TA HU N
RUKUN NEGARA Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokrasi; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN (Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia) RUKUN NEGARA.indd 1 28/09/16 7:53 PG
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) TA HU N SEKOLAH KEBANGSAAN Penulis Raja Shahida binti Raja Mansor Abdul Karim bin Daud Jong Tze Kian Editor Mohd Faizal bin Rus Rzerli Pereka Bentuk Muhammad Izzuan bin Idris Ilustrator Muhammad Izzuan bin Idris Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2018
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA No. Siri Buku: 0005 KK 507-221-0102011-49-2048-20101 Penerbitan pakej buku teks ini melibatkan kerjasama ISBN 978-983-49-2048-7 daripada banyak pihak. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan khusus kepada Cetakan Pertama 2018 semua pihak yang terlibat: © Kementerian Pendidikan Malaysia 2018 • Jawatankuasa Penambahbaikan Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks, buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan Kementerian Pendidikan Malaysia. lagi ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik dengan cara bahan elektronik, • Jawatankuasa Penyemakan Pembetulan mekanik, penggambaran semula mahupun Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks, dengan cara perakaman tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia. Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti • Jawatankuasa Penyemakan atau honorarium. Naskhah Sedia Kamera, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia. Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia oleh: • Pegawai-pegawai Bahagian Buku Teks, Dewan Bahasa dan Pustaka, dan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Jalan Dewan Bahasa, Kementerian Pendidikan Malaysia. 50460 Kuala Lumpur. Telefon: 03-21479000 (8 talian) • Jawatankuasa Peningkatan Mutu, Faksimile: 03-21479643 Dewan Bahasa dan Pustaka. Laman Web: http://www.dbp.gov.my • Panel Pembaca Luar, Reka Letak dan Atur Huruf: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka • SK Lembah Subang, Selangor. Muka Taip Teks: Azim Saiz Muka Taip Teks: 16 poin • SK Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Dicetak oleh: • Planetarium Negara, Kuala Lumpur. Sinaran Bros Sdn. Bhd., No. 1 & 3, Jalan 118C, • Portal MyHealth, Desa Tun Razak, Kementerian Kesihatan Malaysia. 56000 Cheras, Kuala Lumpur. • Semua pihak yang terlibat dalam proses penerbitan buku ini.
KANDUNGAN v PENGENALAN Unit 1 1 KEMAHIRAN SAINTIFIK 2 • Kemahiran Proses Sains 15 • Kemahiran Manipulatif 21 • Santai Sains 21 • Ingat Semula 22 • Mari Jawab 23 Unit 2 PERATURAN BILIK SAINS 24 26 • Mematuhi Peraturan Bilik Sains 27 • Adakah Saya Mematuhi Peraturan Bilik Sains? 27 • Santai Sains 28 • Ingat Semula • Mari Jawab 29 Unit 3 49 MANUSIA 50 52 • Jenis Gigi dan Fungsinya 30 • Proses Pencernaan 54 • Struktur Gigi 32 • Urutan Aliran Makanan 55 55 • Gigi Susu dan Gigi Kekal 34 • Pencernaan Makanan 57 • Penjagaan Kesihatan Gigi 37 • Perbuatan yang Mengganggu 59 • Kelas Makanan 40 Pencernaan 60 62 • Pentingnya Makanan Saya 42 • Santai Sains 64 67 • Makanan Seimbang 44 • Ingat Semula 69 69 • Kesan Makanan yang Tidak 47 • Mari Jawab 70 Seimbang 71 Unit 4 72 HAIWAN 74 76 • Pengelasan Haiwan 77 • Tabiat Pemakanan Haiwan 77 • Kegigian Haiwan 78 • Perubahan Tabiat Pemakanan Haiwan 78 • Santai Sains • Ingat Semula • Mari Jawab Unit 5 TUMBUH-TUMBUHAN • Cara Pembiakan Tumbuh-tumbuhan • Kepentingan Pembiakan Tumbuh-tumbuhan • Satu Pokok, Pelbagai Cara Pembiakan • Teknologi Pembiakan Tumbuh-tumbuhan • Santai Sains • Ingat Semula • Mari Jawab iii
Unit 6 79 PENGUKURAN 80 • Luas 81 • Mengukur Luas Permukaan Sekata 83 • Menganggar Luas Permukaan Tidak Sekata 85 • Isi Padu 86 • Mengukur Isi Padu Kotak Lohong 88 • Mengukur Isi Padu Cecair 91 • Isi Padu Pepejal Tidak Sekata 93 • Santai Sains 93 • Ingat Semula 94 • Mari Jawab 95 Unit 7 KETUMPATAN 96 98 • Timbul dan Tenggelam 99 • Ketumpatan 102 • Air Menjadi Lebih Tumpat 103 • Aplikasi Ketumpatan dalam Kehidupan 104 • Santai Sains 104 • Ingat Semula • Mari Jawab 105 Unit 8 106 ASID DAN ALKALI 109 111 • Asid, Alkali dan Neutral 112 • Bahan Berasid, Beralkali dan Neutral 113 • Bahan Berasid, Beralkali dan Neutral di Sekeliling Kita 113 • Pengganti Kertas Litmus 114 • Santai Sains • Ingat Semula 115 • Mari Jawab 116 Unit 9 120 SISTEM SURIA 122 124 • Ahli Sistem Suria 125 • Suhu Planet 126 • Orbit Planet 126 • Masa Peredaran Planet • Santai Sains 127 • Ingat Semula • Mari Jawab 128 129 Unit 10 131 MESIN 133 135 • Takal 136 • Cara Takal Tetap Berfungsi 137 • Kegunaan Takal 137 • Mereka Cipta Model Takal Berfungsi • Jenis-jenis Takal 138 • Santai Sains • Ingat Semula • Mari Jawab JAWAPAN iv
PENGENALAN Buku teks Sains Tahun 3 SK ini ditulis dan dijelmakan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang terdapat dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) Sains Tahun 3. Penulisan buku teks ini bertujuan untuk memenuhi dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang mengintegrasikan pengetahuan, nilai, Kemahiran Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21), Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan pendekatan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) secara eksplisit. Kurikulum standard ini juga bertujuan untuk memberikan pendidikan yang setanding dengan pendidikan antarabangsa. Buku teks ini mengandungi sepuluh unit yang merangkumi enam tema, iaitu Inkuiri dalam Sains, Sains Hayat, Sains Fizikal, Sains Bahan, Bumi dan Angkasa, serta Teknologi dan Kehidupan Lestari. Penulisan buku teks ini telah disusun bertujuan untuk merangsang dan menarik minat murid untuk terus menghayati pembelajaran sama ada di dalam kelas atau pembelajaran kendiri. Setiap unit di dalam buku teks ini dimulakan dengan halaman rangsangan, huraian kandungan pembelajaran, aktiviti, rumusan, penilaian dan aktiviti pengayaan. Bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran, halaman jawapan untuk setiap unit disediakan pada akhir buku. Bagi memastikan matlamat dan objektif Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Sains tercapai, penulisan buku teks ini menekankan elemen KBAT dan memberi fokus kepada pembelajaran berasaskan inkuiri dan pembelajaran berasaskan projek. Di samping itu, elemen merentas kurikulum (EMK) yang sedia ada ditambah lagi dengan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Nilai murni dan sikap positif, serta budaya kerja yang baik turut diterapkan di dalam buku teks ini. Selain itu, kurikulum standard bagi mata pelajaran Sains mempunyai strategi pengajaran dan pembelajaran, iaitu mengutamakan pembelajaran berfikrah, pemerolehan serta penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan murid ke tahap optimum. Pendekatan STEM juga digarap secara kontekstual dan autentik bagi menggalakkan pembelajaran yang harmoni dalam kalangan murid menerusi aktiviti penyiasatan yang dapat memupuk minat murid ke arah budaya STEM. Minat dan keseronokan ini dapat dicetuskan melalui persembahan buku teks ini dengan unsur didik hibur yang digabungjalinkan dengan kandungan pembelajaran. Sehubungan dengan itu, panel penulis berharap agar buku teks ini dapat mencetuskan idea kepada guru untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian pengajaran. Diharapkan murid akan tertarik untuk menggunakan buku ini dalam pembelajaran mereka. v
KETERANGAN IKON KBAT Aktiviti Ria Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Aktiviti yang membantu murid menguasai standard pembelajaran Awas melalui kaedah inovasi dan kreativiti sama ada secara individu, Aspek keselamatan yang berpasangan atau berkumpulan. perlu murid berikan perhatian ketika menjalankan aktiviti. Mari Uji Maklumat tambahan Aktiviti sains berasaskan penyiasatan untuk aktiviti ringkas yang membantu murid pembelajaran yang menguasai standard pembelajaran. boleh diimbas dengan peranti pintar mudah alih. Santai Sains 85 Pautan halaman 10.1.1 pada buku aktiviti. Aktiviti pengayaan yang menarik dan mencungkil daya kreativiti murid NOTA GURU Nombor standard di samping memberikan keseronokan pembelajaran kepada murid menghayati kandungan seperti dalam pembelajaran setiap unit. Dokumen Standard Kurikulum dan Ingat Semula Pentaksiran (DSKP). Nota ringkas berdasarkan kandungan pembelajaran pada akhir setiap unit. Mari Jawab Panduan dan maklumat tambahan yang membantu Soalan yang bertujuan untuk menilai guru semasa aktiviti pengajaran kefahaman murid pada akhir dan pembelajaran. pembelajaran unit. vi
1 KEMAHIRAN SAINTIFIK Aishah, Kina, Lim dan Langgi sedang minum petang di warung Pak Mat. Sedap betul bau kuih ini! Rasanya juga manis. Mesin pengisar ais itu berbunyilah. Sejuknya cendol ini! Warnanya pun menarik. Ceritakan pemerhatian yang dibuat oleh Aishah, Kina, Lim dan Langgi semasa berada di warung Pak Mat. 1
Kemahiran Proses Sains Memerhati Memerhati ialah kemahiran menggunakan semua deria untuk mengumpul maklumat tentang sesuatu objek dan fenomena yang berlaku. Apakah deria yang digunakan untuk memerhati dalam situasi di bawah? Kuat betul bunyi letupannya! Wah, cantiknya bunga api itu! Lembutnya kek ini. Rasanya pun sedap. Biar ayah cabut lilinnya dulu. Nanti berbau asap. Bagaimanakah deria membantu kamu memerhati? 1.1.1 2
Apakah perubahan yang dapat kamu perhatikan terhadap pokok semalu dalam situasi di bawah ini? Sebelum disentuh Semasa disentuh Selepas disentuh Aktiviti Ria Tekalah Saya Alat dan Bahan • penutup mata • kotak pemadam bunga raya sabun loceng limau nipis Langkah-langkah 1. Lantik seorang ahli kumpulan sebagai pengawal manakala ahli lain sebagai pemain. 2. Tutup mata pemain dengan penutup mata. 3. Pengawal meletakkan objek ke dalam kotak tanpa dilihat oleh pemain. 4. Pemain perlu mengambil satu objek daripada kotak dan menekanya menggunakan semua deria kecuali deria penglihatan. 5. Pengawal mengawasi tekaan pemain. Bagi tekaan yang salah, pemain diminta membuka penutup mata dan melihat objek tersebut. 6. Tukar pemain lain. Ulang langkah 2 hingga 5 dengan objek yang lain sehingga pemenang dapat ditentukan. 7. Pemain yang berjaya meneka paling banyak objek dengan betul ialah pemenang. Soalan Apakah deria yang membantu kamu mengenal pasti objek dengan betul dalam aktiviti ini? NOTA GURU • Selain objek yang ditunjukkan, guru boleh menggantikan objek lain 1-2 3 yang sesuai dengan aktiviti ini.
Mengelas Langgi ingin membantu datuknya menyusun koleksi setem ke dalam album. Apakah ciri-ciri setem yang dapat kamu perhatikan? Banyaknya setem atuk! Macam mana nak asingkannya? Bagaimanakah kamu dapat membantu Langgi mengasingkan setem-setem tersebut? Perhatikan, selain warna setem yang berbeza, bentuk setem juga berbeza. Oh, maknanya setem boleh diasingkan mengikut ciri warna dan ciri bentuk. 1.1.2 4
Koleksi Setem Bentuk Segi tiga Segi empat Apakah ciri-ciri lain yang boleh digunakan untuk mengasingkan setem-setem tersebut? Aktiviti Ria Kemas Beg Sekolah Alat dan Bahan • buku-buku dalam beg sekolah Langkah-langkah 1. Kenal pasti ciri-ciri pada buku-buku yang terdapat di dalam beg sekolah kamu. 2. Asingkan dan kumpulkan buku-buku tersebut mengikut ciri-ciri yang telah dikenal pasti. Soalan Apakah ciri-ciri lain yang boleh digunakan untuk mengelaskan buku-buku sekolah kamu selain ciri-ciri yang kamu pilih di atas? NOTA GURU 35 • Bahan lain yang boleh digunakan untuk aktiviti mengelas adalah seperti duit syiling, wang kertas, poskad dan kad ucapan.
Mengukur dan Menggunakan Nombor Mengukur ialah kemahiran membuat pemerhatian menggunakan nombor dan alat berunit piawai. Cikgu, macam mana Kita boleh ukur menggunakan nak ukur masa larian? jam randik digital. Bagaimanakah caranya? Langkah 1 Tekan butang Langkah 2 Tekan ini untuk butang ini set semula untuk mula bacaan mengambil kepada sifar. bacaan. Langkah 3 Tekan butang ini Bacaan minit sekali lagi untuk Bacaan saat memberhentikan kiraan masa supaya bacaan boleh diambil. Berapakah bacaan masa pada jam randik digital ini? NOTA GURU 1.1.3 • Terdapat dua jenis jam randik, iaitu jam randik digital dan jam randik analog. 6 • Bacaan tepat jam randik di atas ialah 3 minit 59.29 saat.
Bagaimanakah cara mengukur panjang dengan betul? Langkah 1 Langkah 2 Hujung objek diletakkan Kedudukan mata yang betul pada tanda . pada senggat “0”. Ukuran panjang yang betul ialah 9 cm. Mari Uji Mengukur dengan Betul Alat dan Bahan • jam randik digital • pembaris • klip kertas • guli • pensel • kereta mainan Langkah-langkah 1. Ukur panjang pensel dan klip kertas menggunakan alat pengukur yang sesuai dengan teknik yang betul. 2. Tolak kereta mainan di atas lantai dan ukur masa pergerakannya sehingga berhenti. 3. Golekkan guli di atas lantai dan ukur masa pergerakannya sehingga berhenti. 4. Rekodkan bacaan langkah 1 hingga 3 dengan unit yang betul dalam Jadual A. Jadual A Objek/Aktiviti Ukuran Alat Pengukur Bacaan (Unit) Pensel Panjang Klip kertas Panjang Pergerakan kereta mainan Masa Pergerakan guli Masa Soalan KBAT Bolehkah ukuran panjang digunakan untuk mengukur masa? Mengapa? 4-5 7
Membuat Inferens Membuat inferens ialah kemahiran menyatakan kesimpulan awal yang munasabah untuk menerangkan sesuatu pemerhatian. Mari kita ikuti perbualan Langgi dan rakan-rakannya di bawah. Langgi, mengapa pokok ini Mungkin pokok ini disiram kelihatan hijau dan segar? dengan air setiap hari. Mungkin juga pokok ini telah Bagus, kamu telah membuat diberi baja yang mencukupi. inferens atau kesimpulan awal terhadap pokok ini. “Mungkin pokok ini disiram dengan air setiap hari” dan “Mungkin juga pokok ini telah diberi baja yang mencukupi” ialah inferens terhadap pemerhatian dalam situasi di atas. 1.1.4 8
Kenapa daun Eh, betullah! Agaknya pokok pokok ini pula Pokok ini juga ini tidak dibaja. berwarna kelihatan layu. kuning? Agaknya pokok Tanahnya Mungkin pokok ini juga telah ini tak cukup air. juga nampak diserang oleh serangga. kering. Berdasarkan situasi di atas, bolehkah kamu nyatakan inferens terhadap pokok yang layu dan kekuningan? 6-7 9
Inferens yang dibuat terhadap sesuatu pemerhatian mungkin benar atau tidak benar. Inferens boleh dibuat berpandukan langkah-langkah berikut. Pemerhatian Penerangan Kesimpulan yang munasabah awal terhadap pemerhatian Aktiviti Ria Cerita Bergambar Alat dan Bahan • pen penanda • gam • kad manila • majalah • gunting Awas Langkah-langkah 1. Pilih dan gunting dua gambar daripada majalah. 2. Tampalkan gambar tersebut di atas kad manila. 3. Bincang dan tulis inferens berdasarkan situasi dalam gambar tersebut. 4. Persembahkan hasil kerja kumpulan kamu di dalam kelas. Soalan Apakah perbezaan antara memerhati dengan membuat inferens? NOTA GURU • Aktiviti Ria Cerita Bergambar boleh dilakukan dengan kaedah PAK-21 10 ‘One Stay, Three Stray’. 6-7
Meramal Meramal ialah kemahiran membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku. Ramalkan keadaan yang akan berlaku jika salah seorang pemain tidak menggerakkan kakinya dalam permainan ini? Ramalan yang dibuat mungkin benar atau tidak benar. Cuba perhatikan pula situasi di bawah. Apakah ramalan kamu terhadap warna krim yang seterusnya? 1.1.5 7-8 11
Meramal tidak sama dengan meneka kerana ramalan dibuat berdasarkan pemerhatian, pengalaman lalu, data atau pola. Ramalkan keadaan yang akan berlaku berdasarkan gambar ini. Apakah bukti yang menyokong ramalan kamu? Ramalan juga boleh dibuat lebih daripada satu. Mari kita perhatikan situasi di bawah. Apakah ramalan kamu terhadap pergerakan bola itu? 12 7-8
Berkomunikasi Berkomunikasi ialah kemahiran memberikan penerangan tentang tindakan, objek atau peristiwa menggunakan perkataan atau simbol grafik seperti jadual, graf, rajah atau model. Mari kita lihat contoh di bawah. Murid tahun 3 telah mengumpulkan maklumat bilangan murid di dalam kelas mengikut jenis buah-buahan kegemaran mereka. Maklumat tersebut direkodkan dalam bentuk jadual. Maklumat daripada jadual juga boleh dipindahkan kepada bentuk lain seperti carta palang. Buah-buahan Kegemaran Murid Bilangan murid Jenis (orang) buah-buahan 10 kegemaran 8 6 4 2 Betik Durian Pisang Tembikai 1.1.6 9 13
Mari Uji Merekod Maklumat Alat dan Bahan • pensel • kertas graf Langkah-langkah Jadual A 1. Kenal pasti lima jenis hobi murid Hobi Bilangan murid di dalam kelas. (orang) 2. Kumpulkan maklumat bilangan murid bagi setiap jenis hobi. 3. Rekodkan maklumat yang dikumpul seperti dalam Jadual A. 4. Pindahkan maklumat dalam jadual kepada bentuk komunikasi lain secara kreatif. Soalan Apakah hobi yang paling digemari oleh murid di dalam kelas? Aktiviti Ria Melakar Wajah Alat dan Bahan • pensel • kertas A4 Langkah-langkah 1. Perhatikan wajah rakan kamu. 2. Lakarkan wajah rakan kamu pada sehelai kertas. 3. Labelkan setiap bahagian wajah yang dilakar. 4. Persembahkan lakaran kamu di hadapan kelas. Soalan Selain melakar, apakah cara berkomunikasi lain yang boleh dilakukan? NOTA GURU • Bentuk komunikasi lain yang kreatif adalah seperti melukis poster, 14 carta bergambar, carta pai dan bercerita. 9
Kemahiran Manipulatif Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains. Apakah kemahiran manipulatif yang dapat kamu perhatikan dalam situasi di atas? 15
Menggunakan dan Mengendalikan Peralatan, Bahan Sains dan Spesimen Kina dan Lim akan menjalankan satu penyiasatan sains. Mari kita ikuti perbualan mereka. Lim, macam mana Oh, cuba Nanti saya nak tangkap gunakan simpan belalang belalang? sauk! yang ditangkap ke dalam botol. Bolehkah belalang bernafas Kalau macam tu, di dalam botol yang bertutup? saya gunakan kain yang berlubang. Semasa di padang, tiba-tiba... Saya tangkap belalang. Kina, apa yang kamu buat? 1.2.1 1.2.2 16
Berapa ekor belalang Masukkan daun untuk yang kamu perlukan? Seekor. belalang ini makan. Cikgu suruh lakarkan Saya telah belalang ini. selesai melakar seekor belalang. Apakah yang perlu dilakukan oleh Kina terhadap belalang tersebut? Aktiviti Ria Pepatung Oh, Pepatung! Alat dan Bahan • kanta tangan • sauk • botol • gelang getah • kain berlubang • pepatung Langkah-langkah 1. Tangkap pepatung di taman sains menggunakan sauk. 2. Masukkan pepatung ke dalam botol bertutup dengan kain berlubang. 3. Perhatikan pepatung menggunakan kanta tangan dan lakarkan di dalam buku latihan Sains. 4. Lepaskan pepatung ke tempat asalnya. Soalan Mengapakah kanta tangan digunakan dalam aktiviti ini? 1.2.1 NOTA GURU 10-11 17 1.2.2 1.2.3 • Pepatung boleh digantikan dengan spesimen seperti kupu-kupu, 1.2.4 lipas, semut atau serangga yang lain. 1.2.5
Melakar Melakar merupakan cara untuk merekodkan maklumat dalam bentuk gambar rajah. Lakaran hendaklah jelas, tepat dan berlabel. Cikgu, saya dah tahu melakar spesimen. Bagaimanakah pula melakar peralatan sains? A Melakar Bikar Mari kita lihat contoh di bawah. 1 2 3 4 1.2.3 larutan bikar 18
B Melakar Tabung Uji 2 1 3 4 Gunakan saya penutup untuk membuat tabung uji garisan. larutan Setiap lakaran perlu dilabelkan dengan betul. 12-13 19
Membersihkan dan Menyimpan Peralatan Sains Selepas menjalankan penyiasatan sains, kita hendaklah membersihkan, mengeringkan dan menyimpan peralatan sains dengan betul. 1 Membersihkan 2 Mengeringkan 3 Menyimpan Aktiviti Ria Melakar dengan Betul Alat dan Bahan • tabung uji • bikar • pembaris • pensel • kertas A4 • cecair berwarna • 300 mℓ air Langkah-langkah 1. Isikan cecair berwarna ke dalam tabung uji. 2. Masukkan tabung uji ke dalam bikar yang berisi 300 mℓ air. 3. Lakarkan tabung uji di dalam bikar seperti gambar di sebelah dengan betul. 4. Labelkan lakaran. 5. Bersihkan tabung uji dan bikar kemudian simpan. 1.2.3 14 1.2.4 20 1.2.5
Santai Sains Belon Ajaib Langkah-langkah 1. Pasang belon pada hujung bukaan botol. 2. Letakkan botol di dalam bekas berisi ais. 3. Perhatikan hasilnya. 4. Ramalkan perubahan yang akan berlaku pada belon tersebut selepas dimasukkan ke dalam bekas berisi air panas. Awas Apakah hasilnya? Adakah ramalan kamu benar? Ingat Semula 1. Kemahiran Proses Sains • Memerhati. • Mengelas. • Mengukur dan menggunakan nombor. • Membuat inferens. • Meramal. • Berkomunikasi. 2. Kemahiran Manipulatif • M enggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul. • Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat. • Melakar spesimen dan peralatan sains dengan betul. • Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul. • Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat. 21
Mari Jawab Jawab semua soalan yang berikut dalam buku latihan Sains. 1. Apakah deria yang terlibat untuk 5. Berikan inferens kamu jika membuat pemerhatian terhadap lampu suluh tidak menyala. buah durian? 6. Maklumat atau data boleh dipersembahkan dalam pelbagai bentuk seperti jadual, ______, rajah atau model. 2. Apakah ciri sepunya yang ada 7. Tentukan betul atau salah pada haiwan di bawah? pada pernyataan yang berikut: 3. Pembaris ialah alat yang digunakan untuk mengukur (i) Buang spesimen ke dalam ______ dalam unit sentimeter. singki. 4. Aishah membuat gelang (ii) Gunakan penyepit kayu tangannya menggunakan untuk memegang tabung manik berwarna. Ramalkan uji yang panas. warna manik yang seterusnya. (iii) Gunakan kuantiti spesimen yang banyak. (iv) Labelkan setiap lakaran spesimen, peralatan dan bahan sains. 8. Apakah yang harus dilakukan setelah selesai menjalankan penyiasatan sains? KBAT Rakan kamu membuang spesimen tanah ke dalam singki. Apakah tindakan kamu? Mengapa? 22
2 PERATURAN BILIK SAINS Sebaik-baik sahaja murid-murid tahun 3 meninggalkan bilik sains, Si Bikar dan Si Tabung Uji berbual-bual tentang aktiviti yang telah dijalankan oleh murid-murid tersebut. Murid-murid tadi sangat berdisiplin. Mereka juga tahu Mereka amat bahawa kita diperbuat berhati-hati semasa daripada kaca dan menggunakan kita. mudah pecah. Kita patut berbangga kerana mereka mengamalkan peraturan bilik sains dengan bijak. Apakah yang akan berlaku sekiranya murid tidak berhati-hati semasa mengendalikan peralatan kaca di bilik sains? 23
Mematuhi Peraturan Bilik Sains Peraturan bilik sains perlu sentiasa dipatuhi dan diamalkan. Apakah peraturan bilik sains yang perlu kita patuhi? Membuka pintu dan tingkap sebelum memulakan aktiviti Mengapakah kita perlu membuka pintu dan tingkap sebaik-baik sahaja memasuki bilik sains? Memakai kasut yang bertutup Eh, awak tak pakai kasut! Memakai kasut juga merupakan Bahaya nanti semasa kita peraturan sekolah. Mengapakah berada di dalam bilik sains. kita perlu sentiasa memakai kasut ketika berada di dalam bilik sains? 2.1.1 24
Mengambil peralatan sains dengan cermat dan tertib Apakah yang akan terjadi sekiranya semua murid berebut-rebut semasa mengambil peralatan sains? Menjaga kelengkapan dan peralatan bilik sains Apakah tindakan kamu sekiranya ternampak situasi seperti ini? Menutup suis kipas dan lampu apabila meninggalkan bilik sains Mengapakah kita perlu menutup suis kipas dan lampu apabila meninggalkan bilik sains? 15-16 25
Adakah Saya Mematuhi Peraturan Bilik Sains? Peraturan bilik sains dapat mendisiplinkan kita dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Adakah kamu Mari kita lihat sentiasa senarai semak mengamalkan peraturan bilik peraturan bilik sains di bawah. sains? Adakah Saya Mematuhi Peraturan Bilik Sains? Tandakan peraturan bilik sains yang telah kamu amalkan. 1. Saya beratur sebelum memasuki bilik sains. 2. Saya memakai kasut yang bertutup di dalam bilik sains. 3. Saya tidak makan dan minum di dalam bilik sains. 4. Saya meletakkan beg sekolah di luar bilik sains. 5. Saya membuka pintu dan tingkap apabila masuk ke bilik sains. 6. Saya tidak berlari atau bermain semasa berada di dalam bilik sains. 7. Saya mengambil peralatan sains dengan cermat dan tertib. 8. Saya tidak melakukan aktiviti tanpa arahan guru. 9. Saya segera memaklumkan kepada guru jika berlaku kecederaan atau kerosakan peralatan sains. 10. Saya membersihkan peralatan sains yang telah digunakan. 11. Saya menutup suis kipas dan lampu apabila meninggalkan bilik sains. Tandatangan, ........................................ Nama : ................................ Tarikh : ................................ NOTA GURU 26 • Minta murid menyalin semula senarai semak peraturan bilik sains 1155--1166 di dalam buku latihan Sains.
Santai Sains Kipas Tangan Peraturan Bilik Sains Langkah-langkah 1. Hasilkan kipas tangan menggunakan alatan dan bahan mengikut kreativiti kamu. 2. Taip dan cetak semua peraturan bilik sains yang telah kamu pelajari, kemudian tampal pada kipas tangan tersebut. Ingat Semula Peraturan Bilik Sains 1. Sebelum Menjalankan Aktiviti • Membuka semua pintu dan tingkap sebaik-baik sahaja memasuki bilik sains supaya mendapat cahaya dan aliran udara yang baik. • Memakai kasut yang bertutup ketika berada di dalam bilik sains bagi mengelakkan kecederaan. 2. Semasa Menjalankan Aktiviti • Mengambil peralatan sains dengan cermat dan tertib bagi mengelakkan peralatan atau bahan sains terjatuh. • Tidak menconteng meja dan merosakkan peralatan sains supaya bilik sains sentiasa bersih dan kemas. 3. Selepas Menjalankan Aktiviti • Menutup suis kipas dan lampu apabila meninggalkan bilik sains bagi mengelakkan pembaziran elektrik. 27
Mari Jawab Jawab semua soalan yang berikut dalam buku latihan Sains. Mari bermain sambil belajar dengan menjawab soalan-soalan berikut. Arahan 1. Jawab soalan bermula dari tangga paling bawah. 2. Sekiranya betul, teruskan ke tangga yang berikutnya. 3. Sekiranya salah, sila buat rujukan untuk mendapatkan jawapan. 4. Teruskan menjawab soalan sehingga ke tangga terakhir. KBAT Selain di bilik sains, di manakah peraturan ini boleh diamalkan? Kamu terlihat rakan menggunakan peralatan sains yang telah pecah. Apakah tindakan kamu? Guru mula memberikan arahan supaya setiap murid mengambil satu kanta tangan dan satu spesimen. Apakah yang akan berlaku jika: (i) murid berebut-rebut? (ii) murid beratur? Bolehkah kita melakar spesimen pada permukaan meja di bilik sains? Mengapa? Bagaimanakah suasana di dalam bilik sains jika aktiviti dijalankan dalam keadaan semua pintu dan tingkap tertutup? Nyatakan lima peraturan bilik sains yang perlu kamu amalkan. 28
3 MANUSIA Kina sedang makan buah anggur. Apakah yang berlaku pada buah anggur tersebut? Argh... Eh, bentuk saya dah badan saya berubahlah! Apakah semakin hancur! yang akan berlaku kepada saya seterusnya? Bagaimanakah buah anggur boleh berubah bentuk? 29
Jenis Gigi dan Fungsinya Manusia mempunyai tiga jenis gigi. Mari kenali jenis gigi dan fungsinya. Gigi Taring Fungsi: mengoyakkan makanan Gigi Geraham Fungsi: Gigi Kacip melumatkan makanan Fungsi: memotong Lagu Jom Kenali Gigi makanan Gigi kacip untuk memotong, Gigi tersusun bantu bertutur, Gigi taring untuk mengoyak, Barulah cantik nampak menawan, Gigi geraham untuk melumat, Inilah gigi kita semua. Semuanya untuk kunyah makanan. (Irama lagu Papaku Pulang) Ngap, Ngap, Ngap, Ngap, Ngap, Ngap, Ngap, Ngap, Ngap Berdasarkan lagu di atas, cuba kamu ceritakan tentang jenis gigi dan fungsinya. 3.1.1 17-19 30
Aktiviti Ria Kenali Fungsi Gigi Alat dan Bahan • jubin • keratan • pembaris plastik • pensel • botol batang sawi Langkah-langkah 1. Potong keratan batang sawi menggunakan pembaris. Perhatikan hasilnya. 2. Cucuk pensel pada keratan batang sawi, kemudian koyakkannya. Perhatikan hasilnya. 3. Lenyek keratan batang sawi menggunakan botol sehingga lumat. Perhatikan hasilnya. Soalan 1. Apakah yang diwakili oleh pembaris, pensel dan botol? 2. Berdasarkan aktiviti ini, cuba kamu perihalkan fungsi setiap jenis gigi. 31
Struktur Gigi Aishah sedang memerhatikan giginya di hadapan cermin. Eee... kerasnya gigi ini! Apakah agaknya yang ada di dalamnya? Sekiranya sebatang gigi dibuat keratan rentas, apakah struktur yang dapat diperhatikan? Mari kita lihat struktur gigi di bawah. Keratan Rentas Struktur Gigi Enamel Dentin Gusi Saraf Salur Darah 3.1.2 20 32
Aktiviti Ria Melabel Struktur Gigi Alat dan Bahan • pembaris plastik 3 cm • penggelek • potongan • tanah liat putih, • benang merah, biru dan kuning botol plastik kuning dan merah Langkah-langkah 1. Nipiskan tanah 2. Masukkan lapisan liat putih dengan tanah liat putih penggelek diikuti kemudian tanah liat dengan tanah kuning ke dalam liat kuning. potongan botol plastik dan tekan. 3. Tanah liat 4. Balut lapisan merah dibentuk tanah liat merah seperti huruf ‘U’ dengan tanah dan diletakkan liat kuning dan di atas tanah putih. Kemudian liat kuning. keluarkan daripada botol plastik. 5. Potong 6. Letakkan benang merah dan biru model gigi sebagai salur darah, benang menggunakan kuning sebagai saraf di atas pembaris. keratan model gigi kemudian labelkan. Soalan Berdasarkan aktiviti di atas, apakah struktur lain yang tiada pada model gigi tersebut? 33
Gigi Susu dan Gigi Kekal Mari kita perhatikan situasi di bawah. Ayah, gigi Apa itu gigi susu dan adik telah gigi kekal, ayah? tercabut! Oh, tak mengapa! Itu hanyalah gigi susu. Gigi kekal akan tumbuh menggantikannya. Mari ayah ceritakan. Manusia mempunyai dua set gigi, iaitu set gigi susu dan set gigi kekal. 3.1.3 34
Perbandingan antara Set Gigi Susu dengan Set Gigi Kekal Set Gigi Susu Set Gigi Kekal Ada 20 batang gigi, iaitu: Ada 32 batang gigi, iaitu: • 8 batang gigi kacip • 8 batang gigi kacip • 4 batang gigi taring • 4 batang gigi taring • 8 batang gigi geraham • 20 batang gigi geraham Lapisan enamel dan Lapisan enamel dan dentin yang nipis. dentin yang tebal. Saiz yang kecil dan Saiz yang besar dan gigi kurang kuat. gigi lebih kuat. Gigi tidak kekal. Gigi kekal. Jangka hayat yang pendek. Jangka hayat yang panjang. Mula tumbuh pada usia 6 bulan Mula tumbuh pada usia 6 tahun dan lengkap pada usia 3 tahun. dan lengkap pada usia 21 tahun. Kedua-dua set gigi mempunyai jenis gigi yang sama, iaitu gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham. 21 35
Aktiviti Ria Banding Beza antara Gigi Susu dengan Gigi Kekal Alat dan Bahan • gam • kertas A4 • gambar set gigi susu dan set gigi kekal • gunting • pen penanda Langkah-langkah 1. Setiap murid dalam pasangan perlu mencari maklumat tentang set gigi yang berlainan. 2. Bandingkan maklumat set gigi yang diperoleh bersama pasangan masing-masing. 3. Kenal pasti perbezaan dan persamaan antara set gigi susu dengan set gigi kekal. 4. Hasilkan peta buih berganda menggunakan gambar set gigi seperti di bawah. Gigi Susu Gigi Kekal 5. Persembahkan peta buih berganda kamu di hadapan kelas. Soalan Adakah kedua-dua set gigi manusia mempunyai struktur yang sama? KBAT Apakah yang akan terjadi sekiranya manusia hanya mempunyai set gigi susu? NOTA GURU 3.1.3 • Aktiviti Ria Banding Beza antara Gigi Susu dengan Gigi Kekal 3.1.5 dilakukan dengan kaedah PAK-21 ‘Think-Pair-Share’. 36
Penjagaan Kesihatan Gigi Lim dan abangnya baru sahaja selesai makan. Mengapakah abang Berkumur dapat berkumur selepas makan? mengeluarkan sisa makanan yang terlekat di celah gigi. Mengapakah sisa makanan perlu Jika sisa makanan tidak dikeluarkan dari celah gigi? dikeluarkan dari celah gigi, kuman akan membiak dan merosakkan gigi. Memberus gigi dan Gigi diberus menggunakan ubat menggunakan flos juga boleh gigi yang digosokkan di setiap mengeluarkan sisa makanan. permukaan gigi. Beruslah Mari abang tunjukkan. sekurang-kurangnya dua kali sehari. 3.1.4 37
Untuk menggunakan Gigi juga boleh rosak sekiranya flos, selitkan tali flos kamu kerap makan makanan yang di celah gigi dan manis dan tidak membersihkannya gerakkannya untuk dengan cara yang betul. mengeluarkan sisa makanan. Kita juga perlu membuat Jika kita mengamalkan penjagaan pemeriksaan gigi di klinik kesihatan gigi, gigi kita akan sihat setiap enam bulan. dan cantik. Mengapakah amalan harian penjagaan kesihatan gigi penting kepada kita? Cuba kamu jelaskan. Terdapat pelbagai teknologi rawatan pergigian seperti: Tampalan Pendakap gigi Gigi palsu Rawatan akar Dapatkan maklumat tambahan mengenai teknologi ini dan persembahkannya secara kreatif di dalam kelas. 3.1.4 22-25 3.1.5 38
Aktiviti Ria Senangnya Membersihkan Gigi Alat dan Bahan • tanah liat • berus gigi • blok mainan • benang Langkah-langkah 1. Letakkan tanah liat di celah blok mainan. 2. Gunakan berus gigi untuk mengeluarkan tanah liat di celah blok mainan. Adakah semua tanah liat dapat dikeluarkan? Mengapa? 3. Letakkan dan gerakkan benang pada blok mainan yang sama untuk mengeluarkan sisa tanah liat yang masih terlekat di celahnya. Adakah sisa tanah liat dapat dikeluarkan? Mengapa? Soalan 1. Apakah yang diwakili oleh blok mainan, tanah liat dan benang? 2. Mengapakah amalan menggunakan flos dan memberus gigi perlu dilakukan setiap hari? 39
Kelas Makanan Makanan boleh dikelaskan kepada tujuh kumpulan, iaitu karbohidrat, protein, lemak, mineral, vitamin, pelawas dan air. Karbohidrat Protein Lemak KELAS Mineral Vitamin MAKANAN Pelawas Bolehkah kamu Air berikan contoh makanan lain bagi setiap kelas makanan di atas? 3.2.1 26 40
Aktiviti Ria Kelaskan Makanan Alat dan Bahan • tujuh gambar hidangan makanan • kertas mahjung • kertas A4 • pen penanda Langkah-langkah 1. Setiap kumpulan akan menerima 2. Kenal pasti makanan bagi satu gambar hidangan makanan. setiap kelas makanan daripada gambar hidangan. 3. Bina peta pokok pengelasan 4. Pamerkan hasil kerja di dalam makanan di atas kertas mahjung. kelas. Soalan Kelas makanan apakah paling banyak yang dapat kamu kenal pasti? 3.2.1 NOTA GURU 41 3.2.5 • Aktiviti Ria Kelaskan Makanan dilakukan dengan kaedah PAK-21 ‘Gallery Walk’. • Guru boleh memilih menu yang sesuai untuk tujuh kelas makanan.
Pentingnya Makanan Saya Aishah melawat Rani yang sakit di hospital. Rani, saya ada Eh, janganlah begitu! bawa bubur nasi Kamu perlu makan untuk untuk kamu. sihat semula. Marilah makan. Saya tak naklah. Saya tak Rani, cuba tengok berselera. Badan saya lemah bubur ini. dan tak bertenaga. Bagaimanakah saya boleh sihat semula? 3.2.2 42
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132
- 133
- 134
- 135
- 136
- 137
- 138
- 139
- 140
- 141
- 142
- 143
- 144
- 145
- 146
- 147