak sokongan dan mengekalkan kedudukan pusat graviti. PERGERAKAN LIPAN TAMAT mula PASTIKAN Apakah yang berlaku IMBAS SAYA KAWASAN jika luas permukaan tapak PANTAI BEBAS sokongan dikecilkan? Pergerakan DARIPADA Lipan OBJEK TAJAM. 3

ARAS KESTABILAN Fahmi dan rakannya sedang melakukan aktiviti imbangan. Mereka melakukan pelbagai aksi imbangan satu tapak sokongan dan tiga tapak sokongan. Mari kita lakukan aksi seperti mereka. Bagaimanakah mereka dapat mengekalkan imbangan? Murid berbaju kuning, Semakin tinggi aras Semakin banyak satu tapak sokongan. lakuan, badan menjadi bilangan tapak sokongan, Murid berbaju hijau, tiga tapak sokongan. kurang stabil kerana semakin mudah untuk kedudukan pusat graviti mengekalkan keseimbangan kerana luas tapak sokongan semakin jauh dari tapak sokongan. lebih besar. Semakin rendah aras lakuan, badan menjadi semakin stabil kerana kedudukan pusat graviti semakin dekat dengan tapak sokongan. PUSAT GRAVITI Apakah yang mungkin berlaku jika Buat carian di Internet dengan menggunakan kedudukan pusat graviti tidak berada kata kunci “base of support”. Kemudian, cari di tengah-tengah tapak sokongan? perkaitan antara bilangan tapak sokongan dengan luas permukaan tapak sokongan. 4 1.1.2 2.1.2 5.1.5

DUNIA TERBALIK Susan melakukan imbangan songsang dengan sokongan pada kepala dan tangan. Kekuatan otot tangan, otot teras serta otot tengkuk memainkan peranan penting dalam mengekalkan keseimbangan lakuan. Badan lebih stabil Bagi mengelakkan risiko apabila pusat kecederaan, kamu perlu fokus 1 dan minta bantuan rakan atau graviti rendah dan tapak sokongan guru sebagai penyokong. yang luas. Pastikan kedudukan tangan sebagai tapak sokongan seimbang antara kiri dengan kanan. 2 PUSAT GRAVITI 3 OTOT TERAS 5 4 Saya boleh menggunakan tilam bertanda supaya mudah menentukan kedudukan tapak sokongan. Buat carian di Internet dengan menaip Mengapakah imbangan dapat dilakukan kata kunci “headstand” dan cari tip dengan mudah semasa kedudukan badan lakuan dirian kepala yang betul. masih pada aras rendah berbanding setelah kaki dilejangkan ke atas? 1.1.3 2.1.2 5 5.2.3

TINGGI KE RENDAH PASTIKAN PENYOKONG Kok Meng sedang melakukan aksi hambur tangan dari aras tinggi dan mendarat di aras rendah. Lakuan hambur SENTIASA tangan memerlukan kekuatan otot tangan dan otot teras. BERSEDIA Koordinasi antara kekuatan otot tangan dengan otot teras MENYOKONG mempengaruhi kestabilan. LAKUAN PELAKU. 2 Lonjak dan lejangkan kedua-dua belah kaki sehingga lakuan dirian tangan tegak. 3 Luruskan kaki dan mendarat. 1 Letakkan kedua-dua tapak tangan di atas peti lombol. Kamu boleh menggunakan papan anjal atau trampolin untuk melonjakkan kaki. Bagaimanakah kawalan Buat carian di Internet tentang pernafasan sewaktu melakukan hambur tangan bagi mendapatkan aktiviti hambur tangan? teknik lakuan yang betul. 6 1.2.1 2.2.1 5.1.3

EYE ON MALAYSIA Ramu dan Zeti telah menghadiri latihan gimnastik di Kompleks Sukan Bukit Jalil. Mereka dilatih cara melakukan putaran roda. Koordinasi antara pergerakan tangan dengan kaki perlu serentak semasa melakukan putaran roda. Apabila badan saya dicondongkan, Pusat graviti ialah titik kedudukan pusat graviti berubah dan keseimbangan sesuatu objek. menyebabkan badan saya mudah Titik keseimbangan ini akan menjadi kurang stabil apabila sesuatu objek membuat putaran. berubah bentuk atau bergerak. Letakkan tangan ke lantai Aktiviti ini agak sukar sebagai sokongan untuk lakuan tapi saya seronok melakukannya. dirian tangan dan mendarat. PUSAT GRAVITI Badan saya terus bergerak kerana ada momentum. Adakah kedudukan kaki perlu Momentum ialah jumlah pergerakan yang sentiasa diluruskan semasa ada pada jasad yang bergerak. Jasad akan lakuan putaran roda? Mengapa? terus bergerak bergantung pada perubahan berat dan halaju jasad itu. 1.3.1 2.3.1 Sumber: Basic Biomechanics (1991) hlm. 330-331 5.2.4 7

1, 2, 3 … GULING Sekolah Kebangsaan Dang Hanum telah mengadakan sambutan Hari Sukan Negara peringkat sekolah. Sapri dan rakan-rakannya telah mempersembahkan satu aksi guling depan dan guling belakang posisi straddle secara berterusan. Kedudukan kaki perlu dirapatkan dengan badan selepas gulingan pertama untuk meneruskan gulingan kedua. 1 GULING DEPAN 2 3 4 5 6 GULING PUSAT GRAVITI Saya perlu BELAKANG membulatkan dan mengekalkan bentuk 1 badan supaya 2 momentum pergerakan 3 berterusan. Nyatakan peranan anggota tangan semasa 4 lakuan guling depan dan guling belakang. 5 8 1.3.2 1.3.3 2.3.1 5.1.1

AKSI SI DALI Dali seronok melakukan lakuan bergayut dan mengayun pada palang. Dia juga belajar tentang jenis genggaman untuk bergayut dan mengayun pada palang. GENGGAMAN GENGGAMAN GENGGAMAN CAMPURAN BAWAH ATAS Untuk menukar Untuk ayunan Untuk ayunan posisi ayunan. ke belakang. ke hadapan. DILARANG Apakah yang akan berlaku apabila sudut BERGAYUT ayunan ke hadapan terlalu besar jika PADA PALANG bergayut menggunakan genggaman bawah? TANPA PENGAWASAN GURU. 1.4.1 9 2.4.1 5.1.4

UNIT 1 sedmi Jubaaawwsaoabahl.an UJI MINDA 1. Tandakan sebagai pusat graviti pada kedudukan yang betul bagi gambar di bawah. 2. Susun ansur maju lakuan imbangan songsang dengan betul. 3. Nyatakan jenis genggaman yang digunakan untuk bergayut dan mengayun pada palang. (a) ___________________________________ (b) ___________________________________ (c) ___________________________________ 4. Gambar menunjukkan lakuan imbangan dengan satu, dua dan empat tapak sokongan. Lakuan yang manakah paling stabil? Nyatakan sebab pilihan kamu itu. (a) (b) (c) ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ 10

2UUNNITIT GGEERRAAKKKKRREEAATTIIFF BBEERRTTEEMMAA David, Ramesh dan murid Tahun 4 Pujangga, sedang membuat persembahan kreatif bertema bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan di sekolah mereka. Mereka berasa sungguh seronok ketika membuat persembahan tersebut. Apakah tema pergerakan kreatif yang sedang mereka persembahkan? 11

RANCAK DAN BERGAYA David, Ramesh dan rakan sekelas mereka telah memilih tema ketenteraan. Mereka melakukan pelbagai jenis pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor untuk dipersembahkan dengan iringan muzik. Saya berasa yakin melakukan 1 2pergerakanini. BERKAWAD MELUTUT Mereka melutut, 5 menghendap, meniarap, berguling Saya berguling BERGULING dan meniti untuk untuk bergerak mengelakkan serangan musuh. pantas. PENGUKUHAN Senaraikan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor daripada pergerakan di atas. 12

I CT IMBAS SAYA Taip kata kunci “Creative movement in gymnastics” Pergerakan untuk melihat pelbagai pergerakan kreatif yang Kreatif boleh kamu cuba. Bertema Cadangan lagu: Taip \"I Like to Move It\" untuk mendengar lagu yang dicadangkan bagi aktiviti tema ketenteraan ini. (capaian pada 7 Ogos 2019) Saya yakin boleh melakukan 3 4aktivitiini. 6MENGHENDAP MENIARAP Saya meniarap Saya meniti untuk melalui dengan berjalan lurus ruang yang untuk menyeberangi sungai. sempit. Pergerakan kreatif yang dipilih mesti mempunyai kesedaran ruang, kesedaran aras dan langkah lurus. MENITI Dalam satu kumpulan kecil, pilih satu tema dan cipta beberapa 1.5.1 pergerakan kreatif menggunakan 1.5.2 muzik pilihan kamu. 2.5.1 5.2.2 13

UJI MINDA sedmi Jubaaawwsaoabahl.an 1. Nyatakan justifikasi jika kamu memilih untuk melakukan empat jenis pergerakan di bawah. PERGERAKAN JUSTIFIKASI (a) Berkawad (b) Menghendap (c) Berguling (d) Meniarap 2. Dalam kumpulan kecil, pilih salah satu tema di bawah. Reka cipta satu pergerakan kreatif bertema berdasarkan watak tersebut. Kamu bebas memilih muzik yang sesuai. Masa persembahan ialah tiga minit. (a) Tema adiwira. (b) Tema flora dan fauna. (c) Tema watak kartun. (d) Tema pekerjaan. 14

JOHAN KATEGORI 3UNIT SERANGAN Pada waktu petang, Chin Foo dan Aisyah bermain pelbagai permainan kategori serangan. Kamu perlu mengetahui kemahiran, taktik dan strategi permainan untuk memenangi semua permainan yang disertai. Namakan permainan lain yang termasuk dalam permainan kategori serangan. 15

JAUH DAN DEKAT Chin Foo dan rakan-rakan sedang berlatih kemahiran menghantar dan menerima bola menggunakan alatan pada pelbagai jarak. Kemahiran menghantar dan menerima bola digunakan untuk menggerakkan bola dengan pantas ke kawasan lawan. KTOINTITKAK Kedudukan titik kontak di antara alatan dengan bola amat penting untuk memastikan ketepatan, ketinggian, arah dan kelajuan bola. Jika rakan Jika rakan Saya mesti sepasukan saya sepasukan berada fokus pada berada jauh, saya dekat, saya menolak pergerakan bola mesti menolak bola supaya dapat bola dengan menerima bola dengan kuat. perlahan. dengan tepat. 3m 5m 8m MENGHANTAR MENERIMA Sebelum menghantar bola, sebut nama rakan kamu supaya dia bersedia. Titik kontak ialah titik pertemuan atau sentuhan di antara anggota badan atau alatan dengan bola semasa menghantar atau menerima bola. NOTA 1. Laksanakan permainan menghantar dan menerima bola secara berpasangan seberapa 1.6.1 GURU banyak yang boleh dalam tempoh yang ditentukan. 1.6.2 2.6.1 16 2. Pastikan jarak di antara pemain berbeza-beza supaya mereka dapat menetapkan 2.6.2 5.4.1 kelajuan hantaran yang sesuai.

RAJA KELECEK RAJA MENGADANG Shafik digelar Raja Kelecek kerana dia mahir mengelecek untuk mengawal bola dan melepasi pihak lawan. Asrul pula digelar Raja Mengadang kerana dia mahir mengadang pemain lawan daripada meneruskan serangan. David, kamu mesti Ketika Saya mesti bergerak ke ruang mengelecek, menutup ruang bola mesti rapat kosong dengan kosong untuk di kaki supaya mudah mendapatkan bola. untuk mengubah arah segera untuk pergerakan menghalang lawan bola. mendapatkan bola. Baik, cikgu. Sebagai pengadang, saya perlu mendekatkan diri dan membayangi pemain lawan untuk menghalang dia menghantar bola kepada rakannya. 1.6.1 NOTA 1. Pastikan murid mengelecek melepasi pengadang dan menghantar bola 1.6.2 GURU kepada rakan untuk menjatuhkan kon. 1.6.3 1.6.4 2. Sesuaikan bilangan pemain dan keluasan kawasan. 17 2.6.3 3. Tambahkan bilangan kon sebagai sasaran menjaringkan gol. 2.6.4 5.3.1

PANTAS PINTAS CEPAT TAKEL Aisyah dan rakan-rakan sedang belajar kemahiran memintas dan takel. Kedua-dua kemahiran ini bertujuan untuk merampas bola daripada pihak lawan dan menghalang mereka menjaringkan gol. Kemahiran Kedudukan tangan memintas mesti betul apabila menangkap memerlukan bola dari pelbagai arah supaya koordinasi antara mata, tangan saya dapat melaksanakan dengan kaki. pergerakan yang seterusnya dengan lancar. Saya perlu memintas bola ini. Saya perlu 1.6.1 berada berdekatan 1.6.2 supaya mempunyai 1.6.5 masa untuk menyekat 1.6.6 2.6.5 dan mengawal 5.2.2 bola. Nyatakan kedudukan terbaik pemain bertahan untuk memintas bola daripada pasukan lawan. Berikan justifikasi kepada jawapan kamu. 18

JARINGAN TEPAT Ini peluang terbaik untuk saya menjaringkan Shahril berjaya menjaringkan gol ketika perlawanan akhir dalam permainan gol. Saya tidak boleh kategori serangan. Kemahiran menjaring menghampakan ialah kebolehan mengatasi pemain pasukan saya. pertahanan serta penjaga gol lawan dengan Shahril, cari memasukkan bola ke dalam ruang untuk gawang lawan. menjaringkan gol. Kamu boleh! Saya mesti Saya perlu cuba menahan bola berada di ruang ini daripada memasuki kosong supaya mudah menjaringkan gol. gawang. Apakah yang perlu dilakukan oleh pemain pertahanan supaya 1.6.7 pemain lawan tidak menjaringkan gol? Huraikan pendapat kamu. 2.6.6 5.4.3 19

UJI MINDA sedmi Jubaaawwsaoabahl.an 1. Isi tempat kosong dengan jawapan yang disediakan. Takel Mengadang Menjaring Memintas Mengelecek (a) _______________ - merebut bola daripada kawalan pasukan lawan. (b) _______________ - mendapatkan bola yang dihantar oleh pemain lawan. (c) _______________ - menghalang pemain lawan daripada menghantar bola atau menjaringkan gol. (d) _______________ - mengatasi pemain lawan dalam kawasan yang kecil. (e) _______________ - memasukkan bola ke gawang lawan. 20

4UNIT SEDIA BERTARUNG Jamal dan Jamilah merupakan atlet Sekolah Kebangsaan Berlian. Mereka telah mengharumkan nama sekolah selepas menjadi johan permainan kategori jaring pada peringkat negeri. JARINGjohanPERMAINAN KATEGORI 21

BIJAK MULA BIJAK TERIMA Pukul pada titik kontak bola untuk Jamal dan rakan-rakan sedang bermain menentukan arah tuju permainan tiga serangkai berstesen. Mereka bola dan jarak melakukan servis bawah dan menerima servis hantaran. dengan menggunakan anggota badan dan alatan. Kontak tangan C di antara bahagian bawah dengan tengah bola semasa servis akan menyebabkan bola dihantar ke gelanggang lawan dengan baik. B A Saya perlu servis bola ke ruang kosong supaya pihak lawan sukar untuk membalas servis. PENGUKUHAN PASTIKAN LANTAI Apakah perbezaan antara GELANGGANG TIDAK BASAH kedudukan titik kontak semasa DAN BERPASIR UNTUK servis dengan terima servis? MENGELAKKAN KAMU TERJATUH DAN TERCEDERA. 22

Titik Kontak Cipta alatan seperti raket dengan menggunakan kotak Bawah Di antara Tengah terpakai dan teras tisu gulung. bola bawah dengan bola Pukulan pada tengah bola titik kontak tengah bola semasa menghantar bola menyebabkan arah pergerakan bola mendatar. Selepas ini, Saya perlu saya akan menerima bola menanduk untuk pada titik kontak menghantar di antara bawah dengan tengah bola bola. supaya bola dapat dikawal dengan baik. Wah, servis Badin sangat laju! Saya mesti berlatih bersungguh-sungguh untuk menjadi hebat seperti dia. Lakukan servis bawah menggunakan tangan pada titik kontak bawah, tengah dan atas bola. Nyatakan arah pergerakan bola selepas servis tersebut. 1.7.1 NOTA 1. Bahagikan murid kepada kumpulan kecil. 23 1.7.2 GURU 2. Servis bola dengan menggunakan tangan, kaki atau alatan. 1.7.3 2.7.1 3. Terima dan hantar bola dengan menggunakan tangan, kaki atau alatan kepada pihak lawan. 5.3.2 4. Jika berjaya menerima dan menghantar bola, pasukan akan mendapat dua mata. 5. Hanya tiga kali sentuhan dibenarkan. 6. Pemenang ialah pasukan yang terlebih dahulu mencapai mata penamat.

TUTUP RUANG Mata perlu fokus pada bola, buka kaki Jamil perlu pantas dan tangkas ketika seluas bahu dan fleksi mengawal gelanggang. Dia perlu menguasai lutut. Tangan perlu pantas kemahiran gerak kaki ke pelbagai arah menyangga bola ketika supaya badannya stabil serta dapat membuat gerak kaki menerima dan menghantar bola dengan kemas dan tepat. ke pelbagai arah. Posisi sedia Gerak kaki ke pelbagai arah untuk menerima dan menghantar bola ke pelbagai arah dengan tangan. Apakah latihan untuk meningkatkan ketangkasan dalam kemahiran gerak kaki? 24

Posisi sedia Gerak kaki ke pelbagai Gerak kaki ke pelbagai arah bergantung pada arah untuk menerima ketangkasan dan masa dan menghantar bola tindak balas seseorang. ke pelbagai arah Posisi sedia dengan kaki. Buat carian di Internet dengan Gerak kaki ke pelbagai menaip kata kunci “agility drill” arah untuk menerima bagi mengetahui cara untuk dan menghantar bola meningkatkan ketangkasan kemahiran gerak kaki. ke pelbagai arah dengan alatan. 1.7.4 NOTA 1. Bahagikan murid kepada kumpulan kecil. 2.7.2 GURU 2. Setiap anggota kumpulan dikehendaki melakukan aksi mengawal gelanggang sambil 5.1.5 menghantar bulu tangkis atau menimang bola dengan betul sebanyak lima kali. 25 3. Lakuan yang berjaya akan mendapat satu mata. 4. Pemenang ialah kumpulan yang mengumpul mata paling banyak.

SILANG-MENYILANG Buat carian di Internet dengan menaip kata kunci “forehand Afif dan rakan-rakannya sedang stroke” dan “backhand stroke” mencuba kemahiran pukulan untuk melihat teknik lakuan pukulan pepat dan pukulan kilas dengan pepat dan pukulan kilas yang betul. menggunakan alatan. PUKULAN PEPAT Mengayun PUKULAN KILAS Mengayun raket dari luar raket dari dalam sisi ke dalam. ke luar sisi. Jangan Saya berjaya Saya perlu biarkan bola melakukan tiga berkedudukan sisi dan buka kaki seluas bahu apabila bola tersasar. pukulan. datang ke kanan supaya lebih Yakin boleh! bersedia untuk membalas pukulan. GARISAN SASARAN Jika bola menuju tepat ke arah bahagian badan, apakah pukulan yang sesuai dilakukan? NOTA 1. Bahagikan murid kepada kumpulan kecil. 1.7.5 GURU 2. Pukul bola supaya melepasi garisan sasaran sama ada dengan pukulan pepat atau pukulan kilas. 2.7.2 3. Pukul semula bola yang melantun dari dinding. Jika berjaya menghantar semula bola, pasukan 5.2.2 26 akan mendapat satu mata. Jika bola jatuh, tiada mata diberikan. 4. Pemenang ialah kumpulan yang memungut mata paling banyak.

REBUT PELUANG Ganesh handal mengumpan bola dengan menggunakan kaki. Suzi pula menguasai kemahiran mengumpan bola dengan menggunakan tangan. Kedua-dua kemahiran ini memerlukan ketangkasan pergerakan kaki dan keseimbangan badan. Postur badan Saya akan hendaklah tegak mengumpan bola untuk mendapatkan keseimbangan badan ini kepada Suzi. semasa mengumpan bola. Penggunaan daya yang betul serta koordinasi antara mata dengan tangan sangat penting semasa mengumpan bola. Mata mesti fokus pada pergerakan bola. Tangan pula perlu ekstensi semasa menolak bola. Tonton video teknik mengumpan bola dalam Apakah yang akan berlaku jika sukan bola tampar dengan menaip “Art of kedudukan postur badan tidak Coaching Volleyball - Setting (Portland Clinic)”. tegak semasa mengumpan bola? 1.7.6 NOTA 1. Bahagikan murid kepada kumpulan kecil (tiga orang satu kumpulan). 2.7.3 GURU 2. Setiap kumpulan dikehendaki bermain permainan bola tampar dan sepak takraw 5.4.2 ubah suai (ketinggian jaring dikurangkan kepada 1.2 meter dan saiz gelanggang 27 dikecilkan dan mengikut peraturan sebenar). 3. Dua kumpulan yang mengumpul mata paling banyak akan berlawan di pentas akhir untuk menentukan juara.

UJI MINDA sedmi Jubaaawwsaoabahl.an 1. Apakah yang akan berlaku jika titik kontak bola yang diservis terkena pada bahagian: (a) bawah bola? ___________________________________________________ (b) di antara bawah dengan tengah bola? ___________________________________________________ (c) tengah bola? ___________________________________________________ 2. Nyatakan jenis pukulan dengan menggunakan alatan bagi gambar di bawah. 3. Yang manakah kedudukan sedia yang betul dalam permainan kategori jaring? 28

PEMUKUL HEBAT 5UNIT PEMADANG CEKAP Alice meminati permainan kategori pukul dan memadang. Dia berazam menjadi seorang pemukul yang hebat dan pemadang yang cekap. Alice rajin berlatih untuk meningkatkan kemahiran memukul dan memadang. TalShaeuinnkaadhraalkaitkeamarmsnkeupabpetueretgm.romaraiiniinanian?n 29

MEMBALING TEPAT MENANGKAP CEKAP David mahir membaling bola ke sasaran dengan tangan lurus mengikut arah pusingan jam dan melawan arah pusingan jam. Dia juga mahir membaling bola dengan balingan sisi. Ramesh pula cekap menangkap bola dari pelbagai arah dan aras. MEMBALING Saya mesti memanggil nama kawan sebelum membaling. Tangan lurus ikut jam. Tangan lurus lawan jam. Sisi. Lakuan tangan untuk balingan tangan lurus ialah pergerakan tangan mengikut atau melawan arah jam. Balingan sisi ialah membaling bola dari belakang ke hadapan sehingga tangan searas bahu. 30

Hulurkan kedua-dua tapak tangan yang terbuka di hadapan badan semasa menangkap bola dari pelbagai arah dan aras. MENANGKAP Walaupun bola tinggi, saya mesti cuba menangkap bola ini. Atas kepala. Aras dada atau sisi. Leret. PENGUKUHAN Apakah jenis balingan yang sesuai untuk melepasi pemain lawan yang berdiri di hadapan? Kenapa? 1.8.1 NOTA 1. Bentukkan pasukan A dan pasukan B. 1.8.2 GURU 2. Pasukan A membaling bola dengan tangan lurus pada pelbagai arah kepada pasukan B. 1.8.3 3. Pasukan B pula akan menangkap bola tersebut dan membaling semula kepada pasukan A. 1.8.4 4. Teruskan membaling dan menangkap bola seberapa banyak yang boleh dalam tempoh 31 2.8.1 2.8.3 yang ditetapkan. 5.2.5

CEKAP MEMUKUL CEKAP MEMADANG Ramesh dan rakan-rakan sedang bermain permainan yang melibatkan pasukan pemadang dan pasukan pemukul. Pemukul mesti cekap memukul bola dan bergerak pantas ke tapak (bes) yang ditetapkan. Pemukul juga boleh menahan bola dengan alat pemukul untuk mengelirukan pasukan pemadang. Pemadang ialah pasukan Pemukul ialah pasukan yang bertahan dan berusaha penyerang yang akan mematikan pasukan lawan. memukul bola dan mendapatkan bilangan larian yang tinggi. Berlari dari tapak ke tapak selepas memukul bola. Pukul di bahagian bawah bola. Pukul di bahagian tengah bola. Pukul di bahagian atas bola. Fokuskan mata pada pergerakan bola. Letakkan bet pada aras bahu. Fleksikan lutut. Hayun bet dengan laju dan kontak bola. 32

Pemadang lain bergerak ke tapak terdekat dan bersedia untuk menerima bola. Kamu boleh memilih untuk menahan bola. Kedudukan tangan mestilah betul apabila menangkap bola dari pelbagai arah supaya saya dapat melaksanakan pergerakan seterusnya untuk mematikan pihak lawan. Pemadang terdekat berlari untuk menangkap bola. Kemudian, baling bola ke arah tapak yang sesuai untuk mematikan pemain lawan. Saya mesti berlari pantas ke tapak sebelum dimatikan. Ramalkan apakah yang berlaku sekiranya kamu memukul bola di bahagian tengah bola? 1.8.5 NOTA 1. Pemukul yang berjaya memukul bola mesti berlari ke tapak yang berdekatan. 1.8.6 GURU 2. Pasukan pemukul akan bergilir-gilir memukul bola untuk mendapatkan seberapa banyak larian. 2.8.2 3. Satu larian bermaksud larian lengkap satu pusingan yang dilakukan oleh pemukul dari 2.8.3 33 5.3.1 pangkalan (home bes) dan kembali semula ke pangkalan. 4. Pasukan pemukul boleh juga menahan bola dengan alat pemukul. 5. Pasukan pemadang akan menangkap bola dan membaling ke tapak terdekat atau ke pangkalan untuk mematikan larian pemukul.

UJI MINDA sedmi Jubaaawwsaoabahl.an 1. Berdasarkan gambar di bawah, lukis arah pergerakan bola mengikut titik kontak di antara bola dengan alat pemukul. Ab 2. Perhatikan rajah di bawah. Kemudian, jawab soalan berikutnya. H1, H2, H3, H4 ialah pasukan pemukul manakala P1, P2, P3, P4, P5 ialah pasukan pemadang. P5 berjaya menangkap bola leret yang dipukul H4. P3 P2 P4 H2 P1 H3 P5 H1 H4 Andaikan kamu P5. Apakah tindakan kamu seterusnya? Mengapakah kamu memilih tindakan tersebut? Jelaskan. 34

6UNIT MENGEJAR JUARA Tawi aktif bersukan. Dia meminati sukan olahraga dan bercita-cita menjadi olahragawan dunia suatu hari nanti. 35

(A) ASAS BERLARI Tegakkan kepala dan halakan Formula 1 Postur badan ketika pandangan berlari di laluan lurus. ke hadapan. Bersempena Condongkan dengan Hari badan Sukan Sekolah ke hadapan. Kebangsaan Tinggikan lutut. Taman Satria, Tawi, Chin An Lari laju dan Zara di laluan lurus. menyertai acara larian. Ayun tangan kiri menghala ke hadapan. Rendahkan bahu ke arah selekoh. Postur badan ketika Ayun tangan Lari perlahan berlari di selekoh. kanan menyilang di laluan lurus. badan menghala 36 ke dalam. Lari perlahan di selekoh.

Kelajuan Zon pertukaran baton memberikan langkah dan peluang kepada penerima baton untuk jarak langkah memecut sebelum menerima baton. yang besar mempengaruhi kelajuan larian. Pemberi dan penerima baton mesti berada pada jarak yang selesa semasa pertukaran baton. Hebat sungguh Pertukaran baton lari larian Tawi! berganti-ganti pada suatu jarak. Saya mesti mencontohinya. mula Lari berganti-ganti pada suatu jarak. Lari laju di selekoh. 1.9.1 37 1.9.2 2.9.1 2.9.2 2.9.3 5.3.3

Litar Lumba Adam menggemari acara lari berhalangan. Dia berlatih bersungguh-sungguh. Saya perlu Rakan saya Saya mesti cuba mengekalkan kelajuan memerlukan empat langkah mengatasi semua larian untuk mendapatkan untuk melepasi halangan. halangan dengan jumlah langkah yang Saya hanya memerlukan tiga tekal setiap kali melepasi langkah kerana langkah saya pantas. halangan. besar dan saya berlari laju. • Langkah yang besar akan menyebabkan Senaraikan tip untuk jumlah langkah di antara halangan berkurangan. memenangi acara lari berhalangan. • Antara faktor yang menyebabkan langkah yang besar termasuklah ketinggian atlet dan juga kelajuan langkah larian. • Apabila kelajuan larian bertambah, jarak langkah juga bertambah. Sumber: Basic Coaching Manual NOTA 1. Bentukkan kumpulan murid (X) dan lari ulang-alik tanpa berhenti melepasi halangan. 1.9.3 GURU 2.9.4 XX X 5.2.4 38 2. Tentukan jarak yang sama di antara setiap halangan. 3. Minta murid bermula dengan berlari anak, kemudian tambahkan kelajuan larian. 4. Pastikan jumlah langkah yang tekal sebelum melepasi halangan.

(B) ASAS LOMPATAN Buat carian di Internet tentang teknik dan gaya lompat jauh yang betul Sudut Terbaik untuk memperbaik lompatan kamu. Chin An sedang berlatih untuk mencari sudut lompatan Kamu perlu terbaik bagi mendapatkan jarak lompatan yang lebih jauh. berlari laju Dia telah melakukan siri aksi berlari, melompat sebelah kaki dan melonjak dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki. dengan daya yang besar. 30° 1 MATA 2 MATA 3 MATA HALANGAN BERTINGKAT Apakah yang akan berlaku sekiranya kamu membuat lompatan melebihi sudut 45°? 15° 1 MATA 2 MATA 3 MATA 1.10.1 PASTIKAN PENGUKUHAN 2.10.2 RUANG Berdasarkan rajah di atas, nyatakan perkaitan 5.1.3 antara sudut lonjakan dengan jarak lompatan. SELAMAT UNTUK MELAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL. 39

Halangan Mencabar Melompat menggunakan sebelah kaki untuk melepasi halangan pada pelbagai aras dan mendarat memerlukan kemahiran asas seperti melonjak dan melayangkan badan. Farish, Zarfan dan rakan-rakan sedang mencuba pelbagai gaya lompatan untuk melepasi halangan dan mendarat dengan selamat. Mendarat dengan menggunakan sebelah kaki apabila melompat melepasi halangan yang rendah. Tonton video di Internet dengan Cipta alatan yang sesuai menaip kata kunci “high jump untuk dijadikan halangan technique” untuk melihat cara bagi aktiviti melompat melepasi lompatan yang betul. halangan dan mendarat. 40

Nyatakan bahagian Nyatakan gaya PASTIKAN badan yang sesuai digunakan lompatan melepasi TILAM untuk mendarat bagi kemahiran halangan pada pelbagai melompat melepasi halangan. aras yang kamu tahu. PENDARATAN BERKEADAAN Saya perlu mendarat dengan BAIK DAN menggunakan bahagian SELAMAT belakang badan apabila melompat melepasi UNTUK halangan yang tinggi. AKTIVITI INI. 1.10.2 NOTA 1. Bahagikan murid kepada kumpulan kecil. 2.10.2 GURU 2. Setiap murid dikehendaki melakukan aksi berlari dan melompat sebelah kaki 5.1.4 melepasi halangan pada pelbagai aras dan mendarat dengan betul. 41

Sang Kijang Tangkas Tuntas Mahinder Singh sedang melakukan aksi permainan “Sang Kijang dan Sang Buaya”. Mereka perlu berlari, melompat mengikut turutan kaki kanan, kaki kanan, kaki kiri dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki. Saya pilih Satu, dua, tiga, lekuk; kaki kanan untuk Jantan, betina aku ketuk. memulakan lompatan. Kaki Kanan Kaki Kanan Adakah terdapat perbezaan 1.10.3 jika memulakan lompatan 2.10.3 mengikut turutan dengan 5.2.2 kaki dominan atau kaki bukan dominan? 42

Rekod dunia untuk acara lompat Jika kamu kijang dipegang oleh Jonathan membuat lonjakan Edwards pada jarak lompatan menggunakan kaki kiri, kamu 18.29 meter semasa kejohanan dunia perlu melonjak kali kedua di Gothenburg pada tahun 1995. juga menggunakan kaki kiri dan kemudian melonjak Sumber: United Kingdoms Athletics (2019) menggunakan kaki kanan sebelum mendarat dengan kedua-dua belah kaki. Kaki Kiri Kamu dapat Taip kata kunci meningkatkan “Athletics Ontario Triple koordinasi kaki ketika Jump Progression and melompat mengikut Safety” bagi mencari dan turutan dengan latihan menonton teknik lompatan lompatan yang yang betul. berterusan. 43

(C) ASAS BALINGAN Sasar Sampai Dapat Nadiah dan rakan-rakan sedang mempelajari kemahiran asas balingan, iaitu melontar, melempar, membaling dan merejam objek pada posisi duduk, melutut, berdiri dan berdiri dengan rotasi pinggul. Ketinggian sudut pelepasan objek dan rotasi pinggul menghasilkan jarak lontaran yang lebih jauh. STESEN 1 Sokong bola menggunakan jari tengah, jari telunjuk dan Melontar Objek Berbentuk Sfera ibu jari. Tangan yang tidak membaling didepangkan untuk keseimbangan. Posisi duduk. Posisi melutut. 5 10 15 20 25 30 Posisi berdiri. Ekstensikan tangan semasa melepaskan objek Posisi berdiri dengan rotasi pinggul. untuk mendapatkan daya yang maksimum. 44


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook