MASIH BELUM TERLAMBAT Langkah kakiku terhenti, terpana akan keindahan, Di celah-celah jejari mulus, menari-nari di atas kain putih, Corakmu diadun dengan rona keunikan, Ku kagum dengan keindahanmu, Terpana mataku dek kehalusan senimu, Terpaut hatiku dengan keaslianmu. Masih belum terlambat untuk aku menjadi pelukis itu, Masih belum terlambat untuk aku melorek corakmu, Masih belum terlambat untuk aku mewarnai keaslianmu, Masih belum terlambat untuk aku memperkenalkanmu. Gah berdiri di persada dunia, Kekal dengan batik buatan Malaysia, Supaya tidak akan ada yang memandang serong padamu, Supaya tidak akan ada yang merendahkan hasilmu, Akan ku pelihara seni warisan ini, Yang tidak lekang dek panas, tidak lapuk dek hujan.
PEWARIS BUDAYA Di sini kami dilahirkan, Di sini kami dibesarkan, Di sini lahirnya sebuah warisan, Di sini terciptanya seni budaya, Di sini terciptanya warisan bangsa. Di sini terciptanya adat dan suku, Kami menjunjung warisanmu, kami menggendong adatmu, Walau badai melanda, tidak akan goyah ditelan masa, Di pundak kami warisan ulung, Mengharungi globalisasi sempadan, Mengharumi persada dunia. Ayuhlah rakanku, kita mewarisi budaya ini, Agar kekal terpelihara utuhnya, Kerana kita ialah pewaris budaya, Demi negara tercinta, Generasi gemilang rakyat Malaysia.
BANGKIT SEMULA BERSAMA BUDAYA Aku selalu memandang ke langit, Hingga aku lupa tempatku berpijak, Aku leka dibuai budaya asing, Asal usulku telah aku tinggalkan, Aku alpa, aku masih ada budaya, Ada Joget, Zapin, Makyong, Wayang Kulit, Sumazau Ada Gamelan, Menora, ada Tarian Naga, ada Dikir Barat, Ada Tarian Singa, Tarian Kipas, Ngajat dan Bharata Natyam. Maafkan aku kerrana tidak pernah menoleh memandangmu, Kerana kini baru ku sedar, lenggokmu lebih indah, Alunanmu menyentuh kalbu, keunikanmu lebih terserlah. Justeru itu, wahai generasiku, usah agungkan budaya asing, Bangkitlah bersama budaya kita, Agar warisam budaya kekal terpelihara, Membentuk generasi berwawasan selamanya, Dengan identiti bangsa Malaysia.
WARISAN MELAYU Musim berganti, generasi berganti, Warisan Melayu tetap utuh, Menjadi lambang kesantunan budaya, Mempertahankan budaya sebagai warisan berzaman. Budaya yang baik mestilah dijaga, Pelbagai budaya dikongsi bersama, Hidup bermajmuk di pelosok negara bersama satu rumpun bahasa. Uniknya bangsa Melayu, menjadi warisan kepada generasi mendatang, Jika warisanmu dipinggirkan, jika adatmu ditinggalkan, Hilangmu ditelan masa, warisanmu akan berkubur bersama. Ayuhlah kawan-kawan, bersama kita jaga warisan ini, Bangsa Melayu akan harmoni dan disanjung tinggi, Jangan sesekali lupa asal usulmu, Jangan sesekali tinggalkan Bahasa Melayu, adat Melayu, budaya Melayu, Itulah pesanan orang terdahulu kepada generasi muda, Supaya warisan Melayu kekal terpelihara.
WARISAN BUDAYA KEKAL TERPELIHARA Hari ini aku mengatur langkah, Menuju ke destinasi yang belum ku tiba, Di pinggir bandar Kota Bharu yang permai, Di sudut lokasi yang tidak ramai tumpuannya, Keterujaanku menjadi kuat bila berada di situ. Hari ini aku melihat sendiri, Permainan yang sangat unik, Gasing yang pusingannya maha hebat, Dimainkan oleh generasi veteran, Kekadang kelihatan seorang dua anak muda terselit. Hari ini aku menilai sendiri, Betapa hebatnya khazanah kita, Betapa halusnya rekaan generasi terdahulu, Seni reka dalam mempamerkan kehebatan orang Melayu, Budaya yang patut menjadi kebanggaan generasi baharu, Ayuh, kita lestarikan warisan kita!
Search
Read the Text Version
- 1 - 5
Pages: