Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore eBOOK PRINTIS2021

eBOOK PRINTIS2021

Published by naniekamalsha, 2022-01-20 07:00:24

Description: eBOOK PRINTIS2021

Keywords: innovation,competition,prosiding,education

Search

Read the Text Version

KATEGORI E UMUM PENYELIDIK Md Nazir Bin Nik Ali, Sekolah Kebangsaan Abi Mohd Faisal Bin Salim, Sekolah Kebangsaan Abi ABSTRAK TDeringan bunyi atau lebih sinonim dikenali sebagai loceng merupakan alat yang digunakan sebagai penanda atau pemberi- tahuan tentang sesuatu perkara pada kebiasaanya digunakan di institusi pendidikan. Pengunaan loceng juga telah memberi banyak manfaat khususnya kepada sekolah. Namun begitu, deringan bunyi loceng elektrik juga dikatakan bingit dan menyumbang kepada timbulnya masalah pencemaran bunyi. Pencemaran bunyi daripada loceng elektrik yang sedia ada memberi kesan yang negatif pada pendengaran dan minda pelajar. Loceng elektrik juga dikatakan mudah rosak dan lebih mahal kosnya. Oleh itu, satu kaedah penyelidikan alternatif bersandarkan Science Technology Engineering dan Mathematics (STEM) telah dicipta iaitu Zero-Bell. Produk ergonomik ini merupakan inovasi loceng sekolah abad ke-21 dengan menggunakan Microsoft Power Point. Ia dapat dijadikan medium pembelajaran secara tidak langsung kepada murid semasa mendengar audio yang diperdengarkan. Hasil ciptaan produk ini, langkah mengurangkan pencemaran bunyi dapat ditangani di samping memberi banyak input pada murid dan warga sekolah seperti mempelajari dan menghafal istilah kejuruteraan, sifir matematik, sains dan teknologi serta doa harian. Zero-Bell juga digunakan sebagai pemberitahuan waktu pertukaran mata pelajaran, pertukaran waktu guru masuk kelas, masa rehat dan masa pulang. Pada masa hadapan, dengan kerjasama pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Inovasi ini boleh dikomersialkan dan diguna pakai di seluruh sekolah-sekolah di Malaysia seiring dengan dasar KPM untuk membudayakan STEM di peringkat sekolah dan sejajar dengan perkemban- gan abad ke-21. Produk ini juga amatlah berguna dan berpotensi untuk memasuki pasaran jualan bagi diguna pakai di kawasan kilang perindustrian dan hospital. Zero-Bell (Loceng Sekolah Abad ke-21) 96 PERTANDINGAN INOVASI INSTITUSI PENDIDIKAN NEGERI PERLIS 2021

KATEGORI E UMUM PENYELIDIK Haninah binti Ismail, Kolej Komuniti Arau Ainul Mardhiyah binti Mat Yusoff, Kolej Komuniti Arau Vaasala A/P Kaliappa, Kolej Komuniti Arau ABSTRAK Staff Training Storage adalah pusat simpanan rekod berkaitan urusan latihan dan pembangunan staf disamping ia memudahkan capaian maklumat yang lebih pantas untuk pengendalian latihan di Kolej Komuniti Arau. Sebelum pembinaan StaTS, pengurusan dokumen dilakukan secara manual dan rekod penilaian kursus selalunya tidak dapat dihasilkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Komponen dalam StaTS dibina bagi memudahkan capaian Kehadiran Kursus, Analisis Penilaian Kursus dan Analisis Penilaian Keberkesanan Kursus. Selain itu ia memudahkan peng- hantaran sijil kursus yang telah dihadiri untuk tujuan rekod ke dalam sistem eSIS dan juga pelaporan. Komponen utama StaTS iaitu Maklumat Kursus , Maklumat Perjawatan dan Maklumat Pemerkasaan Bakat di susun dalam folder yang khusus di google drive. Setiap kursus dalaman yang dianjurkan perlu didaftar dan Unit Latihan dan Pembangunan Staf akan menyediakan capaian berkaitan iaitu kehadiran dan penilaian kursus sehingga menghasilkan analisis keberkesanan kursus. Impak dari- pada pembinaan StaTS ini dapat memudahkan urusan semua staf untuk merekod kursus, membuat urusan berkai- tan pemerkasaan bakat dan kenaikan pangkat. Malah ia dapat memudahkan urusan Unit Lati- han dan Pemban- gunan Staf menguruskan data-data latihan dan pen- ingkatan kerjaya staf. Bagi meningkatkan keberkesanan, StaTS dibina dengan menggu- nakan ‘Google Site’ dan ia akan lebih mudah jika dapat dicapai melalui apliaksi peranti mudah alih. StaTS – STAFF TRAINING STORAGE 97 PERTANDINGAN INOVASI INSTITUSI PENDIDIKAN NEGERI PERLIS 2021

KATEGORI E UMUM PENYELIDIK Husna Binti Ibrahim, Kolej Komuniti Arau Nurdiyanah Fatin Binti Ruslan, Kolej Komuniti Arau Rosliah Binti Abu Bakar, Kolej Komuniti Arau ABSTRAK Kolej Komuniti amnya merupakan antara institusi yang menjalankan program Pem- belajaran Sepanjang Hayat (PSH) di dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Melalui lonjakan ketiga dalam Pelan Pembangunan Pendi- dikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015-2025 yang menggariskan penghayatan kepada pembelajaran sepanjang hayat, program tersebut masih berterusan dan cuba dikhususkan pula kepada Institusi dan Pusat Pengajian Islam dalam konsep Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH). Oleh yang demikian semua kolej komuni- ti telah di tetapkan sasaran pelaksanaan kursus pembelajaran sepanjang hayat dengan merujuk kepada kamus KPI yang dikeluarkan oleh Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti. Sehubungan dengan itu, Kolej Komuniti Arau telah menetapkan setiap pensyarah mempunyai petunjuk prestasi secara individu iaitu petunjuk prestasi jam pelaksanaan aktiviti Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dan bilan- gan peserta yang perlu dicapai. Paparan petunjuk prestasi tersebut direkod dan dipaparkan di papan kenyataan oleh Unit Pendidikan Berterusan (UPB) di Kolej Komuniti Arau (KKAP). Idea untuk menghasilkan e-PRESTASI@PSH terha- sil apabila masalah ketidaksamaan rekod data pelaksanaan aktiviti PSH di antara Unit Pendidikan Berterusan (UPB) KKAP dan rekod peribadi pens- yarah. Inovasi ini memaparkan petunjuk prestasi pensyarah setiap bulan dan pelaksanaan kursus yang pensyarah telah jalankan. Disamping itu, takwim bagi setiap program juga dimasukkan di dalam e-PRESTA- SI@PSH. e-PRESTASI@PSH 98 PERTANDINGAN INOVASI INSTITUSI PENDIDIKAN NEGERI PERLIS 2021

KATEGORI E UMUM PENYELIDIK Nurul Jannah binti Nursaiful, SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah Anis Batrisyia binti Mohd Sofi, SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah Siti Mariam binti A Rani, SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah, ABSTRAK The Smart Stain Handler merupakan sebuah cecair yang membantu menghilangkan kotoran pada pakaian. Bentuknya yang bersaiz poket [9cm x 2cm] menjadikannya mudah dibawa. Kosnya juga rendah. Justeru, produk ini dapat memberi kemudahan kepada para pengguna yang ingin menghilangkan kotoran secara ekspres dalam apa jua keadaan dengan menjimatkan masa juga tenaga. Ia direka khas bagi semua golongan pengguna. Kewujudan produk ini ekoran dari- pada masalah kelaziman masa pelajar sering menghadapi masalah dengan kotoran pada pakaian mereka. Jika lambat dicuci kotoran akan sukar menanggalkan kesan, dan jika, menggunakan sabun biasa yang mengandungi bahan kimia impaknya boleh membahayakan pengguna serta hanya memberikan impak yang sedikit pada pakaian. Produk ini dihasilkan dengan meng- gunakan bahan-bahan ringkas sep- erti 25 % sodium bikarbonat, 45 % asid citrik, dan 35% hand sanitizer. Impak daripada produk boleh menghakis kotoran dalam beberapa saat, dijamin keberhasilannya dan keselamatan bagi semua peringkat umur. THE SMART STAIN HANDLER 99 PERTANDINGAN INOVASI INSTITUSI PENDIDIKAN NEGERI PERLIS 2021

KATEGORI E UMUM PENYELIDIK Pensyarah Pembimbing : Nor Fadzilah Binti Razali Pelajar : Ahmad Hazim Bin Ahmad Nazri ; Muhammad Ikram Hakim Bin Shahrulrazif & Farizol Bin Azimi, SMK Syed Alwi ABSTRAK Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) telah mengalami beberapa perubahan yang sangat pesat terutamanya di dalam dunia pendidikan. Penggu- naan internet yang meluas, peng- etahuan teknologi maklumat dan kemahiran teknologi robotik telah banyak diaplikasikan di seko- lah-sekolah. Dengan wujudnya mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi (RBT) dan Asas Sains Komputer (ASK) di sekolah-seko- lah, membolehkan murid-murid dibekalkan dengan kemahiran-kemahiran teknologi maklumat seiring dengan perkembangan teknologi IR4.0. Objektif Aplikasi Nota Sains Digital Berbantukan Augment Reality (Assemblr Edu) Dan Comic Strips dibangunkan adalah untuk menarik minat murid-murid dalam dunia sains. Disamping itu juga, apikasi ini dapat membantu murid-murid memahami konsep sains secara ‘real-life’. Gabungan google site, Assmblr Edu, Comic strips, Data studio, Canva, Anyflip dan Wordwall telah menjadikan nota sains digital ini lebih menarik. dan interaktif. Murid boleh mengimbas ‘marker’ dan murid boleh melihat objek realiti berada dihadapan murid. Murid juga boleh membaca komik pendek yang disediakan didalam aplikasi ini. Murid juga boleh menjawab kuiz secara atas talian. Murid juga boleh melihat nota di anyflip. Aplikasi ini dapat memberi impak yang tinggi dimana murid lebih seronok mempelajari sains dan penggunaan gajet dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. APLIKASI NOTA SAINS DIGITAL BERBANTUKAN AUGMENT REALITY (ASSEMBLR EDU) DAN COMIC STRIPS PERTANDINGAN INOVASI INSTITUSI PENDIDIKAN NEGERI PERLIS 2021 100

KATEGORI E UMUM PENYELIDIK Pensyarah Pembimbing : Nornaimah bin Rodzi Pelajar : Luqman Hakim bin Ahmad Sabri & Ahmad Daniyal bin Mohd Haris Sekolah Agama Al-Islahiyah (Menengah)Bohor Mali ABSTRAK ‘Smart Animal Shelter’ merupakan prototaip tempat perlindungan haiwan dengan teknologi pintar yang dilakukan pengubahsuaian terha- dap produk sangkar kucing yang sedia ada supaya menjadi lebih baik, menjimatkan dan bermakna serta mesra pengguna. Peningkatan kes haiwan peliharaan yang dibuang pemilik semain meningkat menyebabkan kucing dan anjing berkeliaran di pasar, kaki lima bangunan kedai dan ada juga yang dibuang di kawasan industri, jauh dari petempatan manusia. Di Kuala Lumpur misalnya, berlaku lonjakan kes haiwan peliharaan dibuang sebanyak tiga kali ganda semenjak Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kesannya, haiwan jalanan ini menyelongkar tong sampah untuk mencari makanan dan ini mencacatkan pemandangan dan persekitaran menjadi kotor. Haiwan jalanan ini juga terancam dengan bahaya seperti risiko kemalangan, panas melampau, kesejukan dan kehujanan. Dengan adanya ‘Smart Animal Shelter’, haiwan jalanan akan mempunyai tempat berlindung di mana makanan dan minuman akan diuruskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Bukan Kera- jaan (NGO) atau individu perseorangan. Sangkar ini akan diletakkan di kawasan tumpuan haiwan jalanan dan NGO atau individu perseorangan tidak perlu lagi me- melihara haiwan ini dalam kawasan perumahan yang boleh menimbulkan ketidak- senangan bau haiwan kepada jiran. Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia mer- upakan Negara Khatulstiwa. Malaysia menerima cuaca panas hampir sepanjang tahun, mempunyai kelembapan yang tinggi dan menerima taburan hujan yang lebat. Keadaan ini memberi kelebihan kepada kami untuk menggunakan tenaga solar dan air hujan dalam projek inovasi berbanding sangkar kucing dalam pasaran yang biasanya dijual tanpa ciri ini. SMART ANIMAL SHELTER 101 PERTANDINGAN INOVASI INSTITUSI PENDIDIKAN NEGERI PERLIS 2021

KATEGORI E UMUM PENYELIDIK Pensyarah Pembimbing : Mohd Faizal Zainul Pelajar : Muhammad Raif Farisi Ahmad Nizan ; Humaira Najlaa Mohd Ali & Aiman Afif Afifudin, SMK Dato’ Sheikh Ahmad ABSTRAK RHeG is a simple but effective alternative to other sources to generate electricity power. It requires low cost to produce a unit of it and only requires low cost mainte- nance. It uses hydropower as it is deemed the most suitable compared to other sources due to some circumstances such as maintenance cost and et cetera. Our world is facing the challenges of global warming. Current usage of conventional sources to generate energy causes the emissions of dangerous greenhouse gasses that can trap sunlight in our atmospheres (Kottasova et al, 2021). Combined land and ocean temperatures had more than doubled from 0.08 ° C (0.13 ° F) to 0.18 ° C (0.32 ° F) (NOAA, 2021). Our product objectives are; use hydropower to generate electricity and generate at least 25 Watt. For methodology, in Problem Analysis, we tried to understand the problems and researched global warming, conventional fuels sources, shape, size and material based on verified sources. In Design, we sketched our ideas before turning it into a digital version. In Development, we assembled our ideas and designs of the product. In Testing, we tested our product to find its effectiveness and also finding problems and fixing it. Finally, in Documenta- tion, we recorded its efficiency. As a result, electricity is able to be generated. This product undoubtedly has a big potential. Based on our observation in testing, the higher the flow of water, the higher the electricity pro- duced.For instance, our current generator can produce 100 Watt with 6 cusec and 85 Watt with 5.5 cusec, meaning there is an increase of 15 Watt increase per 0.5 cusec. If the water flow is as high as 10 cusec, we can generate as high as 230 Watt in power. If we replace the current turbine with a Fran- cis Type turbine, we will be able to gener- ate up to 500 Kilowatt. In conclusion, our product can success- fully generate elec- tricity out of hydropow- er and generate at least 25 Watt as it is designed to. RIVERFLOW HYDROELECTRIC GENERATOR (RHEG) 102 PERTANDINGAN INOVASI INSTITUSI PENDIDIKAN NEGERI PERLIS 2021

KATEGORI E UMUM PENYELIDIK Hamidah binti Abdul Rahman, SMK Agama Arau Ahmad Iman Bin Mohamad Fadhili, SMK Agama Arau Muhammad I'zaz Bin Zulfatah, SMK Agama Arau Aqeef Bin Amirulhafis, SMK Agama Arau ABSTRAK Putung rokok merupakan sampah nombor satu terban- yak dijumpai di lautan yang dianggarkan sebanyak 4.5 trillion yang telah dibuang di dalam lautan seluruh dunia. Tebu pula ditanam secara komersial untuk dijadikan gula putih terutamanya di Negeri Perlis dan Negeri Johor. Walaubagaimanapun, hampas tebu tidak digunakan semula secara optimum dalam industri di Malaysia. Masalah yang kita hadapi ini adalah kerana kedua-dua sisa pepejal ini sukar digunakan semula secara terus. Contohnya botol plastik, para pengguna boleh menggunakan semula bahan ini untuk kegunaan lain. Tetapi tidak untuk puntung rokok dan hampas tebu. Ini menye- babkan pengguna terus membuang sisa pepejal ini tanpa pertimbangan guna semula. Oleh sebab itu, puntung rokok dibuang di merata-rata tempat, lalu dialirkan ke sungai, dan akhirnya terkumpul di lautan. Jadi kami menggabung puntung rokok dan hampas tebu untuk menghasilkan sekeping papan lembut. Kami namakan ia sebagai “Sobogreen”. Kedua-dua bahan ini mengandungi gentian fiber yang mem- buatkan papan lembut yang dihasilkan lebih liat dan meningkatkan kekuatan bahan. Penggunaan kedua-dua bahan ini dapat mengurangkan pencemaran alam. SOBOGREEN 103 PERTANDINGAN INOVASI INSTITUSI PENDIDIKAN NEGERI PERLIS 2021

KATEGORI E UMUM PENYELIDIK Pensyarah Pembimbing : Mohd Faisal Bin Salim Pelajar : Fakhira Qaida Binti Fitri ; Fatin Nuraisya Binti Basir & Ahmad Danial Bin Aidzat Afiq, Sekolah Kebangsaan Abi ABSTRAK Parkir atau tempat letak kereta merupakan satu keperluan pada masa kini di setiap rumah. Hampir di kebanyakan rumah mempunyai parkir untuk meletak kenderaan. Semestinya setiap orang mahukan tempat letak kereta yang selamat untuk kender- aan mereka. Salah satu masalah dan cabaran yang selalu dihadapi oleh pemilik kenderaan ialah ketika berlaku banjir yang boleh menenggelamkan dan merosak- kan kenderaan mereka. Oleh itu, satu alternatif bersandarkan STEM (sains, teknologi kejuruteraan, matematik) telah dicipta iaitu inovasi parkir terapung. Dengan berte- makan persekitaran lestari, parkir terapung bakal menyelesaikan masalah ketiadaan tempat meletak kereta yang selamat kepada penduduk di kawasan yang kerap dilanda banjir. Konsep sains iaitu apungan merupakan asas utama dalam inovasi ini di samping kejuruteraan dan juga matematik. Parkir terapung ialah parkir kereta yang fleksibel, boleh berubah kedudukan aras ketinggian mengikut aras air banjir. Ini menghalang kereta dimasuki air banjir, tidak ditenggelami air banjir, tidak rosak serta keselamatan kereta terjamin. Kegunaannya yang “2 in 1”, boleh digunakan sebagai parkir kereta pada hari-hari biasa dan ketika berlaku nya banjir. Inovasi ini juga amatlah berimpak dan berpotensi untuk di bangunkan dan diluaskan penggu- naanya. Ciri-ciri nya yg mesra pengguna serta kos yang berpa- tutan bakal memberi manfaat kepada pengguna serta mewujudkan perseki- taran yang lestari dan keselesaan kepada semua. Parkir Terapung 104 PERTANDINGAN INOVASI INSTITUSI PENDIDIKAN NEGERI PERLIS 2021

KATEGORI E UMUM PENYELIDIK Pensyarah Pembimbing : Azizah Hamzah Pelajar : Muhammad Najmuilmi Hakim bin Mohd Najmuddin & Najla Humairah binti Mohd Najmuddin, Sekolah Kebangsaan Sena ABSTRAK Raising ducks is an amazing expe- rience. I have a small scale duck farm with 50 ducklings. We can earn money buy selling ducks egg at the shop. Different size of eggs have different price. However grading the eggs is time consum- ing. The currnt process is done manually, hence it is prone to human error and non-standard EGGY-MAC 105 PERTANDINGAN INOVASI INSTITUSI PENDIDIKAN NEGERI PERLIS 2021

KATEGORI E UMUM PENYELIDIK Pensyarah Pembimbing : Tan Hui See Pelajar : Chuan Heng Lin ; Ng Easvin & Wong Shi Wei, SJKC Khoon Aik ABSTRAK Sabun bunga dihasilkan bagi memenuhi keperluan gaya hidup masa kini yang mengutamakan konsep go-green. Ramai orang telah mula mementingkan kesiha- tan dan kebersihan yang berkualiti dengan menggunakaan produk yang organik kerana mesra alam. Bagi individu yang mementingkan penjagaan wajah secara semula jadi, kebanyakan mereka mahu mengelakkan penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia. Dengan itu, produk ini menjadi pilihan untuk dibangunk- an kerana bahan buatannya yang tidak mempunyai bahan kimia yang akan mem- bahayakan badan atau kulit pengguna. Bahan yang digunakan adalah daripada bahan semula jadi iaitu bunga telang dan daun pandan. Bahan-bahan ini bebas daripada kandungan kimia yang berbahaya serta boleh merosakkan sel-sel kulit. Disebabkan itu, sabun buatan tangan dengan bahan terpilih akan membantu men- jaga dan merawat kulit secara semula jadi. Lebih-lebih lagi, produk ini boleh dihasil- kan di dalam rumah kerana proses penghasilan yang mudah, tidak akan mengaki- batkan pencemaran mahupun menjejaskan keseimbangan ekosistem. Oleh sebab produk ini organik, maka setelah beberapa kali pemerhatian, didapati pengguna yang berkulit sensitif tidak merasakan kulit kering dan bersisik setelah 3 hari menggunakan produk ini. Produk ini tidak menyebabkan gejala pengelupasan, alahan dan rasa pedih pada kulit. Kulit pula kelihatan lebih lembap, cerah dan lembut kerana khasiat daripada bahan semula jadi yang kaya dengan vitamin. Pendek kata, pemilihan bahan organik untuk menghasilkan produk ini adalah esential kerana tidak mengadun- gi bahan kimia terlarang dan berlebihan yang boleh merosakkan kulit dalam jangka masa panjang. SABUN TELANG 106 PERTANDINGAN INOVASI INSTITUSI PENDIDIKAN NEGERI PERLIS 2021

KATEGORI E UMUM PENYELIDIK Syakirah binti Selamat, SK IPGM Perlis Mohamad Amir bin Mohd Isa, SK IPGM Perlis Muhammad Ameer Asyraf bin Azakrim, SK IPGM Perlis Iman Mubeen bin Azmi, SK IPGM Perlis Izz Ziyyad bin Mohd Hafiz, SK IPGM Perlis Mohammad Azkar Abidi bin Mohd Rizal, SK IPGM Perlis ABSTRAK Menurut keselamatan rakyat Malaysia sub-indeks kesela- matan 2011 (diterbitkan oleh unit perancangan ekonomi jabatan perdana menteri), kadar jenayah yang dilaporkan telah menurun 12% daripada 712 kes jenayah bagi setiap 100 000 orang kepada 628 kes. Ini dise- babkan oleh program pencega- han jenayah yang dilaksanakan termasuk pemasangan cctv untuk setiap rumah dan peningkatan bilangan anggota polis yang bertugas di kawasan yang mempunyai risiko jenayah yang tinggi. Selain itu, ia dilaksanakan oleh sukarelawan seperti skim peronda sukarela dan polis rakan rondaan kawasan kediaman juga menyumbang kepada pengurangan kadar jenayah. CCTV hanya mampu dimiliki oleh kumputan tertentu. Ia adalah kerana harganya yang mahal. Harga minimum untuk 1 set CCTvV dengan 2 kamera ialah RM 669.47 (dalam talian internet lazada). Bukan semua masyarakat mampu membelinya . Oleh itu, kami membuat projek ini yang disebut kunci tambahan. EXTRA LOCK 107 PERTANDINGAN INOVASI INSTITUSI PENDIDIKAN NEGERI PERLIS 2021

KATEGORI E UMUM PENYELIDIK Nur Fatima Humaira Binti Mohd Fadli, Sekolah Kebangsaan Utan Aji Nurin Aqilah Faghira Binti Effendy, Sekolah Kebangsaan Utan Aji ABSTRAK Mata pelajaran Matematik merupakan subjek teras yang wajib diikuti oleh pelajar tahun enam di Sekolah Kebangsaan seluruh negara. Namun yang demikian, antara kelemahan utama pelajar adalah untuk memahami konsep matematik dan tidak mengingati formula atau kaedah yang dipelajari di dalam kelas. Di samping itu, kurangnya capaian kepada bahan rujukan yang menarik minat pelajar bagi matematik KSSR tahun 6 juga menyumbang kepada kurangnya minat pelajar dalam mata pelajaran matematik ini. Justeru itu, satu aplikasi android yang menekankan kepada konsep peta minda dan diberi nama applikasi PMM@SKUA(Peta Minda Matematik@SK Utan Aji) telah dibangunkan untuk menghasilkan bahan peta minda secara topikal yang mesra pengguna. Objektif utama applika- si PMM@SKUA adalah untuk memberi kemu- dahan capaian peta minda matematik yang sesuai digunakan guru dan pelajar bagi kegu- naan dalam kelas dan PDPR yang boleh digu- nakan secara SAL(self access learning) oleh guru dan pelajar. Selain itu applikasi PMM@SKUA turut menggunakan pendekatan gamifikasi dengan menambahkan elemen permainan Quizziz dan Jaringan Kata (Word Search) di dalam aplikasi ini. Antara ciri utama applikasi PMM@SKUA adalah menggunakan kaedah Mind Map sebagai unsur teras aplikasi ini di samping mengamalkan ciri-ciri Education 4.0 yang menekankan suasana pembelajaran digital, ringkas dan padat serta mesra pengguna. Hasil tinjauan mendapati applikasi PMM@SKUA dapat menja- di satu alternatif sebagai alat pembelajaran kendiri bagi mata pelajaran Matematik ke arah Pembelajaran Abad ke 21 (PAK21) dalam menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan interaktif khususnya dalam proses pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). APLIKASI PMM@SKUA 108 PERTANDINGAN INOVASI INSTITUSI PENDIDIKAN NEGERI PERLIS 2021

KATEGORI E UMUM PENYELIDIK Muhamad Aiman Haziq Bin Muhamed Shukri, Sekolah Kebangsaan Kayang ABSTRAK Flood Emergency Alarm direkacipta untuk membantu dan menyelamatkan nyawa, harta benda, dokumen penting dan mengelakkan kerugian yang lain akibat daripada bencana alam banjir serta kerosakan atau kebocoran paip dan kerosakan tangki air yang tidak dijangka. Banyak kemalangan jiwa yang berlaku akibat bencana banjir yang terjadi dise- babkan mangsa lewat bertindak untuk menyelamatkan diri. Kerap kali kemalangan yang meragut nyawa tersebut terjadi pada waktu malam dimana mangsa sedang tidur ketika berlakunya banjir. Sedangkan kejadian banjir tersebut boleh dijangka dengan keadaan hujan lebat yang berpanjangan sepanjang hari. Namun begitu, kenaikan paras air adalah di luar jangka dan waktu yang paling berisiko kepada penduduk adalah pada waktu malam hingga ke subuh. Oleh itu, alat ini direkacipta untuk memberi amaran awal kepada penghuni rumah agar segera untuk bertindak menyelamatkan diri, dokumen penting dan harta benda yang berharga sebelum paras air meningkat. Alat yang murah serta tahan lasak dapat membantu menyelamatkan nyawa, dokumen dan harta benda yang berharga dengan menghasilkan bunyi yang kuat sebagai amaran kepada penghuni rumah yang dimasuki air. Selain itu, alat ini juga mengeluarkan cahaya lampu untuk membantu mangsa banjir berger- ak ke arah pintu untuk menyelamatkan diri ketika dalam keadaan kelam kabut di waktu tengah malam yang gelap gelita. Selain digunakan untuk amaran awal ketika berlakunya banjir, alat ini juga dapat digunakan di lokasi-lokasi yang berisiko berlakunya kebocoran paip atau kerosakan tangki air. Alat ini dapat membantu dalam memberi amaran kepada penghuni untuk membaiki kerosakan tersebut pada peringkat awal. Ini secara tidak langsung dapat menjimat- kan wang akibat kerugian yang berlaku disebabkan kebocoran paip mahupun kerosakan pada tangki air tersebut. Alat yang murah, tahan lasak dan mudah digunakan adalah perlu untuk setiap rumah kerana alat ini dapat menye- lamatkan nyawa, harta benda dan wang.beri manfaat kepada penggu- na serta mewujudkan persekitaran yang lestari dan keselesaan kepada semua. FLOOD EMERGENCY ALARM 109 PERTANDINGAN INOVASI INSTITUSI PENDIDIKAN NEGERI PERLIS 2021

KATEGORI E UMUM PENYELIDIK Ahmad Nabil bin Zainol, Sekolah Kebangsaan Padang Melangit Muhammad Haziq Ikhwan bin Ahmad Zaid, Sekolah Kebangsaan Padang Melangit Nur Irish binti Azwan, Sekolah Kebangsaan Padang Melangit Zaripah binti Alshaari, Sekolah Kebangsaan Padang Melangit ABSTRAK Berdasarkan garis panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah yang telah dikeluarkan oleh KPM, pihak sekolah perlu mengambil bacaan suhu semua pelajar sebelum dibenarkan memasuki kawasan sekolah, oleh itu sudah pasti akan berlaku kesesakan dan tempoh menunggu di pintu pagar. Situasi ini pasti akan menyebab- kan kesesakan di kawasan pintu pagar kerana ibubapa perlu menunggu sehinga bacaan suhu anaknya diperolehi dan tidak mempunyai sebarang simtom barulah mereka dibenarkan meniggalkan anak. Hal ini sudah tentu akan menyebabkan berlakunya kesesakan dan kelewatan pada murid dan juga ibubapa tersebut. Isu ini menjadi kerisauan dalam kalangan warga sekolah memandang kawasan aliran trafic sekolah yang sangat terhad. Hai ini bukan sahaja mendatangkan punca kes- asakan malah ianya mungkin menjadi satu punca penyebab akan berlakunya penyebaran wabak pendemik Covid 19 yang amat ditakuti pada masa kini. Dise- babkan hal inilah maka terhasillah satu inovasi yang dinamakan MySUHU. MySUHU ini adalah alat untuk menyukat suhu secara individu. Setiap pelajar akan memba- wa, memakai dan menyimpannya sendiri. Hal ini pastinya menjadikan soal kebersi- han terjamin. Hasilan ini diguna pakai di sekolah kami dan ianya memberi impak yang sangat baik dari segi kelancaran pengambilan suhu murid-murid dan dapat mengelakkan kesesakan aliran trafik sekolah. MySUHU 110 PERTANDINGAN INOVASI INSTITUSI PENDIDIKAN NEGERI PERLIS 2021

SETINGGI PENGHARGAAN kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan printis 2021 If you want to go fast, If yougowatongtetthoerg.o far, go alone. African Proverb Terima Kasih! 111 PERTANDINGAN INOVASI INSTITUSI PENDIDIKAN NEGERI PERLIS 2021

There are no dreams too 112 large, no innovation unimaginable and no frontiers beyond our reach John S Herrington PERTANDINGAN INOVASI INSTITUSI PENDIDIKAN NEGERI PERLIS 2021


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook