SK KIBABAIG PENAMPANG MINIT MESYUARAT PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH BIL 1/2022 TARIKH: 7 April 2022 (Khamis) MASA: 1.00 P.M. TEMPAT: Bilik Gerakan Sekolah KEHADIRAN: 1. Gustin bin Ganggang @ Gustin Ganggang 31. Rafidah @ Ayong Bt Simon 2. Alice binti Joannes 32. Aileen Yugus 3. Judith Edwin 33. Muhammad Haziq Hazwan bin Salim 4. Dg Zubaidah Ali Amat 34. Felicity F Malanggin 5. Sylvia Sylvester Maluda 35. Mary Magdalena binti Tibin 6. Esther Kaling 36. Christati binti Dius 7. Noura Linis Vitalis 37. Jackson bin jadi 8. Noraniza binti Mohd. Taha 38. Maklin binti Gakim 9. Jinet Tan Yee Cheng 39. Nur Qhairunnisa Jeperih 10. Sheila jinois 40. Regina Sigismond 11. Rebecca Philip 41. Raesah Brahim 12. Devie Simon J Tillon 42. Nurul Fitri Yannah binti Jepri 13. Siti Jawisah binti Abdull Majid 43. Laura Michael Jominin 14. Nor Fazilah binti Ab Aziz 44. Joanna Alista J. Roman 15. Rosnah Jamawi 45. Sharadatul Azila binti Awang 16. Rachel Eleanor Wong 46. Muizzah Ismail 17. Gilbert Tiwol 47. Susan Bingkasan 18. Hanafi Bin Mohamad 48. Norazah Mohd Mastor 19. Ainni Ulin 49. Evelyn Sipail 20. Hilda Zeno 50. Kartika @ Tika binti Lukiman 21. Rapunzel Florence Stephen 51. IRENE BINTI IBING 22. Jacquan binti Tanius 52. Nur Syahirah binti Abd Razak 23. Wong Shuk Shyan 53. Winny John Bosco 24. Herman bin Emran 54. Heldah Binti Kilap 25. Kajilin bin Hatimin 55. Eliana Pak Ying Thien 26. Mohd Hafiz bin Suhaili 56. Mohd Saleh bin Bitilis 27. Melinda Ailie Richard 57. Michelle Frecy Dalimin 28. Rafidah binti Marsad 58. Daryl Davidson D. Jubili 29. Siti Hawa Binti Abd Mutholib 59. Fuziah Sab 30. Mohd Hisham bin Mohd Salim
AGENDA: 1) Ucapan Pengerusi Mesyuarat 2) Taklimat Perjawatan (Garis Panduan Tadbir Urus Sekolah Rendah KPM) 3) Agihan peruntukan kewangan Mata Pelajaran dan penerangan tatacara perbelanjaan tahun 2022 4) Makluman Penolong Kanan Pentadbiran 5) Makluman Penolong Kanan HEM 6) Makluman Penolong Kanan Kokurikulum 7) Makluman Penolong Kanan Pendidikan Khas Inklusif 8) Hal-hal lain 1.0 UCAPAN PENGERUSI MESYUARAT 1.1 Tahniah kerana melaksanakan PDP dan dapat melaksanakan dan menyertai semua program sekolah. 1.2 Kehadiran dalam program rasmi sekolah seperti mesyuarat, bengkel, taklimat, gotong- royong dan lain-lain lagi adalah wajib. 1.3 Cuti CRK dan CR perlu isi dalam HRMIS untuk memohon cuti kemudian maklumkan kepada pentadbir di dalam group cuti sekolah (whatsapp). Sekiranya sakit tetapi tidak ke klinik atau hospital, sila memohon cuti CRK. 1.4 Cuti hujung tahun : Mesyuarat hujung tahun akan diadakan pada hari Sabtu, iaitu selepas hari persekolahan terakhir sebelum cuti sekolah. 1.5 PLaN (Program Literasi dan Numerasi) kohort 3 bagi tahap 1. Sekolah kita telah terpilih untuk terlibat dalam program ini. Satu taklimat akan diadakan mengenai program ini semasa mesyuarat kurikulum. Guru-guru perlu menyediakan TOV berdasarkan keputusan akhir PBD serta intervensi yang sesuai. Tindakan: Guru subjek teras Tahap 1 1.6 Setiap guru wajib menghadiri kursus dalaman selama 5 hari sepanjang tahun serta memenuhi 42 mata jam kredit. Tindakan: Semua guru 1.7 Pembelian baju kepada semua guru-guru melalui JPN berharga rm43 untuk lengan pendek dan rm49 untuk lengan panjang. Tindakan: Semua guru 2.0 TAKLIMAT PERJAWATAN (GARIS PANDUAN TADBIR URUS SEKOLAH RENDAH KPM) 2.1 Bertujuan untuk mengatasi isu kekaburan peranan dalam sekolah. Sila rujuk buku garis panduan tadbir urus sekolah rendah untuk maklumat lanjut.
2.2 Empat tugas penjawat awam di sekolah termasuklah tugas utama, tugas sampingan/sokongan, tugas tambahan dan tugas ad hoc. Sila jangan pertikai tugasan yang diberi. 2.3 Jam bekerja sepatutnya ialah 45 jam seminggu iaitu 9 jam X 5 hari = 45 jam. PERKARA KEKERAPAN JAM SEMINGGU 15 jam Pelaksanaan PdP 30 waktu X 30 minit 5 jam 5 jam Sebelum PdP 1 jam X 5 hari 3 jam 10 jam Selepas PdP 1 jam X 5 hari 38 jam Kokurikulum 60 minit X 3 waktu 7 jam Lain-lain/Tugas Rencam 2 jam X 5 hari 45 jam JUMLAH JAM BEKERJA Waktu Rehat JUMLAH KESELURUHAN WAKTU BEKERJA SEMINGGU Sila refleksi diri masing-masing sekiranya waktu bekerja kita mencukupi untuk melaksanakan tanggungjawab kita sebagai guru. Tindakan: Semua guru 2.4 Semua staf sekolah boleh dipanggil pada hari Sabtu minggu ke-2 dan ke-4 untuk melaksanakan program sekolah. 2.5 Pastikan kita semua jelas tentang hal perkhidmatan terutama tentang waktu bekerja dan tugasan. 2.6 Setiap bulan sekolah menghantar laporan tentang staf yang tidak hadir bertugas, tidak mematuhi jadual waktu bekerja, tidak merekod kehadiran, tidak menyediakan RPH serta lain-lain kesalahan. Jangan buat kesalahan ini sekiranya tidak mahu dilaporkan kepada pihak atasan. Tindakan: Semua guru dan staf 3.0 AGIHAN PERUNTUKAN KEWANGAN MATA PELAJARAN DAN PENERANGAN TATACARA PERBELANJAAN TAHUN 2022 (PN. JANE -Chief Clerk) 3.1 Pengurusan Sistem Fail berdasarkan Klasifikasi Sistem fail yang diedarkan oleh KPM dan JPN. Fail Induk perlu ada salinan di pejabat. Daftar fail juga perlu diwujudkan untuk daftar surat masuk dan keluar. Pelupusan rekod juga perlu dibuat. 3.2 Sila pastikan semua staf melengkapkan fail peribadi untuk memudahkan urusan kenaikan pangkat. 3.3 Surat kelulusan pergerakan gaji tahun 2022 telah diterima dari PPD. Bagi yang terlibat pergerakan gaji Januari dan April, tunggakkan/perubahan adalah pada Jun 2022. Sila semak slip gaji bulan sebelum perubahan dan semasa perubahan gaji. 3.4 Semasa membuat pembelian, prosedur kewangan hendaklah dipatuhi. Nota Minta yang ditandatangani oleh pemohon dan Guru Besar perlu dibuat sebelum membuat pembelian.
Selepas nota minta, kuotasi perlu diminta daripada pembekal. Sebut harga/quotation sekurang-kurangnya dua pembekal. Kertas kerja perlu dibuat sekiranya melibatkan aktiviti murid. Sila berikan invois asal kepada CC. Tindakan: Ketua Panitia, Penyelaras PSS dan UBK 3.5 Tempoh pembayaran mestilah tidak melebihi 14 hari. Maka, semua urusan pembeliaan dan perbelanjaan perlu diselesaikan secepat mungkin mengikut tarikh yang tertera di dalam nota minta. Tindakan: Ketua Panitia, Penyelaras PSS dan UBK 3.6 Baki PCG bagi setiap unit dibentangkan. Sila berbelanja sekurang-kurangnya 50% sebelum bulan Jun. GB - Duit PCG adalah hak milik murid. Sila gunakan peruntukkan tersebut sesuai dengan maksud yang dikehendaki. Tindakan: Ketua Panitia, Penyelaras PSS dan UBK 3.7 Analisis kehadiran: Implikasi kepada kakitangan yang tidak punch card dan tiada makluman dalam HRMIS, emolument pada hari tersebut boleh dipotong. Sekiranya keluar mesyuarat atau hal peribadi, sila tulis d punch card dan minta tandatangan Guru Besar. Tindakan: Semua guru dan staf 4.0 MAKLUMAN PK1 4.1 Keberadaan guru dan staf: terdapat guru yang menghantar mesej pada awal pagi mengatakan tidak sihat. Jika hal ini berlaku, sila sertakan dengan surat MC. Jika tiada MC, keberadaan di e-Operasi akan dinyatakan sebagai tidak hadir tanpa alasan. Sekiranya tiada MC, maka perlu memohon CRK. Tindakan: Semua guru dan staf 4.2 Untuk memohon cuti CRK, sila isi HRMIS dahulu kemudian maklumkan kepada PK1. Kekerapan CRK hanya sekali sebulan. Sekiranya terdapat masalah dan mempunyai keperluan CRK 2 hari berturut-turut, perlu kelulusan daripada GB. Tindakan: Semua guru dan staf 4.3 Jangan terlalu kerap mengambil CRK. Sekiranya anda setiap minggu sakit, sila buat medical check-up untuk mengenalpasti sekiranya berupaya untuk bekerja atau tidak. Tindakan: Semua guru dan staf 4.4 Jadual baharu telah dikeluarkan. Situasi yang sama juga berlaku di seluruh negara. Mohon Kerjasama untuk melaksanakan tugas PdPC mengikut jadual yang disediakan. Tindakan: Semua guru dan staf 4.5 Sila bersiap sedia melaksanakan PBD dan lakukan dengan telus. Pastikan guru-guru membuat catatan dan simpan evidens. Tindakan: Semua guru
5.0 MAKLUMAN PK HEM 5.1 Pelaporan Bantuan Awal Persekolahan (BAP): Mohon guru kelas untuk menyelesaikan urusan BAP dan kembalikan wang baki kerana pelaporan perlu dibuat secepat mungkin. Kembalikan semua borang dan wang yang masih ada di tangan guru. Tindakan: Guru Kelas 5.2 Mesyuarat kantin dan program susu sekolah akan diadakan pada minggu hadapan (13 April 2022). Tindakan: Semua AJK Unit Kantin dan Program Susu Sekolah 6.0 MAKLUMAN PK KOKUM 6.1 Pengutipan bayaran baju dilaksanakan serta merta. Bolehlah daftar nama dan saiz kemudian membuat pembayaran kepada PK Kokum. Tindakan: Semua guru dan staf 7.0 HAL-HAL LAIN Tiada hal-hal lain. Mesyuarat ditangguh pada jam 2.30 petang. Disediakan oleh, Disahkan oleh, _____________________ _____________________________________ (JUDITH EDWIN) (GUSTIN GANGGANG @ EDWIN GANGGANG) GURU BESAR SK KIBABAIG PENAMPANG
Search
Read the Text Version
- 1 - 5
Pages: