["PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH Bertolak dari elemen ini boleh dijadikan sebagai kerangka modul dalam kepimpinan Pendidikan yang berkaitan dengan integeriti. Modul tersebut perlu diperkasakan dalam kursus kepimpinan Pendidikan. Setiap jabatan atau kementerian mungkin sudah ada modul masing- masing dalam memperkasakan integriti dalam pengurusan. Sebagai contoh Kursus Smart Integriti yang dianjurkan oleh JAKIM kepada kakitangannya mengandungi sembilan (9) slot utama iaitu Slot Ta\u2019aruf, Pembentukan Imej Kumpulan, Ceramah, Anjung Nurani, Qudwah Integriti, Lead Integrity, Explorace Integrity, Qiamullail serta Azam dan Tekad. Keseluruhan slot kursus ialah memfokuskan nilai-nilai murni yang bersifat universal dalam membentuk integriti dalam kalangan penjawat awam ke arah mewujudkan good governance (urustadbir yang baik). Kursus seperti ini diharapkan mampu menggerakkan anggota organisasi melaksanakan misi, visi serta objektif yang ditetapkan dapat dilaksanakan dengan jayanya seterusnya memperkukuhkan pembangunan sahsiah dan integriti sebagai tonggak maruah diri dan budaya organisasi ke arah kecemerlangan pengurusan hal ehwal Islam serta mampu memberi sumbangan besar dalam memantapkan penyampaian perkhidmatan awam di negara ini. Bagi kementerian Pendidikan Malaysia juga telahpun diwujudkan di IAB dan lain-lain seperti Kursus Penghayatan Nilai dan Integriti. Pada tahun 2018 KPM berusaha lagi untuk membangunkan Modul Integriti Prasekolah (MIPs) dengan menjalinkan kerjasama bersama INTEGRITI untuk membangunkan modul tersebut. Semua kursus yang diwujudkan ini menunjukkan amat pentingnya integriti dalam pengurusan. Kerana tiadanya integriti akan merosakkan organisasi dan tiada pembangunan. Semoga kursus yang ada ini mampu membentuk tenaga kepimpinan Pendidikan lebih berintegriti dalam pengurusan Pendidikan. Institut Aminuddin Baki | Kementerian Pendidikan 41","","PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH Rumusan Kepimpinan Pendidikan berteraskan peranan khalifah menjadikan seseorang bertanggungjawab secara semulajadi dan mengikut naluri fitrah. Kerana kepimpinan yang sejahtera menekankan fungsi qalbu, roh, aqal yang berpaksikan nilai agama dan sejagat. Maka untuk membentuk kepimpinan berteraskan peranan khalifah perlu dididik dengan nilai agama yang terkandung didalamnya sumber yang jitu dan universal. Sumber ini adalah alternatif bagi mengatasi kepincangan kepimpinan pragmatik dan utilitarian yang datang daripada fahaman barat. Namun begitu sumber pemikiran barat yang ada mungkin boleh dijadikan sebagai pemudahcara untuk merealisasikan sumber yang utama dalam nilai agama (Dzulkifli Abdul Razak (2018). Sebagai pelaksana kepada sistem Pendidikan perlu memahami dan menyedari bahawa kepentingan nilai adalah perkara utama. Tanggungjawab yang dijalankan bukan kerana arahan dari kepimpinan atasan sahaja, bahkan arahan yang terkandung dalam kitab suci itu juga merupa tuntutan yang tidak boleh dipandang ringan. Melaksakan tuntutan itu adalah sebenarnya sebagai merealisasikan peranan khlifah. Perkara ini perlu dibincangkan berulang- ulang kali untuk menjadikan ia lekat dalam minda bahawa kehidupan ini ada peranannya yang perlu dilakukan. Peranan itu adalah peranan khalifah yang tidak ada siapa boleh mengabaikannya dalam kehidupan mereka. Institut Aminuddin Baki | Kementerian Pendidikan 43","","PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH RUJUKAN Abdul Ghani (2019). Pengaruh Moderator Bagi Komuniti Pembelajaran Professional Terhadap \t Kepimpinan Instruksional Pengetua Dan Efikasi Kolektif Guru. Jurnal Kepimpinan, \t6(3). Ab Halim Tamuri & Khadijah Abdul Razak (2004). Pengajaran akhlak di sekolah menengah: \t Persepsi pelajar-pelajar. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 3): Antara tradisi \t dan inovasi. Abour H. Cherif, (2009). Developing A Paradigm for Academic Leadership Development. \t Academic Standards View Project Revolutionizing K-12 Blended. American \t Association of University Administrator. Asmak Ali (2006). Salah Laku Remaja Masa Kini: Cabaran dan Penyelesaiannya. UITM Shah \t Alam: Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam. Azizi Ahmad, (2018). Kaedah mengekalkan integriti dalam kepimpinan. Berita Harian New \t Straits Times Press (M) Berhad Charil Marzuki, (2005). Pengurusan Kewangan di Sekolah Rendah dan Menengah Di \t Malaysia: Isu, Masalah Dan Cadangan Untuk Mengatasinya. Jurnal Masalah \tPendidikan. Fullan, M. (2006). Change Theory: A Force for School Improvement. Centre for Strategic Education Seminar Series Paper. 157 Institut Aminuddin Baki, (2006) Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah \tMalaysia. Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Pahang. Kotter JP (1995) Leading change: Why transformation efforts fail. Harvard Business \tReview 73(2): 59\u201367. K\u00fcbler-Ross, E. (1969). Mengenai Kematian dan Kematian. Scribner Publishers. Hasan al-Banna (1984), Majmu\u2019ah al-Rasail (Qaherah: Dar al-Syihab,). Hussien Mahmud. (1993). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. DBP. Lewin K (1947) Group decision and social change. In: Newcomb TM, Hartley EL \t(eds) Readings in Social Psychology. Henry Holt. Mat Nor, Norhasilah, Hamzah, Aspaniza & Junus, Nurul Farhana (2012). Faktor-faktor \t yang Mempengaruhi Gejala Ponteng dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah \t Kebangsaan Taman Selesa Jaya 2. Journal of Educational Psychology & \tCounseling, 5, 12-29. Institut Aminuddin Baki | Kementerian Pendidikan 45","PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH Mohd Aizat, Faizal, Mohamad Ekhwan, & Mohd Mastifino. Sikap Guru Terhadap Perubahan \t dalam Sekolah di Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Mohd Yusri Ibrahim & Aziz Amin (2014) Model Kepemimpinan Pengajaran Pengetua Dan \t Kompetensi Pengajaran Guru. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 2(1). Nor Aini Dan, T. (2002). Pendidikan dan Pembangunan Manusia: Pendekatan Bersepadu. \t Bangi: Asy-Syabab Media. Nurul Hudani Md.Nawi & Ma\u2019rof Redzuan (1998). Aktiviti Membina Refleksi dan \t Pengabstrakan: Perspektif Pendidikan Kanak-kanak Yang Terabai. Jurnal Pendidikan \t Islam ABIM, 2(8) Roselena & Mohd Izham, (2015). Kepimpinan Berkualiti: Perspektif mengenai Kompetensi \t yang Diperlukan untuk Memimpin dengan Berkesan (Quality leadership: Perspective \t on Competencies Needed to Lead Effectively). Jurnal Pengurusan 45(2015,) 143\u2013154. Shamsudin Haron, (2017). Keberkesanan Agenda Perubahan: Satu Refleksi Terhadap \t Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21. Jurnal Pendidikan MPSM, 2017, 301-312. Stephen, Todd & Kenneth G Brown (2016) Unfreezing change as three steps: Rethinking Kurt \t Lewin\u2019s legacy for change management. Jurnal Human Relations, 69(1), 33\u201360 Subaa & Norfariza Mohd, (2019). Integriti Kewangan Dalam Kalangan Guru Sekolah \t Kebangsaan Zon Bangsar, Kuala Lumpur. Jurnal Kepimpinan Pendidikan. 6(4). Tai, M. K. (2013). Modelling of principal change leadership competencies and its \t relationship with teacher change beliefs and teacher attitudes toward change \t (Unpublished doctoral dissertation). Tanjong Malim, Perak: Universiti Pendidikan \t Sultan Idris Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Edisi Baru, (2022). Penerbit: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia \t (JAKIM) dengan Kerjasama Rimbunan Islamik Media. Thulasimani Munohsamy (2015), Integriti Dalam Organisasi Pendidikan. Institut Teknologi \tBrunei. Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman, (2021). Cabaran pendidikan semasa pandemik COVID-19. \t162021.https:\/\/www.sinarharian.com.my\/article\/144533\/berita\/nasional\/cabaran- \tpendidikan-semasa-pandemik-covid-19. Zainudin Hashim, (2018). Pendekatan Pembangunan Insan Menurut Hasan Al-Banna \t Menerusi Kitab Majmu\u2019ah Al-Rasail. Tesis Doktor Falsafah. Akademi Pengajian Islam, \t Universiti Malaya Kuala Lumpur. 46 Institut Aminuddin Baki | Kementerian Pendidikan","","KEMENTERIAN PENDIDIKAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI Kompleks Pendidikan Nilai 71760 Bandar Enstek Nilai, Negeri Sembilan Tel: 06-7979200 http:\/\/iab.moe.edu.my"]
Search