SJHK3063 KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH TUTORIAL MINGGU 3 CATHWIN CHUAN ELNA EVYONA CHIN SITI NURFADILLAH
KANDUNGAN 1 PENGENALAN 2 PEMBELAJARAN ABAD KE-21 3 PAK21 DALAM KURIKULUM SEJARAH 4 CIRI-CIRI MURID ABAD KE-21
Pengenalan Kurikulum Sejarah menyepadukan pengetahuan, kemahiran, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam pelaksanaannya di dalam dan luar bilik darjah serta bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan sejarah, memahami perkembangan sejarah tanah air dan memiliki kesedaran sejarah sekaligus meningkatkan semangat cinta akan negara. Kementerian Pendidikan Malaysia (2018)
Apakah itu Pembelajaran Abad Ke-21? Mashira Yahaya et.al (2019)
NILAI MURNI & KOMUNIKASI ETIKA 1 KOLABORATIF 52 KREATIVITI 4 3 PEMIKIRAN KRITIS Mashira Yahaya et.al (2019)
KSSR berhasrat untuk melahirkan murid yang mempunyai Kemahiran Abad Ke-21 dengan memberi fokus kepada kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan kerjaya yang berteraskan amalan nilai murni. Kemahiran Abad Ke-21 bermatlamat untuk melahirkan murid yang mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan dalam profil murid supaya mampu untuk bersaing di peringkat global. Penguasaan SK dan SP dalam Kurikulum Sejarah menyumbang kepada pemerolehan Kemahiran PAK21. Kementerian Pendidikan Malaysia (2018)
CIRI-CIRI MURID ABAD KE-21 Berdaya Tahan Mampu menghadapi dan mengatasi kesukaran dan cabaran dengan bijak, yakin, bertoleransi dan berempati. Mahir Berkomunikasi Mampu menyuarakan buah fikiran atau idea dengan yakin dan Pemikir kreatif secara lisan dan bertulis menggunakan pelbagai media dan teknologi. Kerja Sepasukan Mampu berfikir secara kritis, kreatif dan inovastif dan menyelesaikan masalah dengan membuat keputusan yang beretika. Mampu berkerjasama, menggalas tanggungjawab, menghormati dan menghargai setiap sumbangan ahli pasukan. Bersifat Ingin Tahu Membangunkan semangat ingin tahu semula jadi untuk meneroka ilmu baharu serta mampu menunjukkan sifat berdikari. Kementerian Pendidikan Malaysia (2018)
Berprinsip Berintegriti dan jujur, adil dan menghormati maruah individu serta bertanggungjawab atas setiap tindakan yang dilakukan. Bermaklumat Mempunyai maklumat mengenai isu tempatan dan global dan Penyayang/ Prihatin memahami isu-isu etika/undang-undang. Patriotik Mampu menunjukkan empati, belas kasihan dan rasa hormat terhadap keperluan dan perasaan orang lain. Mampu mempamerkan kasih sayang, sokongan serta rasa hormat terhadap negara. Kementerian Pendidikan Malaysia (2018)
RUMUSAN Kesimpulannya, Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah adalah selaras dengan Pembelajaran Abad Ke-21. Hal ini demikian kerana, penerapan nilai-nilai dan kemahiran khusus dalam kurikulum Sejarah mampu melahirkan murid yang berkebolehan dalam pelbagai bidang serta memenuhi ciri- ciri murid abad ke-21.
RUJUKAN Ismail Said (2014). Kurikulum Sejarah. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah Sekolah Rendah. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia (2019). Panduan Pengurusan Mata Pelajaran Sejarah Sekolah Rendah Sekolah Menengah. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Dimuat turun dari http://myjms.moe.gov.my/index.php/ipda/article/download/8022/3377/ (09 September 2020) Mashira Yahaya, Rusyati Hanafiah, Nor Sazila Zakaria, Rohana Osman & Khairul Anuar Bahrin (2019). Amalan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) Dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Guru-Guru Sekolah Rendah. Jurnal IPDA. Bil 26, 13-23. Diakses dari http://myjms.moe.gov.my/index.php/ipda/article/download/8022/3377/ (09 September 2020) Nurhijrah Zakaria, Anisah Harun, Rosmani Ali, Hasnul, Hadi Tengah, Mazuki Abdul Razak, Hamidi Salleh & Mansor Ab Rahman (2018). Pengintegrasian Kemahiran Pemikiran Sejarah Dalam Pengajaran Sejarah Oleh Guru Pelatih Program Pendidikan Sejarah Semasa Praktikum. Jurnal Penyelidikan Akademik Jil 3. 101-118. Diakses dari https://www.researchgate.net/publication (09 September 2020)
TERIMA KASIH!
Search
Read the Text Version
- 1 - 12
Pages: