E-FOLIO AZWA NIZANA BINTI MD ZAIDI 19DRG19F1035 DRG4B2 INTEGRASI MALAYSIA (MPU23112) PUAN NURSHIMA EMALINA BINTI SHARIF
ISI KANDUNGAN 1.Cabaran-cabaran dalam 2.Dimensi integrasi di Malaysia mengikut pembentukan integrasi di bangsa utama di Malaysia Malaysia MELAYU POLITIK CINA INDIA SOCIAL EKONOMI LUAR
POLITIK
Politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu. Implikasinya mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha untuk mengekalkan identiti kaumnya sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan budaya, mereka akan cuba untuk mempertahankan agar mereka juga mendapatkan hak yang sama rata. Selain itu, semangat taat setia pada negara Malaysia juga tidak wujud di kalangan etnik kerana masing-masing pasti ingin menaburkan bakti pada negara mereka sendiri Lambang bendara Malaysia akan tinggal sebagai lambang sahaja jika semua etnik hanya mementingkan hak etnik masing-masing.
EKONOMI
Melalui aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan adalah penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi. Pertama, penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik. Majoriti kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah.
Bagi kaum Cina, yang umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagagan dan menggunakan teknologi moden. Manakala, kaum India pula banyak terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Kenyataan di sini sudah membolehkan kita membuat satu kesimpulan iaitu ter- dapatnya jurang pendapatan yang begitu ketara dan tidak seimbang dalam ekonomi negara Malaysia.
- Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk bersaing dalam ekonomi ini untuk berusaha mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar. Penguasaan ekonomi yang berbeza serta jurang pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. - Justeru itu, implikasinya mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik. Bagi kaum Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian mendapat pendapatan yang sedikit dan berkemungkinan akan menghadapi dengan kemiskinan. - Situasi yang sama juga akan berlaku terhadap kaum India yang di mana harga getah dan kelapa sawit adalah berlandaskan kepada keadaan ekonomi di dunia. Jika harga meningkat, maka, pulangannya tentu baik dan sebaliknya juga akan berlaku. - Golongan etnik Cina pula akan terus mencari peluang-peluang keemasan dalam perniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup yang cukup mewah. Akan tetapi, mereka pasti berasa tidak puas hati yang di mana kebanyakan lubang perniagaan banyak diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu. - Sudah tentu timbulnya persoalan di lubuk pemikiran mereka di mana hak mereka sedangkan selama ini mereka banyak menyumbang kepada ekonomi negara. Isu-isu sebegini merupakan perkara yang boleh menyebabkan negara kita bergolak.
SOCIAL
Aspek sosial ini dapat lihat melalui empat paradigma yang berlainan iaitu dari sudut pemisahan fizikal, sistem pendidikan yang berasingan, polarisasi dalam kalangan pelajar dan kontrak sosial Dari sudut pemisahan fizikal ianya berlaku dalam masyarakat negara ini yang timbul akibat daripada kesan dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British sejurus menjajah Malaysia. Ketiga-ketiga kumpulan kaum ini bukan sahaja terasing daripada segi lokasi tempat tinggal, malahan mereka menjalankan jenis pekerjaan yang berbeza. Keadaan ini juga menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluang berinteraksi dengan lebih kerap di antara sesama mereka khususnya mereka yang tinggal dalam wilayan yang berbeza.
LUAR
- Implikasi daripada cabaran ini, jika dilihat dari sudut positif, kita dapat bergerak maju melalui pendedahan menggunakan teknologi yang tinggi serta pentadbiran yang sistematik menyebabkan Malaysia menjadi seperti yang dapat kita rasai perbezaannya kini. - Namun demikian, pengaruh Barat ini juga mewujudkan pelbagai unsur-unsur yang negatif dari segi, budaya hedonisme atau budaya kuning yang telah berjaya menyesatkan para remaja yang bisa menjadi bakal pemimpin negara lenyap dek kerana budaya kuning yang songsang ini. -MBudaya kuning ini banyak memberikan nilai-nilai yang negatif seperti terlibat dalam kancah jenayah, pemakaian yang kurang sopan serta pergaulan yang melampaui batas. Dari segi sains dan teknologi yang memusnahkan kebanyakan golongan remaja terdedah dengan pornografi-pornografi yang menyongsangkan jiwa dan akidah remaja itu sendiri. - Bermacam-macam keburukan yang memusnahkan alam sekitar, budaya hiburan dan penyalahgunaan sumber manusia dan bahan mentah juga datangnya daripada pengaruh Barat. Jelasnya di sini dapat dilihat, kehalusan dan ketimuran rakyat Malaysia semakin terhapus dek pengaruh Barat bagi merealisasikan wawasan negara. Tradisi dan adat resam kita pasti akan hilang juga kerana tiadanya insan yang ingin menjaganya daripada lupus dek arus pemodenan zaman.
BANGSA MEL AYU
- Bangsa melayu amat sinonim di bumi nusantara kerana beberapa negara di nusantara didiami oleh bangsa melayu seperti di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, dan seangkatan dengannya. Di dalam skop ini, Malaysia merupakan negara majmuk yang berasaskan penduduk asal iaitu bangsa Melayu sejak berkurun- kurun lagi. - Kita boleh katakan bangsa Melayu hidup secara integrasi yang sihat, akan tetapi semangat ini mula pudar apabila penerapan budaya luar yang menutup ruang lingkup bangsa Melayu merealisasikan kehidupan secara berintegrasi. - Kelemahan penguasaan pendidikan turut menjejaskan sesebuah komuniti bangsa Melayu apabila sebuah ketua di sesetengah kawasan gagal mengawal anak muda bagi mengamalkan hidup berintegrasi disebabkan anak muda merupakan cerminan negara pada masa hadapan. - Seterusnya, didikan yang lemah oleh ibu bapa turut menjadi cabaran bagi memperkukuhkan integrasi Malaysia. Hal ini kerana, ibu bapa pada masa kini amat menekankan didikan kurikulum sehingga mengabaikan soal integrasi anak-anak meraka dan memberi impak yang besar dalam perkembangan sosiobudaya di Malaysia
BANGSA CINA
- Masayarakat Cina lebih memilih untuk hidup secara berpuak dan menolak perbezaan pendapat dan haluan secara berkeras. - Perbezaan jurang kehidupan menjadikan mereka hidup secara berasingan.Contohnya hidup orang kaya hanya bersama orang kaya dan orang miskin hanya bersama orang miskin. - Sikap bangsa Cina yang berkeras mahukan hak sama rata dengan Bumiputera sekali gus mengganggu dan menggugat hak istimewa Bumiputera.disebabkan ini orang Bumiputera kurang percaya atas kepimpinan bangsa Cina yang hanya mementingkan bangsanya. - Selain itu,sikap pemimpin Cina yang menggunakan orang bawahan demi kepentingan diri menjadikan mentaliti orang bawahan terhadap Cina buruk dan menganggap Cina penuh dengan muslihat dalam setiap perhubungan terutamanya dalam dunia perniagaan dan politik - Perbezaan agama dan adat resam menjadikan mereka berbeza pendapat.Ini menyebabkan Cina islam dan Cina budha sering berselisih pendapat dan menyebabkan berlakunya per- gaduhan.
BANGSA INDIA
- Bangsa India juga mengamalkan cara hidup terasing antara golongan kaya dan miskin.Disebabkan itu munculnya golongan hamba hamba atau hanya berkerja sebagai kuli kepada orang orang kaya. - Kelemahan penguasaan bahasa malaysia yang telah menjadikan mereka hidup dalam komuniti mereka sahaja dan kurang bergaul dengan bangsa lain. - Kurang penguasaan ilmu kurikulum merupakan salah satu cabaran yang dihadapi bangsa india untuk memperkuatkan semangat integrasi. Hal ini kerana, di Malaysia masih ramai bangsa india yang menjadi buruh di ladang-ladang. Sejurus dengan itu kualiti kehidupan yang rendah menyukarkan produktivi anak- anak mereka berkembang dan banyak hal yang terabai. - Terdapat perbezaan taraf kehidupan dimana ada segelintir individu berbangsa india yang hidup secara berpersatuan dalam mendapatkan perlindungan dan bantuan secara fizikal dan juga ada yang hidup secara bebas tanpa ade bantuan secara fizikal. Perkara ini menjadikan penjarakan sosial dan berkembangan taraf akan terbantut akibat integrasi yang lemah dan hidup berpuak puak di sesuatu kawasan.
Search
Read the Text Version
- 1 - 18
Pages: