INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 31150 HULU KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU TUGASAN 1 Nama : AMZAR BIN ABDUL KARIM 040504-13-0981 No. K/P : 2022242310188 PPISMP Angka Giliran : JUN 2022 Y2 Program : PUAN ROS ANITA KARTINI MOHAMED Ambilan : 13 FEBRUARI 2023 Unit : Nama Pensyarah : Tarikh Hantar : PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. AmzarTandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _1__3_F__E_B__R_U__A_R__I_2_0_2__3_ PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Tandatangan Cop Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________ JKA/Ogos2022
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN TAHUN AKADEMIK: SEMESTER JANUARI 2023-MEI 2023 Program: PPISMP Nama Pelajar: Kod: BMM1104 Semester / Tahun: Semester 1 / Tahun 1 Ambilan: Jun 2022 Nama Kursus: Kesusasteraan dan Kumpulan: Y1, Y2, Y3 dan Y4 Kebudayaan Melayu Tarikh Mula Tarikh Hantar Tugasan 1. Penghasilan Produk 20 JANUARI 2023 13 FEBRUARI 2023 2. Persembahan 16 FEBRUARI 2023 20 MAC 2023 Hasil Pembelajaran Kursus : 1. Menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal budi dalam Puisi Melayu Tradisional. (C2, HPP1) 2. Menganalisis konsep masyarakat, budaya Melayu, bidang kebudayaan Melayu, kebudayaan kebangsaan dan isu dalam kebudayaan Melayu. (C4, HPP2, KKG2). 3. Mengaplikasikan asas-asas kritikan sastera terhadap hasil karya sastera. (C3, A3, HPP2, HPP5, KKG1, KIK2) Pentaksiran berterusan ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 3. Objektif Pentaksiran Berterusan Pelajar dapat: 1. Menghuraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal budi dalam puisi tradisional. 2. Memperincikan fungsi kesusasteraan Melayu dalam kehidupan masyarakat Melayu Tradisional. 3. Mengaplikasikan asas-asas kritikan sastera terhadap hasil karya sastera melalui persembahan simulasi puisi kanak-kanak
“Masyarakat rumpun Melayu tradisional sering dilihat sebagai masyarakat yang memiliki tahap pemikiran dan budi bahasa yang tinggi kerana penyampaian puisi dihasilkan secara imaginatif pada masa yang sama mempunyai bentuk struktur terkawal serta bahasa yang indah bagi mengimbangkan nilai rasa dan nilai erti.” – (Dharmawijaya, 1998) Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut; TUGASAN 1: Penghasilan Produk (30 markah) Berdasarkan penyataan di atas, Puisi Melayu Tradisi merupakan Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia. i. Terangkan konsep dan fungsi Puisi Melayu Tradisional sebagai Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia dengan menghasilkan sebuah bentuk penulisan flip ebook. ii. Huraian dan penjelasan yang pelajar kemukakan perlu diterjemahkan dalam bentuk penulisan tidak melebihi 1200 patah perkataan. iii. Penulisan perlu menggambarkan kemahiran pelajar mengorganisasikan idea dan kemahiran pemikiran kritis dalam menginterpretasikan huraian di atas. TUGASAN KPPB Tugasan ini berkongsi Big Idea (Puisi Melayu Tradisi Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia) dengan kursus BMMB1114 (Pengenalan Sistem Ejaan Jawi dan Rumi), kursus BMMB1124 (Literasi Bahasa), dan kursus BMMB1134 (Keterampilan Berbahasa). Projek KPPB dilaksanakan mengikut kesesuaian Big Idea. TUGASAN 2: Persembahan (30 markah) \"Pemerolehan bahasa adalah sebagai satu proses penuranian tatabahasa ibunda bagi seorang kanak-kanak yang melibatkan aktiviti-aktiviti mengamati, memahami dan menerbitkan ujaran.” (Simanjuntak, 1987). a) Aspek Kandungan Secara berkumpulan, anda dikehendaki;
i. Menganalisis beberapa buah puisi kanak-kanak seperti “Lagu Tiga Kupang”, “Tepuk Amai- amai”, “Burung Kakak Tua” dan sebagainya. Perbincangan yang dibuat seharusnya berdasarkan asas kritikan sastera yang dipelajari. b) Aspek komunikasi i. Simulasikan puisi kanak-kanak terpilih sebagai wahana kesantunan bahasa dan budaya secara didik hibur bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan di bilik darjah. ii. Simulasi tersebut perlu dipersembahkan melalui aplikasi youtube berdurasi 30 minit. iii. Persembahan akan dinilai melalui aspek komunikasi dan aspek kandungan. Arahan Pelaksanaan Tugasan: 1. Perbincangan Tugasan 1 perlu dilaksanakan secara individu dalam bentuk flip eBook. 2. Tugasan 2 perlu dilaksanakan secara berkumpulan dua hingga tiga orang menggunakan kemahiran digital. 3. Panjang penulisan dalam penghasilan produk bagi Tugasan 1 ialah 1200 patah perkataan tidak termasuk rajah dan lampiran. 4. Amalan plagiat tidak dibenarkan. 5. Produk dan persembahan yang dihasilkan ini perlu disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. 6. Liputan dan isi kandungan kertas kerja perlu kreatif dan kritis, menyeluruh, konsisten dan terperinci berserta dengan bahan-bahan yang digunakan. 7. Pemahaman yang mendalam berkaitan aspek yang dituliskan. 8. Keseluruhan penulisan kertas kerja perlu menunjukkan ketulenannya. 9. Penulisan akademik haruslah menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemahkan isi kandungan secara kreatif, kritikal dan analitikal. 10. Format dan organisasi perlu jelas dan koheren. 11. Rumusan yang ringkas, padat dan komprehensif. 12. Rujukan sumber perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat seperti buku, jurnal, intenet dan bahan bercetak yang lain. 13. Bagi menyeragamkan proses penghasilan kerja kursus agar persembahan hasil kerja kursus menepati standard yang ditetapkan:
13.1. Hasil kerja kursus berbentuk teks perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah. 13.2. Fon: Arial. 13.3. Saiz huruf: 11. 13.4. Langkau: 1.5 13.5. Rujukan: APA 7(American Psychological Association) terkini. 13.6. Rajah perlu dilabelkan. 14. Muka hadapan kerja kursus hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang berikut: 14.1. Nama Pelajar 14.2. Angka Giliran 14.3. Nombor Kad Pengenalan 14.4. Kumpulan / Unit 14.5. Kod dan Nama Kursus 14.6. Nama Pensyarah 14.7. Tarikh Hantar 15. Pentaksiran Berterusan ini akan dinilai berdasarkan panduan pemarkahan yang disediakan. Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh : _______________________________ (Nama : SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR) Ketua Jabatan
ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN ................................................................................................................. 2 1.0 PENGENALAN............................................................................................................... 3 2.0 TAKRIF PUISI MELAYU TRADISIONAL ........................................................................ 3 2.1 JENIS PUISI MELAYU TRADISIONAL.......................................................................... 4 2.1.1 Pantun......................................................................................................................... 4 2.1.2 Syair ............................................................................................................................ 4 2.1.3 Gurindam .................................................................................................................... 4 2.1.4 Seloka ......................................................................................................................... 5 2.2 FUNGSI PUISI MELAYU TRADISIONAL ....................................................................... 6 2.2.1 Alat Pendidikan .......................................................................................................... 6 2.2.2 Instrumen Perpaduan ................................................................................................ 6 2.2.3 Alat Kawalan Sosial Dalam Kehidupan Harian......................................................... 6 2.2.4 Dakwah ....................................................................................................................... 6 2.2.5 Hiburan ....................................................................................................................... 6 3.0 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PUISI MELAYU TRADISIONAL SEBAGAI WAHANA KESANTUNAN BAHASA DAN BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA................ 7 4.0 RUMUSAN...................................................................................................................... 7 BIBLIOGRAFI....................................................................................................................... 8 1
PENGHARGAAN Bismillahirahmanirahim.. Saya ingin bersyukur dan berterimakasih ke atas ilahi kerana memberi limpahan rahmat dan tenaga kepada saya agar saya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan beribu penghargaan kepada pensyarah kesayangan saya, Puan Ros Anita Kartini binti Mohamed atas tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan tugasan dengan jayanya. Saya turut menghargai bantuan ibu bapa saya yang memudahkan urusan saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka memberi nasihat dan sokongan moral sehingga saya Berjaya menyelesaikan tugas ini. Ucapan terimakasih ingin saya ucapkan kepada sahabat saya yang telah membantu saya dalam menyelesaikan tugasan ini. Mereka membantu memberi cadangan dan menjawab segala persoalan saya. Akhir kata, Saya berterimakasih kepada semua pihak yang menyokong dan mendorong saya dalam menjalankan dan meyiapkan tugasan ini. Terima kasih. 2
1.0 PENGENALAN Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sastera merupakan sesuatu bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab. Sastera juga merupakan hasil seni iaitu karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai sebahagian keistimewaan yang tersendiri. Seterusnya, Kesusasteraan Melayu dikenali sebagai hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, hubungan sastera dengan kehidupan telah renggang dan berubah setelah perkembangan masyarakat yang pesat pada ketika ini. Oleh hal yang demikian, berlakunya perubahan dimana sastera menjadi satu bidang kegiatan yang Khusus dan tersendiri. Sastera telah menjadi kegiatan yang berkaitan pernyataan diri dan hak cipta. Siti Hajar Abdul Aziz (2011), mendefinisikan perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit iaitu susastera yang bermaksud huruf atau buku indah. Dalam erti kata lain, kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. 2.0 TAKRIF PUISI MELAYU TRADISIONAL Puisi tradisional merupakan satu elemen yang penting bagi mengungkapkan pemikiran dan akal budi orang Melayu semasa berkomunikasi. Puisi tradisional ini dapat dikatakan sebagai cerminan kehalusan budi, ketinggian ilmu serta pemikiran masyarakat Melayu dahulu ketika berbahasa. Perkara tersebut dapat dilihat kerana penggunaanya yang telah sejak sekian lama terhasil daripada pengamatan yang cukup tinggi masyarakat dahulu terhadap kejadian alam sekeliling, tingkah laku, norma hidup, adat dan budaya. Puisi Melayu tradisional merupakan tradisi lisan yang sudah kekal bentuk dan kalimatnya. Puisi Melayu tradisonal boleh terbentuk daripada beberapa baris kalimat, berangkap atau tidak berangkap. Terdapat juga puisi yang berasaskan matra, jumlah perkataan dan suku kata sebaris kemudian persamaan dan pertentangan rima dan ritma antara baris (Mutiara Sastera Melayu Tradisional, 2010:232). Haji Ahmad (1993:3) menjelaskan puisi Melayu tradisional ialah puisi Melayu lama yang berbentuk non-naratif. Puisi tersebut tersebar melalui lisan dan dalam masyarakat yang tertutup. Puisi juga merupakan salah satu unsur kebudayaan masyarakat Melayu lama dan dengan itu ia memudahkan masyarakat untuk mengenali keadaan masyarakat Melayu lama. 3
2.1 JENIS PUISI MELAYU TRADISIONAL 2.1.1 Pantun Pantun ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang digunakan untuk menyampaikan pemikiran dan perasaan yang gembira, sedih, rindu, marah dan sebagainya. Asal perkataan pantun yang digunakan dalam pelbagai bahasa di Nusantara yang bermaksud sesuatu pengucapan dengan bahasa yang teratur, indah dan tersusun atau dikenali sebagai peri laku yang bertatasusila dan sopan dalam kesusasteraan Melayu. Pantun mempunyai beberapa ciri, antaranya ialah rangkapnya berasingan dan boleh berdiri sendiri sebagai satu kesatuan idea. Rangkapnya terbina daripada baris yang berpasangan, contohnya dua kerat, empat kerat dan enam kerat. Walau bagaimanapun pantun yang sering digunakan dan terus berkembang ialah pantun dua kerat dan empat kerat. Seterusnya, jumlah perkataan dalam setiap baris pantun ialah tiga hingga lima patah perkataan. Kemudian, struktur pantun terdiri daripada dua, iaitu pembayang iaitu sebagai kiasan seterusnya diikuti oleh maksud iaitu sebagai inti persoalan. 2.1.2 Syair Syair merupakan antara bentuk puisi tradisional yang dicipta dan merupakan keupayaan orang Melayu yang mendapat pengaruh Arab dan Parsi. Kemudian kata syair ini berasal daripada istilah Arab iaitu sh’ir yang bermaksud puisi dan sha’r yang bermakna penyair. Bentuk syair ini dikatakan dikembangkan oleh Hamzah Fahsuri melalui Syair Burung Punggak, Syair Perahu sekitar abad ke-16 dengan tujuan menyebarkan dan menerangkan tentang agama Islam. Syair mempunyai beberapa ciri antaranya mempunyai empat baris serangkap. Kemudian, jumlah suku kata bagi setiap baris terdiri daripada lapan hingga dua belas suku kata. Isi syair merupakan cerita atau pemeriah yang Panjang sama ada mengenai kisah percintaan, keagamaan, falsafah, pengajaran dan sebagainya. 2.1.3 Gurindam Gurindam ialah antara sejenis puisi Melayu Tradisional yang diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melaui “Gurindam Dua Belas” pada tahun 1846. Terdapat dua bentuk gurindam iaitu terikat dan tidak terikat. Bentuk terikat terdiri daripada dua baris dimana mengandungi tiga gingga empat patah perkataan dan mempunyai rima a.a. Manakala bentuk yang tidak terikat mengandungi jumlah baris, perkataan dan suku kata serta skema rima yang tidak tetap. Gurindam mempunyai beberapa ciri antaranya jumlah rangkap dalam gurindam tidak ditentukan. Rangkapnya terbagi kepada unit syarat iaitu baris pertama dan anak kalimat iaitu baris baris kedua. 4
2.1.4 Seloka Seloka didefinisikan sebagai berjenaka, berseloroh dan menyindir. Puisi yang paling tua dalam kesusasteraan Melayu ialah seloka. Perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara dikatakan membawa sekali seloka dimana Teks Mahabarta dan Ramayana merupakan buku terawal yang ditulis dalam bentuk seloka. Seloka merupakan puisi yang bercorak senda gurau namun terdapat sindiran yang menjadi pengajaran kepada pembaca. Seloka mempunyai beberapa ciri antaranya kerangan berangkap yang menggunakan bunyi rima yang bebas. Kemudian terbahagi kepada unit pembayang dan unit maksud. Seterusnya mempunyai perkataan sindiran atau ejekan dalam rangkap. 5
2.2 FUNGSI PUISI MELAYU TRADISIONAL Fungsi sastera Melayu mewujudkan pemikiran yang bijaksana sentiasa memimpin manusia untuk mencapai kemajuan yang sesuai untuk kemaslahatan hidup. Oleh kerana itu, pemikiran dalam sastera Melayu dapat membentuk sosialisasi masyarakat yang utuh. 2.2.1 Alat Pendidikan Kesusasteraan mampu menjadi bahan untuk pendidikan buat masyarakat. Mata pelajaran kesusasteraan telah diperkenalkan sejak tahun 1957 di Malaysia. Puisi Melayu tradisional dapat membina insaniah dalam kehidupan manusia. Jika diterapkan dalam pendidikan, puisi Melayu tradisional dapat memainkan peranan sebagai satu cabang ilmu dan senjata yang dapat meresapi dan berkembang dalam disiplin pelajar. 2.2.2 Instrumen Perpaduan Rusuhan kaum 13 Mei, 1969 di Malaysia memberi pertanda kepada kita bahawa hubungan etnik di negara ini adalah rapuh. Puisi Melayu tradisonal boleh dirujuk bagi dijadikan instrument penting bagi mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat dalam usaha untuk membina sebuah negara bangsa yang Bersatu padu. Dengan memahami setiap bait puisi ini dapat menjana pemikiran masyarakat terutama remaja ke arah keunggulan fikiran bagi melahirkan generasi terbaik. 2.2.3 Alat Kawalan Sosial Dalam Kehidupan Harian Melalui puisi Melayu tradisonal, anggota masyarakat diberatahu tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Misalnya, jika derhaka kepada ibu bapa, seseorang itu akan mendapat malapetaka dan musibah. Kesemua inti pati puisi tersebut dapat menanam semangat tidak putus asa dalam kalangan pendengar selain menanamkan pelbagai nilai murni. 2.2.4 Dakwah Sebenarnya hampir keseluruhan hasil-hasil kesusasteraan Melayu kita kaya dengan nilai- nilai mendidik sama ada secara langsung atau tidak langsung. Untuk mengatakan nilai-nilai mendidik ini hanya terbatas kepada hasil sastera iaitu cerita-cerita nabi. 2.2.5 Hiburan Keperluan menghiburkan akan melahirkan karya sastera yang membawa keseronokan yang indah. Hiburan terhasil daripada keindahan kata-kata yang diungkapkan, irama atau rentak yang tersusun. Kepentingan fungsi hiburan menjadikan karya sastera kerana diterima oleh masyarakat sebagai karya yang diminati dan digilai pada suatu ketika dahulu. 6
3.0 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PUISI MELAYU TRADISIONAL SEBAGAI WAHANA KESANTUNAN BAHASA DAN BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA Dalam konteks perbincangan ini, pantun yang sangat sesuai sebagai wahana kesantunan bahasa dan budaya masyarakat Malaysia ialah. Buah langsat kuning mencelah, Senduduk tidak berguna lagi; Pokok senduduk ialah tumbuhan renek kecil dan bercabang. Pokok ini secara saintifik dikenali sebagai Melastoma Malabathricum. Pokok ini dapat menyesuaikan dalam semua keadaan tanah dan memerlukan cahaya matahari. Sebagai pokok belukar kecil lazimnya didapati didapati di kawasan tanah lapang, kawasan terbiar dan juga tepi jalan. Serbuk daun senduduk juga digunakan untuk merawat disenteri dan luka. Penerangan tersebut membuktikan betapa pokok senduduk begitu penting dalam kehidupan masyarakat Melayu. Malangnya, apabila pokok langsat yang telah berbuah kuning ranum untuk dimakan maka pokok senduduk seolah-olah tidak berguna lagi. Begitulah tingginya falsafah dan ilmu yang diungkapkan dalam dua baris pembayang sebagai cerminan maksud bagi pantun terbabit. Terdapat beberapa gaya bahasa yang digunakan dalam pantun ini dimana ianya mempunyai asonansi. Asonansi ialah pengulangan bunyi vokal dalam suatu baris. Contohnya, “senduduk tidak berguna lagi” dimana terdapat pengulangan vokal a,u dan i. Seterusnya ialah penggunaan perkataan berdasarkan alam sekitar dimana dalam pantun tersebut menggunakan buah langsat dan senduduk. 4.0 RUMUSAN Rumusan yang boleh dibuat berdasarkan penulisan ini ialah puisi tradisional Melayu merupakan satu eleman yang penting bagi mengungkapkan pemikiran dan akal budi orang Melayu. Kemudian, terdapat empat jenis puisi Melayu tradisional iaitu pantun, syair, gurindam dan seloka yang mempunyai ciri-ciri tersendiri dan menjadi peranti kepada orang Melayu untuk meluahkan segala pemikiran samaada sedih mahupun gembira. Seterusnya, puisi Melayu tradisional berfungsi sebagai alat pendidikan, instrument perpaduan, alat kawalan sosial dalam kehidupan harian, dakwah, medium protes dan kritik sosial dan hiburan. Akhir sekali kita dapat lihat bahawa setiap puisi Melayu mempunyai nilai atau pengajaran daripada maksud yang tersembunyi yang boleh memberi manfaat atau kesedaran kepada masyarakat. 7
BIBLIOGRAFI Abdul, Z., & Salleh, C. (2015). Zurakintan Abdul Razak & Che Ibrahim Salleh 121. International Journal of the Malay World and Civilisation, 3(2), 121–129. http://journalarticle.ukm.my/8944/1/Pemikiran_melayu_tentang_ilmu_....pdf Cho Min Sung, & Mat. (2020). FUNGSI PANTUN MELAYU TRADISIONAL DILIHAT DARI PERSPEKTIF BUDAYA DAN ALAM PEMIKIRAN MASYARAKAT MELAYU. Puitika, 16(1), 1–28. https://doi.org/10.25077/puitika.16.1.1--28.2020 Fazli, N., Samsina, D., Rahman, A., Melayu, J., Fakulti, B., Moden, D., & Komunikasi. (2015). PUISI-PUISI MELAYU TRADISIONAL DALAM DRAMA BUKAN LALANG DITIUP ANGIN (1970) KARYA NOORDIN HASSAN. Journal of Business and Social Development, 3(1), 33–42. https://jssm.umt.edu.my/wp- content/uploads/sites/53/2015/03/4.-Puisi-puisi-Melayu-web.pdf Maziana, C. (2015). JOHARI YAHYA jurnal pantun. Www.academia.edu. https://www.academia.edu/28723012/JOHARI_YAHYA_jurnal_pantun Online, S. G. (2015, December 20). DEFINISI PUISI MELAYU TRADISIONAL. Sistem Guru Online. https://www.sistemguruonline.my/2015/12/definisi-puisi-melayu- tradisiona.html Rahmat, A., Zainuddin, M. N., Abu Bakar, S., Hassan, A. R., & Awang, H. (2022). Pengenalan kesusasteraan & kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan. Saludin, M. R. (2013). Puisi Melayu Tradisional. Jurnal Peradaban Melayu, 8, 1–13. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3227 Simple, M. (2012, June 18). SASTERA MELAYU: GAYA BAHASA DAN FUNGSINYA. SASTERA MELAYU. http://ransnasir.blogspot.com/2012/06/gaya-bahasa-dan- fungsinya.html Za'ba, Tan Sri Pendeta, & Dato, O. (2002). Ilmu mengarang Melayu. Dewan Bahasa Dan Pustaka. 8
Zurakintan Abdul Razak, & Che Ibrahim Salleh. (2015). Pemikiran Melayu tentang ilmu dan adab dalam puisi Melayu tradisional. Jurnal Antarabangsa Alam Dan Tamadun Melayu (Iman), 3(2), 121–129. http://journalarticle.ukm.my/8944/ 9
Search
Read the Text Version
- 1 - 15
Pages: