Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore LAPORAN OKU

LAPORAN OKU

Published by BM100622 Vinoochana A/P Moorthy, 2021-11-17 12:14:30

Description: LAPORAN OKU

Search

Read the Text Version

Laporan tentang insan oku disediakan oleh Vinoochana (H10)

Biodata Nama : Thavanesvaran A/L Subramaniam Umur: 22 tahun Bekas pelajar SMK Dato' Ahmad Arshad. Merupakan anak sulung, mempunyai 2 adik-beradik. Bapa: G. Subramaniam - penoreh getah Ibu: K. Vijayalechumy - pembersih cleaner

Kejayaan Merupakan atlet sukan Para ASEAN (Para KL2017) dinamakan Atlet Lelaki Terbaik di Sukan Asean Para Kuala Lumpur Meraih gelaran 'Raja Pecut' Sukan Para ASEAN 2017 Beliau berjaya merangkul 3 pingat emas dalam acara 400m lelaki T44, acara 100 dan 200m serta 1 pingat perak dalam acara 4x100m sepanjang 5 hari temasya. Beliau meraih emas dalam acara 100 dan 200m walaupun hanya 3 minggu menjalani latihan dengan ketua jurulatih, R. Jeganathan. Beliau berjaya menamatkan larian 400m dengan catatan 56.43s dan menumpaskan Kyaw Kyaw Win dari Myanmar (56.48s) dan atlet kemboja, Chim Phan (58.28s). Beliau merangkul emas dalam acara 200m dengan catatan masa 24.15s.

Lebih menarik, beliau tidak pernah menyertai acara 400m dan ia penampilan pertamanya sepanjang karier kerana persiapannya sebelum ini lebih tertumpu kepada 100 dan 200m. Atas usaha beliau, beliau menerima RM40,750 di bawah skim insentif kebangsaan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Majlis Sukan Johor juga telah memberi ganjaran kepada Thavanesvaran yang berjumlah RM14,000 untuk kemenangannya dalam Sukan Para Asean. Walau bagaimanapun, beliau tidak menggunakan wang tersebut untuk keperluan sendiri tetapi menggunakan wang tersebut untuk membelikan ibu bapanya sebuah rumah baharu disebabkan menerima notis untuk mengosongkan rumah yang mereka sedang sewa. Thavanesvaran juga telah dipilih untuk mewakili Malaysia di Asia Para Youth di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, dari 10 hingga 14 Disember 2017. Jurulatih Johor, Noorhudah Jamal memberi pujian kepada Thavanesvaran dan menggambarkannya sebagai “atlet yang berdedikasi dan seorang anak yang bertanggungjawab”.

kisah Kehidupannya sebagai seorang oku Beliau digolongkan sebagai insan OKU disebabkan kecacatan pada kakinya yang bermula apabila doktor yang menyambut kelahirannya tersalah tarik kaki kirinya dari rahim ibu beliau sehingga menyebabkan urat kaki kirinya terputus. Selepas dilahirkan, dia terus menjalani pembedahan pada usia bayi dan kesannya, kaki sebelah kiri bersaiz tiga manakala kaki kanan pula bersaiz enam. Beliau terpaksa memakai kasut yang berlainan saiz. Beliau menghadapi kesukaran untuk bergerak pada zaman kanak-kanak kerana urat kakinya yang terputus ketika dilahirkan. Beliau hanya boleh berjalan seperti kanak-kanak normal sewaktu umur 7 tahun. Beliau menyertai acara olahraga dan mula berlari pada usia 13 tahun atas dorongan dan galakan bapanya.

Pengajaran \"Bagaimanapun, ini (kecacatannya) tidak mematahkan semangat saya untuk berjaya dalam bidang sukan\", kata Thavanesvaran yang meminati legenda olahraga Jamaica, Usain bolt. Kejayaan beliau membuktikan kecacatan pada kakinya bukan alasan untuk beraksi cemerlang kepada negara. Beliau tidak mudah putus asa terhadap cabaran yang ditempuhinya. Gigih berusaha untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan. Berani mencabar diri dan menguji kebolehan diri dalam melakukan sesuatu perkara baharu yang tidak biasa bagi dirinya. BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL





TERIMA KASIH


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook