ISI KANDUNGAN Muka Surat Bil Tajuk 1 Pengenalan 2 Pendahuluan 3 Tujuan 4 Kepentingan Perpaduan Di Malaysia 5 Langkah Memperkukuh Perpaduan Di Malaysia 6 Faktor Yang Menghalang Perpaduan Di Malaysia 7 Kesimpulan 8 Sumber Rujukan
PENGENALAN Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan di kalangan mereka.Sejak merdeka lagi,kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita dengan menjalankan pelbagai dasar untuk mencapai proses perpaduan ini.Tanpa perpaduan,kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan.
PENDAHULUAN Malaysia amat terkenal dengan adanya masyarakat majmuk yang berbilang kaum berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati.Pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum di Malaysia pada abad ke-19 adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak. Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja.Pada awal abad ke-19,lebih 90% penduduk di tanah Melayu adalah Melayu.Namun pada pertengahan abad ke-19,penghijrahan masuk kaum cina dan india secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal tanah Melayu.Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup.pola penempatan,pekerjaan,pendidikan dan keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik.
TUJUAN -Dapat memajukan ekonomi negara -Memupuk dan membina masyarakat yang harmoni -Mewujudkan kestabilan dari segi politik dan ekonomi -Dapat mengelakkan semangat assobiah
KEPENTINGAN PERPADUAN Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum. Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya, wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit.
Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan pelancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia.
LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN I.penggunaan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu *Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan. II.Menjaga budi bahasa dan akhlak * Kita mestilah menghormati kepercayaan setiap kaum agar hubungan semakin erat. III.Mengadakan gotong royong untuk semua kaum *Dapat mengukuhkan hubungan antara setiap kaum. *Dapat memupuk semangat kerjasama tanpa mengira bangsa.
IV.Kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka perayaan setiap kaum. *Interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum. V.mengadakan aktiviti sukan *Semua kaum menyokong dan memberi semangat untuk atlet-atlet negara tanpa mengira kaum.
Faktor Penghalang Perpaduan Di Malaysia Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia. Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi : ”Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan.” Faktor -Agama dan budaya -Pendudukan jepun(komunisi) -Beza politik -Amalan ekonomi -Sistem pendidikan -Dasar penjajah
AGAMA DAN BUDAYA •Setiap etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang berlainan. •Setiap kaum pula mempunyai adat resam,bahasa, kesenian, budaya dan sistem nilai yang berbeza. •Masing-masing kurang mengenali dan memahami dan seringkali menganggap mereka sahaja yang terbaik. (EGOSENTRIK) •Sikap ini menyatakan perasaan buruk sangka yang menghalang pergaulan baik antara pelbagai kaum. DASAR PENJAJAH BRITISH •Penjajah British mengamalkan dasar pecah dan perintah yang menjarakkan anak demi kepentingan dan keselamatan mereka sendiri. •Penjajah sengaja menentukan status dan peranan yang berlainan bagi kaum yang tertentu.
•Interaksi antara kaum menjadi terbatas dan lahirlah sikap prasangka negatif yang kukuh antara rakyat tempatan yang berbilang etnik. SISTEM PENDIDIKAN •Laporan Razak menyebut: tiada satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu dimana setiap etnik lebih gemar menghantar anak merekake sekolah ibunda masing-masing. •Kurikulum yang digunakan juga tidak sama. Ada Pula yang berpusat ke negara nenek moyang mereka, tidak terdapat bahasa pengantar yang sama. •Keadaan ini melebarluaskan lagi jurang pergaulan,menghasilkan pandangan yang berlainan dan menjejaskan persefahaman dan perhubungan sesama rakyat di samping tidak dapat mewujudkan warga negara yang beridentitaskan satu negara.
AMALAN EKONOMI •Setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomiyang tertentu dan mendiami kawasan yangberlainan. •Keadaan ini mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik yang berlainan jenis dan ras serta mengakibatkan perpaduan negara terancam. •Wujud ketidak stabilan yang akan menyebabkan perpecahan berlaku akibat perasaan terpinggir. PERBEZAAN POLITIK. •Kewujudan persatuan politik, sosial dan ekonomi berdasarkan bangsa, kaum dan etnik tertentu telah memperkuatkan identitas suatu kumpulan dan menimbulkan perasaan syak wasangka kerana setiap kumpulan hanya memperjuangkan hak dan kepentingan kumpulan tertentu sahaja. •Parti-parti politik yang berasaskan kepada suku kaum juga memainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa,budaya, ekonomi dan hak keistimewaan sehingga memburukkan lagi masalah perpaduan.
PERBEZAAN POLITIK. •Kewujudan persatuan politik, sosial dan ekonomi berdasarkan bangsa, kaum dan etnik tertentu telah memperkuatkan identitas suatu kumpulan danmenimbulkan perasaan syak wasangka kerana setiap kumpulan hanya memperjuangkan hak dan kepentingan kumpulan tertentu sahaja. •Parti-parti politik yang berasaskan kepada suku kaum juga memainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa,budaya, ekonomi dan hak keistimewaan sehingga memburukkan lagi masalah perpaduan.
KESIMPULAN Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpetual kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia . Tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh sesama sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah dibina.Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda. Tidak dinafikan lagi Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai pelbagai kaum, budaya dan agama. Hal ini, terjalinlah satu hubungan perpaduan yang merupakan pemangkin utama kepada kemajuan negara yang kita kecapi sekarang. Tanpa perpaduan yang utuh, keharmonian bermasyarakat tidak dapat dinikmati kerana tiada persefahaman dan kerjasama daripada semua kaum untuk mempertahankannya. Peristiwa 13 Mei 1969 menjadi panduan dan iktibar bagi kita untuk terus maju ke mercu kejayaan. Dalam hal ini kita semua tidak mahu pepatah yang mengatakan yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran berlaku ke atas
kita. Jika kita tidak berjaya mencari satu rumusan yang berkesan kepada masalah ini, memadailah jika kita berusaha memperkukuhkan tahap perpaduan yang sedia ada agar ia tidak terus menjadi lemah atau terhakis. Secara kesimpulannya, setiap warganegara Malaysia haruslah terlibat dalam usaha untuk memantapkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tindakan susulan mestilah dilakukan secara sukarela dan penuh tanggungjawab bagi menjana perpaduan yang kita idamkan.
Search
Read the Text Version
- 1 - 15
Pages: