SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAHBUKU PANDUANPERPUSTAKAAN POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDN ABDUL AZIZ SHAH
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN PSA PENGARAH KOL. BERSEKUTU (PA) HJ. TAJUDDIN ABDUL RASHID K.M.N. PENASIHAT PERPUSTAKAAN PUSTAKAWAN KANAN SITI FATIMAH BINTI WAHAB PUSTAKAWAN NORHAYATI BINTI MAJID PENOLONG PUSTAKAWAN NURUL FARHAH BINTI DALAIL PEMBANTU PUSTAKAWAN NOR PARASILA BINTI AHMAD KAMALI NURZULIANA BINTI DELLNOR AZLEENA BINT BASIRON NORLINA BINTI AHMAD PIAGAM PELANGGAN KAMI KAKITANGAN PERPUSTAKAAN PSA BERTEKAD DANBERAZAM AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK MEMASTIKAN PERKARA-PERKARA BERIKUT: DALAM NORMA BIASA OPERASI: MEMPROSES PINJAMAN BAHAN DALAM MASA 1 MINIT MEMPROSES PEMULANGAN BAHAN DALAM MASA 1 MINIT MEMPROSES PEMBAHARUAN BAHAN DALAM MASA 1 MINIT -1-
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN PSAPerpustakaan merupakan pusat maklumat yang sangat pentingterutama di pusat-pusat pengajian. Perpustakaan berfungsisebagai pusat carian maklumat yang membantu penggunanyadalam proses penyelidikan, pembelajaran dan pengajaran.Perpustakaan Politeknik Shah Alam kini dikenali sebagaiPerpustakaan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah(PSA). Perpustakaan ini dibuka kepada penggunanya padabulan Januari 1998 dan dirasmikan pada 12 Oktober 1998.Perpustakaan ini memberikan perkhidmatan kepada semuapelajar dan kakitangan PSA. Bangunan perpustakaan inimempunyai keluasan lantainya 2624 meter persegi dan mampumenampung 400 orang pengguna dalam satu masa.Membantu melahirkan tenaga separa professional yang kreatifdan berdaya saing sera mempunyai sahsiah diri.Mengesan, memperolehi, memproses, mengumpul,menyimpan, mengurus, menyedia dan menyebarkan sumberyang bersesuaian, berkualiti dan terkini dalam semua programanjuran politeknik.Memberi perkhidmatan perpustakaan yang cemerlangbersesuaian dengan perkembangan teknologi maklumat.Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi menarik,memupuk, menanam minat membaca dan membudayakanilmu di kalangan warga kampus.Membantu melahirkan tenaga separa professional yang kreatifdan berdaya saing serta mempunyai sahsiah diri yang tinggi. -2-
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN PSADibuka semasa semester berjalan pada:Isnin – Khamis : 8.30 pg. - 6.00 ptg.Jumaat : 8.30 pg. - 5.00 ptg. Tutup pada :-Hari Sabtu, Ahad dan cuti kelepasan am Cuti semester :-Dibuka pada waktu pejabat sahaja(Perpustakaan ditutup pada waktu rehat)ISNIN – KHAMIS : 1 ptg. – 2.00 ptg.JUMAAT : 12.15 tgh. – 2.45 ptg. PerhatianPerkhidmatan Kaunter Peminjaman/ Pemulangan dan Kaunter Bilik Multimedia ditutup 15 minit lebih awal daripada waktu perkhidmatan1. KOLEKSI AMDisusun di rak terbuka untuk bacaan dan dan peminjamanyang terdiri daripada Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris2. KOLEKSI RUJUKANDisusun di rak terbuka dan hanya boleh dirujuk di Perpustakaansahaja. Terdiri daripada kamus, ensiklopedia, bahan panduan,bibliografi, almanak, thesaurus dan sebagainya. -3-
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN PSA3. KOLEKSI TERBITAN BERSIRIDitempatkan di ruang bacaan ringan yang terdiri daripadajurnal dan majalah.4. KOLEKSI SURAT KHABARPerpustakaan melanggani 7 judul suratkhabar harian untukpembacaan pengguna iaitu Utusan Malaysia, Berita Harian,Star, Sin Chiew Jit Poh, Tamil Nesan, Harian Metro dan SinarHarian. Keluaran harian ditempatkan di Sudut Suratkhabar dankeluaran terdahulu disimpan di dalam Bilik AVA selamaseminggu.5. KOLEKSI KANAK-KANAKDitempatkan di rak Koleksi kanak-kanak. Terdiri daripada KoleksiAm, Rujukan dan Fiksyen yang sesuai untuk kanak-kanak.6. KOLEKSI AUDIO VISUALTerdiri daripada VCD, Audio CD, CD-ROM, disket, pita video,pita audio dan kit multimedia. Bahan ini ditempatkan di BilikAVA.7. KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAANSoalan peperiksaan disediakan dalam bentuk softcopy di PCOPAC 2.1. KEAHLIANSemua pelajar, pensyarah dan kakitangan PSA adalah menjadiahli Perpustakaan secara automatik -4-
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN PSA2. PINJAMANJumlah peminjaman bagi pelajar ialah: Koleksi Kuantiti Tempoh Koleksi Am 8 2 minggu 2 1 minggu Fiksyen 2 1 mingguKoleksi Kanak-kanak 1Koleksi Audio Visual 3 hariJumlah peminjaman bagi staf akademik dan bukan akademikialah: Koleksi Kuantiti Tempoh Koleksi Am 10 1 bulan Koleksi Rujukan 1 1 minggu 2 2 minggu Fiksyen 6 2 mingguKoleksi Kanak-kanak 2 1 mingguKoleksi Audio Visual Cara Meminjam Koleksi AmPengguna perlu membawa buku yang ingin dipinjamke kaunter peminjaman dan menunjukkan kad matrik kepada pegawai yang bertugas Koleksi Audio VisualPengguna perlu mendapatkan bahan AVA di dalam Bilik AVA dan membuat pinjaman di Kaunter Sirkulasi -5-
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN PSA3. DENDAKelewatan pemulangan bahan, pengguna akan dikenakandenda dan sekiranya perlu, disenaraihitamkan daripadameminjam sebarang bahan Perpustakaan untuk tempohtertentu. 3.1 Kiraan denda Bagi semua pengguna denda akan dikenakan sebanyak 10 sen sehari bagi bahan buku manakala RM 1 sehari bagi bahan audio visual untuk setiap satu bahan. Kiraan denda dari hari pertama kelewatan hingga waktu pemulangan bahan berkenaan. 3.2 Kehilangan/ kerosakan bahan Perpustakaan I. Menggantikan bahan tersebut dan Denda lewat (jika lewat) atau II. Membayar harga bahan dan Denda lewat (jika lewat) PERINGATAN Pengguna tidak boleh meminjam bahan Perpustakaan menggunakan kad matrik pengguna lain. Kegagalan pelajar memulangkan/ menggantikan bahan yang hilang atau tidak dapat menjelaskan denda akan menyebabkan slip peperiksaan ditahan. -6-
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN PSA1. BILIK PERBINCANGANTerdapat 11 Bilik Perbincangan di Perpustakaan PSA. Penggunadiminta mengisi borang sebelum menggunakan bilik tersebut.Borang boleh didapati di ruangan borang dan selepas mengisiborang, tinggalkan borang tersebut di ruangan yang disediakandi Kaunter Sirkulasi bersama kad matrik. Kunci bilik perludipulangkan selepas membuka pintu. Setiap Bilik Perbincangan 1-4 boleh memuatkan 5 hingga 6 orang pada satu masa manakalaBilik Perbincangan 5-11 boleh membuatkan 5 hingga 10 orangpada satu masa. Peralatan yang disediakan ialah whiteboard,whiteboard marker dan pemadam whiteboard.Pengguna boleh menggunakan kemudahan yang disediakantetapi perlu bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarangkerosakan pada alat-alat tersebut. Pastikan perabut danperalatan berada dalam keadaan asal sebelum meninggalkanbilik. -7-
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN PSA2. BILIK KARELTerdapat 12 Bilik Karel di Perpustakaan PSA. Penggunadikehendaki mengisi borang penggunaan sebelummenggunakan bilik tersebut. Hanya boleh digunakan olehseorang pengguna sahaja untuk satu bilik.3. BILIK AVAMenempatkan bahan rujukan dalam bentuk DVD, VCD, AudioCD,CD-ROM, disket, pita video, pita audio dan kit multimedia. - 8-
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN PSA Bagi pengguna yang ingin meminjam bahan AVA, boleh berbuat demikian:-Pengguna perlu membuat peminjaman di kaunter sirkulasimengikut peraturan yang telah ditetapkan.Denda akan dikenakan sebanyak RM 1 (sehari) untukkelewatan pemulangan bahan tersebut.4. BILIK MULTIMEDIAWaktu perkhidmatan ialah : 11.00 PAGI – 5.00 PETANGBilik ini menyediakan 30 buah komputer untuk perkhidmataninternet dan menaip.Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Negara Malaysia(PNM) akan menamatkan langganan pangkalan datakomersial secara konsortium dalam Portal Mylib berkuatkuasa 30November 2013. Begitu juga dengan MyLib akan ditutupkepada pengguna perpustakaan mulai 31 Disember 2013.Walaubagaimanapun, semua pangkalan data komersialberkenaan akan disambung kembali langganan secara‘remote access’ atau kawalan IP address (easy proxy) melaluiPortal PNM Digital (Sumber Elektronik@PNM) mulai 2 Januari2014. -9-
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN PSASehubungan itu, semua pengguna perpustakaan diminta untukmendaftar sebagai ahli di dalam portal Digital (SumberElektronik@PNM) dengan melayari melalui alamat URLhttp://www.pnmdigital.gov.my untuk memastikan pangkalandata komersial berkenaan dapat diakses oleh penggunaperpustakaan. Peraturan Penggunaan Komputer di Bilik Multimedia I. Isi borang dan tinggalkan kad matrik di kaunter perkhidmatan. II. Penggunaan komputer hanya untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran sahaja. III. Penggunaan komputer dihadkan selama 1 jam pada masa permintaan yang tinggi. IV. Satu komputer maksima untuk 1 orang pengguna sahaja. Pengguna tidak dibenarkan mengakses: a. E-mail (kecuali untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran sahaja). b. Melayari laman Pornography dan lain-lain laman yang difikirkan tidak sesuai. c. Mengubah sebarang program yang sedia ada di komputer. d. Membina homepage atau memasukkan sebarang program ke dalam komputer. - 10 -
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN PSA5. SUDUT SURAT KHABARPerpustakaan menyediakan 7 judul suratkhabar harian untukpembacaan pengguna. Pengguna dikehendaki membacasuratkhabar di Sudut Suratkhabar dan menyusun semula di rakyang disediakan selepas membacanya.6. BILIK TERATAIBilik ini boleh digunakan melalui tempahan untuk tujuantaklimat, kursus, seminar, mesyuarat dan lain-lain. Pihakpenganjur perlu bertanggungjawab untuk persediaan tempatdan peralatan. - 11 -
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN PSA7. WEB OPAC (Online Public Access Catalog)OPAC merupakan salah satu pangkalan data perpustakaanPSA. Pangkalan data ini digunakan untuk mencari arah tuju dimana koleksi perpustakaan ditempatkan serta maklumat-maklumat yang berkaitan.8. RUANG BACAAN TERBUKARuang bacaan terbuka dilengkapi dengan kerusi, meja dankarel terbuka. Boleh menampung lebih kurang 400 orangpengguna dalam satu masa. - 12 -
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN PSA9. SUDUT PAMERANBahan yang baru diperolehi oleh perpustakaan akandipamerkan selama 2 minggu. Sudut ini turut mempamerkanbahan pameran pelbagai maklumat yang berguna.10. LOKERDisediakan di tepi pintu masuk utama perpustakaan.11. PERMAINANPerpustakaan menyediakan sudut permainan ringan kepadapengguna. Diantara permainan tersebut ialah: Saidina, Chess,Crossword games dan Dart. Pengguna perlu mengisi borang diKaunter Multimedia dan mematuhi peraturan yang ditetapkan. -13 -
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN PSAPengguna-pengguna Perpustakaan PSA:1. Mestilah mempamerkan kad matrik sepanjang masa berada di dalam perpustakaan. Pengguna tidak dibenarkan masuk jika tidak mempunyai kad matrik.2. Dilarang membawa masuk barang yang tidak dibenarkan seperti beg, bungkusan, payung, topi keledar dan benda- benda tajam.3. Jangan tinggalkan barang berharga di rak menyimpanbarang-barang. Pihak perpustakaan tidakbertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan barangmilik persendirian.4. Makan, minum dan merokok dilarang sama sekali.5. Pengguna dilarang berbual atau membuat bising dalam kawasan perpustakaan. Berdua-duaan atau membuat sesuatu yang mengganggu tumpuan pengguna adalah dilarang.6. Pengguna tidak dibenarkan mengubah susunatur perabut di perpustakaan. Satu meja hanya untuk 4 kerusi sahaja. Rapatkan kerusi ke meja sebelum meninggalkan perpustakaan.7. Pengguna hendaklah meletakkan buku yang telah digunakan di atas troli yang telah disediakan. Jangan meninggalkan bahan-bahan di atas meja setelah menggunakannya. - 14 -
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN PSA8. Pengguna perpustakaan dikehendaki berpakaian kemas ketika berada di dalam perpustakaan. Pakaian lelaki yang dibenarkan adalah kemeja/kemeja t berkolar, baju melayu bersampin dan berkasut (sandal tidak dibenarkan. Bagi wanita pula adalah baju kurung, kebaya, pakaian kasual yang sopan dan berkasut/ sandal.9. Telefon mudah alih, pager dan sebarang yang berkaitan dengannya, hendaklah disenyapkan sebelum pengguna memasuki perpustakaan. Pengguna yang melanggar peraturan boleh dikenakan tindakan tatatertib.10. Dilarang membuang sampah dan kertas merata-rata. Buang sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan.11. Menanda, merosak, mencuri atau menghilangkan buku/ bahan/ peralatan perpustakaan merupakan satu kesalahan. Tindakan akan diambil di atas semua kes di atas. Laporan kesalahan yang telah dilakukan akan dihantar ke jabatan masing-masing untuk dibawa ke Lembaga Tata Tertib Pelajar.12. Semasa keluar dari perpustakaan pengguna dikehendaki beratur melalui \"security check\".13. Denda akan dikenakan ke atas buku-buku yang lewat dikembalikan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Surat peringatan akan dihantar melalui Jabatan sekiranya pengguna masih belum memulangkan bahan perpustakaan atau denda yang dikenakan dalam tempoh 2 minggu daripada tarikh pemulangan.14. Sekiranya perlu, pengguna hendaklah menunjukkan semua fail dan buku kepada kakitangan perpustakaan / pengawal yang bertugas di pintu keluar untuk pemeriksaan. - 15 -
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN PSA15. Kakitangan perpustakaan berhak meminta pengguna yang tidak mematuhi peraturan meninggalkan perpustakaan.16. Pihak perpustakaan berhak meminda masa perkhidmatan, menarik balik kemudahan-kemudahan dan meminda mana-mana peraturan dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Sebarang pengumuman akan ditampalkan di papan kenyataan dan pintu masuk utama perpustakaan. - 16 -
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN PSA Pelajar perlu sentiasa memakai kad matrik/ kad pelajar.Berpakaian kemas dan berpandukan gambar etika berpakaian di perpustakaan.Peraturan Berpakaian Pelajar Lelaki:1. Pelajar lelaki dikehendaki memakai baju berkolar, rambut pendek (tidak diwarnakan) dan memakai kemeja atau berbaju melayu2. Pelajar lelaki tidak dibenarkan memakai seluar pendek.3. Pelajar lelaki dilarang memakai subang dan rantai leher.4. Pelajar lelaki hendaklah memakai kasut yang bertutup. Selipar dan sandal tidak dibenarkan.Peraturan Berpakaian Pelajar Perempuan:1. Pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai pakaian yang menjolok mata.2. Pakaian yang dibenarkan bagi pelajar perempuan ialah baju kurung, kemeja berlengan panjang, seluar panjang dan kain/ skirt labuh.3. Pelajar perempuan muslim diwajibkan untuk menutup aurat.4. Pelajar perempuan hendaklah memakai kasut yang bertutup. Selipar dan sandal tidak dibenarkan. - 17 -
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN PSAPerpustakaan PSA menggunakan Sistem PengkelasanPerpuluhan Dewey (DDC) yang menggunakan sistem komputer.Buku-buku disusun di rak mengikut sistem panggilan ini. Berikutdiberikan secara ringkas subjek-subjek yang disusun mengikutnombor: 0 UMUM Ensiklopedia 100 FALSAFAH DAN PSIKOLOGI Falsafah Psikologi, Falsafah Kuno, Falsafah 200 AGAMA Agama Islam dan Agama Lain, Mitos 300 SAINS SOSIAL Ekonomi, Undang-Undang, Pentadbiran Awam, Pendidikan, Perdagangan, Adat Resam 400 BAHASA Bahasa Inggeris dan Lain-Lain Bahasa 500 SAINS TULEN Matematik, Astronomy and Rampaian Sains, Fizik, Kimia 600 TEKNOLOGI (SAINS GUNAAN) Sains Perubatan, Kejuruteraan, Pertanian, Ekonomi Rumahtangga 700 SENI Seni Lanskap, Senibina, Seni Plastik, Seni Lukis, Seni Mengecat, Grafik, Fotografi, Muzik, Seni Persembahan 800 SASTERA Sastera Amerika, English, Sastera Lain-Lain Bahasa 900 GEOGRAFI DAN SEJARAH Geografi dan Pelancongan, bibliografi, sejarah - 18 -
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN PSA STAF UNITPERPUSTAKAAN Unit perpustakaan mempunyai 7 orang staf. Terdiri daripada seorang Pustakawan Kanan S44, dibantu oleh Pustawakan S41serta staf sokongan iaitu seorang Penolong Pustakawan S29 dan 4 orang Pembantu Pustakawan S19. SITI FATIMAH BINTI WAHAB PUSTAKAWAN KANAN S44 NORHAYATI BINTI MAJID PUSTAKAWAN S41NOR PARASILA BT NURZULIANA BT AZLEENA BT NORLINA BT AHMAD KAMALI DELLNOOR BASIRON AHMAD PEMBANTU PEMBANTU PEMBANTU PEMBANTUPUSTAKAWAN S19 PUSTAKAWAN S19 PUSTAKAWAN S19 PUSTAKAWAN S19 - 19 –
PERPUSTAKAAN Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Persiaran Usahawan Seksyen U1 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan No. Tel: 03-51634000 Ext: 1265/66/67/68 Talian terus: 03-51631265/66/67/68 No. Faks: 03-55691903Laman Web: http://library.psa.edu.my/library Alamat e-mail: [email protected]
Search
Read the Text Version
- 1 - 21
Pages: