Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore CARTA ORGANISASI PENGURUSAN

CARTA ORGANISASI PENGURUSAN

Published by nurhayati, 2016-07-12 02:31:12

Description: CARTA ORGANISASI PENGURUSAN

Search

Read the Text Version

MRSM PENGKALAN HULU

CARTA ORGANISASI PENGURUSAN

SEJARAH PENUBUHAN MRSM PENGKALAN HULUMaktab Rendah Sains Mara Pengkalan Hulu (MRSM Pengkalan Hulu) terletak di Pengkalan Hulu, Perak.MRSM Pengkalan Hulu mula dibina pada 21 Jun 2005 dan siap pada 16 November 2006. Walau bagaimanapun MRSM Pengkalan Hulu hanya muladibuka dan beroperasi pada 5 Mei 2008. Sekolah ini dibina dengan kos sebanyak RM33 juta dengan keluasan tapak merangkumi 22 hektar (57 ekar).MRSM Pengkalan Hulu diterajui oleh Tuan Haji Mustafar bin Che Mat selaku pengetua pertamanya. Maktab ini dapat menampung sejumlah 840pelajar iaitu pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.Pelajar pertama melapor diri pada 9 Jun 2008. Jumlah pelajar MRSM Pengkalan Hulu yang mendaftar adalah seramai 294 orang, iaitu pelajarTingkatan Satu adalah seramai 107 orang. Manakala pelajar tingkatan Dua pula adalah seramai 109 orang. Pelajar Tingkatan Empat pula terdiridaripada 78 orang. Pengambilan pelajar baru yang mendaftar pada 16 Jun 2008 pula adalah seramai 95 orang.Antara yang berdekatan dengan maktab ini adalah tempat tinggal anak yatim At-Taqwa. Maktab ini telah menganjurkan satu program yangmerapatkan hubungan pelajar maktab ini dengan anak yatim At-Taqwa. Objektif utama program ini adalah untuk memotivasikan dan memberisokongan kepada anak-anak yatim untuk mencapai kejayaan.Maktab ini telah dinobatkan antara maktab yang terbaik semasa keputusan SPM pada tahun 2009 diumumkan. Maktab ini telah berjaya mendapattempat ke-5 daripada 42 buah maktab di Malaysia.Pada 19 Disember 2013, Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Hulu telah mencatat rekod baharu bagi pelajar Tingkatan 3 yang berjayamemperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah kali terakhir. Maktab ini telah berjaya menduduki kedudukan ke-4antara 47 maktab di Malaysia, dan juga tergolong antara 20 terbaik dalam senarai kedudukan Maktab Rendah Sains MARA dan Sekolah BerasramaPenuh bagi keputusan PMR 2013.


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook