Seni Bahasa Rajin Petua Kejayaan Encik Rizal, bapa Irfan, menasihati anak-anak beliau dengan melafazkan pantun yang mengandungi perumpamaan. Menurut beliau, jika ingin berjaya dalam bidang teknologi, mereka mestilah rajin berusaha bagai lebah mengumpulkan madu. Encik Rizal juga berpesan agar perkembangan teknologi mestilah diterokai dan ditekuni dengan sebaik-baiknya tanpa mendatangkan kemudaratan. Burung merbah di hujung perdu, Ke Kuala Pilah mencari celagi, Di pohon sukun di tepi perigi; Di dalam raga berisi ulam; Bagai lebah mengumpulkan madu, Selesaikan masalah dengan teknologi, Rajin dan tekun mencipta teknologi. Kesejahteraan warga seluruh alam. arah mula Aktiviti Mempersembahkan tulisan Jawi melalui perumpamaan. Nota • Bimbing murid mempersembahkan keindahan seni tulisan Jawi melalui perumpamaan. Guru Strategi PdP: Belajar Cara Belajar KBAT: Mengaplikasi – Menunjuk cara 4.4.2 EMK: Nilai Murni – Kerajinan 131 KPM
Tatabahasa Teknologi di Hujung Jari Encik Karim menggalakkan Azim dan Amira menggunakan kemudahan teknologi dalam perkhidmatan. Situasi 1 Ayah: Hari ini, ayah akan memperkenalkan teknologi belian pantas dan cekap dengan menggunakan kios layan diri di restoran makanan ini. Amira: Apakah keistimewaan kios layan diri ini kepada pelanggan, ayah? Ayah: Kios canggih ini menggunakan kemudahan sistem pesanan elektronik. Pekerja memberitahu ayah bahawa mesin ini menggunakan teknologi telekomunikasi dan Internet. Azim: Apakah yang akan ayah lakukan dengan kios layan diri itu? Ayah: Ayah akan memesan makanan yang kita mahu dengan hanya menyentuh paparan skrin pada kios ini. Kemudian, kita perlu memasukkan nombor meja untuk penghantaran oleh pekerja. Seterusnya, kita boleh membayarnya secara kad kredit, kad debit atau e-dompet. Pembayaran tanpa tunai ini menjadikan perkhidmatan ini lebih pantas dan selamat. Amira: Wah, kemudahan ini sangat bagus kerana kita tidak perlu beratur panjang lagi! Situasi 2 Seterusnya, mereka ke Melaka Sentral. Melaka Sentral menyediakan kemudahan jualan tiket pengangkutan awam. Melaka Sentral ialah terminal bersepadu. Encik Karim menjelaskan sesuatu. Beliau akan membeli tiket bas di kios layan diri. Teknologi ini pantas dan cekap. Kios pintar ini menggunakan kemudahan sistem belian secara elektronik. Encik Karim ingin menempah tiket. Beliau menyentuh paparan skrin pada kios. Kemudian, Encik Karim perlu memilih destinasi, tarikh dan masa. Encik Karim juga memilih jenama syarikat pengangkutan bas. Bayaran secara tunai boleh digunakan. Bayaran secara e-dompet juga boleh digunakan. Teknologi ini sangat sistematik. Pengguna dapat mengakses tiket dengan pantasnya. Aktiviti Menyenaraikan dan membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat. Nota • Bimbing murid memahami dan membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan peluasan Guru subjek dan predikat mengikut konteks. 5.3.1 132 Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Membina KPM EMK: Sains dan Teknologi
UNIT 18 Inovasi Bertambah Mutu Mendengar dan Bertutur Penghadang Jalan Raya Beroda Farisha sedang menonton dokumentari dalam komputer. Inovasi penghadang jalan raya beroda yang lebih cekap diperkenalkan bagi mengurangkan impak kemalangan. Silinder beroda Tiub keluli dan silinder Kerangka atas dan Kesan pantulan menggantikan plastik mudah lentur bawah beroda cahaya pada tenaga impak pada roda dapat mengelakkan silinder lebih kepada tenaga menyerap hentaman. kenderaan terang, jelas putaran. terbabas keluar kelihatan ketika dari jalan raya. gelap. (Sumber: Jabatan Kerja Raya Malaysia) Farisha, apakah yang sedang Saya menonton dan kamu tonton dan baca itu? membaca . Cuba ceritakan keistimewaan Oh, sangat menarik inovasinya, inovasi penghadang jalan ayah! Antara keistimewaannya . raya beroda. Wah, banyak keistimewaannya! Inovasi itu perlu Mengapakah inovasi itu perlu diperkenalkan supaya . diperkenalkan? Aktiviti Menceritakan maklumat yang didengar, ditonton dan dibaca. Nota • Bimbing murid menceritakan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dan dibaca dengan sebutan Guru yang betul dan intonasi serta gaya yang sesuai. 1.3.2 Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Menganalisis – Menerangkan 133 EMK: Pendidikan Keselamatan Jalan Raya KPM
Membaca Bulu Tangkis Terkini Shu Fen telah membaca rencana inovasi bulu tangkis dalam sukan badminton. Dia ingin berkongsi maklumat tersebut dengan rakan kelab badmintonnya. RENCANA Perkembangan sukan perlulah seiring dengan teknologi dan inovasi. Oleh itu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyambut baik keputusan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang meluluskan penggunaan bulu tangkis sintetik mulai tahun 2021. BWF perlu melaksanakan perubahan itu dengan memastikan kualiti bulu tangkis sintetik itu sama seperti bulu tangkis yang diperbuat daripada bulu angsa. Sehubungan dengan itu, BWF mendapatkan maklum balas daripada pemain sebagai individu penting dalam inovasi ini. Setelah ujian dilakukan, bulu tangkis sintetik didapati lebih efektif. Misalnya, dari segi kualiti permainan, pergerakan bulu tangkis sintetik lebih cepat berbanding dengan bulu tangkis sedia ada. Namun begitu, BWF yakin pemain dapat menyesuaikan teknik permainan dengan cepatnya. Penggunaan bulu tangkis sintetik ini juga selaras dengan kempen kelestarian alam. Oleh sebab ketahanannya, pemain dapat mengurangkan kekerapan pembuangan bulu tangkis ini. Tambahan pula, bulu tangkis sintetik dapat mengelakkan kebergantungan pada bulu angsa. Ujian juga mendapati Bulu tangkis sintetik penggunaan bulu tangkis dapat dijimatkan sehingga 25 peratus. Situasi ini memberikan insentif penting bagi ekonomi dan alam sekitar demi masa hadapan sukan badminton. Bulu tangkis biasa Aktiviti Mencari makna perkataan dan meneliti ejaan yang tepat. Nota • Bimbing murid membaca dan merujuk kamus serta media elektronik untuk mencari makna Guru perkataan dan meneliti ejaan yang tepat mengikut susunan perkataan. 2.1.2 134 Strategi PdP: Belajar Cara Belajar KBAT: Menganalisis – Mengesan KPM EMK: Kreativiti dan Inovasi
Menulis Mesin Pencuci Automatik Farisha dan ibunya sedang membaca iklan barang kelengkapan rumah dalam majalah. Adakah anda tercari-cari sebuah mesin Mesin Pencuci inovasi yang boleh membantu Pinggan Mangkuk anda di dapur? Tentu ramai yang ingin memilikinya. Mesin ini juga dilengkapi dengan teknologi pengeringan wap pantas. Oleh itu, syarikat barangan elektrik Seperti sistem kunci automatik dan telah mengeluarkan sebuah produk pengesan litar pintas keselamatan elektrik berinovasi. Mereka menambah ciri-ciri juga tersedia. Mesin ini bertugas baik peranan, di samping dengan senyapnya dan bunyi yang mengutamakan faktor penjimatan dan minimum. keselamatan. Produk berinovasi mesin pencuci pinggan mangkuk ialah Perkakasan yang siap dicuci tersebut. dikeluarkan daripada mesin apabila sistem pembunyi digital berbunyi. Mesin ini menggosok perkakasan Inilah inovasi yang dapat dapur seperti sudu, cawan, pinggan mengehadkan tugasan harian dan mangkuk dengan lebih bijaknya. di dapur. Fungsinya seperti mesin pencuci baju. Di rak antikarat, perkakasan kotor yang disusun elok dengan mesin ini. Antara fungsi canggihnya termasuklah kitaran basuhan sehingga 360 darjah. Tujuannya untuk memberikan nilai basuhan yang cekap dari segenap sudut. Dapat memastikan tersingkir kuman sepenuhnya kuasa pancuran dengan air sejuk dan air panas. Aktiviti Mengedit dan memurnikan penggunaan kata dan struktur ayat. Nota • Bimbing murid mengenal pasti kesalahan penggunaan kata dan struktur ayat. Guru Strategi PdP: Belajar Cara Belajar KBAT: Menganalisis – Mengenal pasti 3.3.2 EMK: Kreativiti dan Inovasi 135 KPM
Tatabahasa Katil Mesra Pengguna Seorang wartawan telah menemu bual pengimpal besi yang menghasilkan ciptaan inovasi untuk orang kurang upaya (OKU). Wartawan: Syabas, katil mesra OKU ciptaan tuan memenangi hadiah inovasi! Encik Amiruddin: Terima kasih. Eh, ciptaan saya biasa sahaja jika dibandingkan dengan ciptaan profesional lain! Wartawan: Bagaimanakah tercetusnya idea membuat katil inovasi ini, tuan? Encik Amiruddin: Oh, idea ini tercetus ketika melihat kepayahan isteri saya yang sakit selepas dibedah! Dengan ilmu kimpalan dan idea inovasi, saya mereka cipta katil mesra OKU ini. Wartawan: Aduhai, simpati saya mendengarnya! Encik Amiruddin: Katil ini daripada sebuah katil besi bujang. Saya menciptanya seperti katil hospital. Katil ini boleh dilaraskan tahap sandarannya mengikut kesesuaian pesakit dengan menekan butang secara automatik. Wartawan: Wah, menarik sungguh fungsinya! Encik Amiruddin: Ya. Katil ini juga mempunyai dwifungsi. Katil ini akan berfungsi sebagai katil bujang apabila tidak digunakan lagi. Saya memang memastikan hasil ciptaan berkualiti demi keselamatan pesakit. Nah, telitilah risalah tentang katil inovasi ciptaan saya ini! Wartawan: Terima kasih, tuan. Syabas Oh Eh Wah Nah Munsyi Cilik Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan intonasi seruan untuk melahirkan perasaan. Intonasi seruan ini ditandai dengan tanda seru (!) yang terletak pada akhir ayat. Contoh: • Syabas, kamu berjaya! (menunjukkan perasaan gembira, pujian dan ucapan tahniah) • Wah, unik rekaannya! (menunjukkan perasaan kagum) Aktiviti Mengenal pasti dan membina ayat seruan berdasarkan kata dan gambar. Nota • Bimbing murid memahami dan membina ayat seruan mengikut konteks. Guru Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Membina 5.3.2 136 (i) EMK: Kreativiti dan Inovasi KPM
Tatabahasa Mari Kita Berinovasi Farisha dan ayahnya cuba menghasilkan satu ciptaan daripada buku Jimat dan Mudah dengan Inovasi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). “Farisha, mari kita hasilkan alat inovasi perangkap nyamuk,” kata Encik Farid. “Baiklah, ayah. Adakah alat ini memudaratkan kita? Tolong ayah beritahu keistimewaan alat ini,” ujar Farisha. “Usah risau, Farisha. Keistimewaan alat ini tiada penggunaan bahan kimia berbahaya. Penghasilan alat ini juga mudah dan jimat,” jelas Encik Farid. “Kalau begitu, silalah ayah beritahu bahan-bahan yang kita perlukan,” minta Farisha. “Mula-mula, minta sediakan bahan seperti botol plastik 1.5 liter, 200 mililiter air, 50 gram gula merah, 11 gram yis dan kertas pembalut hitam. Kemudian, ”. Potong botol plastik. Campurkan gula merah Tambah yis bagi menghasilkan dengan air. karbon dioksida. (nyamuk tertarik akan karbon dioksida) Letakkan bahagian corong, Balut botol dengan kertas hitam. Tunggu dan lihat hasil dalam terbalik, ke dalam separuh Kemudian, letakkannya di sudut masa dua minggu. botol tadi. rumah. Munsyi Cilik Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Aktiviti Contoh: ayat suruhan, ayat larangan (kata larangan jangan dan usah), ayat silaan (kata silaan sila dan jemput) dan ayat permintaan (kata permintaan minta dan tolong). Mengenal pasti kata perintah dan melengkapkan dialog dengan membina ayat perintah. Nota • Bimbing murid memahami dan membina ayat perintah mengikut konteks. 137 Guru Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mencipta – Menghasilkan EMK: Kreativiti dan Inovasi KPM 5.3.2 (ii)
Pemulihan Baca dan teliti teks. Kemudian, edit dan murnikannya dari segi ejaan, tanda baca dan imbuhan. Tulis jawapan dalam buku latihan. Dunia Sains Taman Herba Sekolah JASIN, 20 Jun – SK Seri Makmur telah mengadakan acara perasmian Taman Herba Sains pada minggu lepas. Taman itu telah diusahakan oleh angota Kelab Sains. Taman itu diwujudkan untuk memberi murid pendidikan tentang khasiat tumbohan herba. Oleh itu, terdapat pelbagai jenes tanaman herba dan organek yang mampu mengobati beberapa masalah kesihatan secara tradisiunal di situ. Projek taman herba itu melibatkan kerjasama pelbagai pihak! Misalnya, bekalan anak pokok dan benih diperoleh daripada institut penyelidikan dan kemajuan pertanian malaysia (MARDI) dan sumbangan penduduk setempat. Pihak sekolah dan murid pula melakukan penyenggaraan taman, ‘Kita berharap agar tanaman herba ini dapat dimanfaatkan oleh murid semasa proses pembelajaran Sains di sekolah, terutamanya dalam penyelidikan dan inovasi,’ Pesan guru besar dalam ucapan perasmian. Mengikut tinjauan, didapat hampir 50 jenis tanaman pokok herba, sayuran dan buah herba di taman itu. Antara pokok yang bertanam termasuklah tongkat ali, kacip fatimah, stevia, pegaga, durian belanda dan mulberi. Info sains tentang manfaat tumbuhan juga dipamerkan bagi dimudahkan kefahaman murid. Aktiviti luar bilik darjah seperti itu menjadikan murid lebih dihargai khazanah alam semula jadi. 3.3.2 138 KPM
Pengayaan (A) Baca dan fahami graf dan infografik. Kemudian, bincangkan maklumat tersurat dan tersirat. 45 40 35 30 25 20 15 10 5 0 V2.0 Pusat Rujukan Persuratan Melayu melayari menghantar melayari memuat turun melayari laman mengakses aplikasi dan menerima enjin carian soalan-soalan Pusat Rujukan sumber YouTube untuk Google untuk menonton video e-mel mendapatkan dan video Persuratan pembelajaran pembelajaran Melayu (PRPM) dalam aplikasi pelbagai pendidikan untuk mencari nota, soalan rujukan dan makna dan latihan ilmu perkataan peperiksaan (B) Berikan respons kamu tentang soalan-soalan yang berikut. 1. Apakah pendapat kamu tentang peratus murid yang melayari aplikasi Internet pada bulan Mac? 2. Daripada enam aplikasi yang sering dilayari murid, aplikasi yang manakah pilihan kamu? Mengapa? 3. Mengapakah Internet penting semasa aktiviti pembelajaran dan aktiviti kendiri murid di sekolah? 2.1.1 139 KPM
Pengukuhan Bina dialog dan lakonkan. Rekreasi Bahasa Arahan aktiviti: Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan. 1. Pilih sekeping kad tugasan dan fahami kandungan kad. 2. Berbincang dalam kumpulan untuk membina dialog. 3. Boleh merujuk Internet dan sumber rujukan lain. 4. Gunakan ayat seruan dan ayat perintah yang betul dan gramatis. 5. Lakonkan dengan penyampaian yang baik. Kad Tugasan 1 Kad Tugasan 2 Kumpulan kamu berpeluang Kumpulan kamu berpeluang untuk mencuba satu alat untuk mencuba alat pengukur permainan simulator tahap kemanisan buah atau penerbangan pesawat dalam refraktometer brix di Lembaga pameran syarikat penerbangan. Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Alat ini ialah inovasi dalam Bina dialog yang mengandungi bidang pertanian dan kawalan ayat seruan dan ayat perintah gula oleh pengguna. semasa mengendalikan alat itu. Bina dialog yang mengandungi ayat seruan dan ayat perintah semasa menggunakan alat itu. 140 5.3.2 (i,ii) KPM
Penilaian (A) Baca kisah pengembaraan Didi dan ramalkan kesudahan cerita itu berdasarkan gambar. Kemudian, cari makna perkataan yang berwarna hijau. Didi di Angkasa Didi tercampak jauh di kawasan lapang. Roket yang dinaikinya hancur. Mujurlah sut pakaian angkasanya masih elok. Dapatlah dia bernafas dengan tangki oksigen yang masih ada. Dia tidak pasti sama ada dia di Bulan atau di sebuah planet lain. Tiba-tiba, Didi terkejut apabila melihat sebuah jentera meluncur laju di hadapannya. Jentera itu nampak begitu canggih dan moden. Dengan pantasnya, Didi menyorok di sebalik batu besar. Dia ingin memerhatikan situasi yang akan berlaku. Jentera itu berhenti. Dua buah robot keluar dari jentera itu. Robot pertama menerbangkan dron untuk mengesan sesuatu. Robot kedua pula mengawal tempat dengan selaras senjata moden. Didi bimbang akan keselamatannya. Dia hanya mampu mengintipnya dan mendiamkan diri. Seketika kemudian, robot-robot itu menaiki jentera kembali. Dalam beberapa saat, jentera itu terbang laju, lalu hilang daripada pandangan. “Tentu jentera itu menggunakan kuasa roket,” fikir Didi. Didi keluar dari persembunyiannya. Tiba-tiba, dia terpijak sejenis alat mirip sebuah telefon pintar. Alat itu mungkin tercicir semasa robot itu menjalankan operasi. Dalam fikiran Didi sekarang hanyalah untuk kembali ke Bumi. Dia mungkin berpeluang dengan menggunakan alat perhubungan itu. (B) Bina ayat majmuk peluasan subjek dan predikat pada ayat di bawah. 1. Roket yang dinaikinya hancur. (peluasan subjek) 2. Jentera itu berhenti . (peluasan predikat) 3. Robot pertama menerbangkan dron untuk mengesan sesuatu . (peluasan predikat) 4. Didi keluar dari persembunyiannya . (peluasan predikat) 5. Alat itu mungkin tercicir semasa robot itu menjalankan operasi . (peluasan subjek dan predikat) 1.3.1 141 2.1.2 5.3.1 KPM
Bacaan Luas Satelit dan Kehidupan Alam Fungsi sebenar satelit di angkasa lepas telah wujud sejak berdekad lalu. Satelit diakui mampu membantu kehidupan kita dalam pelbagai bidang termasuklah pertanian, bantuan kemanusiaan, meteorologi dan telekomunikasi maklumat. Dalam bidang pertanian, imej satelit digunakan untuk meningkatkan penghasilan dan mengurangkan kos. Data imej satelit digunakan oleh perancang, pembuat dasar dan petani moden bagi membuat keputusan yang berkesan. Misalnya, menjamin bekalan air yang stabil untuk makanan dan persekitaran. Melalui satelit, manusia dapat menentukan lokasi punca air di dalam lembangan sungai pada masa-masa tertentu dalam setahun. Satelit juga penting untuk menangani isu bantuan kemanusiaan. Bantuan kemanusiaan ialah tindakan meringankan penderitaan akibat bencana seperti banjir, kebakaran hutan, ribut taufan, gempa bumi, tsunami dan kemarau, serta perpindahan populasi. Oleh itu, maklumat geografi yang tepat sangat penting untuk saluran bantuan di kawasan yang terpencil dan rumit. Selain itu, satelit juga digunakan dalam meteorologi. Meteorologi ialah bidang ilmu sains tentang atmosfera dan fenomena, terutamanya kajian cuaca dan ramalan cuaca. Dengan satelit meteorologi, ahli meteorologi dan penyelidik tentunya boleh memerhati fenomena jangka pendek di sekeliling dunia 24 jam sehari. Seterusnya, fungsi lain satelit juga adalah sebagai alat komunikasi. Satelit komunikasi satu daripada medium pertukaran maklumat ke seluruh dunia, khususnya melalui bidang penyiaran, telefon dan Internet. Melaluinya, liputan yang luas di antara dua kawasan yang jauh di muka bumi dapat dihubungkan. Sesungguhnya, komunikasi satelit merupakan teknologi yang membawa perubahan besar dalam kehidupan manusia kini. Oleh itu, murid-murid haruslah memanfaatkan kemudahan satelit untuk meneroka ilmu baharu sebagai satu proses pembelajaran yang bermakna. (Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada https://www.majalahsains.com/fungsi-satelit-dalam-kehidupan/) 142 KPM
Tema KELESTARIAN ALAM 7 Aktiviti Berbual-bual tentang gambar. 143 KPM
UNIT 19 Ceriakan Buana Kita Mendengar dan Bertutur Pembersih Udara Semula Jadi Cikgu Mariam telah mengadakan sesi pembelajaran luar bilik darjah di Taman Lestari. Murid-murid, lihat dengan telitinya cara Baiklah, cikgu. menanam pokok-pokok ini. Kami akan melihat dengan Untuk makluman kamu, pokok telitinya cara lidah jin, pokok labah-labah dan pokok cikgu menanam pakis Boston ini boleh membersihkan pokok-pokok ini. udara secara semula jadi. Misalnya, pokok lidah jin dan pokok labah-labah memiliki daya serap yang sangat tinggi terhadap gas-gas beracun yang terbebas di udara. Pokok pakis Boston pula mampu membersihkan dan melembapkan udara. Afifi, apakah keistimewaan ketiga-tiga pokok ini? Tinesh, bagaimanakah ___ pokok-pokok ini berfungsi kepada alam sekitar? ___ Aktiviti Mendengar, mengecam dan menyebut maklumat semula. Nota • Bimbing murid mendengar, mengecam sebutan, dan menyebut semula ujaran yang Guru terdapat dalam situasi formal. 1.1.1 144 Strategi PdP: KP – Naturalis KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan KPM EMK: Kelestarian Global
Membaca Terarium atau Pasu? Afifi dan Sofea berkongsi cerita tentang tanaman mesra alam mereka kepada rakan sekelas. Selamat sejahtera, kawan-kawan. Hari ini, Selamat sejahtera, kawan-kawan. Hari saya akan bercerita tentang terarium ini, saya akan menceritakan perihal mesra alam milik saya. Terarium ialah bekas tanaman bunga di halaman rumah saya. lut sinar yang digunakan untuk memelihara Saya lebih suka memanfaatkan halaman tumbuh-tumbuhan kecil. Saya menghasilkan rumah dengan tanaman pelbagai jenis terarium mesra alam ini di dalam bekas pokok bunga. Saya menanam pokok kaca yang pelbagai saiz dan bentuk. Bekas bunga di dalam pasu yang pelbagai ini biasanya saya tutup untuk mencegah bentuk dan saiz. kehilangan lembapan. Saya hanya menyiram tanaman Tanaman ini senang untuk saya jaga. saya pada waktu pagi dan petang. Saya tidak perlu menyiram tanaman ini selalu. Bunga yang sedang mekar memberi Terarium ini boleh diletakkan di ruangan kecil saya sekeluarga kepuasan. Kecantikan di dalam rumah. Terarium menjadikan ruang bunga pula menghidangkan panorama tamu dan bilik tidur saya cantik dan ceria. indah dan menyejukkan pandangan. Terarium mampu menjadi terapi minda bagi Bagi saya, hobi ini juga antara terapi mengurangkan stres. untuk menenangkan diri sambil bersantai dengan keluarga tersayang. Danish, kaedah tanaman manakah yang kamu suka? Mengapa? Saya suka kaedah penanaman ___ kerana ___. Dengan itu, saya memilih ___. Apakah pula pilihan kamu, Tinesh? ___ Aktiviti Membaca dan memahami teks untuk membuat pertimbangan dan keputusan. Nota • Bimbing murid membaca dan memahami maklumat untuk membuat pertimbangan dan Guru keputusan. 2.2.1 Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Menganalisis – Menilai 145 EMK: Kelestarian Alam KPM
Menulis Komuniti Samudera Afifi membaca buku cerita di perpustakaan mini rumahnya. “Sahabatku, Sang Penyu. Mengapakah wajah kamu tidak ceria seperti biasa! Jika kamu memerlukan pertulungan, beritahulah aku. aku pasti akan menolong kamu,” kata sang pari. ‘Lihatlah kaki dan leher aku ini, ada jareng yang tersangkut. Susah untuk aku barenang untuk mencari makan. Pelbagai usaha sudah aku lakukan. namun begitu, semuanya tidak berhasel,’ kata Sang Penyu, “Baiklah, biar aku cuba bantu kamu membuang jaring yang tersangkut itu. Kasihan pula aku terlihat kamu menanggung kesakitan,” kata Sang Pari. Sang Pari pun berusaha untuk menanggalkan jaring yang disangkut pada kaki dan leher Sang Penyu. Walaupun Sang Pari mengunakan gigi dan ekornya yang tajam, jaring tersebut masih tersangkut pada Sang Penyu. “Minta maaflah Sang Penyu, aku tidak mampu menmotong jaring ini. Talinya berlalu kuat,” kata Sang Pari. “Aduhai, malang sungguh nasib aku kali ini!” rintih Sang Penyu. Sang Pari kemudiannya menjemput Sang Penyu berjumpa dengan Sang Todak. Sang Pari menyatakan bahawa Sang Todak mempunyai ramuan yang cukup untuk membantu Sang Penyu itu. Setelah berjumpa dengan Sang Todak, Sang Penyu menanyakan masalah yang dihadapinya. Tanpa membuang masa, Sang Todak terus memangkas jaring yang terlekat pada kaki dan leher Sang Penyu. Setelah berjaya, Sang Penyu mengucapkan tahniah kepada Sang Todak. 146 KPM
Semasa dalam perjalanan pulang, mereka melihat warga samudera di tepi pantai. Apabila menghampiri pantai, sedang mengadakan gotong-royong mereka melihat anggota masyarakat membersihkan kawasan tersebut. Di kawasan darat, aktiviti Rakan Alam Sekitar (RAS) gotong-royong disertai oleh ahli. Di dalam air pula, menolak sampah ke kawasan pantai warga samudera bersama-sama agar dipungut senang oleh ahli RAS. Kini, masyarakat di darat dan warga samudera bekerjasama untuk menjaga kebersihan alam sekitar. “Mengapakah kamu tersenyum sendirian, Sang Penyu?” tanya Sang Pari. ‘Saya bersyukur kerana anak-anak saya tidak lagi bersalah makan plastik. Mereka menonton plastik sama seperti makanan kami, iaitu ubor-ubor,’ soal Sang Penyu. Kawasan pantai telah bersih dan samudera. kawasan pantai menjadi semakin menarik dan endah. Ramai pelanggan mula datang untuk berkelah dan bereadah di tepi pantai, Di samudera pula, tiada lagi pengcemaran. Warga dapat berenang dengan bebasnya samudera. Warga samudera juga menbiak dengan cepatnya. Mereka hidop dalam keceriaan! Aktiviti Mengedit dan memurnikan teks. Nota • Bimbing murid mengedit dan memurnikan perenggan dari aspek ejaan, tanda baca, Guru penggunaan imbuhan, penggunaan kata, dan struktur ayat. 3.3.2 Strategi PdP: Pembelajaran Masteri KBAT: Menganalisis – Mengesan 147 EMK: Nilai Murni – Prihatin KPM
Seni Bahasa Wajah Ceria Taman Tasik Titiwangsa Encik Nazri dan keluarga ambil angin di Taman Tasik Titiwangsa. Taman ini baru dibuka setelah kerja-kerja penambahbaikan selesai. Wah, nyaman dan segarnya Kamu harus bijak ambil peluang udara di sini! Angin pula mengenali tumbuh-tumbuhan di sini. bertiup sepoi-sepoi bahasa. Tumbuhan itu bukan sekadar hiasan, malah ekosistem penting bagi mengekalkan kelembapan suhu sekitar. hujan emas di negeri ramai macam bagai isi orang, hujan batu semut dengan kuku peluk tubuh di negeri sendiri Kita juga perlulah sentiasa mematuhi Kos baik pulih taman ini sangat besar. peraturan di taman ini. Namun begitu, pihak kerajaan tetap meneruskan usaha itu demi kelestarian alam di kawasan bandar. di mana ada titik peluh di mana bumi dipijak, sepakat kemahuan, di situ langit dijunjung membawa di situ ada jalan berkat Semasa berjalan di Taman Tasik Titiwangsa, mereka sangat selesa. Asmina, adik Afifi, berkata bahawa ___. Aktiviti Bercerita dan mengujarkan dialog dengan menggunakan peribahasa. Nota • Bimbing murid bercerita dengan menggunakan peribahasa. Guru Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Mengguna pakai 4.1.1 148 EMK: Nilai Murni – Kebersihan Fizikal dan Mental KPM
Tatabahasa Badak Sumbu Sumatera Terakhir Encik Nazri telah memberitahu Afifi tentang kisah Badak Sumbu Sumatera terakhir di Malaysia. terkejut Afifi terus melayari Internet untuk mendapatkan maklumat. Ramai masyarakat telah berbicara tentang kematian Badak Sumbu Sumatera terakhir di Malaysia. Badak Sumbu Sumatera itu sebahagian daripada haiwan terlindung di negara ini. Badak Sumbu Sumatera itu bernama Iman. Nama: Iman “Iman mati semasa di Santuari Badak Borneo, Hutan Simpan Umur: 25 tahun Jenis: Badak Sumbu Hidupan Liar Tabin, di Lahad Datu, Sabah. Petugas telah memberi Iman rawatan dengan sebaik-baiknya. Walau bagaimanapun, Sumatera rawatan untuk mengubati masalah ketumbuhan pada uterus Iman berumur gagal. Berita kematian Iman menggemparkan masyarakat, terutamanya pencinta alam di negara ini. Mereka amat berdukacita dengan kejadian tersebut,” kata Afifi kepada ayahnya. “Kesedihan ini amatlah kita rasai. Namun begitu, masyarakat harus belajar daripada kejadian ini. Kini, pihak Santuari Badak Borneo berusaha untuk membiakkan badak jenis ini di habitat yang sesuai. merawat Mereka akan bekerjasama dengan negara jiran yang masih mempunyai badak jenis ini. Kehadiran Iman dan badak sumbu yang lain telah menceriakan alam kita selama ini,” kata Encik Nazri. Kita sepatutnya bersama-sama memelihara berharap menjaga alam sekitar supaya hidupan liar tidak terancam. Munsyi Cilik Kita perlu ___. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang Aktiviti mengutamakan subjek asal. Mengenal pasti dan membina ayat aktif. Contoh: Afifi memelihara alam. (objek) (subjek) (kata kerja aktif) Nota • Bimbing murid memahami dan membina ayat aktif. Guru Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Membina 5.3.3 EMK: Nilai Murni – Menghargai 149 KPM
Tatabahasa Hotel Hijau Encik Nazri telah mencadangkan hotel hijau sebagai penginapan keluarga mereka semasa bercuti. Ayat Pasif Afifi: Ayah, hotel itu diiktiraf oleh kerajaan sebagai hotel hijau. Apakah yang dimaksudkan dengan hotel hijau? Ayah: Hotel hijau ialah inisiatif oleh pihak hotel yang menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang bersifat mesra alam. Afifi: Oh, begitu! Apakah inisiatif mesra alam itu? Ayah: Banyak bangunan hotel menggunakan cahaya matahari untuk pencahayaan di dalam bilik. Mentol lampu cekap tenaga juga digunakan oleh pihak hotel. Oleh itu, penggunaan tenaga elektrik dapat dijimatkan. Afifi: Eh, mengapakah banyak basikal di hotel itu, ayah? Ayah: Pihak hotel hijau itu juga menyediakan perkhidmatan sewaan basikal. Tetamu digalakkan berbasikal ke sesuatu destinasi yang berdekatan. Dengan cara ini, pencemaran udara dapat kita kurangkan. Afifi: Bagaimanakah pula dengan tempat letak kenderaan berwarna hijau itu, ayah? Ayah: Oh, itu tempat mengecas kenderaan hibrid! Perkhidmatan itu juga ialah sokongan ke arah usaha mesra alam. Dengan itu, kedatangan pelancong hijau dapat kita tingkatkan. Ayat Aktif Ayat Pasif Pihak hotel hijau menyarankan pelanggannya menjimatkan ___ penggunaan air. Pelanggan menukar tuala dan cadar apabila perlu sahaja. Selain itu, hotel juga menggunakan tadahan air hujan untuk simbahan tandas. Kita mestilah menyokong usaha pelestarian alam ini. Munsyi Cilik Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai subjek baharu. Contoh ayat pasif: Contoh ayat aktif: Alam disayangi Afifi. Afifi menyayangi alam. (subjek) (kata kerja aktif) (objek) Aktiviti (objek) (kata kerja pasif) (subjek) Mengenal pasti dan memahami ayat pasif dalam teks. 150 Nota • Bimbing murid memahami dan membina ayat pasif. Guru Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi – Membina KPM EMK: Nilai Murni – Menghargai 5.3.3
UNIT 20 Selamatkan Alam Kita Mendengar dan Bertutur Pasar Lestari Semasa aktiviti Kelab Lestari Alam, Cikgu Zakwan menerangkan cara-cara untuk menjaga kebersihan pasar basah. CARA-CARA UNTUK MENJAGA KEBERSIHAN PASAR BASAH TIDAK LAKSANAKAN AKTIVITI PENGKOMPOSAN MENJALANKAN BAGI SISA MAKANAN AKTIVITI PENYEMBELIHAN GUNAKAN BEG MESRA ALAM TIDAK SISA SISA DIKUMPULKAN _ DIANGKUT KE KILANG _ DIJADIKAN MEMBUANG ORGANIK LAIN SISA MAKANAN DAN SAMPAH PEMPROSESAN BAJA ORGANIK MERATA-RATA ASINGKAN SISA-SISA BUANGAN (Sumber: Kementerian Wilayah Persekutuan) Sofea, mengapakah peniaga tidak Para peniaga tidak dibenarkan melakukan dibenarkan melakukan aktiviti aktiviti penyembelihan di pasar basah bagi penyembelihan di pasar basah? mengelakkan pencemaran sungai. Apakah cara lain untuk menjaga kebersihan di pasar basah? ___ Afifi, bolehkah kamu terangkan ___ proses pengkomposan sisa makanan kepada kami semula? Aktiviti Mendengar, memahami dan memberikan respons. Nota • Bimbing murid mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap maklumat 151 Guru yang diujarkan dalam situasi formal. KPM 1.1.2 Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Mengaplikasi – Mengguna pakai EMK: Nilai Murni – Kebersihan Fizikal dan Mental
Membaca Jom Kitar, Kumpul dan Tukar Afifi dan Azrul tertarik akan berita Kempen Jom Kitar, Kumpul dan Tukar. Afifi juga ingin menyertai pertandingan mendeklamasikan sajak dalam kempen itu. Jom Kitar, Kumpul dan Tukar PUTRAJAYA, 28 Julai – Pihak Jabatan Alam Sekitar akan menganjurkan Kempen Jom Kitar, Kumpul dan Tukar. Kempen ini akan berlangsung selama seminggu bermula hari ini. Orang ramai diundang untuk hadir bagi menyokong dan memeriahkan kempen tersebut. Menurut pengurus kempen, Encik Marzuki Mohamad, kempen ini adalah untuk menggalakkan masyarakat mengamalkan kitar semula. Seterusnya, program seperti ini diharapkan dapat memberikan kesedaran kepada segenap lapisan masyarakat tentang kepentingan melestarikan alam. Program seperti ini juga mampu menjadi landasan bagi anggota keluarga untuk menjalankan aktiviti kitar semula secara santai sepanjang program berlangsung. Program Kumpul dan Tukar Barangan Kitar Semula merupakan program pengumpulan barangan kitar semula dengan tawaran tebus barangan eksklusif. Para pengunjung boleh membawa barangan kitar semula ke kios penebusan yang disediakan. Sehubungan dengan itu, barangan kitar semula seperti surat khabar, majalah, botol plastik, kertas, logam atau besi, kotak dan aluminium akan ditimbang. Kemudian, barangan tersebut akan dinilai untuk penebusan cenderamata eksklusif seperti kemeja-T, beg, topi dan kasut. Peserta perlu diingatkan bahawa tiada urusan tunai dijalankan. Dengan inisiatif ini, pengunjung dapat menzahirkan perasaan cinta akan alam dengan aktiviti yang berkonsepkan KUMPUL Timbang TEBUS keseronokan. 152 KPM
Selepas membaca maklumat program, Afifi mengarang sebuah sajak bagi pertandingan itu nanti. poster surat khabar Seruan Alam orang ramai diundang untuk hadir Ayuh kawanku kita saling membantu Kempen Jom lestarikan alam kita agar alam kekal ceria. ___ Kitar, Kumpul ___ Ayuh ibu dan Tukar kita kitar semula buangan dapur ___ kita olah menjadi kompos untuk bajai tanaman. puisi Ayuh jiran tetangga Apakah rumusan yang bersama kita kumpulkan boleh kita buat daripada kertas, plastik juga logam Kempen Jom Kitar, Kumpul boleh dikitar semula dan Tukar ini, abang? boleh juga digunakan semula. ___ Ayuh masyarakat tunjukkan keazaman buktikan keupayaan mampu kita lakukan demi alam semesta. Nukilan: Hasdi Aktiviti IMBAS SAYA Membaca pelbagai bahan untuk membuat rumusan. Nota • Bimbing murid membaca dan meneliti kandungan teks karya sastera dan karya bukan Guru sastera untuk membuat rumusan. 2.3.1 Strategi PdP: Belajar Cara Belajar KBAT: Menganalisis – Menerangkan 153 EMK: Nilai Murni – Prihatin KPM
Menulis Buang Sampah Dapat Wang Wah, sekolah kita sudah ada tong buang Ya, kita boleh dan tebus ini! Banyak manfaatnya. menggalakkan amalan kitar semula sambil mendapat ganjaran wang tunai. Inilah kad ucapan tahniah yang akan kita berikan kepada guru besar atas usaha itu. Tuan guru besar, Ibu bapa kami juga akan berganding bahu agar program ini terus mencapai objektifnya. Sebagai ibu bapa, mereka juga akan memberi kami galakan untuk menggunakan tong buang dan tebus. Nasihat mereka, wang yang kami dapat hanyalah sebagai galakan tetapi yang lebih utama ialah ilmu tentang penjagaan alam sekitar. Kami akan terus menyokong usaha murni ini. Kami akan berkempen agar semua warga sekolah ini dapat memanfaatkan tong tersebut. Sesungguhnya, kebersihan alam sekitar ialah tanggungjawab kita bersama. Kami yang ikhlas, Murid-murid Kelas 5 Ceria Aktiviti Menulis ayat dalam perenggan berdasarkan kad ucapan dalam bentuk tulisan berangkai. Nota • Bimbing murid menulis ayat dalam perenggan secara mekanis dalam bentuk tulisan Guru berangkai. 3.1.1 154 Strategi PdP: Belajar Cara Belajar KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan KPM EMK: Kreativiti dan Inovasi
Seni Bahasa Budi Sungai Dengarlah ini wahai saudara, Kisah sungai yang terpelihara, Jernih airnya hingga muara, Menarik minat teruna dara. Haiwan akuatik bebas bersarang, Ikan, buaya, udang, memerang, Bawah sinaran cahaya terang, Mencari makanan tidak berkurang. Kepada tumbuhan sungai berjasa, Pepohon segar nyaman dirasa, Indahnya alam dirakam lensa, Tenang fikiran hidup selesa. Demi manusia sungai dijaga, Airnya diminum terasa lega, Sumber pertanian ekonomi warga, Sungai khazanah amat berharga. Syair ini berkisahkan ___. Aktiviti IMBAS SAYA Melagukan syair dan menyatakan idea keseluruhan syair. Nota • Bimbing murid melagukan syair dengan irama yang sesuai serta menyatakan idea Guru keseluruhan syair. 4.2.1 Strategi PdP: KP – Muzik KBAT: Menganalisis – Menerangkan 155 EMK: Nilai Murni – Menghargai KPM
Tatabahasa E-Sisa Mudah Alih Afifi dan rakan-rakan mendengar ceramah semasa E-Sisa perjumpaan mingguan Kelab Lestari Alam di sekolah. Mudah Alih SituaSsit1uasi 1 Selamat sejahtera, murid-murid. Saya akan menyampaikan ceramah tentang e-sisa mudah alih. Banyak maklumat akan saya kongsikan dengan kamu. Program ini adalah untuk memberi kita kesedaran tentang kepentingan pelupusan e-sisa mudah alih secara mesra alam. Telefon bimbit, telefon pintar, tablet dan aksesorinya perlu dikitar semula dengan cara yang betul. E-sisa mudah alih ini perlu kita serahkan kepada pengumpul. Selain itu, kita juga digalakkan untuk membaik pulih peranti mudah alih secara selamat. Dengan amalan ini, aktiviti perlombongan bahan baharu dapat kita kurangkan. Komponen berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan akan terhindar. Kita perlu berazam untuk menjaga alam sekitar bagi mengelakkan pencemaran. SituaSsit1uasi 2 21:14 21:14 21:14 – mendengar ceramah – – bertanya soalan – – difahami oleh Afifi Aktiviti Mengenal pasti dan membina ayat aktif dan ayat pasif mengikut konteks. 156 Nota • Bimbing murid memahami dan membina ayat aktif, dan ayat pasif mengikut konteks. Guru Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi – Membina KPM EMK: Kelestarian Global 5.3.3
UNIT 21 Teknologi Hijau Kereta Elektrik Mendengar dan Bertutur P menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya Pilihan Terbaik Afifi menemani ayahnya ke pusat pameran kereta. P tidak menggunakan Mereka telah berbincang dengan pegawai promosi petrol tentang pilihan kereta yang terbaik. P tidak membebaskan Apakah perbezaan gas karbon dioksida antara kereta hijau dengan kereta biru ini? P kos penyenggaraan yang rendah P lebih senyap Kereta hijau itu berenjin petrol dan perlu disenggara secara berkala. Kereta biru ini pula ialah kereta elektrik. Afifi, setelah mendengar ___ penerangan tadi, kereta ___ manakah yang sesuai untuk keluarga kita? Mengapa? Apakah kesannya jika ramai orang membuat pilihan yang sama seperti Afifi? Aktiviti Mendengar, mentafsir dan memberikan respons. Nota • Bimbing murid mendengar, mentafsir dan memberikan respons terhadap soalan secara Guru kritis dan kreatif. 1.1.3 Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Menilai – Memberikan alasan 157 EMK: Sains dan Teknologi KPM
Membaca Perkampungan Solar Afifi telah menerima sepucuk surat daripada kawannya di Sarawak. Jimi anak Rebai, 11, Jalan Matang 1, Taman Matang Jaya, 93050 Kuching, Sarawak. 18 Julai 2000 Menemui sahabatku, saudara Afifi, yang kini berada di Johor Bahru. Saya berharap semoga saudara dan keluarga dalam keadaan sihat sejahtera. Saudara, Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya sekeluarga semasa bercuti di Long Liwok, Baram, Miri, Sarawak. Saya sangat seronok kerana inilah kali pertama saya ke sana untuk menziarahi saudara-mara. Perjalanan ke sana mengambil masa kira-kira enam jam. Kami melalui jalan balak dengan kenderaan pacuan empat roda dari bandar Miri. Perjalanan kami mencabar, terutamanya di lereng-lereng bukit yang curam. Setibanya di kampung tersebut, saya sangat kagum kerana rumah panjang di sana mempunyai kemudahan tenaga elektrik. Tenaga elektrik diperoleh daripada panel tenaga solar yang disediakan oleh pihak berkuasa. Buat pengetahuan saudara, tenaga solar ini tidak mencemarkan alam sekitar seperti generator yang menggunakan minyak diesel. Tenaga solar ialah tenaga semula jadi daripada cahaya matahari yang dapat menjanakan kuasa elektrik. Kini, corak kehidupan masyarakat di situ turut berubah dengan adanya bekalan elektrik. Anak-anak tidak lagi menyiapkan kerja sekolah dengan ditemani cahaya lilin dan pelita. Kaum ibu juga sudah boleh menyimpan bekalan makanan di dalam peti sejuk. Kerja-kerja kraf tangan juga boleh dijalankan pada waktu malam. Pendek kata, tenaga solar ini mesra alam kerana sumber tenaga ini bersih dan boleh dibaharui secara berterusan. Ketenangan persekitaran di sana membolehkan saya menyiapkan sebuah gurindam tentang masyarakat tersebut. Bersama-sama surat ini juga saya sertakan sebuah gurindam yang saya tulis dan beberapa keping gambar. Sekian dahulu buat kali ini. Saya berharap agar kita berjumpa lagi dalam warkah yang lain. Sahabatmu, Jimi 158 KPM
Gurindam Perkampungan Solar Kisah kehidupan di pedalaman, Untuk tatapan saudara dan teman. Hendak ke sana agaklah susah, Tiada elektrik selalu dikisah. Masalah penduduk bersama dibincang, Kerajaan prihatin terus merancang. Tenaga solar menjadi pilihan, Penduduk bersyukur dengan kemudahan. Menelaah buku ilmu dicari, Walaupun selepas terbenam mentari. Adanya lampu hasil meningkat, Masa bekerja tidak lagi singkat. Anyaman tikar untuk pasaran, Malam yang cerah bantu pengeluaran. Teknologi hijau perlu bijak digunakan, Manfaatnya usahlah kita abaikan. IMBAS SAYA Aktiviti Membaca surat dan gurindam dengan penyampaian yang sesuai. Nota • Bimbing murid membaca dan mempersembahkan karya sastera dan karya bukan sastera Guru dengan pelbagai bentuk penyampaian. 2.3.2 Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Menganalisis – Membezakan 159 EMK: Nilai Murni – Kesyukuran KPM
Menulis Lampu Jalan Diod Pancaran Cahaya Afifi melayari Internet. Dia terbaca tentang usaha Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang menggunakan teknologi hijau bagi kemudahan masyarakat. LATAR BELAKANG MENGENAI KAMI INFO PERKHIDMATAN HUBUNGI KAMI HULU LANGAT, 25 Julai – Sebanyak 10 000 unit lampu jalan jenis diod pancaran cahaya atau light-emitting diode (LED) akan dipasang di seluruh Semenanjung Malaysia secara berperingkat. Lampu jalan LED ini dipilih kerana mampu menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sebanyak 40 peratus. Penggunaan lampu LED juga dapat mengurangkan kos penyenggaraan lampu jalan. Lampu LED yang akan dipasang ini lebih terang daripada lampu jalan biasa. Situasi ini akan memudahkan penduduk kampung menggunakan jalan raya ketika gelap. Pihak TNB juga menyatakan bahawa mereka tetap akan menyokong penggunaan teknologi hijau demi kelestarian alam. Selain itu, mereka juga menjalankan kerjasama dengan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim untuk memenuhi permintaan daripada penduduk kampung yang memerlukan pemasangan lampu jalan LED. (Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada BH Online, 3 November 2019) menjimatkan mengurangkan penggunaan pelepasan gas tenaga elektrik rumah hijau ___ Penggunaan ___ Lampu Jalan LED ___ ___ Pada pendapat ___ ___ saya, ___. Info Aktiviti LED daripada perkataan bahasa Inggeris, iaitu light-emitting diode. LED ialah diod semikonduktor yang memancarkan cahaya apabila arus elektrik dialirkan. Membina dan menulis ayat untuk menyatakan pendapat. 160 Nota • Bimbing murid melengkapkan peta pemikiran dan membina ayat untuk menyatakan Guru pendapat berpandukan bahan multimedia. KPM Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Menganalisis – Mengenal pasti 3.2.1 EMK: Kelestarian Global
Seni Bahasa Maksud Sajak Tenaga Alternatif Kita patut Syukur kepada Tuhan bersyukur dengan anugerah alam-Nya luas anugerah alam nikmat-Nya tidak terhingga yang dapat kita akal kita mampu mengolahnya. nikmati. Ke hilir air yang mengalir ____ mampu diempang membukit memutar turbin tanpa jemu menghasilkan tenaga elektrik. Angin yang bertiup nyaman bilah raksasa boleh terpusing mudah tenaga elektrik terhasil ____ tanpa sedikit pun merosakkan alam. Panel-panel hitam solar ____ mampu menyerap cahaya mengolah dan menyimpan hasilnya menjadi tenaga. Marilah warga dunia IMBAS SAYA gunakanlah anugerah ini dengan sebaik-baiknya Info ____ alam buana pasti ceria. Lebih seabad, majoriti penggunaan Aktiviti Nukilan: Hasdi kuasa elektrik di Malaysia dijanakan dengan menggunakan Mendeklamasikan sajak dengan nada yang bahan api fosil. sesuai dan menyatakan maksud sajak. Nota • Bimbing murid mendeklamasikan sajak dengan nada yang sesuai dan menyatakan Guru maksud sajak. 4.2.2 Strategi PdP: KP – Naturalis KBAT: Menganalisis – Menerangkan 161 EMK: Nilai Murni – Kesyukuran KPM
Tatabahasa Tiba-tiba Cerah Afifi melihat ayahnya menambah baik sistem lampu di dalam bilik air. Dengan ayahnya, Afifi berbual-bual. Setelah selesai, Afifi menyenaraikan kebaikan teknologi tersebut kepada alam sekitar. Afifi: Apakah yang sedang ayah lakukan? Ayah: Ayah memasang sensor pergerakan pada lampu ini. Afifi: Ayah memasang sensor pergerakan ini, mengapa? Ayah: Untuk mengelakkan pembaziran elektrik, ayah memasang sensor ini. Adik kamu, apabila keluar dari bilik air, selalu lupa mematikan suis lampu. Afifi: Bagaimanakah alat ini berfungsi, ayah? Ayah: Dengan alat ini, lampu di dalam bilik air akan menyala secara automatik apabila adanya pergerakan. Akan terpadam secara automatik pula lampu apabila tiadanya pergerakan. Afifi: Wah, sangat bagus sensor ini! Ayah: Ya, Afifi. Teknologi ini sangat cekap. Yang lebih penting, alat ini dapat menyokong usaha pelestarian alam. Afifi: Terima kasih, ayah, kerana mengajar kami untuk memelihara alam kita ini. jimat mengurangkan alam tenaga pencemaran sekitar karbon terpelihara Munsyi Cilik Ayat susunan biasa ialah ayat yang subjeknya Ayat susunan songsang ialah ayat yang predikatnya di hadapan dan predikatnya di belakang. di hadapan dan subjeknya di belakang. Contoh: Contoh: subjek predikat predikat subjek Sensor pergerakan ini menjimatkan elektrik. Menjimatkan elektrik sensor pergerakan ini. Aktiviti Mengenal pasti dan membina ayat susunan biasa dan ayat susunan songsang. 162 Nota • Bimbing murid memahami dan membina ayat susunan biasa dan ayat susunan songsang Guru mengikut konteks. KPM 5.3.4 Strategi PdP: Pembelajaran Masteri KBAT: Menganalisis – Membina EMK: Kelestarian Alam
Pemulihan Bina ayat aktif berdasarkan frasa dan gambar. Tiada Lagi Tisu Pada suatu hari, Afifi dan keluarganya beriadah di Taman Botani. Semasa di sana, Afifi dan abangnya menuju ke tandas. Afifi ___. mencuci alat pengering menghulurkan tangan tangan – berada tangan menjadi berjanji hutan kering terpelihara 5.3.3 163 KPM
Pengayaan Tulis ayat untuk menyatakan pendapat. Sungai Nadi Kehidupan Jason, rakan Afifi dari Sabah, telah menghantar e-mel kepada Afifi. Jason ingin bertanyakan pendapat Afifi tentang Sungai Nadi Kehidupan (ROL). E-mel Cari Daripada: [email protected] Kepada: [email protected] Perkara: Sungai Nadi Kehidupan Ke hadapan sahabatku, Afifi, semoga dalam keadaan sihat sejahtera selalu. Tujuan saya menulis e-mel ini adalah untuk bercerita tentang projek Sungai Nadi Kehidupan yang dijalankan di Kuala Lumpur. Saya terbaca bahawa projek ini adalah untuk mengembalikan kelestarian dan kebersihan sungai-sungai di sana. Saya juga melihat keadaan Sungai Gombak dan Sungai Klang di pusat bandar raya Kuala Lumpur melalui Internet. Keadaannya banyak berubah sekarang. Timbul keinginan saya untuk mengunjungi Kuala Lumpur bagi melihat keindahan sungai-sungai tersebut. Saya juga dimaklumkan bahawa indeks kualiti air bersih di kedua-dua batang sungai itu telah mencapai 76 peratus. Hal ini telah menjadikan Sungai Gombak dan Sungai Klang setaraf dengan beberapa batang sungai yang bersih di luar negara. Kini, Sungai Gombak dan Sungai Klang menjadi tarikan kepada pelancong di Kuala Lumpur. Pelancong boleh menikmati keindahan pantulan cahaya lampu neon, di samping pancutan air di tengah-tengah sungai. Saya berharap agar kamu dapat memberikan pendapat tentang coretan saya ini dan gambar-gambar yang saya sertakan. Saya menantikan balasan e-mel daripada kamu. Saya akhiri e-mel saya dengan ucapan terima kasih. Afifi membalas kiriman e-mel Jason. E-mel Cari Daripada: [email protected] Kepada: [email protected] Perkara: Pendapat Saya tentang Sungai Nadi Kehidupan Ke hadapan sahabatku, Jason, semoga dalam keadaan sihat sejahtera selalu. Pada pendapat saya, pihak berkuasa telah berusaha untuk memulihara sungai-sungai di negara ini. Selain itu, ___. 3.2.1 164 KPM
Pengukuhan Baca dan fahami teks. Kemudian, buat pertimbangan dan keputusan. Rencana Uniknya Lembangan Maliau Lembangan Maliau terletak di bahagian selatan Sabah. Lembangan ini disempadani tebing curam berketinggian 1675 meter dari aras laut. Jalan masuk ke sana hanyalah dengan kenderaan pacuan empat roda melalui bandar Keningau atau bandar Tawau sejauh 190 kilometer. Lembangan Maliau ini unik kerana lembangan ini merupakan kawasan tadahan besar yang mengalir dari Sungai Maliau dan berakhir di Sungai Kinabatangan. Hasil kajian mendapati sungai di kawasan ini sangat bersih dan dikategorikan dalam kelas pertama. Sungai ini menjadi nadi penting bagi kelangsungan ekosistem di sini. Di sini juga, terdapat banyak air terjun yang masih belum diteroka atau diberikan nama, di samping sebuah tasik air tawar yang besar. Para pengkaji telah menemui fosil haiwan marin dari 16 hingga 17 juta tahun dahulu di kawasan tasik tersebut. Lembangan Maliau juga diserikan dengan keindahan flora. Kawasan hutan dihijaui dengan pelbagai lumut dan kulat. Yang lebih menarik, bunga orkidnya lebih besar dan jambaknya lebih panjang daripada biasa. Lembangan Maliau juga kaya dengan kepelbagaian spesies fauna yang melengkapi rantaian ekosistem. Lembangan ini menjadi khazanah dan syurga tumpuan para penyelidik dan pencinta alam seluruh dunia. (Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada majalah Era Hijau, Jabatan Alam Sekitar Malaysia) Aktiviti Sekiranya kamu dipilih sebagai ahli dalam ___ pasukan pengkaji alam, mahukah kamu ___ 2NG.ou2tr.au1 mengikuti mereka? Jelaskan alasan kamu. 1.2.2 165 2.2.1 Di Lembangan Maliau ini, adanya arang batu bergred tinggi. KPM Bersetujukah kamu jika dibina lombong arang batu di sana? Mengapa?
Penilaian Semasa sambutan Hari Alam Sekitar, Afifi dan rakan-rakan tertarik akan persembahan dalam pertandingan deklamasi sajak. Selamatkan Bumi Kita SEBLUAMMI AKTITKAAN Bersama sekata READ MORE lestarikan sekolah kita IMBAS SAYA persekitaran menyejukkan mata sekeliling pasti terjaga sekolah tampak ceria. Hanya 60 minit HBAURMI I malam kita bergelap betapa banyak kita berjimat melestarikan sumber tenaga. Bersatu kita mengumpulkan HTeijaknuologi 60 Minit sesama kita guna semula Tanpa Cahaya mengolah dan mengitar Lampu untuk kurangkan kerosakan alam. Nukilan: Hasdi (A) Fahami sajak dan berikan respons. Salam sejahtera, Afifi. ___ Bagaimanakah dapat ___ kita menyelamatkan bumi kita? Apakah kebaikan mengumpulkan dan menggunakan bahan buangan semula? (B) Bina peta bulatan tentang sajak dan poster. Kemudian, buat rumusan. (C) Bina ayat susunan biasa dan ayat susunan songsang dengan menggunakan perkataan berwarna biru dalam sajak. 166 1.1.2 2.3.1 KPM 5.3.4
Tema EKONOMI, KEUSAHAWANAN 8 DAN PENGURUSAN KEWANGAN Ekonomi Dinamik Usahawan Berwawasan Pintar Kewangan CONTOH Aktiviti Membuat sumbang saran berdasarkan gambar. 167 KPM
UNIT 22 Ekonomi Dinamik Mendengar dan Bertutur Cara Kami Farisha dan rakan-rakan berbual melalui aplikasi WhatsApp tentang cara membantu keluarga berjimat. Kelas 5 Arif Amira, Irfan, Shu Fen, Rubini, Kamu... Kelas 5 Arif Kelas 5 Arif Rubini Amira, Irfan, Shu Fen, Rubini, Kamu... Amira, Irfan, Shu Fen, Rubini, Kamu... Selamat sejahtera, kawan-kawan. Rubini Bolehkah saya tahu cara kamu membantu keluarga masing-masing Amboi, seronoknya! Saya juga ingin berjimat? berkongsi cara kami. Saya dan adik ke sekolah pada setiap hari dengan berkongsi dan bergilir kereta dengan jiran kami. Amira Shu Fen Selamat sejahtera, Farisha. Kasut Saya pula membawa bekal makanan saya yang masih elok tetapi sudah ke sekolah pada setiap hari. Kami dapat ketat untuk saya pakai, akan saya menjimatkan perbelanjaan harian. berikannya kepada adik saya. Amira Terima kasih, Amira. Wah, bagusnya amalan itu! Farisha, bolehkah kamu berikan pandangan tentang amalan-amalan berjimat kami? Irfan ___ Hai, semua! Saya pula membantu Irfan ayah saya menanam sayur-sayuran di belakang rumah. Lihatlah kebun Cara manakah yang ingin kamu ikut, sayur kami yang subur ini. Farisha? ___ Taip mesej Taip mesej Taip mesej Aktiviti Menyatakan pertimbangan dan membuat keputusan. Nota • Bimbing murid bertutur untuk menyatakan pertimbangan dan keputusan tentang bahan Guru multimedia secara bertatasusila mengikut konteks. 1.2.21 168 Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Menilai – Membuat keputusan KPM EMK: Nilai Murni – Berjimat Cermat
Membaca Pembelian Tanpa Tunai Farisha menonton berita tentang pembelian tanpa tunai dalam televisyen. Ayah, apakah maksud Pembelian tanpa tunai ialah kaedah pembelian tanpa tunai? melakukan transaksi barangan Pernahkah ayah menggunakan dan perkhidmatan melalui sistem kaedah pembelian ini? pembayaran elektronik atau dalam talian. Kita pernah menggunakan kaedah ini semasa berbelanja di Bazar Ramadan Kampung Baru. Cuba Farisha imbau kembali, kita sekeluarga telah ke Bazar Ramadan Kampung Baru pada bulan puasa yang lepas. Semasa di sana, kebanyakan peniaga menawarkan kemudahan RM e-dompet kepada para pengunjung. Kaedah ini menjadikan bazar itu sebagai bazar tanpa tunai pertama di negara ini. IMBAS Bazar itu mempunyai keunikan tersendiri. Kedudukannya BAYAR di bandar mampu menarik minat pengunjung membuat e-dompet transaksi bayaran menggunakan e-dompet. Kita hanya perlu memuat turun aplikasi e-dompet dalam telefon pintar. Kemudian, kita menambah amaun nilai yang kita perlukan. Setelah memilih barangan, kita hanya perlu melakukan imbasan kod QR untuk membuat pembelian. Keselamatan e-dompet ini berada pada tahap yang baik kerana setiap transaksi memerlukan pengesahan nombor pin. Pengguna tidak perlu membawa wang tunai untuk berbelanja. Aktiviti Menyenaraikan maklumat tersurat dan tersirat untuk memberikan respons. Nota • Bimbing murid membaca dan memahami maklumat tersurat dan tersirat untuk Guru memberikan respons. 2.1.1 Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Menganalisis – Menerangkan 169 EMK: Nilai Murni – Prihatin KPM
Menulis Awas, Akaun Keldai! Farisha menyertai program Skim Galakan Simpanan Pelajar (SGSP) di sekolah. Selepas membuka akaun simpanan, Farisha melihat pameran poster yang menarik perhatiannya. APAKAH AKAUN KELDAI? RM HANTAR Akaun bank seseorang individu yang digunakan oleh orang lain untuk transaksi kewangan yang tidak sah atau menyalahi undang-undang. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN • Jangan benarkan akaun bank kamu digunakan oleh penjenayah kewangan atau orang lain. • Jangan mudah percaya akan tawaran wang bagi penggunaan akaun kamu. • Usah dedahkan maklumat peribadi perbankan kamu kepada pihak ketiga. HUKUMAN DAN TINDAKAN TERHADAP PEMILIK AKAUN KELDAI • Pemilik akaun boleh didakwa atas kesalahan menyembunyikan atau memindahkan harta orang lain yang membawa hukuman penjara 5 tahun atau denda atau kedua-duanya. • Akaun bank akan disekat dan kamu tidak boleh membuat sebarang transaksi perbankan. (Sumber: Bank Negara Malaysia) ___ ___ ___ ___ 1. Siapakah pemilik akaun keldai? 2. Nyatakan kesan terhadap pemilik akaun keldai. 3. Mengapakah masih ramai pemilik akaun yang menjadi mangsa akaun keldai tanpa disedari? 4. Pada pendapat kamu, bagaimanakah dapat kita menyedarkan orang ramai agar tidak menjadi pemilik akaun keldai? Aktiviti Menghasilkan jawapan dengan alasan secara kritis dan kreatif. Nota • Bimbing murid menghasilkan jawapan dengan alasan secara kritis dan kreatif. Guru Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Menganalisis – Mengenal pasti 3.2.2 170 EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab KPM
Seni Bahasa Sediakan Payung sebelum Hujan Farisha ingin menyertai pertandingan pantun sempena minggu keusahawanan sekolahnya. Dia mula berlatih untuk membina pantun. Wanginya aroma bunga telepok, Tiada di hutan sukar dicari; Diberikan nama insurans berkelompok, Tanda ingatan pemimpin bestari. Naik perahu pergi ke kota, Pergi bertiga menjual bemban; Ambillah tahu akan hak kita, Agar keluarga tidak terbeban. Berenang memerang bersama tuntung, Tersangkut kaki terkena joran; Murid sekarang sungguh beruntung, Insurans dimiliki tanpa bayaran. Pohon koko tumbuh sekata, Petik bersama muat di pedati; Jauhkan risiko diri kita, Insurans diterima sebagai ganti. Lebah bersarang di pokok jelutung Pisang kaki di atas ran IMBAS SAYA Ikan gelama dibuat keropok Ayam kinantan dimasak kari Senang keluarga tiada terbeban Ambillah tahu manfaat kita Insurans diterima syukur di hati Kurangkan risiko diri kita Aktiviti Mengubah suai pantun dan mempersembahkannya. Nota • Bimbing murid mengubah suai puisi dan mempersembahkannya secara kreatif. Guru Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Mengaplikasi – Menyesuaikan 4.3.1 EMK: Bahasa 171 KPM
Tatabahasa Rancang Kewangan Keluarga Encik Farid dan keluarga mula membuat perancangan kewangan tahunan. Mereka sedang merancangnya bersama-sama. 1 Kita mesti menyediakan 2 Kita perlu membuat simpanan simpanan kecemasan. perbelanjaan tetap tahunan. Simpanan kecemasan sangat penting Perbelanjaan tetap tahunan ialah perbelanjaan yang wajib ada pada kerana keadaan ekonomi yang tidak setiap tahun. Perbelanjaan tersebut adalah seperti memperbaharu cukai menentu. Perkara yang memerlukan jalan kenderaan dan perbelanjaan musim perayaan. Kita boleh membuat simpanan kecemasan ialah situasi persediaan lebih awal untuk berbelanja pada musim kehilangan pekerjaan dan kos sara hidup perayaan yang akan datang. yang makin tinggi. Kita juga mungkin memerlukannya untuk kejadian luar jangkaan. K ECEMASA Dengan simpanan ini, kita N telah bersedia lebih awal. RM 3 Kita harus meningkatkan 4 Kita patut membuat simpanan simpanan percutian. perbelanjaan persekolahan. Pada tahun akan datang, ayah ingin Pada setiap awal tahun, kita membawa keluarga kita melancong memerlukan perbelanjaan yang banyak. ke beberapa tempat yang amat menarik. Kelengkapan persekolahan yang Melancong dengan keluarga sungguh dibeli pakaian seragam, alat tulis menyeronokkan. Kita dapat melihat alam dan buku. Kelengkapan persekolahan yang indah nian. Namun begitu, kosnya ini untuk kemudahan anak-anak adalah terlalu mahal. Kita patut belajar. Oleh itu, simpanan ke tempat yang masih belum ini penting bagi kita teroka dalam negara. yang merancang perbelanjaan. Aktiviti Mengenal pasti kata pemeri, kata penguat dan kata bantu yang sesuai. Nota • Bimbing murid memahami dan menggunakan kata pemeri, kata penguat dan kata bantu Guru mengikut konteks. 5.1.4 172 (i,ii,iii) Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan KPM EMK: Pendidikan Kewangan
UNIT 23 Usahawan Berwawasan Mendengar dan Bertutur Inovasi Pemasaran KAEDAH PROMOSI PRODUK JUALAN DALAM KARNIVAL KEUSAHAWANAN Selamat sejahtera, 1 Kaedah pertama PROMOSI kawan-kawan. menggunakan pelbagai Sila lihat cadangan medium media sosial 3 SANDWIC saya tentang terkini seperti Facebook, kaedah promosi Instagram dan WhatsApp produk jualan kita untuk karnival PROMOSI Kaedah ketiga keusahawanan nanti. SANDWIC memasang gegantung di hadapan sekolah 2 Kaedah kedua mengedarkan risalah kepada semua warga sekolah Tindakan Promosi Kesan penggunaan media sosial pelanggan terdiri daripada warga sekolah memasang gegantung Pada pendapat saya, Pada pendapat kamu, kerana . kaedah manakah yang sesuai kita gunakan untuk mempromosikan produk jualan kita nanti? Mengapa? Aktiviti Bertutur dan menghuraikan maklumat tersurat dan tersirat. Nota • Bimbing murid bertutur dan menghuraikan maklumat menggunakan idea yang kritis dan kreatif. Guru Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Menganalisis – Menerangkan 1.2.2 EMK: Keusahawanan 173 KPM
Membaca Mudahnya Ibu Berniaga Ibu Farisha mengusahakan perniagaan pembuatan kek di rumah. Beliau berniaga secara dalam talian. Puan Faezah pandai membuat pelbagai jenis kek yang lazat. Selain itu, hiasan pada kek juga kreatif. Beliau menghias kek mengikut tempahan pelanggan. Beliau tidak ketinggalan mengikuti trend terkini teknik hiasan kek. Pada permulaannya, kek yang dibuat oleh Puan Faezah hanya ditempah oleh jiran tetangga. Namun begitu, selepas Farisha dan Farhana memuat naik video ibu mereka membuat kek dalam Facebook, tempahan semakin meningkat. Video itu telah tular dalam media sosial. Oleh sebab permintaan yang tinggi, Farisha dan Farhana selalu membantu ibu mereka. Farisha mencari maklumat tentang jenis kek yang disukai ramai. Farhana pula akan menyiapkan pembungkusan kek. Pembungkusan kek mereka menarik, kemas dan berkualiti. Mereka menggunakan kemudahan media sosial untuk promosi dan tempahan. Pelanggan boleh membayar tempahan secara dalam talian atau menerusi perkhidmatan tunai semasa hantar kepada pelanggan. Pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan tersebut. Para pelanggan yang menggemari kek Puan Faezah memberikan maklum balas yang baik dalam media sosial. Kini, Puan Faezah berusaha untuk membuka sebuah kedai kek di bandar pula. Beliau juga sedia menerima ejen jualan. Aktiviti Membaca dan merujuk kamus serta media elektronik untuk mencari makna perkataan yang berwarna biru. Nota • Bimbing murid membaca dan merujuk kamus serta media elektronik untuk mencari makna Guru perkataan dan meneliti ejaan yang tepat mengikut susunan perkataan. 2.1.2 174 Strategi PdP: Belajar Cara Belajar KBAT: Menganalisis – Menerangkan KPM EMK: Keusahawanan
Menulis Usahawan Salai Farisha dan keluarganya ke Port Dickson, Negeri Sembilan. Semasa di sana, mereka singgah makan di sebuah restoran. Mereka sempat berbual-bual dengan pemilik restoran tersebut. Jemputlah makan. Saya harap masakan di sini sesuai dengan selera tuan sekeluarga. Terima kasih. Wah, sedapnya lauk-pauk ini! Tuan, saya lihat ramai pelanggan di kedai ini. Bolehkah tuan ceritakan perniagaan produk salai ini? Sebelum saya memulakan perniagaan ini, saya pernah melakukan pelbagai pekerjaan semasa berhijrah ke Kuala Lumpur. Namun, semuanya tidak memenuhi cita rasa saya. Kemudian, saya balik ke kampung untuk membantu ibu bapa saya. Selepas tiga tahun, saya mendapat idea menghasilkan dan mengkomersialkan produk salai. Produk salai yang dijual ialah itik, ayam kampung, daging, puyuh dan ikan sembilang. Saya juga melakukan pembungkusan secara vakum atau kedap udara supaya produk salai tahan lebih lama dan kekal segar. Selepas perusahaan salai mendapat sambutan hangat, barulah saya membuka restoran ini. Usahawan Makanan berasaskan salai menjadi kegemaran Salai pelanggan kerana aroma yang terhasil daripada asap selepas disalai membuka selera. Saya juga mendapat sokongan dan kerjasama daripada agensi kerajaan. Aktiviti Mencatat maklumat berdasarkan bahan. Nota • Bimbing murid mencatat maklumat pada peta bulatan berdasarkan bahan yang dibaca, Guru dilihat, dan didengar. 3.2.3 Strategi PdP: Belajar Cara Belajar KBAT: Menganalisis – Mengesan 175 EMK: Keusahawanan KPM
Seni Bahasa Hobi Menjadi Wang Bakal Usahawan Arnab Bakal Usahawan Ikan Pelaga Farisha sangat suka akan arnab. Amira Ayahnya telah membelikan Farisha sepasang arnab. Pada masa lapang, sepasang ikan Farisha bermain-main dengan arnab pelaga tersebut. Ayah dan abang Farisha membina memasang rak sangkar di belakang rumah mereka. akuarium Farisha dan ibu memberi arnab makanan dan membersihkan sangkar arnab. Arnab milik Farisha membiak dengan cepatnya. Bilangan arnab belaan Farisha pelbagai media semakin banyak. Bahagian belakang sosial rumahnya penuh dengan sangkar arnab. Farisha mengambil gambar arnab-arnab yang comel itu dan memuat naiknya dalam Instagram. Keluarga Farisha tidak menyangka koleksi ikan bahawa ramai peminat arnab pelaga menghubungi Farisha. Mereka ingin membeli arnab-arnab milik Farisha. Farisha menjual arnab tersebut dengan harga yang berpatutan. Sejak itu, barulah Farisha sedar rezeki bahawa hobinya itu mendatangkan wang. Dia berharap agar dapat menjadi usahawan arnab pada suatu hari nanti. Aktiviti Mengubah suai cerita dan mempersembahkannya. 176 Nota • Bimbing murid mengubah suai cerita dengan bahasa yang indah dan santun serta Guru mempersembahkannya secara kreatif. KPM 4.3.2 Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mencipta – Menggubah EMK: Keusahawanan
Tatabahasa Kompang Lima Beradik Farisha dan keluarganya ke majlis kenduri kahwin. Semasa menikmati jamuan, mereka dihiburkan dengan persembahan kumpulan kompang. Farisha: Wah, rancaknya paluan kompang itu! Ayah: Betul, Farisha. Lagu yang dimainkan pun sedap didengar. Faris: Kalau adik ingin tahu, itulah Kumpulan Kompang Lima Beradik. Kumpulan itu terkenal dengan persembahan kompang berformasi. Persembahan mereka memerlukan persefahaman semua ahli kerana melibatkan gerakan badan, nyanyian dan paluan kompang secara serentak dan teratur. Keunikan persembahan mereka sering mencuri tumpuan tetamu majlis kenduri. Farisha: Lihat, ramai tetamu memberikan tepukan dan pujian setiap kali mereka membuat gerakan badan yang unik. Mesti banyak tempahan persembahan yang diterima mereka untuk memberikan hiburan kepada tetamu dalam majlis perkahwinan. Ayah: Cuba Farisha dan Faris lihat laman sesawang ini. Mereka sebenarnya masih belajar. Namun begitu, mereka mampu mengurus masa dengan baiknya. Mereka cuba memenuhi semua undangan kerana tidak mahu menghampakan harapan tuan rumah. Mereka juga mengenakan bayaran yang berpatutan. Hasil bayaran persembahan digunakan untuk membiayai pendidikan. Mereka gigih berusaha untuk berjaya sebagai pemain kompang. Sikap mereka ini wajar kamu contohi dan amalkan. Kata Berimbuhan Awalan Akhiran Aktiviti Mengkategorikan kata berimbuhan awalan dan kata berimbuhan akhiran dalam teks. Kemudian, membina ayat. Nota • Bimbing murid memahami dan menggunakan kata berimbuhan awalan dan kata berimbuhan akhiran. Guru Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Mengelaskan 5.2.1 (i,ii) EMK: Nilai Murni – Keberanian 177 KPM
Tatabahasa Kolam Pancing Ikan Farisha dan keluarganya membantu perusahaan kolam pancing ikan datuknya. Terima kasih, Farisha, kerana Datuk ingin membuka kedai menjual peralatan menolong datuk mengemaskan memancing. Kedai ini sinambung daripada stor ini. Stor ini tidak lagi selerak. pembinaan kolam pancing ikan. Sama-sama, datuk. Mengapakah stor ini dikemaskan? Wah, menarik idea datuk! Nanti, Farisha bantu kakak menanam pokok di tepi Cuba lihat di tepi kolam gelanggang takraw itu. Tempat itu akan dijadikan sana. Tebing kolam tempat letak kenderaan oleh pelanggan. dipasangkan cerucuk oleh ayah dan Faris Farisha, buangkan tali tangsi yang agar tidak runtuh. serabut itu kerana membahayakan pengunjung. Kemudian, cabutkan kemuncup itu. Hati-hati semasa mencabutnya supaya telapak tangan tidak kelupas. Baiklah, ayah. Aktiviti Terima kasih, semua. Kolam pancing ikan kita makin gemilang dengan cahaya lampu. Datuk mengharapkan perusahaan ini akan lebih maju. Menyatakan dan membina ayat menggunakan kata berimbuhan apitan dan kata berimbuhan sisipan mengikut konteks. Nota • Bimbing murid memahami dan menggunakan kata berimbuhan apitan dan kata Guru berimbuhan sisipan mengikut konteks. 5.2.1 178 (iii,iv) Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan KPM EMK: Keusahawanan
UNIT 24 Pintar Kewangan Mendengar dan Bertutur Segala-galanya Bermula di Sini Cikgu Julia dan murid-murid ke Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia. Mereka diberi taklimat tentang keistimewaan setiap galeri. Galeri Kanak-kanak Galeri Bank Negara Malaysia (BNM) • Permainan interaktif Simpan, Belanja • Sejarah BNM dan Kongsi • Fungsi, peranan dan tanggungjawab BNM • Permainan Pelaburan • Pendidikan kewangan • Replika bilik Gabenor • Terowong RM1 Juta • Mencipta wang kertas sendiri Galeri Numismatik Galeri Ekonomi • Sejarah mata wang Malaysia • Peranan dan pencapaian Malaysia dalam • Permainan Sistem Barter ekonomi • Denai duit syiling • Pameran mata wang dunia • Sektor-sektor ekonomi Malaysia • Perkembangan sistem pembayaran di Malaysia Irfan, galeri manakah yang paling menarik Galeri yang paling menarik perhatian saya ialah Galeri perhatian kamu? Bank Negara Malaysia (BNM). Di sana, saya dapat mengetahui sejarah dan fungsi BNM. Permainan Pelaburan pula mengajar saya ilmu pengurusan kewangan. Farisha, galeri manakah pula yang dapat menambah pengetahuan kita tentang pendidikan kewangan? Aktiviti Bersoal jawab untuk menjanakan idea. Nota • Bimbing murid bersoal jawab untuk menjanakan idea tentang sesuatu perkara. Guru Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Menilai – Membincangkan 1.2.3 EMK: Pendidikan Kewangan 179 KPM
Membaca Kenali Wang Kita Semasa di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, Farisha dan kawan-kawan telah membaca cara mengenal pasti ketulenan wang kertas Malaysia pada panel skrin. KAEDAH SENTUH CONTOH Sentuh mata wang kertas kamu dan pastikan: • wang kertas – rasa sedikit kesat dan cetakan timbul pada bahagian potret Yang di-Pertuan Agong dan teks • wang polimer – rasa cetakan timbul pada potret Yang di-Pertuan Agong dan teks CONTOH KAEDAH LIHAT Lihat wang kertas kamu dengan berlatarbelakangkan cahaya dan pastikan kamu dapat melihat: • potret tanda bayang Yang di-Pertuan Agong tiga dimensi, tanda dan tingkap pandang telus KAEDAH SENDENG CONTOH Pegang wang kertas kamu dan sendengkannya sedikit. Kamu akan dapat melihat pergerakan imej dan perubahan warna pada benang keselamatan dan petak kilat berwarna. CONTOH KAEDAH PERIKSA Periksa wang kertas dengan peralatan seperti: • peranti cahaya ultraungu – substrat kertas akan berkilau pada ciri-ciri keselamatan tertentu • kanta pembesar – tulisan teks bersaiz mikro kelihatan jelas Pada pendapat kamu, Pada pendapat saya, kaedah manakah yang lebih kaedah . berkesan untuk mengenal pasti ketulenan wang kertas Malaysia? Saya pula memilih Aktiviti kaedah . Membaca maklumat untuk membuat pertimbangan dan keputusan. Nota • Bimbing murid membaca dan memahami maklumat berdasarkan bahan multimedia untuk Guru membuat pertimbangan dan keputusan. 2.2.1 180 Strategi PdP: BCB – Bacaan Intensif KBAT: Menilai – Membuat keputusan KPM EMK: Pendidikan Kewangan
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132