PENDIDIKAN MULTIBUDAYA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PGA 101 (PELAJAR DAN KEPERLUAN PEMBELAJARAN) KUMPULAN 8
PENDIDIKAN MULTIBUDAYA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN OLEH NUR'AIN SYAFIQA BT ROSDI (156329) NUR FATINI NAJWA BT MOHD NASSER (150350) NURUL JAMILAH BT ADIZIANAN (157448) KEPADA ASSOCIATE PROFESSOR DR. MELISSA NG LEE YEN ABDULLAH PELAJAR ILMU PENDIDIKAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SIDANG AKADEMIK 2021/2022 i
PENGENALAN E-BOOK INI ADALAH SEBUAH BUKU YANG MENERANGKAN TOPIK PENDIDIKAN MULTIBUDAYA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG TURUT MERANGKUMI BEBERAPA SUBTOPIK PENTING. SELAIN ITU, E-BOOK INI DITULIS DALAM BAHASA MELAYU BAGI MEMUDAHKAN PARA PELAJAR MEMANAMINYA DENGAN LEBIH MENDALAM DAN TURUT MEMUDAHKAN PEMBACA KERANA MUDAH DIBAWA DAN DIBACA DI MANA-MANA SAHAJA. ii
ISI KANDUNGAN iii
DEMOGRAFI PENDUDUK DI MALAYSIA Berikut merupakan angka perbandingan antara penduduk warganegara mengikut kumpulan etnik pada suku tahun pertama 2020 dengan suku tahun pertama 2021: Penduduk Bumiputera 2021: 20.9 Juta (69.7%) 2020: 69.6% Kaum Cina 2021: 6.7 Juta (22.5%) 2020: 22.6% Kaum India 2021: 2.0 Juta (6.8%) 2020: 6.8% Lain-lain 2021: 0.3 Juta (1.0%) 2020: 1.0% 1
INFO TAMBAHAN 2
DEFINISI BUDAYA Keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, atau kemajuan (akal budi). Menurut sudut pandang Barat (Linton) Budaya - Keseluruhan dari sikap dan pola perilaku serta pengetahuan yang merupakan suatu kebiasaan yang diwariskan dan dimiliki oleh suatu anggota masyarakat tertentu. Menurut sudut pandang Agama Islam (Effat al- Syarqawi) Budaya - Khazanah sejarah sekelompok masyarakat yang tercermin di dalam kesaksian dan berbagai nilai yang menggariskan bahawa suatu kehidupan harus mempunyai makna dan tujuan rohaniah. 3
BUDAYA UNIVERSAL SUKAN DANDANAN TUBUH KALENDAR MASAKAN TARIAN SENI DEKORATIF KEKELUARGAAN PEMAKANAN UPACARA PENGKEBUMIAN PERMAINAN GERAK ISYARAT GAYA RAMBUT KEDIAMAN BAHASA UNDANG-UNDANG PERKAHWINAN PERUBATAN MUZIK METOS NAMA PERIBADI AGAMA BATASAN SEKSUAL PEMBEDAHAN ALAT PERTUKANGAN 4
SIFAT-SIFAT SESEBUAH BUDAYA BUDAYA ITU DIKONGSI BUDAYA ITU ADALAH SIMBOLIK BUDAYA ITU DIPELAJARI BUDAYA ITU DIAMBIL DAN DITERIMA BUDAYA ITU BERBEZA MENGIKUT MASA & TEMPAT 5
BUDAYA ITU DIKONGSI Di Malaysia, setiap kaum ada pelbagai budaya masing-masing. Budaya yang menarik akan ditonjolkan oleh mereka dan dikongsi. Sebagai contoh, dari segi aspek makanan seperti roti canai, nasi lemak, kuih-muih dan makanan- makanan tradisional lain dikongsi bersama kerana masyarakat menggemarinya. 6
BUDAYA ITU ADALAH SIMBOLIK Simbolik bermaksud lambang. Ia merupakan suatu budaya yang digunakan untuk mengenal pasti sesama budaya. Sebagai contoh, Simbol keris amat sinonim dengan budaya melayu. Keris mempunyai keistimewaan tersendiri dalam kalangan masyarakat melayu berbanding dengan senjata tajam yang lain. Oleh itu, wujud simbol atau lambang ini untuk menyampaikan makna. 7
BUDAYA ITU DIPELAJARI Budaya tidak diturunkan dari satu generasi ke satu generasi secara genetik. Budaya dipelajari oleh ahli-ahli dalam sesuatu masyarakat apabila mereka saling berinteraksi dengan persekitaran sosial mereka. Contohnya apabila seseorang itu hendak berkahwin, dengan sendirinya dia akan berusaha mengambil tahu tentang adat budaya perkahwinan dalam masyarakatnya. Ilmu itu tidak sedia ada pada dirinya melainkan mestilah dipelajari. 8
BUDAYA ITU DIAMBIL DAN DITERIMA Budaya yang baik akan diambil dan diterima manakala budaya yang tidak baik akan dihindari atau ditentang. Sebagai contoh, budaya membuang sampah ke dalam tong sampah merupakan satu budaya positif yang patut diambil dan diterima oleh semua golongan masyarakat untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. 9
BUDAYA ITU BERBEZA MENGIKUT MASA DAN TEMPATI Budaya berubah dari semasa ke semasa, sedikit atau banyak, cepat atau lambat. Perubahan budaya berlaku melalui proses inovasi atau difusi. Inovasi ialah idea-idea baru yang boleh digunakan untuk memajukan sesebuah masyarakat seperti kemajuan komputer dan media telah merubah budaya hidup dan budaya sosial kita. Penciptaan dapur gas membuatkan makanan lebih cepat disediakan berbanding dapur kayu, 10
ELEMEN-ELEMEN BUDAYA 1. BAHASA 2. NORMA BAHASA IALAH SISTEM NORMA IALAH LAMBANG BUNYI SUARA PERATURAN ATAU YANG DIPAKAI KETENTUAN YANG SEBAGAI ALAT TELAH MENJADI PERHUBUNGAN DALAM KEBIASAAN YANG LINGKUNGAN SATU DIJANGKA AKAN KELOMPOK MANUSIA DIPATUHI OLEH (ANTARA SEORANG SETIAP ANGGOTA INDIVIDU DENGAN MASYARAKAT DAN INDIVIDU YANG LAIN SEBAGAINYA. DAN SEBAGAINYA) 4. NILAI-NILAI 3. KEPERCAYAAN NILAI BERMAKSUD SIFAT KEYAKINAN ATAU AKUAN KETINGGIAN (PEMIKIRAN, AKAN BENARNYA AGAMA, (ADANYA, BERLAKUNYA, KEMASYARAKATAN, DAN DAN LAIN-LAIN) LAIN-LAIN). SESUATU, IMAN, APA YANG MANUSIA IKTIKAD). PANDANG IA BERHARGA CONTOHNYA,MASIH ATAU KEHORMAT, TERDAPAT SESETENGAH KEMUDIAN DIJADIKAN MASYARAKAT DI PEDOMAN, ITULAH YANG MALAYSIA YANG DISEBUT SEBAGAI NILAI MEMPERCAYAI BOMOH. 11
ASPEK KEPELBAGAIAN BUDAYA 1.BUDAYA DOMINAN 2.SUB BUDAYA 3.BUDAYA MENENTANG 4.KEJUTAN BUDAYA 5. ETNOSENTRIK 12
BUDAYA DOMINAN BUDAYA YANG DIAMALKAN OLEH KUMPULAN YANG PALING BERKUASA DI DALAM SESEBUAH MASYARAKAT. MENERIMA SOKONGAN DARIPADA INSTITUSI SOSIAL UTAMA DAN MENJADI KEPERCAYAAN UTAMA DALAM MASYARAKAT. MEMILIKI DARJAH KEKUASAAN YANG TIDAK BOLEH DIKONGSI OLEH BUDAYA LAIN. MENJADI TANDA ARAS BAGI PERTIMBANGAN TERHADAP BUDAYA LAIN. 13
SUB BUDAYA BUDAYA YANG DIAMALKAN OLEH KUMPULAN INI BERBEZA DARI SEGI NILAI DAN NORMA DARIPADA BUDAYA DOMINAN. WUJUD DISEBABKAN KUMPULAN INI HIDUP DALAM KEADAAN YANG BERBEZA ATAU MEMBAWA BENTUK BUDAYA YANG LAIN DALAM MASYARAKAT. BIASANYA BERKONGSI SESETENGAH ELEMAN DENGAN BUDAYA DOMINAN DALAM MASA YANG SAMA MENGAMALKAN TINGKAH LAKU YANG BERBEZA DAN UNIK MEREKA SENDIRI. KEWUJUDAN BANYAK SUBBUDAYA INI MENUNJUKKAN CIRI BAGI SEBUAH MASYARAKAT YANG KOMPLEKS. UMUMNYA, SUBBUDAYA BERASASKAN UMUR, DAERAH, ETNIK, PEKERJAAN DAN KEPERCAYAAN. 14
BUDAYA MENENTANG BUDAYA YANG DIAMALKAN OLEH KUMPULAN INI DILIHAT NYATA MENENTANG DAN MENOLAK NILAI DAN NORMADARIPADABUDAYA DOMINAN. IA MERUPAKAN SALAH SATU SUBBUDAYA,TETAPI PERTENTANGAN NILAI DAN NORMA DENGAN BUDAYA DOMINAN BEGITU KETARA. SESETENGAH BUDAYA MENENTANG SECARA LANGSUNG MENCABAR SISTEM POLITIK DOMINAN. CONTOH: BUDAYA HIPPIES, SKINHEAD, REMPIT, BOHSIA, KUMPULAN MILITAN DAN LAIN-LAIN. 15
KEJUTAN BUDAYA KEADAAN SESEORANG YANG BERADA DI DALAM BUDAYA YANG ASING BAGINYADAN SESEORANG ITU AKAN BERASA BINGUNG, RAGU-RAGU, TAKUT, GANJIL DAN SEOLAH- OLAH BERADA DI TEMPAT ASING. APABILA BUDAYA ASING INI DIAMALKAN DI ALAM MASYARAKAT MENYEBABKAN GANGGUAN DAN KEJUTAN KERANA IA TIDAK MENGIKUT NILAI DAN NORMA MASYARAKAT SETEMPAT. ADAT KEBIASAAN YANG DILIHAT GANJIL BAGI SESETENGAH BUDAYA MERUPAKAN PERKARA BIASA BAGI YANG BUDAYA YANG MENGAMALKANNYA. KONFLIK EKORAN KEJUTAN BUDAYA INI TIDAK HANYA BERLAKU ANTARA MASYARAKAT MODEN DENGAN TRADISIONALTETAPI JUGA BERLAKU ANTARA JANTINA, KAMPUNG DAN BANDAR, USIA DAN LAIN-LAIN 16
ETNOSENTRIK ETNOSENTRIK IALAH ORANG YANG MENGUKUR ATAU MENILAI BUDAYA ORANG LAIN BERDASARKAN STANDARD ATAU SPESIFIKASI BUDAYA YANG DIAMALKANNYA. SESEORANG ITU CENDERUNG MENGANGGAP BUDAYA MASYARAKATNYA SENDIRI LEBIH UNGGUL DARIPADA BUDAYA MASYARAKAT LAIN. ORANG YANG ETNOSENTRIK MELIHAT KUMPULANNYA MERUPAKAN PALING PENTING DALAM MENTAFRIFKAN SESUATU BUDAYA DAN MELIHAT BUDAYA LAIN TERPESONG DARIPADA NORMAL. 17
KESAN KEPELBAGAIAN BUDAYA TERHADAP PELAJAR 1.Gaya belajar dan berfikir Budaya menentukan cara seseorang individu berfikir, merasa dan berkelakuan dalam masyarakat. Oleh itu, budaya telah mempengaruhi cara seseorang pelajar itu belajar dan berfikir. Hali ini demikian kerana setiap individu membesar dan terbentuk hasil daripada persekitaran masing- masing. 2. Jantina Pelajar perlulah berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan jantina, iaitu pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Hal ini demikian kerana mereka akan didedahkan dengan perbezaan sikap terhadap konflik, perbezaan pendekatan dalam menyelesaikan masalah, perbezaan sikap terhadap pendedahan pandangan, dan lain-lain. Tambahan lagi, mereka akan mengetahui akan batasan perhubungan dalam interaksi yang berlainan jantina. 18
KESAN KEPELBAGAIAN BUDAYA TERHADAP PELAJAR 3. Petempatan dan kelas sosial Kelas sosial rendah akan menyebabkan seseorang menghadapi masalah berkaitan kewangan, kemudahan belajar dan sebagainya. Kelas sosial sederhana atau tinggi pula, seseorang mendapat peluang pendidikan lebih meluas berbanding mereka yang berada dalam lingkungn taraf sosioekonomi rendah. Oleh itu, pelajar perlu bersosial tidak kira kelas sosial sama ada kelas atasan atau bawahan kerana kita hidup dalam masyarakat yang memiliki kepelbagaian budaya Di kawasan bandar dan pinggir bandar lebih kepada budaya pelajar dari aspek tumpuan, kemampuan berbelanja, tingkah laku dan pandangan akan berbeza mengikut ibu bapa, jenis pekerjaan dan sebagainya. Di luar bandar dan pendalaman pula lebih mengamalkan budaya yang sama, etnik sama dan pandangan yang sama juga tingkah laku kurang mendatangkan masalah. 19
KESAN KEPELBAGAIAN BUDAYA TERHADAP PELAJAR 4. Bahasa dan Komunikasi Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis dialek yang digunakan oleh masyarakat untuk berkomunikasi sesama mereka, selain daripada penggunaan bahasa Melayu standard. Oleh itu, pelajar yang menguasai dialek atau bahasa ibunda akan menghadapi masalah dalam pembelajaran , kurang faham dan tercircir dalam pelajaran, manakala pelajar yang menguasai banyak bahasa akan cepat dan tangkas dan mudah menguasai pembelajaran. Oleh sebab itulah, penggunaan bahasa standard harus diamalkan oleh setiap pelajar, dan penggunaan dialek mengikut negeri atau kaum perlulah dielakkan dan dikurangkan. 5. Kaum etnik Pelajar yang tinggal dan belajar dalam satu etnik sahaja menyebabkan proses menyesuaikan diri dengan kaum lain agak sukar manakala kelompok pelbagai etnik dapat memupuk perasaan saling menerima dan saling menghormati melalui pergaulan. Oleh itu, pelajar yang terdiri daripada pelbagai bangsa perlu bersosial dalam kelompok mereka terutamanya dalam melakukan aktiviti pembelajaran. 20
KESAN KEPELBAGAIAN BUDAYA TERHADAP SEKOLAH PADA MASA INI TERDAPAT PELBAGAI PILIHAN JENIS SEKOLAH DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA. PADA PERINGKAT RENDAH TERDAPAT SK, SJKC, SJKT. PADA PERINGKAT MENENGAH PULA TERDAPAT SMK HARIAN, SEKOLAH MODEL KHAS, SEKOLAH BERASRAMA PENUH, SEKOLAH MENENGAH TEKNIK, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA. BERIKUT MERUPAKAN BEBERAPA JENIS SEKOLAH YANG TERDAPAT DI MALAYSIA: SEKOLAH PREMIER IAITU SEKOLAH YANG MEMPUNYAI TRADISI PANJANG SEPERTI SEKOLAH YANG BERUSIA 100 TAHUN ATAU LEBIH DAN SEKOLAH DI DALAM PERSEKITARAN YANG STRATEGIK SERTA INFRASTRUKTUR YANG BAIK SEPERTI SEKOLAH YANG BERJIRAN DENGAN PUTRAJAYA DAN CYBERJAYA. TURUT TERSENARAI ADALAH MAKTAB RENDAH SAINS MARA, SEKOLAH SWASTA DAN SEKOLAH ANTARABANGSA. 21
KESAN KEPELBAGAIAN BUDAYA TERHADAP SEKOLAH SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) YANG MEMBERI PELUANG MURID CEMERLANG KHUSUSNYA DARI KAWASAN LUAR BANDAR MENDAPAT PENDIDIKAN YANG TERBAIK SUPAYA MEREKA TERUS BERJAYA DALAM BIDANG AKADEMIK, KOKURIKULUM DAN SAHSIAH. SETIAP SBP MEMPUNYAI BIDANG KEISTIMEWAAN MASING- MASING SEPERTI PERMAINAN RAGBI DI KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR, PANCARAGAM DI SEKOLAH MENENGAH TUN FATIMAH, PIDATO DI KOLEJ ISLAM KELANG. SEKOLAH MENENGAH TEKNIK MEMBERI PELUANG BELAJAR KEPADA MURID YANG CENDERUNG DALAM BIDANG TEKNIKAL DAN VOKASIONAL. MATLAMATNYA ADALAH UNTUK MENYEDIAKAN TENAGA KERJA MAHIR DAN SEPARUH MAHIR YANG MENCUKUPI. CONTOH SMT YANG CEMERLANG TERMASUKLAH SMT DATO UNDANG HJMDSHARIP (EKONOMI RUMAH TANGGA), SMT CHENOR (PERTANIAN), SMT SRI MANJUNG (KETUKANGAN ELEKTRIK), SMT MUAZAM SHAH (KETUKANGAN AWAM), SMT SHAH ALAM (KETUKANGAN MEKANIKAL) DAN SMT CHERAS (KEJURUTERAAN) 22
KESAN KEPELBAGAIAN BUDAYA TERHADAP SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) MENAWARKAN DAN MENYEDIAKAN PROGRAM PENDIDIKAN ISLAM KEPADA MURID. IA MEMUPUK POTENSI MURID DARI SEGI MINAT, KREATIVITI, SAHSIAH DAN KEPIMPINAN SERTA MENYEDIAKAN PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN DALAM PELBAGAI BIDANG ILMU, DALAM DAN LUAR NEGARA. DI ANTARA YANG MEMBANGGAKAN IALAH SMKA MAAHAD HAAMIDIAH KAJANG, SELANGOR. INI ADALAH KOMITMEN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA UNTUK MENERAPKAN NILAI KEROHANIAN DAN KEPERCAYAAN BERAGAMA KEPADA MURID-MURID. SEKOLAH 100 TAHUN - SEKOLAH YANG DIBINA SEBELUM TAHUN 1905. - MEMPUNYAI CIRI-CIRI TINGGALAN SEJARAH DAN SEBAHAGIANNYA IALAH SEKOLAH PREMIER. - PENANG FREE SCHOOL (PULAU PINANG), SEKOLAH TINGGI MELAKA (MELAKA), SEKOLAH MENENGAH LELAKI METHODIST (KUALA LUMPUR) DAN LAIN-LAIN LAGI. 23
KESAN KEPELBAGAIAN BUDAYA TERHADAP SEKOLAH SEKOLAH BESTARI - SEKOLAH- SEKOLAH YANG TERLETAK DI KORIDOR RAYA MULTIMEDIA TERUTAMA DI PUTRAJAYA DAN CYBERJAYA. - REKA BENTUK YANG MENARIK, INFRASTRUKTUR YANG LENGKAP DAN TERLETAK DALAM KAWASAN STRATEGIK BERHAMPIRAN DENGAN KOMPLEKS KERAJAAN PERSEKUTUAN. SEKOLAH MODEL KHAS CONTOHNYA SMK MERU – MODEL KHAS MENGABUNGKAN MURID SEKOLAH RENDAH PADA PERINGKAT TAHAP II DAN MURID SEKOLAH MENENGAH DI BAWAH SATU BUMBUNG, IA MERUPAKAN KONSEP BARU DAN MENYEDIAKAN KEMUDAHAN FIZIKAL YANG KONDUSIF BAGI MURID YANG BERPONTENSI DI KAWASAN LUAR BANDAR SEPERTI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CLIFFORD, KUALA LIPIS (PAHANG), DAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT JENUN (KEDAH). 24
KESAN KEPELBAGAIAN BUDAYA TERHADAP SEKOLAH SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS - MENYEDIAKAN PENDIDIKAN KHAS KEPADA MURID BERMASALAH PENGLIHATAN, PENDENGARAN DAN PEMBELAJARAN, AUTISME, SINDROM- DOWN, KEUPAYAAN KOGNITIF RENDAH, ADHD DAN DISLEKSIA. MATLAMATNYA ADALAH SUPAYA MEREKA MENJADI INSAN YANG BERDIKARI DAN DAPAT MENYUMBANG KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA. SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS INDRAPURA CONTOHNYA MENYEDIAKAN KEMUDAHAN PELAJARAN BAGI KETIGA-TIGA KATEGORI PENDIDIKAN KHAS. SMT MEMBERI PELUANG PENDIDIKAN KEPADA MURID BERMASAALAH PENDENGARAN DENGAN MENAWARKAN KURSUS-KURSUS ANJURAN MAJLIS LATIHAN VOKASIONAL KEBANGSAAN (MLVK). 25
KESAN KEPELBAGAIAN BUDAYA TERHADAP SEKOLAH KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA JUGA TELAH MEWUJUD SEKOLAH YANG TERDIRI DARIPADA PELBAGAI BANGSA SEPERTI SEKOLAH JENIS CINA DAN TAMIL. KEMENTERIAN PELAJARAN TELAH BERUSAHA UNTUK MENGATASI MASALAH KEPELBAGAIAN SOSIO- BUDAYA MELALUI AKTIVITI YANG DIJALANKAN DI SEKOLAH. PROGRAM INTEGRASI UNTUK PERPADUAN (RIMUP) ADALAH SALAH SATU DARIPADA USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN UNTUK MEMUPUK PERPADUAN DALAM KALANGAN MURID TANPA MENGIRA KAUM. SEKOLAH WAWASAN DITUBUHKAN UNTUK MEWUJUDKAN PERPADUAN DALAM KALANGAN MURID DI SEKOLAH. SEKOLAH INI ADALAH ANTARA SEKOLAH YANG DAHULUNYA TERASING ANTARA SATU SAMA LAIN, KINI DISATUKAN DALAM SATU SISTEM PENDIDIKAN YANG SERAGAM. 26
KESAN KEPELBAGAIAN BUDAYA TERHADAP SEKOLAH APABILA MURID MELAYU, CINA, INDIA DAN KAUM LAIN DAPAT BERINTERAKSI SEJAK PERINGKAT AWAL PERSEKOLAHAN, SUDAH TENTU AKAN LAHIR SATU GENERASI MALAYSIA YANG BERSIFAT PELBAGAI BUDAYA. PENEKANAN SEMANGAT PERPADUAN DAN INTEGRASI ANTARA KAUM SEJAK KECIL IAITU DI BANGKU SEKOLAH RENDAH AKAN LEBIH MEMUDAHKAN KERANA MEREKA INI MASIH KANAK- KANAK YANG BOLEH DILENTUR. 27
KESAN KEPELBAGAIAN BUDAYA KEPADA GURU Penerimaan Dan Layanan Adil Seorang guru perlu mengenal latar belakang pelajar, taraf sosioekonomi dan tempat tinggal. Setiap murid mempunyai kaum etnik dan budayanya yang tersendiri. Jadi seorang guru harus cuba mengenali latar belakang pelajarnya. Pelajar akan merasakan dirinya dihargai sekiranya seseorang guru mengetahui budaya mereka masing- masing. Guru juga perlu mengelakkan perlabelan diskriminasi. Dalam setiap kelas, guru harus mengelakkan diskriminasi iaitu tidak melebihi tU berpihak kepada mana- mana kaum. Guru harus melayan pelajarnya sama rata. pedagogi dan strategi pembelajaran Guru haruslah melakukan pembelajaran koperatif. Pembelajaran koperatif ialah satu proses yang membantu pelajar berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai satu matlamat khusus atau mendapatkan satu hasil akhir yang ada kaitan dengan isi kandungan mata pelajaran. Guru boleh melakukan aktiviti berpasangan secara hiterogenous. Antara aktiviti yang dapat dilakukan untuk pembelajaran korperatif ialah jigsaw, Think-Pair-Square dan gallery walk. 28
KESAN KEPELBAGAIAN BUDAYA KEPADA GURU pengurusan bilik darjah dan pengurusan hubungan Menurut Mok Soon San (2020) guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata, tetapi juga menanam sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna dan mematuhi peraturan masyarakat. Guru perlu menggunakan kajian sosiometri untuk melihat hubungan antara murid. Contohnya, guru haruslah mewujudkan pergaulan bebas antara kelas sosial, tidak berkelompok, berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat. guru harus berusaha menolong murid memahami dan membentuk nilai, sikap dan tingkah laku yang sesuai pemilihan bahan sumber Guru harus menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahappencapaian murid kerana setiap murid berbeza tahap pencapaiannya. guru boleh memulakan set induksi yang menarik dan aktiviti pembelajaran yang dapat menghilangkan rasa bosan dan mengantuk. guru boleh memaksimumkan dengan mengadakan aktiviti yang dapat merangsang minda. contohnya, kata-kata motivasi dan penuh dengan senyuman dan jenaka, pujian supaya suasana sentiasa ceria di samping teguran berupa nasihat. 29
KESAN KEPELBAGAIAN BUDAYA TERHADAP KURIKULUM MURID DAPAT BELAJAR MENGGALAKKAN DALAM KEADAAN CERIA DAN PENGGUNAAN BAHASA MENYERONOKKAN STANDARD TERDAPAT BANYAK KAUM MURID MENGETAHUI DAN MENYEBAB MURID-MURID INI MEMAHAMI BUDAYA LAIN SERTA TIADA DISKRIMINASI MEMPUNYAI BANYAK ANTARA MEREKA. MEREKA BAHASA DAN LOGHAT AKAN TERDEDAH KEPADA AMALAN YANG BERBEZA DAN TERSENDIRI. JADI PERASAAN SALING MENERIMA PENGGUNAAN BAHASA DAN SALING HORMAT DAPAT STANDARD DAPAT DITERAPKAN MELARASKAN PENGGUNAAN BAHASA OLEH SEMUA KAUM. MENGGALAKKAN INTERAKSI MENDISIPLINKAN ANATARA MURID SECARA MURID MELUAS DALAM BILIK DARJAH MURID AKA N LEBIH HAL INI BAGI MENERAPKAN BERDISIPLIN DENGAN KEYAKINAN DALAM DIRI TANGGUNGJAWAB YANG DIPIKUL. SEPERTI MEREKA MURID-MURID BAGI BERGAUL MEMBINA DAN MENGIKU ANTARA MEREKA SETA JADUAL KEBERSIHAN KELAS DENGAN ADIL DAN SAKSAMA MENGELAKKAN RASA MALU DAN RENDAH DIRI Membangunkan pencapaian murid bagi mengurangkan tingkah laku negatif TINGKAH LAKU NEGATIF MAMPU MEMBERI MASALAH DAN MENGANGGU SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. CONTOH TINGKAH LAKU NEGATIF ADALAH SEPERTI MENGEJEK RAKAN, MEMOTONG BARISAN DI KANTIN DAN BERLARI DI DALAM KELAS DAN TINGKAH LAKU NEGATIF INI TIDAK PATUT DICONTOHI SAMA SEKALI 30
PENDIDIKAN MULTIBUDAYA Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya. Pendidikan Multibudaya adalah satu sistem pendidikan yang menekankan bahawa setiap pelajar berhak mendapat peluang pendidikan yang sama tanpa mengira jantina, kelas sosial, etnik, bahasa pertuturan dan agama. Pendidikan Multibudaya adalah satu idea, satu tindakan membentuk semula pendidikan dan satu proses. Pendidikan Multibudaya cuba mewujudkan satu peluang yang saksama kepada semua pelajar dengan mengubah persekitaran sekolah agar ia dapat menunjukkan kebudayaan dan golongan dalam sekolah dan sosial. 31
SEBAB PENDIDIKAN MULTIBUDAYA DILAKSANAKAN Antara sebabnya adalah kanak-kanak memahami lebih banyak sterotaip golongan lain dan akan kurang bersikap negatif terhadap golongan lain. Akibatnya, mereka tidak akan membandingkan budaya mereka sendiri dengan budaya lain. Selain itu, mengurangkan ketidaktoleransian dan meningkatkan kerjasama untuk mencapai kebaikan sejagat juga adalah antara sebabnya di mana mereka tidak akan hidup berkelompok dan dapat bekerjasama dengan berbilang kaum. Sebab lain ialah pendidik yang mengenal dan menghormati latar belakang pelbagai pelajar juga berkewajipan dan bertanggungjawab untuk berkongsi nilai-nilai sesama pelajar. Walaupun pelajar dan guru menunjukkan kebudayaan yang berlainan tetapi terdapat budaya yang sama dikongsi terutamanya budaya kehidupan seperti kunjung mengunjungi sewaktu hari perayaan. Sebab yang seterusnya ialah strategi sekolah harus memastikan keputusan yang dibuat dapat berkongsi bersama dan semua warga sekolah mempelajari kemahiran bekerjasama untuk menghasilkan persekitaran sekolah yang prihatin. Akhir sekali, guru harus peka tentang unsur-unsur berbilang kebudayaan semasa menilai kemahiran kognitif dan sosial pelajar dengan menyamaratakan semua pelajar ketika membuat penilaian. 32
ASPEK PENDIDIKAN MULTIBUDAYA KONSEP Konsep pendidikan multibudaya ialah Idea yang melihat bahawa semua pelajar mempunyai hak yang sama untuk belajar di dalam kelas tanpa membezakan mereka dari segi jantina, kelas sosial, etnik atau kriteria lain. Contohnya, guru mestilah memberi layanan yang sama rata terhadap semua pelajar walaupun terdapat pelajar yang berlainan agama dan pelajar yang kaya atau miskin. Hal ini kerana, sesetengah pelajar tidak akan rasa tersisih dari segi ilmu dan perhatian daripada guru. GERAKAN Gerakan adalah untuk mengubah institusi-institusi pendidikan sehingga pelajar daripada semua kaum, kelas sosial, jantina dan lain-lain memiliki peluang yang sama untuk belajar. Sistem pendidikan di Malaysia telah mewujudkan pelbagai usaha dan strategi untuk diaplikasikan dalam kurikulum sekolah supaya dapat menerapkan kefahaman tentang pentingnya pendidikan multibudaya di sesebuah sekolah. Hal ini dapat menerapkan semangat intergrasi dalam kalangan masyarakat sekaligus menaikkan nama negara. proses Difahami sebagai proses untuk mencapai tujuan agar kesamaan pendidikan dapat dicapai oleh semua pelajar Apabila menyebut tentang proses, ia bermaksud suatu aliran perubahan yang berlaku hasil daripada usaha yang dijalankan. Proses pendidikan multibudaya ini semestinya dilalui oleh institusi pendidikan seperti staf sekolah, guru-guru dan pelajar. Jika hari-hari nilai sama rata diterapkan dan dibudayakan di sekolah, pelajar, guru-guru dan staf sekolah seperti pekerja kanan dan staf pejabat sekolah dapat mewujudkan persekitaran sekolah dan budaya sekolah yang harmoni tanpa mengira perbezaan individu dari segi budaya, kelas sosial dan lain-lain. 33
unsur pendidikan multibudaya PEMAHAMAN IDENTITI BUDAYA ORANG LAIN APABILA KITA DENGAR TENTANG PENDIDIKAN MULTIBUDAYA, KITA MESTILAH FAHAM TENTANG INTIPATI TENTANG PENDIDIKAN MULTIBUDAYA. PEMAHAMAN IDENTITI BUDAYA ORANG LAIN SANGAT PENTING TERHADAP PENDIDIKAN MULTIBUDAYA. HAL INI DKATAKAN DEMIKIAN KERANA, APABILA GURU MENERAPKAN SESUATU KEFAHAMAN KEPADA PELAJAR TENTANG IDENTITI BUDAYA ORANG LAIN, PELAJAR-PELAJAR DAPAT BERINTERAKSI DAN BERKAWAN ANTARA SATU SAMA LAIN. MEREKA TIDAK AKAN BERSIKAP PILIH KASIH ATAU MEMPUNYAI GAMBARAN NEGATIF TERHADAP BUDAYA ORANG LAIN ATAU PERBEZAAN INDIVIDU ORANG LAIN. PEMAHAMAN MENGENAI IDENTITI BUDAYA ORANG LAIN DAPAT DITERAPKAN MELALUI KURIKULUM DI SEKOLAH MELALUI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DALAM SUBJEK PENDIDIKAN SIVIK. OLEH ITU, PEMAHAMAN YANG DIPEROLEHI PELAJAR DAPAT DIAPLIKASIKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MEREKA SEKALIGUS MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG HARMONI DI MALAYSIA. MEMANDANG VARIASI BUDAYA SEBAGAI SESUATU KEBAIKAN UNTUK DIHARGAI, DITERIMA DAN DIPELIHARA DALAM KOMUNITINYA KEBAIKANNYA IALAH UNTUK KITA MENGHARGAI, MENERIMA, MEMELIHARA VARIASI BUDAYA TERSEBUT DALAM KOMUNITI MALAYSIA. PENERAPAN NILAI-NILAI BUDAYA YANG DITERAPKAN DI SEKOLAH SEMESTINYA MEMBANTU PELAJAR-PELAJAR UNTUK LEBIH MENGHARGAI BUDAYA DALAM KOMUNITI MALAYSIA. HAL INI DIKATAKAN DEMIKIAN KERANA, SIKAP MENGHARGAI ANTARA SATU SAMA LAIN MENYEBABKAN SEMUA INDIVIDU BERASA BERHARGA DAN DIHARGAI DI NEGARA SENDIRI. APABILA PELAJAR-PELAJAR DAPAT MENERAPKAN NILAI MENGHARGAI SETERUSNYA MEREKA DAPAT MENGAPLIKASIKAN NILAI TERSEBUT SEHINGGA MEREKA DEWASA. CONTOHNYA, INDIVIDU YANG MENGETAHUI SIFAT MENGHARGAI TERHADAP ORANG LAIN YANG BERBEZA BUDAYA DAPAT MEMBINA HUBUNGAN BAIK ANTARA SATU SAMA LAIN. 34
unsur pendidikan multibudaya MENGHORMATI KEBUDAYAAN ORANG LAIN APABILA KITA SUDAH MEMAHAMI KEMUDIAN KITA JUGA PERLU MENGAPLIKASIKAN PERKARA ITU SEPERTI MENGHORMATI KEBUDAYAAN ORANG LAIN. NILAI MURNI SALING MENGHORMATI SANGAT PENTING DALAM KALANGAN MASYARAKAT KERANA KITA DAPAT MEWUJUDKAN SUASANA YANG AMAN DAMAI TANPA BERLAKU SALAH FAHAM DAN PERGADUHAN. JIKA TIADA SIKAP SALING MENGHORMATI ANTARA SATU SAMA LAIN, AKAN BERLAKUNYA RUSUHAN KAUM DAN PENINDASAN TERHADAP GOLONGAN MASYARAKAT YANG LEMAH DARI SEGI KELAS SOSIAL ATAU PERBEZAAN FIZIKAL MEREKA. PERBUATAN INI TELAH MENUNJUKKAN SIKAP NEGATIF DAN BERLAKU KETIDAKSAMARATAAN TERHADAP MASYARAKAT SEDANGKAN MEREKA LAYAK MENDAPAT LAYANAN SAMA RATA WALAUPUN BERBEZA BUDAYA KERANA MEREKA JUGA MASYARAKAT YANG BERWARGANEGARA SECARA IKTIRAF DI MALAYSIA. MAKA, TIADA SEBAB UNTUK KITA MENINDAS ATAU MENGHUKUM SESUATU IDENTITI BUDAYA TERSEBUT. SIKAP MENGHORMATI BUDAYA ORANG LAIN DAPAT DITUNJUKKAN APABILA TIBA HARI PERAYAAN. KITA DAPAT MELIHAT MASYARAKAT YANG MULTIBUDAYA INI MEMBERI UCAPAN PERAYAAN ANTARA SATU SAMA LAIN. DI SEKOLAH PULA, PELAJAR-PELAJAR MENUNJUKKAN RASA HORMAT MELALUI AKTIVITI DEKORASI BILIK DARJAH MENGIKUT KESESUAIAN PERAYAAN MEREKA DAN SALING MEMBERI UCAPAN ANTARA GURU DAN PELAJAR SERTA DALAM KALANGAN PELAJAR. JELASLAH BAHAWA INSTITUSI PENDIDIKAN MESTILAH MENERAPKAN SIKAP SALING MENGHORMATI ANTARA SATU SAMA LAIN YANG BERBEZA BUDAYA AGAR LAHIRNYA GENERASI YANG BERSATU PADU. 35
ELEMEN PENDIDIKAN MULTIBUDAYA Elemen pendidikan multibudaya in dihasilkan oleh seorang ahli falsafah bernama Lawrence Blum. Lawrence Blum adalah Profesor Seni dan Pendidikan Liberal yang terkenal dan Profesor Falsafah di University of Massachusetts, Boston. Beliau sangat meminati ilmiahnya merangkumi pengajian bangsa, falsafah moral, falsafah pendidikan, falsafah sosial dan politik, psikologi moral, multikulturalisme, dan falsafah dan Holocaust. Blum juga seorang pengarang Sekolah Tinggi, Balapan, dan Masa Depan Amerika yang baru diterbitkan: Apa yang Pelajar Boleh Mengajar Kami Tentang Akhlak, Kepelbagaian, dan Komuniti, yang diterbitkan oleh Harvard Education Press. Buku ini berdasarkan kursus mengenai Rasisme yang diajarkannya di sekolah menengah tempatannya kepada kelas warga emas yang berlainan bangsa dan etnik. Tambahan pula, Blum telah menulis lima buku: Sekolah Menengah, Perlumbaan, dan Masa Depan Amerika: Apa Yang Pelajar Boleh Mengajar Kita Tentang Akhlak, Kepelbagaian, dan Komuniti (Harvard Education Press, 2012); \"Saya Bukan Rasis, Tetapi\": The Moral Quandary of Race (Cornell UP, 2002) (yang terpilih sebagai buku terbaik tahun ini dalam falsafah sosial, oleh Persatuan Amerika Utara untuk Falsafah Sosial): Persepsi Akhlak. Jelaslah bahawa, Blum telah menghasilkan banyak buku yang berkaitan dengan ras dan budaya. Menurut pendapat Blum (2001), pendidikan multibudaya sarat dengan penghargaan, penghormatan dan kebersamaan dalam suatu komuniti yang majmuk, Tambahan lagi, Blum menegaskan bahawa pendidikan multibudaya meliputi sebuah pemahaman, penghargaan dan penilaian atas budaya seseorang, dan sebuah penghormatan dan pemahaman tentang budaya dan etnik orang lain. la meliputi penilaian terhadap kebudayaan-kebudayaan orang lain, bukan dalam makna menyetujui seluruh aspek dari kebudayaan- kebudayaan tersebut, melainkan mencuba melihat bagaimana kebudayaan tertentu dapat menerapkan nilai murni bagi masyarakatnya sendiri. 36
ELEMEN PENDIDIKAN MULTIBUDAYA Beliau telah berpendapat bahawa terdapat 3 elemen dalam pendidikan multibudaya. Antaranya ialah menegaskan identiti budaya seseorang, mempelajari, dan menilai warisan budaya seseorang. Seterusnya, ialah menghormati dan berkeinginan untuk memahami seta belajar tentang etnik atau kebudayaan-kebudayaan orang lain. Ketiga ialah menilai dan merasa senang dengan perbezaan kebudayaan itu sendiri. la bermakna masyarakat melihat kebudayaan orang lain itu sebagai sesuatu yang baik untuk dihargai dan dipelihara. Melalui beberapa definisi diatas, ada tiga kata kunci yang menunjukkan bahawa adanya pendidikan multikultural laitu yang pertama, proses pengembangan sikap dan tingkah laku. Kedua, menghargai perbezaan dan kepelbagaian budaya. Ketiga, penghargaan terhadap budaya lain. Maka jelaslah bahawa pendapat Blum sangat boleh digunakan dalam konteks masyarakat Malaysia dan sistem pendidikan negara kerana dapat meningkatkan kesedaran pelajar bahawa warisan budaya perlu dipelihara bukannya ditindas atau saling bermusuhan. 37
DIMENSI PENDIDIKAN MULTIBUDAYA YANG DIPERKENALKAN OLEH JAMES A. BANK 1. penyepaduan kandungan Sejauhmana guru menggunakan contoh, data dan maklumat daripada pelbagai budaya dan kumpulan untuk menggambarkan konsep, prinsip, generalisasi dan teori utama dalam bidang subjek atau disiplin mereka. 2. Pembinaan Ilmu Apabila proses pembinaan pengetahuan dilaksanakan dalam bilik darjah, guru membantu pelajar memahami cara pengetahuan dicipta dan bagaimana ia dipengaruhi oleh kedudukan kaum, etnik dan kelas sosial individu dan kumpulan. 3. Pengurangan sifat prejudis Guru perlu mengenalpasti kriteria dan ciri-ciri budaya pelajar dan menentukan kaedah pengajaran yang sesuai. Bagi mengurangkan perasaan prejudis terhadap budaya kaum lain. 4. Pedagogi Ekuiti Menyesuaikan kaedah pengajaran dengan cara belajar murid dalam rangka membimbing prestasi akedemik murid yang pelbagai baik dari segi ras, budaya mahupun sosial 5. Memperkasakan Budaya Sekolah institusi budaya dan persekitaran sekolah yang perlu diperbaharui untuk meningkatkan pencapaian akademik dan pertumbuhan emosi pelajar daripada pelbagai kumpulan etnik, kaum dan kelas sosial 38
pendidikan mutibudaya di Malaysia YANG TELAH DIJALANKAN DAN DITERAPKAN DALAM PEMBEJARAN DAN DAN PENGAJARAN 39
PENGENALAN konsep 1 Malaysia konsep 1 Malaysia in diperkenalkan oleh mantan perdana menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada tahun 2009. Gagasan 1Malaysia bertujuan : memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka. Gagasan ini juga, jika dihayati sepenuhnya oleh semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia. selain itu, untuk meralisasikan hasrat pembentukkan bangsa Malaysia yang mempunyai jalinan yang erat antara satu saama lain. 40
SEKOLAH WAWASAN Sekolah Wawasan merupakan sejenis sekolah integrasi yang menempatkan beberapa buah sekolah yang berbeza aliran di dalam satu kawasan yang sama. Sekolah Wawasan ini telah diluluskan dalam kabinet pada tahun 1997. Dalam konsep ini, Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJK(C) dan juga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil SJK(T) akan ditempatkan dalam satu kompleks sekolah yang sama. Setiap murid daripada sekolah- sekolah tersebut akan berkongsi kemudahan dan prasarana sekolah seperti padang, kantin dan koperasi sekolah yang sama. 41
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyenaraikan empat matlamat Sekolah Wawasan iaitu: 1. Untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang 2. Untuk memupuk semangat integrasi antara murid dari pelbagai aliran 3. Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yangbersatu padu 4. Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah. CONTOH SEKOLAH WAWASAN : 1. Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan; 2. Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah Darul Aman; 3. Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang; 4. Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan; dan 5. Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak. 42
PENDEKATAN PERLAKSANAAN PENDIDIKAN MULTIBUDAYA Guru perlu komunikasi secara verbal atau bukan verbal perlu dianalisis dengan baik untuk meningkatkan penyertaan pelajar dalam pembelajaran dan pengajaran. Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, budaya dan agama pelajar Persekitaran sekolah yang perihatin kepada pelajar Guru perlu wujudkan pergaulan bebas antara pelajar tanpa sekatan budaya dan masyarakat Memberikan pendedahan awal dan pemahaman kepada pelajar mengenai kepentingan dan impak perhubungan kaum kepada negara 43
KESAN PENDIDIKAN MULTIBUDAYA Menghapuskan jurang Melalui pendidikan multibudaya, perbezaan perbezaan kaum dan dan jurang antara kaum dapat diatasi dengan wujudnya layanan yang adil dan saksama budaya daripada guru dan pihak sekolah. selain itu, penerapan nilai-nilai murni dan partiotisme dalam subjek Sejarah, Pendidikan Sivik dan Pendidikan Moral juga melatih pelajar untuk menghormati adat dan budaya kaum lain serta menyedari tanggungjawab mereka dalam memelihara keharmonian. Pendidikan multibudaya memberikan Penerimaan yang baik pendedahan mengenai kepelbagaian adat dan terhadap individu berlainan budaya kaum di Malaysia misalnya pada Sambutan Hari kemerdekaan, pertandingan kaum dan budaya pakaian Tradisional kaum di Malaysia diadakan dapat memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai keunikan adat dan budaya kaum lain. perkara ini juga membolehkan wujudnya persefahaman dan persepsi yang positif dalam kalangan pelajar. Komuniti sekolah yang terdiri daripada guru, para pelajar dan pihak pentabiran memahami kelainan Mewujudkan sekolah yang yang terdapat pada setiap anggota komuniti prihatin dan adil serta suasana yang harmoni tersebut akan membentuk kesefahaman serta perasaan hormat-menghormati. Misalnya, kemampuan intelektual dan latar belakang keluarga, merupakan antara kelainan yang terdapat pada pelajar, sebagai guru dan pihak pentabiran mestilah memberikan layanan yang adil serta memenuhi kepada keperluan dan kebolehan mereka. Pendidikan multibudaya ini mampu mewujudkan Mewujudkan tingkah tingkah laku yang sopan dan berbudi bahasa. laku dan sikap sivik Sebagai contohnya, seseorang murid yang telah biasa dengan suasana sekolah yang mempunyai pelbagai bangsa dan budaya akan lebih mudah untuk memahami, menerima dan menghormati budaya orang lain. Disamping itu, dapat mewujudkan semangat partiotisme serta mengukuhkan hubungan masyarakat di Malaysia. 44
KEPENTINGAN MEMAHAMI MULTIBUDAYA BAGI GURU Guru bertanggujawab memupuk perpaduan dalam kalangan dalam kalangan muridnya. Guru berperanan merancang Pengajaran dan Pembelajaran yang menarik pada masa yang sama dapt memupuk perpaduan serta menjadi fsilitator kepada pelajar. Sebagai contoh guru telah mengadakan hari gotong-royong bersama pelajar pada hari minggu untuk membersihkan kelas serta menetapkan kedudukan meja secara berkumpulan yang diwakili pelbagai kaum dalam satu kumpulan. Aktiviti sebegini dan mengeratkan hubungan pelajar dalam sesebuah kelas dan mengurangkan perasaan perijudis dalam diri pelajar. Supaya guru lebih bersedia untuk berhadapan dengan murid daripada pelbagai budaya Apabila guru memahami pendidikan multibudaya, mereka dapat menyesuaikan diri dalam apa jua sintuasi. Guru perlu berhadapan dengan pelajar yang mempunyai segi latar belakang, kebolehan intelektual yang berbeza, agama yang berbeza, kemampuan fizikal yang berbeza dan sebagainya . Oleh itu, apabila guru sendiri mendalami terlebih dahulu pendidikan mutibudaya ini akan memberikan satu gambaran awal dan guru dapat melakukan persediaan yang sewajarnya. 45
Melahirkan guru yang berhemah dan menghormati nilai serta budaya masyarakat dan pelajar berbilang kaum Guru akan menggunakan kaedah pembelajaran yang sesuai dengan tahap kemampuan pelajar. Selain itu, guru juga akan mengelak daripada menyentuh perkara-perkara yang boleh membangkitkan senstiviti pelajar dan perkara yang menghina mereka. Sentiasa menggunakan kaedah-kaedah pembelajaran yang menarik dan menggalakkan komunikasi antara pelajar untuk mengeratkan hubungan antara pelajar berbilang kaum. Walaubagaimanapun batas-batas pergaulan masih perlu dijaga dan diingat oleh guru. Guru dapat memberikan penerangan yang terperinci serta menjadi role model kepada pelajar untuk memahami dan menghormati budaya dan kepercayaan kaum lain. Guru bertindak sebagai role model kepada pelajar dimana memberikan contoh dan teladan yang baik untuk bertindak dalam sesuatu perkara. Misalnya cara guru berkomunikasi, mengajar dan menasihati dengan menggunakan perkataan yang sesuai, difahami dan tiada perkara sensitif. Sebagai contohnya guru mengucapkan selamat menyambut hari perayaan kepada pelajar dan meminta mereka untuk berkongsikan tentang perkara yang dilakukan semasa hari perayaan. Perkara ini dapat menambahkan input kepada guru dan pelajar yang lain mengenai keunikkan adat kaum lain serta membuatkan mereka rasa dihargai. 46
Search