unggul. Bagi mencapai aspirasi objektif murni tersebut, konsep tazkiyah dilihat sebagaisebahagian daripada mekanisme yang penting untuk membersihkan jiwa manusia daripadadicemari dengan unsur-unsur yang boleh menghalang pintu hati insan daripada menerimapancaran sinar taufik Ilahi.Dengan kata lain, nilai-nilai yang terkandung dalam konseptual tazkiyah dilihat sebagai agenpenyucian yang bersifat dinamis untuk membersihkan zahir dan batin manusia melaluimetodologi rohaniah. Di samping itu, ia juga turut menyuci dan membersihkan sistem jaringanmanusia sama ada yang melibatkan interaksi manusia dengan Allah, sesama manusia, alamdan juga makhluk lain. Atas premis inilah, dalam perbincangan ilmiah ia dikenali sebagaitazkiyah al-nafs atau dikenali sebagai penyucian jiwa manusia yang mencakupi aspek lahiriahdan batiniah dalam usaha manusia berta`abud kepada Allah Yang Maha Esa. Ini kerana,apabila jiwa manusia itu dibersihkan dengan nur keimanan maka akan terangkat dan terbukalahhijab yang menghalang pandangan mata hati manusia mengenali PenciptaNya dengan lebihdekat.Oleh kerana insan dikategorikan sebagai makhluk dwi dimensi iaitu zahiriah dan batiniah iadianugerahkan dengan potensi yang istimewa sama ada cenderung kepada jalan kebaikan atausebaliknya. Meskipun manusia diberi alternatif untuk memilih dua jalan tersebut atas kapasitinyasebagai khalifatulard, namun ia bertanggungjawab sepenuhnya di atas pilihan tersebut. Inikerana, manusia telah dikurniakan dengan keupayaan yang istimewa berbanding denganmakhluk lain iaitu potensi akliah, rohaniah, jasmaniah dan bimbingan wahyu bersesuaian denganfungsinya untuk memakmurkan alam ini. Atas keperluan inilah, konsep tazkiyah dilihatsebahagian daripada keperluan rohaniah yang penting kepada manusia sebagai persediaanuntuk menuju ke maqam yang lebih tinggi atau dikenali sebagai insan yang kamil.Dalam mengupas persoalan ini, intelektual falsafah Islam seperti Al-Ghazali106 memberikanpandangan bahawa konsep tazkiyah yang digagaskan oleh Islam perlu mencakupi unsur-unsurnilai tertentu. Pada asasnya, unsur-unsur tersebut perlu dikombinasikan secara bersepaduuntuk membentuk kerangka asas kepada konsep tazkiyah seperti yang dituntut oleh syarak.Unsur-unsur nilai yang dinyatakan adalah seperti berikut:1- Taharah: i- Ia memberi konotasi iaitu menyucikan tubuh badan manusia daripada najis dan benda-benda kotor pada syarak.2- Ibadah:3- Zikir: ii- Membersihkan anggota tubuh badan manusia daripada perbuatan atau tindakan yang diklasifikasikan sebagai dosa. iii- Membersihkan pandangan mata hati manusia daripada tingkah laku yang dikategorikan sebagai akhlak yang buruk dan dikeji oleh syarak. iv- Membersihkan aspek batiniah manusia daripada memfokuskan perhatian kepada semua perkara melainkan kepada Allah SWT. Ia memberi maksud mengabdikan diri kepada Allah SWT secara mutlak. Dalam konteks ini, manusia sentiasa melazimi mengingati Allah dan mengiktraf kebesaranNya secara istiqamah setiap masa dan waktu.
4- Doa: Sebagai makhluk yang lemah, manusia sentiasa berdoa kepada Allah SWT untuk memohon5- Taubat: bantuan dan pertolongan.6- Sabar: Manusia sentiasa menginsafi setiap tindakan yang dilakukan dan mendisiplinkan diri memohon7- Muhasabah: keampunan kepada Allah ke atas segala kesalahan dan kesilapan yang dilakukan. Ia merupakan sebahagian daripada nilai luhur yang dituntut untuk dihayati oleh setiap manusia. Melalui nilai tersebut, ia dapat meningkatkan daya ketahanan dalaman diri manusia bersabar menerima segala ujian yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Apabila wujudnya penghayatan nilai ini dalam diri manusia, ia akan membuka pintu kesedaran pada hati dan akal manusia untuk menilai dan mengkritik setiap tindakan yang dilakukan menurut pertimbangan syarak.Justeru, apabila wujudnya kesepaduan unsur-unsur yang dinyatakan tersebut dalam ruanglingkup doktrin tazkiyah ia menjadi pelengkap kepada domain nilai-nilai murni untukdiimplementasi dan diterjemahkan oleh manusia melalui tindak tanduknya. Ironinya, nilai-nilaimurni yang diwarnai dengan elemen tazkiyah ternyata memberi kesan yang positif terhadappembentukan gelagat manusia. Melihat kepada impak positif yang disumbangkan kepadapembangunan personaliti insan, doktrin tazkiyah perlu dikembang dan dicernakan dalampembentukan domain nilai-nilai murni secara komprehensif.Ini kerana, konsep tazkiyah dilihat sebagai terapi batiniah untuk merawat penyakit-penyakitrohaniah yang dihadapi oleh manusia. Proses pemulihan manusia yang menerima sentuhandaripada petunjuk Ilahi merupakan penawar yang efektif untuk membersihkan jiwa manusiayang dipenuhi dengan nilai-nilai mazmumah dan digantikan dengan nilai-nilai mahmudah.Kemuncaknya, jiwa-jiwa manusia yang disuntik dengan unsur-unsur nilai murni akan memanduanggota tubuhnya cenderung kepada perkara-perkara kebaikan dan benci kepadakemungkaran.3.4 Konsep Kejayaan (al-Falah)Umumnya, apa jua tindakan manusia kesudahannya ia meletakkan satu matlamat iaitu untukmencapai kejayaan. Dalam merencana untuk mencapai objektif tersebut, manusia perlubertindak mengikut pelan perancangan yang dirangkanya atau yang telah ditentukankepadanya. Begitu juga dengan prinsip nilai, sudah pastilah entiti yang mendasari sistemfalsafah tersebut ialah kuantum nilai-nilai positif yang maksimum sama ada ia ditentukan melaluipanduan wahyu atau melalui pemikiran dan pengalaman manusia. Pematuhan kepada norma-norma nilai murni tersebut menjadi faktor pendorong kepada kejayaan seseorang dalam setiapaspek keperluan kehidupannya.Dari sudut pandangan Islam, konsep kejayaan yang ditekankan ialah mendapat keuntungan,kebahagiaan, kejayaan bukan sahaja di alam dunia tetapi kejayaan tersebut berkesinambunganuntuk dikongsi di alam akhirat. Dalam ketentuan ini, ia diistilah sebagai mencapai hasanah didunia dan akhirat. Meskipun begitu, klimaks kepada pencapaian tersebut adalah untukmendapat mardhatillah, keampunan Allah, rahmat dan perlindungan daripada Allah SWT.Golongan manusia yang mendapat nikmat tersebut adalah kelompok manusia yangmemperolehi kejayaan yang hakiki atau diistilahkan sebagai al-falah.
Berasaskan kepada huraian tersebut, jelaslah bahawa secara implisitnya unjuran terhadapmanusia untuk mengaplikasikan nilai-nilai murni dalam setiap aspek keperluan kehidupan adalahuntuk menjamin kemaslahatan umum dan mendorong manusia menuju ke arah kejayaansebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah SWT. Destinasi untuk mencapai kejayaan tersebutadalah berdasarkan kepada petunjuk dan bimbingan yang telah dilalui oleh para Rasul, Nabi-Nabi dan golongan soleh terdahulu melalui pedoman wahyu. Pra syarat utama untuk manusiamencapai kemenangan dan kejayaan adalah dengan cara menjadikan pegangan agamasebagai satu cara hidup yang bersifat holistik. Pengukuhan cara hidup manusia dengan nilai-nilaiIslam akan melahirkan satu kondisi yang positif dan memotivasikan insan berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam melangsungkan survival peradaban manusia.Sehubungan dengan itu, apabila dipandang pada skala makro, ajaran Islam sentiasa menyeruumatnya untuk maju ke hadapan, berperadaban tinggi dan menjadi perintis yang berjaya dalampelbagai bidang untuk dicontohi oleh bangsa yang lain. Tidak diragukan lagi bahawa konsep al-falah seperti yang diprojekkan oleh Islam adalah bertujuan untuk menyemarakkan lagikemurniaan dan keagungan peradaban Islam untuk kesejahteraan umum dengan caramengintegrasikan keperluan duniawi dan maknawi secara bersepadu mengikut acuan agama.Kejayaan dalam neraca al-Falah107 ini, tercetus dari inspirasi yang berasaskan gagasan-gagasan doktrin prinsip ajaran Islam yang memberi penekanan kepada nilai-nilai murni yangluhur.Sekiranya diteliti saranan yang terdapat dalam Al-Quran terhadap manusia, untuk mencapaijalan kejayaan didapati ia telah meletakkan mekanisme-mekanisme yang tertentu. Secaratipikalnya, mekanisme yang dikenal pasti sebagai formula untuk mencapai kejayaan adalahdengan cara penghayatan terhadap unsur-unsur nilai seperti keimanan yang tinggi, amal soleh,takwa, al-amr bi al-ma`ruf wa al-nahyu `an almunkar,108 akhlak yang terpuji dan nilai-nilai luhurmurni lain yang diiktiraf dalam setiap perlakuan manusia.Dari aspek psikologikal pula, kejayaan dan kesejahteraan yang diperolehi tersebut akanmemberi impak yang positif dalam kehidupan insan seperti mententeramkan jiwa dan pemikiranserta bebas daripada perasaan keluh kesah yang boleh memberi pengaruh negatif kepada rohdan jasad. Justeru, apabila unsur-unsur nilai yang dinyatakan tersebut diaplikasikan secarakonsisten dalam kehidupan manusia, golongan yang demikian disebutkan oleh Allah sebagaigolongan yang berhak memperolehi kejayaan dan mendapat rahmat di hari akhirat kelak.Gambaran ini dirakamkan oleh Al-Quran melalui firman Allah SWT:Maksudnya: Sesungguhnya, berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. Danmereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya
(dengan menunaikan zakat harta itu). Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hambasahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. (al-Mukminun:1-6)Dalam ayat lain, Allah SWT berfirman:Maksudnya: Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membukakepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (RasulKami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. (al-A`raf:96)Walau bagaimanapun, sekiranya manusia mengingkari dan membelakangkan segala tuntutanyang termaktub dalam wahyu maka kehidupan manusia itu terarah kepada kesesatan dan jatuhke lembah kejahilan. Secara tidak langsung, ia akan membuka dan mencipta ruang untukbertindak di luar batasan keagamaan dan boleh mengundang kepada fenomena fasad.Kemuncaknya, berlakulah unsur-unsur seperti kezaliman, penindasan, kesengsaraan danpelbagai kesan negatif lain yang mengundang kepada kemusnahan dan kegagalan manusia didunia dan akhirat. Golongan manusia yang bertindak sedemikian disifatkan oleh Islam sebagai”al-Khusran” iaitu manusia yang dikelompokkan sebagai golongan yang rugi dan malang di alamdunia dan akhirat. Ini kerana setiap tindakan yang dilakukannya bukan sahaja sia-sia bahkantidak mempunyai nilai di sisi Allah SWT.96 Malik bin Nabi (1979) Syurut al-Nahdah, h: 96.97 Utusan Malaysia (7.7.2008), Estetika dan kebebasan Seni Dalam Twist. Sastera. Lihat http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0707&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_02.htm. Capaian 10.72007.98 Ali al-Quraisyiy (1996) Malik bin Nabi dan Pergolakan Sosial, (terj.) Mohd Sofwan Abdullah. Jld. 2, h: 33.99 Pengertian ini dirakamkan dalam Al-Quran dalam surah al-An‘am:1;73, surah Yunus: 3 dan surah al-`Alaq: 1,2.100 Ia dapat dilihat dalam Al-Quran dalam surah al-Baqarah : 30101 Abul A`la al-Maududi (1984) Asas-Asas Akhlak Gerakan Islam, Ihsan, (terj.) Abdul Ghani, h: 39.102 Yusuf al-Qaradhawi (1987) Pengertian Tauhid, (terj.) Abdul Majid Abdullah, h: 25.103 Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid (2006) Pengaruh Timbal Balik Antara Hukum dan Budaya Dalam Syariat Islam, dlm Hukum Islam danBudaya Tempatan, h: 2.104 Majid Kahdduri (1984) The Islamic Conception of Justice, h: 10.105 Muhammad Hashim Kamali (1998) Principles of Islamic Jurisprudence, h: 406.106 Al-Ghazali (2000) Keajaiban-Keajaiban Hati,(terj.) Muhammad al-Baqir, h: 15-17.107 Abul `Ala Maududi (1978) Ethical Viewpoint of Islam. Khurshid Ahmad (terj.), h: 24.108 Muhammad Kamal Hassan (1991) Islam Asas Pembangunan dlm Kecemerlangan Pentadbiran Dasar dan Amalan Dalam Islam, h: 197.
Bab 4Keperluan Nilai-Nilai Murni DalamKehidupan Insan4.0 Konsep InsanIslam sebagai ad-din (agama) yang ditaja oleh Allah bersifat universal merupakan sistemtatacara hidup yang sempurna dan komprehensif. Ajarannya yang fleksibel dan bersesuaiandengan fitrah kejadian manusia untuk menegakkan syiar Islam dan mengasaskan peradabanmanusia dinamik. Bagi membentuk acuan sistem manusia yang ditadbir oleh khalifah Allah,maka manusia perlu mengikut garis panduan yang telah termaktub dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Peraturan tersebut adalah bersifat eksklusif namun terdapat fleksibiliti dalam ruang-ruang yang diberikan oleh syarak. Di sinilah akal manusia diberi peranan untuk mentafsirkanprinsip agama berdasarkan bidang kuasa yang diizinkan oleh Islam.Menurut Wahbah al-Zuhayli dalam penulisannya “Al-Quran Perlaksanaan Hukum danPeradaban Manusia”,109 beliau menjelaskan fungsi Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai sumberpembentukan syariat (tasyri`) bagi umat Islam. Kedua-dua sumber yang berautoriti inimerupakan prinsip asas penting yang sama sekali tidak boleh diabaikan oleh manusia. Lantaranitu, sekiranya tuntutan ini dinafikan maka hilanglah fungsi manusia sebagai utusan Allah di mukabumi ini. Ini kerana, Allah sebagai arkitek penciptaan manusia Maha Mengetahui setiapkekurangan dan kelemahan yang ada pada manusia. Sebagai tanda sifat Rahman dan Rahim,Allah telah mengurniakan satu perlembagaan khusus bagi umat manusia sebagai asas untukmengatur dan menyusun sistem kehidupan manusia yang sempurna dan bersifat holistik.Agama Islam mempunyai dimensi yang tersendiri dalam membincangkan konsep al-insan. Al-Quran sebagai sumber asasi utama bagi umat Islam mendefinisikan insan sebagai makhlukyang dinamik atau diistilah sebagai manusia. Dalam Al-Quran, perkataan al-insan disebutsebanyak 65 kali. Bahkan wahyu yang pertama diturunkan kepada Rasulullah iaitu surah “al-`Alaq” perkataan insan diulang sebanyak tiga (3) kali. Semua perkataan insan dalam surah “`al-Alaq” didefinisikan sebagai manusia. Berdasarkan kepada peruntukan ayat Al-Quranmenunjukkan pengertian insan secara literalnya diprojekkan kepada manusia.Untuk membezakan taraf dan darjat manusia dengan makhluk lain, manusia telahdianugerahkan dengan akal. Pemberian yang sangat berharga ini menyebabkan manusiamempunyai kedudukan yang tinggi sebagai makhluk yang teristimewa di sisi Allah SWT.Meskipun begitu, sekiranya akal yang dianugerahkan oleh Allah disalahgunakan oleh manusia,
ia akan merosakkan fungsi manusia yang mulia tersebut sehingga menjatuhkan tarafnya sepertihaiwan. Golongan manusia tersebut mempunyai akal tetapi gagal menggunakannya untukmemakmurkan alam mengikut pedoman wahyu. Sebaliknya, akal manusia sedemikiandimanipulasi oleh bisikan hawa nafsu yang bertuhankan syaitan untuk memenuhi tuntutanzahiriah keduniaan semata-mata.Sehubungan dengan itu, Al-Quran dalam membincangkan persoalan proses kejadian manusiatelah mengupas secara ilmiah perkara tersebut. Ia dapat direnung dan dianalisis secara saintifikberkaitan fasa penciptaan manusia. Gambarannya dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran:“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati ituair mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal daging dan segumpaldaging itu Kami jadikan tulang belulang. Kemudian tulang-tulang itu kami balut dengan daging. Sesudah itu, Kami jadikan iamakhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah Pencipta yang paling baik.” (surah al-Mukminun: 12-14)Berdasarkan firman Allah SWT tersebut, ia dapat difahami secara akademik bahawa fasakejadian manusia bermula dari proses percampuran benih (air mani) di antara lelaki danperempuan kemudian berlaku proses biologi sehinggalah membentuk lembaga manusia. Semuaproses fisiologi ini mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Allah (sunnah al-Allah) yang diluar kemampuan manusia untuk menanggapinya melalui pancaindera biasa. Jika diteliti proseskejadian manusia, secara umumnya, Al-Quran menjelaskan proses kejadian manusia itumempunyai tahap yang berbeza. Kejadian makhluk pertama yang diciptakan Allah iaitu NabiAdam A.S diciptakan berasaskan unsur tanah. Manakala penciptaan manusia selain daripadaNabi Adam terbentuk melalui proses biologi seperti yang dikaji melalui pembelajaran sains.Proses penciptaan manusia merupakan sesuatu perkara yang unik dan menakjubkan yangpenuh dengan kesempurnaan. Kompleksiti penciptaan manusia telah membuktikan bahawaAllah merupakan Pencipta Yang Maha Bijaksana, Tuhan sekalian alam dan tidak adakekurangan dan kelemahan seperti yang ada pada manusia. Pelbagai ilmu dan pengajaranyang ditunjukkan oleh Al-Quran kepada manusia untuk dibongkarkan oleh manusia yang mahumenggunakan akal fikirannya. Antara kejadian sainstifik yang telah dijelaskan dalam Al-Quranmenjadi tanda (burhan) kehebatan dan kekuasaan Allah Yang Maha Agung.Dalam pada itu, menurut pandangan sarjana Islam insan mempunyai tiga (3) elemen yangpenting. Pertama, insan diciptakan dari segumpal darah “al-Alaq”. Ia berasaskan kepada firmanAllah SWT:
“Dia menciptakan manusia dari segumpal darah” (al-`Alaq : 2)Kedua, insan mempunyai daya dan kecenderungan kepada ilmu. Fakta ini dikukuhkan lagidengan ayat Al-Quran yang pertama sekali diturunkan dengan memberi penekanan kepadakonsep “Iqra”. Berpegang kepada konseptual Iqra’ yang perlu dibudayakan dalam kehidupanmanusia menunjukkan secara semulajadi (natural), fitrah manusia begitu sinonim dengan ilmupengetahuan. Begitu juga dalam surah al-`Alaq, Allah SWT berfirman:“Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya” (al-`Alaq: 5)Ketiga, insan boleh bertukar menjadi diktator apabila dirinya bersifat angkuh dan sombongterhadap PenciptaNya atau enggan menerima atau menolak ajaran agama. Realiti sifatkeangkuhan dan kedunguan manusia ini digambarkan oleh Allah SWT dalam firmannya:“Ketahuilah! Sesungguhnya manusia melampaui batas” (al-`Alaq: 6)Begitu juga dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman:“Sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (denganperintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat. Sesungguhnya, Kami telah menunjukinya jalan yanglurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir”. (al-Insan: 2,3)Perkataan ‘insan’ apabila dilihat daripada aspek disiplin pengajian mantik diistilahkan sebagaihaiwan yang berkeupayaan berkata-kata dan mempunyai keupayaan daya berfikir “al-insanhayawan an-natiq”. Menurut Syed Naquib al-Attas110 dalam pengkajiannya tentang konsepinsan, beliau berpendapat “Man has two souls (nafsan) analogous to his dual nature: thehigher, rational souls (al-nafs al-natiqah); and the lower, animal souls (al-nafs al-hayawaniah)”. Berdasarkan pendapat beliau, dapat dirumuskan jiwa manusia umumnya
diklasifikasikan kepada dua bahagian, pertama jiwa yang rasional bagi manusia yangmenggunakan akal dan jiwa kebinatangan bagi manusia yang membelakangi peranan akal.Berdasarkan sifat dan kecenderungan yang ada pada insan, dapat disimpulkan bahawamanusia mempunyai potensi kecenderungan sama ada kebajikan atau kebatilan. Hal yangsedemikian disebabkan setiap jiwa insan yang hidup mempunyai nafsu yang boleh membentukperibadi manusia sama ada bersifat kebaikan atau kejahatan. Hakikat ini dijelaskan oleh AllahSWT tentang umat yang ditimpa dengan azab dan kemuliaan yang dianugerahkan oleh Allahkepada orang yang berjiwa tenang. Firman Allah SWT :“Dan pada hari itu diperlihatkan neraka Jahannam; dan pada hari itu ingatlah manusia akan tetapi tidak berguna lagimengingatkan itu baginya. Dia mengatakan: “Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal saleh) untuk hidupku ini”.Maka pada hari itu tiada sesiapa pun yang dapat mengikat sera membelenggu seperti ikatan dan belengguNya. “W ahai orangyang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!. “Kembalilah kepada Tuhanmudengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredhai (disisi Tuhanmu)! “Serta masuklahengkau dalam kumpulan hamba-hambaKu yang berbahagia. “Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!” (al-Fajr: 23,24,25,26,27,28, 29 dan 30)Pada akhir surah al-Fajr, Al-Quran menjelaskan manusia diklasifikasikan kepada dua golonganiaitu ahli syurga dan ahli neraka. Mekanisme pembalasan ke atas manusia pada hari kiamatakan dinilai berdasarkan merit amalan dan perbuatan yang dilakukan semasa hidup di dunia. Disamping itu, unsur yang paling penting sekali yang diharapkan oleh setiap insan ketika beradadi alam akhirat kelak ialah keampunan, kerahmatan dan perlindungan daripada Allah Azza WaJalla. Itulah sebesar-besar nikmat yang dinanti-nantikan oleh manusia kerana tiada sesiapa punyang dapat membantu bahkan diri sendiri pun belum tentu lagi dijamin mendapat naungandaripada Allah.Di samping itu, kejadian manusia secara fitrahnya bersifat pelupa “nisyan”. Secara prinsipnya,manusia yang bergelar insan telah mengikat janji dengan Allah untuk melaksanakantanggungjawab sebagai hamba di alam dunia. Namun begitu, apabila lahir di dunia, seringkalimanusia bersikap alpa terhadap misi dan visi dia diutuskan di muka bumi. Al-Quran menjelaskanimpak negatif yang bakal diterima oleh manusia kerana tidak mengindahkan peringatan-peringatan Allah SWT. Kenyataan dirakamkan oleh Allah SWT:
“Dan sesungguhnya Kami telah mengulangi bagi manusia dalam Al-Quran ini pelbagai perumpamaan. Dan manusia adalahmakhluk yang paling banyak bantah.” (al-Kahfi:54)Manusia yang bergelar insan mempunyai beberapa kelemahan dan kekurangan lainbersesuaian dengan fitrahnya. Emosi manusia mudah diselubungi dengan perasaan keluh-kesahapabila ditimpa kesusahan, dan tidak tahan apabila diuji dengan kesenangan dan menjadi bakhilbila mendapat kebaikan. Gambaran ini dijelaskan dalam firman Allah SWT:“Sesungguhnya, manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah.Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil dan kedekut.” (al-Ma`arij: 19,20 dan 21)Meskipun begitu, kecacatan dan kelemahan pada sifat manusia dapat diatasi sekiranya jiwadan jasadnya dibajai dengan benih keimanan yang hakiki kepada Allah dan Rasul. Ajaran Islamyang ditaja oleh Allah bersifat penawar dan penyembuh kepada masalah rohaniah yangdihadapi oleh manusia. Kealpaan manusia sering teruji apabila dianugerahkan dengan sesuatunikmat dan didapati seringkali manusia jarang bersyukur, namun apabila ditimpa denganmusibah atau kesusahan, pada ketika itu barulah manusia sedar dan memohon bantuan kepadaAllah.Sehubungan dengan itu, Sayyidina Ali pernah menegaskan bahawa perbezaan individu menjadiasas survival dalam melangsungkan perkembangan peradaban insan. Beliau menambah lagi,manusia itu akan sentiasa berada dalam persekitaran kebaikan (selamat) selagi ia berbezasama ada pemikiran, pandangan hidup dan sebagainya. Perbezaan yang berlaku dalamkalangan manusia dari aspek fizikal dan fisiologi memperlihatkan Kebijaksanaan PenciptaNya.Justeru, sekiranya manusia secara keseluruhannya mempunyai sifat dan pemikiran sama dansekata (dalam semua perkara) maka sudah tentulah binasa kehidupan mereka. Ataskepentingan inilah didapati keupayaan yang ada pada manusia juga berbeza kerana denganperbezaan potensi tersebut ia membolehkan manusia dapat mengembangkan potensikeintelektualan mereka sentiasa subur dan berkembang secara konstruktif.Sifat kekreatifan yang ada pada manusia telah berjaya melahirkan idea-idea yang baru danmenjadi asas yang kukuh untuk mengembang dan menghasilkan daya inovasi dalammembangunkan peradaban insan yang lebih maju. Dalam mengutarakan konsep insan,111seorang sarjana muslim iaitu Iqbal mempunyai pandangan yang tersendiri dalam melihat potensiyang ada pada insan. Menurut Iqbal (selfhood, individuality) “is a real and preeminentlysignificant entity which is the centre and basis of the entire organization of human life”.
Berdasarkan kepada kupasan perbincangan konsep insan, secara tuntasnya manusiamerupakan makhluk ciptaan Allah yang indah dan terbaik. Manusia dilengkapi dengan dua unsurpenting iaitu jiwa yang bersifat rohani dan jasmani yang dapat memenuhi keperluan tabienya.Secara de factonya, manusia diberi kebebasan dengan daya potensi untuk memilih opsyensama ada cenderung ke arah kebaikan atau ke arah kemungkaran yang boleh membinasakanmanusia. Islam telah memberi garis panduan yang jelas kepada manusia ke arah kesejahteraankehidupan di dunia dan di akhirat. Terpulanglah kepada kebijaksanaan insan dalam menentukancorak kehidupannya sama ada memilih jalan yang selamat (agama) atau sebaliknya.4.1 Peranan Insan Sebagai KhalifatulardManusia adalah makhluk yang diberikan penghormatan oleh Allah berbanding dengan makhlukciptaan yang lain. Atas asas itulah, ia ditakifkan untuk memakmurkan alam ini bersesuaiandengan kapasitinya sebagai khalifatulard. Bagi mendapatkan objektif yang jelas berhubungdengan penciptaan manusia sebagai khalifatulard, ia harus bertitik tolak daripada worldviewyang tepat tentang hakikat insan, ciri-ciri dan potensinya menurut tafsiran syarak. Semua unsurkeistimewaan yang dimiliki oleh manusia merupakan sumber yang penting untuk menguruskanalam ini dengan penuh hikmah dan beramanah.Oleh yang demikian, melihat kepada penciptaan manusia yang bersifat kompleks, ia dapatmemberi satu gambaran bahawa perutusan manusia di muka bumi bukanlah dijadikan tanpasebarang objektif. Sebaliknya, ia mempunyai misi dan visi yang telah ditentukan oleh Allah SWTberdasarkan Keilmuan Allah Yang Maha Luas. Mandat kekhalifahan yang telah diterima olehmanusia mengandungi konotasi bahawa Allah SWT telah melengkapinya dengan potensi untukmelayakkannya dibebani dengan tanggungjawab agama yang murni sebagai khalifah Allah dibumi (mengabdikan diri secara mutlak kepada Allah, membangun dan mentamadunkan alam,memproduksikan manfaatnya serta menyerlahkan anugerah Allah sebagai bukti keagunganIlahi).Dari aspek falsafahnya, konsep kekhalifahan secara totalnya mencakupi maksud misipentamadunan (civilizing mission). Hakikat tersebut secara konsekuensial mengisyaratkanbahawa pemegang amanah (manusia) adalah makhluk yang kreatif, dinamis dan pro aktif.Hanya makhluk yang memiliki kesempurnaan sifat tersebut mempunyai potensi untukmemakmurkan alam dan mentamadunkannya. Dengan kata lain, ketentuan ini dalam istilahilmiahnya membawa maksud mentransformasikan nature kepada culture. Dalam usahamembangunkan tamadun manusiawi tersebut, prinsip agama perlu diletakkan pada kedudukanyang tinggi dan berfungsi sebagai acuan asas yang menjadi kerangka kepada pembangunaninsan. Keperluan kepada prinsip agama ini dilihat sebagai pra syarat utama untuk melahirkankomuniti masyarakat yang tinggi hati budinya.Oleh kerana manusia dianugerahkan dengan akal dan nafsu, sudah tentulah perilaku dan mindset manusia boleh berubah berdasarkan keperluan dan realiti semasa.112 Bagi mengawal sifatdan tabie tersebut, Allah telah menganugerahkan kepada manusia mukjizat yang agung iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah yang perlu dijadikan dustur (perlembagaan) hidup manusia. Ternyatasurvival manusia sejak lahirnya Adam A.S sebagai bapa kepada seluruh manusia adalah bukti
bahawa manusia tidak pernah sunyi daripada panduan wahyu sebagai hudan li al-nas (petunjukkepada manusia) untuk mencapai hasanah bagi memenuhi tuntutan dunia dan akhirat.Oleh yang demikian, jelaslah bahawa matlamat utama (ultimate goal) manusia diutuskan didunia ini bukanlah semata-mata untuk memenuhi impian dan cita-cita hidupnya tetapi yang lebihpenting daripada hasrat tersebut ialah pematuhan yang mutlak kepada PenciptaNya danmencari keredhaan dan kerahmatan daripada Allah SWT. Manifestasi pematuhan prinsip syarakdapat dilihat apabila manusia mendokong ajaran yang terkandung dalam syariat untukdiaplikasikan dalam setiap bidang kehidupan.113Oleh yang demikian, sekiranya manusia didapati terkeluar dari paksi yang telah ditentukan olehTuhan, maka peranan manusia sebagai insan mengalami paralysis (kecacatan) dan akhirnyaboleh membinasakan fungsi manusia yang murni sebagai petugas Allah di muka bumi.Obligasi yang perlu dilaksanakan oleh manusia semasa berada di dunia merupakan tugas yangberat untuk dipikul. Bahkan, tugas amanah ini hanya mampu dilaksanakan oleh manusia dantidak termampu makhluk yang lebih besar daripada manusia iaitu gunung ganang. Peristiwa inidirakam dalam Al-Quran iaitu Allah SWT berfirman:“Sesungguhnya, Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung- ganang, maka semuanya enggan untukmemikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya,manusia itu amat zalim dan amat bodoh.” (al-Ahzab : 72)Hashim Musa dalam mengemukakan komentar tentang peranan manusia, beliau menjelaskanbahawa manusia perlu memahami secara jelas tentang hakikatnya sebagai ciptaan Tuhan yangterbaik dalam sistem makhluk; fungsinya sebagai hamba Allah dan khalifah Allah di bumi.Justeru, bagi memenuhi fungsi dan tanggungjawab sebagai khalifah, manusia secara qatienyaperlu melaksanakan segala tuntutan Ilahi dan menjauhi segala larangan yang telah ditentukanoleh batasan syarak. Sebagai balasan kepada pematuhan tersebut, Allah SWT sentiasa akanmemberi rahmat dan keberkatan hidup kepada individu tersebut di alam dunia dan yang lebihpenting lagi ialah mendapat nikmat yang agung iaitu al-Jannah (syurga). Walau bagaimanapun,bagi individu yang melakukan pelanggaran terhadap ketentuan prinsip agama maka sebagaibalasannya mendapat dosa dan yang lebih dibimbangi lagi mendapat siksaan azab yang pedih(neraka) di hari kiamat kelak.Bagi memastikan tugas yang dijalankan dengan sempurna, setiap gagasan, misi, objektif, niat,strategi dan operasi segala bidang kerja hendaklah sahih, benar dan mematuhi segala aspekhukum Islam. Tidak ada kompromi, manipulasi, keingkaran dan penafian dari segi yang wajib,sunat, harus, halal, haram dan makruh; yang halal adalah jelas dan yang haram juga jelas.Meskipun prinsip yang terdapat dalam syarak bersifat rigid, namun masih lagi terdapat ruang
fleksibiliti yang dibenarkan dari sudut pengaplikasian selagi mana tidak berkonfrantasi denganfalsafah syariah.Islam memberi kebebasan kepada manusia untuk memanipulasikan setiap khazanah dalamalam dunia ini untuk kesejahteraan semua makhluk. Khazanah alam yang telah dikurniakan olehAllah merupakan anugerah yang amat bernilai kepada manusia untuk dikongsi bagimelangsungkan survival peradaban manusia. Untuk menjaga kepentingan tersebut daripadadisalahgunakan oleh manusia, Islam telah memberi peringatan bahawa aktiviti manusia dalammenguruskan hasil mahsul alam perlu terikat dengan kerangka undang-undang yang digariskanoleh Allah. Sebagai jaminan kepada kesejahteraan insan di atas muka bumi, manusia perluberinteraksi dengan alam secara positif dan tidak bertindak dengan cara melampaui batassehingga boleh menjejaskan ekosistem alam. Aktiviti manusia yang melakukan pencerobohanterhadap bumi sehingga mendatangkan kemudaratan kepada alam dan manusia umumnya jelasbertentangan dengan falsafah ajaran Islam yang murni dan dilaknat oleh Allah SWT.Oleh yang demikian, kehidupan manusia yang tidak disuluh dengan cahaya wahyumengakibatkan manusia hilang pedoman dan hanyut dalam lautan kesesatan. Natijah daripadaperbuatan manusia yang zalim, akan cenderung menarik manusia ke arah kerosakan dankebinasaan disebabkan kejahilan akidah dan kedekadenan nilai luhur. Sekiranya dibongkarsemula lipatan sejarah peradaban manusia silam, terdapat banyak kisah umat terdahulu yangboleh dijadikan teladan yang berguna kepada masyarakat kini. Sejarah umat telahmemerihalkan bagaimana Allah telah menghancur dan membinasakan kaum yang terdahuluseperti kaum `Ad dan Thamud oleh Allah akibat daripada permusuhan dan kedegilan merekamembelakangkan petunjuk nabi yang diutuskan pada masa tersebut. Peristiwa kehancuranbangsa tersebut di muka bumi direkodkan dalam Al-Quran melalui firman Allah:Maksudnya: Dan (Kami telah mengutus) kepada kaum Tsamud saudara mereka Soleh. ia berkata: “Hai kaumku, sembahlahAllah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain-Nya. Sesungguhnya, telah datang bukti yang nyata kepadamu dari Tuhammu.Unta betina Allah ini menjadi tanda bagimu, maka biarkanlah dia makan di bumi Allah, dan janganlah kamu mengganggunyadengan gangguan apapun, (yang kerananya) kamu akan ditimpa siksaan yang pedih. Dan ingatlah olehmu di waktu Tuhanmenjadikan kamu pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah kaum ‘Aad dan memberikan tempat bagimu di bumi. Kamudirikan istana-istana di tanah-tanahnya yang datar dan kamu pahat gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah; Maka ingatlahnikmat-nikmat Allah dan janganlah kamu maharajalela di muka bumi membuat kerosakan.
al-`Araf: 73-74)Oleh yang demikian, kegagalan manusia memahami tuntutan yang terdapat dalam ajaran Al-Quran dan tidak mempelajari sejarah jatuh bangun peradaban manusia pada masa silammenyebabkan manusia gagal untuk berfungsi sebagai insan yang kamil. Perkara ini ditegaskanoleh Al-Quran seperti firman Allah:Maksudnya: “Tidakkah mereka mengembara di atas muka bumi agar mereka memiliki hati yang boleh digunakan untuk berfikir,atau mempunyai telinga yang dapat mendengar. Sesungguhnya, penglihatan (mata kasar) itu tidaklah buta, tetapi yang buta ialahhati di dalam dada.” (al-Hajj: 46)Menyentuh tentang peranan insan yang berasaskan weltanschauung Islam, ia jelas memberipanduan kepada manusia tentang obligasi-obligasi yang perlu ditunaikannya. Jika diungkapkembali keterangan yang terdapat dalam Al-Quran, Al-Sunnah dan sirah Islam, jelaslah Islambegitu emphasis terhadap insan yang berkualiti dengan menguasai ilmu, berfikiran luhur,memiliki akhlak yang tinggi, bertoleransi, mempunyai daya saing dan sebagainya. Semua ciri-ciri yang dinyatakan ini merupakan sebahagian daripada unsur-unsur keperluan untukmelahirkan generasi masyarakat rabbani yang dididik dengan tanggungjawab beragama dankesedaran akhlak yang tinggi. Kejayaan umat Islam dalam mengukir nama sebagai peradabanagung di pentas tamadun dunia silam telah menjadi bukti bahawa masyarakat Islam yangberpegang teguh dengan ajaran Islam merupakan umat yang terbilang dan dihormati olehtamadun dunia yang lain. Pencapaian orang-orang Islam dalam pelbagai bidang pada ketika itudigambarkan mendahului zaman mereka.Berdasarkan kepada perbincangan panjang lebar berkaitan peranan khalifatulard, dapatlahdirumuskan bahawa manusia perlu melaksanakan tugas hakikinya sebagai hamba denganmematuhi sepenuhnya segala peraturan syariat yang mengikat hidupnya sama ada yangmelibatkan hubungannya dengan Allah, sesama manusia dan alam. Begitu juga dalammemakmurkan alam ini, manusia perlu mentadbir dan menguruskannya dengan sebaik mungkinbagi menjamin kesejahteraan umum sebagaimana yang digagaskan oleh Al-Quran iaitu“Baldatun Toyyibatun waRabb al-Ghafur”. Semua amal usaha yang dilakukan oleh manusiaadalah untuk mencapai objektif hasanah di dunia dan akhirat. Namun, apa yang berlaku kini,kerosakan dan kemusnahan di dunia disebabkan manusia alpa tentang hakikat dantanggungjawab yang perlu dilaksanakan.Golongan manusia yang melakukan perbuatan sedemikian bukan sahaja menzalimi makhluk laintetapi lebih malang lagi mereka menzalimi diri sendiri. Mereka terpesona dan terpedaya dengantipu daya dunia, tuntutan hawa nafsu serta pujukan syaitan yang menggoda manusia ke arahjalan yang sesat. Akibatnya, manusia yang tidak mempunyai kesedaran beragama danberakhlak akan bertindak bebas tanpa memikirkan aspek dosa pahala dan syurga neraka.
Disebabkan perlakuan inilah, manusia yang pada dasarnya diberi penghormatan sebagaisebaik-baik makhluk telah bertukar status menjadi makhluk yang paling hina bahkan dianalogiseperti haiwan kerana gagal menjalankan tugas dan fungsinya sebagai khalifatulard.Amat malanglah bagi golongan manusia yang cenderung memilih kebahagiaan dunia secaratunggal sebagai matlamat agung hidupnya. Mereka telah meruntuhkan jambatan yangmenghubung ke alam lain iaitu akhirat sebagai tempat yang kekal dan abadi. Inilah destinasiakhir manusia yang disebutkan oleh Al-Quran sebagai tempat pengadilan atau dikenali sebagai“Mahkamah Agung” yang berfungsi untuk mengadili dengan seadilnya setiap amal danperbuatan yang dilakukan oleh setiap manusia.4.2 Manifestasi Nilai-Nilai Murni Dalam Memenuhi Keperluan Kehidupan InsanSetiap perilaku dan pemikiran manusia yang kompleks dipengaruhi oleh sistem nilai yangmenjadi nadi kepada kehidupan manusia. Secara nisbinya, sistem nilai yang telah bertapakkukuh dalam kosmologi pemikiran masyarakat telah distrukturkan sama ada melalui pemikiranatau diperakui oleh hukum sosiologi manusia dan diiktiraf sebagai norma-norma yang diraikanserta dihormati oleh sesuatu masyarakat. Walau bagaimanapun, perubahan yang berlaku dalammasyarakat disebabkan oleh keperluan manusia yang berbeza mengikut suasana dan realitidan perkembangan tamadun manusia yang silih berganti menyebabkan berlakunya dikotominilai yang dipolemikkan oleh ahli-ahli masyarakat yang mewakili pelbagai bangsa dan kaum.Masing-masing berpegang dengan norma dan sistem nilai yang tersendiri sehingga ada yangmerendah-rendahkan dan berpandangan skeptikal di antara satu sama lain. Namun begitu, jikadi pandang pada dimensi yang positif pula, perubahan dan perbezaan masyarakat di duniatentang kepelbagaian sistem nilai yang didokong tersebut dilihat sebagai satu perkembanganyang positif kerana ianya telah menyumbang dan memperkayakan serta melengkapi di antarasatu sama lain dalam memahami falsafah nilai. Secara tidak langsung kematangan sistemfalsafah ini menjadi asas untuk memahami teoritikal nilai-nilai murni yang diterima olehmasyarakat umum. Ia memberi gambaran bahawa falsafah nilai-nilai murni yang ditaja olehpemikiran manusia sentiasa berubah-ubah dan tidak konsisten dan sentiasa dibuka untukditafsirkan mengikut selera keperluan masyarakat.Apabila Islam disyariatkan di atas muka bumi ini, ajarannya membawa rahmat kepada manusia,memperbaiki sistem pembangunan manusia dan memerdekakan fizikal serta fisiologi manusiakepada satu cara hidup yang sempurna. Doktrinasi ajarannya juga telah berjayamemartabatkan peradaban manusia sebagai tamadun manusiawi yang unggul dari aspek fizikaldan ma`nawi. Menyentuh tentang falsafah nilai dan norma hidup masyarakat, ajaran Islambersikap positif terhadap sistem tersebut bahkan bersikap toleransi selagimana tidakbercanggah dengan prinsip syariat Islam. Sebagai contoh, pada ketika Islam diturunkan di bumiArab, masyarakatnya pada masa tersebut telah pun mempunyai sistem falsafah tradisi nilainyayang tersendiri.Tradisi nilai yang terpuji yang dipraktikkan oleh masyarakat Arab masih lagi diterima oleh Islam
dan dianggap sebagai relevan dengan sistem nilai Islam. Nilai-nilai mulia masyarakat Arabseperti menepati janji, memuliakan tetamu dan nilai-nilai murni yang lain masih lagi dikekalkandalam konsep nilai-nilai murni Islam. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa sesuatu tingkah lakuatau asas pemikiran manusia yang menepati dengan sistem nilai Islam diterima sebagaiperbuatan yang Islamik. Dari skala mikro pula, apabila sesuatu nilai atau norma yang dilazimimenjadi satu bentuk budaya yang dihormati dan diiktiraf oleh masyarakat Islam secaramenyeluruh ia dikenali sebagai `urf114 yang mengikat kehidupan masyarakat.Jika dilihat kepada sistem nilai-nilai murni dalam skop syariat Islam, ia berasaskan kepadaorder tauhid yang menjadi acuan kepada falsafah sistem nilai. Melalui konsep pandang semestatauhid, nilai-nilai murni dilihat bersifat sejagat atau universal dan relevan serta realistik dalammemenuhi komponen keperluan kehidupan manusia. Umumnya, nilai-nilai tersebut adalahbersumberkan wahyu serta diadun dengan pemikiran manusia untuk diterjemahkan secarapraktikal.Isi kandungan nilai-nilai tersebut juga perlu mengambilkira kepentingan dan kemaslahatan umumdan bukannya untuk kepentingan kelompok masyarakat tertentu sahaja. Atas asas inilah nilai-nilai murni yang berpaksikan ajaran agama disifatkan sebagai `alami kerana ianya tidak diwakilioleh kepentingan-kepentingan tertentu sebaliknya penghayatan dan pelaksanaannya dapatmemberi jaminan kesejahteraan kepada umat sejagat.Oleh kerana itu, Islam secara objektifnya memberi penekanan kepada manusia untukmeletakkan doktrin nilai-nilai murni sebagai asas keperluan manusiawi dalam mengurus danmentadbir alam ini untuk melangsungkan survival ummah. Nilai-nilai murni merupakan santapanrohaniah dalam proses untuk melahirkan individu muslim yang muttaqin. Sebagai analoginya,nilai-nilai murni yang dicernakan dalam jiwa dan pemikiran seseorang ditamsilkan sebagaisinaran matahari yang menerangi alam. Cahayanya membawa manfaat yang sangat bergunakepada semua makhluk. Kekuatan dalaman (instrinsik) manusia yang disuntik dengan nilairohaniah akan memantulkan pola perlakuan yang cenderung kepada perkara ma`ruf dan bencikepada kemungkaran seperti yang telah difardukan oleh syarak. Ia juga dianggap sebagai dayaatau momentum yang menjana kuasa dalaman manusia untuk bertindak secara positifsepertimana yang ditegaskan oleh falsafah akhlak Islam.Manusia yang diciptakan oleh Allah SWT telah dianugerahkan dua unsur penting untukmenghidupkan lagi potensi insan sebagai khalifatulard. Unsur-unsur tersebut dikenali sebagaiakal dan nafsu. Dengan adanya pemberian tersebut, akal tidak boleh bertindak secarabersendirian kerana ia memerlukan lokus kawalan iaitu perlu diberi tunjuk arah oleh wahyu.Melalui pedoman dan taufik Ilahi inilah manusia akan selamat dan kehidupannya bertambahberkat. Ini kerana, akal tanpa bimbingan wahyu selalu tersalah dalam membuat pertimbangankerana dipengaruhi oleh pelbagai faktor dalaman seperti nafsu dan faktor luaran seperti unsur-unsur persekitaran dan logik.Unsur kedua yang dianugerahkan kepada manusia ialah nafsu. Sifat asasi nafsu ini lazimyacenderung membawa manusia kepada nilai-nilai haiwani yang menyukai kepada keseronokankeduniaan. Kehendak nafsu yang membuak-buak dan tidak terbatas kepada keperluan duniawisentiasa mengaburi pandangan mata hati manusia daripada mencintai perkara-perkara
kebaikan. Implikasinya, apabila nafsu kebinatangan ini menguasai diri manusia, ia akanmencetuskan konfik dalaman115 dan mematikan hati untuk mengenali pintu kebenaran yang hak.Akibatnya, jiwa manusia tersebut diruntun dengan perasaan keluh kesah, putus asa, bertindaksecara bebas meskipun bertentangan dengan nilai dan etika dan pelbagai perkara kejahatanyang lain. Walaupun pada anggapan golongan manusia tersebut dikatakan telah berjayamemuaskan kehendak nafsunya, namun secara de factonya tindakan tidak bermoral yangdilakukan tersebut mematikan roh insaniah dan menyuburkan lagi nafsu kepada unsur-unsurperlakuan jahat.Gambaran Al-Quran tentang sifat-sifat asasi nafsu yang ada dalam diri manusia adalah sepertiberikut:Pertama: Nafsu Ammarah: Umumnya, nafsu pada tahap ini cenderung kepada unsur-unsur kejahatan. Premis kenyataan ini dijelaskan dalam Al-Quran seperti firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya, Tuhanku Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang”. (Yusuf:53)Kedua: Nafsu Lawwamah: Pada kategori ini, secara tipikalnya nafsu sering mengkritik dirinya terhadap amalan yang dilakukan dan bersifat apologetik menginsafi kesalahan dan kesilapan yang lalu. Dalam masa yang sama juga, ia turut menyesali ke atas perkara kebaikan yang tidak dapat dikerjakan secara seoptimum mungkin. Sifat tabie nafsu tersebut diterangkan dalam Al-Quran melalui firman Allah SWT yang bermaksud: “Aku bersumpah demi hari kiamat. Dan Aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri).” (al-Qiyamah:1-2)Ketiga : Nafsu Mutmainnah: Dalam hierarki nafsu, kategori nafsu demikian berada pada tahap yang paling tinggi. Manusia yang memiliki nafsu pada tingkatan ini cenderung memberi ketenangan dan kebahagiaan kepada pemiliknya. Ini kerana, nafsu ini dikuasai dan diimbangi dengan unsur iman dan ketakwaan yang tinggi kepada Allah SWT. Nafsu tersebut terarah kepada menghayati nilai-nilai agama serta mempunyai iltizam yang tinggi dalam menghayati akhlak rabbani. Perkara ini dibentangkan dalam Al-Quran, firman Allah SWT yang bermaksud: “ Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah kedalam jama’ah hamba-hambaKu, Masuklah ke dalam syurgaKu” (al-Fajr:27-30)Bagi mengelakkan diri manusia daripada dipengaruhi oleh unsur-unsur keji yang bolehmerosakkan diri dan agama, seluruh kehidupannya perlu dihiasi dengan manifestasi nilai-nilaimurni yang beridealismekan nilai-nilai luhur dan mencontohi adab tingkah laku terpuji sepertiyang ditunjukkan oleh keperibadian Nabi Muhammad SAW. Contoh personaliti ini merupakan
model yang terbaik dalam kalangan manusia untuk merangka blue print sistem nilai yangberfungsi untuk memperindahkan kehalusan budi yang perlu dihayati oleh setiap manusia dalamsetiap bidang kehidupan. Menyedari tentang kepentingan nilai-nilai murni perlu diaplikasikandalam setiap ruang lingkup kehidupan manusia, setiap tindakan dan gerak-gerinya dalamberinteraksi dengan PenciptaNya, sesama manusia dan alam perlu didasari dengan nilai-nilaiadab sama ada secara zahir atau batin. Individu muslim yang dididik dan diasuh dengan nilai-nilai murni yang berasaskan kepada kesedaran akhlak dan beragama akan menjadi lebihbertanggungjawab dan berdisiplin dalam melaksanakan tuntutan keagamaan.Secara lebih jelas lagi, individu tersebut dapat melaksanakan tuntutan ibadah yang merangkumiibadah khusus dan umum dengan penuh rasa rendah diri atas kesedaran bahawa Allah SWTsentiasa memantau dan mengawasi serta akan menghisab setiap tindakan hambaNya. Ataspertimbangan inilah, setiap aktiviti yang dilakukan bukan hanya berdasarkan orientasikeuntungan dunia yang menjadi pertimbangannya semata-mata. Bahkan amal perbuatannyamerentasi kepada pertimbangan alam lain iaitu mendapat ganjaran dan habuan di akhirat kelak.Individu mukmin yang diperkukuhkan dengan orientasi nilai-nilai murni sentiasa menunaikantanggungjawab agamanya secara ikhlas dan jujur. Dalam ibadah khusus misalnya, kewajipanmenunaikan solat, puasa, haji, zakat dan sebagainya dilaksanakan dengan perasaaan khusyu`dan tawaddu` dan mengharapkan keredhaan dan kerahmatan daripada Allah Yang Maha Esa.Individu yang berjaya memenuhi tanggungjawab agama ini secara sempurna sudah pastilah jiwadan pemikirannya bersih daripada kekotoran yang dinodai dengan unsur-unsur mazmumahd danseterusnya menjadi faktor hijab (penghalang) untuk berinteraksi dengan Allah secara lebihsempurna. Individu yang suci dari aspek zahir dan batinnya dengan nilai-nilai rohaniah akanmeninggalkan kesan positif terhadap jasad dan rohnya seperti tenteram jiwanya, lapangakalnya dan tenang hatinya kerana dipenuhi dengan ilmu, hikmah dan taufik daripada Ilahi.Manusia yang mencapai tahap sedemikian akan memperolehi ijazah yang tertinggi daripadaAllah SWT iaitu mencapai tahap peringkat mukmin yang hakiki. Anugerah ini hanya dikurniakankepada manusia yang memiliki kualiti iman yang jitu dan tinggi. Ini kerana, tingkatan iman yangdimiliki oleh seseorang akan menentukan status hierarkinya di sisi Allah SWT. Pada peringkatini, seluruh perlakuan dan hidupnya hanya diprojekkan kepada ketaatan yang mutlak kepadaAllah SWT. Justeru, apabila manusia berjaya berinteraksi secara positif dengan Allah SWT,secara tidak langsung ia menjadi asas yang konkrit untuk menjalinkan interaksi asas lain yangmerangkumi komponen sesama manusia dan alam.Sehubungan dengan itu, dalam memenuhi tuntutan ibadah umum yang bersifat fardhu kifayahseperti muamalah, siasah, perundangan, iqtisad (aktiviti perekonomian) dan sebagainya,pelaksanaan obligasi tersebut perlu dikombinasikan dengan nilai-nilai Islam yang murni. Sistemnilai yang berteraskan agama menjadi intisari asas kepada pembangunan insaniah. Produkmanusia yang dihasilkan melalui pentarbiyahan agama akan melahirkan institusi masyarakatyang meletakkan kepentingan agama mengatasi segala-galanya. Ajarannya bukan sahajadiperakui sebagai undang-undang yang tertinggi tetapi juga mempunyai komitmen yang tinggiuntuk mengaplikasikan isi kandungannya dengan penuh hormat dan tanggungjawab.Fenomena positif ini dapat melahirkan generasi yang diistilahkan sebagai institusi masyarakat
rabbani yang mendapat keampunan dan rahmat daripada Allah SWT. Melihat kepadakeperihalan inilah, nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama perlu dijadikan sebahagiandaripada komponen asas untuk pembangunan modal insan yang lebih komprehensif.Penghayatan nilai-nilai murni dalam aspek kehidupan manusia akan menyuburkan nilai-nilaipositif seperti berilmu, amanah, bercakap benar, berintegriti, akauntabiliti, kasih sayang, adil,hormat menghormati, kesederhanaan, berakhlak mulia, menegakkan kebenaran, keharmonian,takut kepada Allah dan pelbagai lagi.Dalam konteks dunia sufisme pula, aliran ini memberi penekanan kepada manusia untukmengaplikasikan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Nilai-nilai yang digagaskan meliputinilai siap siaga (murabatah), penetapan syarat (musyaratah), pengawasan (muraqabah),menilai diri (muhasabah), dalam beramal menghukum diri di atas kelemahan dan kekuranganyang ada (mu`aqabah), mengkritik diri dan menginsafi dengan memohon keampunan kepadaAllah SWT melalui mekanisme taubat (mu`atabah).Paradigma kemanusiaan atau dikenali sebagai “al-Nuz`ah al-Insaniyyah” adalah jelasdiutarakan oleh Islam sebagai memperkasakan nilai-nilai kebaikan untuk kesejahteraan sejagatdan tunduk kepada Allah Yang Maha Berkuasa. Apabila sinar Islam memayungi alam ini,falsafah ajarannya jelas membawa rahmat kepada seluruh manusia dan makhluk lain amnya.Mesej pengajarannya yang bersifat universal, penuh dengan prinsip-prinsip kemanusiaan dankaya dengan timbunan nilai-nilai murni yang luhur adalah sesuai dan menepati dengan keperluanfitrah manusia.Menurut fahaman Islam, manusia yang menjadi penghuni alam ini mempunyai hak dankeistimewaan yang sama di sisi Allah SWT. Berasaskan ketentuan inilah, ajaran Islam dilihatsebagai agama yang indah yang memberikan keadilan yang sewajarnya kepada seluruh umatkerana intisari ajaran Islam menzahirkan nilai-nilai seperti kebenaran, keadilan, amanah,memelihara dan menghormati hak asasi, memperkasa citra kemuliaan manusia danmenghormati substansinya.116Keistimewaan nilai-nilai murni yang bersendikan wahyu agung adalah berbeza dengan falsafahnilai yang ditaja oleh sistem Barat yang hanya memberi prioriti kepada asas pragmatisme danmeminggirkan nilai-nilai kemanusiaan. Barat hanya sekadar melihat unsur-unsur kemanusiaandalam aktiviti yang melibatkan sumber perekonomian, etika kerja dan faktor-faktor kebajikan.Dikotomi nilai ini berlaku disebabkan pengasingan elemen-elemen rohaniah dengan falsafahhidup manusia yang menyebabkan indikasi kepada konseptual nilai hanya diterima olehkelompok manusia tertentu sahaja. Pemisahan doktrinasi agama dalam memahami keperluanmanusia juga menyebabkan berlakunya dekadensi moral yang boleh menggugat keharmoniandan kesejahteraan umat. Natijahnya, kebobrokan nilai yang berlaku dalam institusi sosialmasyarakat boleh menimbulkan kekacauan, kebimbangan dan kestabilan yang bertentangandengan semangat maqasid syariyyah yang diutarakan dalam Islam.Menyentuh tentang isu dekadensi yang berlaku dalam masyarakat, faktor ini berlakudisebabkan perubahan kondisi yang berlaku dalam masyarakat. Menurut Mahmud al-Syarqawi,sejarah telah membuktikan bahawa perubahan gelagat manusia daripada terikat dan patuhkepada ketentuan agama dengan beriman dan berakhlak terpuji kepada kejahilan, kesesatan
dan cara hidup yang bebas mengakibatkan berlakunya keruntuhan tamadun manusia.117Simptom penyakit yang dihadapi oleh masyarakat telah berlaku sejak dari zaman Nabi AdamA.S. sehinggalah di zaman umat Nabi Muhammad SAW adalah berdasarkan skrip yang samacuma yang membezakannya ialah watak manusia dan persekitaran. Penyelewengan akidah,kemuflisan moral dan ketandusan amalan nilai-nilai murni yang dimanifestasikan dengankehidupan manusia yang buruk, tidak bermaruah, tercabutnya unsur-unsur kemanusiaan,penindasan, tamak, hasad dengki, kezaliman dan nilai-nilai negatif yang lain merupakan virusyang membunuh ketamadunan manusia.Gejala-gejala negatif yang berlaku dalam masyarakat adalah disebabkan kelonggaran manusiaberpegang teguh dengan panduan dan hikmah yang diturunkan oleh Allah SWT melalui wahyu.Apabila manusia mengutamakan kepentingan dunia mengatasi ketentuan wahyu menyebabkanberlakunya ketidakseimbangan dalam proses pembangunan manusia. Ditambah lagi denganpenguasaan dan monopoli tamadun kebendaan yang mengagumkan dalam pelbagai bidangkeperluan manusia menyebabkan manusia alpa kepada hakikat pencapaian tersebut. Namun, disebalik kemakmuran dan pembangunan yang tidak seimbang dikecapi tersebut, mengakibatkanmanusia hilang arah dan pedomannya serta luputnya nilai-nilai murni yang menjadi ukurankejayaan manusia. Difusi nilai-nilai murni yang menjadi asas pandangan semesta masyarakattelah digantikan dengan nilai-nilai haiwaniah yang menjadi sebati dengan jiwa manusia yangmenguruskan alam ini.118Akibatnya, interaksi manusia dengan alam yang yang bersikap positif bertukar menjadi pasifdan golongan pelampau tersebut rakus mencabuli hak-hak alam sehingga berlakuketidakstabilan ekosistem dan memusnahkan planet yang amat berharga ini. Dunia menjadikacau bilau disebabkan manusia sudah tidak ada lagi arah tujuan dan berada dalam dilemadalam menaksirkan sesuatu perbuatan sama ada diklasifikasikan sebagai baik atau sebaliknya.Unsur-unsur moral hanya dijadikan khazanah yang disimpan dalam sesuatu manuskrip ataumenjadi bahan sejarah dalam sesuatu ideologi atau aliran-aliran kepercayaan tertentu.Kelompok masyarakat yang sepatutnya ditegakkan atas semangat ummah yang mementingkanelemen kasih sayang, harmoni, hormat, silaturrahim dan sebagainya sudah bertukar menjadipecah belah dan mementingkan fahaman individualistik. Pada ketika itu, manusia mulamentafsirkan nilai mengikut selera hawa nafsu dan pertimbangan akal logiknya semata-mata.Menginsafi hakikat tersebut, manifestasi kehidupan manusia yang inginkan kesejahteraan didunia dan akhirat atau diistilahkan sebagai (alfalah) perlu menjadikan agama sebagai tiang serihidupnya dan nilai-nilai murni adalah pakaian zahir dan batin mereka. Justeru, setiap keperluankehidupan insan yang merangkumi politik, pentadbiran, kebudayaan, kesenian, ekonomi,teknologi dan pelbagai lagi perlu diharmonisasikan dengan nilai-nilai murni yang bertunjangkanagama. Cerminan nilai-nilai murni dalam diri manusia akan memantulkan sinar rohaniah yangmengawal setiap aktiviti perlakuan insan bertindak mengikut batasan yang ditentukan olehagama. Apa yang jelas, penghayatan kepada nilai-nilai tersebut dapat menjamin kemaslahatansurvival umat manusia dalam melangsung peradaban manusia yang diredhai dan diberkati olehAllah SWT. Kesombongan, keegoan dan kebongkakan manusia membelakangkan nilai-nilaimurni dalam kehidupan akan mendorong mereka mencipta pelbagai bentuk kemusnahan danketempangan dalam sistem pembangunan insan yang bersifat holistik.
109 Wahbah Zuhaily (1996) al-Quran Perlaksanaan Hukum dan Peradaban Islam, (terj.) Mohammad uqman Hakiem dan Muhammad FuadHariri, h: 1.110 Syed Naquib al-Attas (1978) Islam and Secularism, h: 132-134.111 Mohd Idris Jauzi (1995) Konsep Insan dan Implikasinya Kepada Pendidikan, dlm Seminar Wawasan 2020, kertas latar 3, h: 11.112 Abdul Rahman Embong (P rof. Dato’ Dr.) (2004) Faktor Ideologi P olitik dan Budaya Dalam P enutupan Minda Melayu Islam dlm. JurnalAntarabangsa Dunia Melayu, hlm: 27.113 Al-Maududi, Islam Way of Life. Terj. dan suntingan Khurshid Ahmad, Lahore: Islamic Reasearch Academy, 1962, hlm. 50-60.114 Mahmood Zuhdi Hj Abdul Majid (2006) P engaruh Timbal Balik Antara Hukum dan Budaya Dalam Syariat Islam, dlm Hukum Islam danBudaya Tempatan, h: 5-6.115 K.A Rashid (1988) Pemikiran Islam: Satu Penilaian Semula, (terj.) Amida @ Hamidah Abdul Hamid, h: 64116 Wahbah Zuhaily (1997) Al-Quran Dalam Melaksanakan Hukum dan Peradaban, h:193.117 Mahmud al-Syarqawi (1970) al-Anbiya’ fi al-Quran al-Karim,h: dlm bab kesimpulan.118 Shahnon Ahmad (1990) Fungsi dan Pembangunan Islam Dalam Pembangunan Ummah: Antara Harapan dan Kenyataan, dlm Konsep danPerlaksanaan Pembangunan Berteraskan Islam, (disunting) Muhammad Syukri Salleh, h: xxi.
Bab 5KesimpulanKonsep nilai-nilai murni yang diutarakan oleh Islam adalah sesuatu yang istimewa dan unikkerana domain-domain nilainya dipengaruhi oleh wahyu. Berdasarkan kepada petunjuk wahyutersebut, sesuatu nilai yang diaplikasikan oleh manusia dapat ditafsirkan secara jelas sama adamenepati nilai-nilai mahmudah atau sebaliknya. Oleh kerana sistem nilai dalam dimensi Islamberasaskan kepada ketentuan agama, sudah pastilah ia tertakluk kepada kodifikasi hukumdalam perundangan Islam. Sekiranya sesuatu nilai itu ditafsirkan sebagai kebaikan ataukebajikan, maka pelakunya akan mendapat ganjaran yang setimpal dengan apa yangdikerjakan. Namun, jika ia dinilai sebagai unsur-unsur mazmumah, pelakunya akan mendapatdosa.Falsafah yang terdapat dalam ajaran Islam jelas mementingkan prinsip kemuliaan manusia ataskapasitinya sebagai khalifatulard. Atas prinsip inilah, sesuai dengan suasana keindahan yangterdapat dalam ajarannya, Islam melarang sebarang bentuk nilai yang mempunyai unsur-unsurmemudaratkan kepentingan umum manusia tanpa keizinan yang diberikan oleh syarak.Perbuatan-perbuatan seperti pembunuhan, kezaliman, penindasan, rasuah, penipuan,pengkhianatan, pencabulan hak asasi manusia adalah berkonfrantasi dengan falsafah nilai-nilaimurni Islam. Kunci kepada falsafah nilai dalam Islam adalah ketakwaan yang tinggi kepadaAllah SWT. Melalui mekanisme takwa ini, ia akan mendidik dan mendisiplinkan diri manusia ataskesedaran beragama dan tanggungjawab berakhlak. Manusia yang dididik melalui prosesrohaniah ini, akan berjaya menjadi individu yang bergelar sebagai muslim, muhsin dan yanglebih tinggi lagi iaitu muttaqin.Kedinamikan yang ada pada konsep nilai-nilai murni Islam, merentasi pelbagai fahamanmanusia, sempadan geografi dan kepelbagaian etnik. Nilai keadilan menjadi tonggak pentingbagi menjamin hak asasi manusia. Tidak ada perbezaan dan keistimewaan dalam kalanganmanusia, hanya yang dinilai di sisi Allah SWT adalah tahap ketakwaan yang dimiliki olehseseorang. Berdasar kepada kefahaman inilah konsep nilai-nilai murni telah meletakkan ordertauhid sebagai entiti asas yang menjadi fondisi kepada dasar falsafah pembentukannya.Pegangan yang kukuh terhadap elemen akidah dapat memberikan perasaan jiwa yang merdekadan harga diri yang tinggi kepada manusia bersesuaian dengan statusnya sebagai khalifatulard.Dengan penghormatan dan darjat kemuliaan yang telah dikurniakan ini, manusia dituntut untukmemakmur dan memajukan kehidupan insan serta mencipta peradaban yang dinamis denganmembugar dan menyemarakkan nilai-nilai murni dalam setiap ruang lingkup manusia.Penghayatan dan amalan nilai-nilai murni dalam kehidupan insan memberikan satu inspirasimotivasi yang dapat mendorong manusia ke arah kebaikan dan menjauhi perkara-perkara yang
distilahkan sebagai maksiat. Doktrinasi nilai-nilai murni yang dibajai dengan unsur-unsur akhlakmempunyai potensi untuk mendidik jiwa dan roh manusia, membimbing kepada cahayakebenaran dan menjadi medium yang efektif untuk menjalinkan jaringan interaksi yang positifsama ada hubungan dengan Pencipta, manusia dan juga alam. Dominasi nilai-nilai murni yangdiintegrasikan dalam kosmologi pemikiran masyarakat akan memberi kesedaran kepadainstitusi sosial tersebut untuk memelihara dan menjaga kemaslahatan umum dan mencegahkemudaratan yang boleh meruntuh dan melemahkan status masyarakat Islam.Ironinya, konseptual nilai-nilai murni yang diadun dengan ilmu wahyu perlu dilaksanakan secaramenyeluruh dalam setiap aspek dan operasi hidup. Individu yang menitikberatkan dimensirohaniah dan jasmaniah akan berjaya mengembangkan potensinya sebagai khalifatulard.Namun begitu, apabila manusia meminggirkan nilai-nilai murni yang beraspirasikan nilaimahmudah dan digantikan dengan fahaman ideologi manusia yang bertuhankan nafsu ataudikenali sebagai nilai mazmumah, maka masyarakat tersebut akan menghadapi penyakit sosialyang boleh merosakkan institusi manusia amnya. Secara tidak langsung ia akan memberi kesankepada seluruh aspek keperluan manusia yang merangkumi pelbagai bidang. Ketempangan dankelompangan yang berlaku ini adalah disebabkan nilai-nilai kemanusiaan yang berorientasikansistem nilai murni tidak lagi dipandang sebagai asas pertimbangan kepada gelagat manusia.Natijahnya, konsep nilai-nilai murni menurut cerminan Islam ditafsirkan sebagai pemikiran luhurberkaitan kehidupan insan. Asas pemikiran ini memerlukan kepada elemen-elemen sepertitauhid, syariah dan akhlak sebagai kerangka asas untuk membentuk acuan kebudayaan, carahidup, ketinggian darjat dan ketamadunan manusia. Ia perlulah bersifat realistik untukdiaplikasikan oleh manusia. Sistem nilai yang dicanai oleh Islam dilihat bersifat `alami danrelevan walaupun berbeza suasana dan realiti manusia. Atas sifat murunah (fleksibiliti) yangpada falsafah nilai Islam, ia masih lagi memberi ruang dan meraikan peranan akal manusiadalam memahami sistem nilai tersebut dalam bidang kuasa yang diizinkan oleh syarak. Olehyang demikian, sekiranya wujud perbezaan pentafsiran manusia dalam memahami konseptersebut, maka wahyu merupakan kata pemutus bagi menafsirkan secara jelas dan tepat. Inilahkeabsahan yang ada pada konsep falsafah nilai-nilai murni dalam Islam kerana isikandungannya merupakan kesepaduan di antara pemikiran manusia dan juga wahyu yangbersifat mutlak.
Bibliografi`Ali `Abd al-Rasul (1980) al-Mabadi’ al-Iqtisadiyyah fi al-Islam. Cet. 2, Beirut: Dar al-Fikr al- `Arabi.`Ali, `Abd Allah Yusuf (1968) The Holy Quran: Text, Translation and Commentary. Beirut: Dar at-Tiba`ah wa an-Nashr wa at-Tawzi`.Abdul Rahman Embong (Prof. Dato’ Dr.) (2004) Faktor Ideologi Politik dan Budaya Dalam Penutupan Minda Melayu Islam dlm. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, h: 27, Jun, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.Abu `Abd Allah Muhammad Isma`il bin Ibrahim al-Bukhari (1981) Sahih al-Bukhar. Jil. 1, Istanbul: al-Maktabah al-IslamiyyahAbu al-Fadl Jamal al-Din Muhammad ibn al-Mukarram ibn Manzur (1990), Lisan al-`Arab. Beirut: Dar Sadir.Abu Bakr al-Razi (1978) Al-Tibb al-Ruhani. Cairo: Maktabat al-Nahdah al-MisriyahAbu Hamid Muhammad b. Muhammad al-Ghazali (1996) Bimbingan Mencapai Insan Mukmin. Diselenggara oleh Muhammad Nuhaimi. Kuala Lumpur: Pustaka Ilmi.Ahmad `Abd Aziz bin Qaim al-Hadad (2006) Akhlak al-Nabi S.A.W fi al-Quran wa al-Sunnah, (terj.) Mohd Masbur bin Ahmat. Johor: Jahabersa.Ahmad, Khurshid, dan Zafar Ishaq Ansari (1979) Islamic Perspectives: Studies in Honour of Mawlana Sayyid Abul `Ala Mawdudi. Leicester: The Islamic Foundation.Akhbar, S., Ahmed dan Donnan, Hasting (1995) Islam, Globalizations and Postmodernity. London: Routledge.Al-Albani, Muhammad Nasir al-Din (1995). Silsilah al-Ahadith al-Shahih. Riyadh: Maktabah al- Ma`arif.Al-Attas, Muhammad Naquib, Syed (1978) Islam and Secularism. Kuala Lumpur: Muslim Youth Movement of MalaysiaAli al-Quraisyiy (1996) Malik bin Nabi dan Pergolakan Sosial, (terj.) Mohd Sofwan Abdullah. Jld. 2. Kuala Lumpur:Yayasan Dakwah Islam Malaysia.Alusi, Mahmud ibn Abdullah (1985). Ruh al-Ma`ani fi Tafsir al-Quran al- `Azim wa al-Sa`b al- Masani. Bayrut: Idarah al-Taba`ah al-Munirah.Aminuddin Ruskam al-Dawamy (2004) Pascamoden Perbincangan Isu Sosial. Johor: Universiti
Teknologi Malaysia.Aristotle (1974) The Politics, (terj.) T.A. Sinclair. Harmondsworth: Penguin Books.Balaziri, Abi Yahya bin Jabir al-Baghdadi al-Shahir (1951) Futuh al-Buldan. Al-Qaherah: Matba`ah al-Mawsu`at.Baydhawi, Nasir al-Din Abi al-Khayr `Abd Allah bin `Umar al- (1988) Anwar al-Tanzil wa Asrar al-Ta’wil (Tafsir al-Baydhawi), cet. 2., juz. 1. Beirut Dar al- Kutub al-`IlmiahBenedict, Ruth (1934) Patterns of Culture. New York: Houghton Mifflin.Bennabi, Malik (1979) Syurut al-Nahdah, (terj.) `Umar Kamil Masqawi dan `Abd al-Sabur Syahin. Dar al-Nahdah al`Arabiah.Bernard. S Cayne (1988) The New Lexicon / Webster Dictionary of The English Language. Berkley:Lexicon Publication.Bertens. K. (1992) Sejarah Falsafah Yunani. Yogyakarta: Kanisius.Berthens. K. (2006) Etika dan Moral Untuk Pengajian Tinggi. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.Boswell. John (1996) Christianity, Social Tolerance and Homosexuality: Chicago: University of Chicago.Chapra, M. Umer (1985) Towards a Just Monetary System. Leceister UK: The Islamic Foundation.Crain, W. C. (1985). Theories of Development Concepts and Applications. Englewood Cliffs, N.J.: Prentice-Hall.Durkheim, Emile (1974) Sosiology and Philosophy, (terj.) Pocock, D.F. New York: The Free Press.Foucault, Michel, Michel Foucault, and Michel Foucault (1972) The Archaeology of Knowledge and the Discourse on language. New York: Pantheon Books.Francis Wheen, Marx’s (2006) Das Kapital: A Biography. London: Atlantic,Ghazali, Abi Hamid ibn Muhammad (1988) Mukashafah al- Qulub al-Muqarrib ila Hadrah `Allam al-Ghuyub. Kaherah: Maktabah al-Tawfiqiah.Ghazali, Abi Hamid ibn Muhammad (2000) Keajaiban-Keajaiban Hati, (terj.) Muhammad al- Baqir. Bandung: Karisma.Guthrie, W. K. C. (1975). A History of Greek philosophy. Vol. 4, Plato: the man and his dialogues: earlier period. Cambridge: Cambridge Univ. Press.
Hamka (1997). Pandangan Hidup Muslim. Cet. ke-5, Kota Bharu: Pustaka Aman Press.Ibn Hanbal, Ahmad ibn Muhammad (1983). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal. Bayrut: Maktab Islami.Ibn Kathir, Ismail bin `Umar (1986) Tafsir Ibn Kathir, jil. 1. Beirut: Dar al-Fikr.J. Feinberg (1973) Social Philosophy, 2nd (ed.). Englewood Cliff New Jersey: Prentice HallJ. Finnis (1973) Fundamental of Ethics. Washinton D.C.: Georgetown University Press.James Rachels (1986) The Element of Moral Philosophy. Philadelphia: Temple University Press.Jassas, Abu Bakr Ahmad bin `Ali (1970) Ahkam al-Quran. Juz. Beirut: Dar al-FikrK.A Rashid (1988) Pemikiran Islam: Satu Penilaian Semula, (terj.) Amida @ Hamidah Abdul Hamid. Selangor: Thinker Library Sdn. Bhd. Kahdduri, Majid (1984) The Islamic Conception of Justice. London: John Hopkins University Press.Kant, Immanuel, and Mary J. Gregor (1996) The Metaphysics of Morals. Cambridge texts in the history of philosophy. Cambridge: Cambridge University Press.Khawaja `Abd al-Rashid (1988) Pemikiran Islam Satu Penilaian Semula (terj.) Hamidah Abdul Hamid. Selangor: Thinker Library Sdn. Bhd.Mahmood Zuhdi (1992) Sejarah Pembinaan Hukum Islam, edisi ke-2. Kuala Lumpur: Jabatan Penerbitan Universiti MalayaMahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid (2006) Pengaruh Timbal Balik Antara Hukum dan Budaya Dalam Syariat Islam, dlm Hukum Islam dan Budaya Tempatan. Kuala Lumpur: Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.Mahmud al-Syarqawi (1970) Al-Anbiya’ fi al-Quran al-Karim. Kaherah: Dar al-Sya`b.Malik bin Nabi (1977) Taamulat. Cet ke-3. Damsyiq: Dar al-FikrMalik bin Nabi (1979) Musykilah al-Thaqafah. Damsyiq: Dar al-FikrMaududi, Abu al-A`la (1984) Asas-Asas Akhlak Gerakan Islam, Ihsan, (terj.) Abdul Ghani. Kuala lumpur: A.S. Noordeeen.Maududi, Abul `Ala (1978) Ethical Viewpoint of Islam. Khurshid Ahmad (terj.). Lahore: Islamic Publications.Maulana Abdullah Yusuf `Ali (1992) al-Quran al-Karim, terj. Abu SalahMuhammad `Uthman al-Muhammady. Dewan Bahasa dan Pustaka:Kuala Lumpur.
Mekerjee, R.K. (1965) The Social Structure of Values. New Delhi: S.Chand & Co.Melzer, Arthur. The Natural Goodness of Man: On the Systems of Rousseau’s Thought. University of Chicago Press, 1990Mohamad Abu Bakar (1993) Pembebasan Wanita Dorongan dan Dilema dlm Tokoh-Tokoh Wanita Mithaliyah. Diselenggara oleh Abdul Ghani Shamsuddin, Selangor: Budaya Ilmu Sdn. Bhd.Mohamed Asin Dollah (Prof. Dato’. Dr.) (2004), Nilai-Nilai Islam Yang Sejagat Yang diaplikasikan Dalam Pentadbiran dan Pemerintahan Malaysia. Kertas Kerja dalam Seminar “Harmoni Keagamaan di Malaysia” pada 21-22 Disember 2004, anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan Kerjasama Kerajaan Negeri Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, bertempat di Kota Kinabalu, Sabah.Mohd Idris Jauzi (1995) Konsep Insan dan Implikasinya Kepada Pendidikan, dlm Seminar Wawasan 2020, kertas latar 3. Kuala Lumpur: Biro Tata Negara.Mommsen, W. J. (1992). The Political and Social Theory of Max Weber Collected Essays. Chicago: University of Chicago Press.Mona M. Abu Fadl (1995) Toward Global Cultural renewal : Modernity and the Episteme of Transcendence. Herndon : International of Islamic Thought.Muhammad Hashim Kamali (1998) Principles of Islamic Jurisprudence. Petaling Jaya: Ilmiah PublishersMuhammad Kamal Hassan (1991) Islam Asas Pembangunan dlm Kecemerlangan Pentadbiran Dasar dan Amalan Dalam Islam. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam.Muslim al-Hajjaj al-Qushairi al-Nisaburi Abi al-Husayn, (1981). Shahih Muslim. Istanbul: Cagri Yayinlari.Mustafa al-Siba`i (1986) Wanita Menurut Syariat Islam dan Peradaban Moden. (Terj.) Halimuddin. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.Mustafa Kamal Alias (2001) Islam dan Relativisme Moral Dalam Pemikiran Pasca Modernisme, dlm. Jurnal Yadim, bil., kedua. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah.Parvez Manzoor (1984) Environment and Values: Islamic Perspective, dalam Ziauddin Sardar (ed.), The Touch of Midas Science, Values and The Environment in Islam and West. Manchester: University of Manchester Press.Qaradhawi, Yusuf (1980), Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam. Kaherah: Maktabah WahbahQaradhawi, Yusuf (1987) Pengertian Tauhid, (terj.) Abdul Majid Abdullah. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.
Rafik Issa Beekun (1981) Islamic Business Ethics. Virginia: International Islamic ThoughtRazi, Fakh al-Din, Abu `Abd Allah Muhammad `Umar bin Husayni (1978) al-Tafsir al-Kabir. Juz. 18, Beirut: Dar al-FikrRicardo, David, (1772-1823) On the Principles of Political Economy and Taxation. Edisi ke tiga. London: John Murray.Rokeach, M. (1973) The Nature of Human Values. New York: The Free Press.S. Waqar Ahmad Husaini (1980) Islamic Enviromental System Engineering. London: Macmillan.S.M. Zakir , Penulis Ulu al-Bab dan New Man, dlm Utusan Malaysia bertarikh 13.1.2008Shahnon Ahmad (1990) Fungsi dan Pembangunan Islam Dalam Pembangunan Ummah: Antara Harapan dan Kenyataan, dlm Konsep dan Perlaksanaan Pembangunan Berteraskan Islam, (disunting) Muhammad Syukri Salleh. Pulau Pinang: Universiti Sains Islam Malaysia.Sleeper, Ralph (1987) The Necessity of Pragmatism: John Dewey’s Conception of Philosophy. New York: Yale University Press.Smith, Adam (1723-1790) The Theory of Moral Sentiments. Edisi ke enam. London: A Millar.Sufean Hussin (1995) Pengajaran Nilai Dalam Kurikulum. Ed. 2. Selangor: Penerbit Fajar Bakti.Syatibi, Ibrahim Ibn Musa (1980). Al-Muwaqat. Kaherah: Dar Fikr `Arabi.T.L. Beauchamp (1982) Philossophical Ethics. New York: McGraw-HillT.L. Beauchamp, (1982) Philosophical Ethics. New York: Mcgraw Hill.Thayer, H. S. (1952) The Logic of Pragmatism: An Examination of John Dewey’s Logic. New York: Humanities Press.Wollstonecraft, Mary (1992) A Vindication of the Rights of Woman. New York : Alfred A. Knopf.Zaini Ujang, Sayyed Hossein Nasr dan Ziauddin Sardar (1993) Islam dan Alam Sekitar. Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar.Zuhaily Wahbah al- (1996) al-Qur’an Perlaksanaan Hukum dan Peradaban Islam, (terj.) Mohammad Uqman Hakiem dan Muhammad Fuad Hariri. Selangor: al-Baz Publishing & Distribution Sdn. Bhd.
IndeksAlamiAbdullah Yusuf AliAbu Said al-Khudri R.AAdam SmithAhmad `Abd al-`Aziz al-HadadAkidahAksiologiAl-AlusiAl-falahAl-GhazaliAl-JassasAl-KhusranAl-MaududiAnaniahApresiasiAristotlesBilazimBudayaDavid RicardoDekonstruksiDikotomiDogmatifDomainEtikaEuthanasiaFakh al-RaziFasadFitrahFundamentalGhaibHarmonisasiHasanahHomoseksualIbn KathirImmanuel KantInsanIstihsanIstislahJalalahKamaliahKemaslahatanKhalifatulard
KognisiKonstruktifKontradiksiKuantitatifMahmudahMalik bin NabiMaqasid syariyyahMary WollstonecraftMaterialistikMazmumahMichael FoucaultMoralMuamalahMuqaddasMustafa al-Siba`iNafsunilai-nilai murniNisyanParvez ManzoorPengklonan manusiaPlatoPragmatisPsikologiRabbaniRafik Issa BeekunRefleksiRohaniahRububiyyahRuh al-khuluqiahRuth BenedictSosiologiSyariatSyed Naquib al-AttasTadabburTadabburTaklifTawadu`TaylorTazkiah al-nafsTransexualUluhiyyahUmmah wasatiyahUmmu `AtiyyahUniversalWahbah al-Zuhaily
WahdaniyahWahyuWorldviewYususf al-Qaradhawi
Search