INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU       PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP)    NAMA               KALAIVANI    A/P KRUBAA NANDINI  DHARSHINI       A/P  KUMPULAN  AHLI                                  A/P                 THATCHANAMOORTHY                     KANNIAPPEN                                    NANTHAKUMARAN    ANGKA GILIRAN   2019122310104   2019122310105       2019122310099    NO. KP          000912-01-1336  010108-01-1502      010306-02-0768    OPSYEN                               2 PPISMP MT 1    NAMA DAN KOD    PENGANTAR PENDIDIKAN MORAL (GPM 1083)  KURSUS             TUGASAN 2 : ISU TEKNOLOGI MAKLUMAT    TAJUK    NAMA PENSYARAH                  PUAN HALIDAH BINTI MD JEDI  TARIKH HANTAR                              2 MARCH 2020                                    1
ISI KANDUNGAN    BILANGAN         TAJUK                                               MUKA SURAT                                                                                1  1 Muka Depan                                                                  2    2 Isi kandungan                                                             3-7    3 1.0 Pengenalan              2.0 Isu Teknologi Maklumat                   2.1 Kebaikan : Penyebaran maklumat secara cepat                   2.2 Kebaikan : Pengurusan perniagaan dan Perbankan                   2.3 Keburukan : Isu Jenayah Siber              3.0 Penutup    4. Cari kata                                                         8  4 Rujukan                                                            9                     2
TUGASAN 2 : MENGHASILKAN E-BOOK TENTANG ISU TEKNOLOGI MAKLUMAT                    DALAM MENGHARUNGI CABARAN KEHIDUPAN MASA KINI    1.0 PENGENALAN             Menurut Diana @ Siti Khadizah (2010), teknologi maklumat dikaitkan dengan hasil  penggunaan computer, penyiaran, telekomuniukasi serta rangkaian data. Teknologi  maklumat merangkumi teknologi elektronik mikro, telekomunikasi dan komputer dengan  penyebaran maklumat dari segi gambar, bunyi, nombor dan perkataan. Maksud teknologi  daripada Kamus Dewan Bahasa ialah sesuatu agen yang membantu dalam pemprosesan  data,pemerolehan, penyimpanan dan penyebaran info semasa manakala definisi bagi  maklumat adalah butir-butir mengenai sesuatu. Menurut Abdullah Zhidi bin Omar, Mahdi bin  Shuid, Dr. Mazlan bin Aris, Mohd Fu’ad bin Sam dan Dr.Roslina binti Suratnu (2014),  konsep moral merupakan tingkah laku dan prinsip yang baik atau kesedaran tentang amalan  nilai baik atau buruk bagi sesuatu aksi. Seseorang individu yang bermoral mempunyai sifat-  sifat terpuji dengan kehendak keluarga, masyarakat serta negara. Daripada pandangan  tokoh Mohd. Janib Johari (1994), sesustu tingkah laku yang diaplikasikan dalam kehidupan  seharian sehingga ia menjadi satu amalan yang dikilas daripada pemikiran serta emosinya  juga dirujuk sebagai konsep moral.             Selain itu, konsep etika dimaksudkan sebagai suatu aliran falsafah yang  menekankan tentang nilai-nilai dan norma moral yang menggambarkan perilaku manusia  dalam kehidupannya (Drs. H. Burhanudin Salam). Dari sudut pandangan Pelan Integriti  Nasional (2007), etika ialah kesatuan nilai dan moral yang menjadi asas bagi sikap individu  organisasi dan profesion pekerjaan. Seterusnya, daripada ujah Menurut Abdullah Zhidi bin  Omar et al.(2014), akhlak adalah ciri-ciri dalam diri yang dapat meluahkan perbuatan tanpa  berfikir atau dipaksa. Terdapat beberapa isu teknologi maklumat dari aspek kebaikan dan  keburukan. Antara kebaikan isu teknologi maklumat ialah teknologi maklumat dijadikan  sebagai medium untuk menyebarkan sesuatu perkara atau berita terkini dengan cepat dan  mudah diterima oleh masyarakat. Selanjutnya, kepentingan teknologi maklumat adalah  sebagai alat pengurusan perniagaan yang dapat dijalankan dengan efisien. Malah, salah  satu keburukan teknologi maklumat adalah jenayah siber buli yang kian dihadapi oleh  pengguna khususnya remaja.                                                                 3
2.0 ISU TEKNOLOGI MAKLUMAT           2.1 KEBAIKAN PENYEBARAN MAKLUMAT SECARA CEPAT                       Teknologi maklumat membantu dalam penyebaran maklumat secara pantas  dan memudahkan masyarakat bagi mendapatkan sesuatu maklumat di hujung jari terutama  dalam kalangan golongan muda. Antara medium yang digunakan untuk menyebarkan info  terkini adalah melalui televisyen, radio dan media massa seperti “WhatsApp”, “Twitter”, “Blog”,  “Facebook” dan sebagainya. Dengan adanya teknologi maklumat, kita boleh melahirkan  generasi yang cendekiawan lalu tidak ketinggalan zaman. Di samping itu, penggunaan  teknologi maklumat memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat keduniaan  yang dapat membuka serta meluaskan minda masyarakat. Individu yang tidak ketinggalan  zaman sering peka terhadap isu-isu terkini seperti isu penyebaran wabak “Coronovirus” yang  melanda negara China sehingga merebak ke negara Malaysia. Secara tidak langsung,  teknologi maklumat juga membantu rakyat berkomunikasi antara satu sama lain tanpa  sempadan.                       Konsep moral dalam isu teknologi maklumat ini menjadi satu sistem perlakuan  yang berdasarkan prinsip-prinsip moral yang dapat diterima oleh semua pengguna seperti  menyebarkan maklumat dengan bukti yang kukuh supaya penerima maklumat tersebut dapat  mengambil keputusan secara rasional. Konsep etika yang perlu dipertimbangkan sewaktu  mengedarkan maklumat adalah kita perlu merujuk maklumat serta ilmu dari laman web yang  berautoriti seperti .edu, .gov dan lain-lain. Penggunaan ayat juga mesti bersopan dan  bersesuaian dengan konteks maklumat yang diberi agar pembaca mudah memahaminya.  Teknologi maklumat mengurangkan kos perbelanjaan masyarakat untuk membeli surat  khabar dan dapat menjimatkan masa mereka dalam kehidupan yang sibuk.                                                                 4
2.2 KEBAIKAN: PENGURUSAN PERNIAGAAN DAN PERBANKAN                       Teknologi maklumat ini juga membantu ahli perniagaan bagi memudahkan  aktiviti perniagaan mereka hanya di dalam talian sahaja sekaligus yang boleh mencermatkan  kos serta tenaga. Selanjutnya, aktiviti perniagaan yang dijalankan melalui talian bukan sahaja  boleh memudahkan urusan bekerja malah ia juga dapat menyenangkan pembeli atau  pengguna. Justeru, teknologi maklumat mampu mempertingkatkan hubungan perdagangan  dalam negara mahupun luar negara. Para perniaga memperluaskan kegiatan perniagaan di  persada dunia dengan sekelip mata. Ahli perniagaan boleh mempromosikan sesuatu produk  dari seluruh dunia atas talian tanpa mengira masa. Oleh itu, pembeli boleh memindahkan  wang secara mudah dengan menggunakan urusan perbankan melalui laman sesawang  sahaja. Antara pembelian atas talian yang sering digemari oleh pengguna adalah seperti  “Lazada”, “Shopee”, “Amazon” dan sebagainya. Masyarakat tidak perlu menghabiskan tenaga  dan bersusah payah bagi menguruskan pelbagai pembayaran serta urusan-urusan  kewangan.                       Konsep moral yang boleh diaplikasikan dalam pengurusan perniagaan adalah  para perniaga menepati janji yang dihulurkan kepada pembeli tentang produk yang dijual atas  talian supaya pembeli mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap produknya. Para peniaga  mesti berkelakuan adil semasa menetapkan harga yang berpatutan dengan harga pasaran  bagi produknya dalam talian agar dapat menarik ramai pelanggan setia yang merujuk kepada  konsep etika. Tambahan pula, konsep akhlak dapat diwujudkan apabila para peniaga  memberi ganti rugi jika berlaku sebarang kerosakan barang mahupun ketidakpuasan atas  kualiti produknya. Ganti rugi perlu dikreditkan dalam akaun pengguna dalam tempoh yang  ditetapkan. Kesan positif daripada pengurusan perniagaan menggunakan teknologi maklumat  memastikan perniagaan tersebut berjalan secara lancar dan tanpa sebarang halangan.  Kesan jika peniaga tidak mengamalkan konsep-konsep tersebut, mereka akan mengalami  kerugian aset yang boleh menjatuhkan ekonomi negara.                                                                 5
2.3 KEBURUKAN : ISU JENAYAH SIBER                       Jenayah siber merupakan salah satu jenayah komputer yang baru pada era  globalisasi. Jenayah siber terdiri daripada beberapa unsur. Antara unsurnya adalah unsur  penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian atau data komputer, pencurian maklumat,  penggodaman dan lain-lain. Masyarakat yang kurang berpengetahuan tentang teknologi  maklumat juga menghasilkan inovasi untuk mengeksploitasi teknologi sebegini bagi motif  jenayah siber. Pada masa kini, kebanyakan orang yang berpendidikan tinggi dan  berprofesional mengendalikan jenayah siber. Segelintir rakyat yang tidak bertanggungjawab  menyebarkan maklumat sesuka hati sama ada benar atau salah, idea, ideaologi, propaganda  dan juga turut pornografi melalui Internet.                       Konsep moral dalam isu jenayah siber adalah remaja yang mempunyai sikap  yang tamak dan ingin memiliki sesuatu di luar kemampuan yang selalu terjebak dalam isu ini.  Sesetengah orang yang tidak mempunyai konsep etika akan melibatkan diri dalam jenayah  siber akibat rasa dendam dan perasaan marah kepada seseorang. Pengguna berpengaruh  dengan rakan sebaya yang bebas bersosialisasi dan memberikan semua maklumat peribadi  kepada orang ketiga tanpa berfikir tentang kesan negatifnya. Kesan daripada kes jenayah  siber adalah pengguna yang terlibat dalam isu tersebut mudah mengalami gangguan emosi  kerana suka meneroka alam maya supaya dapat mengasah lagi bakat mereka. Jenayah siber  ini mendorong golongan wanita mengambil tindakan yang salah seperti bunuh diri kerana  mengugut mereka dengan gambar yang tidak bersenonoh.                                                                 6
3.0 KESIMPULAN             Intiharnya, terdapat beberapa kebaikan dan keburukan dalam isu teknologi maklumat  seperti yang dimaklumkan di atas. Walaubagaimanapun, kita sebagai pengguna yang bijak  dan pemikiran rasional perlu mengambil inisiatif yang sewajarnya bagi mengatasi isu tersebut.  Langkah perdana dalam penyebaran maklumat ialah pihak berkuasa harus mengambil  tindakan yang sepatutnya terhadap individu yang menyalahgunakan teknologi maklumat  untuk memaparkan isu yang sensitif berkatan politik dan agama yang boleh mencetuskan  pergaduhan antara masyarakat. Selain itu, warganegara Malaysia seharusnya menyemak  terlebih dahulu sebarang informasi-informasi yang diterima daripada media elektronik. Kita  tidak wajar mengikut perasaan nafsu kita dan bertindak sewenang-wenangnya apabila  mendapatkan maklumat walaupun berita tersebut tidak disahkan. Bagi memperbaikan urusan  dalam perniagaan, Kementerian Perdagangan dalam Negeri harus turun padang untuk  memastikan para peniaga tidak tipu helah dalam kenaikan harga barang. Langkah yang boleh  diambil bagi mengawal jenayah siber sacara berleluasa, kita hendak berkerjasama dengan  negara maju lain seperti Amerika Syarikat dan Britain untuk meningkatkan lagi keupayaan  dalam menghadapi sesuatu serangan siber dengan berkongsi idea yang berrkesan tentang  keselamatan perisian komputer.             Di samping itu, pihak berkuasa mesti melakukan pemantauan yang lebih kerap dan  tegas di alam siber agar dapat menjatuhkan hukuman yang lebih berat seperti hukuman  penjara dan memberikan denda yang setimpal dengan kelakuan jenayah siber yang dilakukan  terutamanya dalam kes penipuan dan pengondam perisian maklumat. Pihak sekolah  mengadakan kempen kesedaran bagi menerap pengetahuan tentang jenayah siber agar kita  dapat melahirkan generasi yang celik dan bijak dalam menggunakan teknologi maklumat  tanpa terlibat dalam jenayah siber. Remaja perlu mempunyai pengetahuan tentang jenis-jenis  jenayah siber yang muncul dan hukuman yang akan dikenakan kepada mereka sekiranya  terlibat. Tambahan pula, ibu bapa dan masyarakat tidak seharusnya ‘melepaskan batuk di  tangga’, namun begitu kita perlu mendidik anak-anak muda sejak di bangku sekolah lagi  supaya penerapan nilai moral boleh dilakukan dengan lebih efektif agar masalah dan jenayah  yang melibatkan moral, etika dan akhlak dapat dicegah dari terus menular. Sebagai penutup  kata, kita perlu menghindari perlakuan yang mendatangkan keburukan sewaktu  menggunakan teknologi. Kita perlu mengaplikasikan konsep asas moral seperti konsep moral,  etika dan akhlak dalam kehidupan seharian demi kesejahteraan bersama.                                                                 7
CUBA UJI MINDA ANDA    Z J Q T A L F O WD    TEL EVI                                    SYEN    U N MN E K D R B T    KAKKI                                    ARET U    A Y R O WS G T E H    L A A N MY J T R K    HHBSXPAI                                                  PI    A S O E G B U WC N    KI            NPYRRT T T    GB GE I                                  L AHEE    NEBT T UI                                     AYR    I RK I I A NP GN    T USKDT I                                     EYE    J ADAZ AL YET    VNAL I                                   DAEKP    1. Saya sebagai alat yang digunakan untuk mencari maklumat.    2. Tanpa saya, pengguna tidak boleh menggunakan gajet untuk mencari info.    3. Saya digunakan untuk membeli barang secara atas talian dengan mudah.    4. Konsep akhlak boleh dikaitkan dengan    .    5. Saya adalah salah satu konsep asas moral dengan bermaksud adat atau cara hidup.    6. Apakah singkatan bagi Information and Communication Technology ?    7. Saya adalah sesuatu perbuatan dan kejahatan yang menyalahi undang-undang yang    dilakukan melalui Internet dan alam maya.    8. Apakah laman sosial yang digunakan untuk menyebarkan berita terkini dengan    mudah?    9. Medium yang sering digunakan bagi menyebarkan berita terkini tanpa ada apa-apa    batasan.    10. Apakah nilai murni yang perlu ada pada para peniaga?    10. keadilan  7. Jenayah siber             4. Tingkah laku                   Jawapan                       8. Twitter            5. Konsep etika                 1. komputer                    9. televisyen                     6. ICT                 2. Internet                                                                              3. Lazada                  8
RUJUKAN    BUKU :    Abdullah Zhidi, Mahdi, Mazlan, Mohd Fu’ad & Roslina. (2014). Pengantar Pendidikan Moral.           Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.    Abdul Rahman. (1999). Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang : Universiti Putra Malaysia    Tam. (1996). Konsep dan Program Pendidikan Moral. Selangor : Kumpulan Budiman Sdn.           Bhd.    Shakila & Rosilawati. (2015). Sejarah dan media baru. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan           Pustaka    INTERNET :    Maria & Cellania. (26 Februari 2014). Kepentingan Teknologi Maklumat. Dimuat turun           daripada           http://farahilyani96.blogspot.com/2014/02/kepentingan-teknologi-maklumat.html?m=1    Lavanyah. (29 March 2011). Etika dan Nilai-nilai murni Malaysia. Dimuat turun           daripada           http://lavanyah89.blogspot.com/2012/03/normal-0-false-false-false-en-us-x-           none.html?m=1    Tadroza. (9 September 2017). Jenayah Siber. Dimuat turun daripada           http://tadroza.blogspot.com/2017/09/jenayah-siber.html?m=1    Zawiyah, Hairudin, Masnizah, Nazura & Azizi Abdullah. (2007). Teknologi Maklumat dan           Komunikasi : Etika, Undang-undang dan Sosial. Dimuat turun daripada           https://www.researchgate.net/publication/301011538_Teknologi_Maklumat_dan_Ko           munikasi_Etika_Undang-undang_dan_Sosial                                                                 9
                                
                                
                                Search
                            
                            Read the Text Version
- 1 - 9
Pages:
                                             
                    