Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore 7.DSK_PPU_PVMA_T4_28.5.15

7.DSK_PPU_PVMA_T4_28.5.15

Published by b4b4h81, 2018-02-03 23:21:40

Description: 7.DSK_PPU_PVMA_T4_28.5.15

Keywords: DSK PVMA PENYEJYKBEKUAN DAN PENYAMANAN UDARA

Search

Read the Text Version

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAHPENDIDIKAN VOKASIONAL MENENGAH ATAS PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA TINGKATAN 4 2015



DOKUMEN STANDARDPENDIDIKAN VOKASIONAL MENENGAH ATAS (PVMA) MODUL ELEKTIF KEMAHIRAN VOKASIONAL PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA TINGKATAN 4 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM iii

Copyright ©2015 Bahagian Pembangunan KurikulumKementerian Pendidikan MalaysiaAras 4-8, Blok E9, Kompleks E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62600 PutrajayaCetakan Pertama 2015Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentukdan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau Iain-Iain sebelum mendapat kebenaranbertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya iv

KANDUNGAN vi1. RUKUN NEGARA vii2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN viii3. KATA PENGANTAR 1 14. PENGENALAN 14.1 Matlamat Pendidikan Vokasional Menengah Atas 14.2 Objektif Pendidikan Vokasional Menengah Atas4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 24.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 25. PELAKSANAAN 4 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 4 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 4 46. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 5 6.1 Matlamat Modul 6-8 6.2 Objektif Modul 6.3 Fokus Modul 6.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 6.5 Organisasi Standard Kurikulum 6.6 Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian V

RUKUN NEGARABAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruhmasyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapatdinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya danberbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebutberdasarkan prinsip-prinsip berikut:KEPERCAYAAN KEPADA TUHANKESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARAKELUHURAN PERLEMBAGAANKEDAULATAN UNDANG-UNDANGKESOPANAN DAN KESUSILAAN vi

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANPendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh danbersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkankepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadapkeharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. VII

Kata PengantarDokumen Standard Kurikulum (DSK) ialah dokumen yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat FalsafahPendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan kemahiran pada abad ke-21.Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Gurudigalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. DSK ini diharapkandapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam melakukan aktivitipengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir,kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai,pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran konstruktivisme. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dankewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan bolehdiaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.DSK ini menjelaskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajarantersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Kandungan DSK inimenggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikancabaran yang sesuai dengan murid pada tahap tertinggi dalam pendidikan sekolah menengah. DSK ini seharusnya dapat membantuguru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.Dalam menyediakan DSK yang dibangunkan ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah, penyelidik, eksekutif industri,pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telahmemberikan sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya DSK ini, Bahagian Pembangunan Kurikulummerakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.(Dr. SARIAH BINTI ABD JALIL)PengarahBahagian Pembangunan Kurikulum,Kementerian Pendidikan Malaysia. VIII

PENGENALANStruktur Kurikulum Standard Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu SekolahMenengah (KBSM) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Matlamat Pendidikan Vokasional Menengah AtasMatlamat PVMA adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan PT3 menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan bersediamelanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.Objektif Pendidikan Vokasional Menengah AtasObjektif PVMA adalah untuk menjadikan aliran pendidikan vokasional sebagai pilihan selain daripada aliran perdana yang sedia ada. Inibersesesuaian dengan murid berisiko untuk tercicir, agar dapat menimbulkan minat belajar yang berterusan terutama dalam bidang kerjatangan. PVMA dilihat mampu menggilap potensi belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan kemahiran generik asas dankemahiran spesifik pekerjaan. Kemahiran ini, yang memang dituntut oleh majikan dan industri, akan menanam kemahiran yang menjadi asaskepada pembentukan sahsiah dan pembangunan karakter yang mantap. PVMA turut menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiranpekerjaan serta memberikan pendedahan dan bimbingan agar mereka kritis, kreatif dan inovatif. Melalui aktiviti yang menarik dan berkesan,murid dapat membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan serta menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan sertamenjana budaya niaga.Kurikulum Berasaskan KompetensiKurikulum PVMA adalah menggunakan konsep Kurikulum Berasaskan Kompetensi yang membenarkan murid mengulang semula kompetensiyang belum dicapai sehingga murid PVMA kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan oleh Kriteria Pencapaian.Kurikulum Modular Berasaskan StandardKurikulum Pendidikan Vokasional Menengah Atas digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan KriteriaPencapaian yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.Standard KandunganPernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspekpengetahuan, kemahiran dan nilai.Standard PembelajaranSatu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard KandunganKriteria PencapaianKriteria pencapaian adalah kenyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan bagi setiapStandard Pembelajaran. 1

PELAKSANAANWaktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)Waktu P&P modul ini diperuntukkan sebanyak 24 waktu seminggu selama 35 minggu menjadikan keseluruhan 840 waktu setahun.Guru berlatarbelakang opsyen Servis dan Penyelenggaraan Penyejukan dan Penyaman Udara paling sesuai mengajar modul ini.Pelaksanaan modul ini hendaklah menggunakan prasarana yang sedia ada. Jika sekolah mempunyai kekurangan prasarana, guruharuslah membuat perancangan supaya pengajaran ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin.Penggunaan Teknologi Dalam P&PDicadangkan, guru boleh menggunakan bahan/peralatan sebenar yang sedia ada untuk mengajar modul ini. Sekiranya kemahiran masihbelum dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain. Guru perlulah kreatifdalam P&P yang melibatkan penggunaan bahan/peralatan di bilik darjah/bengkel/makmal/ladang/lapangan. Guru perlu mengolah P&Psupaya mengintegrasikan TMK serta keusahawanan dapat diaplikasikan. 2

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM PENYEJUKAN DANPENYAMANAN UDARA 3

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK)Matlamat ModulModul ini dibangunkan dalam usaha mewujudkan tenaga kerja mahir dalam bidang penyejukan dan penyamanan udara. Modul ini dibina untukdigunakan dalam menilai kompetensi pelajar dalam bidang penyejukan dan penyamanan udara seperti dapat menilai risiko dan bahaya,mengendali bahan pendingin, memasang kipas pengudaraan, memasang unit penyaman udara jenis tingkap dan jenis pisah supaya dapatmelakukan kerja memasang, menservis, mengesan dan membaikpulih kerosakan mengikut prosedur yang betul.Objektif ModulDi akhir modul ini, murid akan dapat;1. Menilai risiko dan bahaya dalam kerja pemasangan.2. Mengendalikan bahan pendingin mengikut prosedur yang betul.3. Memasang dan menyelenggara kipas pengudaraan mengikut prosedur yang betul.4. Memasang dan menyelenggara unit penyaman udara jenis tingkap satu fasa mengikut prosedur yang betul.5. Memasang dan menyelenggara unit penyaman udara jenis pisah satu fasa mengikut prosedur yang betul.Fokus ModulKurikulum Standard Pendidikan Vokasional Menengah Atas dalam bidang Penyejukan dan Penyamanan Udara memberi penekanan kepada asaspengetahuan berteraskan kepada perkembangan dan penggabungan domain pengetahuan kerjaya, kompetensi kemahiran teknikal denganmenerapkan aspek keselamatan, teknologi hijau dan keusahawanan.Strategi Pengajaran dan PembelajaranProses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk menggalakkan pembelajaran, mengekalkan minat dan menimbulkankesedaran murid supaya terus maju dengan menggunakan pendekatan holistik seperti berikut:■ Pendekatan modular berasaskan kompetensi■ Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, tugasan dan aktiviti■ Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk■ Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif)■ Pembelajaran kolaboratif dan koperatif■ Pembelajaran masteri■ Integrasi TMK merentas kurikulum■ Integrasi keusahawanan merentas kurikulum■ Lawatan industri■ Pengurusan kewangan berhemah 4

Organisasi Standard KurikulumStandard Kurikulum modul ini disusun supaya mempunyai kesinambungan dengan pengetahuan dan kemahiran di Tingkatan 4 hingga 5.Standard Kandungan mempunyai satu atau lebih Standard Pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan bidang pembelajaran tertentu.Standard Kandungan ditulis mengikut hierarki dalam domain kognitif dan afektif. Pernyataan Standard Kandungan ini merupakan pernyataanumum yang mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran berfikir, sikap dan nilai murni yang sesuai dengan Standard Pembelajaran yangdihasratkan. Secara am, Standard Pembelajaran disusun mengikut hierarki dari mudah ke kompleks, sungguhpun begitu, urutan StandardPembelajaran dan Kriteria Pencapaian boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dan keperluan pembelajaran.Aktiviti boleh dipelbagaikan untuk mencapai satu Standard Kandungan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, sesuai dengan kebolehan sertagaya pembelajaran murid. Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif bagi menjana pemikiran secara analitis,kritis, inovatif dan kreatif di samping menggunakan teknologi sebagai wahana dalam mencapai Standard Kandungan tersebut dengan lebihberkesan. Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti dan inovasi sebagai persediaan ke arahmenyediakan modal insan yang berupaya menyumbang ke arah menjadikan negara sebagai negara berpendapatan tinggi selaras denganhasrat Model Baru Ekonomi. 5

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN1 Penilaian Risiko Dan 1.1 Mengenal pasti prosedur yang perlu 1.1.1 Menyiapkan kerja yang khusus mengikut prosedur Bahaya Semasa Pemasangan. dilakukan bagi menyelesaikan kerja yang telah ditetapkan. (145 jam) 1.2 Menilai risiko dan bahaya yang 1.2.1 Mengelakkan risiko dan bahaya mengikut prosedur mungkin berlaku keselamatan yang telah ditetapkan. 1.3 Menilai risiko dan bahaya untuk 1.3.1 Menentukan tahap risiko dan bahaya mengikut menentukan sama ada langkah prosedur yang ditetapkan berjaga-jaga yang sedia ada mencukupi atau perlu penambahbaikan 1.4 Mengamalkan langkah keselamatan 1.4.1 Mengamalkan langkah berjaga-jaga untuk yang diperlukan untuk 1.4.2 menghindarkan risiko dan bahaya yang telah dikenal menghindarkan risiko dan bahaya pasti Melakukan kerja menservis dengan selamat berdasarkan peraturan keselamatan.

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN2 Pengendalian Bahan 2.1 Melakukan kerja menservis sistem 2.1.1 Melakukan kerja menservis mengikut prosedur yang Pendingin betul (111 jam) 2.2 Melakukan tebus guna dalam kerja 2.2.1 Melakukan tebus guna dalam kerja menservis menservis mengikut prosedur yang betul 2.3 Menyediakan rekod pengendalian 2.3.1 Melakukan tebus guna dan menyimpan bahan bahan pendingin pendingin dengan betul tanpa melepaskan ke atmosfera semasa kerja menservis.

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN3 Pemasangan Dan 3.1 Melakukan kerja pemasangan kipas 3.1.1 Menentukan jenis kipas pengudaraan mengikut Penyelenggaraan Kipas pengudaraan 3.1.2 kehendak pelanggan Pengudaraan 1 Fasa Melakukan kerja memasang kipas pengudaraan (141 jam) berdasarkan manual pengeluar (Installation, Operational & Maintainance, IOM) 3.2 Melakukan kerja menservis kipas 3.2.1 Melakukan kerja menservis berdasarkan manual pengudaraan 3.2.2 pengeluar Pengakuterimaan pelanggan selepas memasang kipas pengudaraan berdasarkan borang pengakuterimaan 3.3 Melakukan kerja mengesan 3.3.1 Melakukan kerja mengesan kerosakan kipas kerosakan kipas pengudaraan 3.3.2 pengudaraan berdasarkan manual pengeluar Melakukan kerja menguji lari kipas pengudaraan 3.3.3 selepas kerja membaikpulih berdasarkan manual pengeluar Pengakuterimaan pelanggan selepas menservis kipas pengudaraan berdasarkan borang pengakuterimaan 3.4 Melakukan kerja membaikpulih 3.4.1 Melakukan kerja membaikpulih kipas pengudaraan kipas pengudaraan 3.4.2 dengan betul berdasarkan manual pengeluar Memaklumkan kepada pelanggan mengenai prestasi kerja yang telah dilakukan mengikut prosedur yang betul 8


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook