Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore FLIPBOOK PUSAT KONSERVASI DAN PENERANGAN PENYU SEGARI

FLIPBOOK PUSAT KONSERVASI DAN PENERANGAN PENYU SEGARI

Published by nur afiqah, 2021-09-09 09:58:49

Description: FLIPBOOK PUSAT KONSERVASI DAN PENERANGAN PENYU SEGARI, MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

Search

Read the Text Version

PELANCONGAN MANJUNG PANDUAN JELAJAH SELAMAT DATANG PUSAT KONSERVASI DAN PENERANGAN PENYU SEGARI EDISI KELUARAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

PUSAT KONSERVASI DAN PENERANGAN PENYU SEGARI

PENGENALAN PUSAT KONSERVASI DAN PENERANGAN PENYU SEGARI Pantai Pasir Panjang merupakan pantai paling panjang di Daerah Manjung. Pantai sepanjang 6 km ini terletak 2 km dari Pekan Segari dan 5 km dari Simpang Jalan Lumut – Pantai Remis. Kehalusan pasir pantai, pohon yang merimbun dan kawasan yang bebas daripada gangguan menjadikan Pantai Pasir Panjang lokasi yang ideal untuk penyu bertelur. Pusat konservasi Penyu Segari telah dibina pada tahun 1990 di atas keluasan tapak berukuran 0.1 ekar. Kajian kesesuaian tapak telah pun bermula pada pertengahan tahun 1989 dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perikanan dan WWF. Pada tahun 1992 keluasan 10 ekar tanah telah dipohon dan seluas 5.5 ekar telah diluluskan di atas rezab Jabatan Perikanan oleh Kerajaan Negeri Perak pada tahun 1994. Pantai Pasir Panjang juga merupakan tempat yang strategik untuk melihat anak bulan bagi menentukan permulaan bulan Ramadan , Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Di utara pantai ini terdapat pusat penetasan telur penyu yang dikendalikan oleh Jabatan Perikanan Malaysia yang diberi nama Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu. Dianggarkan 90 % penyu yang merentasi ombak kuat untuk datang ke sini adalah spesis Penyu Agar dan Penyu Lipas. Penyu-penyu ini mendarat pada sekitar bulan Mac hingga Julai setiap tahun. hubungi : 05-255 4061 e-mel : [email protected]

LOKASI PUSAT PENYU DAN TEMPAT PENDARATAN PENYU DI PERAK Tempat pendaratan penyu ( Teluk Akuan – Teluk Cina ) dari Pasir Pendek hingga ke Pasir Pandak, Panjang pantai 5.6 km Pantainya agak panjang tetapi terputus-putus kerana berteluk dan tidak ada infrastruktur. Kebiasannya pemungut mengambil masa 1 jam 30 minit untuk sampai ke pusat. Pada tahun 1995 kerajaan negeri telah menyerahkan tanah seluas 2.4 hektar kepada JKPTG. Kawasan yang dibangunkan seluas 2.4 hektar dan mempunyai kolam ternakan serta galeri pameran. Hanya penyu Agar sahaja yang mendarat di pantai Segari. SCAN QRCODE LOKASI PUSAT KONSERVASI DAN PENERANGAN PENYU SEGARI PUSAT KONSERVASI DAN PENERANGAN PENYU SEGARI

PUSAT KONSERVASI DAN PENERANGAN PENYU SEGARI JeNIS-JENIS PENYU PENYU AGAR Penyu Agar atau juga dikenali sebagai Penyu Hijau. Nama saintifiknya adalah Chelonia Mydas. Penyu Agar atau Penyu Hijau ini mungkin hidup sehinga umur 80 di habitat liar. Penyu jenis ini telah disenaraikan sebagai spesis terancam oleh IUCN dan CITES dan dilindungi daripada dieksplotasi di kebanyakan Negara. Penyu Lipas adalah penyu yang lebih kecil dari segi saiznya berbanding empat jenis penyu yang terdapat di Malaysia. Nama saintifiknya adalah Lepidochelys olivacea. PENYU LIPAS Ianya boleh membesar sehingga 6.0 – 6.5 sentimeter dengan berat yang biasanya di antara 35 – 50 kg. Warna badannya adalah gelap atau coklat buah zaitun dan bahagian bawahnya bewarna putih. Kini bilangan spesis penyu ini yang mendarat untuk bertelur semakin berkurangan dan diancam kepupusan.

PUSAT KONSERVASI DAN PENERANGAN PENYU SEGARI JeNIS-JENIS PENYU PENYU KARAH Penyu Karah dikenali sebagai “Hawksbill Turtle” kerana keunikan mulutnya yang menyerupai paruh burung helang. Cengkerangnya menarik dengan corak sisik bertindih dan berwarna perang tua atau kuning keperangan dan kerana itulah ia dikenali sebagai spesis penyu tercantik di dunia. Saiz penyu dewasa adalah diantara 70-90cm mengikut panjang cengkerang dengan berat antara 35-75kg. Ia hidup di kawasan berterumbu karang dan makanan utamanya adalah span laut. Pendaratan Penyu Karah yang tertinggi di Semenanjung Malaysia adalah di Melaka.

Pen Aktiviti utama di her Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu SEGARI geraman/Penetasan Telur Penyu (Hatc Pengutipan Telur Penyu Pengutipan telur penyu: Tugas mengutip telur penyu diserahkan secara kontrak kepada Kontraktor tempatan yang diberi kuasa oleh Pengarah Perikanan Negeri Perak. Semua telur penyu yang dikutip diserahkan pada setiap pagi kepada petugas di Pusat dan direkodkan untuk bagi tujuan pembayaran. Setiap telur yang dihantar akan dibayar dengan harga RM2.00/biji. Sarang penyu dan jumlah telur yang ditemui akan direkodkan dan dibawa ke hacheri untuk ditanam bagi tujuan penetasan. Pengeraman/penetasan telur penyu (hatcheri): Semua telur penyu yang diterima daripada Kontraktor atau ditemui oleh Petugas akan ditanam serta merta di tapak hacheri. Kerja kerja membuat sarang, bilangan telur yang ditanam dan kaedah merekod dijalankan oleh Petugas yang telah menerima latihan khas daripada Jabatan Perikanan. Telur penyu akan menetas dalam tempoh 60 hingga 80 hari.

GALERI Penerangan kepada pelawat: PAMERAN Pada masa ini terdapat dua kemudahan yang PENYU digunakan bagi memberikan penerangan mengenai Pusat Penyu Segari kepada pelawat SEGARI atau pelancong. Penerangan ringkas kebiasaanya dibuat di dalam Galeri yang mempamerkan sejarah, biologi dan aktiviti pemuliharaan penyu. Pelawat akan dibawa ke kawasan hacheri, kolam asuhan dan kolam penyu disamping diberikan penerangan oleh pegawai bertugas. Bilik Taklimat digunakan bagi penerangan kepada pelawat atau VVIP yang datang berkunjung. Penerangan dibuat menggunakan kemudahan IT seperti komputer dan LCD Projektor. Bilik Taklimat juga digunakan bagi tujuan mesyuarat dan kerja kerja lapangan oleh pegawai penyelidik.

TAANNAGKKIPAESNUYHUAN Pemeliharaan/asuhan anak penyu: Anak anak penyu yang baru menetas akan dipindahkan ke kolam asuhan bagi tujuan pemerhatian kesihatan dan kecergasan. Sepanjang masa dikolam asuhan anak anak penyu diberi makan isi ikan sebagai sumber protein bagi tumbesaran dan kecergasan. Anak-anak penyu diasuh selama 7 hari sehingga mencapai saiz yang sesuai sebelum dilepaskan ke laut.

KPOELNAYMU Pemeliharaan penyu dikolam: Pada masa ini terdapat 22 ekor penyu agar (Cylonia mydas) yang dipelihara didalam kolam di Pusat Penyu Segari. Penyu tersebut dipelihara sejak penubuhan pusat pada tahun 1990. Penyu ini beri makan isi ikan dan sayur sebagai diet harian bagi pembesaran dan kecergasan penyu tersebut. Petugas membersihkan kolam penyu setiap hari dan menukar air laut menggantikan air yang telah kotor. Penyu ini yang dipelihara bagi tujuan kajian dan tarikan pelancong yang berkunjung ke Pusat tersebut.

Melihat Pameran Melawat Tapak Mengenai Penyu Penetasan penyu Melawat kolam Penyu.

Melihat penyucian Pembersihan cengkerang Penyu Kawasan Pantai dan dan Pembersihan Kolam Penyu Pusat Melihat acara pelepasan anak Penyu ke Laut

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL UNTUK MEMULIHARA PENYU Jangan makan telur penyu Jangan ganggu penyu yang sedang bertelur Jangan ganggu anak penyu yang menetas merangkak ke laut Jangan beli kraftangan/cenderamata yang dibuat daripada penyu Jangan buang sampah ke pantai/laut/sungai Jangan buang jaring/pukat/pancing ke dalam laut Sokong aktiviti pemuliharaan penyu yang dijalankan di Malaysia PERHATIAN! Hubungi Jabatan Perikanan Malaysia di talin 03-8888 5019 sekiranya terdapat penyu terdampar

AKTIVITI DILARANG Mengusik/menyentuh penyu yang dipamerkan Membuat bising Membuang sampah Menceroboh kawasan larangan AKTIVITI DIBENARKAN Mengambil gambar di dalam pusat konservasi dan penerangan penyu dan di kawasan-kawasan yang dibenarkan Melihat pameran-pameran berkenaan penyu di bilik pameran Mengikuti aktiviti melepaskan anak-anak penyu ke laut atau mana- mana program kesedaran pemuliharaan penyu yang dianjurkan oleh pusat/Jabatan Perikanan Negeri Mengikuti program pembersihan kawasan pantai, pembersihan pusat dan kolam pameran

TERIMA KASIH PUSAT KONSERVASI DAN PENERANGAN PENYU SEGARI SEBARKAN CINTA DAN JADIKAN BUMI TEMPAT TINGGAL YANG LEBIH BAIK BAGI PENYU JANGAN MENGAMBIL APA-APA KECUALI GAMBAR JANGAN TINGGALKAN SAMPAH ANDA!

MANJUNG TOURISM WELCOME TO TOUR GUIDE TURTLE CONSERVATION AND INFORMATION CENTER SEGARI ISSUE EDITION MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

TURTLE CONSERVATION AND INFORMATION CENTER

INTRODUCTION TURTLE CONSERVATION AND INFORMATION CENTER SEGARI Pasir Panjang Beach is the longest beach in Manjung District. This 6 km long beach is located 2 km from Pekan Segari and 5 km from Simpang Jalan Lumut - Pantai Remis. The fineness of the beach sand, lush trees and different free areas make Pasir Panjang Beach an ideal location for turtles to lay eggs. The Turtle Conservation And Information Center Segari was built in 1990 on an area of 0.1 acres. Site suitability studies were begun in mid -1989 in collaboration with the Fisheries Research Institute and WWF. In 1992 an area of 10 acres of land was proposed and an area of 5.5 acres was approved as a proposal by the Fisheries Department by the Perak State Government in 1994. Pasir Panjang Beach is also a strategic place to see the new moon to determine the beginning of Ramadan, Hari Raya Aidilfitri and Eid. Adha. To the north of this beach there is a turtle egg hatchery operated by the Malaysian Fisheries Department called the Turtle Conservation And Information Center Segari. An estimated 90 % of the turtles that cross strong waves to come here are Green Turtle and Olive Ridley Turtle species. These turtles land around March to July each year. Contact No : 05-255 4061 Email : [email protected]

LOCATION OF TURTLE CENTRE AND TURTLE NESTING SITES IN PERAK Turtle landing place (Akuan Bay - China Bay) from Pasir Pendek to Pasir Pandak, length of the beach 5.6 km The beach is quite long but intermittent due to bays and no infrastructure. Usually the collector takes 1 hour 30 minutes to reach the center. In 1995, the state government handed over 2.4 hectares of land to JKPTG. The developed area is 2.4 hectares and has a turtle ponds and an exhibition gallery. Only Green Turtles landed on Segari beach. SCAN QRCODE LOCATION TURTLE CONSERVATION AND INFORMATION CENTER SEGARI TURTLE CONSERVATION AND INFORMATION CENTER SEGARI

TURTLE CONSERVATION AND INFORMATION CENTER SEGARI TYPES OF TURTLE GREEN TURTLE Agar Turtle or also known as Green Turtle. Its scientific name is Chelonia Mydas. This Agar Turtle or Green Turtle may live up to the age of 80 in the wild habitat. This type of turtle has been listed as an endangered species by IUCN and CITES and is protected from exploitation in most Countries. The OLIVE RIDLEY TURTLE is a turtle O LIVE RIDLEY TURTL that is smaller in size compared to the E four types of turtles found in Malaysia. Its scientific name is Lepidochelys olivacea. It can grow up to 6.0 - 6.5 centimeters with a weight that is usually between 35 - 50 kg. The body color is dark or olive brown and the underside is white. Now the number of these turtle species landing to lay eggs is declining and threatened with extinction.

TURTLE CONSERVATION AND INFORMATION CENTER SEGARI TYPES OF TURTLE HAWKSBILL TURTLE The Karah Turtle is known as the \"Hawksbill Turtle\" because of its unique mouth that resembles an eagle's beak. Its shells are attractive with a pattern of overlapping scales and are dark brown or brownish yellow and that is why it is known as the most beautiful turtle species in the world. The size of an adult turtle is between 70-90cm according to the length of the shell with a weight between 35-75kg. It lives in coral reefs and its main food is sea sponge. The highest Hawksbill Turtle landing in Peninsular Malaysia is in Melaka.

TURTLE Description to visitors: EXHIBITION Currently there are two facilities used to provide information about the Segari Turtle Center to GALLERY visitors and tourists. Brief descriptions are usually made in the Gallery which showcases the SEGARI history, biology and conservation activities of turtles. Visitors will be taken to the hacheri area, baby turtles nursery tank and turtle pond as well as briefed by the officer on duty. The Briefing Room is used for information to visitors or VVIPs who come to visit. Descriptions are made using IT facilities such as computers and LCD Projectors. The Briefing Room is also used for meetings and fieldwork by research officers.

Main activities in TURTLE CONSERVATION AND INFORMATION CENTER Segari Turtle Egg Hatching/Hatchery Turtle Egg Collection Turtle Egg Collection: The task of collecting turtle eggs is handed over on a contract basis to a local contractor authorized by the Perak State Director of Fisheries. All turtle eggs collected are handed over each morning to the staff at the Center and recorded for payment purposes. Each egg sent will be paid at a price of RM2.00/seed. Turtle nests and the number of eggs found will be recorded and brought to the hacheri to be planted for hatching purposes. Turtle Egg Hatching/Hatchery: All turtle eggs received from the Contractor or found by the Officer will be planted immediately at the hacheri site. The work of making the nest, the number of eggs planted and the method of recording is carried out by Officers who have received special training from the Department of Fisheries. Turtle eggs will hatch within 60 to 80 days.

NBUARBSYERTYURTTALNEKS Maintenance/care of baby turtles: Newly hatched baby turtles will be transferred to baby turtles nursery tank for health and fitness observation purposes. Throughout the time in the baby turtles nursery tank, baby turtles are fed fish as a source of protein for growth and fitness. Baby turtles are reared for 7 days until they reach the appropriate size before being released into the sea.

TURTLE POND Pond turtle keeping: Currently, there are 22 Green turtles (Cylonia mydas) kept in the pond at the Segari Turtle Center. The turtles have been kept since the establishment of the center in 1990. These turtles feed fish and vegetables as a daily diet for the growth and fitness of the turtles. Officers clean the turtle pond daily and change the seawater to replace the dirty water. These turtles are kept for the purpose of research and tourist attractions who visit the Center.

Seeing the Exhibition Visit the Turtle About Turtles Hatchery Site Visit the Turtle pond.

See Turtle shell Beach and Central cleaning and Turtle Area Cleaning Pond Cleaning See the event of the release of the baby Turtle to the Sea

STEPS TO BE TAKEN TO CONSERVE TURTLES Don't eat turtle eggs Do not disturb the turtles that are laying eggs Do not disturb the hatching baby turtles crawling into the sea Don't buy handicrafts / souvenirs made from turtles Do not throw rubbish on the beach / sea / river Do not throw nets / nets / fishing rods into the sea Support turtle conservation activities carried out in Malaysia ATTENTION! Contact the Department of Fisheries Malaysia at 03-8888 5019 if there are turtles stranded

PROHIBITED ACTIVITIES Teasing/touching the turtles on display Making noise Take out the trash Trespassing on restricted areas ACTIVITIES ALLOWED Take pictures inside the turtle conservation and description center and in permitted areas See exhibits on turtles in the showroom Participate in activities to release baby turtles into the sea or any turtle conservation awareness program organized by the center/State Fisheries Department Participate in the beach area cleaning program, center cleaning and exhibition pool

THANK YOU TURTLE CONSERVATION AND INFORMATION CENTER SEGARI SPREAD THE LOVE AND MAKE THE EARTH A BETTER HOME FOR TURTLES DO NOT TAKE ANYTHING EXCEPT PICTURES DO NOT LEAVE YOUR TRASH!


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook