Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore BMMB1104 Tugasan 1

BMMB1104 Tugasan 1

Published by PISMPBMSJ0922 Cindy Yap Juan, 2022-03-31 15:48:00

Description: BMMB1104 Tugasan 1

Search

Read the Text Version

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU,SABAH PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP) AMBILAN JUN 2021 (KEMASUKAN SEPTEMBER 2021) - KERJA KURSUS – KURSUS: KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU KOD KURSUS : BMMB1104 KANDUNGAN : TUGASAN 1: PENGHASILAN PRODUK TUGASAN 2: PERSEMBAHAN KUMPULAN Nama Guru Pelatih : CINDY YAP JUAN No. Kad Matrik : P21074375 Kumpulan : PPISMP Ambilan : AMBILAN JUN 2021 Semester/Sesi : SEMESTER 2 No. Telefon Bimbit : 01156852847 Alamat E-mel : [email protected] Nama Pensyarah Kursus : Dr Rahmah Binti HJ Abdul Ghani Markah: KRITERIA 30 % 30 % 60 % Pemeriksa 1 Penghasilan Produk Jumlah Persembahan Kumpulan Pemeriksa 2 1. Pengesahan Pelajar: (diisi semasa menghantar tugasan) Saya mengesahkan bahawa hasil tugasan yang dihasilkan oleh saya sendiri dan tiada unsur -unsur plagiat didalamnya. Saya faham implikasi yang akan saya terima sekiranya pengakuan ini adalah pengakuan palsu. Tanda tangan Pelajar: YAP Tarikh: 31.03.2022 2. Pelajar Menerima Maklum balas Hasil Tugasan: (diisi selepas menerima gred dan maklum balas daripada pensyarah) . Sila scan dan isi:

Penghargaan Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana telah mengurniakan saya kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. Saya juga mengucapkan sepenuh penghargaan kepada Dr Rahmah Binti HJ Abdul Ghani, iaitu pensyarah subjek Kesusasteraan Dan Kebudayaan Melayu (BMMB 1104), di atas kepercayaan beliau memberi tugasan ini kepada saya dan juga rakan seperjuangan saya. Beliau telah banyak membantu saya sepanjang proses menyiapkan tugasan ini secara langsung mahupun secara tidak langsung. Dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah banyak mendorong saya untuk terus berdedikasi dalam melakukan segala tugasan. Selain itu, saya juga ingin menghadiahkan sekalung terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu dan mencetuskan idea saya sepanjang proses penyiapkan tugasan dilaksanakan. Akhir sekali, saya berharap dapat mempelajari banyak ilmu pengetahuan daripada kerja kursus ini. 1

Kandungan 3 3 1.0 Pengenalan 3 2.0 Konsep Kesusasteraan Melayu 4 2.1 Jenis Dan Bentuk Kesusasteraan Melayu 5 2.2 Ciri Kesusasteraan Melayu 5 3.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu 5 3.1 Aspek Hiburan 6 3.2 Aspek Pendidikan 6 3.3 Aspek Dakwah 7 3.4 Aspek Kritikan Sosial 9 4.0 Mainifestasi Akal Budi Dalam Karya Kesusasteraan Melayu 5.0 Penutup 2

1.0 Pengenalan Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang diwujudkan dengan bahasa (Ismail Yusoff, 2012). Menurut Shahnon Ahmad (1991), sastera adalah hati nurani bangsa dan lingkungan hidup sesebuah masyarakat terakam. Antara karya-karya yang tergolong sebagai hasil kesusasteraan ialah karangan-karangan yang bercorak prosa seperti novel, cerpen, puisi dan drama yang menawan hati dan menyentuh perasaan; gembira, terharu, sedih dan sebagainya. 2.0 Konsep Kesusasteraan Melayu Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan ‘kesusasteraan’ bermakna seni atau hasil karya dalam bentuk prosa atau puisi yang menggambarkan keindahan bahasa. Kata dasar ‘sas’ bererti mengarahkan manakala ‘tra’ merujuk kepada alat. ‘Sastra’ pula bermaksud alat untuk mengajar manakala awalan ‘su’ bermakna baik ataupun indah. Imbuhan ke- dan –an menyebabkan perkataan kesusasteraan membawa maksud yang lengkap iaitu memberikan panduan. Kesusasteraan itu adalah ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa (Hashim Awang,1988). 2.1 Jenis dan Bentuk Kesusasteraan Melayu Kesusasteraan Melayu terbahagi kepada beberapa bentuk dan jenis, iaitu prosa tradisional, prosa moden, puisi tradisional dan puisi moden. Namun keempat-empat genre sastera Melayu ini mempunyai cabang-cabang yang tersendiri. Prosa tradisional dibahagikan kepada dua genre iaitu sastera rakyat (lisan) dan sastera istana(tulisan). Sastera rakyat terdiri daripada legenda, cerita rakyat, puisi rakyat dan mitos. Manakala sastera istana terdiri daripada sastera hikayat (hikayat berunsur Hindu, Islam, Hindu- Islam), sastera undang-undang, sastera epik (sastera epik kebangsaan dan sastera epik berunsur Islam), sastera panji dan sastera agama.Prosa tradisional merupakan hasilan karya sastera seni dalam bentuk bahasa yang boleh dijadikan sebagai sumber ilmu, teladan, amalan, sempadan tingkah laku atau pengenalan masyarakat Melayu. (Siti Hajar Abdul Aziz,2011). Prosa moden pula dibahagikan dalam empat cabang iaitu cerpen, novel dan drama. Prosa moden ialah karya-karya sastera yang dihasilakn selepas tahun 1800 Masihi. Prosa moden merupakan karya sastera berunsur naratif serta melibatkan watak-watak yang menyampaikan ujaran atau mesej melalui gaya perbualan yang natural. Oleh itu, prosa moden boleh dirumuskan sebagai karya yang digunakan sebagai alat untuk bercerita atau berdialog melalui bahasa sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan (Mohammad Fadzeli Jaafar, 2016). 3

Puisi tradisional terdiri daripada pantun, gurindam, sajak dan seloka. Puisi tradisional merupakan karya sastera yang dihasilkan dengan menggunakan bahasa indah untuk menggambarkan pancaran masyarakat Melayu lama. Menurut A. Rahman Hanafiah (1990), genre dalam puisi moden hanyalah sajak. Puisi Melayu moden merupakan sebuah seni penulisan kontemporari yang dihasilakn dengan susunan yang indah untuk menyampaikan mesej. Menurut wikipedia (2019), cara penghasilan puisi moden adalah lebih bebas kerana tidak lagi terikat dengan bentuk puisi tradisional. 2.2 Ciri-ciri Kesusasteraan Melayu Terdapat beberapa ciri kesusasteraan Melayu, iaitu: Keindahan Keindahan karya sastera dapat dilihat melalui gaya dan bahasa yang digunakan dalam karya sastera. Hasil karya juga dikatakan indah jika memenuhi empat syarat iaitu keutuhan, keseimbangan, keselarasan dan fokus kepada sesuatu unsur. Mencerminkan pengalaman/persekitaran Hal ini merujuk kepada tindak balas yang utuh dari jiwa manusia yang digambarkan secara realiti. Pengalaman diungkapkan menerusi bahasa dalam karya sastera. Pengalaman seni untuk seni Pembaca dapat memahami dan merasai fikiran dan perasaan pengkarya melalui karya mereka. Pengkarya juga mendapat kepuasan sekiranya hasil karya mereka diterima baik oleh pembaca. Nilai karya sastera terletak pada perkara yang disampaikan, cara dan bentuk penyampaian. Hasil karya sastera dapat memberikan pembaca pengalaman dan nilai-nilai seni. Karya seni untuk masyarakat Sifat fiksyen, nilai-nilai estetik dan gaya bahasa yang khusus merupakan perkara yang membezakan karya sastera dengan karya bukan sastera. Fikysen bermaksud karya sastera itu dihasilkan melalui imaginasi pengkarya berdasarkan pengalaman atau tindak balas mereka terhadap alam realiti. Nilai-nilai estetik pula membolehkan pengkarya mengungkapkan isi hati dengan jelas dan mendalam. 4

3.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu Fungsi kesusasteraan Melayu boleh dibincangkan daripada empat aspek iaitu hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan sosial. Aspek Hiburan Keperluan untuk menghiburkan melahirkan karya sastera yang membawa keseronokan yang indah. Hiburan terhasil dari keindahan kata-kata yang diungkapkan, irama atau rentak istimewa, kemampuan karya sastera untuk membelai emosi pembaca atau pendengar, unsur kelucuan dan sebagainya. Sebagai contoh, pantun jenaka merupakan karya sastera yang boleh menghiburkan pembaca. Rajah 1 Contoh pantun jenaka Aspek Pendidikan Menurut Siti Hajar Abd.Aziz (2009), karya sastera boleh dijadikan sebagai alat pendidikan kepada para khalayak. Hal ini demikian kerana, karya sastera merangkumi tema yang terdiri daripada pelbagai bidang serta mampu menyampaikan mesej seperti ilmu pengetahuan, nilai murni, pengajaran dan sebagainya. Karya sastera juga merupakan medium kepada pelajar untuk memperolehi ilmu pengetahuan dalam bidang bahasa. Misalnya, pelajar boleh mempelajari kemahiran menulis. 5

Aspek Dakwah Dakwah sebagai proses menyampaikan pesan suci Tuhan kepada manusia melalui medium atau saranan yang difahami. Islam juga menjunjung tinggi nilai-nilai kesusasteraan. A. Hasymi mendefinisikan dakwah dengan mengajak orang lain untuk menyakini dan mengamakan kaedah syariat Islam yang terlebih dahulu diyakini dan diamalkan oleh juru dakwah. Aspek Kritikan Sosial Kritikan sosial didefinisikan sebagai suatu teguran, sanggahan, tanggapan terhadap sesuatu perkara yang dianggap telah melanggar nilai-nilai yang sedia ada dalam kehidupan masyarakat (Wikipedia,2012). Antara contoh karya kesusasteraan Melayu yang berunsur kritikan sosial ialah Novel Hang Nadim karya Adbul Latip Talib merupakan karya sastera yang menyampaikan mesej tentang kepolitikan. Mainifestasi Akal Budi Dalam Karya Kesusasteraan Melayu Pantun Pantun yang dimanifestasikan akal budi adalah Pantun Empat Kerat (Budi). Rajah 2 Pantun Empat Kerat (Budi) 6

Dalam pantun ini, aspek pemikiran berfokus kepada kebaikan berbudi kepada orang lain. Kita perlu sentiasa mengingati orang yang berbudi, walaupun sesorang itu sudah meninggal dunia. Jika kita tidak mengenang budi, nama kita tidak akan diingati. Syair Syair yang dimanifestasikan akal budi adalah Syair Pohon Buluh dalam Antologi Kuingin Berterima Kasih. Rajah 3 Syair Pohon Buluh Aspek pemikiran syair ini memberi tumpuan kepada kepentingan perpaduan dan semangat patriotik dalam sebuah masyarakat. Dalam konteks ini, masyarakat dinasihati untuk bersatu padu dalam kumpulan tanpa mengira pangkat, agama, darjat dan keturunan. Misalnya, rangkap ketiga syair ini telah memuji resmi pohon buluh yang dapat hidup dalam serumpun walaupun berbatang- batang. Pensyair menyeru masyarakat perlu hidup bersatu padu tanpa mengira bangsa, pangkat, kedudukan mahupun status. Seloka Seloka yang dikaji dari segi akal budi ialah seloka Pak Pandir. Rajah 4 Seloka Pak Pandir 7

Aspek pemikiran seloka ini adalah berpusatkan ejakan terhadap golongan masyarakat yang bersikap negatif seperti yang ada pada watak seloka iaitu Pak Pandir. Dalam konteks ini, sikap negatif yang harus dihapuskan adalah sikap yang terlalu mendengar kata pihak lain dan epat terpengaruh dengan orang lain. Contohnya ayat “mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan”. Gurindam Gurindam yang dikaji dari segi akal budi ialah gurindam dua belas fasal ketiga. (Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul) seperti yang ditunjukkan dalam rajah 5. Rajah 5 Gurindam Dua Belas Fasal Ketiga 8

Dalam konteks gurindam ini, pemikiran menjaga tutur kata dengan baik telah disampaikan. Sebagai contoh, kita dinasihati supaya menjaga tutur kata kerana akan mendapat banyak manfaat.(“Apabila terpelihara lidah.”,”Nescaya dapat daripadanya faedah.”). Di samping itu, kita juga dinasihati untuk mempelihara mata dengan sebaik-baiknya supaya tidak melihat sesuatu perkara yang dilarang oleh Tuhan. Gurindam ini juga menggalakan kita supaya sentiasa bersemangat dalam mencapai kejayaan kehidupan masing-masing. 4.0 Penutup Konklusinya, kesusasteraan Melayu merupakan karya sastera yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu yang berperanan penting dalam kehidupan masyarakat. Oleh itu, kesusasteraan Melayu merupakan bidang ilmu yang mesti diwarisi dan dihargai oleh generasi akan datang agar membentuk insan yang berakhlak. 9

Rujukan A. Rahman Hanafiah. (1990). Sastera Melayu moden: perubahan dan tamadun. In Open WorldCat. Penerbit Karyawan. https://www.worldcat.org/title/sastera-melayu-moden- perubahan-dan-tamadun/oclc/24321733 Hashim Awang. (1988). Kritikan Kesusasteraan: Teori dan penulisan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kritikan Sosial. (2012). Dalam Wikipedia. https://id.wikipedia.org/wiki/Kritik_sosial Mohammad Fadzeli Jaafar. (2016). Gaya Ujaran Dalam Teks Kesusasteraan Melayu. Jurnal Komunikasi 32(2). http://journalarticle.ukm.my/10509/1/16485-46314-1-SM.pdf Noresah Baharom. (2014). Kamus dewan (ed.ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka. Puisi Melayu Moden. (2019). Dalam Wikipedia. https://ms.wikipedia.org/wiki/Puisi_melayu_moden Shahnon Ahmad. (1991). Sastera sebagai seimograf kehidupan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu I. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu II. Oxford Fajar Sdn. Bhd. 10

Yusoff, Ismail. (2008). Kesusasteraan Melayu lama dan baru. Penerbit Universiti Utara Malaysia. 11


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook