Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore PANDUAN PENGURUSAN DAN PENGOPERASIAN SEKOLAH DALAM NORMA BAHARU 2.0

PANDUAN PENGURUSAN DAN PENGOPERASIAN SEKOLAH DALAM NORMA BAHARU 2.0

Published by MUHAMMAD IQBAL BIN SHAHIDAN Moe, 2021-02-26 04:21:27

Description: Hal Ehwal Murid

Search

Read the Text Version

PANDUAN PENGURUSAN DAN PENGOPERASIAN SEKOLAH DALAM NORMA BAHARU 2.0



“Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat ibu bapa dan anak-anak. Alhamdulillah kerana sesi persekolahan akan bermula beberapa hari lagi. Buat anak-anak, SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH dan yang baru SELAMAT DATANG KE SK BANDAR SERI ALAM. Semoga anak-anak ceria, gembira dan besemangat untuk memulakan sesi pembelajaran tahun 2021. Terima kasih.” Cikgu Yusri bin Zakariah (GB SK BANDAR SERI ALAM)

WAKTU KEHADIRAN Murid Sesi Pagi : Murid Sesi Petang : ➢ Prasekolah – ➢ Prasekolah – Antara pukul 7.00 hingga 7.20 pagi. Antara pukul 12.00 hingga 12.25 tengah hari. ➢ Tahun 4 hingga Tahun 6 – ➢ Tahun 1 hingga Tahun 3 – Antara pukul 6.45 hingga 7.00 pagi. Antara pukul 1.00 hingga 1.20 petang. ❑ Bagi menjamin keselamatan murid, elakkan hadir sebelum waktu yang ditetapkan. Ini adalah bagi memastikan kehadiran murid sentiasa berada dalam pemantauan dan kawalan guru. ❑ Bagi murid-murid sesi petang, kehadiran yang terlalu awal akan menyebabkan pertembungan dengan murid sesi pagi yang akan pulang ke rumah.

WAKTU PEMBELAJARAN Murid Sesi Pagi ALIRAN HARI WAKTU PERSEKOLAHAN LALUAN KELUAR MASUK MURID TAHUN 4,5,6 AHAD 7.10AM – 1.30PM LALUAN MASUK – LALUAN KELUAR – (TAHAP 2) ISNIN 7.10AM – 1.00PM SELASA 7.10AM – 1.00PM PAGAR B PAGAR A RABU 7.10AM – 1.00PM (PONDOK BAS) (PONDOK KHAMIS 7.10AM – 1.00PM PENGAWAL) *Tiada perhimpunan diadakan semasa sesi persekolahan.

WAKTU PEMBELAJARAN Murid Sesi Petang ALIRAN HARI WAKTU PERSEKOLAHAN LALUAN KELUAR MASUK MURID TAHUN 1,2,3 AHAD 1.30PM – 6.20PM LALUAN MASUK – LALUAN KELUAR – (TAHAP 1) ISNIN 1.30PM – 6.20PM PAGAR B (PONDOK BAS) SELASA 1.30PM – 6.20PM PAGAR A (BALIK DIAMBIL IBU BAPA) RABU 1.30PM – 6.20PM KHAMIS 1.30PM – 6.20PM PAGAR B (BALIK DENGAN BAS @ VAN) *Tiada perhimpunan diadakan semasa sesi persekolahan.

PAKAIAN MURID Hari Sesi Pagi Sesi Petang Ahad Seragam Sekolah Seragam Sekolah Isnin T-Shirt Maroon (T-shirt PJ) T-Shirt Maroon (T-shirt PJ) Selasa Rabu T-Shirt KrMJ T-Shirt KrMJ Khamis Unit Beruniform Seragam Sekolah T-Shirt Rumah Sukan T-Shirt Rumah Sukan

PEMERIKSAAN SUHU ❖ Suhu diperiksa di pintu masuk pagar B setiap pagi bermula jam 6.45 pagi dan setiap petang bermula pukul 12.30 tengah hari oleh guru bertugas. ❖ Bacaan suhu : = Jika suhu murid >37.5°C, murid dibenarkan pulang. = Jika suhu murid <37.5°C, murid terus ke kelas masing-masing. ❖ Ibu bapa/penjaga pastikan anak jagaan tuan datang ke sekolah dalam keadaan yang sihat. Ketidakhadiran murid, ibu bapa/penjaga perlu menghantar surat makluman/pemberitahuan kepada guru kelas.

PELITUP MUKA ❖ Murid-murid DIWAJIBKAN memakai pelitup muka semasa hadir ke sekolah. ❖ Murid yang rendah imunisasi seperti asma, resdung, masalah jantung dan seumpamanya hendaklah sentiasa memakai pelitup muka.

BILIK DARJAH ❖ Kedudukan murid dalam kelas telah ditetapkan (1 murid 1 meja 1 kerusi). i. murid di larang bertukar/beralih tempat. ii. murid tidak dibenarkan berkeliaran dalam kelas.

WAKTU REHAT MURID TAHUN WAKTU REHAT TAHUN 1, 2 & 3 3.30 PM - 3.50 PM TAHUN 4, 5 & 6 9.40 AM - 10.00 AM

WAKTU REHAT MURID ❖ Menu harian bagi satu minggu akan dihebahkan dalam whatsapp group kelas masing-masing. ❖ Pesanan makanan murid akan diambil oleh guru kelas sehari sebelum dan guru masa pertama membuat pengesahan pesanan setiap hari. ❖ Murid digalakkan membawa makanan dan minuman sendiri untuk mengelakkan perkongsian. ❖ Murid-murid dikehendaki membawa sudu dan garfu sendiri dan membersihkan sendiri dengan tisu basah (wet tissue) atau tuala kecil yang dibawa, kemudian simpan dalam plastik yang dibawa. ❖ Membersih atau membasuh peralatan bekalan makanan di bilik air atau tempat cucian TIDAK DIBENARKAN.

SANITASI ❖ Murid-murid digalakkan membawa hand sanitizer, wet tissue (tisu basah) dan plastik sendiri.

MURID BERGEJALA ❖ Murid bergejala akan diasingkan di bilik isolasi dan ibu bapa/penjaga akan dihubungi melalui telefon untuk mengambil murid. ❖ Sekiranya tidak dapat dihubungi, pihak sekolah akan mendapatkan khidmat ambulans Pejabat Kesihatan Daerah. Guru TIDAK DIBENARKAN menghantar pulang murid.

KEDAI BUKU SEKOLAH ❖ Kedai buku sekolah akan mula di buka pada 02 Mac 2021 (Selasa). ❖ Hanya seorang penjaga sahaja dibenarkan masuk untuk berurusan di kedai buku sekolah. ❖ Ibu bapa/penjaga perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan semasa berurusan di Kedai Buku Sekolah. ❖ Murid tidak dibenarkan membuat pembelian di Kedai Buku Sekolah.

Ibu bapa/penjaga perlu sentiasa mengingatkan anak-anak serta meningkatkan kesedaran dan kefahaman berkaitan penularan jangkitan COVID-19 berdasarkan perkara-perkara yang berikut : i. Memberi kesedaran kepada anak-anak jagaan tuan/puan berkaitan penjarakan sosial sebelum, semasa dan selepas menaiki kenderaan. ii. Menasihati anak-anak jagaan supaya tidak berjabat tangan (bersalaman) atau bersentuhan antara satu sama lain sama ada guru, rakan-rakan atau orang sekeliling. iii. Menasihati anak-anak jagaan tuan/puan supaya sentiasa mengamalkan kebersihan sebelum dan selepas makan.

iv. Menggalakkan ibu bapa/penjaga sendiri yang menghantar dan mengambil anak-anak jagaan. v. Waktu Rehat Murid : - Ibu bapa/penjaga perlu/digalakkan menyediakan makanan dan minuman dari rumah untuk anak-anak tuan/puan makan semasa rehat. - Murid-murid tidak dibenarkan makan di kantin sebaliknya hanya makan di dalam kelas sahaja. - Murid-murid yang tidak dibekalkan bekalan makanan oleh ibu bapa/penjaga boleh membuat pesanan makanan berdasarkan menu harian yang diberikan oleh pihak kantin. - Makanan yang ditempah akan diambil oleh wakil kelas di kantin (murid bertugas secara bergilir). - Ibu bapa perlu menyediakan wang saku bagi tujuan tersebut.


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook