Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore FLIPBOOK PUSAT KONSERVASI DAN PENERANGAN PENYU SEGARI

FLIPBOOK PUSAT KONSERVASI DAN PENERANGAN PENYU SEGARI

Published by nur afiqah, 2021-09-08 10:15:17

Description: FLIPBOOK PUSAT KONSERVASI DAN PENERANGAN PENYU SEGARI, MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

Search

Read the Text Version

PELANCONGAN MANJUNG PANDUAN JELAJAH SELAMAT DATANG PUSAT KONSERVASI DAN PENERANGAN PENYU SEGARI EDISI KELUARAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

PUSAT KONSERVASI DAN PENERANGAN PENYU SEGARI

PENGENALAN PUSAT KONSERVASI DAN PENERANGAN PENYU SEGARI Pantai Pasir Panjang merupakan pantai paling panjang di Daerah Manjung. Pantai sepanjang 6 km ini terletak 2 km dari Pekan Segari dan 5 km dari Simpang Jalan Lumut – Pantai Remis. Kehalusan pasir pantai, pohon yang merimbun dan kawasan yang bebas daripada gangguan menjadikan Pantai Pasir Panjang lokasi yang ideal untuk penyu bertelur. Pusat konservasi Penyu Segari telah dibina pada tahun 1990 di atas keluasan tapak berukuran 0.1 ekar. Kajian kesesuaian tapak telah pun bermula pada pertengahan tahun 1989 dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perikanan dan WWF. Pada tahun 1992 keluasan 10 ekar tanah telah dipohon dan seluas 5.5 ekar telah diluluskan di atas rezab Jabatan Perikanan oleh Kerajaan Negeri Perak pada tahun 1994. Pantai Pasir Panjang juga merupakan tempat yang strategik untuk melihat anak bulan bagi menentukan permulaan bulan Ramadan , Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Di utara pantai ini terdapat pusat penetasan telur penyu yang dikendalikan oleh Jabatan Perikanan Malaysia yang diberi nama Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu. Dianggarkan 90 % penyu yang merentasi ombak kuat untuk datang ke sini adalah spesis Penyu Agar dan Penyu Lipas. Penyu-penyu ini mendarat pada sekitar bulan Mac hingga Julai setiap tahun. hubungi : 05-255 4061 e-mel : [email protected]

PENYU AGAR PUSAT KONSERVASI DAN PENERANGAN PENYU SEGARI JeNIS-JENIS PENYU Penyu Agar atau juga dikenali sebagai Penyu Hijau. Nama saintifiknya adalah Chelonia Mydas. Penyu Agar@Hijau ini mungkin hidup sehinga umur 80 di habitat liar. Penyu jenis ini telah disenaraikan sebagai spesis terancam oleh IUCN dan CITES dan dilindungi daripada dieksplotasi di kebanyakan Negara. Penyu Lipas adalah penyu yang lebih kecil dari segi saiznya berbanding empat jenis penyu yang terdapat di Malaysia. Nama saintifiknya adalah Lepidochelys olivacea. PENYU LIPAS Ianya boleh membesar sehingga 6.0 – 6.5 sentimeter dengan berat yang biasanya di antara 35 – 50 kg. Warna badannya adalah gelap atau coklat buah zaitun dan bahagian bawahnya bewarna putih. Kini bilangan spesis penyu ini yang mendarat untuk bertelur semakin berkurangan dan diancam kepupusan.

Pen Aktiviti utama di her Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu SEGARI geraman/Penetasan Telur Penyu (Hatc Pengutipan Telur Penyu Pengutipan telur penyu: Tugas mengutip telur penyu diserahkan secara kontrak kepada Kontraktor tempatan yang diberi kuasa oleh Pengarah Perikanan Negeri Perak. Semua telur penyu yang dikutip diserahkan pada setiap pagi kepada petugas di Pusat dan direkodkan untuk bagi tujuan pembayaran. Setiap telur yang dihantar akan dibayar dengan harga RM2.00/biji. Sarang penyu dan jumlah telur yang ditemui akan direkodkan dan dibawa ke hacheri untuk ditanam bagi tujuan penetasan. Pengeraman/penetasan telur penyu (hatcheri): Semua telur penyu yang diterima daripada Kontraktor atau ditemui oleh Petugas akan ditanam serta merta di tapak hacheri. Kerja kerja membuat sarang, bilangan telur yang ditanam dan kaedah merekod dijalankan oleh Petugas yang telah menerima latihan khas daripada Jabatan Perikanan. Telur penyu akan menetas dalam tempoh 60 hingga 80 hari.

Pusat Penerangan kepada pelawat: Penerangan Pada masa ini terdapat dua kemudahan yang digunakan bagi memberikan penerangan Penyu mengenai Pusat Penyu Sagari kepada pelawat/atau pelancung. Penerangan ringkas SEGARI kebiasaanya dibuat di dalam Galeri yang mempamerkan sejarah, biologi dan aktiviti pemuliharaan penyu. Pelawat akan dibawa ke kawasan hacheri, kolam asuhan dan kolam penyu disamping diberikan penerangan oleh pegawai bertugas. Bilik Taklimat digunakan bagi penerangan kepada pelawat atau VVIP yang datang berkunjung. Penerangan dibuat menggunakan kemudahan IT seperti komputer dan LCD Projektor. Bilik Taklimat juga digunakan bagi tujuan mesyuarat dan kerja kerja lapangan oleh pegawai penyelidik.

TAANNAGKKIPAESNUYHUAN Pemeliharaan/asuhan anak penyu: Anak anak penyu yang baru menetas akan dipindahkan ke kolam asuhan bagi tujuan pemerhatian kesihatan dan kecergasan. Sepanjang masa dikolam asuhan anak anak penyu diberi makan isi ikan sebagai sumber protein bagi tumbesaran dan kecergasan. Anak-anak penyu diasuh selama 7 hari sehingga mencapai saiz yang sesuai sebelum dilepaskan ke laut.

PEKNOYLUAAMGAR Pemeliharaan penyu dikolam: Pada masa ini terdapat 22 ekor penyu agar (Cylonia mydas) yang dipelihara didalam kolam di Pusat Penyu Segari. Penyu tersebut dipelihara sejak penubuhan pusat pada tahun 1990. Penyu ini beri makan isi ikan dan sayur sebagai diet harian bagi pembesaran dan kecergasan penyu tersebut. Petugas membersihkan kolam penyu setiap hari dan menukar air laut menggantikan air yang telah kotor. Penyu ini yang dipelihara bagi tujuan kajian dan tarikan pelancong yang berkunjung ke Pusat tersebut.

Melihat Pameran Melawat Tapak Mengenai Penyu Penetasan penyu Melawat kolam Penyu.

Melihat penyucian Pembersihan cengkerang Penyu Kawasan Pantai dan Pembersihan Kolam Penyu dan Pusat Melihat acara pelepasan anak Penyu ke Laut

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL UNTUK MEMULIHARA PENYU Jangan makan telur penyu Jangan ganggu penyu yang sedang bertelur Jangan ganggu anak penyu yang menetas merangkak ke laut Jangan beli kraftangan/cenderamata yang dibuat daripada penyu Jangan buang sampah ke pantai/laut/sungai Jangan buang jaring/pukat/pancing ke dalam laut Sokong aktiviti pemuliharaan penyu yang dijalankan di Malaysia PERHATIAN Hubungi Jabatan Perikanan Malaysia di talin 03-8888 5019 sekiranya terdapat penyu terdampar

AKTIVITI DILARANG Mengusik/menyentuh penyu yang dipamerkan Membuat bising Membuang sampah Menceroboh kawasan larangan AKTIVITI DIBENARKAN Mengambil gambar di dalam pusat konservasi dan penerangan penyu dan di kawasan-kawasan yang dibenarkan Melihat pameran-pameran berkenaan penyu di bilik pameran Mengikuti aktiviti melepaskan anak-anak penyu ke laut atau mana-mana program kesedaran pemuliharaan penyu yang dianjurkan oleh pusat/Jabatan Perikanan Negeri Mengikuti program pembersihan kawasan pantai, pembersihan pusat dan kolam pameran

TERIMA KASIH PUSAT KONSERVASI DAN PENERANGAN PENYU SEGARI SEBARKAN CINTA DAN JADIKAN BUMI TEMPAT TINGGAL YANG LEBIH BAIK BAGI PENYU JANGAN MENGAMBIL APA-APA KECUALI GAMBAR JANGAN TINGGALKAN SAMPAH ANDA!


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook