Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di Makmal

Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di Makmal

Published by hizazy83, 2017-10-25 05:24:36

Description: Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di Makmal

Keywords: Keselamatan,Makmal,Kerja

Search

Read the Text Version

B = Breathing ( Pernafasan )Pastikan mangsa bernafas, jika tidak, lakukan Expired Air Resuscitation (EAR) atau ‘ResusitasiUdara Hembusan’. ‘Resusitasi Udara Hembusan’ adalah kaedah memberi nafas kepadamangsa yang terhenti pernafasannya tetapi masih mempunyai denyutan nadi. Terdapat tigateknik yang digunakan di dalam EAR iaitu ‘Mulut-Ke-Mulut’, ‘Mulut-Ke-Hidung’ dan ‘Mulut-Ke-Hidung-Dan-Mulut’. EAR diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas. Sekiranya keadaanmangsa menjadi semakin teruk iaitu jantungnya terhenti, dalam keadaan ini ahli pertolongancemas perlu melakukan CPR.Prosedur EAR atau Resusitasi Udara Hembusan • Melutut tepi mangsa • Baringkan mangsa dan longgarkan pakaiannya • Periksa mulut mangsa dengan jari dan buang benda-benda yang ada dalam mulutnya. • Dongakkan kepala mangsa dengan menggunakan satu tangan dan tolak dahi mangsa ke bawah dengan menggunakan tangan lagi satu. • Menggunakan tangan yang berada pada dahi mangsa, picit hidung mangsa, sedut nafas sedalam-dalamnya, buka mulut anda dan lekapkan pada mulut mangsa, kemudian hembuskan sekuat hati. Dada mangsa akan ternaik kerana udara tersebut dipaksa memasuki paru-paru. • Tunggu sehingga dada mangsa menurun, kemudian ulangi prosedur yang sama. Lakukannya sebanyak empat kali secara terus-menerus dengan cepat. • Terus lakukan resusitasi mulut-ke-mulut (pada kadar 10 pernafasan dalam seminit) sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri ataupun bantuan perubatan telah tiba. • Apabila mangsa boleh bernafas dengan sendiri, letakkan mangsa pada kedudukan pemulihanC = Circulation (Pekelilingan)Semak nadi untuk pastikan nadi mangsa berfungsi. Jika terdapat kadar nadi, teruskan teknikEAR. Jika didapati nadi tidak berfungsi, ahli pertolongan cemas hendaklah melakukan CPR.Renjatan (Shock)Renjatan adalah istilah yang digunakan untuk menerangkan keadaan yang mengancam nyawa.Keadaan ini berlaku disebabkan kecederaan atau sakit yang serius, terutamanya terdapatkesakitan yang amat sangat, pendarahan yang teruk atau kehilangan darah/cecair disebabkan

terbakar. Keadaan ini akan menyebabkan fungsi organ utama terjejas dan boleh membawamaut. Renjatan (Shock)Punca Renjatan • Jika kehilangan darah, diakibatkan oleh pendarahan luaran atau dalaman, isi padu darah dalam saluran/vassels menjadi tidak mencukupi • Kehilangan cecair dalam tubuh seperti cirit-birit, terbakar, muntah-muntah • Fungsi jantung (heart) terjejas disebabkan oleh serangan sakit jantung • Kekurangan tekanan darah disebabkan oleh kecederaan spinal cord, sakit yang amat sangat, jangkitan dan keracunan • Kombinasi kesemua punca ini akan mengakibatkan renjatan lebih seriusSimptom dan PetandaPetanda-petanda seperti muka pucat dan lain-lain simpton kecil boleh dikesan daripadakecederaan yang dialami. Petanda-petanda ini akan mula menunjukkan perkembangan secaraprogresif bergantung kepada: • Keterukan kecederaan • Terus menerus kehilangan cecair • Keberkesanan menguruskan renjatanSimptom dan petanda renjatan • Pucat muka, kuku dan bibir • Kesejukan , kulit berlembab • Kurang bermaya, denyutan nadi cepat • Kencang pernafasan • Pening-peningGejala dan petanda renjatan yang serius • Resah gelisah • Dahaga • Bahagian-bahagian hujung tertentu menjadi kebiru-biruan • Mangsa kecederaan akan mengantuk, keliru atau pengsan • Kencang pernafasan • Tidak bermaya/ denyutan nadi cepat • Mengalami muntah-muntah atau pengsan

Pengurusan Rawatan • DRABC dan kawal pendarahan yang serius • Beri jaminan kepada mangsa • Dapatkan bantuan perubatan dengan serta merta • Kecuali mangsa yang mengalami patah-patah, angkat kaki mangsa berada dalam keadaan yang lebih tinggi daripada jantung • Bebat luka-luka atau terbakar • Tentukan tulang yang patah tidak boleh digerakkan • Longgarkan pakaian yang ketat • Panaskan mangsa dan tentukan mangsa berada dalam keadaan yang selesa • Jika mangsa dahaga, basahkan bibirnya, jangan memberi apa-apa makanan dan minuman • Pantau dan rekod pernafasan dan denyutan nadi dalam tempoh yang ditetapkan • Tentukan saluran pernafasan tidak tersekat • Letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa seperti mengiring jika sukar bernafasLuka/Pendarahan (Bleeding)Pendarahan ialah keadaan ketika berlaku kehilangan darah daripada saluran darah.Pendarahan yang berterusan atau teruk akan menyebabkan mangsa collapse dan dalamkeadaan tertentu boleh membawa maut. Anggota pertolongan cemas hendaklah menfokusuntuk mengawal pendarahan yang teruk. Jumlah kuantiti darah dalam tubuh badan berbezamengikut saiz. Orang dewasa boleh kehilangan 500ml darah tanpa mendatangkankemudaratan, tetapi kehilangan 300ml bagi kanak-kanak boleh menyebabkan kematian. PENDARAHAN Luka/Pendarahan LuarSimptom dan Petanda: Pendarahan yang dapat dilihatPengurusan Rawatan:Tekan Terus (Direct Pressure)

• Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga pendarahan berhenti (darah membeku) • Jika darah masih mengalir balut kawasan yang berdarah atau tambahkan tekanan ke atas kawasan yang luka • Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari jantung dan otak. Praktikkan teknik RICE • Tenangkan mangsa • Hantar mangsa dengan segera ke hospitalPengurusan Rawatan Am • DRABC • Baringkan mangsa • Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga pendarahan berhenti • Tinggikan dan rehatkan bahagian yang cedera jika boleh • Longgarkan pakaian • Hantar mangsa dengan segera ke hospital Pendarahan DalamanSimptom dan PetandaTerdapat pendarahan dalaman boleh dicam oleh Anggota Pertolongan Cemas jika keadaanberikut berlaku: • Batuk darah pekat keluar • Muntah darah berwarna hitam kopi atau merah yang terang. Darah ini mungkin akan bercampur dengan makanan. • Berak dengan tahi warna hitam • Berak dengan tahi warna merah • Kencing warna merahPendarahan yang tidak nampak pada pandangan boleh dikesan berlaku di dalam abdomen jikaterdapat:

• Kesakitan • Kelembutan • Ketegangan otot abdomenPendarahan dalaman akan diiringi dengan simptom dan tanda-tanda: • Kelemahan atau kepeningan • Tidak selesa • Mabuk • Dahaga • Lemah, denyutan nadi yang kencang • Kesejukan, kulit lembab • Pernafasan kencang • BerpeluhPengurusan Rawatan: • Baringkan Mangsa • Angkatkan Kaki Atau Bengkokkan Lutut • Longgarkan Pakaian • Dapatkan Bantuan Perubatan • Jangan Beri Makanan • Tenangkan Mangsa TEKNIK RICE R (REST) – Rehatkan mangsa dan tempat yang cedera. I (ICE) – Meletakkan ais pada tempat yang cedera untuk mengurangkan kesakitan – lakukan selama 20 minit dan ulanginya setiap dua (2) jam untuk 24 jam pertama, seterusnya setiap empat (4) jam untuk 24 jam yang seterusnya. C (COMPRESSION) - Gunakan balutan kepada tempat yang cedera E (ELEVATE) – Tinggikan tempat cedera daripada paras jantungTerbakar (Burns)Terbakar boleh disebabkan oleh kepanasan yang melampau seperti kebakaran, stim, objekpanas atau cecair ; pergeseran; terkena bahan kimia, terkena elektrik dan radiasi. Anggotapertolongan cemas akan berhadapan dengan berbagai situasi dalam memberi bantuan kepadamangsa terbakar. Situasi-situasi yang mungkin akan dihadapi oleh anggota pertolongan cemasatau penyelamat: a. Jika perlu memasuki bangunan yang sedang terbakar, anggota pertolongan cemas

hendaklah: i. Buat anggaran suhu dalaman dengan atau cuba tentukan suhu pintu. Jika didapati terlalu panas, jangan masuk. Jika sejuk atau agak panas saja, buka pintu dengan perlahan ii. Mulut dan hidung hendaklah ditutup dengan kain lembab b. Jika melibatkan voltan domestik: Tutup arus aliran elektrik atau rentapkan kabel untuk memutus arus aliran elektrik i. Jika ini tidak dapat dilakukan, ubah mangsa daripada punca elektrik menggunakan bahan atau peralatan yang bukan pengkonduksi elektrik ii. Jangan memotong kabel c. Jika melibatkan voltan tinggi: i. Tunggu sehingga arus aliran elektrik telah dipotong sambungannya oleh pihak pengurusan elektrik ii. Tentukan anda dan pemerhati sesuatu kejadian adalah selamat iii. Jangan sentuh mangsa atau mana-mana bahan pengkonduksi elektrik sehingga sambungan atau aliran elektrik telah diputuskan Terbakar (Burns)Klasifikasi terbakar : TAHAP PERTAMA (Superficial Burn) atau First Degree Burn -dipermukaan kulit sahajaSimptom dan Petanda • Kemerah-merahan atau hilang warna pada bahagian kulit luar sahaja • Bengkak sedikit dan rasa sakit • Cepat sembuhKlasifikasi terbakar : TAHAP KEDUA (Intermediate Burn) atau Second Degree Burnmelibatkan kecederaan sampai ke tisu dan otot-otot. Kulit kelihatan kemerahan danmenggelembung disebabkan oleh lapisan atas kulit musnah.Simptom dan Petanda • Kemerahan • Ada tanda-tanda gelembung [blisters] • Bengkak yang nyata untuk beberapa hari • Kulit basah akibat lelehan plasma yang keluar dari lapisan kulit yang rosak

Klasifikasi terbakar: TAHAP KETIGA (Deep Burn) atau Third Degree Burn. Kulit kelihatanmerah, lepuh dan nampak keputihan. Tidak terasa sakit.Simptom dan Petanda • Terbakar Sampai Ke Tulang, Kerosakan Tisu Lebih Dalam/Teruk • Kemusnahan Pada Lapisan Kulit Luar Dan Dalam • Isu-Tisu Dalam Dapat DilihatPengurusan Rawatan: • DRABC • Ubah mangsa dari bahaya. Tentukan anda tidak menjadi mangsa seterusnya • Matikan kebakaran pada pakaian mangsa dengan menggunakan selimut, jaket atau • Uruskan bahagian terbakar dengan jurusan air yang sejuk, sehingga bahagian yang terbakar pulih dan suhu badan kembali normal • Tanggalkan pakaian dan perhiasan dan tinggalkan yang tidak boleh ditanggalkan • Tutup bahagian yang terbakar dengan bebat yang tidak melekat • Dapatkan rawaran perubatan dengan serta merta • Cuba melegakan kesakitan mangsa dengan menjurus air sejuk ke atas bebatPerhatian: • Jangan menggunakan sebarang losen, krim atau bebat berminyak • Jangan picit atau pecahkan lepuh atau bahagian melepuh • Jangan terlalu sejukkan mangsa terutama jika bahagian yang terbakar adalah begitu luas • Jangan gunakan tuala, kapas, selimut atau bebat pelekat ke atas bahagian yang cederaKecederaan Anggota Badan (Limb Injuries)Kecederaan anggota badan boleh mendatangkan kesan kepada tulang, sendi, ligamen, otot-otot, saluran darah utama dan urat saraf. Kecederaan badan yang teruk iaitu terdapatkehilangan darah yang banyak juga boleh mengancam nyawa. Kecederaan ini juga bolehmenyebabkan kesakitan yang amat sangat yang boleh menyebabkan renjatan serta kecacatankekal. KECEDERAAN ANGGOTA BADAN (LIMB INJURIES) Lebam-lebam (Bruises) Punca : Punca disebabkan jatuh, hentakan atau tersepit. Terdapat kelukaan dalam tisu

yang menyebabkan lebamSimptom dan Petanda: Sakit-sakit, bengkak-bengkak dan lebamPengurusan Rawatan: Guna teknik RICE TerseliuhPunca : Kecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat menyebabkanligamen tertarik atau koyak. Kawasan kecederaan kebiasaannya di pergelangan tanganatau kaki serta lututSimptom dan Petanda: Sakit yang tajam di tempat cedera dan diikuti dengan bengkakPengurusan Rawatan: • DRABC • RICE • Hantar ke hospital Ketegangan OtotPunca: Kecederaan pada otot akibat ketegangan berlebihan, akibat terlebih guna ataumengangkat benda yang berat.Simptom dan Petanda: Sakit yang tajam di tempat cedera dan diikuti dengan bengkakPengurusan Rawatan: • DRABC • RICE • Letakkan pad sejuk di tempat yang cedera • Nasihatkan mangsa agar jangan menggunakan otot yang berlebihan TerkehelPunca: Kecederaan di sendi yang melibatkan tulang terkeluar dari kedudukan asalnya.Biasanya di bahu, siku, jari dan rahang. Terkehel mungkin diikuti dengan patah tulang.Simptom dan Petanda: Sakit dan tidak boleh menggerakkan bahagian yang cederaPengurusan Rawatan: • Berikan rawatan renjatan • Jangan sekali-kali cuba memasukkan sendi yang terkeluar itu ke tempat asal • Jangan lakukan banyak pergerakan • Balut dengan padding atau anduh di tempat yang cedera

• Hantar segera ke hospitalPatahPatah bermaksud tulang yang retak atau patah. Patah boleh disebabkan oleh hentakan yangtepat dan hentakan sipi. Hentakan tepat berlaku iaitu patah berlaku pada tempat yangmenerima hentakan, sementara hentakan sipi pula apabila patah berlaku di tempat yang bukanmenerima hentakan. Terdapat dua jenis patah iaitu ‘Patah Terbuka’ dan ‘Patah Tertutup’.Tulang-tulang boleh patah secara ‘Patah Melintang’, ‘Patah Menyerong’, ‘Patah Terpusing’,‘Patah Melarat’, ‘Patah Remuk’, ‘Patah Lesung’ dan ‘Patah Tebu’. Semua bentuk patah ini bolehterjadi sebagai jenis patah tertutup atau patah terbuka tertakluk kepada keadaan patahtersebut.Tanda-tanda dan gejala patah adalah sakit, bengkak, hilang kekuatan atau keupayaan begerak,krepitus, berubah rupa bentuk, mungkin renjatan dan tulang boleh dilihat bagi patah terbuka.

Rajah 3.3 – Contoh bentuk ‘Patah Terbuka’ dan ‘Patah Tertutup’Rawatan PatahPatah boleh dirawat dengan menghentikan pendarahan, rehat dan ‘cegah gerak’. ‘Cegah gerak’boleh dilaksanakan melalui ‘Tuap’ dan kegunaan anduh.

Rajah 3.4 – Contoh penggunaan ’tuap’ dan ’anduh’KeracunanRacun ialah bahan yang boleh mengakibatkan kerosakan sementara atau kekal pada tubuhbadan jika diambil dalam kuantiti yang secukupnya. Keracunan boleh terjadi secaradisengajakan atau kemalangan. Racun boleh dimasukkan ke dalam badan dengan berbagaicara sama ada tertelan, tersedut, sama ada serapan melalui kulit dan cara suntikan atauresapan dan melalui rongga samada hidung,mulut,mata,telinga atau dubur dan faraj. Keracunanjuga boleh berlaku melalui keracunan makanan iaitu memakan makanan yang tercemar denganbakteria atau toksin yang dihasilkan oleh bakteria. Keracunan Punca : Reaksi bahan kimia apabila diserap ke dalam badan dalam kuantiti tertentu, sama ada melalui mulut, sedutan, sama ada serapan melalui kulit atau suntik akan merosakkan struktur badan. Simptom dan Petanda: • Simptom dan tanda keracunan berbeza bergantung pada jenis racun, kepadatan racun dan cara kemasukannya ke dalam badan • Racun yang memasuki badan melalui salur darah, akan dibawa dengan pantas ke semua tisu dan merosakkan darah dengan menghalangkan sel-sel darah merah

membawa oksigen ke tisu • Racun yang menjalar ke otak mengakibatkan bengang, gelisah, kejang dan pengsan • Racun yang tersedut boleh mengakibatkan kesesakan nafas yang teruk • Bahan kakis yang tertelan boleh mengakibatkan selaran pada bibir, mulut • Racun dalam sistem pencernaan boleh mengakibatkan muntah, sakit perut, cirit-birit dan salur makan • Racun yang menjalar ke jantung akan mengganggu fungsi jantung • Kehadiran racun ke atas hepar dan buah pinggang yang banyak boleh merosakkan hepar dan buah pinggang Pengurusan Rawatan: Tindakan Awal • Dapatkan maklumat daripada mangsa (jika boleh) dan saksi mengenai jenis racun, bila di ambil dan kuantiti yang di ambil • Bawa racun berkenaan, bekas racun, sedikit muntah, ubat-ubatan dan semua barang yang meragukan ke hospital (jika berkenaan) Penilaian Awal • Tentukan tahap kesedaran mengunakan Kaedah AVPU iaitu: • A - alertness • V - verbal response • P - pain response • U - unresponsive • Perhatikan pernafasan sama ada ianya biasa, sesak sama ada atau cetek / perlahan • Perhatikan juga bau nafas, samada air liur yang banyak, mulut melecur atau berjelaga (soot) • Perhatikan kesan terbakar pada kulit • Perhatikan sama ada mangsa berpeluh • Mata pedih, merah atau berairCardio Pitalponary Resuscitation (CPR)Cardio Pitalponary Resuscitation (CPR) ialah satu teknik yang boleh dilakukan oleh penyelamatuntuk menyelamatkan nyawa mangsa apabila seseorang itu tidak sedarkan diri, tiada bernafasdan tiada denyutan nadi di karotid. Ia merupakan kombinasi bantuan pernafasan danpenekanan dada di bahagian luar. Secara amnya, CPR hanya menggunakan tangan, mulut,bantuan pernafasan dan penekanan dada di bahagian luar.Untuk mengendalikan bantuan CPR, penyelamat atau anggota pertolongan cemas perlu hadirlatihan formal. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan dan tiada orang yangberkelayakan, maka anda perlu memberi bantuan tersebut.

Garis Panduan Baru Untuk CPRPenyelamat, bukan tergolong daripada ahli perubatan profesional, yang melakukan CPR diwaktu kecemasan perlu meninggalkan prosedur pengambilan nadi pesakit. Perubahan ini telahdimasukkan di dalam set garis panduan CPR yang baru yang diumumkan oleh PersatuanJantung Amerika dalam usaha untuk mempercepatkan bantuan kepada mangsa seranganjantung. Mereka menyarankan supaya tekanan ke dada untuk membersihkan saluran udaramangsa yang tercekik yang tidak sedarkan diri dilakukan.Perubahan-perubahan lain berdasarkan garis panduan baru ini termasuklah memerlukan supayapenyelamat yang memberi CPR perlu memberikan 15 tekanan pada dada, berselang-selidengan dua bantuan pernafasan.Kaedah Melakukan CPR Kaedah Melakukan CPR • Pastikan kawasan selamat. • Panggil mangsa, contoh : “Hello, Hello” • Jika tiada tindak balas, minta bantuan orang ramai untuk memanggil ambulan atau hubungi ambulan • Betulkan kedudukan mangsa • Buka saluran pernafasan • Lakukan ’Dengar-Rasa-Lihat’ untuk lima (5) saat • Jika mangsa tidak bernafas, beri dua hembusan perlahan-lahan • Cari tempat tekanan – pertengahan tulang sternum. • Beri tekanan jantung 15 kali dengan dua kali hembusan • Teruskan tekanan sehingga empat (4) kali pusingan • Lihat jika ada tanda-tanda bernyawa – batuk, bernafas atau pergerakan. Jika tiada, ulangkan CPR bermula dengan tekanan di dada • Tunggu kehadiran ambulanPenutupPekerja dalam makmal terdedah kepada berbagai hazard yang menyebabkan kemalangan danjangkitan. Dalam tahun 2006 sahaja, terdapat 58,321 jenis kemalangan yang berlaku di tempatkerja. Akta Kilang Dan Jentera 1967, Peraturan-peraturan (Keselamatan Kesihatan danKebajikan) Kilang dan Jentera 1970, Peraturan 38 telah menetapkan agar, “Seseorang yangtercedera hendaklah sentiasa diberi pertolongan cemas dengan segera dan apa-apa rawatanperubatan selanjutnya jika perlu”.Undang-undang juga telah menetapkan apakah yang perlu ada dalam kotak atau gerobokpertolongan cemas. Maka, pekerja-pekerja perlu diberi pendedahan dalam teknik pengurusan

DRABC dan RICE serta pengendalian pertolongan cemas dalam aspek Renjatan (Shock),Luka/Pendarahan (Bleeding), Terbakar (Burns), Kecederaan Anggota Badan (Limb Injuries),Patah, Cardio Pulmponary Resuscitation (CPR). Pertolongan cemas adalah bantuan yangpertama yang diberikan kepada mangsa. Bantuan pertolongan cemas kepada mangsa yangcedera akan dapat meringankan penderitaan yang dialami.

BAB 4 GARIS PANDUAN KERJA SELAMAT DALAM MAKMAL“Kerajaan telah memperkenalkan garis panduan untuk keselamatan dan kesihatan pekerjadalam Makmal Pergigian yang menggariskan langkah-langkah kritikal yang perlu dipatuhi.Garis panduan tersebut telah menyenaraikan fasilitas asas serta peralatan yang diperlukanbagi menentukan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam Makmal Pergigian. JuruteknikPergigian seperti lain-lain pakar penjagaan kesihatan adalah terdedah kepada hazard danrisiko kesihatan di tempat kerja. Terdapat 1,048 Juruteknik Pergigian yang berkhidmat dibawah penyeliaan 2,392 Doktor Pergigian samada dalam sektor awam atau swasta. Nisbahmenunjukkan satu Juruteknik Pergigian bagi tiap-tiap 23,258 rakyat Malaysia. Nisbah iniadalah tidak menggalakkan jika dibandingkan dengan Negara maju. (Chua Jui Meng, The Star, 8 September 2003)AmPekerja makmal atau mereka yang ditugaskan melaksanakan kerja dalam makmal akanbekerja samada secara individu atau secara kumpulan pada masa yang ditetapkan ataupunketika luar dari masa kerja. Penyelia Makmal atau Ketua Makmal yang dilantik adalahbertanggungjawab untuk membuat giliran tugasan dalam makmal. Beliau juga akan menentukantugasan dalam makmal dan lain-lain keperluan khas jika berkenaan bagi kerja dalam makmal.Mereka yang bekerja dalam makmal terutamanya mereka yang terlibat dengan penggunaanbahan kimia adalah terdedah kepada berbagai hazard seperti yang telah diutarakan dalambab-bab terdahulu. Perlu diingatkan bahawa, semua bahan kimia adalah berbahaya dan perludikendalikan dengan teratur.Untuk menentukan keselamatan kepada pekerja di tempat kerja, maka perlu diadakan prosedurdalam pengurusan bahan kimia.Garis Panduan Kerja Selamat Dalam MakmalTujuan garis panduan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang keselamatan danmenggalakkan amalan kerja selamat dalam makmal. Perlu diingatkan bahawa panduan inimerupakan satu sumber rujukan untuk membantu dan mengingatkan mereka yang akan bekerjadalam makmal berkenaan tatacara yang boleh dilaksanakan bagi mewujudkan keadaanselamat dan kondusif dalam makmal.Garis panduan ini juga boleh dijadikan panduan kepada mereka yang akan mengendalikankerja-kerja dalam makmal secara sambilan seperti ahli akademik atau pelajar untukmelaksanakan kajian-kajian tertentu, proses belajar dan pembelajaran dan lain-lain aktiviti.Walaupun begitu, terdapat beberapa keadaan iaitu tidak terdapat garis panduan dalam buku ini

kerana peralatan tersebut adalah khas dan spesifik kepada makmal tertentu. Dalam situasi ini,disarankan agar mereka yang berkenaan mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusanmakmal sebelum memulakan kerja-kerja dalam makmal.Kesedaran dan PemerhatianSetiap pekerja makmal harus berpengetahuan dalam melaksanakan tugasan mereka. Merekaharus peka dan sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan berlaku kemalangan di tempatkerja. Perancangan perlu ada sebelum memulakan kerja dalam makmal dengan memberiperhatian kepada aspek-aspek berikut:1. Sebelum memulakan kerja dalam makmal, kenal pasti apakah bentuk unsafe condition dalam makmal. Ini boleh dilakukan dengan timbulkan dalam diri anda persoalan mengenai aspek keselamatan dan cara mengatasinya dengan menjawab pertanyaan yang anda timbulkan. Antara persoalannya ialah: a. Apakah hazard yang terdapat dalam makmal ini? b. Apakah akibat kepada anda jika terdedah kepada hazard ini? c. Apakah persiapan yang diperlukan bagi menghadapi hazard berkenaan. d. Apakah peraturan, kemudahan atau kelengkapan perlindungan diri yang diperlukan bagi menghadapi hazard ini?2. Cuba sesuaikan diri anda dengan persekitaran tempat kerja dan ambil tahu mengenai cara mengguna peralatan kecemasan yang ada seperti bilik mandi atau stesen mandi, stesen pembasuh muka dan lain-lain peralatan kecemasan yang ada3. Ambil tahu mengenai prosedur kecemasan, kemudahan penggera dan kaedah pengungsian bangunan4. Ambil perhatian mengenai kelengkapan perlindungan diri yang disediakan dan cara untuk menggunakannya5. Laporkan semua unsafe conditions kepada Penyelia Makmal agar tindakan perbaikan dapat dilaksanakan dengan segera6. Ambil perhatian mengenai pembuangan terjadual yang dihasilkan dan laksanakan pembuangan bahan terjadual mengikut prosedur yang ditetapkan7. Lihat samada semua bahan kimia, tempat stor bahan kimia dilabel dan sama ada bahan kimia diasingkan mengikut kesesuaian kumpulan bahan kimiaPeraturan Umum Keselamatan MakmalSetiap pekerja makmal perlu mematuhi peraturan-peraturan ini: 1. Pekerja makmal atau mereka yang akan melaksanakan tugasan dalam makmal tidak dibenarkan bergurau kasar (horseplay) dan bising dalam makmal serta lain-lain aktiviti seperti bermain-main, berlari-lari, lompat-melompat

2. Dalam pengendalian kerja-kerja yang berbahaya, apabila Penyelia Makmal atau Pegawai Keselamatan Makmal berpendapat kerja-kerja tersebut adalah berbahaya, tiada sesiapa pun dibenarkan bekerja berseorangan dalam makmal atau tempat storan bahan kimia 3. Semua cecair yang tumpah walaupun dalam kuantiti yang sedikit mesti dicuci serta merta bagi mengelakkan sentuhan kulit dan terkena pakaian 4. Mengangkat barangan yang berat mesti dilaksanakan mengikut tatacara yang betul 5. Setiap orang mesti menentukan makmal adalah dalam keadaan bersih selepas digunakanAmalan Kebersihan Diri (Personal Hygiene) 1. Tidak dibenarkan makan, minum, merokok atau bersolek dalam makmal atau tempat storan bahan kimia 2. Jangan menggunakan ais yang bersumber dari mesin pengeluaran ais atau peti ais dalam makmal untuk minuman 3. Basuh dengan air setiap kali terdapat sentuhan bahan kimia dengan kulit 4. Kasut yang sesuai bagi perlindungan kaki hendaklah digunakan oleh pekerja makmal 5. Pakaian yang sesuai yang dapat memberi perlindungan kepada percikan dan tumpahan, senang ditanggalkan dalam kecemasan dan rintangan api hendaklah dipakai dalam makmal 6. Pakaian kegunaan dalam makmal mestilah sentiasa bersih dan ditukar ganti dari masa ke masa atas keperluan 7. Kot makmal, alat pernafasan atau lain-lain kelengkapan perlindungan tidak dibenarkan dipakai di luar dari kawasan makmal. Semua peralatan ini hendaklah disimpan dalam makmal jika tidak digunakan 8. Jangan menghidu bahan kimia. Amalkan kegunaan tiup atau bebawang untuk mengalir bahan kimia atau cecairKekemasan (Housekeeping)Berikut disenaraikan aktiviti akal budi dalam aspek mengurus kekemasan yang perlu diamalkandalam makmal untuk mengelakkan kemalangan: 1. Kawasan makmal hendaklah seberapa yang boleh mesti sentiasa bersih 2. Setiap pekerja makmal bertanggungjawab untuk menentukan tempat bekerja dan persekitarannya adalah sentiasa bersih 3. Reagen dan semua peralatan yang digunakan hendaklah diletakkan di tempat asal selepas penggunaannya 4. Bahan kimia terutamanya cecair tidak dibenarkan disimpan atas lantai. Bahan-bahan ini hendaklah disimpan dalam kabinet. Botol-botol yang besar juga tidak diletak di atas meja

panjang 5. Reagen, larutan, peralatan kaca, atau lain-lain radas makmal tidak boleh disimpan dalam hud 6. Permukaan kaunter hendaklah sentiasa kemas dan bersih. Meja panjang dan hud asap/gas/wap tidak boleh dibuat tempat simpanan bahan kimia 7. Item-item, peralatan, tiub-tiub kaca yang hendak atau disimpan, hendaklah tidak menjulur keluar lebih dari bahagian hadapan rak atau had kaunter 8. Semua peralatan atau item yang disimpan tidak mengganggu laluan terutama kepada peralatan pemadam api, peralatan keselamatan lain atau lain-lain peralatan kecemasan 9. Ruang tangga, ruang dewan, ruang laluan keluar masuk dan laluan kepada peralatan kecemasan tidak terhalang oleh apa-apa peralatan 10. Semua permukaan lantai tempat bekerja hendaklah selalu dibersihkan 11. Semua bekas hendaklah dilabel. Sebagai keperluan minima ianya hendaklah mengandungi butir-butir kesan yang akan diakibatkan dan hazard kepada pengunaPengendalian Barang Kaca (Glassware) 1. Hanya barang kaca yang dalam kondisi yang baik sahaja digunakan bagi mengelakkan berlaku kemalangan dalam makmal 2. Sarung tangan yang sesuai hendaklah digunakan apabila mengutip atau mengurus barang kaca yang pecah 3. Tiub barang kaca glass tubing yang hendak digunakan, tentukan ianya tahan api. Licinkan tiub dengan gliserin atau air sebelum dimasukkan ke dalam lubang penyumbat getah atau tiub getah. Gunakan sarung tangan kulit untuk melindungi tangan semasa hendak menyumbat ke dalam tiub gelas 4. Jangan simpan barang kaca di tepi para atau rak 5. Jangan cuba untuk menangkap atau menyambut barang kaca yang terjatuh atau tertempuhStoran Bahan KimiaBagi menentukan keselamatan pekerja makmal, berikut adalah perkiraan yang perlu diberiperhatian dalam aspek storan bahan kimia: 1. Setiap bahan kimia yang terdapat dalam makmal perlu ada tempat storan yang ditetapkan dan hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya selepas penggunaan 2. Untuk storan bahan kimia, aspek kesesuaian dan pengasingan bahan kimia berdasarkan kepada compatibility perlu diambil perhatian 3. Perlu ada rancangan untuk mengawal tumpahan dan pelepasan bahan kimia secara tidak sengaja 4. Bahan kimia berbahaya tidak seharusnya distor atas lantai

5. Bekas yang sesuai hendaklah digunakan bagi tujuan tertentu seperti untuk storan bahan kimia atau mengumpul sisa bahan kimia 6. Bekas untuk simpanan sisa bahan kimia hendaklah diperiksa dari masa ke semasa bagi memastikan tidak terdapat kebocoran kimia 7. Tudung dan penutup bekas hendaklah ditutup dengan kukuh apabila tidak digunakan 8. Label yang sesuai dan senang dilihat hendaklah diletakkan di kabinet dan di pintu bilik atau tempat-tempat yang ditetapkan 9. Semua bekas yang digunakan untuk storan hendaklah dilabel 10. Cecair mudah terbakar tidak distor dalam makmal 11. Lokasi di mana bahan-bahan kimia distor hendaklah dikenal pasti dan dimaklumkan kepada umum. Tempat stor kimia mesti dilengkapi dengan alat pemadam api, kit percikan, basuhan muka, kit pertongan cemas, telefon atau lain-lain kaedah penyampaian maklumat jika berlaku kecemasan 12. Sejumlah kecil bahan kimia boleh disimpan di tempat kerja sekiranya kuantiti itu akan digunakan pada bila-bila masa. Namun demikian, aspek keselamatan perlu diambil perhatian bagi menentukan keselamatan dalam makmal terjamin 13. Semua bahan kimia yang tamat tempoh hendaklah dilupuskan mengikut prosedur sedia adaPelupusan Buangan KimiaTerdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi untuk mengurus pelupusan bahan kimia samaada ianya tercemar atau stok sama ada berlebihan atau sisa kimia. Adalah menjaditanggungjawab setiap pengeluar sisa buangan melupuskannya mengikut undang-undang AktaKualiti Alam Sekeliling 1974, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual)2005. Berpandukan kepada Jadual Pertama, terdapat 77 kategori buangan terjadual yangdisenarai di bawah kod berikut iaitu : a. SW 1 Buangan logam dan buangan berasaskan logam b. SW 2 Buangan yang mengandungi terutamanya juzuk tidak organik yang mungkin mengandungi logam dan bahan organik c. SW 3 Buangan yang mengandungi terutamanya juzuk organik yang mungkin mengandungi logam dan bahan tidak organik d. SW 4 Buangan yang mungkin mengandungi sama ada juzuk tidak organik atau organik e. SW 5 Buangan lain‘Buangan Terjadual’ hendaklah dilupuskan di premis yang ditetapkan sahaja. Kualiti Alam Sdn.Bhd. telah dilantik oleh kerajaan sebagai premis yang ditetapkan untuk pengolahan buanganterjadual di Semenanjung Malaysia. Sebagai contoh, di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), UnitKeselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) adalah bertanggungjawab untuk mengkoordinasidengan Kualiti Alam Sdn. Bhd. untuk mengurus pelupusan buangan terjadual. Prosedur berikutboleh diguna pakai oleh mana-mana pihak untuk mengurus sisa buangan:

Pembungkusan Bekas Buangan Kimia 1. Letakkan semua buangan yang berbahaya dalam bekas yang boleh ditutup rapat 2. Bekas simpanan yang digunakan mestilah yang tidak boleh bertindak balas dengan buangan yang distor 3. Dalam keadaan tertentu, semua buangan daripada kelas hazard yang incompatible tidak boleh dicampurkan bersama (contoh pelarut organik dengan sebatian oxidizers). Lihat Jadual 4, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 untuk keterangan lanjut 4. Bekas bunga mesti ditutup rapat. Ia hanya boleh dibuka jika perluPelabelan Bekas Buangan Kimia 1. Bekas buangan hendaklah dilabel dengan perkataan ’Buangan Berbahaya’. Ia juga perlu mengandungi butir seperti nama kandungan bahan utama 2. Jangan melabel bekas buangan dengan menggunakan formula, simbol atau perkataan singkatan 3. Nyatakan hazard yang diakibatkan oleh buangan kimia ini 4. Tutup atau buangkan lain-lain label jika ada padanya yang tidak bersangkutan dengan bahan kimia semasa digunakanStoranBuangan kimia mesti distor sama seperti prosedur menyimpan mana-mana bahan kimia lain.Bahan buangan kimia hendaklah diasingkan atau disegregasikan. Cara yang tipikal buang kimiaboleh disegregasikan ialah:CARA TIPIKAL BUANGAN KIMIA DI SEGREGASI• asid• kaustik• pelarut berklorin• pelarut tak berklorin• buangan merkuri/raksa• agen pengoksidaan• buangan PCB• kimia reaktif• buangan minyak• buangan pencemaran logam beratBuangan kimia ini mestilah dilonggokkan dalam bekas simpanan yang berasingan. Bahan kimia

ini juga perlu diasingkan dari satu sama lain, sekurang-kurangnya jika berlaku tumpahan ataukebocoran, bahan kimia ini tetap berasingan daripada bekas-bekas lain.Prosedur Pelupusan 1. UniMAP, semua Pusat Pengajian dan Jabatan perlu mengisi Borang Permohon Pelupusan Buangan. Borang yang telah dilengkapi hendaklah dihantar ke Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP). UKKP akan membuat pengurusan dengan Kualiti Alam Sdn. Bhd. untuk proses pelupusan. (Lihat Appendix 1) untuk proses pelupusan 2. Sisa buangan kimia ini hendaklah dipek dan dilabel mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kualiti Alam Sdn. Bhd. 3. UKKP akan menyediakan maklumat kepada Pusat Tanggungjawab mengenai proses pelupusan selepas menerima pengesahan dari Kualiti Alam Sdn. Bhd.Kelengkapan Perlindungan DiriPekerja makmal perlu memakai Kelengkapan Perlindungan Diri. Bagaimana caranya hendakmembuat pemilihan untuk Kelengkapan Perlindungan Diri yang sesuai digunakan? Sebagaipanduan, bahagian mana yang perlu dilindungi dan jenis hazard yang akan dihadapi atau kontakberlaku akan menentukan pemilihan Kelengkapan Perlindungan Diri iaitu dalam lain perkataansama ada keperluan perlindungan untuk kepala, muka atau mata, sistem pernafasan(hidung/mulut), badan, tangan dan kaki. Adalah disarankan Kelengkapan Perlindungan Diriseperti diringkaskan di Jadual 4.11 digunakan bagi menangani risiko bersangkutan denganbahan kimia berbahaya atau bahan berbahaya iaitu:Jadual 4.1 - Pemilihan Kelengkapan Perlindungan Diri Berdasarkan Risiko Kepada Bahan MerbahayaBAHAGIAN RISIKO CONTOH TERBAIK UNTUK YANG PERLINDUNGAN Percikan, terbakar dan melecur, serapan melaluiTERDEDAH kulit Helmet, kap keras untuk melindungi kepala (bump cap), Kepala Terbakar dan melecur, percikan, iritasi, serapan melalui kulit atau mata pelindung mukaMuka/Mata Pernafasan dalam atmosfera yang tercemar, iritasi Pelindung muka, gogal, cermin Sistem pernafasan,kelemasan akibat kekurangan udara mata keselamatanPernafasan (asphyxiation) Repirator pembersih udara Terbakar dan melecur, dermatitis, penyerapan Repirator Pembekal Udara Sut Bahan Kimia Berbahaya,

Badan melalui kulit apron, baju tangan panjang Tangan Terbakar dan melecur, dermatitis, serapan melalui Sarung tangan ketahanan kimia kulit Kaki dan Kasut keselamatan, sarung balutTapak Kaki Terbakar dan melecur, serapan melalui kulit kakiGaris Panduan Bekerja Berseorangan Dalam MakmalPekerja Makmal kadang kala akan bekerja secara berseorangan. Penyelia Makmalbertanggungjawab untuk melatih pekerja makmal dalam aspek pengurusan keselamatan dalammakmal. Pekerja makmal yang berkenaan adalah bertanggungjawab pada dirinya sendiri untukmenentukan keselamatannya semasa bekerja dalam makmal. Di samping itu akan terdapatsituasi yang memerlukan para kakitangan akademik untuk bekerja berseorangan dalam makmaluntuk melaksanakan projek-projek tertentu. Dalam aspek ini, semua yang akan bekerjaberseorangan dalam makmal perlu untuk memikirkan mengenai apa-apa batasan dan halangandalam penggunaan peralatan atau bahan kimia tertentu sekiranya hendak bekerjaberseorangan. Ini adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan semasa bekerjaberseorangan.Kerja berseorangan didefinasikan sebagai kerja-kerja yang dilaksanakan dalam masa kerjaatau luar masa kerja di tempat kerja semasa atau yang terpencil atau tidak ada kehadiranorang lain di tempat kerja. Seterusnya, kerja-kerja yang dikendalikan tidak dikawal selia secaralangsung oleh penyelia dan keadaan dalam mana jika berlaku kecederaan yang kritikal,gangguan kesihatan, mangsa musibah atau lain-lain kecemasan mengancam nyawa yang tidakdapat diramalkan berlaku, bantuan adalah tidak mudah didapati. Justeru, jika perlu bekerjaberseorangan walaupun dalam waktu kerja atau di luar waktu kerja apakah harus andalakukan? Jadual 4.2 - Garis Panduan Bekerja Berseorangan Dalam Makmal GARIS PANDUAN BEKERJA BERSEORANGAN DALAM MAKMAL Sebelum Memulakan Kerja • Kelulusan perlu diperolehi sebelum memulakan kerja • Individu berkenaan hendaklah menyatakan di lokasi mana ia akan bekerja • Individu berkenaan tahu apa yang hendak dibuat dalam keadaan kecemasan • Individu berkenaan tahu dan ditaklimatkan mengenai batasan dan halang dalam penggunaan peralatan atau bahan kimia tertentu • Mesti menentukan ada orang yang mengetahui bahawa individu tersebut bekerja berseorangan dengan sekurang-kurangnya memberi tahu Pengawal Keselamatan kompleks serta memintanya membuat pemantauan ke atas mereka seberapa kerap yang boleh Sewaktu Kerja

• Ujian yang diketahui adalah merbahaya hendaklah tidak dilaksanakan oleh mereka yang bekerja berseorangan dalam makmal • Patuhi garis panduan bekerja dalam makmal Selepas Kerja • Memaklumkan mengenai tamat kerja terutama kepada mereka yang telah anda maklumi sebelum memulakan kerja dalam makmal • Patuhi garis panduan bekerja dalam makmalCiri-Ciri MakmalMakmal hendaklah direka bentuk supaya dapat menyediakan persekitaran kerja yang selamatdan kondusif kepada pekerja makmal. Pada dasarnya sebuah makmal perlu: 1. Lampu pencahayaan yang terang dan tidak menyakitkan mata, pencahayaan yang baik ini juga meliputi keperluan lampu kecemasan 2. Mempunyai ciri-ciri keselesaan dan keselamatan 3. Pelan pengungsian bangunan yang diketahui umum 4. Ventilasi, Kualiti Udara Dalaman, Sistem Pemanas dan Penyejukan yang baik 5. Tempat storan kimia yang baik dan selamat 6. Pancuran keselamatan, stesen basuh muka termasuk singki yang mencukupi 7. Kemudahan sanitasi, tempat makan pagi dan tengah hari 8. Kemudahan telefon kecemasan 9. Sistem perlindungan kebakaranPenutupPekerja makmal atau mereka yang ditugaskan melaksanakan kerja dalam makmal akanbekerja samada secara individu atau secara kumpulan pada masa yang ditetapkan ataupun diluar masa kerja. Oleh yang demikian, perlu diadakan garis panduan untuk bekerja dalammakmal.Tujuan garis panduan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang keselamatan danmenggalakkan amalan kerja selamat dalam makmal. Garis panduan ini juga boleh dijadikanpanduan kepada mereka yang akan mengendalikan kerja-kerja dalam makmal secara sambilanseperti ahli akadamik atau pelajar untuk melaksanakan kajian-kajian tertentu, proses belajardan pembelajaran dan lain-lain aktiviti. Walaupun begitu, akan terdapat beberapa keadaan iaitutidak terdapat garis panduan dalam buku ini kerana peralatan tersebut adalah khas dan spesifikkepada makmal tertentu. Dalam situasi ini, disarankan agar mereka yang berkenaanberbincang dengan pihak pengurusan makmal sebelum memulakan kerja dalam makmal. Lampiran 4

___________________________1 Guidelines on the Use of Personal Protective Equipment Against Chemicals Hazards, Department of Occupational Safety andHealth, Ministry of Human Resources, 2005, Page 14

BAB 5 PENGURUSAN KECEMASAN DALAM MAKMALPelan Kecemasan MakmalMakmal hendaklah direka bentuk supaya mempunyai ciri-ciri keselesaan dan keselamatan sertadapat menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan kondusif kepada pekerja makmal.Sebuah makmal perlu mempunyai pelan kecemasan yang mengambil kira aspek-aspek sepertisistem pemadam api, tindakan yang perlu di ambil jika berlaku kecemasan, kaedahpengungsian bangunan yang diketahui umum dan lain-lain aspek lagi.Apakah sistem perlindungan kebakaran yang akan diimplementasikan dalam sesebuahmakmal? Kecemasan atau bencana yang sering berlaku dalam makmal dan persekitarannyaialah seperti kemalangan melibatkan bahan kimia berbahaya, kebakaran, letupan, kebocorangas, kebocoran dan tumpahan bahan kimia, samada jenis yang diketahui atau sebaliknya, telahdilaporkan atau dilihat. Tumpahan bahan kimia ini lazimnya berlaku di atas lantai dalambangunan yang sama atau di lain bangunan atau tempat yang akan memberi kesan kepadakawasan tersebut. Situasi ini selalunya akan mengakibatkan kebakaran atau letupan. Ia perluditangani dengan segera bagi mengelakkan daripada merebak, kehilangan nyawa dankerosakan harta benda yang teruk.Terdapat dua (2) sistem perlindungan kebakaran yang boleh diimplementasikan dalam makmaliaitu ’Sistem Perlindungan Kebakaran Pasif’ dan ’Sistem Perlindungan Kebakaran Aktif’. ’SistemPerlindungan Kebakaran Pasif’ adalah berkaitan dengan unsur-unsur di dalam struktur bangunanyang berupaya untuk melaksanakan fungsinya bagi tujuan: a. Memberi perlindungan kepada penghuni bangunan dari kecederaaan semasa belakunya kebakaran di dalam bangunan b. Memberi perlindungan kepada penghuni dari kecederaaan semasa pelepasan diri dari bangunan semasa kebakaran c. Memberi kemudahan semasa anggota penyelamat atau pemadam menjalankan tugas-tugas kecemasan d. Mengelakkan kemerebakan api dan asap dari suatu bangunan ke bangunan yang lain e. Memberi perlindungan kepada harta benda dari kemusnahan kebakaranTerdapat enam (6) komponen yang terdapat dalam ’Perlindungan Kebakaran Pasif’ iaituKompatmentasi/pemetakan; Pengudaraan; Tangga dan Pintu Keselamatan; Lif BombaPengadang Api; dan Kawasan Perhimpunan. Penerangan ringkas mengenai komponen-komponen ini adalah seperti di Jadual 5.1. Jadual 5.1 – Komponen Perlindungan Kebakaran Pasif

1) DINDING DUA PEHAK DAN PEMETAKANSatu perancangan untuk membendung, mengawal dan melambatkan proses kemerebakan api, asapdan haba antara dua atau di dalam sesuatu bangunan. Saiz dan had pemetakan berdasarkan jeniskegunaan bangunan mengikut Uniform Building By Law (UBBL) Perkara 136.Perkara 133 : UBBL ’pengadang api’ ertinya, suatu pengadang atau penutup yang boleh mencegahatau menghalang laluan asap atau api di dalam satu rongga atau di keliling suatu paip atau saluran ditempat ia menembusi suatu dinding atau lantai atau di persimpangan antara elemen-elemen struktur.2) PENGUDARAAN DAN PENCAHAYAANPengudaraan : • Satu sistem pengudaraan bagi menjamin keselamatan penghuni daripada asap ketika keluar dari bangunan semasa menyelamatkan diri di waktu kebakaranPencahayaan : • Kemudahan cahaya di semua laluan bagi menjamin keselamatan penghuni keluar dari bangunan semasa menyelamatkan diri di waktu kebakaran3) TANGGA DAN PINTU KESELAMATAN • Perkara 202 UBBL: Semua tangga yang digunakan bagi bangunan–bangunan yang tingginya lebih dari 45.75 m di mana tidak terdapat pengudaraan yang mencukupi sebagaimana yang dikehendaki hendaklah dilengkapkan dengan satu sistem pengisitekanan asas : a. Keupayaan kipas mencukupi untuk mengalirkan udara tidak kurang 60 m/minit b. Bilangan pintu yang terbuka pada suatu masa 10 % daripada jumlah pintu yang membuka ke tangga c. Jentera penjaga mencegah asap daripada masuk ke tangga di hidupkan secara automatik • Perkara 162 (1) dan Perkara 163 UBBL: Pintu-pintu api setengah jam dan satu jam daripada Tahan Kekuatan Api (TKA) yang berpatutan hendaklah disediakan. • Perkara 133 : ‘Tangga menentang kebakaran’ ertinya suatu tangga yang di tentukan sebagai jalan masuk yang diiktiraf ke dalam bangunan untuk ahli bomba jika berlaku sesuatu kebakaran. ‘Tangga luar’ ertinya sesuatu tangga yang terbuka sepenuhnya kepada udara luar . ‘Tangga dalam’ ertinya suatu tangga yang dikepungi di semua sisi oleh dinding dan semua ruang buka dalam dinding luarnya digilap atau dilindungi daripada cahaya • Perkara 133 UBBL : ‘Paras akses perkakas bomba’ ertinya di mana Perkakas BOMBA boleh menghampiri bangunan itu bagi maksud menentang kebakaran dan memindahkan penduduk. ‘Paras akses menentang kebakaran’ ertinya paras paling tinggi yang sesuatu tangga perkakas BOMBA boleh di sandarkan ke dinding bangunan bagi maksud menentang kebakaran atau memindahkan penduduk4) LIF BOMBA • Perkara 133 – UBBL : ‘Lif Bomba’ ertinya lif yang boleh diambil milik bagi kegunaan eksklusif ahli bomba dalam masa kecemasan • Perkara 243 : Dalam satu bangunan di mana tingkat atas yang diduduki adalah lebih dari 18.5m di atas paras Akses Perkakas Bomba, lif bomba hendaklah disediakan

5) PENGADANG API Perkara 133 UBBL: ‘Pengadang api’ ertinya suatu pengadang atau penutup yang boleh mencegah atau menghalang laluan asap atau api di dalam satu rongga atau di keliling suatu paip atau saluran di tempat ia menembusi suatu dinding atau lantai atau di persimpangan antara elemen-elemen struktur 6) KAWASAN PERHIMPUNAN a. Keluar dari bangunan dan dalam masa yang sama pastikan tiada rakan yang masih tinggal dalam makmal b. Berkumpul di kawasan selamat dan mengikut blok/bangunan c. Ketua bangunan perlu memastikan jumlah pekerja yang berbaris d. Laporkan kepada pihak keselamatan keadaan dan jumlah pekerja kepada pihak keselamatan e. Tunggu arahan selanjutnya dari pihak keselamatan’Sistem Perlindungan Aktif’ merupakan sistem perlindungan kebakaran dipasang tetap padabangunan atau premis merangkumi tiga cara tindakan untuk mengesan dan memberi isyarat,mengawal dan memadam kebakaran. Tujuan sistem perlindungan aktif ialah: a. Untuk memberi perlindungan kepada penghuni bangunan dengan cara mengesan, mengawal dan memadam kebakaran b. Untuk mengesan, mengawal dan memadam kebakaran di peringkat awal bagi mengelakkan kerosakan dan kemusnahan akibat kebakaranJenis sistem yang ada di bawah ’Sistem Perlindungan Aktif’ yang boleh diberi pertimbanganialah Sistem Pili Bomba; Sistem Pancur Kering Dan Basah; Sistem Gelendung Hos Hidrolik;Sistem Semburan Air Automatik (Springkler System); Sistem Penggera Kebakaran JenisManual; Sistem Penggera Kebakaran Jenis Automatik; Sistem Penggera Kebocoran GasAutomatik; Sistem Isitekan; Sistem Pembuangan Asap; Sistem Perlindungan Buih; SistemWater Spray; dan Alat Pemadam Api Mudah Alih. Penerangan ringkas mengenai komponen-komponen ini adalah seperti di Jadual 5.2. Gambar-gambar mengenai Jenis-jenis SistemPerlindungan Aktif pula boleh dilihat di Gambarajah 5.1.Di dalam makmal UniMAP, sistem perlindungan kebakarannya mengandungi kombinasi ’SistemPerlindungan Kebakaran Pasif’ dan ’Sistem Perlindungan Kebakaran Aktif’. Jadual 5.2 – Jenis-Jenis Sistem Perlindungan Aktif 1) SISTEM PILI BOMBA • UBBL 1984 – Perkara 225(2) – Setiap bangunan perlu dilengkapkan sekurang-kurangnya satu pili bomba yang ditempatkan tidak lebih dari 91.5 meter dari tempat akses perkakas bomba yang terdekat sekali • Perkara 225(3) – Keperluan tambahan bilangan Pili Bomba mengikut keperluan pihak Bomba 2) SISTEM GELENDUNG HOS HIDROLIK

Jenis sistem : • Jenis Basah (Wet Pipe System) - Bekalan air sentiasa ada di dalam gegelung. Bekalan air di perolehi daripada tangki air. • Jenis Kering (Dry Pipe System) - Air hanya disalurkan oleh kenderaan bomba melalui pili bomba ke paip penyalur bekalan air. • Jenis Basah dan Kering - Campuran jenis basah dan kering. Bekalan air daripada pili bomba hanya disalurkan apabila kenderaan bomba berada di tempat kejadian.3) SISTEM PANCUR KERING DAN BASAHTafsiran UBBL :Perkara 133 – ‚Sistem Pancur Basah’ suatu salur air tegak yang sentiasa penuh dan di pasang bagimaksud menentang kebakaran.Perkara 133 –'Sistem Pancur Kering’ suatu sesalur tegak yang selalunya kering, daripada saiz yangberpatutan dan dipasang dengan pili air keluar yang boleh dipenuhi dengan air oleh pam-pam pihakbomba melalui air masuk perkhidmatan bomba.Kehendak UBBL :Pancur Kering :Perkara 230 (1): Sistem pancur kering hendaklah disediakan dalam tiap-tiap bangunan yang manatingkat paling atasnya adalah lebih dari 18.3 meter tetapi kurang dari 30.5 meter di atas paras aksesperkakas bomba.Pancur Basah :Perkara 231 (1): Sistem pancur basah hendaklah disediakan dalam tiap-tiap bangunan yang manatingkat paling tingginya adalah lebih 30.5 meter di atas paras akses perkakas bomba.Perkara 231 (6): Setiap peringkat pancur basah hendaklah tidak melebihi 61 meter, melainkandibenarkan oleh bomba tetapi tidak melebihi 70.15 meter.Perkara 248 (1): Pancur basah, pancur kering, semburan dan pemasangan paip bomba lain hendaklahdicat merah.Perkara 248 (2): Semua kabinet dan kawasan ceruk dalam dinding bagi penempatan pemasanganbomba dan pemadam api hendaklah ditunjukkan dengan jelas dan diluluskan oleh bomba.4) SISTEM PENGGERA KEBAKARANKehendak – UBBLPerkara 237 (1): Penggera kebakaran hendaklah di sediakan mengikut Jadual Kesepuluh UBBL.Daripada Jadual Kesepuluh, jenis-jenis penggera yang digunakan ialah Sistem Pengesan ApiAutomatik , Sistem Penggera Kebakaran Elektrik Manual Sistem Penggera Penunjuk Isyarat danSistem Penggera Manual.5) SISTEM SEMBUR AIR (SPRINKLER SYSTEM)Sistem ini digunakan untuk bangunan yang melebihi empat (4) tingkat dan isipadu melebihi 7000m/padu.

Jenis Sistem : • Sistem Paip Basah - Sentiasa mempunyai bekalan air dalam tekanan di dalam saluran paip. • Sistem Paip Kering - Saluran paip mengandungi tekanan udara yang mencukupi untuk menghalang air daripada masuk ke dalam paip. Bekalan air hanya diagihkan apabila injap bekalan air terbuka apabila fius pengesan pada injap terbuka. ( sesuai untuk negara empat musim )Perletakan :Kepala Sprinkler kedudukannya tidak boleh terlalu rapat – 5 meter setiap satu.Tiada halangan seperti beam, dinding sesekat dan lampu.Keperluan UBBL :Perkara 244 : Semua pemasangan dan perkakas bomba hendaklah mematuhi edisi semasa piawai :-Semburan Automatik – Kaedah JPB Edisi 29:19736) SISTEM TETAP KHAS (FIXED EXTINGUISHER SYSTEM)Jenis-Jenis Peralatan : • Sistem Buih a. Premix Foam b. Foam Inlet System c. Water Fog System • Sistem Debu Kering • Sistem Karbon Dioksida dan Nitrogen • Sistem Halon7) SISTEM PEMBUANGAN ASAP DAN HABATujuan : • Mengeluarkan asap dan menghalang masuk ke ruang lain • Mengelak dari berlaku campuran bahan kimia hasil daripada pembakaran tidak sempurna • Memudahkan kerja pengawalan oleh pihak bomba • Mengurangkan kepanasan kepada kerangka bangunanKadar pengeluaran asap bergantung kepada : • Luas kawasan api kebakaran • Tinggi bumbung sesuatu ruang8) PEMADAM API BIMBIT (FIRE ESTINGUISHER)Perletakan : • Tempat mudah di lihat • Sepanjang jalan keluarJenis-Jenis Alat Pemadam Api : • Karbon Dioksida (5 LBS) – Jenis kebakaran bahan mudah terbakar, cecair dan elektrik • Jenis Air (Boleh digunakan untuk api bahan pepejal saja. Tidak boleh digunakan untuk api dari kebakaran elektrik atau cecair mudah terbakar)

• Jenis Buih (Kimia 2 Gelen) – Jenis kebakaran pepejal dan cecair • Jenis Bahan Kimia Kering (9 KG) ABC – Jenis kebakaran pepejal, cecair dan elektrik)Langkah Penggunaan : • Keluarkan hos dan halakan hos ke permukaan api • Tarik kunci pincu • Tekan pelantak dengan kemas • Padamkan api dengan menggerakkan hos ke kiri dan ke kanan berulang kali9) SISTEM KOMUNIKASI (INTERCOM & PAGING)Terbahagi kepada dua iaitu :- • Fireman Interkom – untuk kegunaan ahli bomba dan pengumuman kecemasan kepada penghuni ( contoh: perletakan bilik pam, bilik motor lif dan tangga bomba) • Pengumuman Kecemasan – perhubungan di antara penghuni bangunan dan pengawal bilik kawalan10) PEJABAT KAWALAN BOMBAKehendak – UBBLPerkara 238 : Tiap-tiap bangunan premis atau bangunan besar yang melebihi 30.5 meter tinggihendaklah di lengkap dengan satu pusat pemerintahan dan kawalan yang di tempatkan di atas tingkattentuan dan hendaklah mengandungi satu panel untuk mengawasi siaraya, komunikasi bomba,semburan, pengesan aliran air, pengesan api dan sistem penggera dan di hubungkan terus melaluitelefon kepada balai bomba yang berkenaan dengan membipas papan suis.

Sistem Pili Bomba

Sistem Pancur BasahSistem Pancur Kering

Sistem Karbon DioksidaSistem Penggera Kebakaran Jenis Manual

Sistem Penggera Kebakaran Jenis AutomatikSistem Penggera Kebocoran Gas Automatik

Sistem SprinklerSistem Water Spray

Sistem Perlindungan Buih (Foam System) Sistem Pembuangan Asap Alat Pemadam Api Mudah Alih

Sumber :http://infolib.bernama.com/equipbernama/images/note/cegahkebakaran.pdfhttp://rakan.jkr.gov.my/ckpendidikan/Pdf_Design%20Guilde%20Line/firefighting.pdfTindakan-Tindakan Apabila Berlaku KecemasanSekiranya berlaku kebakaran dalam makmal, langkah-langkah yang perlu di ambil adalahseperti berikut: a. Sekiranya berlaku kebakaran, matikan segala suis punca utama elektrik b. Jerit “Api, Api, Api” agar dapat didengar oleh mereka yang berhampiran c. Keluar dari bangunan dan dalam masa yang sama pastikan tiada rakan yang masih tinggal dalam makmal d. Berkumpul di kawasan selamat dan mengikut blok/bangunan e. Ketua bangunan perlu memastikan jumlah pekerja yang berbaris f. Laporkan kepada pihak keselamatan keadaan dan jumlah pekerja kepada pihak keselamatan g. Tunggu arahan selanjutnya dari pihak keselamatanSegala kecemasan yang berlaku dalam kampus, Jabatan Keselamatan merupakan ‘PasukanBantu Mula’. ‘Pasukan Bantu Mula’ ini juga akan bertindak sebagai ’Pasukan BertindakKecemasan’. Tanggungjawab pasukan ini adalah untuk menangani bencana berkenaan daripadamereka sementara menunggu ketibaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Jabatan iniadalah agensi Kerajaan yang bertanggungjawab untuk menangani kecemasan yang melibatkankebakaran, letupan dan lain-lain kecemasan. Namun demikian, sekiranya sesuatu organisasiada menubuhkan Pasukan Bertindak Kecemasan, pasukan ini akan bertindak untuk menanganikecemasan berkenaan sebagai pasukan bantu mula.Pasukan Bertindak Kecemasan Dalam Situasi KecemasanProses untuk atur gerak Pasukan Bertindak Kecemasan dalam situasi kecemasan yangtersebut di atas boleh dilaksanakan dengan menerap ’Kitaran Pengurusan Bencana’. KitaranPengurusan Bencana melibatkan empat (4) fasa utama seperti di Gambarajah 5.2 iaitu fasaMitigasi, Kesiapsiagaan, Respon dan Pemulihan.Kejayaan pelaksanaan pengurusan kecemasan terletak atas kerjasama semua peringkatpekerja dalam organisasi. Bagaimanakah fasa-fasa Kitaran Pengurusan Bencana bolehmemberi manfaat kepada organisasi dan dalam masa yang sama boleh diterap untuk aturgerak Pasukan Bertindak Kecemasan?

Gambarajah 5.2 – Kitaran Pengurusan BencanaFasa Kesiapsiagaan (Preparedness Phase)Apa terkandung dalam Fasa Kesiapsiagaan? Kesiapsiagaan mengandungi aktiviti-aktiviti yangdilaksanakan sebelum berlakunya situasi kecemasan. Aktiviti ini dirancang untukmempertingkatkan tahap Kesiapsiagaan serta kemampuan dalam menghadapi apa jua situasikecemasan. Justeru, apabila berlakunya situasi kecemasan, semua pihak telah bersiap sediabagi menghadapi situasi berkenaan. Aktiviti kesiapsiagaan ini melibatkan semua pihak iaitupengurusan, pekerja dan juga ’Pasukan Bertindak Kecemasan’.Antara aktiviti yang boleh dirancangkan di bawah fasa ini adalah merangka PelanKecemasan/Bencana atau Emergency Response Plan yang akan menggabungkan dalam pelantersebut pelaksanaan aktiviti seperti latihan kecemasan, pengenalpastian hazard, penaksiranrisiko, kawalan dan pencegahan risiko, latihan dan kawad kecemasan, menubuhkan rangkaiandan saluran komunikasi. Dalam Fasa Kesiapsiagaan ini juga program pemeriksaan danpenguatkuasaan undang-undang serta peraturan-peraturan di tempat kerja perlu dilaksanakan.LatihanPengurusan adalah bertanggungjawab untuk menentukan ’Pasukan Bertindak Kecemasan’diberi latihan mengurus kecemasan sewajarnya serta dilengkapi dengan peralatan khas bagimenghadapi situasi kecemasan. Ia akan membolehkan pasukan ini melaksanakan tugasandengan selamat. Dalam Fasa Kesiapsiagaan, organisasi bertanggungjawab bagi menentukanPasukan Bertindak Kecemasan dan semua pekerjanya diberi latihan yang sesuai. Pihakpengurusan juga perlu menyediakan kelengkapan-kelengkapan yang sesuai untuk Pasukanberkenaan bagi membolehkan mereka menghadapi situasi kecemasan dengan selamat. Bentuk

latihan yang boleh dirancangkan untuk Pasukan Bertindak Kecemasan disarankan mengandungiprogram seperti kaedah memberi bantuan menyelamat semasa kecemasan, pengenalpastianhazard, penaksiran risiko, pencegahan dan kawalan risiko.Latihan KecemasanLatihan Kecemasan dan Drill dilaksanakan untuk menguji keberkesanan pelan kecemasan danprosedur, latihan yang dihadiri dan peralatan yang dibekalkan. Terdapat berbagai jenis latihanyang boleh dilaksanakan di tempat kerja. Antara bentuk latihan kecemasan yang bolehdilaksanakan adalah seperti Functional Exercise atau Full-Scale Exercise untuk menilai pelan-pelan yang ada. Latihan ini perlu dilaksanakan secara berkala dengan menggambarkan senariokecemasan yang sebenar. Tujuan utamanya supaya Pasukan Bertindak Kecemasan dan semuaorganisasi tahu dan mengambil tindakan yang sewajarnya semasa berlaku kecemasan yangtidak diingini. Hasil yang diharapkan dari latihan ini adalah: a. Membolehkan organisasi untuk menentukan tahap keberkesanan pelan kecemasan serta menilai kekuatan dan kelemahan dalam mengatur gerak Pasukan Bertindak Kecemasan b. Membolehkan proses untuk memperkemaskan prosedur pelan kecemasan c. Membolehkan untuk mengenal pasti aspek-aspek yang menyumbang kepada kelewatan mengambil tindakan d. Membolehkan pelaksanaan penilaian keberkesanan latihan e. Menggalakkan petugas dapat bekerjasama dengan lain-lain agensiFasa ResponDalam fasa ini, Pasukan Bertindak Kecemasan petugas lain bertindak untuk menangani situasikecemasan yang berlaku. Tujuan utama adalah untuk mengurangkan kehilangan nyawa dankerosakan harta benda yang lebih teruk. Tindakan yang boleh di ambil adalah sepertimengimplementasikan pelan kecemasan, menubuhkan pusat kawalan kecemasan, penyediaanpertolongan cemas, pengistiharan dan pemberitahuan kecemasan dengan mengeluarkanarahan pengumuman berlaku kecemasan oleh pihak pengurusan, mobilisasi sumber-sumber,menyediakan bantuan perubatan dan khidmat sosial dan sebagainya. Dalam fasa ini, PelanTindakan Bencana yang baik akan membolehkan tindakan di ambil dengan lebih teratur danterancang.Untuk menggerakkan Pasukan Bertindak Kecemasan, ianya perlu apa yang dikatakan“pemberitahuan” atau notifications. Pemberitahuan ini adalah proses iaitu maklumat perludisalurkan kepada pihak-pihak tertentu seperti Pasukan Bertindak Kecemasan bagimembolehkan tindakan yang sewajarnya dapat di ambil. Maklumat yang perlu disalurkan

kepada pihak tertentu mengandungi butir-butir seperti, who, what, when, where. Justeru, dalampengendalian kecemasan berhubung dengan tumpahan bahan kimia atau kebocoran gas,tindakan berikut boleh dilakukan: a. Memberitahu penyelia, rakan kerja dan lain-lain pekerja dalam kawasan berkenaan mengenai berlakunya situasi kecemasan sama ada tumpahan bahan kimia atau kebocoran gas atau kebakaran b. Pada masa yang sama ambil tindakan untuk membunyikan loceng kecemasan c. Mengatur gerak Pasukan Bertindak Kecemasan dan membuka Pusat Gerakan untuk menghadapi situasi kecemasan d. Laksanakan penaksiran risiko dan hubungi talian “999” untuk mendapatkan bantuan e. Tinggalkan bangunan atau makmal jika situasi kecemasan tidak dapat dikawal atau jika ianya menimbulkan bahaya kepada nyawa dan kesihatan f. Jauhi daripada kawasan kecemasan g. Jangan cuba untuk menolong atau menyelamat mangsa kecuali anda yakin anda juga akan selamat jika berbuat demikian h. Jangan cuba untuk membersihkan tumpahan kimia/kebocoran gas kecuali Pasukan Bertindak Kecemasan adalah terlatih untuk mengendalikannya. Jika tidak, tinggalkan kerja-kerja pembersihan kepada mereka yang terlatih seperti Pasukan HAZMAT, Jabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaMengaktifkan Bilik Gerakan KecemasanBagi menentukan operasi mengurus kecemasan berjalan dengan lancar dalam situasikecemasan yang telah dibincangkan, Bilik Gerakan Operasi atau Emergency OperationsCenter perlu diaktifkan. Pihak pengurusan adalah disarankan untuk melantik seorang pengarahatau penyelaras bersertakan jawatankuasa yang terdiri daripada wakil setiap Jabatan untukmengendali dan menganggotai Bilik Gerakan setiap kali berlaku situasi kecemasan.Keanggotaan ini boleh dilantik secara sementara atau tetap. Tujuan penubuhan Bilik Gerakanadalah: a. Mengurus dan mengkoordinasikan operasi kecemasan termasuk meningkatkan hubungan dengan agensi awam lain b. Dapat membuat keputusan yang tepat mengenai bentuk bantuan yang diperlukan serta menyangkal dan menyelesaikan perkara-perkara remeh-temeh yang timbul bersangkutan dengan bantuan kecemasan yang dipohon c. Menyediakan maklumat kepada petugas untuk penyebaran amaran dan perpindahan

pekerja d. Mengkoordinasikan segala bentuk bantuan yang diterima daripada pelbagai pihak samada agensi kerajaan atau swastaApakah peralatan atau bentuk kelengkapan perlindungan diri yang diperlukan untukmelaksanakan tugas kecemasan? Semua keperluan ini adalah bergantung atas tugasan yangakan dilaksanakan. Dalam situasi kecemasan yang melibatkan bahan kimia yang merbahaya,ahli Pasukan Bertindak Kecemasan atau petugas lain perlu memakai sut untuk perlindungan diriatau sut ’HAZMAT’. Dalam tugasan melawan kebakaran pula, peralatan dan kelengkapanbentuk lain diperlukan. Kesimpulannya, peralatan dan kelengkapan untuk sebarang tugasanbergantung kepada situasi kecemasan. Perkara asas yang perlu ada adalah pengusung. Iaadalah peralatan asas yang mustahak yang perlu disediakan untuk kegunaan pada bila-bilamasa untuk mengangkat mangsa. Keperluan peralatan terlalu banyak jika hendak disenaraikantetapi keperluan asas adalah seperti kit pertolongan cemas, alat pemadam api, selimut kalisapi, bilik mandi kecemasan, stesen basuh muka dan sebagainya.Dalam memilih kelengkapan perlindungan diri untuk Pasukan Bertindak Kecemasan ataupetugas-petugas lain, perkara utama yang perlu difikirkan ialah bahagian mana yang perludilindungi iaitu dalam lain perkataan samada keperluan perlindungan untuk kepala, muka ataumata, sistem pernafasan (hidung/mulut), badan, tangan dan kaki. Adalah disarankan agarKelengkapan Perlindungan Diri digunakan bagi menangani risiko bersangkutan dengan bahankimia berbahaya iaitu:a) Fasa Pemulihan (Recovery Phase)’Fasa Pemulihan’ merujuk kepada tindakan yang di ambil selepas bencana atau berlakunyakecemasan. Dalam fasa ini, semua tindakan dan usaha di ambil untuk mengembalikan semulasemua sistem kepada tahap sediakala. Semua kerosakan, pemulihan dan pembinaan semulasemua fizikal, pembersihan kawasan dan sebagainya dilaksanakan.b) Fasa MitigasiFasa ini adalah fasa yang perlu dilaksanakan secara berterusan bagi menghalang berulangnyaberlaku kecemasan dan mengurangkan impak yang dirasai yang diakibatkan oleh bencana ditempat kerja. Justeru, fasa mitigasi ini dilihat sebagai prinsip asas dalam pengurusankecemasan kerana tumpuan aktiviti bagi membantu mangsa kecemasan, mengelakkankehilangan harta benda dan kerosakan persekitaran. Antara program yang boleh dilaksanakanialah Pelan Mitigasi Hazard (HAZMIT Plans), Pengenalpastian Risiko, Penaksiran Risiko,Analisis, Penilian, Kajian dan Pendidikan.Penutup

Makmal hendaklah direka bentuk supaya mempunyai ciri-ciri keselesaan dan keselamatan sertadapat menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan kondusif kepada pekerja makmal.Kecemasan atau bencana yang sering berlaku dalam makmal dan persekitarannya ialah sepertikemalangan melibatkan bahan kimia berbahaya, kebakaran, letupan, kebocoran gas,kebocoran dan tumpahan bahan kimia, samada jenis yang diketahui atau sebaliknya, telahdilaporkan atau dilihat. Tumpahan bahan kimia ini lazimnya berlaku di atas lantai dalambangunan yang sama atau di lain bangunan atau tempat yang akan memberi kesan kepadakawasan ini. Situasi sebegini selalunya akan mengakibatkan kebakaran atau letupan. Terdapatdua sistem perlindungan kebakaran yang boleh diimplementasikan dalam sesebuah makmaliaitu ‘Sistem Perlindungan Kebakaran Pasif’ dan ‘Sistem Perlindungan Kebakaran Aktif’.

BAB 6 KESIMPULANPekerja yang bekerja dalam makmal terdedah kepada berbagai hazard yang menyumbangkepada kemalangan di tempat kerja. Dalam tahun 2006 sahaja terdapat 58,321 kes dilaporkan.Dalam tempoh tersebut, kadar kemalangan industri tertinggi terdapat dalam sektor perkilanganyang mencatatkan 21,609 kes dilaporkan. Dari angka ini terdapat 3,700 kes hilang upaya kekaldan 188 kes kematian. Kemalangan di tempat kerja boleh dikurangkan jika programkeselamatan dan kesihatan pekerjaan dilaksanakan. Pekerja sewajarnya dibekalkan denganpengetahuan pertolongan cemas. Sekiranya pekerja mengalami kemalangan di tempat kerja,rawatan awal perlu diberikan kepada mereka bertujuan untuk mengurangkan kesakitan yangdialami sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan selanjutnya.Pekerja makmal atau mereka yang ditugaskan melaksanakan kerja dalam makmal akanbekerja samada secara individu atau secara kumpulan mengikut masa yang ditetapkan ataupundi luar masa kerja. Maka, perlu diadakan garis panduan untuk bekerja dalam makmal.Undang-undang utama yang memberi tumpuan khas kepada keselamatan, kesihatan dankebajikan pekerja di tempat kerja ialah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Aktaini berkehendakkan pekerja, majikan, masyarakat dan kerajaan menentukan aspekkeselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja, diberi perhatian khusus bagimewujudkan suasana kerja yang kondusif dan selamat. Dalam Akta ini terdapat peraturan-peraturan yang memberi tumpuan kepada aspek mengurus bahan kimia di tempat kerja iaitu: a. Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan Dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000 b. Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pembungkusan dan Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya) 1977 [P.U. (A) 143/97];Seiringan dengan pelaksanaan aktiviti-aktiviti dalam makmal dan bengkel yang menggunakanbahan-bahan kimia, sisa-sisa bahan kimia juga dihasilkan. Kini, terdapat Peraturan dan Perintahdalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang menfokuskan kepada aspek pengurusan sisabuangan iaitu Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling(Buangan Terjadual) 2005.Makmal hendaklah di reka bentuk supaya mempunyai ciri-ciri keselesaan dan keselamatanserta dapat menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan kondusif kepada pekerjamakmal. Seterusnya sebuah makmal perlu ada pelan kecemasan yang mengambil kira aspekkeselamatan seperti sistem pemadam api, tindakan-tindakan yang perlu di ambil jika berlakukecemasan, kaedah pengungsian bangunan yang diketahui umum dan lain-lain aspek lagi.Terdapat dua sistem perlindungan kebakaran yang boleh diimplementasikan dalam makmal iaitu’Sistem Perlindungan Kebakaran Pasif’ dan ’Sistem Perlindungan Kebakaran Aktif’.

RUJUKANAkta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. (2004). MDC Publication Sdn. Bhd.Akta Kilang dan Jentera 1967. (2004). MDC Publication Sdn. Bhd.Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. (2004). MDC Publication Sdn. Bhd.Akta Perkhidmatan Bomba dan Peraturan-peraturan. (2004). MDC Publisher Sdn Bhd.B.S.E.E., L. G. K. (1996). Emergency and Disaster Planning Manual: McGraw-Hill.David L, G. (2005). Occupational Safety and Health for Technologists, Engineers, and Managers (Fifth Edition ed.): Pearson Prentice Hall.National Security Council Directive. Policy and Mechanism of Disaster Management and Relief Committee. No. 20.Department of Occupational Safety and Health (1997). Guideline for Labeling of Hazardous Chemicals: Ministry of Human Resources Malaysia.Department of Occupational Safety and Health (1997). Guidelines for the Classification of Hazardous Chemicals: Ministry of Human Resources Malaysia.Department of Occupational Safety and Health (2005). Guideline on the Use of Personal Protective Equipment Against Chemical Hazard: Ministry of Human Resources.London, U. C. ( 1994). Disasters, Development and Environment. London: John Wiley & Sons.Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) (2008). Manual Pertolongan Cemas.Mohamad Khan, Nor Azimah Chew Abdullah & Ab. Aziz Yusof. (2005). Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dalam Organisasi: Pearson Prentice Hall.Reese, C. D. (2003). Occupational Safety and Health Management: A Practical Approach: Lewis Publishers.Robert Kreiner, A. K. (2000). Organizational Behavior (6th ed.): McGraw Hill/Irwin.Roskind, R. A. (2000). The Complete Disaster Home Preparation Guide: Prentice Hall PTR.Pertubuhan Kebajikan dan Sukan, JKKP (2006). Garis Panduan Bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan PekerjaanUniform Building By-Laws. (2004). MDC Publishers Sdn. Bhd.http://en.wikipedia.org/wiki/Laboratory

www.mohr.gov.my/http://www.hrdf.com.mywww.perkeso.gov.my/www.dosh.gov.my/http://www.vts.net.my/MS_1722.htmwww.dosh.gov.my/Informasi/GarisPanduan/GarisPanduanhttp://infolib.bernama.com/equipbernama/images/note/cegahkebakaran.pdfhttp://rakan.jkr.gov.my/ckpendidikan/Pdf_Design%20Guilde%20Line/firefighting.pdf


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook