Oleh yang demikan, apabila dihazafkan unsur-unsur kerohanian yangberteraskan nilai agama dalam diri manusia sudah pastilah ia akanmendorongnya melakukan sesuatu tindakan kezaliman dan bercanggahdengan objektif syarak. Natijah daripada perlakuan manusia yang tidakbertanggungjawab ini secara tidak langsung akan menzahirkan simptomfasad yang memandu manusia ke arah kerosakan dan kebinasaan didunia dan di akhirat. Golongan yang bertindak sedemikian bebasdaripada ikatan nilai dan norma agama serta cenderung kepada tingkahlaku yang bersifat anarki. Kemuncaknya, hilanglah nilai-nilaikemanusiaan disebabkan nilai-nilai mazmumah mengatasi nilai-nilaimahmudah. Realiti tentang kehidupan manusia di dunia ini dilakarkandalam Al-Quran iaitu yang bermaksud: “Tidakkah Kami telah menjadikan baginya dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan Kami). Dan lidah serta dua bibir (untuk menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya). Dan kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk diikutinya dan jalan kejahatan untuk dijauhinya).” (al-Balad: 8-10)Secara tipikalnya, objektif utama perutusan manusia di muka bumi inibukanlah untuk mengisytiharkan bahawa kedudukannya sebagaimakhluk yang teristimewa berbanding makhluk lain. Sebaliknya,penugasan yang perlu didokong dan dijunjung oleh manusia iaitu dapatmemenuhi amanahnya sebagai hamba yang sentiasa beriltizam taat danpatuh secara mutlak terhadap segala titah perintah Allah. Kedudukanmanusia di sisi Allah SWT tidak lebih daripada sekadar hamba yangperlu tunduk kepada PenciptaNya Yang Maha Agung seperti yangdifahami dalam kerangka tauhid. Dengan keterangan lain, manusiabertanggungjawab terhadap apa sahaja perbuatan yang dilakukannya diatas muka bumi ini. Legitimasi daripada Al-Quran telah merekodkanketerangan tersebut sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”
(al-Mukminun: 115)Justeru, dalam usaha manusia memenuhi fungsinya sebagaikhalifatulard, ia perlu menginsafi bahawa neraca pengukuran kedudukaninsan di sisi Allah SWT ialah sejauh mana ia mengabdikan diri secaramutlak kepada PenciptaNya. Atas pemahaman inilah, setiap tingkah lakuke arah kebaikan manusia dinilai sebagai ibadah. Sebaliknya, perbuatanyang cenderung kepada keji dan kejahatan akan mendapat balasan yangsewajarnya. Kenyataan ini dirakamkan dalam firman Allah SWT yangbermaksud: “Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula.” (al-Zalzalah: 7-8)Berasaskan pemahaman inilah, Islam telah meletakkan tanggungjawabkepada manusia sebagai pengurus untuk mentadbir dan mengurussumber alam yang dimiliki oleh Allah SWT secara adil dan saksama.Sebagai seorang usahawan, setiap apa yang diusaha dan dikerjakannyaadalah bertujuan untuk memberi manfaat bukan sahaja untuk dirinyatetapi juga kepada masyarakat umum. Sumbangan manfaat tersebutadalah bersifat nilai tambah64 untuk dikongsi oleh seluruh ahlimasyarakat.Berasaskan kepada pengwujudan nilai tambah tersebut dalam institusimasyarakat ia menjadi pemangkin ke arah menzahirkan objektifmengutamakan kepentingan umum mengatasi kepentingan individu.Tradisi nilai terpuji ini menjadi sebahagian daripada normakeusahawanan Islam yang berteraskan keadilan sosioekonomi.Kesedaran tentang keutamaan kemaslahatan umum mengatasikepentingan individu merupakan kunci utama kepada pengusaha untukberbakti kepada masyarakat dan menyumbang kepada kesejahteraanagama.Tuntasnya, keusahawanan Islam telah meletakkan kedudukan
khalifatulard dikonotasikan sebagai pengusaha. Ia berfungsi sebagaidaya penggerak untuk menjana nilai tambah ke atas segala khazanahalam yang diciptakan untuk disumbangkan kepada kelompok masyarakatdan bukannya hanya berorientasikan keuntungan kebendaan secaratotal. Sebaliknya, pengusaha bertanggungjawab menawarkanperkhidmatan dan menunaikan tanggungjawab sosial atau sebarangbentuk inovasi yang lain untuk dinikmati oleh ahli masyarakat. Namunbegitu, Islam tidak menghalang kepada mana-mana individu berusahauntuk mendapatkan ganjaran untuk kepentingan individu. Walaubagaimanapun, dalam memenuhi keperluan individu dan keluarga, iajuga perlu diimbangi dengan keperluan umum masyarakat.65 Tuntutan inibersesuaian dengan keperluan manusia sebagai pemegang amanahuntuk menyuburkan kehidupan dan melangsungkan peradaban.Justeru, kedangkalan dan kesempitan akal manusia memahamikedudukan dan fungsi khalifatulard akan memberi kesan negatif dan iaberpotensi cenderung mencipta penderitaan kepada manusia sama adadalam bentuk kebendaan atau dekadensi moral. Tambahan lagi sebagaipengusaha, apabila objektif kekhalifahan disongsangkan ia akanmembuka ruang kepadanya untuk mengeksploitasi sumber yang adauntuk faedah dan keuntungan dirinya semata-mata. Kelemahan dankekurangan yang wujud ini secara tipikalnya disebabkan olehkesombongan, keegoan dan kebodohan manusia untuk tunduk danpatuh atas kapasitinya sebagai hamba kepada Penciptanya Yang MahaAgung.Apabila kemenangan hawa nafsu mengatasi nilai Ilahiah sudah tentulahia akan menyerlah sifat-sifat keji dalam diri pengusaha seperti pentingdiri, kikir,66 tamak haloba, boros, membazir, menipu, memanipulasiharga, menindas pengguna dan pelbagai lagi sifat negatif yang jelasberkontradiksi dengan dogma agama. Apa yang nyata tingkah lakumanusia yang zalim ini menzahirkan naluri kebinatangan dan secaratidak langsung meletakkan taraf kedudukannya pada tahap yang lebihrendah dan dipandang hina. Premis kenyataan ini dinukilkan oleh AllahSWT dalam Al-Quran al-Karim yang bermaksud: “Dan sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam)
kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat- ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (al-A`raf:179)Berasaskan peruntukan ayat Al-Quran tersebut, pandangan yangdilontarkan oleh Ibn Kathir,67 beliau menyatakan bahawa semua anggotatubuh badan manusia diciptakan adalah untuk mencari hidayah ataupetunjuk kebenaran Allah SWT. Namun begitu, amat malanglah bagimanusia yang menyalahgunakannya ke arah petunjuk yang sesatsehingga menyebabkan martabat keinsanan sama seperti haiwanbahkan ternyata jauh lebih sesat.Ringkasnya, pemahaman khalifatulard secara fundamentalnya ialahsebagai makhluk yang dinamis diciptakan Allah SWT untukmelangsungkan kehidupannya di muka bumi ini. Sebagai balasannya,manusia perlu akur dan patuh terhadap kodifikasi hukum yang telahditentukan oleh Allah SWT secara keseluruhannya sama ada dalambentuk perhubungan interaksinya dengan Allah SWT, sesama manusiadan alam. Bersesuaian dengan statusnya sebagai hamba Allah atausebagai duta di alam ini, manusia perlu bertanggungjawab sepenuhnyauntuk merealisasi dan menterjemahkan kandungan wahyu dalam bentukamali supaya dapat dihayati oleh keseluruhan umat manusia.Secara idealnya, untuk mengisi tanggungjawab sebagai pemegangamanah, manusia perlu mengurus dan mengusahakan sumber alam inibukan sahaja untuk faedah dirinya tetapi juga perlu mengolah manfaattersebut untuk kesejahteraan kepentingan umat manusia dan makhluklain di dunia ini. Oleh yang demikian, segala bentuk perlakuan manusiaatau pun pengusaha yang mengisyaratkan ke arah natijah yang baik danpositif menurut dimensi syariat sudah pastilah ia akan meletakkankedudukan pelaku tersebut sebagai makhluk yang mulia di sisi Allah
SWT. Kesimpulannya, fungsi manusia diutuskan di muka bumi ini dapatdilihat pada Rajah 3.2. Rajah 3.2: Fungsi Manusia Menurut Kerangka IslamKonsep Usaha Dalam IslamDari sudut pandangan Islam, pemerihalan tentang konsep usaha adalahkunci utama untuk membangunkan peradaban manusia. Bertepatan
dengan ciri-ciri kedinamikan yang ada kepada manusia sebagai makhluksosial sudah tentulah ia perlu berusaha untuk menyempurna danmenjamin kelangsungan kehidupannya secara harmonis di alam ini.Asas ketentuan ini mengisyaratkan bahawa Islam memberi galakan danbersikap positif terhadap manusia supaya berusaha dengan penuhiltizam mengurus alam untuk mencapai kebahagiaan yang hakiki.68Unjuran dan dorongan kepada manusia supaya berusaha secara proaktif mendapatkan pulangan yang produktif dilihat sebagai keperluanmemenuhi tanggungjawab agama69 yang perlu dipikul oleh setiapindividu. Secara tidak langsung melalui aktiviti pencarian kurniaan AllahSWT tersebut, ia bukan sahaja dapat memenuhi keperluan dirinya tetapijuga untuk keluarga dan masyarakat amnya. Pemahaman kepadapenekanan usaha ini digarap melalui firman Allah SWT dalam Al-Quranyang bermaksud: “Dan kami jadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki.” (al-Naba’:11)Intisari pemahaman ayat tersebut menekankan bahawa syariat Islammenyarankan kepada umat manusia berusaha atau bekerja dalamkonteks pencarian rezeki. Mesej yang hendak disampaikan inimengandungi makna tersirat iaitu setiap usaha atau pekerjaan yangdilakukan bagi memenuhi objektif pencarian kurniaan Allah SWT adalahdikategorikan sebagai amalan yang terpuji. Secara implisitnya, tindakanyang diusahakan tersebut menepati dengan jalan yang dikehendaki olehAllah SWT.70Dalam memenuhi amanah Ilahi tersebut, Islam mendorong umatnyasupaya berusaha kepada perkara yang boleh memberi faedah dan yanglebih penting lagi ialah mendapat rahmat dan keredaan daripada Ilahi.Objektif mendapat keredaan daripada Ilahi ini dilihat sebagai subjekpenting kepada natijah sesuatu usaha yang dilakukan kerana manfaatdan keuntungan tersebut bukan sahaja dituai di alam dunia tetapiberkesinambungan sehingga ke alam akhirat. Justeru, setiap usaha yang
dipraktiskan oleh manusia secara idealnya diisbatkan sebagai memenuhikeperluan tuntutan kemanusiaan dan dalam masa yang sama jugamenunaikan tangungjawab yang dituntut oleh agama itu sendiri.71Bertitik tolak daripada pemahaman tersebut, sarjana seperti Ismail RajiFaruqi72 mengutarakan pandangannya secara empatik bahawa, Islamadalah ajaran yang menekankan kepada tindakan (a religions of actions).Pandangan yang dilontarkan ini menjelaskan bahawa Islam menyerupengikutnya mengisi ruang masa dan waktu di alam dunia ini supayaberusaha melakukan amal perbuatan yang dapat menyerlahkan lagipotensi keinsanan sebagai makhluk yang mulia. Malah, Al-Quran telahmemprojekkan kerja yang bermanfaat (amal soleh) dengan istilah imanataupun dengan ketentuan diungkap sebanyak 50 kali.73 Gabungankompilasi kedua-dua istilah tersebut memberi satu `ibrah bahawa Islamadalah ajaran yang bersifat praktikal yang berpaksikan nilai-nilai luhur al-din. Berasaskan doktrin kepercayaan yang telah diisyaratkan oleh Al-Quran tersebut menunjukkan bahawa Islam menggalakkan umatnyaberusaha, berinovatif dan bersifat kreatif bersesuaian dengankemampuan dan kebolehan yang dimiliki oleh individu masing-masing.Malah, jika dibongkar isi kandungan dalam Al-Quran, didapati sebanyak360 ayat memerihalkan berkaitan amal usaha dan 109 ayatmemperincikan tentang perbuatan ataupun dikenali sebagai fi`il.74 Dalampada itu, penggunaan terma istilah lain juga diaplikasikan oleh Al-Qurandalam menginterpretasikan konotasi usaha seperti istilah jahada 75kasaba 76 dan baghiya Dalam ruang linkup pengertian Al-Quran, ketentuan istilah-istilah tersebut adalah bersifat suci yangmengandungi makna umum serta merangkumi seluruh lapisan peringkatmanusia supaya aktif berusaha dan bekerja. Meskipun begitu, apasahaja bentuk pekerjaan yang diusahakan oleh manusia tidak bolehdipisahkan dengan doktrinisasi moral yang bertunjangkan akhlak Islam.Atas kepentingan inilah, Islam telah bertindak mengintegrasikan nilai-nilairohani dan jasmani dalam setiap pekerjaan yang dilakukan oleh manusia.Sebarang bentuk usaha yang melibatkan kepentingan duniawi perlu
diimbangi dengan norma-norma akhlak. Ia bertujuan untuk mengekangatau mengawal kecenderungan hawa nafsu manusia yang meruntun jiwamanusia ke arah golongan yang melampaui batas. Peringatan ini disebutoleh Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud: “Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang menjalar dan yang tidak menjalar, pohon kurma, tanam-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya) dan tidak sama (rasanya). makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan disedekahkan kepada fakir miskin); dan janganlah kamu melampau-lampau. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampau-lampau.” (al-An`am:141)Ibn Kathir menafsirkan ayat tersebut, bahawa Allah SWT mengurniakanrezeki kepada manusia untuk faedah dan kepentingan umumnya. Nikmatyang dianugerahkan tersebut perlu dimanfaatkan dengan sebaikmungkin berasaskan panduan yang telah ditentukan oleh Allah SWT.Namun begitu, Allah SWT menyelar sikap manusia yang tidakmenunaikan hak ke atas rezeki yang diperolehi tersebut dan yangbersifat boros. Sesungguhnya, perbuatan membazir dan berlebih-lebihantanpa batasan adalah dikeji oleh Allah SWT.77Pada prinsipnya, setiap usaha yang dilakukan oleh setiap individumanusia perlu dipastikan secara jelas dan dapat dibezakan secara haksupaya ianya selaras dengan syariat. Perlakuan dan tindak tandukmanusia dalam setiap sebarang bentuk pekerjaan perlu berasaskankepada nilai-nilai mutlak yang telah ditentukan oleh wahyu. Oleh yangdemikian, amal usaha yang dilaksanakan oleh manusia adalah diiktirafsebagai ibadah sekiranya usaha tersebut berorientasikan pengabdiankepada Allah SWT. Premis kenyataan ini disokong melalui petunjuk yangdigambarkan dalam Al-Quran, firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah
menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamubertakwa.” (al-Baqarah: 21)Terma “sembahlah” dalam ayat tersebut mengandungi makna ibadah.Pentafsiran ini diulas oleh Ibn Taimiyyah dengan membuat penegasanbahawa konsepsi istilah ibadah mengandungi pemahaman yang bersifatumum. Ia dapat difahami berdasarkan apa sahaja usaha yang dilakukanmenepati dan diredai oleh Allah SWT terkandung dalam maksud ibadah.Termasuk juga dalam pengertian ini iaitu perkataan atau perbuatan samaada yang bersifat zahir atau batin. Sebagai contoh amal perbuatan yangterangkum dalam domain kerangka ibadah seperti sembahyang, puasa,zakat, haji, amal bakti kepada kedua ibu bapa, menghubungkansilaturrahim, bermuamalah secara terpuji, berakhlak mulia,mengutamakan nilai-nilai luhur, bersifat penyayang kepada makhluk laindan sebagainya.Termasuk juga dalam ruang lingkup ini iaitu menzahirkan perasaan kasihkepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Di samping itu, sebagai hambaketaatan dan pengabdian kepada PenciptaNya diterjemahkan dalambentuk mentaati secara mutlak apa yang diperintahkan dan menjauhisegala larangan yang telah ditentukan atau pun ketentuan ini dikenalisebagai Segala usaha atau perlakuan yangdilakukan tersebut perlu disuburkan dengan elemen nilai-nilai ikhlas yangtinggi kepada Allah SWT. Dalam pada itu, perasaan syukur, akur, taat,tawakkal, memohon bantuan, mengharapkan nikmat dan perasaan takutkepada Allah SWT adalah merupakan sebahagian daripada unsur-unsuramalan atau kepercayaan yang termasuk dalam unsur-unsur komponenibadah kepada Allah SWT.78Penekanan kepada usaha yang bertemakan amal ibadah adalahmenepati dengan keperluan syariat Islam. Amal dan usaha yangdilakukan oleh setiap individu akan membuahkan kejayaan yang bakaldikecapinya sama ada memperolehi keuntungan dan kebaikan (hasanah)di alam dunia bahkan juga di hari akhirat kelak. Tugasan untukmelaksanakan tugas ini bukan hanya dikhususkan kepada kaum Adam
sahaja bahkan termasuk juga kepada golongan Hawa. Penegasan inidapat dilihat melalui firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud: “Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki ataupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (al-Nahl:97)Secara amnya, ayat ini memberi penjelasan bahawa amal soleh yangdilakukan sama ada oleh lelaki atau perempuan akan memperolehipahala yang sama. Namun begitu, usaha yang dilaksanakan tersebutperlu terikat dengan iman yang hakiki kepada Allah SWT. Secara tidaklangsung ia memberi satu pengajaran kepada manusia iaitu ataskapasitinya sebagai individu dan umumnya sebagai komuniti masyarakatadalah bertindak sebagai agen pembangunan fizikal dan rohani. Dengankata lain, manusia berfungsi sebagai pemangkin kepada proses untukmencapai matlamat tertinggi iaitu kebahagiaan atau kejayaan di duniadan di akhirat. Ini kerana menurut Ibn Kathir, kehidupan ideal yangmemenuhi keperluan duniawi dan ukhrawi ialah mendapat rezeki yanghalal dan diberkati oleh Allah SWT.79Sehubungan itu, Islam memandang tinggi ke atas usaha yangmenghasilkan pulangan yang berproduktif. Tambahan lagi ia memberipulangan yang positif kepada kepentingan masyarakat umum. Padahakikatnya, usaha yang baik dan murni ialah memberi sumbangan yangpositif kepada masyarakat sama ada dalam bentuk pemikiran, tenagaatau dalam bentuk kebendaan. Sesungguhnya, amal jihad yang terpujiialah individu yang banyak memberi sumbangan yang produktif untukkemaslahatan umat manusia.80 Sumbangan yang diusahakan tersebutadalah bertujuan untuk memenuhi keperluan maqasid syar`iyyah danmemperkasakan aspek-aspek moral, fizikal dan ekonomi umat Islam.Lantaran itu, usaha yang dilakukan oleh individu untuk memenuhikeperluan umat Islam adalah sebahagian daripada tuntutan fardu
kifayah. Kewajipan mengusahakan tugas tersebut perlu dipikul olehindividu-individu yang memiliki kebolehan dan kemahiran sertakeupayaan melaksanakannya. Dalam persoalan ini, sarjana Islam sepertiIbn ‘Abidin‘81 mengutarakan pandangannya dengan memberi ulasanbahawa perusahaan atau amalan keusahawanan adalah sebahagiandaripada obligasi yang perlu ditunaikan daripada aspek sosial.Sarjana Islam seperti Imam Nawawi mengemukakan pandangannya iaitudi antara tanggungjawab sosial yang perlu dipenuhi oleh umat Islamadalah pekerjaan dan perusahaan (keusahawanan) dan elemen-elemenasas keperluan yang lain untuk meningkatkan kualiti hidup manusia.82Keperluan komponen asas yang dinyatakan tersebut merangkumisebahagian daripada kerangka amalan keusahawanan termasukperniagaan ataupun usaha-usaha lain yang bertujuan memacuperkembangan ekonomi umat manusia. Pandangan yang dikemukakanini jelas menunjukkan bahawa peranan pengusaha dalam komunitimasyarakat bukanlah bertujuan berorientasi keuntungan materialsemata-mata sebaliknya fungsi umumnya adalah lebih utama daripadaobjektif tersebut.Bertitik tolak daripada pandangan tersebut, fungsi pengusaha adalahuntuk memberi manfaat untuk kesejahteraan masyarakat umum sebagaimemenuhi tuntutan fardu kifayah. Pandangan yang dipaparkan tersebutselari dengan pemikiran Ibn Taimiyyah.83 Dalam perkara ini, beliaumembuat ulasan dengan menyatakan bahawa majoriti fuqaha Islam yangterdiri daripada aliran Shafi`i, Ahmad ibn Hanbal dan intelektual Islamyang seperti Abu Hamid al-Ghazali serta Ibn al-Jauzi telah senadaberpendapat aktiviti perusahaan (keusahawanan) adalah diklasifikasikansebagai tanggungjawab wajib diusahakan daripada aspek sosial.Justifikasi ketentuan hukum tersebut adalah disebabkan tanpa aktivitikeusahawanan tersebut, ia boleh merencat dan memandulkan aktivitikehidupan manusia serta secara tidak langsung memberi impak yangnegatif kepada stigma masyarakat amnya. Asas keperluan dan kondisitersebut telah meletakkan kedudukan aktiviti keusahawanan sebagaifardu kifayah yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam. Tuntutansedemikian mempunyai persamaan dalam kes perang jihad yang
dikategorikan sebagai tanggungjawab kolektif yang perlu ditunaikan olehumat Islam.Justeru, setiap usaha yang dilakukan perlu dilaksanakan dengan penuhtekun dan penuh kesabaran dan sentiasa memohon petunjuk daripadaAllah SWT.84 Atas prinsip inilah Islam tidak menghadkan sebarangbentuk usaha yang dilakukan oleh manusia dalam erti kata yangdiizinkan oleh syarak. Oleh yang demikian, Islam mengkritik individumanusia yang bersikap cuai, leka, mengharapkan ihsan orang lain,malas, tidak produktif, menindas golongan yang lemah dan sebagainya.Sifat-sifat negatif yang dinyatakan tersebut bertentangan dengankonsepsi usaha yang dibugarkan oleh Islam. Ia jelas menyanggahpotensi yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia. Individuyang bersifat sedemikian gagal melaksanakan tanggungjawabnyadengan baik dan tidak mencerminkan sebagai individu Muslim yangmuttaqin.Malah, individu terbabit sentiasa mencari helah daripada melakukansesuatu usaha yang produktif bahkan lebih rela pasrah dan menanti tuahdatang bergolek. Sikap bergantung diri terhadap orang lain adalah satusimptom penyakit rohani yang perlu dijauhi oleh setiap individu. Panduannormatif Al-Quran terhadap golongan yang sentiasa bergantung harapankepada orang lain disifatkan sebagai al-khusran85 iaitu manusia yangsentiasa mengalami kerugian bukan sahaja di dunia tetapi di alamakhirat. Kategori manusia yang diistilahkan dengan legaliti terma tersebuttelah merobohkan kehormatannya sebagai insan yang hakiki serta tidakberkeupayaan mengembangkan fungsinya sebagai pentadbir alam ini.Jika dilihat daripada perspektif sunnah, didapati Baginda SAW memberigambaran yang positif terhadap manusia supaya berusaha bagimemenuhi keperluan kehidupan dan agama. Dorongan berusahamencari kurniaan Allah SWT dapat dilihat daripada kenyataan yang telahdikeluarkan oleh Nabi Muhammad SAW. Sebagai contoh, dalam sebuahhadis yang diriwayatkan oleh Jabir R.A, Nabi SAW bersabdamaksudnya:86 “Tiada seorang Muslim pun yang bercucuk tanam, melainkan
tanamannya yang dimakan atau dicuri orang atau dimakan binatang liar atau dimakan burung atau hilang, nescaya semuanya itu menjadi sedekah baginya.” (al-Muslim).Dalam keterangan hadis yang lain, daripada Miqdam, Nabi MuhammadSAW bersabda yang bermaksud:87 “Tidakkah seseorang itu makan makanan yang lebih baik daripada yang diperolehi dengan bekerja sendiri. Sesungguhnya, Nabi Allah Dawud AS makan daripada hasil perolehan tangannya (usaha) sendiri.” (al-Bukhari)Kenyataan yang dibicarakan oleh Nabi SAW dalam satu hadis, sepertiyang diriwayatkan oleh `Ali bin Sa`id al-Kindi menceritakan kepada kami,dari Mujalid dari `Amir dari Hubshi Ibn Junadah al-Saluli R.A ia berkata:”Saya mendengar Rasulullah SAW dalam haji Wida ketika beliau wukufdi Arafah iaitu terdapat seorang Badwi datang kepada beliau lantasmemegang hujung selendangnya kemudian ia meminta kepadanyalantas beliau memberinya dan ia pergi, dalam situasi yang sedemikian itumeminta-minta adalah diharamkan. Kemudian sabda Nabi SAW yangbermaksud:88 “Sesungguhnya, meminta-minta itu tidak dibolehkan bagi orang kaya dan juga tidak (halal) bagi orang yang memiliki kekuatan yang sempurna kecuali bagi orang yang sangat miskin atau ditimpa kerugian yang sangat besar. Barang sesiapa yang meminta terhadap sesama manusia untuk menambahkan hartanya maka nanti pada hari kiamat mukanya akan penuh luka dan cedera yang disebabkan oleh api neraka.” (al-Tirmidhi)Berdasarkan contoh-contoh sunnah yang telah dibentangkan tersebut,jelaslah bahawa Nabi Muhammad SAW menyeru pengikutnya berusaha
dengan gigih dan tekun untuk mencapai kemajuan dan memperbaikikualiti kehidupannya. Setiap hasil usaha yang dilakukan denganmemenuhi piawaian amal soleh akan diberi insentif dalam bentukganjaran dan keredaan serta keberkatan daripada Allah SWT.Barangkali daripada aspek material, kuantum keuntungan tersebut dapatdilihat dan boleh dinilai oleh manusia, namun dalam bentuk ganjaranpahala atau balasan dosa ia sukar diukur oleh pancaindera biasa. Isuganjaran atau balasan hanya ditentukan oleh Allah SWT Yang MahaMengetahui. Namun, sebagai individu Muslim, kita mempercayaisepenuhnya bahawa setiap usaha amal bakti yang dilakukan pasti akanmenerima ganjaran yang besar daripada Allah SWT sama ada di duniaataupun di akhirat.Oleh yang demikian, secara ringkasnya usaha atau amal kerja yangdilakukan oleh manusia adalah sesuatu yang dituntut oleh agama. Olehkerana aktiviti berusaha adalah sebahagian daripada domain keperluanagama sudah tentulah aktiviti tersebut diklasifikasikan sebagai ibadah.Berasaskan kepada konsepsi tersebutlah setiap usaha yang dilakukanoleh manusia perlu menepati kriteria dan mematuhi prinsip-prinsip yangtelah ditentukan oleh syarak. Usaha atau kerja yang dilaksanakantersebut perlu bebas daripada unsur-unsur yang tidak diizinkan olehsyarak seperti menipu, amalan riba, tidak jujur, penindasan, gharar dansebagainya. Apa yang penting usaha yang dilaksanakan adalah untukmemperolehi rezeki yang halal lagi berkat (halalan toyyiba). Melalui hasilpendapatan yang diperolehi tersebut ia bukan sahaja untuk faedahdirinya tetapi juga dapat dimanfaatkan kepada pihak lain sepertikeluarga, masyarakat dan kepentingan agama amnya.Golongan manusia yang memenuhi ciri-ciri sedemikian adalah kelompokmanusia seperti yang diistilah oleh ketentuan agama sebagai golonganal-falah. Sebaliknya, bagi golongan manusia yang menyalahi danmenyanggah ketentuan agama tersebut maka akan lahirlah golonganmanusia yang sentiasa berada dalam kerugian atau pun diistilahkansebagai al-khusran. Malah, kelompok manusia yang bersifat sedemikianadalah bersikap zalim kepada dirinya sendiri “zulm al-nafs”.____________
43 Secara literalnya, terminologi “fitrah” adalah merujuk kepada doktrin akidah yang murni. Olehyang demikian, manusia yang diciptakan Allah S.W.T. mempunyai naluri yang cenderung kepadaperasaan beragama. Keperluan agama adalah merupakan sebahagian dari perkara asasi yangdihajati oleh setiap insan. Jika manusia menafikannya sudah tentulah ia jelas berlaku konflikdengan keperluan naluri tabi`enya. Fakta dijelaskan oleh al-Qur’an menerusi firman Allah S.W.T.yang bermaksud: “Maka hadapkanlah dirimumu ke arah agama yang jauh daripada kesesatan,fitrah Allah yang menciptakan manusia untuk menerimanya, tidak patut ada sebarang perubahanpada ciptaan Allah itu, itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidakmengetahuinya.” (al-Rum:30). Malah agama fitrah yang bersendikan kepada doktrin akidahmerupakan tunjang kepada sifat kemanusiaan yang suci fitrahnya. Lihat Johari Mat (1992) al-`Akidah al-Islamiyyah li al-Sannah al-Ula, h: 9. Fitrah juga dilihat sebgaai kecenderungansemulajadi yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada manusia. Sebagai contoh, kebolehanmanusia untuk menaggapi sama ada betul dan salah, benar dan menyimpang, logik atausebaliknya dan sebagainya. Lihat Muhammad Asad (1980) The Message of The Qur’an, h: 621)44 Terma “al-bay`” disentuh oleh al-Qur’an lapan kali , boleh dilihat dalam surah surah al-Baqarah:275 ( 2 tempat): Ibrahim: 31, al-Nur: 37, al-Jumaat: 9, al-Taubah: 111 dan al-Haj: 40. Untukketerangan lanjut sila lihat Muhammad Fuad `Abd al-Baqi (1996) Mu`jam al-Mufahris al-Alfaz al-Qur’an al-Karim, h: 185.45 Syamsiah Mohammad (2000) Al-Rib fi al-Fiqh al- Islami, h: 73.46 Aktiviti riba secara mutlaknya diharamkan oleh syara`. Perbuatan negatif tersebut adalahmerupakan satu bentuk perlakuan ekploitasi yang dihina dan dicela oleh syara` dan kesannyaboleh menimbulkan perlakuan diskriminasi terhadap kelompok miskin dan golongan yangmemerlukan bantuan dalam institusi masyarakat. Golongan yang mengamalkan perbuatan riba inidikategorikan sebagai zalim. Sila lihat Fazlu Rahman (1974) Islam and Problem of EconomicJustice, h: 50.47 Fazlu Rahman (1974) Islam and Problem of Economic Justice, h: 18-19.48 Ibn Kathir (1980 ) Tafsir Ibn Kathir, jil. 8, h: 124.49 Charles C. Torey (1892) The Commercial-Theological Term in the Koran, h: 3.50 Ayat-ayat al-Qur’an yang menyokong premis kenyataan tersebut dapat dilihat dalam surah al-Nahl: 14, al-Isra’: 12: 66, al-Rum: 46, Faathir: 12 dan al-Jathiyah: 12.51 Abu Bakr Ahmad bin Husayn bin `Ali al-Bayhaqi (1994) Sunan al-Kubra,juz. 5, cet. 1, h: 363.52 Al-Bukhari (1994) Shahih al-Bukhari, juz. 6, h: 772.53 Al-Qurtubi (1996) al-Jami` al-Ahkam al-Quran, jil. 5, cet. 5, h: 151.54 Syamsiah Mohammad (2000) Al-Rib fi al-Fiqh al- Islami, h: 72.55 Kenyataan ini dirakamkan dalam al-Qur’an yang bermaksud: “Ingatlah ketika Tuhanmuberfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah dimuka bumi.” mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orangyang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasabertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “SesungguhnyaAku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (al-Baqarah:30)56 Fuad `Abd al-Baqi (1996) Mu`jam al-Mufahris al-Alfaz al-Qur’an al-Karim, h:115
57 Fuad `Abd al-Baqi (1996) Mu`jam al-Mufahris al-Alfaz al-Qur’an al-Karim, h: 116.58 Fuad `Abd al-Baqi (1996) Mu`jam al-Mufahris al-Alfaz al-Qur’an al-Karim, h:115.59 Fakh al-Din al-Razi (1978) al-Tafsir al-Kabir, juz. 18, h: 17.60 Abi Bakr Ahmad Ibn `Ali al-Razi al-Jassas (1985) Ahkam al-Qur’an, juz. 3, h: 165.61 Pembangunan yang bersifat lestari mempunyai signifikasinya dengan konsep kekhalifahan.Secara nisbinya, insan yang dikonotasikan sebagai khalifah mempunyai obligasi yang besaruntuk memakmurkan alam menurut acuan yang dikehendaki oleh syara`. Berdasarkan kepadakefahaman ini wujudnya satu isyarat kesedaran kepada manusia tentang diri mereka sebagaipemegang amanah Allah dalam bidang akhlak, politik, ekonomi dan juga mengolah prinsip-prinsipsusun atur masyarakat. Justeru, dalam usaha manusia merangka pelan tindakanpembangunannya, fokus kepada usaha tersebut bukan sahaja bermotifkan habuan dunia semata-mata. Objektif utama yang lebih penting lagi ialah pengisian dari aspek spiritual yangbertunjangkan order tauhid rabbani. Integrasi kedua-dua komponen keperluan tersebut perlubergerak seiring dengan pencapaian kemajuan pembangunan khalifah. Malah nilai-nilai spiritualyang terangkum dalam domain agama berfungsi sebagai kodifikasi perundangan yang bersifatmutlak dan akan menentukan bidangkuasa yang ada pada manusia dalam usaha memakmurkanalam ini. Ia merupakan pra syarat kepada manusia untuk mencipta kerangka pembangunan yangmendorong manusia untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Secara tidak langsung iaakan membimbing manusia mencipta peradaban ummah yang bersepadu menurut tatacaraIslam. Lihat Muhammad Shukri Salleh (1987) Pembangunan Berteraskan Islam, h: 49-50.62 Al-Baydhawi (1988) Tafsir al-Baydhawi, jil. 1, h: 44-45.63 Garapan kedua-dua fungsi tersebut dalam diri manusia adalah merupakan satu elemen yangpenting dicerna dalam kehidupan insan. Penegasan ini dijelaskan oleh Syed Muhammad al-Naquib al-Attas seperti berikut: “Man’s purpose to do `Ibadah to God (51:56), and his duty isobedience (ta`ah) to God, which conforms mith his essential nature (fitrah)…. Lihat SyedMuhammad al-Naquib al-Attas (1978) Islam and Secularism, h: 13264 Barjoyai Bardai (2000) Keusahawanan dan Perniagaan, jld. 1, h: 4-5.65 Muhammad Nejatullah Sidiqi (1979) The Economic Enterprise in Islam, h: 123-12466 Sikap negatif dinyatakan dalam al-Quran melalui firman Allah S.W.T. yang bermaksud:“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi (lagi bakhil kedekut).” (al-Ma`arij:19).67 Ibn Kathir (1980) Tafsir Ibn Kathir, jil. 3, h: 511.68 Al-Quran secara emphasisnya memberi penjelasan bahawa segala isi kandungan alam yangdiciptakan oleh Allah S.W.T. adalah untuk melangsungkan survival umat manusia. Kenyataandiutarakan melalui firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dialah yang menjadikan bumi itu mudahbagi kamu, Maka berjalanlah di setiap penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. danhanya kepada-Nya-lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.”(al-Mulk: 15)69 Auni Hj Abdullah (2001) Islam dan Perdagangan Dalam Sejarah Alam Melayu, h: 53-54.70 Muhammad Nejatullah Siddiqi (1979) The Economic Enterprise in Islam, h: 14-15.71 Desakan agama supaya setiap individu manusia perlu berusaha melakukan sesuatu yangpositif untuk memenuhi kedua-dua keperluan iaitu dunia dan agama dijelaskan oleh para sarjana
seperti `Imad al-Din S.M. (1984) Arab Mariners and Islam in China, h: 155. Lihat Coatalen, P,(1981) The Coming of Islam to South East Asia: A Critical Review of Some Extant Theories,Islamic Quarterly, : 11272 Ismail Raji al-Faruqi (1979) Is Islam Definable in Term of Economics Pursuit, dlm IslamicPerspectives, h: 188.73 `Abd al-Hadi (1976) al-Fikrah al-Idariyyah al-Islamiyyah wa al-Muqaranah, h: 152.74 Ibrahim al-Thahawi (1974) al-Iqtisad al-Islami, h: 237. Juga lihat Fuad `Abd al-Baqi (1996)Mu`jamal-Mufahris al-Alfaz al-Qur’an al-Karim, h :256.75 Antara penggunaan istilah jihad yang disebut dalam al-Qur’an . Lihat firman Allah yangbermaksud: Apakah (orang-orang) yang memberi minuman orang-orang yang mengerjakan hajidan mengurus Masjidilharam kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allahdan hari kemudian serta berjihad di jalan Allah? mereka tidak sama di sisi Allah; dan Allah tidakmemberi petunjuk kepada kaum yang zalim.(al-Taubah:19)76 Penggunaan istilah kasaba dapat dilihat melalui firman Allah S.W.T yang bermaksud: Haiorang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu denganmenyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkanhartanya kerana riya’ kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian.Perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, Kemudian batu itu ditimpahujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). mereka tidak menguasai sesuatupun dariapa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.(al-Baqarah:264).77 Ibn Kathir (1980) Tafsir Ibn Kathir, jil. 3, h: 330.78 Ibn Taimiyyah (1981) al-`Ubudiyyah, h: 1-2.79 Ibn Kathir (1980) Tafsir Ibn Kathir, jil. 4, h: 595.80 Muhammad Nejatullah Siddiqi (1979) The Economic Entreprise in Islam, h: 26.81 bn `Abidin (1987) Radd al-Muhtar `Ala al-Durr al-Mukhtar, jil. 1, h: 32.82 Al-Nawawi (1318H) Minhaj al-Thalibin wa Umdat, jil. 6, h: 194.83 Ibn Taimiyyah (1983) al-Hisbah fi al-Islam, h: 80-82.84 Za`aba (1982) Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri, h: 3.85 Penegasan ini ditegaskan oleh Allah S.W.T dalam al-Qur’an yang bermaksud: “ Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman danmengerjakan amal saleh dan nasihat- menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran. (al-`Asr: 1-3).86 Al-Muslim (1981) Shahih Muslim, jil. 3, h: 161.87 Al-Bukhari (1981) Sahih al-Bukhari, jil. 3, h: 254.88 Menurut Abu `Isa beliau menjelaskan dari segi riwayat hadith ini adalah berstatus hadithgharib. Lihat Al-Tirmidhi (1981), jil. 1, h: 788-789
BAB CIRI CIRI KEUSAHAWANAN ISLAM 5Ciri-Ciri Keusahawanan IslamUmumnya, keusahawanan Islam memiliki ciri-ciri yang tertentu dalammendasari kerangka pembentukan falsafahnya. Asas pembentukan inimenjadi acuan kepada pembangunan sistem keusahawanan yangbersifat holistik. Ia digarap melalui panduan wahyu iaitu bersumberkandaripada Al-Quran dan Al-Sunnah. Menurut Yusuf al-Qaradhawi89 dalamsegmen mu`amalah Islam, konsep keusahawanan Islam mempunyaiasas-asas seperti berikut:Ketuhanan (Rabbani)Secara amnya, elemen rabbani menjadi nukleus kepada falsafahkeusahawanan Islam. Ia memberi satu kefahaman yang jelas bahawasetiap perlakuan, aktiviti, penjanaan idea, organisasi, pengumpulan danpengembangan harta, penerokaan dan asas-asas keusahawanan yanglain adalah terikat dengan prinsip dan peraturan yang telah ditentukanoleh wahyu. Gambaran asas ini dapat dilihat berdasarkan kepada firmanAllah SWT dalam Al-Quran seperti dalam surah al-Baqarah: 168, 172,188, 275, 279, surah al-Nisa’: 29. Berdasarkan kepada peruntukan ayat-ayat Al-Quran tersebut didapati secara generalisasinya bahawa setiapaktiviti manusia yang berkaitan dengan hal ehwal perencanaanpembangunan keusahawanan dalam skop perekonomian perluditeraskan kepada prinsip mu`amalah90 yang bersumberkan wahyu(revealed principles).Sebagai contoh, Allah SWT telah memberi petunjuk kepada manusia
(pengusaha) tidak melakukan aktiviti-aktiviti atau sebarang unsurperlakuan yang mendorong kepada kerosakan, kebinasaan danmenyalahi kepentingan umum manusia. Dalam sesuatu transaksi yangdilakukan oleh manusia, Allah SWT telah mengharamkan unsur-unsurnegatif seperti, riba, arak, penipuan, tidak jujur, menindas orang lain,memanipulasi harga, kegiatan menyorok barang, mencipta sesuatudengan tujuan untuk memusnahkan kehidupan manusia dan alam,mengambil kesempatan ke atas kelemahan dan kekurangan orang laindan sebagainya. Sebaliknya, Islam memberikan insentif kepadapengusaha iaitu habuan di dunia dan ganjaran di akhirat sekiranyamanusia mematuhi segala ketentuan hukum yang telah ditentukankepada manusia. Syariat Islam memberi penekanan kepadapenghayatan norma-norma adab yang terpuji dan berusaha dengantekun melaksanakan apa sahaja aktiviti yang boleh memanfaatkanmasyarakat umum.Oleh kerana kerangka keusahawanan Islam terikat dengan asas-asasIlahiah, sudah pastilah ia akan memelihara manusia daripada melakukansesuatu perkara yang boleh menjejaskan kepentingan umum manusiadan agama amnya. Justeru, apabila pengusaha berjayamengadaptasikan asas ini dalam aktiviti seharian, maka ia akanmenyuburkan lagi nilai-nilai mahmudah dalam diri setiap individu dansecara tidak langsung akan mendapat keberkatan daripada apa yangdiusahakannya. Apa yang pasti, nilai ketuhanan (rabbani) tidak dapatdijuzuk dan diasingkan dengan kehidupan manusia. Apabila jiwamanusia tidak dipenuhi dengan keyakinan yang tinggi kepadaPenciptaNya sudah tentulah kekosongan ini akan diisi dengan nilai-nilainegatif dan bisikan-bisikan halus (nafsu) yang mendorong manusiakepada kerosakan (kefasadan).Kelalaian dan ketandusan jiwa manusia menghayati unsur-unsurketuhanan dalam kehidupan mereka memberi impak yang negatif bukansahaja di alam dunia bahkan yang lebih malang lagi di alam akhiratkelak. Apa sahaja yang diusahakan oleh manusia tidak mendapatkeberkatan dan petunjuk daripada Ilahi dan natijahnya golongan ini akanberada dalam lautan kesesatan dan kebinasaan. Oleh yang demikian,unsur-unsur ketuhanan ini dilihat sebagai asas penting yang mendasari
kepada sistem pembangunan keusahawanan. Tanpanya, manusia akanhilang pedoman dan bebas melakukan apa sahaja demi untukmemuaskan kehendak nafsu yang tidak terbatas.Doktrin AkhlakKeistimewaan dalam sistem keusahawanan Islam ialah falsafahpembentukkannya tidak dipisahkan dengan doktrin akhlak yang menjadipelengkap kepada kesempurnaannya. Allah SWT memberi jaminanbahawa hukum-hukum yang diperundangkan secara objektif sebagaiasas keadilan untuk kemaslahatan umat manusia. Dalam masa yangsama doktrin yang berkaitan dengan akhlak dilihat sebagai mediumuntuk membentuk kerangka hati budi manusia yang bersesuaian dengantaraf manusia sebagai makhluk yang dicipta dengan sebaik-baikkejadian. Oleh yang demikian, apabila doktrin akhlak diasimilasi dalamprinsip amalan keusahawanan ia akan menyerlah dan menzahirkan lagikeindahan dan kemurniaan sistem keusahawanan yang ditaja oleh Islam.Jika disorot dalam lembaran Al-Quran, terdapat banyak kisah teladanyang memerihalkan kedekadenan moral yang berlaku dalam masyarakatmenyebabkan berlakunya kemusnahan tamadun manusia. Peristiwa danrekod-rekod penting tentang kemusnahan dan kebinasaan sesuatu kaumtelah direkodkan dalam Al-Quran seperti yang berlaku ke atas kaum Àddan Thamud, kaum Saba’ dan sebagainya. Punca kemusnahan dankehancuran mereka adalah disebabkan oleh kedekadenan dankemerosotan nilai-nilai moral. Perlakuan kaum tersebut yang menyalahiketentuan hidup beragama mengakibatkan kemurkaan daripada AllahSWT. Natijah daripada perlakuan buruk tersebut menyebabkan AllahSWT telah menghancurkan peradaban kaum tersebut denganmenurunkan pelbagai bentuk bala sebagaimana yang diperihalkan dalamAl-Quran. Kisah-kisah pengajaran daripada bangsa-bangsa yangdimusnahkan oleh Allah SWT perlu dijadikan contoh teladan kepadamanusia pada hari ini sebagai pedoman. Iktibar yang ditunjukkan oleh Al-Quran wajar dijadikan panduan kepada manusia dalam apa jua tindakanyang dilakukan.Oleh yang demikian, berpegang kepada nilai-nilai luhur seperti benar,amanah dan bertanggungjawab, ia dapat mengelakkan para peniaga dan
usahawan mengambil hak pengguna dengan cara yang batil. Tegasnya,para usahawan dan peniaga perlu sedar bahawa fungsi utama merekaadalah memberi perkhidmatan kepada masyarakat dan sebagaibalasannya mereka akan mendapat ganjaran atau balasan yang setimpaldengan apa yang mereka usahakan. Sebagai seorang Muslim, merekaperlu meyakini konsep iman (faith) dan ihsan (performance of gooddeeds) bahawa Allah SWT mengetahui dan melihat segala niat yangtersirat di hatinya berhubung dengan hal ehwal pekerjaannya danmeyakini bahawa Allah SWT akan membalas sama ada baik atau burukberdasarkan kepada keikhlasannya.Justeru, kemuflisan nilai-nilai luhur dalam institusi masyarakatdisebabkan sikap tamak haloba memperkayakan diri individu dengancara menindas dan menekan sesama sendiri sehingga menafikankeimanan dan kepentingan moral.91 Peristiwa ini direkodkan dalam Al-Quran seperti firman Allah SWT yang bermaksud: “Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakanNya dan diberiNya kesenangan, maka dia akan berkata: “Tuhanku telah memuliakanku”. Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: “Tuhanku menghinakanku” Sekali-kali tidak (demikian), Sebenarnya kamu tidak memuliakan anak yatim. Dan kamu tidak saling mengajak memberi makan orang miskin. Dan kamu memakan harta pusaka dengan cara mencampur baurkan (yang halal dan yang bathil). Dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan.” (al-Fajr:15-20)InsaniahSistem keusahawanan yang digagaskan oleh mu`amalah Islam adalahbersifat realistik untuk dihayati oleh manusia. Prinsip-prinsip yangdiadaptasi dan diolah daripada konseptual mu`amalah adalah fleksibeldan dinamis serta lestari sifatnya kerana memberi ruang kepada manusiauntuk memainkan peranan selagi tidak berkonfrantasi dengan syariatIslam. Manusia menggunakan akal dalam memahami ketentuan hukum
yang disyariatkan kepadanya dengan menggunakan metodologi tertentudan mentarjihkannya untuk dipraktikkan secara praktikal. Objektifkeusahawanan Islam adalah untuk berkongsi dan menyumbang tenagaserta usaha untuk kesejahteraan umat manusia. Ia berjalan di atas satuprinsip menolak dan menjauhi unsur kemudaratan dalam usahamemakmurkan alam ini secara adil dan saksama.92Nilai-nilai insaniah ini apabila digarap dalam sistem keusahawananIslam, akan membentuk satu sistem yang bersifat harmoni dengankepentingan umum manusia. Usahawan yang dididik dengan nilaikemanusiaan akan sentiasa bersikap toleransi, kasih sayang, bantumembantu, bersikap ihsan terhadap orang lain dan pelbagai lagi nilai-nilai murni yang lain. Oleh yang demikian, tidak timbullah soal mengambilkesempatan, menindas orang lain, hasad dengki, mencari jalanmenjatuhkan orang lain, persaingan yang tidak sihat dan sebagainya. Inikerana, nilai-nilai insan yang telah sebati dalam jiwa pengusaha akanmenjadi penghalang dan penebat kepada perlakuan yang negatif dantidak bermoral.Sederhana (Wasatiah)Antara nilai luhur yang tertinggi yang melatari falsafah keusahawananIslam adalah nilai keadilan. Atas kesedaran ini, unsur nilai diartikulasikansebagai meletakkan sesuatu pada tempat yang sewajarnya mencakupitema untuk memelihara kebajikan dan kepentingan umat manusia.Melihat kepada keperluan dan kepentingan nilai tersebut sudah pastilahia menjadi sebahagian daripada falsafah keusahawanan yang umumiaitu dibentuk oleh asas-asas keadilan dan pertimbangan yangsewajarnya. Justeru, apabila nilai tersebut dipraktikkan dalam amalankeusahawan, ia dapat mengimbangi keperluan tuntutan di dunia dan diakhirat.Tuntutan kepada nilai sederhana adalah sesuatu yang dituntut.Tambahan lagi dalam dunia keusahawanan, para pengusaha berdepandengan pelbagai rintangan dan cabaran. Bersikap sederhana dalam apasahaja, tindakan usahawan mencerminkan sifat kematangan, tenang danbijak. Secara tidak langsung ia dapat mengelakkan diri usahawandaripada bersikap sebaliknya seperti boros berbelanja, tabiat suka
berhutang, berlebih-lebihan dan tidak berhemah serta terlalu mengikutkehendak nafsu. Usahawan yang dituntut dalam Islam ialah individu yangmemiliki nilai ketakwaan yang tinggi serta bersikap sederhana sama adadalam situasi susah mahupun senang. Sikap menafikan nilai sederhanaini akan meletakkan diri usahawan bersikap sombong dan mengamalkantabiat-tabiat buruk yang bertentangan dengan nilai-nilai agama dannorma kehidupan masyarakat.____________89 Yusuf al-Qaradhawi (1995) Daur al-Qiyam wa al-Akhlak fi al-Iqtisad al-Islami, h: 29-50.90 Mohd Salleh Hj Ahmad (2005) Risalah Ahkam, h: 250.91 Fazlur Rahman (1974) Islam and the Problem of Economic Justice, h: 17.92 Muhammad `Abd al-Mun`im al-Jamal (2000) Ensiklopedia Ekonomi Islam, (terj.) SalahuddinAbdullah,jil.1, h: 8-10.
BAB TERAS USAHAWAN BERJAYA 6Usahawan BerjayaUsahawan berjaya boleh ditakrifkan sebagai individu yang cemerlangdalam aktiviti keusahawanan dan mempraktiskan tuntutan keagamaansecara sempurna atas kapasitinya sebagai seorang Muslim, mukmin danmuhsin. Di samping itu, tidak dinafikan golongan usahawan juga perlumemiliki keilmuan dan kemahiran serta penggunaan teknologi seiringdengan keperluan semasa.93 Usahawan yang bersikap tidak mahumenerima perubahan untuk memenuhi tuntutan realiti semasa akanketinggalan dan tidak dapat berdaya saing dengan bangsa lain di pentasglobal. Sikap jumud sedemikian sudah tentulah bertentangan dengansemangat kemajuan yang dituntut dalam falsafah muamalah Islam.Dalam Islam, ketentuan untuk mencapai kejayaan ini dikenali sebagaikonsep al-Falah. Umumnya, Falah adalah mencakupi keseluruhan aspekkehidupan manusia, yang meliputi aspek spiritual, akhlak dan etika,ekonomi, sosial, budaya serta untuk mencapai kejayaan di dunia dan diakhirat. Kehidupan yang baik dan sejahtera sentiasa mendapatkeberkatan daripada Allah SWT. Sebagaimana firman Allah SWT yangbermaksud: “Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan habuanmu dari (kenikmatan) di dunia.” (al-Qasas: 77)
Pemakaian konsep al-Falah bertentang dengan konsep al-Fasad keranaia didominasi dengan sifat mazmumah. Sifat al-Fasad diterjemahkansebagai golongan yang melakukan kerosakan di atas muka bumi.Manusia yang bertindak sedemikian dipengaruhi oleh perasaaanmazmumah (keji) yang boleh mendorong mereka melakukan perkarayang bertentangan dengan nilai-nilai kebaikan. Contohnya, memenuhikeinginan hawa nafsu seperti mengamalkan riba, memanipulasi harga,mengaut keuntungan dengan cara menindas, menekan golongan yanglemah, pecah amanah, menipu dan sebagainya. Kritikan terhadapgolongan ini boleh dilihat dalam firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan bila dikatakan kepada mereka, janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab sesungguhnya kamilah orang-orang yang melakukan perbaikan. Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang melakukan kerosakan tetapi mereka tidak sedar.” (al-Baqarah: 11-12)Usahawan yang dididik dan didorong dengan semangat al-Falah akanberusaha secara konsisten melaksanakan tugasnya sebagai khalifah al-Ard untuk melakukan kebaikan kepada manusia demi mencari keredaanyang hakiki. Semangat al-Falah yang dihayati oleh usahawan Muslimsecara bertenaga akan mendorong mereka mengoptimumkan segalasumber-sumber yang dianugerahkan oleh Allah SWT untukkemaslahatan umat manusia sejagat. Berpegang kepada konsep ini,usahawan Muslim akan menjauhkan diri mereka daripada terlibat dengansebarang bentuk penyelewengan dan unsur-unsur yang bolehmencemarkan keharmonian sistem keusahawanan Islam.Harta yang diperolehi melalui aktiviti perekonomian bukan bersifatpemilikan yang mutlak, sebaliknya manusia hanyalah sebagai pemegangamanah yang menguruskan sumber tersebut. Usahawan berjaya jugaperlu mengambil kira faktor pembangunan insan dalam lapangan kerjayang diusahakannya. Contohnya, melazimkan sembahyang berjemaahdalam kalangan pekerjanya, membudayakan penghayatan ilmu dalamkalangan stafnya, bersifat terbuka dan bertoleransi terhadap kritikan
yang membina dan menekankan nilai-nilai murni dalam organisasinya.Dorongan motivasi kepada usahawan untuk berjaya bukan hanya dilihatdaripada aspek pemilikan kebendaan semata-mata, sebaliknya ia perludisertai dengan insentif nilai-nilai moral. Peranan nilai moral ini sebagaimekanisme untuk melindungi golongan usahawan daripada terlibatdengan aktiviti tidak sihat sama ada secara langsung atau sebaliknyadalam sebarang transaksi muamalah. Keutamaan yang ditonjolkandalam aktiviti ekonomi Islam ialah keadilan dan memeliharakemaslahatan manusia serta menolak kemudaratan94 (MuhammadNejatullah Siddiqi: 1991).Dalam konteks ini, golongan usahawan perlu menyedari segala hasilkerja yang dilakukan adalah memenuhi tuntutan fardu kifayah dan ianyaakan dinilai sebagai konsep ibadah.Islam memberi galakan sepenuhnya kepada golongan usahawanberkecimpung dalam dunia perniagaan dan berusaha dengan tekunmencari rezeki. Namun, usaha ke arah tersebut hanya dibenarkan dalamruang lingkup pendapatan yang halal sahaja. Dengan kata lain, sumberyang diperolehi perlu dipastikan kesuciannya dan pulangan pendapatanyang dihasilkan melalui aktiviti perniagaan perlu bersih daripadasebarang unsur yang meragukan. Keuntungan yang dimiliki ini dikatakanpendekatan yang bersih dan diberkati oleh Allah SWT. Justeru, sikapberhati-hati golongan usahawan terhadap pendapatan yangdiperolehinya ialah sebahagian daripada ciri-ciri usahawan berjaya dalamkonteks muamalah Islam.Umumnya, kejayaan hakiki yang ingin dicapai oleh setiap indvidu Muslimialah kemenangan, kebahagiaan, keredaan, kerahmatan daripada AllahSWT bukan sahaja di dunia bahkan berkesinambungan dengan alamakhirat. Begitu juga dengan kelompok usahawan, kejayaan yang dikecapidalam bidang yang diceburi bukanlah dianggap sebagai titik noktahpencapaian usahawan yang cemerlang. Sebaliknya, sebagai seorangusahawan berjaya ia perlu mengambil kira obligasi-obligasi lain yangperlu ditunaikan atas kapasitinya sebagai individu Muslim. Antara contohkeperluan obligasi yang perlu ditunaikan oleh usahawan seperti berikut:
• Obligasi sosial kepada tuntutan keagamaan• Obligasi sosial terhadap negara• Obligasi sosial kepada kebajikan pekerja• Obligasi terhadap keluarga• Obligasi sosial kepada masyarakatJusteru, kejayaan usahawan bukan hanya terletak kepada keuntunganmaterial yang diperolehinya semata-mata. Walaupun prestasikeuntungan dilihat sebagai indikasi kepada kejayaan usahawan namunpengabaian kepada faktor-faktor nilai berinspirasikan rohaniah akanmemberi kesan negatif terhadap pembangunan ekonomi yang bersifatholistik. Keghairahan usahawan mengembangkan empayar perniagaanyang tidak bertunjangkan kepada asas keagamaan boleh menimbulkankeburukan dalam institusi sosial masyarakat dan kesannya bolehmenimbulkan ketidakseimbangan dalam ekonomi global. Tegasnya,amalan keusahawanan yang disenergikan dengan asas-asas muamalahIslam bersifat dinamik untuk melahirkan usahawan sukses beriman yangmempunyai daya saing yang tinggi, berinovasi, kreatif, berdisiplin dankeberanian yang tinggi.Teras Usahawan BerjayaPenanda aras (benchmarking) kepada kejayaan usahawan bukan hanyaterletak kepada keuntungan yang diperolehinya semata-mata. Walaupunprestasi keuntungan dilihat sebagai indikator kepada kejayaanusahawan, namun pengabaian kepada faktor bukan ekonomi iaitu nilairohaniah akan memberi dampak yang negatif terhadap pembangunanekonomi yang bersifat holistik. Keghairahan mengejar faktor kebendaansemata-mata boleh menjadikan seseorang usahawan itu bersifatindividualistik dan materialistik. Realiti ini berlaku disebabkan nilai agamadilihat sebagai kawalan kerohanian kepada individu Muslim dalam setiaptindakan yang dilakukan. Akibat daripada kelonggaran pegangan nilaikeagamaan boleh mendedahkan diri usahawan bertindak dengan carayang salah demi mendapat habuan dunia. Umumnya, kriteria-kriteriaasas kejayaan usahawan muslim dapat dirumuskan seperti berikut:Tidak Melibatkan Diri Dalam Perniagaan Atau Perkhidmatan YangDiharamkan Oleh Syarak
Islam menyeru kepada penganutnya bersikap kreatif dan berinovatifdalam memakmurkan sumber alam yang telah dianugerahkan oleh AllahSWT. Dalam setiap transaksi yang melibatkan perniagaan ataupunperkhidmatan yang diusahakan oleh usahawan, Islam menganjurkangolongan tersebut melakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh.Ini kerana, sebahagian besar sumber rezeki yang melimpah ruahdikurniakan oleh Allah SWT adalah melalui aktiviti keusahawanan.Menurut Yusuf al-Qaradhawi menerusi Fatwa Mu`asir, beliaumenjelaskan bahawa dalam kerancakan bergiat aktif dalam duniakeusahawanan, Islam telah mengharamkan kepada manusiaberkecimpung dalam perniagaan yang mempunyai unsur-unsurdiharamkan oleh syarak.Syarak bersifat tegas dalam hal ini, menurut perundangan Islamsekiranya mana-mana individu melakukan pelanggaran sedemikianhukumnya adalah haram. Pelakunya akan menerima azab yang pedih diakhirat kelak. Contoh yang lazim dikemukakan dalam kitab fiqh sepertiperniagaan yang berkaitan dengan judi, arak, riba dan babi. Menurutperbahasan muamalah Islam, sekiranya hasil tersebut diniagakankepada bukan Muslim hukumnya kekal sebagai tidak sah. Dalam kesyang melibatkan arak, syarak mencela dan melaknat individu yangterlibat sama ada secara langsung atau sebaliknya dalam aktivititersebut. Peristiwa ini telah dirakamkan dalam sebuah hadis Nabi SAWseperti yang telah diriwayatkan oleh al-Hamidi berkenaan denganseorang lelaki yang datang kepada Baginda untuk menghadiahkan arak.Lantaran itu Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT telah mengharamkan arak. Kemudian beliau berkata kepada Baginda. Sekiranya begitu, aku mahu menjualkannya. Baginda berkata Sesungguhnya Allah yang mengharamkan minum arak mengharamkan menjualnya.” Oleh yang demikian lelaki tersebut berkata Sekiranya begitu saya akan memuliakan (menghadiahkan) orang-orang Yahudi dengannya. Apabila mendengarnya Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah yang telah mengharamkan menjual dan meminumnya, mengharamkan engkau memuliakan orang Yahudi dengannya. Mendengar jawapan tersebut beliau berkata: Apa yang harus
saya lakukan? Baginda bersabda: Pergilah engkau ke jalan raya dan simbahkan ia di situ.”Bebas Daripada Unsur Yang Mengandungi Elemen Penipuan DanKhianatSekiranya dilihat secara zahir, unsur yang dinyatakan ini dilihat tidakakan memberi pengaruh negatif secara drastik kepada para usahawan.Sebahagiannya beranggapan untuk mendapat keuntungan yang lebihkadang kala mereka terpaksa mengorbankan soal moraliti demi untukmengelakkan daripada kerugian. Apa yang difikirkan adalah objektifkeuntungan kebendaan lebih diutamakan daripada kepentingan umumpengguna. Namun begitu, jika diperhalusi secara terperinci unsur-unsurnegatif yang dipraktikkan oleh usahawan ia meninggalkan kesan negatifyang cukup besar dan boleh menjejaskan reputasi yang telah dibina olehusahawan terbabit.Golongan usahawan yang bersifat sedemikian, lebih cenderung danterdedah untuk melakukan pecah amanah, rasuah, sumpah palsu,penipuan dan penindasan ke atas pengguna. Akibatnya, apabilaperbuatan tersebut diketahui oleh umum maka ia boleh menjejaskanempayar perniagaan yang telah dibina dan akhirnya terpaksa gulungtikar. Realitinya, sudah banyak kisah-kisah usahawan berjaya telahmengalami kegagalan disebabkan mereka mengamalkan unsur-unsurnegatif tersebut seperti yang didedahkan oleh akhbar.Oleh kerana unsur-unsur negatif tersebut mendatangkan kemudaratankepada manusia, maka Islam memandang serius perkara ini. NabiMuhammad SAW menegah unsur-unsur sedemikian dibudayakan dalamaktiviti keusahawanan. Dalil daripada sunnah, sabda Nabi SAWbermaksud: “Barangsiapa yang menipu maka dia bukan dalam golongan kita.” (Muslim dan lain-lain)Aktiviti keusahawanan yang dituntut oleh Islam hendaklah bersihdaripada unsur-unsur negatif yang telah dinyatakan. Keuntungan yang
diperolehi dengan cara yang salah menyebabkan harta yang diperolehitidak diberkati dan yang lebih dibimbangkan ialah mendapat kemurkaandaripada Allah SWT.Tidak Terlibat Dalam Aktiviti Sorok Barang Dan Memanipulasi HargaPengagihan kekayaan tidak mencapai objektif sekiranya ia hanyamenguntungkan sebelah pihak sahaja tambahan lagi dengan carapenindasan terhadap pihak lain. Contohnya, apabila kerajaanmengumumkan kenaikan gaji atau bonus sudah tentulah ia membawaberita gembira kepada para pekerja. Walau bagaimanapun, gembirayang dinikmati hanyalah sementara apabila terdapat segelintir usahawandan peniaga cuba mengambil kesempatan mengamalkan kegiatan sorokbarang dan dalam masa yang sama memanipulasikan harga barangasasi masyarakat dengan sewenang-wenangnya.Ternyata, aktiviti negatif sedemikian boleh menyebabkan ketidakstabilanekonomi dalam masyarakat. Lebih malang lagi ia boleh melahirkanmasalah yang serius dan boleh mencetuskan kebimbangan seperti isurasuah, kenaikan harga barang yang tidak munasabah, peningkatankadar inflasi, jurang kemiskinan tinggi, pembolotan kekayaan olehsegelintir pihak yang tidak bertanggungjawab dan pelbagai kesan negatifyang lain. Masalah ini timbul daripada golongan yang hanya memikirkansoal keuntungan demi memuaskan bisikan nafsu serakah untukkepentingan diri.Melihat kesan dan kepincangan yang berlaku, Islam mengkritik danmencela golongan yang bertindak menguasai pasaran secara tidak adil.Islam melihat fenomena ini sebagai perkara yang tidak sihat danpenyebab kepada ketidakseimbangan ekonomi dalam masyarakat.Dalam hal ini, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Tidaklah seseorang yang melakukan komplot menyorok barang melainkan dia telah melakukan kesalahan.”Dalam sebuah hadis yang lain, Ma`qal Ibn Yasar telah meriwayatkandaripada Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa yang menokok tambah barangan muslimin supaya dia dapat menjualnya dengan harga yang tinggi kepada mereka, maka menjadi suatu hak bagi Allah SWT untuk menempatkannya ke dalam Neraka di hari kiamat kelak.”Baginda telah mengulangi hadis ini sebanyak dua kali. Penegasan yangditunjukkan oleh Baginda menunjukkan realiti yang berlaku dalammasyarakat dan betapa beratnya azab yang dikenakan ke atas individuyang terlibat. Sudah tentulah Baginda begitu memahami situasi umatnyayang sentiasa terdedah dengan aktiviti negatif tersebut.Kesedaran Beragama Dan Menghayati Nilai-Nilai TerpujiDalam kesibukan mengejar keuntungan, para usahawan juga perlumenyedari bahawa setiap amalan yang dilakukan sentiasa terikat denganperaturan keagamaan. Sama ada akan mendapat ganjaran atausebaliknya bergantung kepada apa yang diniatkan. Justeru, matlamatutama yang perlu diletakkan oleh setiap individu usahawan atau peniaga,adalah dengan mendapat keredaan daripada Allah SWT. Matlamat murnitersebutlah dianggap klimaks paling tinggi yang perlu dicapai oleh setiapmanusia.Individu yang diberkati oleh Allah SWT akan tenang jiwanya keranadisinari dengan nur hidayah Ilahi. Segala tindak-tanduk perlakuannyaakan terarah untuk melakukan kebajikan dan benci kepadakemungkaran. Jiwa dan roh manusia yang aman tenteram dianalogikansebagai tanah yang subur dihujani dengan nur ketuhanan dan akhirnyamembuahkan pepohon keimanan yang mendasari seluruhkehidupannya.Apabila cita-cita ini dijadikan objektif yang utama dalam diri usahawansudah pastilah ia akan mencapai konsep al-Falah di dunia dan di akhirat.Golongan usahawan yang mempunyai kesedaran agama yang tinggisentiasa memastikan segala hasil pendapatan yang dimiliki mengikutjalan yang diredai dan bersih. Umpamanya, pendapatan yang diperolehiperlu dipastikan sumber-sumbernya, prinsip-prinsip muamalah yangdiaplikasikan, memenuhi kualiti, dan mengeluarkan zakat.
Secara fitrahnya, pembangunan keusahawanan yang berorientasikannilai-nilai luhur tidak akan berlaku kontradiksi dan konflik (disequilibirium)disebabkan perkara tersebut telah diberi jaminan daripada Allah kepadahamba-hambaNya yang bertakwa. Melalui aplikasi nilai-nilai murni dalamdiri usahawan yang bersumberkan akhlak Islamiyyah akan mengelakkanmereka daripada dicemari dengan nilai-nilai mazmumah dan akhirnyamendorong melakukan pengkhianatan dan kerosakan di atas muka bumi(fasad).Islam jelas menentang keras nilai-nilai negatif yang boleh mencemarkankeharmonian sistem keusahawanan. Asimilasi doktrinisasi nilai-nilaimahmudah dalam amalan keusahawanan akan membentuk satukerangka pembangunan keusahawanan yang komprehensif ke arahmelahirkan usahawan muslim yang berjaya. Natijahnya, nilai-nilai positifseperti berani, berjiwa besar, amanah, berdaya saing, tidak mudah putusasa akan terpancar dalam diri para usahawan.Sebaliknya, jika aspek ini diabaikan dan dipandang remeh, ia membukapintu yang luas kepada manusia untuk memuaskan keinginan hawanafsunya yang tidak terbatas. Impaknya, golongan usahawan akantenggelam dengan tipu daya dunia yang hanya menjanjikan keseronokanyang bersifat sementara. Oleh kerana terlalu taksub dengan kemewahandunia, manusia sanggup mengenepikan nilai-nilai rohaniah yang menjadipenghalang kepada tuntutan hawa nafsu. Golongan usahawan yangbersifat sedemikian akan mendapat kemurkaan daripada Allah SWT dansebagai balasannya mereka akan mendapat balasan azab seksa yangpedih di akhirat kelak.Keistimewaan yang terdapat pada penghayatan nilai-nilai yang baikdapat dilihat kerana ia memiliki daya kuasa kudus yang dapat mengawaltingkah laku manusia daripada cenderung melakukan perkara yangnegatif. Sehubungan dengan itu, doktrin akhlak yang meresapi kalbumanusia akan memberi implikasi yang positif dan secara tidak langsungdapat mengelakkan diri manusia daripada terpengaruh dengan unsur-unsur yang didorong oleh nafsu. Oleh yang demikian, kombinasi elemenakidah dan daya akhlak yang luhur merupakan kawalan sosial yangefektif kepada masyarakat Islam daripada melakukan perkara-perkarayang ditegah oleh agama. Dalam hal ini, sekiranya para usahawan dapat
mengaplikasikan elemen-elemen ini dalam dunia perniagaan sudahtentulah akan melahirkan usahawan Muslim yang cemerlang di duniadan di akhirat.Antara nilai utama yang dititikberatkan dalam konsep keusahawananadalah bertunjangkan kepada falsafah akhlak Islam. Menepati hakikat ini,maka beberapa sifat akhlak yang asasi perlu diterapkan dalam setiapindividu usahawan. Sifat-sifat tersebut berkisar kepada kebaikan danmengelak daripada melakukan penganiayaan dan penipuan kepadamanusia. Antara contoh adab yang terpuji seperti ikhlas, benar, amanah,jujur, bertanggungjawab, adil dan nilai-nilai terpuji yang lain. Sebagaibalasannya, para usahawan yang mengamalkan nilai sedemikian akanmendapat ganjaran yang baik daripada Allah SWT.Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menyeru manusiakepada perkara kebaikan. Antaranya, Allah SWT berfirman yangbermaksud: “Dan bagi tiap-tiap umat dan arah (kiblat) yang masing-masing menujunya, oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan, kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu sekalian (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan), sesungguhnya Allah Amat Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Al-Baqarah:148)Berdasarkan maksud ayat-ayat Al-Quran tersebut dapatlah disimpulkanbahawa manusia secara keseluruhannya diseru untuk mengerjakankebaikan dan meninggalkan segala yang dilarang. Secara tabienya,naluri manusia cenderung ke arah kebaikan. Ini kerana, kebaikantersebut terpancar dari kalbu manusia yang kudus dan dalam masa yangsama ia melambangkan kesempurnaan insan.95Memperkasakan Diri Dengan Ilmu, Kemahiran Yang Kompeten DanTeknologi SemasaAmalan keusahawanan yang dipraktikkan oleh Nabi SAW berbeza
dengan realiti yang berlaku pada hari ini. Perbezaan yang berlaku inidisebabkan perubahan suasana dan zaman begitu ketara jika dibandingdengan zaman silam. Sistem keusahawanan pada zaman silam tidakbegitu kompleks sepertimana yang berlaku pada hari ini disebabkankeperluan semasa masyarakat sentiasa berubah. Meskipun begitu,sistem keusahawanan yang diasaskan oleh Nabi Muhammad SAWdilihat sebagai asas fundamental yang mendasari kerangka sistemtersebut. Ia bersifat kuantitatif kerana ia berpandukan kepada wahyu,walau bagaimanapun syarak masih lagi membuka ruang kepadamanusia untuk proses penambahbaikan bagi memperkasakan sistemtersebut selagimana ia tidak bercanggah dengan syariat Islam.Dalam aspek keusahawanan, ia menuntut kepada individu yang terlibatmempunyai sifat ketekunan yang tinggi, kreatif, berani menghadapi risikodan bermotivasi tinggi. Semua ciri-ciri yang dinyatakan tersebut menuntutkepada seseorang usahawan untuk membuat persiapan yang mencukupisebelum menceburkan diri dalam dunia usahawan. Tambahan pula,dalam era langit terbuka golongan usahawan yang ingin lebih berjayaperlu bersaing secara kompetetif dalam pentas global bukan sahajadalam kalangan rakan dagangan bahkan dengan pihak luar.Bagi menghadapi realiti yang berlaku dalam dunia keusahawanan,golongan usahawan perlu memperkasakan diri mereka daripada aspekpenjanaan modal, sumber manusia, penguasaan teknologi terkini,kemahiran yang kompeten, jaringan perniagaan yang global danberpengetahuan. Elemen-elemen inilah yang perlu ditekan olehusahawan Muslim pada hari ini. Jika kita masih lagi berfikiran tertutup,menggunakan peralatan tradisional dalam proses pengeluaran,meneruskan aktiviti tradisional yang diwarisi daripada ahli keluarga,nescaya usahawan Muslim akan ketinggalan dan masih lagi belum lagibersedia untuk menjadi usahawandi peringkat yang lebih tinggi.Usahawan Muslim perlu mengubah anjakan paradigma untuk majudengan beralih arah untuk meneroka aktiviti moden yang dapatmenembusi pasaran yang lebih berpotensi.Bijak Menangani PersainganUmumnya, dalam konteks dunia keusahawanan era langit terbuka,
golongan usahawan terdedah kepada pelbagai halangan, cabaran danrintangan. Dalam menanganinya, para usahawan perlu merangkabeberapa strategi yang berkesan untuk berdepan dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka. Persekitaran yang kompetetif padahari ini menuntut kepada golongan usahawan untuk memenangi hatipengguna atau pelanggan. Strategi ini adalah senjata penting kepadausahawan untuk bertahan maju dalam bidang keusahawanan yangdiceburinya.Secara normatifnya, dalam usaha untuk mendapat kepercayaan danmemenangi hati pengguna atau pelanggan, golongan usahawan perlumemahami suasana persekitaran pasaran, kehendak dan keperluanpengguna. Indikasi ini penting kepada para usahawan untuk menentukanpelan strategik terbaik bagi merangka tindakan yang perlu dilakukan.Lazimnya, terdapat beberapa mekanisme yang boleh dilakukan bagimencapai objektif tersebut. Sebagai contoh, mekanisme untuk membinadaya saing seperti strategi pasaran, lokaliti, harga, sasaran pengguna,kawalan kualiti, mesra pelanggan peningkatan kompeten dansebagainya.Walau bagaimanapun, apa juga strategi yang dirangka oleh usahawanuntuk mencapai sasaran tersebut, ia banyak bergantung kepada normabudaya kerja dalam sesuatu organisasi tersebut. Sekiranya usahawantelah berjaya membentuk persekitaran budaya kerja yang sihat danmesra sudah pastilah ia dapat meningkatkan produktiviti dalam apa juayang diusahakan. Sebaliknya, jika budaya kerja yang ada dalam sesuatuorganisasi itu suram dan bermasalah sudah tentulah ia akan memberiimpak yang negatif terhadap pencapaian prestasi perkhidmatan yangditawarkan.96Konsep keusahawanan dalam Islam memberi penekanan kepadaelemen nilai mahmudah dan mengutamakan kebajikan manusia secarakeseluruhannya. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa pengabaian danketempangan yang berlaku terhadap penyuburan nilai-nilai murni akanmemberi kesan yang negatif untuk mencapai objektif kemaslahatan insansecara amnya. Dalam masa yang sama masalah ini juga akanmerencatkan perkembangan proses pembangunan keusahawanan.
Menginsafi hakikat ini, jelaslah bahawa nilai-nilai murni merupakansebahagian daripada asas-asas yang penting dalam prosespembangunan keusahawanan Islam.Meskipun indeks-indeks nilai tidak boleh diukur secara matematik dalamaktiviti keusahawanan, namun ianya tidak boleh dipandang ringan. Iamemberi satu isyarat bahawa bagaimana pembangunan keusahawananmenjadi konsisten apabila faktor nilai-nilai moral memainkan peranannyadalam aktiviti keusahawanan.Mengikut kajian yang dijalankan oleh Wan Liz Ozman Wan Omar danSulzari Mohamed,97 antara masalah utama yang menyumbang kepadakegagalan para usahawan adalah disebabkan oleh sikap negatif yangdimiliki oleh mereka. Sesetengah daripada golongan usahawan bersikapmencari jalan pintas untuk mencapai kejayaan dan inginkan keuntunganyang cepat tanpa memikirkan faedah jangka panjang pembinaanempayar perniagaan yang dijalankan. Sikap boros, membazir dan tidakpandai mengurus kewangan adalah sebahagian daripada pengabaiannilai-nilai murni dalam amalan keusahawanan. Jadual 5.1 menjelaskansikap-sikap negatif yang dimiliki oleh para usahawan.Jadual 5.1: Sikap Negatif Yang Membelenggu Sebahagian ParaUsahawanBil SIKAP NEGATIF YANG DIMILIKI OLEH PARA USAHAWAN1 Bersikap ”ok”, ”tidak apa”. Tidak menunjukkan sikap bertekun dan bersungguh dalam melakukan sesuatu tindakan dan sekiranya tidak berjaya mudah berputus asa.2 Bersikap hasad dengki dan kurang percaya antara satu sama lain. Lebih suka sekiranya kejayaan tersebut dikecapi oleh orang lain.3 Bersifat individualistik dan tidak suka berkongsi rahsia kejayaan yang dikecapinya dengan orang lain.4 Terlalu bergantung kepada agensi-agensi kerajaan untuk mendapatkan bantuan disebabkan mentaliti ”tongkat” masyarakat Melayu.5 Suka menyalahkan pihak lain dan faktor-faktor sampingan yang lain sekiranya berlaku kerugian dan kegagalan dalam perniagaan yang dijalankan.6 Kurang ilmu dan kemahiran untuk menerokai bidang-bidang perniagaan baru.
7 Kurang keyakinan terhadap kebolehan diri sendiri (inferiority complex) dan mempunyai mentaliti tidak boleh bersaing dengan bangsa lain.8 Tidak sanggup bersusah payah. Lebih suka mencari jalan pintas untuk mencari keuntungan dan kejayaan.9 Mudah berpuas hati dengan apa yang dicapai dan tidak berusaha lagi untuk mencapai tahap kejayaan yang lebih tinggi.10 Tidak memiliki semangat motivasi yang tinggi dan tidak mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang perniagaan yang diceburi mengikut perkembangan semasa.11 Suka menunjuk-nunjuk dan berbelanja kepada perkara yang yang tidak perlu serta kurangnya pengetahuan dalam pengurusan kewangan.Sumber: Wan Liz Ozman Wan Omar dan Sulzari Mohamed.98Dalam kajian yang dijalankan oleh sekumpulan pensyarah Malaysian,Entrepreneurship Development Centre UiTM (MEDEC) ke atasperniagaan bumiputera yang gagal dalam perniagaan di SemenanjungMalaysia antaranya adalah disebabkan beberapa faktor, antaranyaadalah tahap keterampilan yang rendah, hutang yang ditanggungmelebihi daripada aset modal yang dimiliki, usahawan tidak mempunyairancangan untuk mendorong dan memotivasikan pekerja, sebahagianusahawan mempunyai imej diri yang lemah serta kurang kecekalan dankemampuan untuk meyakinkan orang lain dan akhirnya masalah kualitiproduk dan perkhidmatan.99Sekiranya diteliti dengan lebih terperinci, amalan nilai-nilai murnimempunyai hubungkait yang rapat dengan sikap para usahawan. Nilai-nilai hidup yang ada pada diri usahawan akan terpancar melalui hasilusaha yang dilakukan. Nilai-nilai yang berpaksikan kepada ajaran Islamdalam keusahawanan berfungsi sebagai pemangkin aktif untukmengatasi sifat-sifat negatif yang ada pada usahawan sepertipenyelewengan, rasuah, ketidakadilan dan sebagainya yangmenyumbang kepada kegagalan dalam bidang keusahawanan. Menurutkerangka Islam, elemen nilai100 meliputi keseluruhan hidup insan dalamsetiap lapangan hidup yang merangkumi pelbagai bidang termasuklahdalam aktiviti keusahawanan.Melalui kajian yang dijalankan oleh sarjana Barat, Peter C. Sheperd,101
beliau mendapati terdapat perbezaan antara pengurusan Barat danpengurusan orang Asia khususnya daripada aspek budaya. Sebagaicontoh, nilai-nilai yang dipraktiskan dalam elemen pengurusan sepertiobjektif sosial lawan objektif keuntungan, pemilikan teknologi semasadan aspek kepimpinan berbeza daripada perspektif kedua-duakebudayaan. Dapat dirumuskan bahawa bukan semua sistempengurusan yang diamalkan oleh Barat bersesuaian dengan norma-norma kebudayaan yang dimiliki oleh masyarakat Timur (Asia).Tambahan lagi norma-norma hidup masyarakat Asia cenderungdidominasi dengan nilai-nilai yang diikat dengan ajaran Islam.Menurut kajian awal yang dilakukan oleh Asma Abdullah102, beliaumendapati norma-norma hidup masyarakat Melayu seperti adab, budi,rukun, gotong royong, menghormati orang tua, ”menjaga air muka” dannilai-nilai luhur yang lain boleh dijadikan sebagai satu kerangkasebahagian daripada elemen asas dalam pengurusan yang diistilahkanoleh pengkaji tersebut sebagai Pengurusan Melayu. Kajiannyamendapati nilai-nilai budi masyarakat Melayu mempunyai pertautandengan nilai-nilai luhur dalam ajaran Islam seperti yang digambarkandalam penulisannya Offer a palatable recipe for evolving a strongMalaysian work culture which has a blend of material and spiritual values.Bagi pengkaji Barat pula, mereka mempunyai pandangan tertentu dalammengenalpasti nilai-nilai keusahawanan dalam kalangan usahawan yangberjaya. Melalui dapatan kajian didapati nilai-nilai tersebut dihayatidengan baik oleh para usahawan berbanding dengan golongan bukanusahawan seperti yang digambarkan dalam Jadual 5.2 seperti di bawah.Jadual 5.2 : Nilai-Nilai Yang Diaplikasi Oleh Para Usahawan BerjayaBerdasarkan BeberapaBil Nilai-Nilai Murni Keusahawanan Hasil Penyelidikan1 Inovatif Schumpeter, J.S. (1934)2 Kebebasan/hak milik/prestasi luar biasa McClelland dan Winter (1969)3 Menilai dan menghormati tugas Nancy(1973), Fox (1973)Sumber: Nawawi Mohd Jan103
Dalam pada itu, pengkaji Barat seperti Vaught dan Hoy104 mempunyaipandangan yang tertentu tentang faktor kejayaan usahawan. Merekamenyimpulkan bahawa nilai-nilai peribadi utama merupakan pemangkinkepada kejayaan para usahawan. Nilai-nilai positif yang ada padausahawan seperti kebebasan, berfikiran positif, bekerja dalam organisasikecil, bermotivasi tinggi, bercita-cita tinggi, berkeyakinan, bertoleransidengan kesukaran dan sanggup berkorban merupakan faktor yangmendorong kepada usahawan yang dinamik. Di samping itu, menurutSexton dan Bowman,105 mereka menyatakan bahawa usahawan ialahindividu yang memiliki tenaga dan ketahanan yang kental. Dalam masayang sama golongan usahawan tersebut mempunyai kebolehan untukmengawal orang bawahan dan dapat menyesuaikan diri dalam semuakeadaan serta mengutamakan inovasi.Sememangnya, keusahawanan Islam tidak pernah mengabaikan nilai-nilai murni seperti kesejahteraan, kejujuran, keselamatan, bertoleransidan sebagainya sehinggakan kesepaduan antara nilai-nilai murni yangdisesuaikan dengan ajaran Islam dan prinsip keusahawanan dilihatbersifat simbiosis. Meskipun begitu, belum ada lagi kajian terperincidijalankan untuk menguji sejauhmana nilai-nilai yang dipraktiskan dalamkalangan usahawan berjaya mempunyai persamaan dengan nilai-nilaimurni yang dikehendaki oleh Islam.Berserah Dan Bertawakal Kepada Allah SWTPada prinsipnya, manusia lazimnya berhajat kepada kesenangan,kemewahan, kejayaan dan kebahagiaan dalam apa jua bidang. Malah,manusia sentiasa bimbang, takut, resah dan seringkali mengeluh apabiladitimpa sesuatu musibah seperti kerugian, kelemahan, kemiskinan,penyakit dan sebagainya. Perkara-perkara yang dinyatakan ini sentiasamenghantui manusia malah boleh mematikan ketenangan apa yangdihajati dan diimpikannya. Begitu juga dengan usahawan, apa yangmereka hajati adalah kebahagiaan, keuntungan dan kejayaan sertakemasyhuran dalam apa sahaja yang diceburinya. Namun begitu, bukansemua yang dihajati tersebut akan terlaksana dan dimakbulkan.Tambahan lagi dalam dunia keusahawanan yang tidak ada jaminan danpenuh dengan risiko boleh menyebabkan golongan usahawan tersebut
mengalami kerugian, kemalangan dan perkara-perkara lain yang tidakdiingini berlaku. Walau bagaimanapun, para usahawan perlu menginsafibahawa apa sahaja yang berlaku sama ada menyebelahi kita atausebaliknya adalah merupakan urusan Allah SWT. Begitu juga denganpersoalan rezeki semuanya merupakan ketentuan daripada Ilahi. Bagiindividu usahawan Muslim, ia perlu meyakini bahawa soal rezeki itu ditangan Allah SWT. Dalam pada itu, Allah SWT juga telah memberijaminan bahawa hambaNya akan mendapat rezeki dengan kadar yangtelah ditentukan kepada hambaNya. Apa yang penting, sebagai hambakita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh dan memohonbantuan pertolongan daripadaNya. Ia bertepatan dengan firman AllahSWT dalam Al-Quran yang bermaksud: “Sesungguhnya, Dialah Maha pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh.” (Adz-Dzariyat: 58)Justeru, sebagai hamba Allah, di samping berusaha dengan tekun dangigih dalam apa sahaja bidang yang diceburi, pada akhirnya hendaklahberserah, berdoa dan bertawakal kepada Allah Yang Maha Kuasa.Sesungguhnya, insan yang memiliki kekuatan jiwa dan rohani yang kuatadalah individu yang banyak melakukan amal soleh dan berserahkepadaNya. Apabila sifat keyakinan ini ada pada diri individu usahawansudah tentulah Allah SWT akan mencampakkan sifat ketenangan,kebahagiaan dan kejayaan dalam hati individu tersebut. Sebaliknya, bagiindividu yang tidak meyakini adanya kekuasaan yang lebih dan agungmenyebabkan dirinya akan merasa keluh kesah dan ketempangan jiwaapabila ditimpa kesusahan.Melaksanakan Kerja KebajikanPada prinsipnya, Islam menghargai usaha yang produktif yang dijalankanoleh para usahawan. Namun begitu, dalam usaha memenuhi keperluandirinya, Islam menyeru umat manusia termasuk golongan usahawan agarmenyumbang tenaga dan harta mereka untuk membantu sesamamanusia bagi tujuan memenuhi kemaslahatan umat manusia danmelaksanakan aktiviti infaq pada jalan Allah. Tindakan sedemikian
merupakan perkara asasi yang dihargai oleh Islam yang tidak mungkindilakukan melainkan dengan perasaaan kasih sesama manusia danbersedia berkorban pada agama Allah.Sebagai contoh, di antara tanggungjawab yang perlu dipikul oleh parausahawan adalah seperti menginfaqkan sebahagian pendapatan untukgerak kerja Islam dan membantu masyarakat melalui aktiviti(sedekah/zakat), menyumbang tenaga dan pemikiran untuk memajukanumat Islam dan mengislahkan masyarakat ke jalan yang benar. Dalampengertian umumnya, sumbangan kerja kebajikan yang disalurkan olehpara usahawan adalah untuk memenuhi keperluannya di dunia ini(ibadah) dan dari satu aspek yang lain ialah untuk memenuhi tuntutankebajikan akhirat (balasan syurga). Tuntutan golongan usahawan kepadaperkara kebajikan ini dinukilkan oleh Al-Quran seperti firman Allah SWTyang bermaksud: “Pemberian sedekah itu ialah bagi orang fakir miskin yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah, yang tidak berupaya mengembara di muka bumi orang jahil sangka mereka itu kaya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan sifat-sifat tidak meminta-minta, kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa MengetahuiNya.” (al-Baqarah:273)Dalam pengertian ayat ini, Sayyid Qutb106 menjelaskan, pada akhir ayattersebut diakhiri dengan ketentuan bersedekah dengan mengemukakansatu nas umum yang meliputi cara berinfaq. Tindakan yang dilakukankerana mengharapkan keredaan Allah SWT. Berdasarkan daripadaintisari ayat tersebut, dapat diambil pengajaran bahawa aktiviti infaq ataumelaksanakan kerja kebajikan ini adalah merupakan tuntutan agama,namun ia perlu dilaksanakan secara ikhlas kerana Allah SWT danbukannya dengan tujuan lain. Ini kerana, segala niat yang ada dalam hatimanusia diketahui oleh Allah SWT. Justeru, para usahawan hendaklahmeletakkan aktiviti kerja kebajikan sebahagian daripada tanggungjawab
utamanya dan bukannya berpendapat bahawa ia adalah aktivitisampingan yang boleh dipandang ringan sahaja.Golongan usahawan yang cenderung melaksanakan kerja kebajikan iniadalah disifatkan sebagai usahawan berjaya. Ini kerana, sikapnya yangtidak mementingkan diri dan sentiasa prihatin dengan masalah yangdihadapi oleh masyarakat seperti masalah kemiskinan, pengangguran,masalah sosial dan sebagainya. Segala usaha dan tenaga yangdicurahkan tersebut semata-mata mengharapkan keberkatan dankeredaan daripada Ilahi. Tuntutan kepada perkara ini juga disokong olehAl-Sunnah. Sabda Nabi SAW yang bermaksud:107 Dari Salim RA dari bapanya katanya Rasulullah SAW bersabda: “Seorang Muslim adalah saudara bagi sesama Muslim. Dia tidak boleh menganiaya saudaranya dan tidak boleh pula membiarkan saudaranya (teraniaya). Sesiapa yang membantu (mencukupkan) keperluan saudaranya maka Allah Taala membantunya pula (mencukupkan) keperluannya. Sesiapa yang melapangkan kesulitan seorang Muslim maka Allah Taala melapangkan pula kesulitannya kelak di hari kiamat. Dan sesiapa yang menutup kesalahan (rahsia) orang Muslim, maka Allah menutupi pula kesalahannya kelak di hari kiamat.” (Muslim)Merujuk kepada pengertian hadis tersebut ia memberi satu pengajarankepada manusia supaya bersikap kemanusiaan dalam memberi bantuankepada mereka yang memerlukan. Hadis tersebut juga melarangmanusia daripada melakukan kezaliman sehingga boleh mendatangkankemusnahan dan kemudaratan sesama manusia. Sebaliknya, bersikapbaik, menghormati, saling membantu berdasarkan kemampuan yang adapada diri. Begitu juga dengan usahawan, mereka perlulah bersikap sucihati dalam membantu sesama saudara dengan apa sahaja yang merekamiliki. Jauhilah sikap tercela seperti mementingkan diri sendiri, sombong,bakhil dan memandang rendah sesama manusia.Berdasarkan kepada dalil-dalil yang telah dibentangkan tersebut, parausahawan di samping mereka sibuk dengan urusan harian namun
tangggungjawab terhadap kerja kebajikan tidak boleh diabaikan.Kesibukan masa dan waktu bukanlah merupakan satu dalih untukmengecualikan mereka daripada menyumbang bakti kepada masyarakat.Sebaliknya, ciri-ciri usahawan berjaya mereka sentiasa peka terhadapmasalah yang dihadapi oleh masyarakat dan berusaha dengan apasahaja ruang yang ada untuk menabur bakti kepada masyarakat.Beriltizam Dengan Al-Quran dan Al-SunnahIslam memberi galakan kepada penganutnya untuk bertindak aktifmencari rezeki yang halal dan berkat.108Syariat Islam mendorongmanusia supaya melibatkan diri secara produktif, memajukan aktivitiperekonomian yang merangkumi bidang pertanian, perindustrian,perdagangan, perikanan, hartanah, perlancongan dan pelbagai lagi.Semua usaha yang dilakukan tersebut untuk menghasilkan produk atauperkhidmatan yang dapat memberi manfaat dan kesejahteraan kepadaumat manusia. Atas sifatnya yang demikian, Islam memberipenghargaan kepada usaha manusia yang murni tersebut dinilai sebagaiibadah iaitu nilai tambah yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepadamanusia. Dengan kata lain, tindak-tanduk manusia untuk mencapaimatlamat tersebut ditaksirkan sebagai jihad pada jalan Allah SWT keranausaha yang dilakukan tersebut adalah bertujuan untuk memartabatkansyiar agama dan menyumbang bakti kepada masyarakat amnya.Oleh yang demikian, sebagai pengusaha golongan ini dituntut oleh Islamuntuk mengabdikan cara hidup mereka dan sistem kerja yangdilaksanakan tersebut berdasarkan kepada kerangka yang telahdigariskan oleh syarak. Apabila ianya dipatuhi dan diamalkan secarapraktikal, secara tidak langsung segala usaha yang dilakukan itumendapat keberkatan dan keredaan daripada Allah SWT. Berasaskanpemahaman tersebut, konsep fahaman Al-Quran telah memberikan satugambaran bahawa di antara hakikat amal soleh dan konsep iman, kedua-dua elemen tersebut perlu digerakkan seiring dalam kehidupan manusia.Pernyataan tersebut memberi satu konotasi kepada manusia bahawaiman adalah satu kepercayaan yang diyakini secara jazam dalam jiwadan pemikiran dan dalam masa yang sama juga ia perlu diterjemahkansecara amali melalui tingkah laku manusia. Natijah daripada perlakuan
tersebut mencetuskan satu tindakan yang dikenali sebagai orang yangberiman dan beramal soleh. Tindak-tanduk perlakuan seperti inilah yangdikehendaki ada pada setiap individu usahawan Muslim. Justeru ,dinamisme pemikiran dan perbuatan usahawan untuk mencapaiperlakuan tersebut telah digarap melalui firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud: “Orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik- baiknya.” (al-Ra`d:29)Wahbah al-Zuhaily109 memberikan komentarnya dalam Al-Quranterdapat banyak ayat yang diulang-ulang dalam 41 surah yangmenyatakan terminologi iman dan amal soleh. Pada prinsipnya,ketentuan kedua-dua istilah tersebut bukan hanya bertujuanmenyempitkan skop pengertiannya kepada amalan-amalan khususseperti zikir, tasbih, tahmid semata-mata tetapi lebih luas pengertiannyayang merangkumi makna kesejahteraan kepada diri, keluarga dan umatamnya. Oleh itu, termasuk juga dalam aktiviti yang dilakukan oleh parausahawan juga dianggap sebagai beriman dan beramal soleh sekiranyaia dilakukan sebagaimana yang telah digariskan oleh muamalah Islam.Sebagai pengusaha yang berjaya pada kaca mata syarak, golongan iniperlulah bertakwa kepada Allah dan Rasul, melaksanakan aktivitimuamalah pada sektor yang dihalalkan oleh syarak dan memenuhitanggungjawab secara sempurna sebagai pemegang amanah(kahlafatulard). Dengan maksud lain, mereka sentiasa berhati-hati dalammemelihara perhubungan sama ada dengan Allah, sesama manusia danjuga alam. Nilai-nilai seperti inilah yang menjadi keutamaan kepada parausahawan Muslim yang sentiasa beriltizam dengan ajaran Islam yangsyumul dan menjadikannya sebagai satu cara hidup yang memandumereka kepada satu penghayatan hidup yang sempurna merangkumituntutan dunia dan akhirat.Pada hakikatnya, apabila peningkatan prestasi dan kejayaan yangdiperolehi oleh para usahawan, maka semakin hampir dirinya dengan
Allah SWT. Bertambah kuat ibadahnya dan bersikap rendah diri samaada kepada PenciptaNya dan juga sesama manusia. Pokok pangkalnya,segala aktiviti yang diusahakan tersebut adalah amanah yangdipertanggungjawabkannya sebagai seorang hamba. Ini kerana, dalamkonteks perhubungan manusia dengan Allah, dapat dilihat bahawa AllahSWT berurusan dengan manusia dengan membeli jiwa dan hartamanusia dengan ganjaran yang dijanjikan dengan syurga.110 Oleh itu,apabila manusia menyerahkan sepenuhnya jiwa dan harta kepada Allah,secara tidak langsung manusia mengarahkan segala tindak-tandukmereka untuk merealisasikan segala titah perintah Allah SWT.Bagi usahawan Muslim yang mempunyai keyakinan tersebut, sudahpastilah segala aktiviti yang diusahakan mereka tidak melekakan danmengabaikan perhatian mereka daripada berpegang teguh kepadaajaran Islam. Meskipun Islam menuntut agar umatnya bekerja danberusaha dengan tekun, namun ia juga terikat sepenuhnya kepadaperaturan-peraturan yang telah diperundangkan oleh syarak. Ini kerana,segala perundangan dan peraturan yang ditetapkan kepada manusiatersebut adalah bertujuan untuk kebaikan umat manusia dan kejayaan didunia dan di akhirat. Peringatan ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud: “Ibadat itu dikerjakan oleh orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah; dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (Kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.” (al-Nur: 37)Daripada perspektif sunnah pula, Nabi juga menyeru umat manusiatermasuklah golongan para usahawan mengutamakan tuntutan agamadalam kehidupan. Perkara ini dirakamkan dalam sebuah hadis sepertiyang dijelaskan oleh Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:111 “Daripada Jabir berkata: “Ketika Rasulullah SAW berkhutbah pada hari Jumaat dengan berdiri tiba-tiba kafilah yang membawa
barang dagangan orang-orang Madinah datang lalu para sahabat SAW berlumba-lumba menyambutnya sehingga tidak tinggal dari mereka melainkan 12 orang di antaranya adalah Abu Bakar dan Umar dan turunlah ayat:(Dan apabila mereka melihat kafilah yang membawakan perniagaan atau permainan, mereka berlari-lari kepadanya, meninggalkan engkau yang sedang berdiri atas mimbar katakanlah: Apa yang ada disisi Allah lebih baik daripada permainan dan perniagaan, dan Allah sebaik-baik yang memberikan rezeki.” (al-Tirmidhi)Berasaskan kepada mafhum hadis tersebut dapat difahami bahawamanusia dilarang mengabaikan tanggungjawab menunaikan perintahAllah SWT. Walaupun amalan perniagaan adalah satu pekerjaan yangmulia, namun amalan tersebut janganlah menyebabkan manusia lalaidaripada mengerjakan amalan yang diwajibkan oleh agama. Parausahawan perlu menginsafi bahawa segala keuntungan yangdiperolehinya adalah merupakan pemberian dan nikmat daripada AllahSWT.Keuntungan dan kejayaan yang diperolehi hasil usahanya bukanlah satujaminan yang boleh memberi perlindungan daripada balasan Allah SWTkelak. Kejayaan yang dikecapi oleh para usahawan bukanlah terletakkepada angka yang menggembirakan hatinya, sebaliknya ia terletakkepada nilai kebaikan (pahala) yang diberi ganjaran oleh Allah SWT.Golongan usahawan yang dididik dengan unsur akhlak dan beretikaberlunaskan nilai-nilai Islam akan melahirkan golongan usahawanMuslim yang berjaya dan profesional seperti yang dituntut oleh ajaranIslam.____________93 AbulHasan Muhammad Sadek (1991) Economic Growth In An Islamic Economy, dlmDevelopement & Finance In Islam, h: 55.94 Muhammad Nejatullah Siddiqi (1991) Islamic Economic Thought: Foundations, Evaluation andNeeded Direction, h: 75.95 Haron Din (2001), Manusia dan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 2496 Mohd Nasir Ahmad (2008) Etika dan Keperibadian Usahawan Muslim-Satu Kelebihan
Persaingan-, h:8. Kertas Kerja dibentangkan pada Seminar Keusahawanan Islam II, PeringkatKebangsaaan, Anjuran Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, pada 15 Oktober 2008.97 Wan Liz Ozman Wan Omar dan Sulzari Mohamed (2006), Memperkasakan Usahawan:Panduan Lengkap Pengurusan Perniagaan dan Penjanaan Usahawan. Kuala Lumpur: h. 291-292.98 Wan Liz Ozman Wan Omar dan Sulzari Mohamed (2006), Memperkasakan Usahawan:Panduan Lengkap Pengurusan Perniagaan dan Penjanaan Usahawan, h. 293-294.99 Wan Liz Ozman Wan Omar dan Sulzari Mohamed (2006), Memperkasakan Usahawan:Panduan Lengkap Pengurusan Perniagaan dan Penjanaan Usahawan, h. 293-294.100 Secara literalnya nilai ditakrifkan sebagai sesuatu yang bernilai yang baik merangkumi aspekmoral, keindahan dan sesuatu yang benar. Unsur nilai mempunyai hierarki yang cukup istimewa,bukan hanya sebagai intipati kepada setiap kebudayaan yang membezakan manusia dan haiwantetapi mempunyai makna yang luas iaitu membezakan sesuatu kebudayaan dengan kebudayaanyang lain. Nilai-nilai hidup juga merupakan satu set kepercayaaan terhadap pelbagai unsur dalamsuasana persekitaran yang berkeupayaan untuk mendominasi pemikiran seseorang terhadapsesuatu idea dan pandangan individu terhadap orang lain. Untuk penerangan lanjut berkaitanpengertian nilai lihat Ahmad Ibrahim Abu Sin (1986) al-Idarah fi al-Islam. Dubai: MatbaahMisriyah, h. 171-175. Maznah binti Ali (1991) Dasar Penerapan Nilai-Nilai Murni DalamPentadbiran Awam Malaysia: Satu Kajian Persepsi di Institut Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara,Kuala Lumpur. Disertasi Fakulti Syariah Akademi Islam, Universiti Malaya, h. 32.101 Dr. Peter C. Sheperd (1989) Malaysia Management Review, jil. 24, h. 50). ManagementEducation and Developement: Some Cross-Cultural Implications.102 Asma Abdullah (1992), Understanding the Malaysian Workforce: Guidelines forManagers.Kuala Lumpur: Malaysian Institute of Management, h. 25- 50.103 Nawawi Mohd Jan (1992), Kompetensi Keusahawanan, Asas Keusahawanan. PusatPembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC), Institut Teknologi Mara, Shah Alam, h. 34.104 Vaught, B.C and Hoy, F. (1981), Have You Got What It Takes to Run Your Own Business?July-Ogos, h. 2-9.105 Sexton, D.L., and Bowman, N. (1985) The Entrepreneur: A Capable Executive & More”,Journal of Business Venturing, no. 1, h. 130-135.106 Sayyid Qutb (1986) Tafsir fi Zilali al-Qur’an, jil. 2, h: 126-127.107 Muslim (1981) Shahih Muslim, jil. 4, no. 2210.108 Jusmaliani, M.E, et.al., (2008) Bisnis Berbasis Syariah, h: 37109 Wahbah al-Zuhaily (1993) Al-Qur’an al-Karim Bunyatuhu al-Tasri`iyyah wa Khasaisuhu al-adhariyyah, h: 15.110 Menurut Torrey, kehidupan manusia dianalogikan sebagai perniagaan. Ia bermaksudkelestarian manusia di muka bumi ini adakalanya memperolehi keuntungan dan dalam keadaantertentu dalam berada dalam situasi kerugian. Justeru itu, golongan manusia yang mengerjakanamal kebajikan akan memperolehi ganjaran keuntungan dan begitulah sebaliknya. Dalamkeadaan golongan mukmin yang memberi pinjaman kepada Allah S.W.T dalam bentuk jiwa danharta maka ganjarannya Allah S.W.T akan menyediakan Syurga kepada pelaku tersebut.
Keuntungan yang diperolehi bagi manusia yang melakukan perkara kebajikan tersebut adalahkebahagiaan yang hakiki dan berkesinambungan hingga ke hari akhirat kelak. Secara kontrasnya,golongan manusia yang tidak beriman dan telah menggadaikan kebenaran Ilahi dengan hargayang murah nescaya golongan tersebut berada di pihak yang rugi dan yang paling malangmereka adalah golongan yang bankrupt pada hari akhirat kelak. Lihat Torrey (1892) TheCommercial Theological Term in the Koran, h: 48.111 Hadith ini adalah Hassan Shahih. Lihat al-Tirmidhi (1981) Sunan al-Tirmidhi,jil. 5, no. 3365
KESIMPULANSecara prinsipnya, kerangka keusahawanan menurut perspektif Islammengandungi garapan tentang prinsip-prinsip muamalah yang bersifatdinamis dan dikodifikasikan sebagai peraturan perekonomian yangsentiasa memenuhi kehendak dan realiti sosioekonomi masyarakatsemasa. Konsep keusahawanan Islam mempunyai sifat dan nilainyayang unik disebabkan ia dikawal oleh peraturan keagamaan.112 Denganlain perkataan ia dapat difahami bahawa sifat normatif yang membentukkerangka keusahawanan perlu berasaskan kepada acuan Al-Quran danpanduan yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW (Al-Sunnah).Sehubungan dengan itu, dalam disiplin perundangan Islam,perbincangan yang menyentuh topik keusahawanan113 lazimnyadiklasifikasikan di bawah komponen fiqh muamalah. Dalam disiplinkeilmuan ini, ruang lingkup yang berkaitan aktiviti keusahawananmerupakan sebahagian daripada ilmu ekonomi.114 Dari dimensi yang lainia turut melibatkan interaksi muamalah manusia secara globalberasaskan doktrinisasi tauhid iaitu konsep hablumminannas danhablulumminallah. Melalui proses ini kepentingan peribadi manusia dapatdiselaraskan secara harmoni dengan kepentingan umum masyarakatyang berpotensi untuk mewujudkan keadilan dan nilai-nilai murni dalamsistem keusahawanan Islam. Berdasarkan objektif yang murni ini, sistemkeusahawanan Islam dilihat bersifat komprehensif disebabkan ia tidakhanya terikat kepada faktor ekonomi semata-mata tetapi juga mengambilkira faktor yang tidak bersifat ekonomi seperti nilai-nilai murni, bersifatkemanusiaan dan sebagainya. Sifat-sifat yang dinyatakan ini mempunyaiperanannya dalam mencapai kesejahteraan di alam dunia dan akhirat.Sekiranya dibuka lipatan sejarah dunia Islam silam Nabi MuhammadSAW pernah terlibat secara langsung dalam bidang keusahawanan.Asas keusahawanan yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAWboleh dijadikan panduan kepada manusia untuk merangka sistem
keusahawanan yang dinamik dan mengenal pasti batasan gelagatmanusia yang menguruskannya. Oleh kerana bidang keusahawanan danperniagaan memberi sumbangan yang besar dalam memacuperkembangan ekonomi masyarakat maka Islam bersikap positifterhadap aktiviti sedemikian.Sehubungan dengan itu, keunikan yang terdapat dalam sistemkeusahawanan Islam disebabkan ia bukan hanya berasaskan kepadaobserved principles atau teori ekonomi ciptaan manusia semata-matasebaliknya ia diadunkan dengan revealed principles (wahyu). Melaluikombinasi kedua-dua elemen tersebut ia membentuk disiplinkeusahawanan yang bercitrakan Islam dan menjadi panduan danperaturan kepada gelagat hidup manusia untuk berinteraksi sesamamanusia dan juga Penciptanya. Secara tidak langsung ia dapatmembentuk Blueprint Entrepreneurs yang strategik dan dalam masayang sama masyarakat Islam dapat mengelakkan daripada aktivitikeusahawanan yang menyimpang daripada prinsip Islam.115Oleh kerana sistem keusahawanan perlu diikat dengan prinsip-prinsipteologis maka sudah tentulah setiap aktiviti keusahawanan perludidominasi dengan nilai-nilai murni. Ini kerana, nilai-nilai murni116 yangberorientasikan prinsip syariat dan akhlak akan mencerminkan tahapketakwaan seseorang Muslim. Atas kepentingan inilah Islam menyerupengikutnya mengaplikasikan nilai-nilai mahmudah dalam setiap tindaktanduk yang dilakukan. Umpamanya, berakhlak mulia, beretika,mengukuhkan perasaan persaudaraan, tolong menolong, bersimpatiterhadap golongan yang lemah dan sebagainya. Oleh yang demikian,adalah diharapkan semoga penulisan buku ini merupakan landasankepada pengkaji lain untuk membincangkan secara terperinci danmenjadi satu disiplin ilmu keusahawanan Islam yang sistematik dankomprehensif.____________112 Khurshid Ahmad (1981), Economic Development in an Islamic. Leicester: The IslamicFoundation, h. 171.113 Definisi keusahawanan mempunyai perbezaan definisi perniagaan. Individu yang dikenalisebagai usahawan mempunyai keupayaan dan mempunyai potensi untuk berfikiran secarakreatif, mengenalpasti peluang perniagaan, mengutamakan inovasi untuk bersaing dengan pihak
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113