TERHAD JEMAAH NAZIR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PEMERIKSAAN PENGURUSAN PRASEKOLAH KE ARAH PEMBENTUKAN AKHLAK MURID TAHUN 2020 Nama Sekolah: SK Tanjong Tokong Kod Sekolah: PBA1012 Tarikh Pemeriksaan: 09 – 10 Mac 2020 MAKLUMAT PEMERIKSAAN 1. JENIS PEMERIKSAAN Penarafan Pelaksanaan Dasar atau Program Pendidikan 2. NAMA PEMERIKSAAN Pemeriksaan Pengurusan Prasekolah ke Arah Pembentukan Akhlak Murid 3. PASUKAN PEMERIKSA NAMA PEMERIKSA TEMPAT BERTUGAS 1. DR HASNONI BINTI HASIM JN PULAU PINANG 2. SITI NUR HIDAYAH TAN BINTI ABDULLAH JN PULAU PINANG TERHAD
TERHAD DAPATAN PEMERIKSAAN 1. Objektif Pemeriksaan Objektif Pemeriksaan Pengurusan Prasekolah ke Arah Pembentukan Akhlak Murid (PPKPAM) adalah untuk menaksir: 1.1 Peranan kepimpinan dalam pengurusan Program Pendidikan Prasekolah; 1.2 Peranan kepimpinan dalam penerapan elemen pembentukan akhlak murid; dan 1.3 Amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) ke arah pembentukan akhlak murid. 2. Maklumat Sekolah Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong, Pulau Pinang ditubuhkan pada tahun 1 Januari 1896 dan dikatogerikan sebagai sekolah berstatus Bandar. Sekolah ini mempunyai sebuah kelas prasekolah yang ditubuhkan pada tahun 1992 dan merupakan kelas ubah suai. Kelas prasekolah di dikendalikan oleh guru beropsyen Pendidikan Prasekolah dan dibantu oleh seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM). Jumlah keseluruhan murid adalah 25 orang. 3. Dapatan Pemeriksaan 3.1 Peranan kepimpinan dalam pengurusan Program Pendidikan Prasekolah 3.1.1 Kekuatan a. Guru Besar (GB) telah melantik guru prasekolah sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Kewangan Sekolah dan menganggotai Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKS) sebagaimana yang dinyatakan dalam Garis Panduan Pengurusan Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (Cetakan 2018). b. GB telah memastikan jadual waktu prasekolah menepati peruntukan waktu berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Semakan 2017 iaitu waktu minimum pengajaran dan pembelajaran (PdP) keseluruhan adalah sebanyak 1200 minit seminggu. Peruntukan masa bagi bahasa instruksional iaitu masing- masing sebanyak 600 minit untuk bahasa Melayu dan bahasa Inggeris 1 TERHAD
TERHAD seminggu di Sekolah Kebangsaan (SK) serta 120 minit seminggu untuk mata pelajaran Pendidikan Islam dan juga aktiviti luar (Aktiviti Fizikal dan Main Bebas) telah dipatuhi sepenuhnya. Jadual waktu ganti turut disediakan dan dimaklumkan kepada guru ganti menerusi telegram sekolah “Jadual Ganti SKTT” sekiranya guru prasekolah tidak dapat hadir bertugas. c. GB telah membuat ketetapan berkaitan pemakaian pakaian murid Prasekolah selaras dengan Surat Siaran (SS) Bil.3/2019 Garis Panduan Pengurusan Prasekolah KPM (Cetakan 2018) seperti kemeja T berwarna putih berkolar serta bertudung putih bagi murid perempuan yang bertudung lengkap berlencana serta track bottom berwarna biru gelap. Pemakaian kasut kanvas adalah berdasarkan arahan yang dikeluarkan oleh pihak KPM dari semasa ke semasa. d. GB telah melaksanakan tugas sebagai pengerusi Jawatankuasa (JK) Pemilihan Murid Prasekolah dengan mengadakan Mesyuarat JK Pemilihan Murid Prasekolah yang dianggotai oleh Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) dan Hal Ehwal Murid (PK HEM), guru prasekolah (Setiausaha), Guru Tahun 1, wakil PIBG serta Pembantu Pengurusan Prasekolah (PPM). Pemilihan murid prasekolah dilaksanakan berdasarkan sistem merit dan memberi keutamaan kepada murid yang berumur lima tahun ke atas. GB juga menitikberatkan beberapa kriteria lain dalam pemilihan seperti pendapatan per kapita, kewarganegaraan ibu bapa/penjaga serta jarak rumah pemohon dengan sekolah berpandukan SS KPM Bil.2 Tahun 2012 : Penerimaan Masuk Murid Prasekolah KPM. e. GB telah memastikan anggaran perbelanjaan prasekolah meliputi Bantuan Geran Per Kapita Prasekolah (PCG), Bantuan Kokurikulum Prasekolah (BKKP) dan Bantuan Makanan Prasekolah (BMP) disediakan bagi tahun semasa dan mematuhi Garis Panduan Pengurusan Prasekolah berkaitan larangan kutipan wang daripada ibu bapa atau penjaga. f. GB telah melaksanakan pemantauan pengoperasian sekolah dengan memastikan buku kerja tidak digunakan di prasekolah selaras dengan 2 TERHAD
TERHAD Surat Pekliling Ikhtisas (SPI) Bil. 1/2000 : Penggunaan Buku Kerja di Sekolah Rendah. GB juga melaksanakan pemantauan dalam aspek keselamatan, kawasan persekitaran prasekolah, pelaksanaan aktiviti PdP guru, kemudahan insfrastruktur dan kemudahan penggunaan internet serta penyediaan makanan oleh PPM kepada murid prasekolah. Selain itu, GB turut memantau pelaksanaan program pemberian makanan berkhasiat (kismis minda, susu Dutch Lady Pure Farm Flavoured Kurma, Coco Crunch dan susu segar Dutch Lady) kepada murid prasekolah. 3.1.2 Perkara yang Memerlukan Penambahbaikan a. GB belum memastikan Aktiviti Luar iaitu Main Bebas dilaksanakan di luar kelas sepenuhnya seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan Pengurusan Prasekolah. b. GB belum membincangkan perkara berkaitan pentaksiran yang perlu dilaksanakan oleh guru prasekolah terhadap murid prasekolah. Pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru prasekolah masih belum menyeluruh. 3.1.3 Cadangan Penambahbaikan dan Tempoh Tindakan a. GB hendaklah memastikan Aktiviti Luar iaitu Main Bebas dilaksanakan di luar kelas sepenuhnya seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan Pengurusan Sekolah agar murid dapat membina kercergasan dan merangsang kecerdasan serta memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan meneroka persekitaran. Tempoh Tindakan : Segera b. GB hendaklah membincangkan perkara berkaitan pentaksiran yang perlu dilaksanakan terhadap murid prasekolah serta memanfaat analisis data dan maklumat pentaksiran yang dibuat supaya tindakan susulan atau intervensi dapat dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti kemenjadian murid. Tempoh Tindakan : Segera 3 TERHAD
TERHAD 3.2 Peranan kepimpinan dalam penerapan elemen pembentukan akhlak murid 3.2.1 Kekuatan a. GB telah memastikan guru prasekolah mendapat pendedahan dengan menghadiri Kursus Orientasi Pendidikan Sivik untuk guru prasekolah, Ketua Panitia (KP) SR dan KP SM Tahun 2019 yang telah berlangsung pada 21 Jun 2019 di Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang berkaitan pelaksanaan Pendidikan Sivik di prasekolah. b. GB telah memastikan guru prasekolah melaksanakan Modul Sivik Prasekolah kepada murid setiap minggu dengan mengamalkan nilai teras seperti kasih sayang, hormati menghormoti, bertanggungjawab dan kegembiraan. Antara penerapan nilai yang dilaksanakan ialah bersalaman dan mengucapkan selamat kepada guru, PPM dan rakan sekelas, murid menyusun kasut di rak petak yang disediakan serta mencuci tangan sebelum dan selepas makan. Selain itu, guru juga menayangkan video berkaitan tanggungjawab menjadi seorang murid serta menggunakan “flash card” untuk membezakan perbuatan baik dan tidak baik. c. GB telah memastikan pelibatan ibu bapa dalam pelaksanaan program pembentukan akhlak. Antara program/aktiviti yang melibatkan ibu bapa/penjaga adalah seperti Program Memasak Bubur Asyura, Program Jamuan Akhir Tahun / Sambutan Hari Lahir, Hari Keluarga 2019, Program Lawatan Sambil Belajar ke Entopia Taman Rama- Rama, Hari Terbuka serta hari suai kenal dan taklimat prasekolah. Selain itu, ibu bapa/penjaga turut terlibat dalam Program Merentas Desa-Go Green Fun Run iaitu gotong royong membersihkan kawasan persisiran pantai di Strait Quay. d. Semua murid prasekolah telah dilibatkan dalam setiap aktiviti/program sivik di sekolah seperti Program Bacaan Yasin setiap pagi Jumaat (7.30 – 8.00 pagi), Program Bubur Asyura, Program Eksplorasi Haji, Program Kitar Semula dan Program Merentas Desa-Go Green Fun Run. 4 TERHAD
TERHAD e. GB telah memberi pengiktirafan kepada murid prasekolah yang mengamalkan sahsiah terpuji semasa Majlis Hari Anugerah Cemerlang Sekolah menerusi Hadiah Anugerah Kecemerlangan 3M. Murid juga diberi hamper berbentuk alat tulis dan makanan sebagai pengiktirafan kerana telah menyertai pertandingan nyanyian dan kolaj berkumpulan peringkat daerah. 3.2.2 Perkara yang Memerlukan Penambahbaikan a. GB belum mendapat pendedahan/taklimat berkaitan pelaksanaan Pendidikan Sivik di prasekolah. b. GB belum memaklumkan kepada guru prasekolah berkaitan SS KPM Bilangan 7 Tahun 2019: Pelaksanaan Sivik di Prasekolah, SR dan SM. c. GB belum menggalakkan ibu bapa/penjaga berkongsi kemahiran atau maklumat berkaitan penerapan nilai untuk memperkaya pembelajaran di prasekolah. 3.2.3 Cadangan Penambahbaikan dan Tempoh Tindakan a. GB hendaklah mendapatkan seberapa banyak maklumat berkaitan pelaksanaan Pendidikan Sivik di prasekolah sama ada melalui perkongsian ilmu dengan guru prasekolah dan juga rakan-rakan pentadbir (GB) dari sekolah lain yang telah menghadiri taklimat tersebut agar pelaksanaan Pendidikan Sivik di prasekolah dapat dipantau dan dilaksanakan dengan lebih berkesan. Tempoh Tindakan : Segera b. GB hendaklah memaklumkan kepada guru prasekolah berkaitan SS KPM Bilangan 7 Tahun 2019 : Pelaksanaan Sivik di Prasekolah, SR dan SM supaya guru lebih prihatin dan sering merujuk garis panduan yang disyorkan agar pelaksanaan sivik di prasekolah dapat dilaksanakan dengan berkesan. Tempoh Tindakan : Segera c. GB hendaklah menggalakkan ibu bapa/penjaga melibatkan diri dengan berkongsi kemahiran atau maklumat berkaitan penerapan nilai untuk memperkaya pembelajaran di prasekolah agar dapat merangsang 5 TERHAD
TERHAD minat murid dalam mengukuhkan penguasaan konsep aktiviti pembelajaran serta meningkatkan aktiviti bersosialisasi dengan rakan sebaya dan orang dewasa. Tempoh Tindakan : Segera 3.3 Amalan PdP ke arah pembentukan akhlak murid 3.3.1 Kekuatan a. Guru prasekolah telah merancang dan melaksanakan PdP dengan menjadikan Modul Sivik Prasekolah sebagai garis panduan untuk menerapkan nilai teras serta mengukuhkan amalan nilai dalam pembentukan akhlak murid prasekolah selaras dengan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 7 Tahun 2019: Pelaksanaan Pendidikan Sivik di Prasekolah, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, Kementerian Pendidikan Malaysia. b. Guru prasekolah telah melaksanakan Amalan Rutin yang mengandungi nilai teras seperti Hormat-menghormati, Kegembiraan dan Bertanggungjawab. Antara nilai teras yang telah dilaksanakan adalah seperti menyambut kehadiran murid, memberi ucapan bertatasusila, memastikan murid menyusun kasut masing-masing di tempat yang disediakan, bersalaman dengan guru dan PPM serta duduk dalam keadaan sopan ketika minum pagi. c. Guru prasekolah juga menerapkan nilai teras (Hormat-menghormati, Bertanggungjawab, Kasih sayang dan Kegembiraan) semasa sesi Perbualan Awal dan Waktu Rehat seperti membaca doa belajar, menjawab soalan guru dengan tertib dan berinteraksi dengan sopan sama ada dengan guru, PPM atau rakan-rakan. Selain itu, murid juga diasuh untuk menyimpan dan mengemas peralatan yang digunakan, mencuci tangan secara bergilir-gilir, membaca doa dengan tertib sebelum dan selepas makan, mengemas meja makan dan menggosok gigi selepas makan. d. Guru prasekolah membuat refleksi dengan memberi nasihat agar murid mengemas peralatan dan ruang belajar, beratur sebelum pulang serta mengucapkan terima kasih dan selamat pulang kepada 6 TERHAD
TERHAD guru, PPM dan rakan-rakan. Guru juga menyatakan aktiviti yang lebih menyeronokkan akan dilaksanakan pada esok hari untuk memotivasikan murid hadir ke sekolah. e. Guru prasekolah menerangkan peraturan keselamatan, mengambil giliran, sabar, toleransi, dan berkongsi peralatan semasa melaksanakan Aktiviti Luar. Selain itu, guru memastikan murid mengemas peralatan/bahan yang digunakan semasa PdP manakala murid menunjukkan sikap bertanggungjawab dengan membantu guru membawa peralatan sukan ke padang sekolah. f. Guru berperanan sebagai suri teladan (role model) dengan mengamalkan pertuturan dan tingkah laku berhemah bagi mengukuhkan penerapan nilai teras dalam kalangan murid. Guru juga mempamerkan penampilan diri yang kemas, bersih, sopan serta sentiasa ceria semasa berkomunikasi dengan PPM, murid dan tetamu. 3.3.2 Perkara yang Memerlukan Penambahbaikan a. Guru belum membuat catatan nilai teras di ruangan catatan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT). Keadaan ini menyebabkan guru tidak mempunyai rujukan semasa melaksananakan penerapan nilai teras Sivik semasa PdP. b. Guru melaksanakan Main Bebas di dalam kelas seperti permainan lego, puzzles dan snake and ladder. Keadaan ini menyebabkan pelaksanaan aktiviti kecergasan fizikal, perkembangan kognitif serta kemahiran sosial tidak dapat dilaksanakan secara optimum. c. Amalan murid dalam aktiviti menghidang makanan belum dibudayakan oleh guru. d. Guru belum mencatat amalan Sivik murid semasa PdP. Keadaan ini menyebabkan guru tidak dapat mengesan amalan nilai dan perlakuan murid semasa PdP. 7 TERHAD
TERHAD 3.3.3 Cadangan Penambahbaikan dan Tempoh Tindakan a. GB hendaklah memastikan guru mencatat nilai teras di ruangan catatan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) agar menjadi rujukan dan panduan semasa merancang dan melaksanakan PdP bagi menerap serta mengukuhkan amalan sivik dalam kalangan murid. Tempoh tindakan: Segera b. GB hendaklah memastikan guru melaksanakan aktiviti Main Bebas berdasarkan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 3 Tahun 2019: Garis Panduan Pengurusan Prasekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (Cetakan 2018). Tempoh tindakan: Segera c. GB hendaklah memastikan guru melibatkan murid dalam aktiviti menghidang makanan. Amalan ini hendaklah dibudayakan agar rutin di kelas prasekolah akan dipraktikkan di rumah untuk memupuk rasa tanggungjawab dalam diri murid. Tempoh tindakan: Segera d. GB hendaklah memastikan guru mencatat amalan Sivik murid semasa PdP agar amalan nilai dalam kalangan murid dapat dikenal pasti untuk merancang PdP yang lebih berkesan. Tempoh tindakan: Segera 4. RUMUSAN Secara keseluruhan, kepimpinan sekolah memainkan peranan dalam membantu pengurusan Program Pendidikan Prasekolah dengan memastikan aspek pengurusan dan pentadbiran kelas prasekolah dapat dilaksanakan dengan lancar. Antaranya memastikan jadual waktu prasekolah menepati peruntukan waktu berdasarkan KSPK Semakan 2017 ,membuat ketetapan berkaitan murid prasekolah (peraturan, keselamatan, kesihatan dan pemilihan murid) serta peruntukan kewangan. GB juga memastikan guru melaksanakan Modul Sivik Prasekolah semasa PdP, merancang program untuk pembinaan akhlak murid serta menggalakkan ibu bapa menyertai program yang 8 TERHAD
TERHAD dirancang oleh pihak sekolah. Sementara itu, guru berperanan secara berkesan sebagai perancang untuk memastikan persediaan melaksanakan Sivik di prasekolah. Penerapan nilai teras seperti kasih sayang, hormat-menghormati, bertanggungjawab dan kegembiraan dilaksana semasa PdP melalui aktiviti rutin, perbualan awal, waktu rehat dan aktiviti penutup. Namun, terdapat beberapa aspek yang perlu diberi penambahbaikan untuk memastikan PdP sivik di prasekolah dapat dilaksanakan dengan optimum. Disediakan oleh, .................................. (DR HASNONI BINTI HASIM) b.p. Ketua Nazir Sekolah Jemaah Nazir Kementerian Pendidikan Malaysia Tarikh: 19 MAC 2020 9 TERHAD
TERHAD LAMPIRAN 1. Gambar Kekuatan Sekolah Murid bekerjasama semasa melaksanakan Murid mengasah pensel dan membuang kerja kumpulan. sisa sampah ke dalam bakul yang disediakan. Murid membersihkan ruang belajar Murid beratur untuk mencuci tangan selepas selesai melaksanakan aktiviti sebelum makan. kumpulan. 10 TERHAD
TERHAD Murid mencuci pinggan masing-masing Murid membuang sisa makanan ke dalam selepas makan dengan pemantauan PPM. tong sampah. Membantu guru mengemas peralatan Murid prasekolah terlibat dalam program sukan dapat membentuk rasa membersihkan kawasan persisiran pantai tanggungjawab dalam kalangan murid. di Strait Quay, Pulau Pinang. 11 TERHAD
TERHAD 2. Gambar perkara yang perlu diperbaiki oleh pihak pengurusan sekolah Tiada 12 TERHAD
Search
Read the Text Version
- 1 - 13
Pages: