KAMUS SIMPULAN BAHASA
KAMUS SIMPULAN BAHASA DEFINISI SIMPULAN BAHASA Frasa yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan yang membentuknya. CONTOH-CONTOH SIMPULAN BAHASA, MAKSUD DAN AYAT 1. Anak emas Maksud : Anak yang paling disayangi. Contoh ayat : Hani anak emas ibu dan bapanya kerana dia anak yang bijak.
2. Anak tunggal Maksud : Anak yang tidak mempunyai adik beradik lain. Contoh ayat : Mei mei ialah anak tunggal yang sangat manja. 3. Ada bakat Maksud : Berkebolehan dalam bidang tertentu Contoh ayat : Anuar ada bakat untuk menjadi seorang pemidato yang terkenal.
4. Alas perut Maksud : Makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum makan makanan yang mengenyangkan. Contoh ayat : Azlan sentiasa mengambil sarapan sebagai alas perut sebelum ke sekolah. 5. Ayam tambatan Maksud : Orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan. Contoh ayat : Amir menjadi ayam tambatan pasukan bola sepak sekolah kerana kehandalannya menjaringkan gol.
6. Banyak mulut Maksud : Orang yang banyak cakap. Contoh ayat : Irma tidak disenangi oleh kawan-kawannya kerana dia seorang yang banyak mulut. 7. Berat tulang Maksud : Orang yang malas bekerja. Contoh ayat : Pak Abu seorang yang berat tulang kerana sentiasa curi-curi rehat sewaktu bekerja.
8. Buah tangan Maksud : Hadiah. Contoh ayat : Aina sangat gembira kerana mendapat buah tangan daripada abangnya yang baru pulang dari London. 9. Batu api Maksud : Orang yang suka menghasut. Contoh ayat : Sikap Amira yang batu api boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan.
10. Buah hati Maksud : Orang yang dikasihi. Contoh ayat : Encik Azwan telah berkahwin dengan buah hatinya pada bulan lepas. 11. Cakar ayam Maksud : Tulisan yang buruk / hodoh. Contoh ayat : Cikgu Hilmi selalu memarahi muridnya yang menulis seperti cakar ayam.
12. Durian runtuh Maksud : Keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka- sangka. Contoh ayat : Pak Nuar membeli kereta baharu setelah mendapat durian runtuh, iaitu setelah saham yang dibelinya melambung tinggi. 13. Ringan tulang Maksud : Orang yang rajin bekerja. Contoh ayat : Pak Kasim seorang yang ringan tulang kerana dia sangat rajin mengusahakan kebunnya.
14.Tangkai jering Maksud : Orang yang kedekut. Contoh ayat: Pak Kassim digelar sebagai seorang yang tangkai jering kerana dia tidak suka bersedekah. 15. Ulat buku Maksud : Orang yang suka membaca buku. Contoh ayat : Annur seorang pelajar cemerlang yang dipanggil ulat buku oleh kawan-kawannya kerana dia sentiasa membaca buku apabila ada masa terluang.
TAMAT
Search
Read the Text Version
- 1 - 10
Pages: