MRSM PENGKALAN HULU
CARTA ORGANISASI PENGURUSAN
PERUTUSAN PENGETUASegala puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana limpah dan kurniaNya dapat kita bertemu di dalam Laman Web MRSMPengkalan Hulu. Sebagai sebuah institusi pendidikan MARA, pastinya maklumat yang dipaparkan dalam Laman Web inidiharapkan dapat memenuhi beberapa objektif antaranya, menyampaikan maklumat kepada ibu bapa mengenai visi danmisi institusi dan seterusnya mendedahkan sistem pendidikan yang merangkumi program akademik dan sahsiah pelajar.Laman Web ini juga diharapkan dapat membantu dari segi pelarasan dalam pelbagai aspek termasuklah pengurusan danpencapaian akademik.Akhir kata, saya berharap dengan kewujudan Laman Web ini, warga MRSM dapat memanfaatkan laman web ini dengansebaiknya demi mengangkat martabat pendidikan negara dengan lebih berkualiti dan lebih cemerlang.Sekian
SEJARAH PENUBUHAN MRSM PENGKALAN HULUMaktab Rendah Sains Mara Pengkalan Hulu (MRSM Pengkalan Hulu) terletak di Pengkalan Hulu, Perak.MRSM Pengkalan Hulu mula dibina pada 21 Jun 2005 dan siap pada 16 November 2006. Walau bagaimanapun MRSM PengkalanHulu hanya mula dibuka dan beroperasi pada 5 Mei 2008. Sekolah ini dibina dengan kos sebanyak RM33 juta dengan keluasantapak merangkumi 22 hektar (57 ekar).MRSM Pengkalan Hulu diterajui oleh Tuan Haji Mustafar bin Che Mat selaku pengetua pertamanya. Maktab ini dapat menampungsejumlah 840 pelajar iaitu pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.Pelajar pertama melapor diri pada 9 Jun 2008. Jumlah pelajar MRSM Pengkalan Hulu yang mendaftar adalah seramai 294 orang,iaitu pelajar Tingkatan Satu adalah seramai 107 orang. Manakala pelajar tingkatan Dua pula adalah seramai 109 orang. PelajarTingkatan Empat pula terdiri daripada 78 orang. Pengambilan pelajar baru yang mendaftar pada 16 Jun 2008 pula adalah seramai95 orang.Antara yang berdekatan dengan maktab ini adalah tempat tinggal anak yatim At-Taqwa. Maktab ini telah menganjurkan satuprogram yang merapatkan hubungan pelajar maktab ini dengan anak yatim At-Taqwa. Objektif utama program ini adalah untukmemotivasikan dan memberi sokongan kepada anak-anak yatim untuk mencapai kejayaan.Maktab ini telah dinobatkan antara maktab yang terbaik semasa keputusan SPM pada tahun 2009 diumumkan. Maktab ini telahberjaya mendapat tempat ke-5 daripada 42 buah maktab di Malaysia.Pada 19 Disember 2013, Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Hulu telah mencatat rekod baharu bagi pelajar Tingkatan 3 yangberjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah kali terakhir. Maktab ini telah berjayamenduduki kedudukan ke-4 antara 47 maktab di Malaysia, dan juga tergolong antara 20 terbaik dalam senarai kedudukan MaktabRendah Sains MARA dan Sekolah Berasrama Penuh bagi keputusan PMR 2013.
VISI Menjadikan pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia. MISI Menyediakan pelajar bumiputera yang berpotensi tinggi dalam bidang sains & teknologi FALSAFAH PENDIDIKAN MARAPendidikan MARA adalah satu usaha yang berterusan berteraskan ilmu, teknologi dan nilai keusahawanan untuk membangunkan insan holistik dan seimbang
PETA LOKASI MRSM PENGKALAN HULULokasi MRSM Pengkalan Hulu Koordinat : 5.717443, 100.989924Bandar/Pekan yang berhampiran Perak : Tol Kuala Kangsar (140 km), Pengkalan Hulu (1.5 km), Gerik (45.6 km) Kedah : Baling (15.6 km), Sg. Petani (69.3 km) P. Pinang : Buterworth (88.8 km)
Search
Read the Text Version
- 1 - 8
Pages: