,Tutorial 8 Minggu 10 Sejarah Perkembangan Tulisan Dalam Bahasa Melayu Sistem Tulisan Jawi Sistem EjaaN Za'ba
Sistem Tulisan Jawi
Pengenalan Tulisan atau aksara Jawi ialah tulisan Arab yang digunakan untuk bahasa Melayu. Istilah ini digunakan di Malaysia, Singapura, Brunei, dan Thai Selatan. Perkataan 'tulisan' itu sendiri tidak digunakan dalam bahasa Melayu Klasik, sebaliknya istilah yang digunakan ialah aksara. Perkataan Jawi berasal daripada bahasa Arab Ditambah dengan huruf-huruf baharu: pa, nga, cha, ga, va, nya
Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi Tulisan atau skrip Jawi berasal dari skrip Arab yang sampai ke Kepuilauan Melayu bersama-sama dengan kedatangan agama Islam. Skrip Arab tergolong dalam keluarga Semitik daripada cabang Semitik Utara yang menurunkan keluarga kecil Aramaik dan seterusnya kepada Nabataen dan skrip Arab. Kerajaan Pasai dikatakan kerajaan pertama yang menjadikan islam sebagai agama rasminya. Rajanya yang pertama memeluk islam iaitu Merah Silu telah menukarkan Namanya kepada Sultan Malik al-Salleh. Muncul satu kuasa iaitu Melaka yang ditegakkan oleh Parameswara yang memeluk islam dan menukarnya Namanya. Kedatangan islam bukan sahaja berupaya mengubah agama dan kepercayaan masyarakat di kepulauan melayu tetapi juga aspek lain seperti budaya turut berubah
CIRI-CIDRI Bertindan secara menegak Ligatur Aksara-aksara berbaris atau mempunyai titik Aksara bersambung
Kepentingan Untuk sesorang yang ingin mwnyelidik tentang kesusasteraan, kebudayaan dan masyarakat Melayu khasnya, agama islam dan perkembangannya di Alam Melayu. Menjadi lambang kesenian dan identiti umat Islam sendiri. Mempunyai estetika yang tinggi, klasik dan unik. Menjalin silaturahim sesama sendiri dan unsur Islam yang mendasari kekuatuan diri bangsa Melayu.
Sistem Ejaaan Za'ba
Pengenalan Za'ba telah menyusun sistem ejaan Rumi bahasa Melayu pada tahun 1933 dan tersiar dalam Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi 1949. Ejaan Wikinson yang dipakai sebelum ini mengalami beberapa kelemahan. Maka, sistem Ejaan Rumi Za'ba telah diperkenalkan untuk memantapkan lagi sistem ejaan Rumi dalam Bahasa Melayu. Pembaharuan dalam Ejaan Za'ba dibahagikan kepada: 1.HURUF SAKSI - vokal a, e pepet, e taling, i, o, dan u 2. HURUF BENAR - konsonan yang terdiri daripada 21 huruf
Peraturan dalam Sistem Ejaan Za'ba Terdapat 40 peraturan yang telah dikemukan dalam sistem Ejaan Za'ba. Peraturan 1 hingga 5 menyentuh keserasian vokal dalam huruf pertama dan kedua jika suku kata kedua itu suku kata tertutup.
Peraturan 1 Jika huruf h dan k adalah huruf akhir dalam suku kata tertutup, maka vokal e yang dipilih bukan vokal i pada suku kata itu. Contohnya: aleh, leteh, sireh Jika terdapat deretan bunyi diftong a-i, maka ejaan diftong dikekalkan. Contohnya: naik, baik, raih
Peraturan 2 Jika suku kata tertutup bukan diakhiri oleh konsonan h dan k, maka vokal i digunakan bukannya vokal e. Contoh: nasib, katil, kutip, pasir Kecuali jika vokal dalam suku kata pertama ialah vokal a dan e, maka vokal e digunakan bukannya vokal i Contoh: deret, leret, chomel, montrel
Peraturan 3 Huruf arab jika belum diasimilasi sepenuhnya, hendaklah dieja ikut bunyi bunyi asalnya(memakai tanda dan sebagainya) Contoh: wa'sala'm, ahlu'n-nujum Imbuhan pe- dan me- tidak mengalami perubahan bunyi jika digandakan dengan kata dasar yang berawalkan huruf i, m, n, ng, ny, r, w, dan y
Peraturan 4 Perkataan yang menggunakan huruf R pada akhir suku kata pertama dikekalkan ejaannya menurut sistem ejaan Wilkinson. Contoh: R saja- terbang, terpa, terkam RE- meREgang, beREbut
Peraturan 5 Semua perkataan yang mengandungi huruf nga dan ga yang berderet, dalam tulisan jawi dieja dengan dua g dalam tulisan rumi. Contoh: langgar, hinggap, manggis Pinjaman daripada bahasa Inggeris yang sudah diasimilasi sepenuhnya dengan bunyi Melayu, dieja mengikut sebutan Melayu. Contoh; saman, repot, sain
Sekian, terima kasih
Search
Read the Text Version
- 1 - 15
Pages: