Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Rukun Negara Sebagai Teras Mencapai Perpaduan Negara

Rukun Negara Sebagai Teras Mencapai Perpaduan Negara

Published by muhdfajzli, 2023-04-14 05:38:40

Description: Rukun Negara Sebagai Teras Mencapai Perpaduan Negara

Search

Read the Text Version

MPU21032 Penghayatan Etika dan Peradaban RUKUN NEGARA SEBAGAI TERAS MENCAPAI PERPADUAN NEGARA Pensyarah: Pn. Fatin Faqeriah Bt. Haji Hamsah Written By: Muhamad Fajzli Bin Abd Senu Amar Yusri Umairah Bin Omarali

Isi Kandungan 3: Penghargaan 4: Objektif 5-6: Pengenalan 7-8: Sejarah pembentukan Rukun Negara 9: Tujuan Rukun Negara diwujudkan di Malaysia Matlamat Rukun Negara 10-15: Prinsip Rukun Negara Teras Perpaduan Negara - Prinsip Rukun Negara i. Kepercayaan Kepada Tuhan ii. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara iii. Keluhuran Pelembagaan iv. Kedaulatan Undang-Undang v. Kesopanan dan Kesusilaan 16-17: Kesan Wujudnya Rukun Negara Dalam Perpaduan Negara Di Malaysia 18-19: Langkah Memperkasakan Rukun Negara dalam Perpaduan 20: Kesimpulan 21: Latihan Pengukuhan 22-26: Lampiran 27: Rujukan

PENGHARGAAN Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dari Nya , maka saya telah dapat menyiapkan tugasan kerja Ebook Folio dengan jayanya. Insyaallah , tugasan ini akan memberikan banyak matlamat kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat tugasan dan di masa nadanan Saya dan ahli kumpulan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Fatin Faqeriah dan setinggi tinggi penghargaan kepada beliau kerana tidak jemu jemu memberi bimbingan dan pengajaran serta dorongan dalam membuat tugasan ebook ini mengikut kriteria yang ditetapkan. Beliau turut membantu para pelajar dalam menyelesaikan tugasan ini serta menyemak maklumat yang dilakukan oleh pelajar supaya mereka membuat tugasan dengan baik dan cemerlang.

Objektif Untuk menjelaskan sejarah pembentukan Rukun Negara Menjelaskan tujuan Rukun Negara diwujudkan di Malaysia Menghuraikan prinsip Rukun Negara teras perpaduan negara Menganalisis kesan wujudnya Rukun Negara dalam perpaduan negara di Malaysia Membincangkan langkah memperkasakan Rukun Negara dalam perpaduan

Pengenalan Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogas 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di-Pertuan Agong IV. Rukun Negara diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk keperibadian rakyat negara ini sebagai bangsa Malaysia yang bersatu padu dan juga teras perpaduan negara.

Terdapat lima prinsip ideologi yang menjadi tonggak perpaduan antaranya adalah mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat,memelihara satu cara hidup demokratik, mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama, membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak dan membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. Perkara tersebut dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera selama-lamanya

Sejarah Pembentukan Rukun Negara Sejarah Inggeris dan dasar imigrasi liberal yang diperkenalkan telah menukar bentuk masyarakat negara ini. Kerajaan Inggeris telah menggalakkan kemasukan tenaga buruh dari Cina dan India berkerja di lombong dan Kawasan bandar. Di bawah dasar pecah dan perintah Kerajaan Kolonial Inggeris, ketiga-tiga kumpulan etnik ini telah dipisahkan dari segi tempat tinggal dan pekerjaan. Kebanyakkan orang Melayu tinggal di desa dan bekerja disektor pertanian, sementara orang Cina tinggal di bandar dan melibatkan diri dalam peniagaan. Selain itu juga, orang India akan tinggal di estet dan bekerja sebagai penoreh getah, hanya sebilangan kecil sahaja yang tinggal di bandar. Ketiga-tiga kumpulan etnik ini dipisahkan dari segi aliran pendidikan dengan mempunyai sekolah aliran masing-masing tanpa pelajaran atau kurikulum yang sama.

Ketiga-tiga kumpulan etnik ini dipisahkan dari segi aliran pendidikan dengan mempunyai sekolah aliran masing- masing tanpa pelajaran atau kurikulum yang sama. Hal ini demikian,kerana interaksi hanya berkisar dalam etnik yang sama. Keadaan ini berterusan sehinggalah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada tahun 1956,kekacauan telah berlaku di Pulau Pinang semasa perayaan pemberian taraf Bandaraya kepada Pulau Pinang. Perbalahan yang sama turut berlaku di Pulau Pangkor (1960), di Bukit Mertajam (1966) dan Pulau Pinang (1967). Hal ini demikian, Kerajaan telah mengambil Langkah yang tegas untuk mencari satu formula atau jalan bagi mengatasi masalah tersebut supaya tidak berulang lagi.

TUJUAN RUKUN NEGARA DIWUJUDKAN DI MALAYSIA Tujuan utama Rukun Negara dibentuk adalah untuk membentuk perpaduan yang kukuh. Oleh itu, prinsip-prinsip dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi memastikan kejayaan dan kestabilan Malaysia. MATLAMAT RUKUN NEGARA Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat Memelihara cara hidup demokratik dalam masyarakat Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dengan berbagai corak kehidupan dalam masyarakat sekeliling. Membentuk satu masyarakat yang adil dan saksama agar kemakmuran negara terjamin dan berada dalam suasana yang harmoni

PRINSIP RUKUN NEGARA TERAS PERPADUAN NEGARA PRINSIP RUKUN NEGARA Terdapat lima prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara yang perlu kita ketahui sebagai rakyat Malaysia. Rukun Negara yang diwujudkan merupakan teras bagi memupuk perpaduan yang makmur di negara ini. Antaranya: KEPERCAYAAN KESETIAAN KEPADA KEPADA TUHAN RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBANGAAN KEDAULATAN KESOPANAN UNDANG- DAN UNDANG KESUSILAAN

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN Bangsa dan Negara telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada tuhan, melalui kepercayaan beragama akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing. Hal ini demikian, menyebabkan prinsip ini sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi. Jika rakyat menderhaka kepada raja bererti kita menderhaka kepada negara yang kita duduki. Oleh itu,kita hendaklah ingat bahawa “kesetiaan memang bisa diharapkan dari mereka dan orang kebanyakan, tetapi kebesaran hanya bisa datang dari seorang raja yang bijaksana.”

KELUHURAN PELEMBAGAAN Perlembangaan merupakan undang- undang utama bagi sesebuah negara yang dianggap luhur, unggul dan suci. Prinsip ini menekan agar rakyat menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembangaan Negara.Hal ini demikian, kerana Perlembangaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi dan memberi perlindungan kepada setiap rakyat tanpa mengira kaum dan warganegara Malaysia.

KEDAULATAN UNDANG- UNDANG Keunggulan undang-undang dalam pemerintahan menjadi asas dalam pembentukan negara dan bangsa.Hal ini juga, penguatkuasaan undang-undang merupakan cara formal untuk mengawal masyarakat melalui peraturan yang telah diwartakan.Undang-undang yang dicipta adalah untuk memelihara keamanan dan melindungi rakyat yang berbilang kaum di Malaysia ini. Oleh itu, rakyat hendaklah menghormati undang-undang negara dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang agar kita dapat hidup dalam keadaan aman damai dan sejahtera.

KESOPANAN DAN KESUSILAAN Prinsip Rukun Negara yang kelima, menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang individu. Prinsip ini bertujuan untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan mempunyai nilai murni positif dalam diri rakyat. Hal ini demikian kerana, sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah amat bermakna dan sangat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat yang mempunyai pelbagai kaum di negara Malaysia seperti Melayu, India, Cina, Iban dan sebagainya.

KESAN WUJUDNYA RUKUN NEGARA DALAM PERPADUAN NEGARA DI MALAYSIA Hidup dalam suasana aman dan damai,saling hormat-menghormati, mesra bekerjasama antara satu sama lain malah teguh bersatu ketika negara dilanda konflik serta patuh kepada undang-undang negara, itulah antara keunikan dan keistimewaan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa,agama dan latar budaya. Walaupun tidak dinafikan ada ketikanya ‘gelora’ melanda namun ia tidaklah sehingga menghancurkan ikatan erat hubungan antara kaum yang telah terjalin sekian lama. Ironinya, fenomena ini dalam keadaan sedar atau tidak sebenarnya,turut memberi refleksi penghayatan serta pengamalan lima prinsip Rukun Negara yang menjadi tunjang perpaduan rakyat Malaysia.Kelima-lima prinsip itu,iaitu Teras Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan Dan Kesusilaan, semuanya dizahirkan melalui perbuatan secara langsung, mahupun tidak langsung.

Rukun Negara telah dilancarkan pada tahun 1970 iaitu pada tanggal 31 Ogos. Pelbagai kesan yang berlaku sebaik sahaja wujudnya rukun negara dalam perpaduan negara di Malaysia. Misalnya,perjalanan penyatuan kaum selepas peristiwa 13 Mei 1969,serta wujudnya persepaduan antara kaum dan keharmonian diantara masyarakat sekeliling.Usaha serius dilakukan kerajaan dalam mengembalikan perpaduan kaum telah membawa kepada penggubalan Rukun Negara yang bertujuan untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum daripada perpecahan dan persengketaan. Mengikut artikal akhbar Berita Harian 14 julai 2020, Lam Thye, 74, yang pernah menjadi Ahli Parlimen Bukit Bintang selama empat penggal, berkata keseriusan pemerintah ketika itu menguar-uarkan mengenai Rukun Negara menyebabkan semua warga tidak kira kaum, agama dan budaya memberi sokongan kepada prinsip-prinsip yang disebutkan dalam Rukun Negara. Rukun Negara dijadikan satu jentera atau alat menyatupadukan rakyat melalui publisiti yang meluas di media cetak dan elektronik kerana menganggap ia menjadi idea baharu dengan falsafah yang menarik, katanya.

LANGKAH MEMPERKASAKAN RUKUN NEGARA DALAM PERPADUAN Antara langkah yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi menjayakan usaha ini adalah menerusi penerapan dan pemahaman mengenai perpaduan menerusi pendidikan. Usaha ini sememangnya telah memberikan impak yang besar di dalam hubungan antara kaum di Malaysia,namun demikian ianya perlu ditambah baik lagi dengan melakukan beberapa pengubahsuaian terhadap dasar pendidikan. Sungguhpun demikian, isu berkaitan perpaduan menerusi pendidikan bukanlah perkara yang ingin dibahaskan di dalam penulisan ini sebaliknya penulis ingin membawa para pembaca ke arah suatu dimensi baru kepada perbincangan topik ini.

Lima prinsipnya iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan diharmonikan dan dibentuk menjadi suatu akta dikenali sebagai Akta Rukun Negara. Pelaksanaan akta ini tidak bersifat terpilih sebaliknya akan melindungi setiap agama dan kaum yang terdapat di dalam negara. Perkara ini penting kerana sudah menjadi fitrah kejadian manusia yang memerlukan kepada undang-undang dan peraturan sebagai garis panduan kehidupan. Maka, apabila dilaksanakan setiap perbuatan yang dilihat melanggar prinsip tersebut akan dikenakan tindakan yang bersesuaian bagi menjamin keharmonian dan perpaduan di negara. Konklusinya, prinsip dan matlamat Rukun Negara amat relevan dan perlu diharmonikan dengan kewujudan Akta Rukun Negara ini agar menjadi suatu mekanisma perundangan penting bagi membendung masalah yang menyelubungi konflik perpaduan kaum yang dilihat semakin meruncing di negara ini.

KESIMPULAN Rukun Negara diwujudkan ekoran daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah menyebabkan semua rakyat Malaysia mengetahui betapa pentingnya bersatu-padu antara kaum dan hidup dengan aman damai serta harmoni.Ianya juga dapat menghindari sifat curiga-mencurigai antara satu sama lain. Perpaduan kaum pula adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan,sesebuah negara itu akan menjadi lemah,sukar untuk membangun dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu sendiri. Oleh itu, kewujudan Rukun Negara ini menjadi satu titik permulaan ke arah pencapaian perpaduan dalam kalangan semua etnik di Malaysia. Apabila rakyat Malaysia menghayati maksud Rukun Negara dengan sepenuhnya, maka ia akan memudahkan proses pentadbiran negara kerana rakyat mula sedar tentang konsep hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa kira warna kulit, latar belakang dan budaya sesuatu masyarakat. Sehubungan dengan itu, matlamat Rukun Negara dapat dicapai dengan mudah tanpa prejudis. Mengamalkan Rukun Negara dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu,bermuhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain. Melalui perpaduan akan dapat membantu negara kita mempertingkatkan dan mempegiatkan lagi pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik. Tidak ada pihak yang mampu menafikan bahawa Malaysia adalah antara negara yang paling aman,makmur lagi sejahtera di dunia. Berdekad lamanya rakyat dari satu generasi ke satu generasi,dari kaum yang berbilang bangsa, hidup bersama tanpa timbul masalah besar. Janganlah kita menggadaikan keamanan yang dikecapi hanya kerana perasaan iri hati dan tidakpuasan yang tidak dikongsi majoriti rakyat. Jangan kita lupa bahawa iklim kemakmuran dari keamanan negara yang selama ini dikecapi hanyalah mainan mimpi bagi sesetengah rakyat negara asing. Negara kita juga tidak sunyi dengan isu disiplin pelajar sekolah atau remaja yang semakin merosot, sanjungnya yang semakin longgar terhadap guru dan warga emas serta pengabaian terhadap kanak-kanak. Suasana ini memberi isyarat bahawa tahap kesopanan dan kesusilaan segelintir masyarakat semakin rendah.

Latihan pengukuhan Bilakah tarikh rukun negara diisytiharkan dan siapakah tokoh yang megisytiharkannya? Apakah salah satu daripada 5 prinsip ideologi yang menjadi tonggak perpaduan negara? Apakah tu juan Rukun Negara diwujudkan di negara kita? Berikan 2 Prinsip Rukun Negara berasaskan teras perpaduan negara. Wujudnya rukun negara telah memberi kesan yang baik kepada seisi negara. Apakah contoh kesan Rukun Negara dalam perpaduan Malaysia? Sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab, bagaimanakah cara anda menjaga kedaulatan sesebuah negara? Berikan contoh sifat yang menunjukkan anda setia kepada raja dan negara. Mengapakah anda perlu sentiasa percaya kepada prinsip kepercayaan kepada tuhan? Nyatakan secara ringkas sejarah kewujudan Rukun Negara. Bagaimanakah cara anda untuk memastikan tiada pergaduhan antara kaum berlaku di sekitar anda?

Lampiran PERISTIWA SEBELUM PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA

SEJARAH PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA

PERPADUAN ANTARA KAUM DI MALAYSIA

CONTOH BEKERJASAMA ANTARA KAUM

MASYARAKAT BERGANDING BAHU

RUJUKAN https://www.malaysia.gov.my/portal/c ontent/30110?language=my = https://umno- online.my/2020/07/06/akta-rukun- negara-dimensi-baru-memperkasa- perpaduan-kaum-di-malaysia/ http://www.utusanborneo.com.my/201 9/10/11/hayati-prinsip-rukun-negara- agong =Lee Lam Thye, Tan Sri (2008). Rukun Negara Asas Perpaduan. http://blis.bernama.com.eserv.uum.ed u.my/mainHome.do https://rukunnegara50.bernama.com/ &prev=search&pto=aue

MPU21032 2022 2023


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook