Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore KEJADIAN GUNUNG-GANANG

KEJADIAN GUNUNG-GANANG

Published by Marlia Lisa, 2022-01-07 13:19:18

Description: KEJADIAN GUNUNG-GANANG

Search

Read the Text Version

ENSIKLOPEDIA KEJADIAN GUNUNG- GANANG PENSYARAH : PUAN FADZILAH BINTI ABDUL RAHMAN DISEDIAKAN OLEH: 1)NUR SITI NAJIHAH BINTI ISHAK 16DEE19F2023 2)NUR AININA BINTI AZHAR 16DEE19F2008 3)HANIFAH NABILAH BINTI MOHAMMAD ROSLANI 16DEE19F2013

Gunung berupakan bentuk muka bumi yang menonjol daripada rupa bumi di sekitar. Gunung biasanya lebih tinggi dan curam berbanding bukit. Gunung dan banjaran gunung terbentuk disebabkan pergerakan kerak bumi yang bertembung. Sekiranya kedua-dua kerak bumi menjulang naik, banjaran gunung terhasil, sebaliknya sekiranya salah satu kerak bumi terlipat bawah kerak yang lain, gunung berapi terhasil.Banjaran gunung boleh memberi kesan kepada cuaca kerana mereka menjadi halangan kepada pergerakan awan. Banjaran gunung Alp yang merupakan banjaran gunung yang terbesar di Eropah dianggap masih muda. Kemudaannya dibuktikan oleh puncak dan rabung gunung yang tajam dan masih belum terhakis menjadi tumpul oleh tindakan cuaca, air, dan angin. TAHUKAH ANDA BERAPA BANYAK GUNUNG -GANANG YANG TERDAPAT DI MALAYSIA? TERDAPAT SEBANYAK 245 DI SELURUH MALAYSIA. ANTARANYA ADALAH, GUNUNG JUNCTION YANG TERLETAK DIANTARA SEMPADAN PERAK-PAHANG-KELANTAN, GUNUNG BIONG DI PERAK DAN SEBAGAINYA.



TAFSIR IBNU KATSIR

Kajian HADITH NABI Hadis ini sangat sesuai dengan sumpah Allah SWT yang dilansir oleh Al-Quran pada permulaan surah Ath-Thur, di mana Allah bersumpah (Maha besar Allah yang tidak memerlukan sumpah apapun demilautan yang di dalam tanahnya ada api \"al-bahrul masjur. \" Sumpahnya : \"Demi bukit, dan kitab yang ditulis; pada lembaran yang terbuka; dan demi Baitul Ma'mur; dan atap yang ditinggalkan (langit), dan laut yang di dalam tanahnya ada api, sesungguhnya azab Tuhanmu pasti terjadi, tidak seorangpun yang dapat menolaknya. \" (Qs. Ath-Thur: 1-8). Bangsa Arab, pada mulanya diturunkannya Al-Qur'an mereka tidak mampu menangkap dan memahami isyarat sumpah Allah SWT demi lautan yang di dalam tanahnya ada api ini. Kerana bangsa Arab hanya mengenal makna \"Sajara\" sebagai menyalakan tungku pembakaran hingga membuatnya panas atau mendidih. Sehingga dalam persepsi mereka, panas dan air adalah sesuatu yang bertentangan. Air mematikan panas sedangkan panas itu menguapkan air. Lalu bagaimana mungkin dua perkara yang berlawanan dapat hidup berdampingan dalam sebuah ikatan yang kuat tanpa ada yang rosak salah satunya . Hal inilah yang mendorong sejumlah ahli tafsir untuk meneliti makna dan arti bahasa kata kerja \"Sajara\" selain menyalakan sesuatu hingga membuatnya panas. Dan mereka ternyata mencari makna dan arti lain dari kata \"Sajara,\" iaitu \"mala'a\" dan \"kaffa\" (menghadapi dan menahan). Mereka tentu sangat gembira dengan penemuan makna baru ini dapat menyelesaikan kemusykilan ini dengan pengertian baru bahawa Allah SWT telah memberikan anugerah kepada semua manusia dengan mengisi dan memenuhi bahagian bumi yang rendah dengan air sambil menahannya agar tidak meluap secara berlebihan ke daratan. Namun, hadis Rasulullah SAW yang sedang kita bahas ini secara ringkas menegaskan bahawa: Sesungguhnya di bawah lautan terdapat api dan di bawah api ada lautan. Selepas Perang Dunia II, para peneliti turun dan menyelam ke dasar laut dan samudera dalam rangka mencari alternatif berbagai barang tambang yang sudah nyaris habis cadangannya di daratan akibat konsumerisme budaya materialistik yang dijalani manusia sekarang ini. Mereka dikejutkan dengan rangkaian gunung berapi ( volcanic mountain chain ) yang membentang berpuluh-puluh ribu kilometer di tengah-tengah seluruh samudera bumi yang kemudian mereka sebut sebagai 'gunung-gunung tengah samudera'.

Kajian HADITH NABI Dengan mengkaji rangkaian gunung-gunung tengah samudera ini tampak jelas bahawa gunung-gunung tengah samudera tersebut sebahagian besar terdiri dari batu berapi (volcanic rocks ) yang dapat meledak layaknya ledakan gunung berapi yang dahsyat melalui sebuah jaring retak yang sangat besar. Jaring retak ini dapat merobek lapisan bebatuan bumi dan ia melingkupi bola bumi kita secara sempurna dari segala arah dan terpusat di dalam dasar samudera dan beberapa lautan. manakala kedalamannya mencapai 65 km.Kedalaman jaring retak ini menembusi lapisan batuan bumi secara penuh hingga menyentuh lapisan lembut bumi (lapisan bumi ketiga) yang mempunyai unsur batu yang sangat anjal, semi cair, dan mempunyai tahap kepadatan dan kerekatan tinggi. Batu lunak ini didorong oleh aliran muatan yang panas ke dasar semua samudera dan beberapa lautan semacam Laut Merah dengan cuaca panas yang melebihi 1,000 darjah Celsius. Batuan-batuan elastis yang beratnya mencapai jutaan ton ini mendorong kedua sisi samudera atau laut ke kanan dan ke kiri yang kemudian disebut oleh para ilmuwan dengan \"fenomena perluasan dasar laut dan samudera.\" Dengan terus berlangsungnya proses perluasan ini, maka wilayah-wilayah yang dihasilkan oleh proses perluasan itupun penuh dengan magma bebatuan yang mampu menimbulkan pendidihan di dasar samudera dan beberapa dasar laut. ... Walaupun sebegitu banyak, air laut atau lautan tetap tidak mampu memadamkan bara api magma tersebut. Dan magma yang sangat panas pun tidak mampu memanaskan air laut dan lautan .... Salah satu fenomena yang mengejutkan para saintis saat ini adalah bahawa walaupun sebegitu banyak, air laut atau lautan tetap tidak mampu memadamkan bara api magma tersebut. Dan magma yang sangat panas pun tidak mampu memanaskan air laut dan samudera. Kira-kira dua hal yang berlawanan: air dan api di atas dasar samudera bumi, termasuk di dalamnya Samudera Antartika Utara dan Selatan, dan dasar sejumlah lautan seperti Laut Merah merupakan saksi hidup dan bukti nyata atas kekuasaan Allah SWT yang tiada batas.

Kajian HADITH NABI Laut Merah misalnya, merupakan laut terbuka yang banyak mengalami gegaran gunung berapi secara keras sehingga sedimen dasar laut ini pun kaya dengan pelbagai jenis barang tambang. Atas dasar pemikiran ini, dilakukanlah projek bersama antara Pemerintah Kerajaan Saudi Arabia, Sudan, dan salah satu negara Eropah untuk mengeksploitasi beberapa kekayaan lombong yang membeku di dasar Laut Merah. Kapal-kapal projek ini melemparkan stapler barang tambang untuk mengumpulkan sampel tanah dasar Laut Merah tersebut. Stapler pengeruk sampel tanah itu diangkat dalam batang air yang ketebalannya mencapai 3.000 m. Dan jika stapler sampai ke permukaan kapal, tidak ada seorang pun yang berani mendekat kerana sangat panasnya. Begitu dibuka, maka keluarlah tanah dan wap air panas yang suhunya mencapai 3,000 darjah Celsius. Dengan demikian, sudah terbukti nyata di kalangan saintis kontemporari, bahawa letupan gunung berapi di atas dasar setiap lautan dan dasar sejumlah laut jauh melebihi letupan gunung berapi sama yang berlaku di daratan. ... Terbukti pula dengan pelbagai dalil dan bukti bahawa semua air yang ada di bumi dikeluarkan oleh Allah SWT dari dalam bumi melalui letupan-letupan gunung berapi dari setiap muncung gunung berapi ... Kemudian terbukti pula dengan pelbagai dalil dan bukti bahawa semua air yang ada di bumi dikeluarkan oleh Allah SWT dari dalam bumi melalui letupan-letupan gunung berapi dari setiap muncung gunung berapi. Pecahan- pecahan lapisan berbatu bumi menembusi lapisan ini hingga kedalaman tertentu mampu mencapai lapisan lembut bumi. Di dalam pisan perisian bumi dan lapisan bawahnya, magma gunung berapi menyimpan air yang berpuluh-puluh kali ganda lebih banyak berbanding debit air yang ada di permukaan bumi.

FAKTA SAINTIFIK MENGENAI KEJADIAN GUNUNG-GANANG DARI DALIL Beginilah Al-Quran menjelaskan tentang gunung-gunung. Allah berfirman Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan, dan gunung-gunung sebagai pasak ? (An-Naba ', 78: 6-7) Sebagaimana pasak yang digunakan untuk menahan atau mencencang sesuatu agar kukuh, gunung-gunung juga mempunyai fungsi penting dalam menyetabilkan kerak bumi.Mereka mencegah goyahnya tanah. Allah berfirman: Dan Dia menancapkan gunung-gunung di bumi supaya bumi itu tidak goncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai- sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk. (An-Nahl, 16:15) Sebagaimana pasak yang digunakan untuk menahan atau mencencang sesuatu agar kukuh, gunung-gunung juga mempunyai fungsi penting dalam menyetabilkan kerak bumi.Mereka mencegah goyahnya tanah. Allah berfirman:

FAKTA SAINTIFIK MENGENAI KEJADIAN GUNUNG-GANANG DARI DALIL Dan Dia menancapkan gunung-gunung di bumi supaya bumi itu tidak goncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk. (An-Nahl, 16:15)Beginilah Al-Quran menjelaskan tentang gunung-gunung. Allah berfirman: Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan, dan gunung-gunung sebagai pasak? (An-Naba ', 78: 6-7)

Pandangan ulamak Al-Quran menyebut gunung dengan dua perkataan bahasa Arab. Yang pertama kata jamak ‘jibal’ dan disebut sebanyak 33 kali, manakala kata tunggal ‘jabal’ disebut enam kali dan yang kedua kata ‘rawasi’ yang diulang sebanyak 10 kali. Menurut Rosihan dan Fadlullah, istilah jabal lebih bersifat umum, sedangkan rawasi kemungkinan dimaksudkan khusus untuk menyebutkan gunung yang berfungsi sebagai pasak bumi. Hal ini dikuatkan pula oleh makna dasar dari-pada kata berkenaan. Kata rawasi bermakna sesuatu yang dapat membuat benda yang bergoncang menjadi diam, dalam hal ini benda yang bergoncang adalah bumi. Penyebutan rawasi juga selalu didahului dengan kata alqa bererti ‘mencampakkan’, atau ‘meletakkan sesuatu yang belum ada sebelumnya di tempat itu.’ Makna ini bersesuaian dengan huraian ilmiah mengenai gunung-ganang yang berada di batas lempeng (divergence mahupun convergence) sememangnya tidak muncul bersamaan dengan pembentukan daratan, melainkan harus melalui proses tektonik terlebih dulu.

PANDANGAN SAINSTIS 1. Profesor Siaveda adalah salah satu ahli pengkaji bumi dan beliau adalah salah seorang daripada ahli sains terkemuka di dunia. Beliau mengekemukakan bahawa gunung-gunung yang terdapat di lautan dan gunung-gunung di daratan mempunyai perbezaan asasnya seperti tentang bahan-bahannya. Sedimen adalah salah satu bahan yang terdapat pada gunung-gunung di daratan manakala gunung-gunung di lautan pula terbentuk daripada batu-batu hasil kejadian gunung berapi. Gunung-gunung lautan terjadi daripada kuasa pengembangan. Manakala gunung-gunung daratan pula terhasil daripada kuasa pengecutan. Bagi gunung di lautan akarnya adalah untuk meneguhkan kedudukannya, tapi bahannya adalah panas dan tidak begitu ringan dan telah menyebabkan ianya mengembang. 2. “iaitu benua-benua bumi sebenarnya bergabung bersama ketika ia terbentuk pertama kali, tetapi kemudian berubah kearah yang berbeza-beza, dan akhirnya terpisah.” Telah dinyatakan oleh salah seorang saintis German iaitu Alfred Wegener. 3. Raymond Siever iaitu seorang tokoh kaji bumi yang tersohor di dunia telah menyatakan bahawa bukit-bakau dan gunung-ganang sememangnya mempunyai akar yang jauh lebih dalam ke dasar bumi berbanding dengan puncaknya.

SAINS PERGERAKAN GUNUNG-GANANG

Semua benua ini yang timbul selepas penghayutan dataran Pangaea, bergerak secara konstan di permukaan bumi pada kadar beberapa sentimeter setahun, pada masa yang sama menyebabkan perubahan keseimbangan laut dan darat di bumi. Ditemui sebagai satu hasil kajian geologikal yang dijalankan pada awal abad ke 20, pergerakan kerak bumi ini dijelaskan oleh saintis sebagai berikut; Kerak dan bahagian atas mantel, dengan ketebalan hampir 100 kilometer, terbahagi kepada beberapa segmen dipanggil daratan. Terdapat enam daratan besar dan beberapa daratan kecil. Berdasarkan kepada teori dipangil 'tektonik daratan', daratan ini bergerak berpusing permukaan bumi, dengan membawa benua-benua dan lantai lautan bersamanya.pergerakan benua telah disukat pada kadar 1-5 sentimeter per tahun. Pergerakan daratan yang berterusan ini akan mengubah sedikit demi sedikit kedudukan geografi dunia. Setiap tahun, sebagai contoh, lautan Atlantik menjadi sedikit lebih luas. Di sana harus dinyatakan beberapa fakta penting; Tuhan merujuk pergerakan gunung-ganang sebagai satu gerakan 'penghanyutan' dalam ayat tersebut. Hari ini, saintis moden juga menggunakan istilah \"hanyutan benua' untuk fenomena ini. Suatu yang tidak diragui ialah satu dari keajaiban Al-Qur'an ialah fakta saintifik ini yang baru diketahui baru-baru ini melalui bidang sains, telah pun dikhabarkan dalam Al- Qur'an.

JURANG LAUTAN KEJADIAN GEMPA BUMI KESAN PERGERAKAN KERAK BUMI Gambar Gunung Pergerakan Berapi Dan Bagian Gunung-ganang Bagiannya

KESIMPULAN

HADITH TENTANG BULAN RAMADHAN \"Telah datang kepada kalian bulan yang penuh berkah, diwajibkan kepada kalian ibadah puasa, dibukakan pintu-pintu surga dan ditutuplah pintu-pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu. Di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa yang tidak mendapatkan kebaikannya bererti ia telah benar-benar terhalang atau terjauhkan (dari kebaikan).\"

MATAN HADITH TENTANG BULAN RAMADHAN 1. Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas. (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Huraian Hadith: Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan ikhlas serta mengharapkan keredhaan Allah SWT akan diampunkan segala dosa-dosa kecilnya. Ramadhan merupakan bulan yang paling mulia di dalam Islam kerana bulan ini Allah SWT menurunkan al-Quran al-Karim, berlakunya malam “Lailatulqadar” dimana malam tersebut lebih mulia dan berkat daripada seribu bulan. 2. Hindari Perkara Maksiat ketika Berpuasa Daripada Abu Hurairah RA lagi katanya bahawa Nabi SAW bersabda : “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan keji lagi buruk sedangkan dia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan di sisi Allah selain daripada lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.” (Riwayat al-Bukhari)

Huraian Hadith : Orang yang berpuasa sedangkan mereka tidak memelihara lidah (percakapannya) dan juga masih melakukan maksiat, tidak akan diberi pahala oleh Allah SWT ke atas puasa mereka selain lapar dan dahaga sahaja. Puasa yang paling istimewa di sisi Allah SWT ialah mereka yang dapat menahan lapar dan dahaga serta menjaga pancaindera mereka daripada melakukan maksiat dan dosa disamping menambahkan amal ibadat lain sepanjang mereka berpuasa. Sumber : Kitab Riyadhus Salihin Sumber : Kitab Riyadhus Salihin (e-hadith JAKIM) 3.Menjaga Lidah ketika Berpuasa Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda : “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau diajak bermusuhan, maka hendak ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”. (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith : Kelebihan orang yang berpuasa bukan sahaja terletak kepada menahan makan dan minum serta mengerjakan perkara-perkara yang membatalkan puasa, tetapi menjaga setiap anggota daripada melakukan perkara yang mengosongkan pahala puasa. Inilah yang sangat dikehendaki oleh Islam, seperti menjaga lidah dan lainnya. Orang yang berpuasa hendaklah sabar menerima dugaan daripada Allah SWT, sekiranya mereka dimaki hamun dan diajak berkelahi oleh seseorang maka hendaklah ia berkata “aku berpuasa”. Untuk mengelak daripada melakukan perkara yang merosakkan puasa, maka (seseorang yang berpuasa) digalakkan oleh Islam agar banyak beristighfar kepada Allah, berzikir, berselawat dan sebagainya. Sumber : Kitab Riyadhus Salihin Sumber : Kitab Riyadhus Salihin (e-hadith JAKIM)

TAFSIR IBNU Surah Al Baqarah: Ayat: 185: Ramadhan Bulan Puasa dan Bulan Al Quran KATSIR ULAMAK TAFSIR TENTANG PUASA ‫ۚ َفَم ْن‬ ‫ََّدوٌَةبِّيَِمنْانٍتَأَّيِامٍمَنُأَاخْلَُرهَُۗيدِٰريىُدَوُاهّْلَُلفلْارَِبقُاكُِمن‬ ‫اَّلِذي ُأْنِزَل ِفيِه اْلُق‬ ‫َد ِم ْنُكُم‬ ‫َش ِه‬ ‫اْلُيْس َر‬ ‫ُهًدى ِللَّناِس‬ ‫ْرآُن‬ ‫ُه ۖ َوَم ْن َكاَن َم ِريًض‬ ‫اَن‬ ‫ْه ُر َرَم َض‬ ‫َش‬ ‫ُيِريُد ِبُكُم‬ ‫َواَل‬ ‫َع ٰىَل َس َفٍر َفِع‬ ‫ا َأْو‬ ‫ْم‬ ‫ْه َر َفْلَيُص‬ ‫الَّش‬ ١٨٥ – ‫اْلُعْس َر َوِلُتْكِم ُلوا اْلِع َّدَة َوِلُتَكِّبُروا َهَّللا َع ٰىَل َم ا َهَداُكْم َوَلَع َّلُكْم َتْش ُكُروَن‬ (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

Tafsir ringkas: 1. Ayat ini menjelaskan tentang lafaz ‫( َأَّياًم ا َم ْع ُدوَداٍت‬beberapa hari yang ditentukan) yang disebut dalam ayat sebelum ini. Jadi, hari-hari yang dimaksudkan adalah sebulan Ramadhan iaitu puasa yang diwajibkan itu ialah pada hari-hari dalam bulan Ramadhan. Ia adalah bulan kesembilan dari kalender Qamariah. Iaitu satu-satunya nama bulan yang disebut dalam Quran. Bulan-bulan lain tidak disebut. Itulah satu keistimewaan bulan Ramadhan ini. 2. Seterusnya Allah SWT menjelaskan bahawa bulan Ramadhan itu jugalah turunnya Al-Quran untuk menjadi petunjuk kepada semua manusia dengan memaparkan dalil-dalil yang nyata dan menerangkan mana yang hak dan mana yang batil. 3. Untuk mengetahui awal dan akhir bulan Ramadhan, Rasulullah SAW telah menjelaskan dalam hadithnya; ) ‫ َفاْقِدُروا َلُه َثاَل ِثيَن‬:‫ ( وفي رواية مسلم‬، ‫ َفِإْن ُغَّم َع َلْيُكْم ) َفَأْكِم ُلوا ِع َّدَة َش ْع َباَن َثاَل ِثيَن‬:‫ َفِإْن ُغِّبَي َع َلْيُكْم (وفي رواية‬، ‫ُص وُم وا ِلُرْؤَيِتِه َوَأْفِط ُروا ِلُرْؤَيِتِه‬ Berpuasalah kamu kerana melihat bulan (Ramadhan) dan berbukalah kamu kerana melihat bulan (Syawal). Apabila tertutup bagi kamu (dalam satu riwayat mengatakan: Apabila tertutup bagi kamu disebabkan cuaca yang buruk), maka sempurnakanlah bulan Syaa’ban tiga puluh hari (dan dalam satu )riwayat Muslim “takdirkanlah” atau hitunglah bulan Syaa’ban tiga puluh hari). (HR Bukhari dan Muslim 4. Seterusnya Allah mengukuhkan keterangan ayat 184, bahawa walaupun berpuasa diwajibkan, tetapi diberi kelonggaran bagi orang- orang yang sakit dan musafir untuk tidak berpuasa pada bulan Ramadhan dan menggantikan pada hari-hari yang lain. 5. Kemudian pada penutup ayat 185 ini Allah menekankan supaya disempurnakan bilangan puasa itu dan memerintahkan agar kita semua bertakbir serta bersyukur kepada Allah atas segala petunjuk-petunjuk yang diberikan.

Pengajaran 1. Kedatangan Ramadhan sepatutnya bukan sahaja mengingatkan kita tentang kewajipan berpuasa sahaja, tetapi sewajarnya kita menyedari bahawa ia adalah bulan Al-Quran dan berpuasa dalam bulan ini sebenarnya untuk meraikan kemuliaannya dan keagungannya. 2. Ramadhan adalah bulan untuk kita melipatgandakan usaha untuk membaca, mempelajari dan menekuni Al-Quran. Perbanyakkanlah membaca Al Quran dan mempelajari ilmu tafsir sebagai salah satu cara kita mentadabbur ayat-ayatnya. Gunakan juga peluang ini untuk kita mengkhatam satu al-Quran. 3. Al- Quran itu adalah untuk ‘semua manusia’ (‫)ُهًدى ِللَّناس‬ maka ianya menjadi tanggungjawab kita untuk menyampaikan Al-Quran kepada mereka. Hendaklah kita berdakwah kepada orang bukan Islam dan menyampaikan ayat- ayat Allah ini kepada mereka. Inilah wadah dakwah yang patut digunakan. 4. Gunakan formula yang ada dalam al-Quran iaitu al- Furqan yang bermaksud membezakan mana yang haq dan mana yang batil. Justeru itulah umat Islam mesti mendalami al- Quran agar mengetahui mana yang salah dan mana yang benar. Dengan kefahaman yang penuh penghayatan diharapkan kita dapat menggunakan formula itu untuk menilai samada amalan atau sesuatu fahaman itu betul atau salah. 5. Hendak kita menyempurnakan ibadat puasa itu selama sebulan. Sempurna bermaksud bukan hanya menahan diri dari lapar dan dahaga tapi dari perkara-perkara dosa dan perkara-perkara lagha yang lain – perkara yang sia-sia. Jauhkan diri dari buat dosa-dosa lain dan jauhkan diri dari melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. 6. Penuhkan Ramadhan dengan berbuat amal ibadat. Jangan jadikan Ramadhan ini sebagai ‘Bulan Pesta Makanan’. Amat menyedihkan apabila segolongan umat Islam lebih mementingkan persiapan juadah berbuka. Mereka menahan diri daripada makan sepanjang siang, tapi pada waktu malam mereka ‘membalas dendam’ dengan dengan melayan nafsu makan sahaja. Ramai orang membeli pelbagai juadah yang dijual di bazar Ramadhan. Akhirnya berlaku pembaziran kerana membeli ketika mereka sedang dalam keadaan lapar. 7. Setelah selesai menjalani ‘latihan’ dalam bulan Ramadhan, maka kita akan raikan kejayaan kita itu dengan berhari raya dengan bertakbir. Bertakbir bukan dengan mulut sahaja tetapi kita membesarkan Allah dengan amal kita sehingga kita merasa kerdil di hadapan Allah dengan meneruskan pengabdian kita kepadaNya sepenuh ketaatan.

Sekilas fakta puasa Ramadan TAKRIF puasa dari segi istilah bermaksud seseorang menahan diri daripada makan dan minum dan mengelakkan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat. Umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadan mengikut dalil al-Quran dan hadis.

Lafaz Niat Puasa Syarat Sah Puasa : Perkara yang Membatal Puasa:

KAJIAN SAINTIFIK BERKENAAN PUASA : KELEBIHAN PUASA DARI SUDUT SAINS Puasa memiliki banyak hikmah dan manfaat untuk tubuh, ketenangan jiwa, dan kecantikan. Semasa berpuasa, organ-organ tubuh dapat beristirehat dan sel dalam tubuh boleh berkumpul untuk bertahan. Puasa juga boleh mengeluarkan kotoran, toksin racun dari dalam tubuh, meremajakan sel-sel tubuh dan menggantikan sel-sel tubuh yang sudah rosak dengan yang baru serta untuk memperbaiki fungsi hormon, menjadikan kulit sihat dan meningkatkan daya tahan tubuh kerana manusia mempunyai kemampuan terapi secara semulajadi. Puasa dapat membuat kulit menjadi segar, sehat, lembut, dan berseri. Kerana setiap saat tubuh mengalami metabolisme tenaga, iaitu peristiwa perubahan dari energi yang terkandung dalam zat gizi menjadi tenaga potensi dalam tubuh. Sisanya akan disimpan di dalam tubuh, sel ginjal, sel kulit dan kelopak mata serta dalam bentuk lemak dan glikogen.

1. Puasa mengurangkan ketahanan insulin Terdapat beberapa kajian yang mendapati kebaikan berpuasa dalam meningkatkan kawalan gula dalam darah. Puasa dianggap sangat berguna bagi mereka yang berisiko menghidap diabetes. Malah, satu kajian yang dijalankan ke atas 10 orang yang menghidap diabetes jenis 2 menunjukkan bahawa puasa berselang-seli jangka pendek boleh menurunkan paras gula darah dengan ketara. Penyelidikan itu telah diterbitkan dalam jurnal US National Library of Medicine National Institutes of Health (NCBI). 2. Puasa membantu melawan jangkitan Penyelidikan menunjukkan puasa boleh membantu mengurangkan tahap keradangan yang mungkin terlibat dalam perkembangan penyakit kronik, seperti penyakit jantung, kanser, dan rheumatoid arthritis. Satu kajian kecil mendapati kesan keradangan berkurangan apabila orang berpuasa selama 12 jam sehari selama sebulan. Faedahnya boleh berguna dalam merawat keadaan keradangan, seperti multiple sclerosis.

3. Meningkatkan kesihatan jantung Penyakit jantung dianggap sebagai punca utama kematian di seluruh dunia. Mengubah diet dan gaya hidup adalah cara paling berkesan untuk mengurangkan risiko penyakit jantung. Satu kajian mendedahkan bahawa berselang-seli lapan minggu berpuasa mengurangkan tahap kolesterol jahat dan trigliserida buruk masing-masing sebanyak 25 peratus dan 32 peratus. 4. Puasa mencegah gangguan sel saraf Walaupun kebanyakan kajian dilakukan ke atas haiwan, namun dalam beberapa kajian mendapati kesan kuat berpuasa untuk kesihatan otak. Kajian haiwan telah melaporkan bahawa puasa boleh melindungi kesihatan otak dan meningkatkan pembentukan sel saraf untuk membantu meningkatkan fungsi kognitif. Kajian haiwan menunjukkan puasa boleh meningkatkan fungsi otak, meningkatkan sintesis sel saraf, dan melindungi daripada keadaan neurodegeneratif, seperti penyakit Alzheimer dan penyakit Parkinson.

Beberapa cendekiawan telah melakukan beberapa ujian tentang puasa diantaranya secara ringkas dibawah ini: 1. Allan Cott, M.D. 2. Dr. Yuri Nikolayev Seorang pakar dari Amerika Syarikat, telah menghimpun Pengarah bahagian diet di Moscow menilai hasil pengamatan dan penelitian para ilmuwan berbagai kemampuan untuk berpuasa yang mengakibatkan orang yang menjalaninya boleh menjadi awet negara, lalu menghimpunnya dalam sebuah buku Why Fast muda, sebagai suatu penemuan terbesar abad ini. Beliau mengatakan: Menurut pendapat anda, iaitu berbagai hikmah puasa, antara lain: apakah penemuan terpenting pada abad ini? Jam radioaktif? Bom exoset? Menurut pendapat saya, merasa lebih baik secara fizikal dan mental. penemuan terbesar dalam abad ini ialah kemampuan seseorang membuat dirinya tetap awet merasa lebih muda. muda secara fizikal, mental, dan spiritual, melalui puasa yang rasional. membersihkan badan menurunkan tekanan darah dan kadar lemak.

Dr. Muhammad Mu nib Elson M. Haas M.D. Dan kawan-kawan dari Turki juga melakukan Direktor Medical Centre of Marin sebuah kaji selidik terhadap seratus responden (sejak 1984) mengatakan puasa dapat mengubati penyakit seperti Influeza, muslim. Sampel darah mereka diambil sebelum dan diakhir bulan ramadhan, untuk dilakukan bronkitis, diare, konstipasi, alergi analisis dan pengukuran terhadap kandungan makanan, asma, aterosklerosis, protein, total lemak (total lipid), lemak fosfat, asam lemak bebas, kolesterol, albumin, globulin, penyakit jantung koroner, hipertensi, diabetes, obesitas, kanker, epilepsi, gula darah, tryglycerol, dan unsur-unsur sakit pada punggung, sakit mental, pembentuk darah lainnya, dan didapat, antara angina pectoris (sakit dada kerana lain bahawa terjadi penurunan umum pada kadar jantung), panas dan insomnia. gula (glukosa) dan tryacyglicerol orang yang berpuasa, terjadinya penurunan parsial dan ringan pada berat badan, tidak terlihat adanya aseton dalam urin, baik dalam awal maupun akhir puasa, sebab sebelum puasa ramadhan, kenyataan ini menegaskan tidak adanya pembentukan zat- zat keton yang berbahaya bagi tubuh selama bulan puasa islam, Dengan keutamaan puasa, glikogen dalam tubuh mengalami peremajaan, memompa gerakan lemak yang tersimpan, sehingga menghasilkan energi yang lebih meningkat.

KESIMPULAN KESIMPULAN Puasa khususnya puasa Ramadhan difardhukan oleh Allah SWT kepada setiap muslim yang telah memenuhi segala syarat iaitu seorang muslim yang berakal, matang, sihat, dan mabit/mukim (menetap di tempat tinggalnya). Namun begitu, Allah SWT sentiasa memberikan peraturan mengikut keadaan dan kemampuan hamba-Nya.

SRuumjubkearn Google Images BUKU SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM http://gunung-ganangb.blogspot.com/2016/ http://eprints.utm.my/id/eprint/41069/2/KamarulAzmiJasmi2013_AlQuranGeologi.pdf https://www.wallpaperflare.com/search?wallpaper=gunung http://kaunselingsyarie.blogspot.com/2012/08/fungsi-gunung-ganang-menurut-al-quran.html http://hantuwriter.blogspot.com/2012/02/pergerakan-gunung-ganang-sains.html https://berita.pas.org.my/surah-al-baqarah-ayat-185-ramadhan-bulan-puasa-dan-bulan-al- quran/ http://www.serantaumuslim.org.my/wp-content/uploads/2018/05/10-Perkara-Yang-Perlu- Anda-Tahu-Tentang-Ramadhan.pdf


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook