GARIS PANDUAN PENULISAN LAPORAN TEKNIKAL SANGKUTAN PENSYARAH DI INDUSTRI UNIT LATIHAN DAN PENDIDIKAN LANJUTAN COVER PA POLITEKNIK UNGKU OMAR JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI
GARIS PANDUAN PENULISAN LAPORAN TEKNIKAL SANGKUTAN PENSYARAH DI INDUSTRI Politeknik Ungku Omar, Jalan Raja Musa Mahadi, 31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan Tel: 605-5457656 / 605-5457622 Faks: 605-5471162 Website : www.puo.edu.my Edisi 1 2022 Published by Politeknik Ungku Omar, Jalan Raja Musa Mahadi, 31400 Ipoh Perak. Copyright©2022 by Politeknik Ungku Omar. Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian kandungan daripada buku ini termasuklah artikel, ilustrasi dan foto dalam apa-apa jua bentuk dan cara sekalipun sama ada fotokopi, mekanikal, rakaman, cetakan, elektronik atau cara-cara lain tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis daripada Politeknik Ungku Omar. PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA Garis Panduan Penulisan Laporan Teknikal Sangkutan Pensyarah di Industri ISBN 978-967-2421-53-5 CATALOGUING – IN – PUBLICATION DATA Politeknik Ungku Omar Fauzi Bin Ab Ghafar http://www.puo.edu.my Lily Yuzie Binti Md. Yusof
Prakata Pengarah Politeknik Ungku Omar Assalamualaikum w.b.t Pensyarah politeknik telah disyorkan untuk menjalani program sangkutan pensyarah di industri sebagai satu program pembangunan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan melalui pendedahan di industri. Dengan perubahan teknologi di industri, tenaga pengajar dalam bidang teknologi khususnya perlu sentiasa peka dengan perubahan dan keperluan tenaga kerja supaya institusi ini dapat mempersiapkan pelajar bagi mengharungi alam pekerjaan kelak. Bagi mencapai matlamat ini, para pensyarah perlu sentiasa kompeten dan tidak hanya mahir dalam aspek penyampaian teori dalam bidang yang diajar tetapi juga perlu mempunyai pengalaman di industri untuk meningkatkan kemahiran praktikal yang merujuk kepada amalan kerja sebenar yang diamalkan di industri. Pembelajaran secara berterusan yang merupakan objektif program sangkutan pensyarah di industri adalah penting kerana ia dapat melahirkan lebih ramai pakar dalam sesuatu bidang. Di samping itu, ia juga memberi pendedahan kepada pensyarah kepada alam pekerjaan di industri seterusnya dapat membangunkan dan meningkatkan kemahiran profesional dan peribadi mereka. Pensyarah juga dapat berkongsi maklumat dan idea kepada industri seterusnya dapat mewujudkan kerjasama di antara politeknik dan pihak industri. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah menggembleng tenaga, idea dan pandangan untuk merialisasikan buku panduan ini. Buku Panduan ini bertujuan untuk membantu pensyarah dalam penghasilan laporan yang mana ia turut dimasukkan dalam elemen pemarkahan program sangkutan pensyarah di industri. Selain itu, panduan ini juga memperincikan kaedah pemarkahan bagi laporan dan juga pembentangan. Adalah diharapkan dengan terhasilnya panduan ini, pensyarah-pensyarah akan dapat menghasilkan laporan yang berkualiti. Akhir kata, saya mewakili pengurusan tertinggi Politeknik Ungku Omar ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pensyarah yang akan menjalani program sangkutan pensyarah di industri. Manfaatkan peluang ini dengan sebaik-baiknya untuk menimba pengalaman dengan pihak industri. Pensyarah yang telah menjalani latihan juga diharapkan dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi bersama rakan pensyarah lain melalui seminar atau in house training dan juga menyumbang dalam bentuk penulisan akademik. Sekian, Terima kasih. Ts. Haji Mohd Fisal bin Haroon Pengarah Politeknik Ungku Omar
SENARAI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN 1 2.0 TUJUAN 1 2 2.1 Tarikh Penyerahan Laporan 2 2.2 Umum 3.0 BAHAGIAN 1: KAEDAH PENULISAN LAPORAN TEKNIKAL 2 SANGKUTAN PENSYARAH DI INDUSTRI 3.1 Spesifikasi Am 2 3.2 Ruang Penulisan dan Nombor Muka surat 3 3.3 Tajuk Bab dan Tajuk kecil 4 4.0 BAHAGIAN 2: FORMAT PENULISAN LAPORAN TEKNIKAL 4 4.1 Format kandungan 4 4 Kandungan hadapan 5 Kandungan Laporan 5 Kandungan Lampiran 5 4.2 Ringkasan kandungan 5 4.21 Bab 1: Pengenalan Sangkutan pensyarah di industri 5 4.22 Bab 2: Latar belakang organisasi 6 4.23 Bab 3: Ringkasan aktiviti latihan 6 4.24 Bab 4: Laporan teknikal 8 4.25 Bab 5: Kesimpulan dan refleksi 8 4.3 Bibliografi/rujukan 8 4.4 Rajah 9 4.5 Jadual 9 4.6 Lampiran 10 5.0 BAHAGIAN 3: INSTRUMEN PENGUKURAN DAN RUBRIK PEMARKAHAN 11 6.0 BAHAGIAN 4: MAKLUMAT TAMBAHAN
7.0 PENUTUP 12 LAMPIRAN 13
SENARAI LAMPIRAN Muka surat Lampiran 14 15 A Format muka hadapan 16 B Halaman judul 17 C Pengakuan pegawai 18 D Penghargaan 19 E Isi kandungan 20 F Senarai jadual 21 G Senarai singkatan dan simbol 22 H Senarai Lampiran 23 I Ruang pemulaan muka surat setiap bab J Ruang muka surat selain dari muka surat 24 25 permulaan 26 K Jadual dan rajah 29 L Rujukan M Rubrik penilaian dan laporan teknikal N Rubrik pembentangan
1.0 PENGENALAN Penulisan Laporan Teknikal Sangkutan Pensyarah di Industri (LTSPI) merupakan salah satu elemen penting bagi pensyarah yang telah menamatkan sangkutan pensyarah di industri. Format laporan ini merupakan garis panduan tambahan dengan berpandukan dengan garis panduan pelaksanaan program sangkutan pensyarah di industri versi 2021 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). Format laporan ini adalah bertujuan untuk menjadi panduan lengkap kepada semua pensyarah di Politeknik Ungku Omar untuk menghasilkan laporan yang tersusun mengikut format yang telah ditetapkan. Selain daripada itu, garis panduan ini juga akan diguna pakai oleh panel penilai sebagai panduan untuk menilai laporan akhir yang dihasilkan oleh pensyarah. Dengan adanya panduan ini diharapkan dapat membantu pensyarah bagi menghasilkan laporan mengikut format yang telah ditetapkan. Selain itu juga, ia dapat menyeragamkan format laporan akhir sangkutan pensyarah di industri bagi pensyarah di Politeknik Ungku Omar. Adalah diharapkan dengan terhasilnya panduan ini, pensyarah-pensyarah akan dapat menghasilkan laporan yang berkualiti. 2.0 TUJUAN Penghasilan garis panduan penulisan teknikal sangkutan pensyarah di industri ini bertujuan untuk memberi maklumat dan panduan kepada pensyarah Politeknik Ungku Omar untuk membuat persediaan bagi menjalani program sangkutan pensyarah di industri dan menyediakan Laporan Teknikal Sangkutan Pensyarah di Industri (LTSPI) secara tersusun, seragam dan bersistematik. Panduan ini terbahagi kepada empat (4) bahagian: a. BAHAGIAN 1: Kaedah Penulisan Laporan Teknikal Sangkutan Pensyarah di Industri b. BAHAGIAN 2: Format Penulisan Laporan Teknikal c. BAHAGIAN 3: Instrumen Pengukuran dan Rubrik Pemarkahan d. BAHAGIAN 4: Maklumat Tambahan 1
2.1 Tarikh Penyerahan Laporan Satu salinan laporan hendaklah diserahkan kepada Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan selepas empat belas hari (14) tamat latihan. 2.2 Umum Sekiranya terdapat sebarang perkara yang anda kurang pasti dan tidak dicatatkan di dalam panduan ini, sila rujuk kepada Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan, Politeknik Ungku Omar. 3.0 BAHAGIAN 1: KAEDAH PENULISAN LAPORAN TEKNIKAL SANGKUTAN PENSYARAH DI INDUSTRI 3.1 Spesifikasi Am a) Laporan hendaklah ditaip pada kertas putih yang bersaiz A4 dan berat minimum kertas ialah 70 gsm. b) Laporan hendaklah disediakan dalam tiga (3) salinan. Satu salinan yang dijilid dengan kulit keras yang berwarna maroon. Buku perfect binding hendaklah diserahkan kepada Unit Latihan Dan Pendidikan Lanjutan (ULPL). Salinan kedua - simpanan pensyarah. Salinan ketiga - diserahkan kepada panel semasa pembentangan Lecturer’s Industrial Sharing Session (LISS). c) Laporan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sepenuhnya. d) Laporan mesti disediakan dengan menggunakan perisian pemprosesan perkataan (word processing software). e) Penggunaan ayat perlulah tepat, padat, mudah difahami dan menggunakan ayat pasif. 2
3.2 Ruang Penulisan dan Nombor Muka surat Ruang penulisan dan nombor muka surat terdiri daripada perkara-perkara yang berikut: a) Pada permulaan muka surat setiap bab (Rujuk Lampiran H) Tepi kiri kertas berukuran : 3.5 cm/40 mm Tepi kanan kertas berukuran : 2.5 cm/ 25 mm Tepi atas kertas berukuran : 10.0 cm/100 mm Tepi bawah kertas berukuran : 2.5 cm/ 25 mm b) Muka surat selain dari muka surat permulaan (Rujuk Lampiran I) Tepi kiri kertas berukuran : 3.5 cm/40 mm Tepi kanan kertas berukuran : 2.5 cm/ 25 mm Tepi atas kertas berukuran : 2.5 cm/25 mm Tepi bawah kertas berukuran : 2.5 cm/ 25 mm c) Nombor muka surat hendaklah ditaip ditengah-tengah, 2.0 cm dari tepi bawah kertas. d) Nombor-nombor pada permulaan/prakata/abstrak dan isi kandungan di muka surat hendaklah menggunakan sistem penomboran seperti berikut: i, ii, iii, iv. e) Jenis tulisan dan sela i. Tulisan yang digunakan adalah Times New Roman dan bersaiz 12. ii. Sela (jarak langkau antara baris adalah 1.5 baris (one and half spacing). iii. Permulaan perenggan baru hendaklah dijangkau 1 baris (1x one and half spacing). 3
3.3 Tajuk Bab dan Tajuk kecil Setiap tajuk bab hendaklah ditaip dengan menggunakan huruf besar manakala tajuk kecil ditaip dengan huruf kecil (Title Case) dan ditebalkan. a) Ejaan Penulisan dalam Bahasa Melayu hendaklah merujuk kepada sistem ejaan dalam Daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu edisi terkini keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka. b) Penggunaan istilah dalam Bahasa Inggeris Penggunaan istilah dalam Bahasa Inggeris perlu di italic atau diletakkan dalam kurungan (………..) bagi membantu pemahaman istilah Bahasa Melayu. c) Penggunaan Huruf Besar Huruf besar hendaklah digunakan di setiap permulaan ayat, nama tempat dan nama khas. 4.0 BAHAGIAN 2: FORMAT PENULISAN LAPORAN TEKNIKAL 4.1 FORMAT KANDUNGAN Secara amnya, kandungan Laporan Teknikal Pensyarah Di Industri hendaklah mempunyai perkara-perkara berikut: a) Kandungan Hadapan i. Format muka hadapan ii. Halaman Judul iii. Pengakuan Pegawai iv. Penghargaan v. Isi kandungan vi. Senarai Jadual vii. Senarai Rajah 4
viii. Senarai Singkatan dan Simbol ix. Senarai Lampiran b) Kandungan Laporan i. Bab 1: Pengenalan Sangkutan Pensyarah Di Industri ii. Bab 2: Latar Belakang Organisasi iii. Bab 3: Ringkasan Aktiviti Sangkutan Pensyarah Di Industri iv. Bab 4: Laporan Teknikal v. Bab 5: Kesimpulan dan Refleksi c) Kandungan Lampiran i. Rujukan ii. Lampiran 4.2 RINGKASAN KANDUNGAN Setiap laporan yang dihasilkan hendaklah mempunyai perkara-perkara yang dibincangkan dibawah. 4. 21 BAB 1: PENGENALAN SANGKUTAN PENSYARAH DI INDUSTRI 1.1 Pendahuluan 1.2 Objektif Sangkutan Pensyarah di Industri 1.3 Penyataan Course Learning Outcome (CLO) (kupasan semasa Sangkutan Industri) 1.4 Kepentingan Sangkutan Industri 4.22 BAB 2: LATAR BELAKANG ORGANISASI 2.1 Pengenalan Organisasi dan Rakan Pengamal Industri (RPI) 2.2 Carta Organisasi 5
2.3 Misi, Visi dan Hala Tuju Organisasi 2.4 Aktiviti Organisasi (Pensyarah diingatkan untuk berbincang dengan pengurusan organisasi sebelum menulis atau melaporkan hal-hal berkaitan organisasi supaya ia tidak bertentangan dengan dasar atau polisi organisasi) 4.23 BAB 3 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN Dalam bab ini, pensyarah dikehendaki menerangkan ringkasan aktiviti berkaitan rumusan kerja-kerja yang telah dilakukan sepanjang menjalani sangkutan industri. Rumusan ini hendaklah dibuat bermula minggu pertama sehingga minggu terakhir sangkutan industri. Ringkasan boleh dinyatakan dalam bentuk jadual. 4.24 BAB 4 : LAPORAN TEKNIKAL Laporan teknikal menjurus kepada tugas-tugas atau kerja yang telah dilaksanakan semasa sangkutan industri. Di dalam bab ini, pensyarah dikehendaki menerangkan tugasan yang telah dilaksanakan sepanjang program sangkutan yang mana ada hubungkait dengan pencapaian CLO yang telah ditetapkan sebelum menghadiri sangkutan industri. Pencapaian CLO hendaklah diterjemahkan dalam bentuk method statement. Method statement merupakan penerangan berkaitan sesuatu tugas dengan mengambil kira langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi. Ia juga dikenali sebagai sistem kerja yang selamat, penyataan kaedah kerja yang selamat dan diamalkan di industri termasuk teknologi yang digunakan. Method statement tidak semestinya penerangan yang panjang, tetapi ia harus mempunyai maklumat seperti dibawah untuk menyampaikan kerja dengan selamat. Maklumat hendaklah terang dan jelas. Sebagai contoh memasukkan gambar atau lukisan dalam penerangan bagi mengelakkan kekeliruan. Kebiasaannya method statement akan mengandungi maklumat tentang tugas atau aktiviti seperti berikut: 6
a. Maklumat projek b. Aktiviti-aktiviti yang khusus (specific) c. Penerangan tentang kerja d. Tarikh mula dan tempoh kerja yang dilaksanakan e. Waktu bekerja f. Siapa yang menilai kerja tersebut g. Siapa yang mempunyai tanggungjawab utama terhadap kerja tersebut h. Risiko yang terdapat semasa melaksanakan kerja i. Risiko yang berkaitan dengan tapak atau persekitaran j. Rujukan dokumen lain seperti penilaian risiko yang berkaitan dengan tugas k. Prosedur kerja yang dirancang, turutan kerja dan langkah-langkah kawalan. Contoh: Rekabentuk projek, Design calculation, taking off, bill of quantities dan tender specification (sekiranya ada) l. Keperluan PPE (Personal protective equipment) m. Management arrangements n. Monitoring arrangements o. Prosedur kecemasan 7
4.25 BAB 5 : KESIMPULAN DAN REFLEKSI Kesimpulan merupakan hasil dapatan sepanjang berada di industri dan merujuk kepada pencapaian objektif program sangkutan di industri. Manakala refleksi merupakan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang diperolehi semasa berada di industri. Pensyarah juga boleh memasukan elemen - elemen seperti impak program sangkutan dan memberi cadangan kepada pihak pengurusan. 4.3 BIBLIOGRAFI/RUJUKAN Bahan rujukan yang digunakan dalam penyediaan laporan adalah menggunakan format American Psychological Association (APA) atau Modern Language Association (MLA). Format panduan ini boleh dirujuk melalui laman sesawang berikut: i. http://www.apastyle.org ii. http://www.mla.org Cara menulis jenis rujukan hendaklah tekal (consistent) dan mengikut amalan-amalan penulisan berikut: i. Senarai bahan rujukan hendaklah disusun mengikut abjad nama keluarga pengarang bagi nama-nama barat, tetapi ikut nama penuh bagi nama melayu. ii. Gunakan symbol “&” apabila menyenaraikan beberapa orang pengarang untuk sesuatu karya. 4.4 RAJAH Semua bahan ilustrasi dalam laporan selain daripada jadual dinamakan sebagai rajah. Oleh yang demikian, bahan-bahan seperti carta, graf, lukisan dan gambar foto ditakrifkan sebagai rajah. Semua ilustrasi yang dinyatakan dalam laporan hendaklah diterangkan secara jelas dan terperinci. Penomboran bagi rajah mestilah mengikut bab dan dalam turutan serta di ‘bold’ seperti berikut: Rajah 1.1, Rajah 1.2, Rajah 1.3, Rajah 1.4,........... dan seterusnya 8
Semasa penulisan, rujukan yang dibuat kepada setiap rajah yang dimasukan dalam laporan hendaklah menyebut atau memberi penekanan kepada perkara-perkata penting tentang jadual rajah tersebut. Sebagai contoh: “ seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1, menunjukkan sekeping kertas.....” atau “ Jadual 2.1 menunjukkan dua objek......” 4.5 JADUAL Tajuk jadual perlu diletakan di bahagian atas jadual. Penomboran bagi jadual mestilah mengikut bab dan dalam turutan serta di ‘bold’ seperti berikut: Jadual 1.1, Jadual 1.2, Jadual 1.3, Jadual 1.4,............ dan seterusnya Semasa penulisan, rujukan yang dibuat kepada setiap jadual yang dimasukan dalam laporan hendaklah menyebut atau memberi penekanan kepada perkara-perkara penting tentang jadual tersebut. Sebagai contoh: “ seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.1, menunjukkan sekeping kertas.....” atau “ Jadual 2.1 menunjukkan dua objek......” 4.6 LAMPIRAN a) Lampiran yang disertakan dalam laporan adalah bersaiz A4 atau A3 sahaja. b) Jika lampiran bersaiz A3, kertas hendaklah dilipat dengan kemas dan mudah untuk dibuka dan di susun mengikut turutan. c) Semua lampiran perlu nombor muka surat. Contoh L1, L2, L3 dan seterusnya. 9
5.0 BAHAGIAN 3: INSTRUMEN PENGUKURAN DAN RUBRIK PEMARKAHAN Pensyarah yang telah tamat program sangkutan di industri adalah diwajibkan melaksanakan perkara-perkara berikut: i. Menghantar Laporan Teknikal Sangkutan Pensyarah di Industri (LTSPI). ii. Melaksananakan Lecturer’s Industrial Sharing Session (LISS) iaitu perkongsian pengetahuan dan pengalaman pensyarah semasa berada di industri dari konteks pencapaian Course Learning Outcome (CLO). Markah lulus penilaian LTSPI adalah 50 % secara keseluruhan. Pembentangan semasa LISS adalah diwajibkan. Oleh yang demikian, walaupun pensyarah mendapat markah 50% atau lebih bagi laporan teknikal, pensyarah tetap dianggap GAGAL sekiranya tidak malaksanakan pembentangan. Secara am nya, komponen rubrik Program Sangkutan Pensyarah di Industri ditunjukan dalam Jadual 5.1. Untuk maklumat secara terperinci bagi pembahagian markah sila rujuk Lampiran M dan Lampiran N. Jadual 5.1: Komponen rubrik Program Sangkutan Pensyarah di Industri Komponen Elemen Wajaran Pencapaian Course Learning Outcome (CLO) 30% Laporan akhir (60%) Kandungan laporan 20% Kekemasan (mengikut format yang telah 10% ditetapkan) Pembentangan (40%) Kandungan 20% Kaedah 20% 10
6.0 BAHAGIAN 4 : MAKLUMAT TAMBAHAN Pensyarah dan pegawai yang terlibat dengan Program Sangkutan Pensyarah di Industri perlu memberi perhatian kepada perkara-perkara yang dinyatakan dalam Jadual 6.1. Maklumat lanjut berkaitan dengan pelaksanaan program ini hendaklah di rujuk pada Panduan Pelaksanaan Program Sangkutan Pensyarah di Industri Skim Perkhidmatan PPPT Versi 2021 yang di terbitkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi. Jadual 6.1: Jadual pelaksanaan tindakan Program Sangkutan Pensyarah di Industri BIL PERKARA TINDAKAN 1 Borang permohonan penempatan Sangkutan Pensyarah Pensyarah di Industri – Borang SIP 03 2 Borang jawapan penempatan Sangkutan Pensyarah di Pensyarah Industri – Borang SIP 04 3 Borang permohonan menjalani Sangkutan Pensyarah di Pensyarah Industri –Borang SIP 01 i. Pengesahan penyelia (Ketua Jabatan Pensyarah Akademik/TPA) ii. Kelulusan Pengarah Pegawai Latihan dan Pendidikan Lanjutan 4 Rekod Pertemuan Atau Interaksi – Borang SIP 02 Pensyarah (Sangkutan 5 Surat tawaran mengikuti Program Sangkutan Pensyarah di pensyarah di industri Industri secara Day-Released dan Hour-Released 6 Surat pengesahan penempatan pensyarah kepada industri sahaja) Pegawai Latihan dan 7 Surat perlantikan sebagai pemantau program sangkutan Pendidikan Lanjutan industri Pegawai Latihan dan Borang penilaian: pendidikan Lanjutan i. Penilaian pemantauan Pegawai Latihan dan Pendidikan Lanjutan https://bit.ly/PemantauanSIP_PUO Pegawai pemantau 8 yang dilantik i. Penilaian sejurus tamat latihan sangkutan i. Ketua industri Jabatan ii. Ketua Program Pensyarah https://bit.ly/PenilaianSIPPeserta 11
ii. Penilaian oleh pihak industri Rakan Pengamal https://bit.ly/3j9AuYk Industri ( Penyelia Industri) 9 Menyediakan laporan teknikal mengikut garis panduan Pensyarah yang telah ditetapkan Pensyarah Pensyarah 10 Menghantar laporan teknikal kepada Unit Latihan dan Panel penilai Pendidikan Latihan 11 Melaksananakan Lecturer’s Industrial Sharing Session (LISS) Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan 12 Membentangkan senarai pensyarah yang telah Pegawai Latihan dan melengkapkan sangkutan industri beserta markah LTSPI Pendidikan Lanjutan dalam Mesyuarat Jawantankuasa Pembangunan Profesionalisme Berterusan Institusi (JKPPBI) 7.0 PENUTUP Buku Garis Panduan Penulisan Laporan Teknikal Sangkutan Pensyarah di Industri bagi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Politeknik Ungku Omar Edisi 1/2022 merupakan rujukan dan panduan tambahan kepada pensyarah serta semua yang terlibat secara langsung dalam Program Sangkutan Pensyarah di Industri. Buku panduan ini memberi penjelasan tentang prosedur pelaporan dan penilaian program SIP. Ia bertujuan untuk menjadi panduan lengkap kepada semua PPPT dalam memahami tanggungjawab masing-masing bagi melancarkan program sangkutan . Di samping itu, buku panduan ini juga akan diguna pakai oleh panel penilai sebagai panduan untuk menilai laporan akhir yang dihasilkan oleh pensyarah. Adalah diharapkan dengan terhasilnya buku panduan ini ia dapat membantu Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di Politeknik Ungku Omar menyediakan satu pelaporan yang lengkap dan berformat. 12
LAMPIRAN 13
SESI XXX XXXX LAMPIRAN A: FORMAT MUKA HADAPAN NAMA SYARIKAT 5 CM NAMA LAPORAN AKHIR SANGKUTAN PENSYARAH DI INDUSTRI TAHUN 202X 5 CM NAMA SYARIKAT ALAMAT SYARIKAT ALAMAT SYARIKAT 7 CM NAMA NO KAD PENGENALAN NAMA JABATAN POLITEKNIK UNGKU OMAR, IPOH PERAK SESI XXX 5 CM 14
LAMPIRAN B: HALAMAN JUDUL LAPORAN SANGKUTAN PENSYARAH DI INDUSTRI OLEH: NAMA DI: NAMA SYARIKAT DAN ALAMAT Laporan ini adalah bagi memenuhi kehendak Politeknik Ungku Omar Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi bagi memenuhi sebahagian syarat penilaian Sangkutan Pensyarah di Industri dan Perakuan Jawatankuasa Pembangunan Profesionalisme Berterusan Institusi 15
LAMPIRAN C: PENGAKUAN PEGAWAI PENGAKUAN PEGAWAI Saya akui bahawa karya di dalam Laporan Teknikal ini merupakan hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan : ..................................................... Nama : No. Kad Pengenalan : Tarikh : PENGESAHAN PIHAK INDUSTRI Saya akui bahawa pegawai yang namanya tertera di atas telah melengkapkan sangkutan industri beliau di syarikat ini seperti butiran berikut: Nama Syarikat No. Pendaftaran Alamat Syarikat Alamat penempatan pegawai semasa Sangkutan Industri Saya juga telah menyemak Laporan Teknikal ini dan akui bahawa maklumat yang disampaikan adalah tepat. Pihak syarikat tiada halangan sekiranya maklumat dalam laporan teknikal ini disebar luas untuk tujuan akademik. Tandatangan wakil syarikat: ................................................... Nama : No Kad Pengenalan : Jawatan : 16
LAMPIRAN D: PENGHARGAAN PENGHARGAAN Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum W.B.T.. Alhamdulillah, Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W, seluruh keluarga baginda, para sahabat baginda dan waris keturunan baginda. Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya berjaya saya siapkan Laporan Akhir sangkutan pensyarah di industri ini. Pada kesempatan ini, saya mengambil peluang mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada ...... Akhir kata, hanya kepada Allah Taala sahaja saya serahkan segala urusan, semoga kita semua diberi taufiq dan hidayat untuk menuju ke jalan yang benar iaitu jalan yang diredhai di dunia dan di akhirat. Sekian, terima kasih. 17
LAMPIRAN E: ISI KANDUNGAN KANDUNGAN MUKA SURAT Judul i Pengakuan pegawai ii Pengesahan pihak industri iii Penghargaan iv Isi Kandungan vi Senarai Jadual vii Senarai Rajah vii Senarai Singkatan dan Simbol viii Senarai Lampiran ix BAB 1: PENGENALAN LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI 1 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Objektif 2 1.3 Pernyataan CLO 3 1.4 Kepentingan Sangkutan Industri 4 BAB 2: LATAR BELAKANG ORGANISASI 5 2.1 Pengenalan Organisasi dan Rakan Pengamal Industri (RPI) 7 2.2 Carta Organisasi 10 2.3 Misi,visi, dan hala tuju organisasi 2.4 Aktiviti 13 14 BAB 3: RINGKASAN AKTIVITI 3.1 Pengenalan 18 3.2 Ringkasan aktiviti 30 BAB 4: LAPORAN TEKNIKAL 4.1 Pengenalan 4. 2 ................. BAB 5: KESIMPULAN DAN REFLEKSI BIBLIOGRAFI/RUJUKAN LAMPIRAN 18
LAMPIRAN F: SENARAI JADUAL CONTOH FORMAT SENARAI JADUAL SENARAI JADUAL MUKA SURAT NO. JADUAL TAJUK 5 12 2.1 Keterangan logo rasmi organisasi 24 2.2 Keterangan bendera organisasi 31 3.1 Jadual waktu bekerja 4.1 Keputusan ujian penyusupan Nota: Format Senarai Jadual ini juga boleh digunakan bagi SENARAI RAJAH dan SENARAI CARTA ALIR dan hendaklah dibuat pada muka surat berasingan. 19
LAMPIRAN G: SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL CONTOH SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL AutoCAD Automatic Computer Aided Design BQ Bill of Quantity PUO Politeknik Ungku Omar SIP Sangkutan Pensyarah di Industri 20
LAMPIRAN H : SENARAI LAMPIRAN CONTOH SENARAI LAMPIRAN SENARAI LAMPIRAN Muka surat 50 Lampiran 52 A Kertas ujian Awal 53 B Borang Temu Bual Sebelum Kajian 54 C Borang Soal Selidik 56 D Senarai Semak Selepas Kajian 57 E Slaid Powerpoint 60 F Senarai jadual G Gambar Pelaksanaan Kajian Tindakan 21
LAMPIRAN I: RUANG PEMULAAN MUKA SURAT SETIAP BAB [10 cm]/[100mm] dari atas kertas 5 sela (5x1.5spacing) BAB 4 1 sela (1x1.5 spacing) TURAPAN TELAP AIR [3.5 cm] 4 sela (1x1.5 spacing) [2.5 cm] [40 mm] 1 sela (1x1.5 spacing) [25 mm] 4.1 Pengenalan Pengurusan air ribut memberi kesan langsung ke atas kualiti air permukaan dan banjir. Ini berlaku terutamanya di kawasan bandar, di mana sebahagian besar permukaan telah ditutup dengan permukaan tidak telap termasuklah jalan raya, tempat letak kereta dan bangunan. Permukaan tidak telap telah menghalang penyusupan semula jadi air ribut ke dalam tanah. 4 sela (1x1.5 spacing) 4.2 Ujian Penyusupan Turapan Telap air (TTA) Penyusupan adalah pegerakan air ke dalam profil tanah. Kadar di mana penyusupan berlaku di kawal oleh sifat-sifat yang wujud dari permukaan tanah, tanah tepu tanah apabila hujan berlaku. Tujuan ujian penyusupan di jalankan adalah bagi mendapatkan kadar penyusupan pada permukaan turapan telap air yang dibina selain daripada memenuhi objektif yang ditetapkan. [2.5 cm] [25 mm] Dari bawah kertas 22
LAMPIRAN J: RUANG MUKA SURAT SELAIN DARI MUKA SURAT PERMULAAN [2.5 cm] [25 mm] Dari atas kertas [3.5 cm] Ujian boleh dilakukan di beberapa lokasi bergantung kepada permintaan [2.5 cm] [40 mm] dan kesesuaian. Penentuan bilangan ujian boleh dilakukan di tiga lokasi [25 mm] ujian untuk kawasan sehingga 2500 m2. Ia juga boleh ditambah satu lokasi bagi setiap tambahan 1000 m2. 1 sela (1x1.5 spacing) Penyediaan sekurang-kurangnya 1m jarak di antara setiap lokasi ujian. Ujian tidak boleh dilakukan di kawasan yang masih ditakungi air. Selain itu, ujian penyusupan hendaklah dilakukan selepas 24 jam hujan yang terakhir turun 4 sela (1x1.5 spacing) 4.3 Prosedur Ujian Penyusupan Tujuan ujian penyusupan di jalankan adalah bagi mendapatkan kadar penyusupan TTA. Ujian ini terdiri daripada empat komponen utama, pemasangan cincin penyusupan, membasahkan dahulu TTA, mengujut ta dan mengira keputusan. 23
LAMPIRAN K: KEDUDUKAN JADUAL DAN RAJAH CONTOH KEDUDUKAN JADUAL Jadual 2.1: Waktu Operasi MASA 8:30 a.m. – 6.00 p.m. HARI ISNIN HINGGA JUMAAT 12.30 p.m. – 2:30 p.m. JUMAAT Berdasarkan Jadual 2.1, waktu operasi telah ditetapkan bagi membolehkan pelanggan berurusan dengan pekerja dan ..... Nota: Kedudukan tajuk berada di bahagian bawah jadual dan penerangan jadual dinyatakan sebelum atau selepas jadual dipaparkan. CONTOH RAJAH Rajah 1.1 : Pola perubahan jumlah pekerja berhenti 24
LAMPIRAN L: RUJUKAN CONTOH RUJUKAN Cara penulisan bibliografi/rujukan dari sumber BUKU Allen,T. (1974). Vanishing Wilfelife of North America. Washington, D.C: National Geographic Society. Boorstin,D. (1992). THE CREATORS: A history of the heroes of the Imagination. New York: Random House. Nicol, .M. & Pexman, P.M (2001). Presenting your findings. A practical guide for creating tables. Washington, D.C. American Psychological Center. Cara penulisan bibliografi/rujukan dari sumber Encyclopedia/Dictionary Bergmann, P.G. (1993). Relativity. In the new wncyclopedia Britannica (Vol.26, pp. 501-508). Chicago : Britannica Encyclopedia Tobias, R. (1991). Thurbes, James. Americana Encyclopedia. (p.600). New York Scholastic Library Publishing. Cara penulisan bibliografi/rujukan dari sumber Artikel Majalah / Surat Khabar Henry, W.A., III (1990, April 9). Making the grade in today’s school. Time, 135, 28-31. Kander, S. (1986, July 21). Heard and good books lately? Time, 113, 71-72 Mohd Razalan Salleh. (2008). Anak yatim terokai Dunia Sains. Harian Metro, 3Jun:V8 Cara penulisan bibliografi/rujukan dari sumber Website/Webpage Devitt, T. (2001, August 2). Lightning injuries four at music festival. The why? Files. Retrieved Januari 23, 2002, from http://whyfiles.org/13/index.html 25
LAMPIRAN M: RUBRIK PENILAIAN LAPORAN TEKNIKAL NAMA PEGAWAI NO. KAD PENGENALAN JABATAN ELEMEN 1 : KANDUNGAN LAPORAN TEKNIKAL SANGKUTAN PENSYARAH DI INDUSTRI KRITERIA 1 2 34 JUMLAH SKOR (LEMAH) (SEDERHANA) (BAIK) (CEMERLANG) 1. Pengenalan (BAB 1) (1 sahaja dari (2 sahaja dari (3 sahaja dari Memenuhi semua 2. Latar belakang organisasi (BAB 2) perkara bawah) perkara bawah) perkara bawah) perkara di bawah Pengenalan Latihan Sangkutan Pensyarah di Industri. Objektif Latihan Sangkutan Pensyarah di Industri. Penyataan Course Learning Outcome (CLO). Kepentingan menjalani Latihan Sangkutan Pensyarah di Industri. (2 sahaja dari (3 sahaja dari (4 sahaja dari Memenuhi semua perkara bawah) perkara bawah) perkara bawah) perkara di bawah Pengenalan. Latar belakang organisasi dan Maklumat Rakan Pengamal Industri (RPI) Misi, Visi dan Hala tuju organisasi. Carta organisasi. Aktiviti Syarikat 3. Ringkasan aktiviti (1 sahaja dari (2 sahaja dari (3 sahaja dari Memenuhi semua latihan (BAB 3) perkara bawah) perkara bawah) perkara bawah) perkara di bawah 4. Kesimpulan dan Berlabel minggu & aktiviti Refleksi (BAB 5) Mengikut format, ringkas dan mudah difahami 5. Kriteria lain Merangkumi semua minggu latihan Setiap aktiviti yang dijalankan di terjemahkan melalui penulisan dengan jelas Membuat Secara sederhana Dapat Dapat kesimpulan dan diperolehi semasa menyerlahkan menyerlahkan refleksi dengan sangkutan industri pengalaman pengalaman ringkas daripada keseluruhan keseluruhan secara pengalaman yang diperolehi lengkap yang sangkutan Industri semasa diperolehi semasa sangkutan sangkutan industri industri (1 sahaja dari (2 sahaja dari (3 sahaja dari Memenuhi semua perkara bawah) perkara bawah) perkara bawah) perkara di bawah Mengikut format berpandukan garis panduan Susunan yang sesuai Menarik dan kemas Rujukan/bibliografi ditulis mengikut format APA Style dan mempunyai lampiran. JUMLAH MARKAH ELEMEN 1 20 26
ELEMEN 2 : PENCAPAIAN CLO YANG DITETAPKAN OLEH PEGAWAI SANGKUTAN PENSYARAH DI INDUSTRI (BAB 4: LAPORAN TEKNIKAL) KRITERIA 1-2 3-5 6-8 9-10 Jumlah (LEMAH) (SEDERHANA) (BAIK) (CEMERLANG) SKOR 1. Course Learning Penerangan Kurang memenuhi Memenuhi Berjaya memenuhi aktiviti yang tidak CLO yang sebahagian CLO keseluruhan CLO Outcome (CLO) dan yang dinyatakan yang dinyatakan aplikasi di tempat jelas dan gagal dinyatakan oleh sangkutan Industri memenuhinya. pegawai sebelum oleh pegawai oleh pegawai (teknologi terkini sebelum menjalani sebelum menjalani dan/atau amalan menjalani baik di industri) sangkutan sangkutan sangkutan 2.Penulisan Method (1-2 sahaja dari (3-4 sahaja dari (5 sahaja dari Memenuhi semua Statement perkara bawah) perkara bawah) perkara bawah) perkara di bawah Maklumat projek Aktiviti –aktiviti yang khusus (specific) Penerangan tentang kerja Tempoh kerja yang dilaksanakan Penilaian kerja Risiko yang terdapat semasa melaksanakan kerja Management arrangement / Monitoring arrangement Prosedur keselamatan / Standard Operasi Prosedur (SOP) yang perlu dipatuhi (1-2 sahaja dari (3-4 sahaja dari (5-6 sahaja dari Memenuhi semua perkara bawah) perkara bawah) perkara bawah) perkara di bawah 3. Kaedah penulisan Penulisan maklumat yang terang dan jelas Method statement Maklumat dihubungkait dengan tajuk utama secara jelas. Semua sumber didokumentasikan dengan tepat. Penggunaan terma teknikal yang tepat Kemas dan tepat serta membantu pembaca memahami tajuk Tiada kesalahan ejaan, tanda baca dan tatabahasa Rujukan yang lengkap dan ditulis dengan baik (gambar/lukisan/carta alir) Kreativiti (Contoh: penerangan kerja menggunakan method statement template) JUMLAH MARKAH ELEMEN 2 30 27
ELEMEN 3 : KEKEMASAN DAN USAHA TAMBAHAN PEGAWAI DALAM MENYEDIAKAN LTSPI KRITERIA 1 1.5 2 2.5 Jumlah SKOR (LEMAH) (SEDERHANA) (BAIK) (CEMERLANG) 1. Kesungguhan Tiada Kurang bersungguh Menunjukkan Menunjukkan dalam kesungguhan kesungguhan kesungguhan yang menyiapkan Kurang LTSPI Tiada kebolehan berkebolehan Berkebolehan tinggi menghasilkan menghasilkan menghasilkan 2. Kreatif laporan yang laporan yang kreatif. laporan yang Sangat berkebolehan kreatif. dalam menghasilkan 3. Organisasi Kebanyakan Beberapa kreatif. laporan yang kreatif. keterangan tidak Keterangan 4. Ketepatan masa keterangan tidak disusun mengikut Keterangan disusun disusun logik dan cara disusun mengikut logik dan penulisan yang tidak mengikut logik mengikut logik ditulis secara dan cara menarik. tetapi cara berkesan dan amat penulisan yang penulisan yang Tidak mematuhi ditulis kurang menarik. tidak menarik. masa yang Melebihi had menarik. Mematuhi jangka masa (lewat ditetapkan dan masa yang ditetapkan seminggu dari menghantar laporan Mematuhi dengan menghantar yang tidak lengkap. jangka masa tarikh yang ditetapkan laporan yang penghantaran lengkap. laporan) dan dengan menghantar menghantar laporan yang laporan yang tidak lengkap. kurang lengkap. JUMLAH MARKAH ELEMEN 3 10 MARKAH PENUH (ELEMEN 1 + 2 + 3) 60 28
LAMPIRAN N: RUBRIK PEMBENTANGAN NAMA PEGAWAI : NO KAD PENGENALAN : JABATAN : ELEMEN 1 : KANDUNGAN PEMBENTANGAN KRITERIA 1-2 3-5 6-7 8-10 SKOR (LEMAH) (SEDERHANA) (BAIK) JUMLAH (CEMERLANG) Penerangan • Penerangan yang • Penerangan yang • Penerangan yang • Penerangan Tentang tersekat-sekat dan ragu-ragu lancar dengan yang lancar, Latihan gugup. walaupun ada bantuan nota bersemangat bantuan nota dan penuh Tindakbalas • Suara perlahan • Suara jelas minat Terhadap • Menghuraikan • Suara kurang • Menghuraikan Soalan jelas • Suara sangat fakta/kerja yang fakta/karya jelas salah dan • Menghuraikan dengan betul menggunakan fakta/kerja dan tetapi • Menghuraikan istilah teknikal istilah teknikal menggunakan fakta/kerja yang mengelirukan. yang digunakan istilah teknikal dengan tepat kurang tepat. yang kurang dan tepat. menggunakan istilah teknikal yang betul. • Tidak dapat • Dapat menjawab • Menjawab • Menjawab menjawab soalan dua atau tiga dengan tepat dengan tepat yang soalan dengan tetapi dengan dan logik dikemukakan. baik. bantuan nota. kesemua soalan yang dikemukakan JUMLAH MARKAH 29
ELEMEN 2: KAEDAH PEMBENTANGAN KRITERIA 1-2 3-5 6-7 8-10 SKOR (LEMAH) (SEDERHANA) (BAIK) JUMLAH (CEMERLANG) • Susunan isi sangat • Susunan isi tidak • Susunan isi • Susunan isi sistematik dan sangat tidak sistemetik. sistematik. menepati. sistematik dan menepati. Slaid Pembentangan Kualiti • Kualiti • Penggunaan • Penggunaan • Penggunaan pembentangan pembentangan teknik dan media pelbagai teknik pelbagai teknik amat yang tidak dan media dan media membosankan dan menarik dan tidak persembahan persembahan tidak bermakna. sesuai serta tidak yang menarik yang menarik, mampu mengurus tetapi kurang bersesuaian serta situasi semasa bersesuaian berkesan dan pembentangan. serta kurang mampu mampu mengurus situasi mengurus situasi semasa semasa pembentangan. pembentangan. JUMLAH MARKAH 30
GARIS PANDUAN PENULISAN LAPORAN TEKNIKAL SANGKUTAN PENSYARAH DI INDUSTRI Penghargaan Penaung Ts. Hj. Mohd Fisal bin Haroon Penasihat Pengerusi Ts. Dr. Izwah binti Ismail Penulis Dr. Mohd Nor Azam Bin Mohd Dali Editor En. Fauzi Bin Ab Ghafar (Ketua) Panel semakan Pn. Lily Yuzie binti Md. Yusof En. Fauzi bin Ab Ghafar (Ketua) Pn. Fadilah binti Ahmad En. Khairuddin bin Mohd Rosli En. Mohd Saiful bin Saleh Dr. Rosmawati binti Mat Jihin Pn. Zalinda bt Ibrahim Dr. Suraya Akmar bt Mokhtaruddin Dr. Woo Tze Keong Pn. Srihafiza bt Kamaruddin Dr. Azuin bt Ramli En. Shahriman b Abdul Rahman En. Ahmad Azrizal bin Mohd Ariffin En. Safpbri b Johari 31
Politeknik Ungku Omar Jalan Raja Musa Mahadi, 31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan Tel: 605-5457656 / 605-5457622 Faks: 605-5471162 32
Search
Read the Text Version
- 1 - 38
Pages: