KOD & KURSUS         JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK                                  DAN KOLEJ KOMUNITI,  PENTAKSIRAN           CLO      KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA                MPU23072 PELANCONGAN DAN HOSPITALITI                                           DALAM ISLAM                        TUGASAN BERASASKAN MASALAH                                                  CLO 2    TEMA TAJUK                  MENERANGKAN ETIKA DAN                          PROFESIONALISME BERKAITAN        NAMA      PELANCONGAN DAN HOSPITALITI DALAM  PENSYARAH                                                ISLAM       KELAS    KEBERSIHAN MAKANAN DAN MINUMAN (ISU                                                 HALAL)                         PUAN MUNIRAH BINTI MUSTAFFA                                                 DUP2A                NAMA AHLI KUMPULAN   NO.PENDAFTARAN     MUHAMMAD IRFAN BIN ZULKIFLI      14DUP19F2003     AHMAD ARIF BIN AHMAD JUANDA      14DUP19F1802     MUHAMMAD NAFIZ BIN MOHD ISA      14DUP19F2016    NURUL IZZAH BINTI MOHD NAZARI     14DUP19F2020  NORZALIYANA ATASHA BINTI ZAINAL     14DUP19F1800                             ABIDIN
ARTIKEL    Budaya makanan dan pemakanan bersifat relatif. Kebiasaannya, ia  berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat lain. Bagi  masyarakat Islam budaya ini digarisbawahi dengan panduan syariat  sama ada bersumberkan al-Quran ataupun al-Sunnah. Dengan kata lain  budaya makanan dan pemakanan dibentuk oleh panduan halal dan  haram sama ada dalam penyediaan mahupun pengambilan makanan.  Sehubungan itu, kajian ini membincangkan tentang konsep budaya  makanan dan pemakanan halal di samping huraian tentang sumber asas  pembentukan budaya makanan dan pemakanan halal. Kajian juga  membincangkan tentang budaya makanan dan pemakanan masyarakat  Melayu Islam yang diwarisi turun temurun melalui proses sosialisasi  makanan selain perubahan pola budaya makanan yang diwarnai dengan  imperialisme cita rasa daripada Barat, Timur Tengah dan negara-negara  lain. Ini kerana makanan merupakan asas dan jati diri sesuatu bangsa.  Namun begitu, di sebalik penjajahan makanan ini, masyarakat Islam  khususnya pengguna perlu menjaga aspek halalan tayyiba agar budaya  makanan dan pemakanan tidak dicemari dengan sumber haram yang  bertentangan dengan al- Quran dan al-Sunnah.                                             ULASAN    Secara keseluruhanya, kebersihan adalah sangat penting dalam kehidupan kita  kebersihan akan memberi impak besar terhadap kesihatan kita. Kesihatan  adalah amat penting untuk kita jaga kerana nilai kesihatan ini adalah teramat  tinggi dan mahal harganya dalam kehidupan seharian kita. Kesihatan ini  merupakan nikmat Allah S.W.T yang diberikan kepada kita sebagai manusia.  wajibnya kita menjaga kesihatan kita dengan sebaik mungkin hingga ke akhir  hayat kita. Di samping itu, kita perlu menjaga kebersihan dari segi makanan  dan minuman. Makanan ini adalah keperluan asas dalam kehidupan seharian  kita sekiranya tubuh badan kita tidak mendapatkan zat ataupun protein yang  cukup maka kitab oleh jatuh sakit. Selain itu, kita perlu memakan makanan dari  sumber yang halal kerana setiap makanan yang kita makan itu akan menjadi  darah daging di dalam tubuh kita. Sekiranya kita makan hasil sumber yang halal  maka diri kita akan menjadi baik jika kita makan makanan dari sumber yang  haram maka diri kita akan menjadi tidak baik. Oleh itu, menjaga kebersihan  makanan dari segi makanan dapat mengelakan makanan tersebut dari  kekotoran yang datang dari haiwan perosak seperti lalat.
ARTIKEL           Penyediaan dan pengambilan makanan halal merupakan satu  aspek yang penting dalam kehidupan seseorang Muslim. Makanan yang  halal seperti yang perlu dimanifestasikan dalam aspek pemakanan akan  memberi corak terhadap tingkahlaku seseorang Muslim. Persoalan  berkaitan pemakanan halal merupakan antara topik utama yang  diperbahaskan dalam hubungan Muslim dan bukan Muslim kerana ianya  berkait dengan syariat Islam yang mendorong setiap Muslim ke arah  kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Mengambil makanan yang  halal merupakan aspek-aspek kepatuhan dan ketaatan yang dituntut oleh  syariat Allah ke atas setiap Muslim. Artikel ini secara sosiologinya akan  mengkaji tentang isu-isu tentang makanan untuk memahami  permasalahan yang melatari hubungan komuniti Islam. Dari sudut bahasa  istilah \"halal\" merujuk kepada hukum membenarkan sesuatu perbuatan  dilakukan. Dari segi etimologi, perkataan halal berasal dari kalimah Arab  iaitu (halla-yahillu-hillan-wa halālan) yang bermaksud \"sesuatu yang  dibenarkan oleh Allah\". Antonim bagi perkataan halal ialah haram iaitu  merujuk kepada sesuatu perkara atau perbuatan yang tidak dibenarkan  (Kamus Dewan, 2010). Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Anas  bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Mencari yang halal adalah  sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim”. Penjelasan berkenaan halal  dan kewajipan mencari yang halal juga banyak dirakamkan dalam al-  Quran, misalnya larangan memakan bangkai, darah, daging babi dan  binatang disembelih menggunakan nama selain Allah (lihat surah al  Baqarah 2:173, surah al-An‟am 6:145). Firman Allah yang lain ialah dalam  surah al Nahl 16: 114:       فَ ُكلُوْا ِم َّما َر َزقَ ُك ُمْ ا ّللُْ َحلا ْلا َطيِّبْاا َواش ُك ُروْا ِنع َم َْت ا ّل ِلْ إِْن ُكنتُمْ إِيَّاهُْ تَعبُ ُدو َْن    Oleh itu, makanlah (Wahai orang-orang Yang beriman) dari apa yang  telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi  baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya  menyembahNya semata-mata.                                             ULASAN           Secara kesimpulan konsep halal haram mengenai makanan dan  minuman merupakan suatu fenomena yang telah lama wujud bermula  dari nabi Adam a.s. sehingga kepada nabi Muhammad SAW. Ianya  bersifat universal dan ditujukan kepada semua manusia tanpa mengira
agama atau batasan geografi bertujuan untuk menjamin kesejahteraan  umat manusia. Bagi orang Islam, halal merupakan arahan agama bagi  mengharuskan penganutNya memakan makanan yang dibenarkan oleh  Allah SWT dengan batasan batasan tertentu. Ini kerana dalam ajaran  Islam makanan bukan sahaja mesti halal, tetapi mestilah tayyiban yang  merupakan ciri-ciri utama dalam pemilihan makanan. Mengamalkan  prinsip halalan tayyiban dalam hal-hal yang berkaitan dengan makanan  dan pemakanan adalah merupakan suatu kewajipan yang mesti  dilaksanakan oleh setiap individu Muslim. Ini adalah kerana ia merupakan  perintah dari Allah SWT yang antara lain tujuannya ialah untuk  mengekalkan kesempurnaan kejadian manusia.
ARTIKEL                                             ULASAN  Di dalam kalangan masyarakat kita, ada di antara kita yang gemar  mengamalkan gaya pemakanan yang tidak sihat. Seperti yang anda  dapat lihat keratan akhbar di atas , kanak kanak di London mengalami  masalah kelakuan dan tumpuan dalam pembelajaran. Ini adalah salah  satu kesan yang membimbangkan bagi orang ramai termasuklah di  negara kita iaitu Malaysia. Oleh itu , kita sebagai ibu bapa atau penjaga  kepada anak anak haruslah menitik beratkan tentang gaya pemakanan  kanak kanak hari ini dan menjauhkan mereka dari makanan ringan yang  mampu memudaratkan kesihatan mereka. Kanak kanak di london di sana  terkesan akibat bahan tiruan yang di masukkan dalam minuman ringna  (E211) yang menyebabkan diri mereka hilang tumpuan dalam  pembelajaran dan gangguan kelakuan mereka. Jadi , kesimpulan ynag  dapat kita ambil dari petikan ini Kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah  mengambil berat dalam memilih makanan yang sihat dan yang tidak  memudaratkan kesihatan kita dan keluarga , Ini kerana islam amat  mengenengahkan dalam hal menjaga kesihatan diri dalam apa jua aspek  termasuklah dalam gaya pemakanan ynag sihat dan tidak mengandungi  bahan bahan yang menjejaskan kesihatan kita
ARTIKEL    Islam amat mementingkan kesihatan seseorang daripada segi jasmani  mahupun rohani. Di dalam Al Quran banyak mengajar manusia tentang  tabiat makan yang sihat dan pemakanan yang baik. Panduan tersebut  bukan sekadar bertujuan untuk mengekalkan kesihatan jasmani  manusia malah juga kesihatan rohani. Al Quran juga tidak dihadkan  hanya menerangkan makanan yang halal dan haram sahaja malah lebih  meluas dengan menyentuh tentang panduan berguna berkenaan  hidangan yang seimbang di mana ia merangkumi semua zat yang  berguna untuk pertumbuhan badan, memperbaiki tisu- tisu tubuh,  memperkuatkan tubuh dan mengelakkan daripada penyakit berjangkit.  Selain itu, Makanan untuk rohani ialah ilmu yang membawa manfaat,  iman dan amal ibadat yang diusahakan demi Allah manakala makanan  untuk jasmani pula meliputi makanan yang telah diutarakan melalui  pendekatan sains dan tertakluk kepada prinsip- prinsip syariah dan  mendapat keberkatan daripada Allah.                                             ULASAN                          Ciri-ciri makanan dan minuman halal       • Makanan     - Bersih dan tidak memudaratkan kesihatan.     - Binatang yang halal seperti ayam, lembu dan sebagainya dan           disembelih dengan cara Islam.     - Tumbuh-tumbuhan yang tidak beracun seperti sayur – sayuran           dan buah-buahan.     • Minuman     - Segala jenis minuman yang halal seperti air zamzam dan           sebagainya kecuali air minuman yang memabukkan dan         memudaratkan kesihatan.       Penyediaan makanan berkualiti menurut syarak.
1. Cara pemprosesan makanan dan masakan     - Bebas daripada bahagian-bahagian haiwan yang dilarang oleh         syarak daripada memakannya.     - Disembelih mengikut syarak.     - Disedia,diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa         alat yang bebas daripada najis,seperti alat dan tampat         pemotong,kuali,sudu,periuk dan lain-lain.     - Hendaklah diawasi oleh orang islam.     - Disediakan oleh bahan-bahan yang berkualiti dan tidak rosak.    2. Kebersihan makanan     - Harus bebas daripada najis,kotoran,kuman dan benda yang         haram.     - Premis pembuatan,penyediaan dan penjualan makanan         hendaklah bebas daripada semua gejala yang membawa         kepada kemudaratan.     - Pekerja di premis makanan dilarang merokok,bersin atau batuk         berdekatan makanan,mempunyai luka yang tidak dibalut ketika         sediakan makanan,dan membawa makanan yang haram di         premis.     - Tandas dan bilik air sentiasa dibersihkan.     - Peralatan harus kerap dicuci dengan air bersih.     - Penyimpanan dan penghidangan.     - Semua makanan yang disimpan,dipamer dan dihidangkan         hendaklah dipisahkan dan dilabel,khususnya antara halal dan         haram untuk elakkan daripada percampuran dan terdedah         kepada najis dan benda yang tidak halal.
ARTIKEL                                       ULASAN           Secara kesimpulannya, sijil halal perlu diperolehi oleh semua  syarikat pengeluar makanan atau minuman di dalam negara atau luar  negara secara sah melalui jabatan kemajuan islam negara masing-  maing untuk memastikan makanan atau minuman yang dikeluarkan  boleh dimakan dan diminum oleh orang yang beragama islam supaya  tiada isu kekeliruan bagi cop halal untuk negara masing-masing. Selain  itu, pihak pengeluar makanan atau minum perlu membuat senarai  ramuan yang digunakan pada kotak makanan atau minuman yang  hendak dikeluarkan. Disamping itu, rakyat Malaysia yang beragama  islam perlu peka dengan cop halal yang berada pada kotak makanan  atau minuman yang hendak dibeli atau untuk lebih meyakinkan kita  sebagai orang islam kita boleh melihat senarai ramuan yang terkandung  dalam makanan dan minuman yang kita mahu beli supaya kita tidak  membeli makanan dan minuman yang mempunyai barang yang tidak  sepatutnya atau dipanggil haram. Seterusnya, rakyat Malaysia lebih  digalakkan membeli produk makanan atau minuman buatan Malaysia  kerana produk buatan Malaysia lebih terjamin isu halalnya.
PEMBERATAN KERJA                       NAMA                     CARIAN INFO       MUHAMMAD IRFAN BIN ZULKIFLI               Budaya Makanan.                 (14DUP19F2003)                                       Penyediaan dan Pengambilan    AHMAD ARIF BIN AHMAD JUANDA                  Makanan Halal.                 (14DUP19F1802)                                      Bahan - bahan Pewarna Dalam    MUHAMMAD NAFIZ BIN MOHD ISA                 Makanan Ringan.                 (14DUP19F2016)                                       Kebersihan Makanan dari Segi   NURUL IZZAH BINTI MOHD NAZARI   Rohani & Jasmani / Ciri-ciri Makanan                 (14DUP19F2020)                                       & Minuman Halal / Penyediaan  NORZALIYANA ATASHA BINTI ZAINAL  Makanan Berkualiti Menurut Syarak.                        ABIDIN                                       Bahan Haram Dalam Makanan                 (14DUP19F1800)
                                
                                
                                Search
                            
                            Read the Text Version
- 1 - 9
 
Pages: