MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID BIL 01/2020 SK BEBULOH, WP LABUAN. Tarikh / Hari : 11hb. Februari 2020 (Selasa) Masa : 2.00 petang Tempat : Bilik Mesyuarat Pearl, SK Bebuloh Kehadiran : Hadir 1. En. Abdul Rahman Bin Salim - Guru Besar 2. Cik Amidah Bt. Basar - Penolong Kanan HEM 3. En. Jahar bin Hj. Abit - Penolong Kanan Kokurikulum 4. Pn. Azyan Munirah Bte Ismail 5. Pn. Nur Kamilah Bt Abdullah Phillip 6. Pn. Noni Bt Ibrahim 7. En. Farhan Bin Ahmad 8. Ustaz Anwar Bin Hashim 9. Pn. Maskunah Bte Kalbeh 10. En. Ahmad Nasuha Bin M Izani 11. En. Muhammad Hafizuddin Sa’ari 12. Ustaz Hamizan Bin Alia 13. En. Mohd Aqil Bin Mahrop 14. En. Adrian Romario Andrew 15. Pn Lawangsa Bt Hassim 16. En. Mohd Saifullah Bin Mohd Jendeh 17. En. Faizatul Ikhram Bin Ibrahim 18. Cik Ummi Malihah Binti Mohd Nisman 19. Pn Jamilah Hj Awg Kanak 20. En. Mohd Dzul Fadhly B. Musnin 21. En. Mohd Sahrun Bin Hambug 22. Pn. Juliana Bte Mohd Arifin 23. Pn. Bungahati Bte Muin 24. Ustaz Fakhrunisham Bin Muhamed 25. Pn. Norshafarina Bte Ahmad Marzuki 26. Ustazah Dg. Ruzana Bte Ag. Tangah 27. Pn. Siti Hajar Bin Imran Tidak Hadir Bersebab : 1. En. Aznan Bin Hj. Abidin (JPN) 2. Pn. Sunarni Bte Suyut (Cuti Bersalin) 3. Cik Razia Bte Abdullah (Badminton) 3. Cik Noranis Lyana Bte Zambery (Kelab Doktor Muda)
Bil Perkara Tindakan 1.0 Ucapan Pengerusi 1.1 Guru Besar selaku pengerusi mesyuarat menyampaikan ucapan alu-aluan kepada semua guru yang hadir. Beliau menyatakan banyak kekangan dihadapi terutamanya menghadapi persediaan sukan sekolah menyebabkan mesyuarat kali pertama HEM terpaksa ditangguhkan, dan untuk mesyuarat seterusnya akan dirangkumkan dengan mesyuarat pengurusan lain. 1.2 Memaklumkan kepada semua guru kelas untuk mewar-warkan kepada ibu bapa agar dapat memeriahkan hari sukan sekolah pada 14.2.2020 (Jumaat) dan mengingatkan mereka melalui aplikasi ‘Whatsapp’ kumpulan supaya Makluman tidak lupa menulis kehadiran semasa hari sukan nanti. Setiausaha Sukan Semua guru pula diminta untuk menyediakan borang pendaftaran sarana ibu bapa pada hari sukan tersebut. 1.3 Memaklumkan bantuan awal persekolahan RM100.00 akan diadakan pada minggu hadapan kepada murid yang layak, dan memohon semua guru kelas untuk menyemak semula data APDM terkini bagi mengelakkan keciciran. Beliau menjelaskan, sekiranya wang tersebut tidak mencukupi, agihan akan diberi kepada murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6 terlebih dahulu manakala murid-murid Tahun 1 akan diagihkan kemudian. 1.4 Menyentuh tentang tugas mengambil kehadiran murid setiap hari. Walaupun tugas tersebut diambil alih oleh En. Mohd Nor selaku pembantu operasi di sekolah, namun beliau mengharapkan kehadiran murid diisi oleh guru kelas masing-masing bagi memudahkan mereka menyemak kekerapan murid yang tidak hadir ke sekolah. Bagi murid- murid Tahun 6 yang selalu tidak hadir ke sekolah, tindakan segera akan diambil untuk memberi kesedaran kepada mereka. 1.5 Mencadangkan bahagian unit disiplin mengambil satu slot pagi untuk memberikan taklimat disiplin kepada murid selama 10 minit dalam mana- mana hari sekolah. Beliau juga memaklumkan bahawa setakat ini program unit disiplin berjalan lancar. 1.6 Mengingatkan agar guru-guru tidak mengambil masa yang lama semasa mengendalikan majlis perhimpunan sekolah, kecuali melibatkan acara penyampaian hadiah sahaja. Selain itu, hanya laporan guru bertugas minggu sebelumnya sahaja yang perlu dibentangkan semasa perhimpunan.
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Pengurusan HEM Bil. 2/2019 Dicadang untuk disahkan : Pn. Nur Kamilah Bte Abdullah Phillip Disokong untuk disahkan : En. Sahrun Bin Hambug 3.0 Perkara Berbangkit 3.1 Borang KWAPM Cik Amidah (PK HEM) memaklumkan borang KWAPM sudah difailkan, buat senarai semak dan lengkapkan borang tersebut. Senarai nama murid boleh dapatkan daripada beliau. 6.0 3K (Kebersihan, Keselamatan, Kesihatan) Cik Amidah memaklumkan program 3K telahpun dilaksanakan sebelum ini. Walaubagaimanapun, pada tahun lepas (2019) program ini tertangguh kerana melibatkan banyak jawatankuasa. Selain itu, beliau memberitahu tentang pertandingan antara kelas akan diteruskan. Makluman : Guru Besar menyatakan tiada masalah untuk meneruskan program 3K ini Semua guru dengan menubuhkan jawatankuasa baharu, kerana ia tidak memerlukan jawatankuasa yang besar. 7.2 Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Cik Amidah memaklumkan guru yang bertugas semasa pengagihan RMT oleh pihak kantin sekolah akan diambil alih oleh guru bertugas mingguan. Beliau juga memaklumkan pihak kantin telah membantu untuk mencatat kehadiran murid yang terlibat RMT dan ini merupakan usaha yang terbaik. 7.4 Program Susu Sekolah (PSS) Cik Amidah menyatakan tiada pengagihan susu sekolah pada tahun 2019 disebabkan isu kotak susu. 7.5 Baitulmal Cik Amidah menjelaskan pihak sekolah hanya mencadangkan murid- murid yang dianggap layak menerima bantuan baitulmal, manakala keputusan muktamad adalah daripada pihak Baitulmal. 11.1 RIMUP Cik Amidah memaklumkan program RIMUP akan dipindahkan dibawah unit KOKUM.
4.0 Senarai AJK Pengurusan HEM 2020 4.1 Cik Amidah membentangkan AJK Unit Hal Ehwal Murid (2020). (Rujuk Lampiran 1) 5.0 Takwim 5.1 Cik Amidah membentangkan Takwim Unit Hal Ehwal Murid (2020). (Rujuk Lampiran 2) 6.0 Pelaporan Unit Disiplin 6.1 Ustaz Fakhrunisham selaku Ketua Guru Disiplin memohon pihak pentadbir bahagian HEM untuk menyelaraskan bahagian yang berkaitan dengan unit disiplin (penyelaras kelas, pengawas, pusat sumber, kaunseling dan lain-lain). 6.2 Memaklumkan surat pekeliling SSDM sudah dihantar melalui aplikasi ‘Whatsapp’kumpulan rasmi sekolah, seterusnya boleh mula mengisi bagi bulan Januari 2020. Beliau menjelaskan, sistem nilai murni tidak semestinya diambil dari tingkah laku murid di dalam kelas sahaja malah perlakuan murid diluar kelas juga diambil kira seperti membantu guru mengangkat buku-buku. 6.3 Memaklumkan surat amaran ponteng sudah dihantar ke Telegram rasmi sekolah (TS25) dan guru-guru boleh membuat rujukan. Beliau menyatakan jika mengikut SOP, ramai murid yang melanggar peraturan dan dikenakan tindakan. 6.4 Guru Besar menjelaskan tentang sebarang masalah berkaitan ketidakhadiran murid, perlu berjumpa dan berbincang dengan ibu bapa murid terlebih dahulu, dan barulah tindakan susulan diambil. Selain itu, sebarang kes ringan atau berat yang dilakukan murid perlu dirujuk dan dibincangkan terlebih dahulu dengan beliau. 6.5 Ustaz Fakhrunisham menerangkan cara penyelesaian kes yang melibatkan kes ringan, pertengahan dan berat. Bagi kes ringan hanya perlu diselesaikan di dalam bilik disiplin sahaja, manakala kes pertengahan dan berat perlu dicatatkan. Bagi menangani kes berat, perlu diselesaikan dengan secepat mungkin melalui perbincangan dengan pihak pentadbir untuk memberi kesedaran segera kepada murid. Dalam hal yang berkaitan, beliau juga telah memohon izin untuk melaksanakan satu program drastik iaitu solat sunat hajat dibawah anjuran unit disiplin dengan kerjasama panitia pendidikan islam yang akan dijalankan di sekolah pada hari khamis bertarikh 13hb. Februari, 2020. Program ini merupakan salah satu langkah segera dalam menangani kes disiplin berat
melibatkan beberapa orang murid yang melakukan kesalahan menghisap rokok elektronik (vape) di sekolah, dan juga sempena penyakit corona virus yang sedang merebak ketika ini. Selain itu juga, beliau memaklumkan sehingga bulan Februari terdapat 4 kes disiplin berlaku yang melibatkan kecurian, buli dan lain-lain. 6.6 Guru Besar menyatakan tidak ada masalah untuk melaksanakan program drastik ini. Sehubungan itu, beliau menjelaskan adalah perlu untuk membuat hebahan semula dengan ibu bapa tentang isu ‘vape’ ini sama kesalahannya dengan menghisap rokok, Dalam hal berkaitan, buat surat aku janji yang ditandatangani oleh ibu bapa yang antaranya menyatakan sekiranya berlaku ulang kesalahan yang sama terhadap anak mereka, pihak sekolah berhak untuk menggantung sekolah tidak melebihi 14 hari. Guru Besar juga menyarankan agar kesalahan menghisap ‘vape’ ini hendaklah dijelaskan semula kepada semua murid seperti dalam perhimpunan sekolah. 6.7 Ustaz Fakhrunisham memaklumkan tempoh masa yang diambil untuk menjalankan program solat sunat hajat ini adalah selama 30 minit iaitu bermula jam 7.00 – 7.30 pagi, dan meminta semua guru kelas dan guru pendamping maklumkan murid-murid untuk membawa sejadah dan telekung. Selain itu, beliau juga mencadangkan untuk mengadakan bengkel SSDN 2020 bersama guru-guru SK. Bebuloh di BTPN, dan menjemput penceramah luar iaitu daripada unit disiplin. 6.8 Cik Amidah memaklumkan jadual murid ponteng sekolah akan diedarkan kepada semua guru kelas untuk mengetahui bilangan murid yang ponteng, dan satu surat edaran khas akan diagihkan kepada semua ibu bapa. Beliau juga meminta pihak unit disiplin menapis semula peraturan kelas sedia ada untuk ditampalkan disetiap kelas. 7.0 Pelaporan Unit Bantuan (BAP, RMT, KWAPM, EMK, Baitulmal, PSS) 7.1 BAP (Bantuan Awal Persekolahan) Pn. Azyan membentangkan jumlah penerima bantuan awal persekolahan (BAP) berdasarkan analisis data daripada APDM tahun 2020 adalah seramai 350 orang daripada 403 orang murid. Berikut merupakan jumlah penerima BAP mengikut kelas : Tahun 1D = 28 orang Tahun 4D = 22 orang Tahun 1C = 35 orang Tahun 4C = 31 orang Tahun 2D = 34 orang Tahun 5D = 22 orang Tahun 2C = 34 orang Tahun 5C = 28 orang Tahun 3D = 28 orang Tahun 6D = 23 orang Tahun 3C = 34 orang Tahun 6C = 31 orang
Beliau juga mengharapkan semua guru kelas sudah mengemaskini data murid. Sekiranya terdapat sebarang perubahan, guru kelas masih boleh mengemaskini data murid sehingga hujung minggu ini. 7.2 Cik Amidah bertanyakan senarai nama murid dalam APDM. 7.3 Pn. Azyan menyatakan senarai nama akan dikeluarkan selepas guru kelas mengemaskini data murid. 7.4 Guru Besar meminta semua guru kelas ambil tahu tentang pengemaskinian data murid supaya tiada keciciran dalam menerima bantuan. Sekiranya bantuan awal persekolahan ini mencukupi, libatkan sekali murid-murid Tahun 1 yang layak menerima. 7.5 RMT (Rancangan Makanan Tambahan) Cik Amidah memaklumkan seramai 82 orang penerima RMT termasuk penerima elaun khas, dan murid Tahun 1 pula berjumlah 15 orang. 7.6 KWAPM Pn. Lawangsa memaklumkan guru kelas tentang pengemaskinian data ibu bapa murid adalah sebelum 31hb. Januari 2020. Data tersebut digunakan oleh pengurusan bantuan murid untuk mengetahui status kelayakan mereka bagi penerimaan bantuan tahun 2020. Sehubungan itu, permohonan KWAMP akan dibuka pada 17hb. Februari hingga 22hb. Mac 2020, dan satu mesyuarat awal berkaitan KWAPM akan diadakan dalam tempoh terdekat. Beliau juga memaklumkan terdapat kes murid yang tercicir nama mereka dalam sistem disebabkan tersilap ‘key in’ jumlah pendapatan ibu bapa. Hal ini disebabkan jumlah pendapatan ibu bapa bekerja yang mengambil ‘OT’(overtime) telah di masukkan dalam sistem. Pn. Lawangsa menjelaskan, pendapatan kerja lebih masa ‘OT’ adalah tidak dikira sebagai pendapatan tetap dan tidak boleh dimasukkan dalam sistem. 7.7 Cik Amidah menyatakan sekiranya ibu bapa tidak meletakkan jumlah pendapatan di dalam borang KWAPM boleh menyebabkan mereka tidak layak menerima bantuan. Selain itu, alamat surat menyurat juga perlu dikemaskini bagi mengelakkan pihak jabatan memberi teguran berulang kali. Dalam hal yang berkaitan, satu surat pekeliling daripada KPM ada menyatakan wang KWAPM boleh diperolehi daripada hasil kutipan atau sumbangan orang ramai, seperti menganjurkan satu program sekolah dan seterusnya membuat kutipan atau sumbangan orang ramai. Pihak sekolah
boleh mengeluarkan resit sebagai bukti sumbangan. 7.8 EMK Pn. Siti Hajar membentangkan senarai nama murid yang sangat lemah dalam pembelajaran. Hal ini perlu diketahui oleh guru-guru untuk menilai tahap penguasaan mereka. Selain itu, beliau memohon kepada guru-guru yang mengetahui murid pemegang kad OKU dan mempunyai masalah penglihatan teruk seperti memakai cermin mata berkanta tebal untuk memaklumkan kepadanya. Pn. Siti Hajar juga memaklumkan program ‘outreach’ hanya kepada murid bermasalah pembelajaran sahaja, manakala murid yang bermasalah tingkah laku boleh dirujuk kepada pihak bimbingan dan kaunseling. 7.9 Guru Besar memberitahu agar ibu bapa murid bermasalah pembelajaran ini perlu dibawa berbincang sebagai langkah penyelesaian terhadap masalah anak-anak mereka. 7.10 Baitulmal Pn. Dyg Ruzana melaporkan jumlah murid yang mendapat bantuan Baitulmal adalah seramai 257 orang. 8.0 Pelaporan SPBT Cik Ummi Maliha selaku penyelaras SPBT menyatakan bahawa akan memaklumkan kepada En. Mohamad Bin Pindut tentang pertambahan kelas pada sesi 2021 nanti. 9.0 Pelaporan 3K 9.1 Pn. Bungahati memaklumkan tentang pertandingan kelas dan murid ceria yang bermula pada bulan februari 2020. (Rujuk lampiran 3k- kebersihan) 9.2 Pn. Juliana melaporkan tentang rawatan kesihatan murid ( Rujuk lampiran 3k – kesihatan). 9.3 En. Faizatul Ikhram melaporkan setakat ini keselamatan murid masih boleh di kawal dan pemantauan guru bertugas juga memainkan peranan penting untuk memastikan murid berada dalam keadaan yang selamat. Beliau mencadangkan ibubapa yang menghantar anak ke sekolah hanya setakat di pintu pagar sahaja bagi mengelakkan kesesakan dan sebagai langkah keselamatan murid. 10.0 Hal-hal lain
Search
Read the Text Version
- 1 - 7
Pages: