P2PEDIA MONTHLY BULLETIN Edisi Mei & Jun 2023 Malaysia Autoshow 2023 4 - 7 Mei 2023 | MAEPS, Serdang Pameran Autoshow Malaysia 2023 telah kembali selepas tiga tahun terhenti akibat pandemik Covid-19. Dengan tema \"Mobility Redefined\", Pameran Autoshow Malaysia 2023 anjuran MARii dan penaja utamanya PERODUA, telah berjaya mengumpul lebih 100 exhibitors dan 300 exhibits yang telah menampilkan pelbagai produk dan perkhidmatan teknologi automotif. Ceramah Perdana oleh Tuan Haji Anuar Hamzah Toha 10 Mei 2023 | Auditorium Korporat Majlis Ceramah Perdana bertajuk \"Wakaf Hadiah Terbaik Untuk Orang Tersayang\" anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Perodua (PERKIP) oleh penceramah jemputan iaitu Tuan Haji Anuar Hamzah Toha. 2
P2PEDIA MONTHLY BULLETIN Edisi Mei & Jun 2023 Pelancaran Mural 12 Mei 2023 | Press Shop, Body Shop Pelancaran dua mural di antara Press Shop dan Body Shop dengan tema ‘Digitalisasi’ dan juga ‘Carbon Neutral 2040’. Arubeki Sugata Launching Ceremony 19 Mei 2023 | Body Shop Arubeki Sugata adalah gabungan dua perkataan untuk ‘ideal dan yang diingini’. Ia adalah frasa bahasa Jepun yang bermaksud “Keadaan Yang Sepatutnya”. Dalam bahasa Inggeris diterjemahkan sebagai “Should Be Condition”. Pelancaran ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Saifuzzaman, Director PMSB. 3
P2PEDIA MONTHLY BULLETIN Edisi Mei & Jun 2023 Memorandum Kerjasama Public Bank & Perodua 25 Mei 2023 | Menara Public Bank Public Bank Berhad dan Perodua telah menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) untuk menyediakan kemudahan pembayaran digital kepada pengedar sah Perodua. PCSB Management Friendly Baseball Game 27 Mei 2023 | Padang Bola PMSB Satu perlawanan persahabatan ‘Baseball’ antara dua pasukan iaitu Harimau Malaya dan Samurai Japan yang terdiri dari pihak Pengurusan PCSB telah diadakan bagi menyerikan hari- hari terakhir Mr Takahashi di Perodua. Pasukan Samurai Japan berjaya menyambut trofi dan memenangi perlawanan keseluruhan. 4
P2PEDIA MONTHLY BULLETIN Edisi Mei & Jun 2023 Pelancaran Axia Rahmah 15 Jun 2023 | PJ Sentral Perodua memperkenalkan Axia E dan dijual pada harga RM22,000, iaitu model paling murah di Malaysia. Objektifnya adalah untuk menyediakan mobiliti yang mampu milik dan berkualiti. Perodua Axia E bertransmisi manual ini didatangkan dengan dua beg udara, sistem peringatan tali pinggang keledar untuk pemandu dan jaminan selama lima tahun. Program Penanaman Pokok Bakau 17 Jun 2023 | Kuala Selangor Nature Park Dengan sokongan 120 orang sukarelawan yang berdedikasi, sebanyak 1700 batang Pokok Bakau telah berjaya ditanam di Taman Alam Kuala Selangor! Ini adalah inisiatif Perodua ke arah program neutral karbon yang sejajar dengan Sustainable Development Goals (SDGs). Selain dari membina masa depan yang bermanfaat kepada semua, aktiviti ini penting dalam memulihkan ekosistem, meningkatkan biodiversiti, dan melenyapkan pelepasan karbon. 5
P2PEDIA MONTHLY BULLETIN Edisi Mei & Jun 2023 HR Month 2023 2 & 6 Jun 2023 | Kafe Serambi 9 & 13 Jun 2023 | Serendah Dining 15 & 16 Jun 2023 | Lobi Bangunan Korporat HR Month kembali lagi tahun ini dengan tema baharu iaitu HR4U \"Engage & Communicate\" dengan kerjasama KWSP, PTPTN, PERKESO, Pusat Darah Negara, Tabung Haji, LHDN dan MAIS. Salah satu aktiviti baru dalam HR Month kali ini adalah ceramah KWSP yang disampaikan oleh Encik Azami bin Abas, Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan. 6
P2PEDIA MONTHLY BULLETIN Edisi Mei & Jun 2023 Hari Terakhir Mr. Masanori Takahashi di Perodua 19 Jun 2023 | Lobi Bangunan Korporat Setelah bersama-sama dengan Perodua selama 7 tahun, perkhidmatan Mr. Takahashi sebagai Presiden PCSB telah tamat pada bulan Mei 2023. Staf Perodua beramai-ramai telah mengiringi keberangkatan Mr. Takahashi di lobi bangunan korporat sebagai tanda penghargaan buat terakhir kali. Plant Town Hall PMSB & PEMSB 23 Jun 2023 | Serambi Sesi Town Hall seawal 8 pagi yang melibatkan kumpulan pengurusan dari bahagian perkilangan PMSB dan PEMSB ini diadakan pada hari terakhir sebelum plant shut down sempena Cuti Hari Raya Aidil Adha. Perkembangan semasa operasi, isu-isu berbangkit serta arah tuju syarikat pada masa hadapan telah dikongsikan oleh En. Mohd Saifuzzaman, Director PMSB. 7
P2PEDIA MONTHLY BULLETIN Edisi Mei & Jun 2023 Pelawat Sepanjang Bulan Jun 13 Jun 2023 15 Jun 2023 Students from Faculty of Arts, Sustainability Umino Enterprise Sri Lanka and Creative Industry, UPSI 20 & 21 Jun 2023 22 Jun 2023 Daihatsu Workers’ Federation UNIMAS MBA students 8
P2PEDIA P2PEDIA
Search
Read the Text Version
- 1 - 9
Pages: