Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore BAB 2 fungsi kawalan motor

BAB 2 fungsi kawalan motor

Published by nurhanim, 2021-10-16 15:35:46

Description: BAB 2 fungsi kawalan motor

Search

Read the Text Version

B B V 3 0 FPTV, UTHM 1 0 3

1. Sesiapa yang menghafal surat Khafi ayat I-I0 kan terhindar dari fitnah dajjal. 2. Sesiapa yang membaca surah al Kaahfi pada hari jumaat terhindar dari fitnah dan mendapat kelapangan dalam segala urusan hingga jumaat berikutnya

FUNGSI KAWALAN MOTOR

 A motor controller might include a manual or automatic means for starting and stopping the motor, selecting forward or reverse rotation, selecting and regulating the speed, regulating or limiting the torque, and protecting against overloads and faults.  Fungsi kawalan motor pada asasnya mempunyai 5 kategori utama iaitu : 1. Hidup-henti 2. Mempercepatkan 3. Kawalan kelajuan 4. Gerakan mara-songsang 5. Pembrekan

Hidup – Henti



(i) DIRECT (ii) STAR DELTA ONLINE (pemula STARTER bintang-delta) (permulaan talian terus) STARTING MOTOR (iv) SOFT (iii) AUTO- STARTER TRANSFORMER (pemula lembut) STARTING

 Menghubungkan terminal motor terus kepada Line punca bekalan dan menghasilkan arus permulaan Fuses bermula pada motor. Contactor  Sesuai digunakan kepada motor kecil <5 hp (3.75 Thermal kW). Relay  Kebanyakan motor boleh bergerak arah jam dan arah lawan jam tertakluk kepada litar yang M Motor dibina.  Biasanya digunakan untuk memulakan pam air, mesin-mesin pemampat (compressors), kipas dan pengangkut (conveyor).

Kebaikan Keburukan • Kos rendah. • Arus permulaan tinggi: • Tiada had untuk • Kejatuhan voltan. jumlah bermula. • Pelindung komponen • Menggunakan ruang mesti amat besar (kabel, yang kurang ketika penyentuh). pemasangan . •Menghasilkan kilas puncak. • Penyenggaraan dan kerosakan-kerosakan mekanikal meningkat.

Prinsip kendalian? • Pada mula motor arus melalui sambungan star. • Apabila motor beroperasi pada kelajuan normal, suis sambungan star akan terbuka.  Apabila sampai pada tahap maksimum, sambungan delta disambungkan dan berterusan sehingga butang henti ditekan.  Untuk merendahkan arus permulaan motor.  Sambungan star boleh kurangkan permulaan arus sebanyak 1/√3 daripada arus penuh.  Biasanya digunakan untuk pengempar (mesin dengan daya emparan untuk memisahkan sebatian), alat kawalan pengudaraan, dan pam.

Kebaikan • Kos rendah. • Tiada had untuk jumlah bermula. • Pemasangan menggunakan ruang yang kecil. • Arus mula kurang kepada 1/3 daripada arus nominal. Keburukan • Memerlukan 6 buah kotak terminal. • Voltan talian = voltan fasa sambungan star • Motor mesti sampai sekurang-kurangnya 90% daripada kadar kelajuan permulaan. • Tendangan arus yang tinggi apabila proses penukaran litar bintang ke delta. • Arus mula hanya kurang kepada 1/3 sahaja daripada arus nominal .

Prinsip kendalian? • Bekalan masuk ke sesentuh pertama (bekalkan 415V) dan seterusnya ke sesentuh kedua (bekalkan 240V). Kemudia masuk ke transformer yang akan membekalkan 240V ke motor, pada aras seterusnya, akan alirkan 415V ke motor.  Untuk merendahkan arus permulaan motor.  Mempunyai 3 sesentuh utama supaya aliran arus pada motor sentiasa ada (tiada gangguan pada aliran arus).

Kebaikan • Motor tidak disambungkan kepada auto- transformer ketika naik turun voltan. • Pembolehubah voltan permulaan – 65V untuk 90% voltan talian. Keburukan • Jumlah arus permulaan adalah terbatas . • Kos tinggi. • Lebih berat dan bersaiz besar.

• Digunakan untuk motor elektrik AC (bagi sementara ) untuk mengurangkan beban dan kilas dalam motor semasa permulaan. • Ini mengurangkan bebanan mekanikal pada motor dan shaft dan juga bebanan elektrodinamik pada kabel kuasa dan rangkaian pengagihan elektrik, memanjang sistem tersebut. • Mengandungi peranti mekanikal atau elektronik atau gabungan kedua-duanya. ✓Mekanikal: Mengandungi clutch, coupling ✓Elektronik: mengawal sistem yang mengurangkan kilas secara sementara dengan mengurangkan arus dan voltan masukan atau peranti yang bertindak menyusun sementara perjalanan motor yang disambungkan kepada liter elektrik.

Kebaikan • Permulaan yang lembut merangkumi peranti elektrik and mekanikal - mengurangkan kejutan ketika ketika naik turun voltan. •Mempunyai pad kekunci atau alat kawalan jauh. • Perlindungan penuh pada motor. • Beban beroperasi secara beransur-ansur. • Beban berhenti secara beransur-ansur. • Jimat tenaga.

Kawalan Cepatan

 Dikelaskan kepada: 1. Kawalan cepatan Manual 2. Kawalan cepatan Automatik 3. Kawalan cepatan Arus-Had 4. Kawalan cepatan Frekuensi-Gelincir

 Bagi motor sangkar-tupai boleh disesuaikan bergantung kepada keperluan beban dan kelajuan.  Bagi motor lilitan-rotor, pengawalan gelendong(controller-drum) dapat dilakukan dengan berkesan seperti yang diperlukan untuk memberi kelajuan yang sesuai.

 Salah satu kawalan cepatan automatik ialah kawalan masa-tepat.  Satu geganti lewat masa(Delay relay,time) akan digunakan untuk setiap kelajuan.  Contoh:  Amali 4 (kawalan turutan berulang)  Amali 5 (kawalan turutan paksa)

 Ia dilakukan mengikut kelajuan dan cepatan yang diperlukan.  Kelemahan: tidak memberi kesan kepada keadaan mesin, beban atau arus motor.  Kerana kawalan hanya pada masa.

 Digunakan untuk mempercepatkan pergerakan motor.  Sesuai bagi peralatan yang tidak mampu bertahan daripada daya kilas penuh sehingga beban telah sampai ke satu kelajuan yang diberi.contoh tali sawat atau gear dengan berat sifat tekun yang tinggi.  Setiap kelajuan akan dibawa oleh satu geganti arus yang tidak akan menutup litar untuk kelajuannya sehingga arus menurun ke satu nilai selamat.

 Sistem ini sesuai digunakan pada motor jenis:  Motor lilitan-rotor  Motor segerak Oleh sebab frekuensi bagi motor lilitan-rotor berkadaran kepada kelajuan, maka geganti frekuensi sensitif boleh digunakan untuk memberikan tenaga kepada setiap kelajuan. Kelemahan: kawalan ini mesti dihidupkan pada permulaan llaju tahap paling rendah.

 Sebelum memilih sesuatu cara kawalan cepatan,beberapa perkara perlu diperhatikan. Jenis kawalan cepatan Sensitif kepada Manual Tindak balas pengendali Masa-tepat Selang masa Arus-had Beban ke atas motor Frekuensi-gelincir Kelajuan pada motor

Kawalan Kelajuan

 Kebanyakan mesin memerlukan hanya suatu pengurangan laju untuk hidupan dan untuk suatu kelajuan angkatap semasa kendalian  Kawalan laju jenis ini boleh dicapai dengan menggunakan penghidup voltan-kurang samada ke atas motor sangkar tupai, lilitan rotor ataupun motor segerak.

 Kelajuan yang berubah-ubah menjadi suatu keperluan memandangkan sesebuah motor mesti dikendalikan oleh beberapa kelajuan yang berbeza-beza mengikut kehendak pengendali  Kawalan jenis ini boleh dicapai melalui penggunaan motor lilitan-rotor dengan satu pengawalan pendua atau motor A.U jenis komutator  Kawalan jenis ini memerlukan pertukaran kelajuan semasa beban rendah

 Kawalan jenis ini hanya dibezakan sedikit daripada kawalan laju yang berubah-ubah iaitu dengan tidak memerlukan perubahan kelajuan semasa beban rendah  Motor sangkar tupai pelbagai kelajuan adalah sesuai untuk perkhidmatan jenis ini

 Dengan adanya kawalan jenis ini, sesebuah mesin dapat dipercepatkan melalui beberapa jejak kelajuan kepada satu kendalian laju yang sudah ditentukan  Kedua-dua motor sangkar-tupai dan lilitan rotor adalah sesuai untuk perkhidmatan jenis ini.

 Motor Arus Terus banyak digunakan kerana ciri-ciri kawaln lajunya yang boleh memberikan keperluan pemacuan yang paling baik  Kelajuan motor sesiri dikawal oleh sejumlah rintangan yang berterusan disambung sesiri dengan angker dan medan sesiri.  Kawalan yang biasa untuk kawalan laju bagi motor sesiri ialah kawalan gelendong yang digunakan dengan perintang kekisi kerja berat.  Kawalan laju bagi motor pirau dan campuran pula ialah cantuman penghidup empat-poin dan kawalan laju

Gerakan Mara- Songsang

 Sebuah motor aruhan 3 fasa boleh diubah putarannya dengan menukarkan mana-mana 2 daripada 3 punca motor tersebut.  Motor yang digunakan untuk dua arah putarannya ini dibekalkan dengan satu penghidup : dinamakan penghidup mara- songsang.

F M R M

PB2

 Penghidup mara- songsang ini disertakan dengan alat kait punca ( interlock).  Kait punca bermaksud satu penghalang daripada kedua-dua gegelung bagi membolehkan sesuatu litar mendapat tenaga elektrik secara serentak.  Contoh: Apabila gegelung F mendapat tenaga elektrik,gegelung R mesti dihalang daripada mendapat tenaga elektrik.

Pembrekan

 Terdapat beberapa perkara yang perlu difikirkan semasa menghentikan sesebuah motor.  Bagi sesetengah mesin, perkara yang mustahak ialah memutuskan punca-punca motor itu dan membiarkannya berhenti sendiri.  Boleh dilakukan secara manual atau automatik.

 Penghentian secara automatik dilakukan melalui penggunaan suis had, suis apung atau sebarang alat pandu kendalian.  Motor dihentikan dengan menekan punat tekan henti pada litar kawalan.  Tidak semua mesin boleh diberhentikan secara sendirian selepas bekalan kuasa tiada. Contohnya seperti kren atau mesin angkut.

 Apabila menggunakan mesin seperti ini, mestilah memikirkan tentang beban yang mempunyai satu kecenderungan kepada putaran motor.  Ia dinamakan sebagai satu beban baik-pulih.  Motor arus ulang-alik jenis lilitan rotor biasa digunakan kerana hentian dilakukan secara beransur-ansur melalui beberapa jejak.

 Cara perlahan-lahan ini boleh membantu membatalkan beban baik-pulih.  Sebaik sahaja motor itu tanggal daripada talian, satu brek mekanikal akan di bekalkan secara automatik.  Brek ini akan mengunci motor yang di sambungkan pada beban.

 Dilakukan dengan menggunakan motor yang terlibat sebagai janakuasa.  Menyambungkan satu rintangan yang melintangi punca motor setelah ia diputuskan daripada talian.  Ini akan membekalkan satu beban yang berat kepada janakuasa.  Hentian jenis ini tidak boleh digunakan kerap kerana memberi masa untuk perintang menyejuk untuk proses berikutnya.  Digunakan untuk pelbagai jenis motor contohnya motor aruhan dan motor segerak.

 Bila punat tekan henti ditekan ➢ Motor ditanggal sambungannya daripada bekalan 3 fasa ➢ Lilitan stator diuji dengan arus terus. ➢ Kemudian satu medan magnet pegun akan ditimbulkan oleh arus terus pada lilitan stator ➢ Motor berputar – arus tinggi(besar) akan timbul seterusnya bertindak dengan medan pegun bagi stator supaya daya kilas songsang timbul untuk menghentikan motor

 Rajah di bawah menunjukkan penghidup magnet melintangi talian dengan pembrekan secara dinamik.

 Melalui penanggalan talian daripada motor  Meletakkan satu perintang melintangi punca motor  Akan menjadikan ia satu janakuasa.  Perintang merupakan satu bebanan yang berat kepada janakuasa dan menyebabkan janakuasa berhenti serta merta.

 Perintang yang digunakan mestilah mampu menghilangkan kuasa terjana semasa motor dihentikan.  Tidak boleh digunakan dengan kerap – perintang mesti mempunyai masa untuk sejuk sebelum kendalian lain diteruskan

 Motor yang perlu dihentikan secara serta-merta dan tepat tetapi tidak perlu memegang beban bolehlah menggunakan cara yang di sebut henti plagging.  Dilakukan melalui penggunaan suis plaging automatik atau satu punat tekan palgging yang bersangkutan dengan satu penghidup songsang.

 Dalam sesetengah penggunaan motor tiga fasa, adalah mustahak untuk menghentikan motor tersebut dengan serta merta.  Jika sambungan bagi mana-mana dua punca talian yang disambungkan ke motor disongsang, satu daya kilas songsangan akan timbul, memberikan penghentian motor yang cepat dan kemudian kembali pada arah songsang.

 Penghidup yang dilakukan untuk tujuan ini ialah suis motor magnet melintangi talian yang disertai oleh alat-alat songsangan. Satu geganti plagging mestilah digunakan dengan penghidup ini.  Sambungan bagi satu kawalan henti-cepat dapat dilihat daripada contoh litar tersebut.

Litar Kawalan Automatik dengan Geganti Plagging

SEKIAN, TERIMA KASIH


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook